Melihat gambar sungguh menyedihkan. Apabila Anwar bersedia memaafkan Tun, apabila Wan Azizah menolak tawaran Agong utk menjadi PM, apabila LGE menguruskan ekonomi dgn baik dan apabila Mat Sabu berjuang utk membantu PH...dgn mudah Tun membuang mereka dlm kehinaan.
Maksud saya yg duduk di luar rumah Tun itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan bakal Perdana Menteri tanpa bertanya atau berunding dgn mereka yg telah mengangkat Tun menjadi PM... dgn mudah walau telah dipujuk oleh Agong, Tun meletak jawatan. Hilanglah kerajaan harapan rakyat dlm sekelip mata.
Apa salahnya Tun berunding dahulu dgn Majlis Presiden sb jawatan PM itu diberikan kpdnya oleh Majlis Presiden PH. Apa salahnya dia serahkan jawatan tersebut kpd Wan Azizah atau Anwar. Tun bagi saya memang manusia yg tidak boleh dipercayai sama sekali. Hatinya hitam.
Bercerita mengenai kelantangan Anthony Loke kelmarin boleh dianggap tidak menghormati Presiden Pakatan Harapan, tidak menghormati jasa Anwar kpd DAP, tidak menghargai jasa2 penyokong PH berbangsa Melayu yg berbelas tahan cuba mensucikan mereka. Lebih teruk dari itu Anthony telah memberi bola tanggung kpd kerajaan Melayu skg.
Athony Loke kena belajar sejarah sensitiviti org Melayu. DAP ini sejak sekian lama dianggap oleh org Melayu sebagai parti ektrimis Cina, parti yg cuba menghapuskan hak istimewa org Melayu, parti yg ada hubungan dgn komunis dan parti yg ada hubungan dgn parti PAP Singapura.
Persepsi itu kekal hingga kini di dlm minda majoriti masyarakat Melayu. Sebab itu 70 % org Melayu menolak PH kerana adanya DAP. DAP sebenarnya liabiliti kpd PH atau org Melayu. Samada pemimpin dan penyokong kami dituduh barua, puppet, proksi yg hanya ikut telunjuk DAP.
DAP mula diterima oleh org Melayu apabila DS Anwar menyatukan dua buah parti yg dianggap ekstrimis agama (PAS) dan ekstrimis kaum (DAP). Bermula Reformasi itulah PAS tiba2 memenangi negeri Terengganu dan DAP memenangi PP.
Sebelum itu walaupun PAS dan DAP parti yg boleh dianggap senior tetapi pemimpinnya tiada formula utk menjatuhkan kerajaan korup BN. DAP dan PAS hanya mampu menang di kawasan majoriti kaum Melayu dan Cina. Anwar Ibrahim lah yg mencipta formul mudah bagaimana utk kita menumpaskan kerajaan korup BN.
Ia bukan kerja mudah utk menyatukan PAS dan DAP. Malah tidak pernah sesiapa terfikir kedua parti ekstrimis itu mampu duduk semeja berbincang soal kebaikan negara.
Anthony mesti ingat...Sehingga kini org Melayu masih menganggap MCA itu lebih baik dari DAP. Adakah ia benar? Tentulah tidak tetapi kelemahan pemimpin DAP sendiri di mana mereka dilihat tiada strategi utk menambat hati org Melayu.
Anthony kena faham andaikata Anwar bersetuju Tun jadi PM dgn syarat2 yg ketat. Anwar dan seluruh org Melayu PH akan dituduh sebagai barua mengikut kemahuan DAP. Sebab itu saya katakan tindakan Anthony sebagai bodoh dan keterlaluan.
Di kala DAP diserang ada kita lihat mereka cuba memberi penjelasan secara menyeluruh kpd org Melayu? Paling kuat DAP hanya saman. DAP lemah dlm menguasai media. Walaupun kerajaan DAP di PP sgt membantu masyarakat Islam tetapi kerana kelemahan media mereka... segala yg dilakukan oleh DAP sia2 belaka.
Yg mempertahankan dan membersihkan nama DAP adalah penyokong2 Melayu PH yg tak berbayar ini.
Pun begitu ia sekadar mampu menjadi DAP dari 'kafir harbi kepada kafir zimmi'. Lihat bagaimana PAS yg bertahun tahun mempertahankan DAP sekelip mata berubah habis Melayu juga berubah.
DAP kena didik pemimpin2 nya seperti pemimpin PAS. Kena tahu menghormati terutamanya org Melayu. Apa yg DAP kena belajar dari PAS sekarang?
PAS dulu PAS sekarang berbeza dan saya berkeyakinan mereka kini sentiasa mematuhi apa yg diperintah oleh UMNO. Lihat disiplin pemimpin PAS skg hanya diam membisu pelbagai isu mengenai sensitiviti org Melayu. Walau diprovok oleh pembangkang pemimpin PAS hanya mendiamkan diri kerana itu adalah lebih baik.
Ini kerana jika mereka menyambut provokasi sesuatu isu... ia akan memberi bola tanggung kpd pembangkang menghentam mereka. Sebab itu UMNO memang hebat berpolitik kerana mereka tahu di mana kelemahan org Melayu. Bukan seperti pemimpin2 DAP yg sukar dikawal apatah lagi isu berkenaan org Melayu.
P Ramasamy, Ramkarpal Singh, RSN Rayer, Teresa Kok adalah antara pemimpin DAP yg dianggap bersuara lantang yg kurang digemari oleh bangsa Melayu. Bukan sahaja lantang malah boleh dianggap 'bodoh' berpolitik.
Sepatutnya DAP mesti menonjolkan pemimpin seperti Hanna Yeoh, Yeo Bee Yin, Liew Chin Tong, Teo Nie Chin, Tunku Zulpuri, Chong Chien Jen, Young Shefura dan beberapa nama lagi yg dilihat agak moderate dan mudah diterima org Melayu.
Dlm sokongan DAP kpd Tun... secara jujur DAP kena faham Tun sejak awal2 lagi menjadi PM niatnya mahu meninggalkan PH. Tun sendiri memberitahu pemimpin Bersatu yg dia tidak sukakan DAP dan Anwar.
Tun lantik Menteri dari PH yg bukan nama diberi oleh parti. Dia sengaja meletakkan Azmin Ali sebagai Menteri Ekonomi utk mudah memberi bajet ( gula gulakan ) kpd PAS utk menyokong Tun dan Azmin.
Tun juga sengaja membiarkan isu perkauman dimainkan. Malah baru terbongkar rupanya Tun sendiri yg meminta penganjuran Kongres Maruah Melayu dibuat. Jadi Tun sebenarnya mempunyai agenda tersendiri.
Seperti yg kita tahu Tun mahu Bersatu menggantikan UMNO. Niat Tun pemimpin2 UMNO akn lari ke dlm Bersatu dan dia bersama PAS dan parti dari Sabah dan Sarawak akn menubuhkan kerajaan baru.
Jadi DAP tidak sepatutnya menekan PKR atau DS Anwar. DAP seolah olah lupa bagaimana DS Anwar lebih 20 tahun membina keyakinan rakyat kpd PR atau kini PH bukan dgn jalan yg mudah. Beliau sanggup dipenjarakan hanya utk menjadi Malaysia negara yg bersih dari kleptokrasi.
Pesanan terakhir saya kpd DAP dan Amanah... masih kita ingat sewaktu kempen dahulu. Tun berceramah 98% hanya mengkritik Najib bukannya UMNO. Rupanya dia mahukan ahli dan pemimpin UMNO bersama dgnnya.
Skg dia langsung tidak mengkritik Azmin Ali. Dahulu dia mempertahankan Azmin kononnya pertemuan Azmin Ali dan pemimpin UMNO urusan dana. Malah Tun berlebihan mempertahankan kes 'video' Azmin Ali. Hati kecil saya berkata Tun ada agenda tersembunyi bersama Azmin Ali.
Jadi fikir2 kanlah wahai pemimpin DAP dan Amanah. 22 bulan Tun menjadi PM beliau hanya mahu menghancurkan PH. Tiba2 kita mahu melantiknya semula. Apa kata biarkan sahaja PN memerintah dan biarkan Najib terlepas... biar Najib layan Tun dan kita jadi penonton.
Ingatlah pengkhianatan Tun kpd rakyat Malaysia apabila beliau meletak jawatan sebagai PM. Kemudian sombong mengatakan keputusan bersara sebagai PM terletak pada keputusannya. Jadi skg masa terbaik kita ajar kesombongan Tun itu.