WAHAI RAKYAT MALAYSIA SEMUA- LEPAS FESYEN ..KINI BINA BADAN WANITA DI KEDAH PULAK- WOIIII SEMUA INI HALAL PUNYA

 

MOHD SHAH RIM

Apa komen Mohd Sanusi MB Kedah dan Idris Ahmad..?? Harakah Daily, Dewan Ulama PAS, Ahmad Fadli Shaari, Ir Khairul..?? Muslimah PAS?? Program Bina Badan Wanita ni di Kedah..ZAUHDI SELALU SALAHKAN DAP ? Tak gitu?keh..keh..pembohong kuat....




KEADILAN tolak sebarang kerjasama dengan PN - Najwan




 KEADILAN Shah Alam menyambut baik kenyataan tegas Timbalan Presiden KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli semalam yang menolak sebarang usaha membentuk kerjasama politik dengan Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke 15.


Menurut Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Shah Alam, Najwan Halimi, penyokong dan rakyat masih tidak dapat melupakan pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin Bersatu yang menguasai PN, khususnya Tan Sri Mahiaddin Yassin sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan pada 2020 lalu.


"Rakyat tidak akan lupa kepada pengkhianatan yang telah dikepalai Mahiaddin dan konco-konconya pada Februari 2020 sehingga meruntuhkan pentadbiran yang dipilih oleh rakyat dalam PRU 14.


"Ternyata, Mahiaddin dan gerombolan pengkhianat di dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini semakin terdesak justeru tanpa perasaan malu mulai menggesa agar parti-parti pembangkang bekerjasama dengan mereka.


"Apakah mereka lupa bahawa ketika ini mereka adalah parti yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan bersama-sama dengan Barisan Nasional (BN)?


"Tidak malukah pimpinan PPBM yang sebelum ini mengkhianati rakan-rakan dalam PH membentuk kerajaan bersama golongan kleptokrat tetapi kini mahu mengkhianati BN dan mahu membentuk kerjasama dengan PH pula? Kini jelas PPBM tak lebih sekadar sebuah parti politik picisan yang tidak punya prinsip dan sekadar memikirkan kuasa ketimbang agenda membela nasib rakyat," katanya.


Sehubungan itu, ujarnya, KEADILAN Shah Alam mahu pimpinan KEADILAN dan PH untuk konsisten menolak PN yang bermasalah biar apa pun tawaran gabungan itu selepas ini.


"KEADILAN Shah Alam mendesak agar pimpinan KEADILAN dan PH untuk tegas menolak sebarang bentuk rundingan atau kerjasama politik dengan PN di semua peringkat.


"Apa yang mustahak adalah menggerakkan ikhtiar untuk memperkukuh PH dalam usaha memenangi kembali sokongan rakyat seterusnya memenangi PRU 15 kelak," katanya lagi.

Import makanan RM55b setahun, pada 1970an Malaysia capai tahap sara diri makanan



Jaminan keselamatan makanan yang tidak berjaya dilaksanakan dengan baik oleh Kerajaan BN - PN seharusnya merisaukan rakyat.


Apatah lagi, menurut Naib Presiden KEADILAN, Chang Lih Kang, import makanan negara telah meroket tinggi sejak kebelakangan ini.


"Dari dulu sektor pertanian penyumbang besar kepada KDNK. Tahun 1970an sektor pertanian sumbang 30% KDNK. Oleh kerana mahu jadi maju dengan sektor pembuatan, pada tahun 2020 sumbangan sektor pertanian kepada KDNK hanya sekitar 7.4% sahaja. Ini bagi saya satu kesilapan sebab sektor pertanian memainkan peranan menstabilkan bekalan makanan.


"Tahap sara diri makanan juga kita hadapi masalah, mislanya beras. Kita sudah belanja berbilion ringgit kepada Bernas untuk bangun sektor padi tetapi pesawah masih golongan termiskin. Sekarang tahap sara diri beras cuma 63%. Maksudnya kita kena import 37% beras dari negara lain.


"Kalau kita tengok balik data sayur sayuran, tahap sara diri kita 52%, maksudnya perlu import dari negara lain. Ini satu data menakutkan. Apa terjadi jika negara pembekal sayur hadapi malapetaka dan mereka hentikan eksport?


"Daging pula tahap sara diri selepas kita beri pinjam ratusan juta NFC, tahap sara diri daging 22%. Statistik ini amat menakutkan dan membebankan negara kita.


"Contohnya pada 1998 kita import makanan RM10 bilion, pada 2020 makanan diimport RM55 bilion. Ini krisis yang bakal kita hadapi," katanya dalam program "Merdeka Talk: Reimagining Malaysia's Future" malam tadi.


Menururt beliau, keadaan agak sukar untuk Malaysia kembali mengeluarkan bekalan makanan sendiri kerana bahan mentah yang terpaksa diimport.


Negara katanya dalam tempoh 30 tahun tidak memajukan industri membuat baja dan dedak dalam negara sehingga semua terpaksa dibawa masuk


"Apa masalah kita? Kos pengeluaran kita sangat tinggi. Sebabnya kita sangat bergantung kepada pengimportan bahan mentah, dedak dan baja. Kita import pada 2020 RM4.6 bilion, baja RM3.2 bilion.


"Untuk maklumat, dalam industri penternakan ayam kos dedak 70% daripada kos keseluruhan. Kita ada masalah inflasi makanan kerana bergantung kepada bahan mentah dari luar negara," katanya lagi.


Selain itu, Ahli Parlimen Tanjung Malim itu juga menekankan mengenai jaminan makanan yang meliputi konsep keterkesediaan, akses, penggunaan dan bekalan.


Katanya, kerajaan perlu menjamin keempat empat isu itu boleh dilaksanakan dengan baik. Sekiranya salah satu gagal maka berlaku sama ada kenaikan harga atau kekurangan bekalan.

 

Kalendar Parlimen ditukar untuk laksana agenda Umno?


 Jadual atau kalendar Parlimen telah ditukar daripada 26 Oktober hingga 15 Disember 2022 kepada 3 Oktober hingga 29 November mungkinkah untuk menentukan perancangan besar Umno boleh dilakukan pada hujung tahun ini.


Hal itu ditanyakan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam Twitternya selepas beliau menerima surat yang dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat.


Kata beliau, perubahan jadual tersebut tidak wajar dilakukan semata mata kerana Umno ingin melakukan sesuatu, sama ada pembubaran Parlimen atau Pilihan Raya Umum ke 15 kerana hal itu melibatkan tempoh perbahasan meluluskan undang undang di Dewan Rakyat.


"Kalender Parlimen telah ditukar mengikut agenda politik Umno?


"Setakat ini Perdana Menteri masih tidak dapat menjelaskan dengan alasan yang meyakinkan bagi perubahan tersebut," katanya.


Spekulasi bertiup kencang sejak seminggu lalu bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat desakan kuat daripada pemimpin Umno untuk mengadakan PRU 15 dalam tempoh terdekat selagi mana Umno masih boleh memperolehi kemenangan mudah.


Tempoh yang lebih lama, dikatakan akan memberi masa kepada Pakatan Harapan bersedia dan berpotensi mengalahkan Umno BN.



Surat daripada Setiauasaha Dewan Rakyat kepada Ahli ahli Parlimen