JANGANLAH TERASA KERANA SELAMA INI HENTAM ORANG KEMAIN..KEH..KEH

 

ZULKIFLY BIN SHAARI

 







Apa la MB Kedah nih... Maksud celopar atau celupar pun tak tau...

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ejaan yg betul ialah CELOPAR bukan CELUPAR.. Tapi takper laaa kita anggap penggunaan perkataan harian biasa dan kelaziman sebagai bahasa pasar...

Dan juga menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka maksud CELOPAR atau yg biasa kita sebut CELUPAR ialah CELOPAR (Celupar) biasanya merujuk kepada tindakan menyebut sesuatu perkataan yang kasar, tidak elok dan dianggap 'kurang ajar'.... Bukan nyer "cakap betul cakap tipu".... Loklaq betui hang nih YB Nusi... 

Ish ishhh ishhhh.... Org utara sebut celupaq kann .... 









"Saya bukan celupar. Saya cakap benda yang benar..."

 


Kalau ingat masa baru sekolah dulu, kebanyakan dari kita ada kawan yang suka cerita sedap. Ada yang kata ayahnya askar, boleh bawa kereta kebal ke sekolah tembak kawannya atau bawak askar satu trak pukul mereka.

Macam-macam cerita. Iyalah, budak-budak kan. Dia peduli logik ke tak ceritanya. Bagi dia orang akan telan apa yang saja yang dia ceritakan.

Tapi tak apalah. Itu budak-budak. Belum baligh. Mungkin mumaiyiz pun belum. Apa nak pelik. Tapi kalau dah tua bangka, tahap layak dah ada cucu, buat perangai macam tu, yang itu memang huduh.

Contoh macam pembesar dari utara tu. Dia kalau sembang, jangan babi, jangan gajah, t-rex pun boleh terbang. Dia punya cerita, kalau mendiang Stan Lee nak buat komik, boleh kalah semua Avengers.

Tanpa rasa bersalah pembesar tu kata apa yang dia cakap adalah perkara yang benar. Benar la sangat sampai berderet orang saman dia. Lepas tu bila kena saman, dia kata orang yang saman tukoyak.

Standard taikun perniagaan macam Vincent Tan tu, dia takkan rosakkan reputasinya layan kerenah ahli politik. Tapi kalau taikun macam tu pun boleh nak saman, maknanya teruk sangat dah tu.

Kebenaran apa yang dia maksudkan? Dia lempar segala tuduhan berdasarkan khayalan. Sumbernya dari tukang kebun, tukang bancuh kopi, eh macam macam la. Tapi semuanya anonymous.

Tuduhan dia semua musim kempen je. Bila habis kempen, dia pun senyap. Tak ada pun dia follow up buat laporan polis atau apa. Kalau betul dia rasa bertanggungjawab dedah kepincangan kerajaan, buat la laporan polis. Tetapi itu tak berlaku.

Lepas tu dia cakap yang dia cerita semua benar. Dia rasa semua rakyat akan percaya. Itu yang aku kata perangai macam budak belum baligh. Syok cerita mengarut. Tak sedar sedang diketawakan.

Aku pun tak faham macamana seorang yang agak kebudak-budakan boleh disanjung dan diangkat pula jadi pemimpin tertinggi parti. Nampak sangat parti tu ada krisis kepimpinan yang dahsyat.

Apa pun, aku bersyukur aku dah tinggalkan parti tu pada 2015 dulu. Kalau tak pening kepala nak back up kenyataan bodoh yang pemimpin parti buat. Sesekali takpe lagi. Tapi ini setiap kali. Matilanaaak. Guane boh?

Raja Gelap II

.

 

Raih Lebih RM200 Bilion, Lawatan PM Tidak Sia-sia




 Oleh: Noraini Nordin


ULASAN: Di sebalik kritikan pembangkang terhadap kekerapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan lawatan ke luar negara, apa yang tidak disebut, bahkan disembunyikan oleh mereka ialah hasil daripada lawatan-lawatan tersebut kepada kemakmuran masa depan negara.


Pembangkang hanya memfokuskan kepada isu perbelanjaan dan mereka dakwa lawatan itu membazirkan banyak wang negara.


Tetapi, sedarkah mereka, dalam setiap lawatan yang dilakukan, PMX bukannya pergi untuk makan angin, berhibur atau bercuti.


Setiap lawatan yang dilakukan oleh PMX adalah atas urusan negara, khususnya mengukuhkan hubungan dua hala serta menarik pelaburan demi kemakmuran masa depan Malaysia.


Belum sekali pun Anwar pergi ke luar negara untuk bercuti atau berlibur.


Angka pelaburan sebagai bukti


Melihat kepada angka-angka pelaburan yang berjaya dibawa masuk sebagaimana diperjelaskan oleh PM di Parlimen pagi tadi, terbukti kini lawatan-lawatan tersebut memberi impak yang amat besar kepada masa depan negara.

Noraini Nordin

Dalam erti kata lain, ia bukanlah lawatan kosong yang membazirkan wang negara.


Menurut Anwar, negara berpotensi meraih pelaburan bernilai RM216.04 bilion hasil daripada beberapa lawatannya ke luar negara setakat ini.


Katanya, lawatan rasmi beliau ke China pada 29 hingga 31 Mac lalu telah menjana nilai potensi pelaburan sebanyak RM170.07 bilion manakala misi di New York, Amerika Syarikat, bulan lalu pula membawa hasil pelaburan bernilai RM4.74 bilion.


"Terbaru, hasil lawatan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) minggu lalu pula, pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion membabitkan sektor-sektor tenaga boleh diperbaharui, logistik dan aeroangkasa telah berjaya dibawa masuk.


"Pelaburan terbesar daripada UAE ialah melalui Masdar iaitu pembangunan projek tenaga boleh dibaharui di Malaysia dengan kapasiti sehingga 10 gigawatt (GW) bernilai RM37.8 bilion.


"Selain itu, pelaburan komited berjumlah RM2.1 bilion adalah dalam sektor logistik dan RM709.1 juta bagi sektor aeroangkasa,” tambah beliau ketika memperincikan hasil lawatannya itu di Dewan Rakyat.


Di waktu yang sama, Anwar berkata, bagi meyakinkan pelaburan China yang turut membabitkan syarikat automotif, Geely, beliau akan turun sendiri ke Tanjung Malim esok (Rabu) untuk merealisasikan pelaburan syarikat berkenaan di Lembah Teknologi Tinggi Automotif, di kawasan sempadan Perak dengan Selangor itu.


Bawa masuk pelabur hasil bukan sekelip mata


Oleh itu, jangan semudah itu sesiapa membuat tuduhan semberono dan tanpa fakta bahawa Anwar ke luar negara hanya membazirkan wang negara.


Membawa masuk pelabur, selain memerlukan komitmen dan kepakaran dalam meyakinkan syarikat-syarikat besar luar negara mengeluarkan wang mereka untuk menanam modal di negara kita, ia juga bukanlah sesuatu yang hasilnya boleh diperolehi dalam sekelip mata.


Sekurang-kurangnya setahun selepas komitmen pelaburan dimeterai, barulah hasil pelaburan itu dapat dilihat serta dirasai dengan terdirinya pelbagai infrastruktur bangunan dan peluang-peluang pekerjaan yang tersedia melaluinya.


Bayangkan dengan nilai pelaburan komited lebih RM200 bilion berjaya dibawa masuk hanya dalam tempoh 10 bulan Anwar menerajui negara, berapa besar kesannya kepada rakyat dan masa depan negara selepas ini?


Dengan kejayaan sebegitu besar dijana, tidak salah lagi bila Menteri Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menggelarkan Anwar sebagai “jurujual terbaik” untuk Malaysia.


Bersama pengalaman berkhidmat dengan tiga Perdana Menteri, Tengku Zafrul tentunya kenal membeza antara kaca dengan permata.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.