SEBARKAN! SKANDAL TANAH LEMBAGA GETAH MALAYSIA! YB MENTERI KHAIRUDDIN AT TAKIRI SILA JAWAB! ( FOTO SURAT DIBAWAH)


SHAHBUDIN HUSIN



SEDAR Malaysia

SEDAR Malaysia telah menerima satu doket yang dipenuhi maklumat mengenai dua skandal berkaitan tanah yang dimiliki oleh Lembaga Getah Malaysia. Kami menggesa YB Menteri Khairuddin At Takiri untuk memberi penjelasan.

Skandal pertama melibatkan tanah Lembaga Getah Malaysia Lot No 200013 (lot lama No 76) seksyen 88, Jalan Ampang. Telah diputuskan untuk dipajak selama 15+10 tahun kepada Al-Noor Foundation dengan harga pajakan tidak masuk akal sebanyak RM0.70 sekaki. Harga pasaran ialah dalam lingkungan RM2.50 sekaki. Surat jawapan Menteri bertarikh 18 Disember 2020 kami sertakan untuk tatapan anda.

YB Menteri kami ingin tahu -

1 - Betul atau tidak Al-Noor Foundation yang menaja lawatan YB ke Turkey yang menyebabkan YB kena kecam pasal tidak kuarantin?

2 - Apa hubungan YB dengan Al-Noor Foundation sehingga benarkan Al-Noor Foundation membayar harga pajakan yang tidak masuk akal dan merugikan Lembaga Getah Malaysia?

3 - Adakah betul dakwaan YB kutip duit komisen dari pajakan yang tidak masuk akal ini?

YB telah menghantar satu surat kepada Lembaga Getah Malaysia bertarikh 05/01/21 mengarahkan semua moratorium tanah dibatalkan dan lot tanah yang bersesuaian dicadangkan untuk dijual. Adakah YB sudah mempunyai niat untuk menjarah tanah Lembaga Getah untuk kepentingan diri sendiri?

Skandal kedua melibatkan tanah milik Lembaga Getah Malaysia di Lot bernombor 20012 dengan Nombor Geran 79145 juga di Jalan Ampang seluas 8.89 ekar. Tanah ini juga dikatakan berstatus tanah warisan.

Pada 11/03/21 YB hantar lagi surat untuk tindakan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia. Surat itu YB panjangkan dengan surat dari Eurowhite Sdn. Bhd, yang membawa satu cadangan membeli tanah itu dengan harga begitu murah. RM1032.92 sekaki sedangkan harga pasaran dalam RM1400 sekaki. Soalan kami,

1 - Kenapa YB suruh Ketua Pengarah untuk ambil tindakan susulan dengan tawaran yang tidak masuk akal itu?

2 - Apakah benar apa yang desas-desus YB mahu ambil komisen sebanyak RM50 juta jika tanah itu berjaya dijual?

Kami berharap YB memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang kami ajukan ini. Kerana dari dokumen yang kami terima, kami yakin ada sesuatu yang tidak kena dengan apa yang sedang berlaku. Apatah lagi sejak akhir-akhir ini kami mendengar ura-ura beberapa YB PAS terlibat dalam beberapa percubaan merompak aset negara demi mengumpul dana untuk menguasai pemilihan PAS dan ini sangat menakutkan.

 

 

JANGAN LAYAN ORANG KURANG BETUL..DIA JUGA GAGAL KAWAL NAFSU SERAKAHNYA APABILA KENA PEMBOHONG DENGAN FIKAH DAN LEENA...

 May be an image of text that says "Mokhtar Dup 19h Kerajaan PN gagal? .betul. saya setuju. Memang kerajaan PN telah mengagalkan segala perancangan PH dan DAP. PN gagal tunduk dan jadi khadam kpd DAP. PN gagalkan projek menobatkan Anwar sebagai PM. PN gagal melangsungkan agenda DAP. PN gagalkan usaha menggugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. PN gagalkan usaha meruntuhkan institusi raja2 melayu. PN gagalkan usaha melelong harta milik ummat Islam. PN gagalkan usaha pemimpin bukan islam membolot kuasa politik org2 melayu. Ya.saya rela bersama kerajaan yg gagal ini berbanding kerajaan yg berjaya,tapi menjahanamkan org2 melayu Islam. UMS Kuantan Phg."

KENYATAAN MEDIA PH : Tamat Darurat dan buka Parlimen, permudah pendaftaran vaksin, ubah strategi tangani Covid-19

 

Oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan 

Majlis Presiden Pakatan Harapan amat risau dengan peningkatan mendadak kes-kes positif Covid-19 di hampir setiap negeri dalam negara kita yang kini mencecah lebih 7,000 kes tiga hari berturut-turut, di samping jumlah katil ICU yang semakin tidak mencukupi untuk menghadapi kes-kes kritikal.

Kami juga amat sedih menerima berita bahawa kadar kematian sangat tinggi setiap hari, terutama tiga hari terakhir yang mencatatkan kematian lebih 60 orang setiap hari. 

Majlis Presiden mengutuskan ucapan takziah buat semua keluarga yang telah kehilangan orang tersayang akibat wabak Covid-19 ini.

Kes harian Covid-19 yang melonjak sejak Darurat diisytiharkan dan Parlimen ditutup jelas menunjukkan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional untuk menangani Covid-19 dengan sendirinya. 

‘Lockdown’ kendiri politik ini sebenarnya bertujuan untuk menyelamatkan Kerajaan Perikatan Nasional yang kehilangan majoriti Parlimen.

Malangnya ‘lockdown’ kendiri politik ini tanpa kebertanggungjawaban, ketelusan dan proses semak dan imbang telahpun memburukkan pandemik Covid-19 sepertimana yang dipersetujui juga oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Pengerang Azlina Othman Said hari ini. 

Maka dalam keadaan hampir semua Ahli Parlimen telah menerima vaksin, Majlis Presiden menggesa semua Ahli Parlimen untuk bersama menuntut agar Parlimen dibuka semula.

Pada masa yang sama, Majlis Presiden turut mengambil maklum kemarahan rakyat terhadap isu Tatacara Pengendalian Piawai (SOP) yang mengelirukan, sering bertukar-tukar atau “U-turn”, dan penguatkuasaan ‘Antara Dua Darjat’ berbeza di antara VIP dan rakyat biasa.

Majlis Presiden turut mengambil maklum kadar pemberian vaksin Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac masih belum mencapai kadar yang dijanjikan kerana dibelenggu pelbagai masalah termasuk isu bekalan, isu pemberian vaksin termasuk dos vaksin AstraZeneca yang tidak mencukupi, serta isu pendaftaran yang amat menyukarkan rakyat sungguhpun RM70 juta telahpun dibelanjakan untuk system laman web. 

Kadar pemberian vaksin perlu disegerakan terutama apabila keperluan dana RM5 bilion telahpun tercapai dengan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) tanpa kelulusan Parlimen, untuk kos pembelian dan pelaksanaan.

Majlis Presiden turut menggesa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) untuk mempercepat kelulusan vaksin-vaksin Sinopharm, Sputnik V dan Moderna agar sasaran imunisasi kelompok dapat dicapai dengan lebih pantas. 

Ini memandangkan vaksin Sinopharm telah menerima kelulusan WHO, dan Sputnik V serta Moderna telah mula diguna di pelbagai negara.

Sejak Darurat berkuatkuasa pada 11 Januari 2021 hingga ke hari ini, walau diberi kuasa penuh untuk melakukan segala ikhtiar dan upaya, namun berdasarkan data dan bukti sedia ada, jelas kuasa Darurat ini tidak berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 sebaliknya keadaan menjadi jauh lebih serius. Kerajaan Perikatan Nasional telah gagal.

Oleh itu, Majlis Presiden menegaskan melalui wakil Pakatan Harapan di dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat bahawa Darurat ini bukan sahaja tidak perlu dipanjangkan lebih dari 1 Ogos 2021, malah perlu ditamatkan segera. 

Parlimen harus bersidang segera untuk memulihkan demokrasi. 

Sekiranya Jawatankuasa Khas Bebas Darurat masih mendiamkan diri, Pakatan Harapan terpaksa mempersoalkan peranan dan fungsi wakil kami di dalam Jawatankuasa tersebut, atau apakah kehadiran wakil kami dijadikan sebagai “pelitup muka” untuk mengiakan segala penggunaan kuasa Darurat yang mengetepikan Parlimen.

Strategi menangani Covid-19 sedia ada memerlukan penjajaran semula (realignment), dan Majlis Presiden telah mengarahkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pakatan Harapan yang berkaitan untuk mengadakan perbincangan segera bagi meneliti dasar-dasar yang diperlukan untuk menyelamatkan negara dari pandemik ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim 

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu 

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)


Jawatankuasa khas setuju penetapan kriteria untuk lanjut, tamat darurat

 

Jawatankuasa dianggotai 19 orang itu dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria.

PETALING JAYA: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 bersetuju dengan penetapan beberapa kriteria serta “threshold” dalam membuat penilaian sama ada darurat diteruskan atau ditamatkan.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak mengulas secara terperinci isu tersebut.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 akan terus bersidang dari semasa ke semasa dalam membuat penilaian berhubung kewujudan berterusan darurat atau penamatannya,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Jawatankuasa dianggotai 19 orang yang dipengerusikan bekas Ketua Hakim Negara Arifin Zakaria, ditubuhkan pada 9 Februari.

Jawatankuasa dwiparti itu ditubuhkan bawah Seksyen 2 Ordinan 2021 (Kuasa-Kuasa Penting) Darurat dan berfungsi untuk menasihatkan kepada Agong mengenai keadaan darurat di Malaysia dan penamatannya.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, telah mengisytiharkan darurat untuk membendung penyebaran Covid-19.

Ia dijadualkan berlangsung sehingga 1 Ogos atau tarikh lebih awal sekiranya kes Covid-19 dikurangkan dan stabil.

Parlimen dan semua Dewan Undangan Negeri digantung dalam tempoh itu.



Adakah kami ‘pelitup muka’ untuk biar Parlimen diketepikan, soal PH

 

Pakatan Harapan menggesa semua Ahli Parlimen bersama menuntut Parlimen dibenarkan bersidang semula.

PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, darurat bukan saja tidak perlu dilanjutkan selepas 1 Ogos, sebaliknya ditamatkan segera dan Parlimen bersidang semula untuk memulihkan demokrasi.

Gabungan parti pembangkang itu yang bimbang dengan lonjakan kes melebihi 7,000 jangkitan untuk tiga hari berturut-turut berkata, keadaan itu jelas membuktikan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengekang penularan Covid-19, walaupun dengan perisytiharan darurat dan penggantungan sidang Parlimen.

Oleh itu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan bersama mendesak Jawatankuasa Khas Bebas Darurat menyuarakan pendiriannya terhadap kerajaan PN yang gagal mengekang penularan Covid-19.

“Sekiranya Jawatankuasa Khas Bebas Darurat masih mendiamkan diri, PH terpaksa mempersoalkan peranan dan fungsi wakil kami di dalam jawatankuasa tersebut atau apakah kehadiran wakil kami dijadikan ‘pelitup muka’ untuk mengiakan segala penggunaan kuasa darurat yang mengetepikan Parlimen.

“Strategi menangani Covid-19 sedia ada memerlukan penjajaran semula dan Majlis Presiden mengarahkan Jawatankuasa PH berkaitan mengadakan perbincangan segera bagi meneliti dasar untuk menyelamatkan negara dari pandemik ini.”

Terdahulu, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat dilaporkan bersetuju dengan penetapan beberapa kriteria dan “threshold” dalam menilai sama ada darurat akan diteruskan atau ditamatkan.

Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak mengulas secara terperinci isu tersebut.

Pada 12 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan darurat untuk membendung penyebaran Covid-19 sehingga 1 Ogos atau lebih awal, jika kes dapat dikurangkan dan stabil.

PH mendakwa “lockdown” kendiri politik bertujuan menyelamatkan kerajaan PN daripada kehilangan kuasa dan dilaksanakan tanpa tanggungawab, ketelusan serta proses semak dan imbang yang memburukkan keadaan seperti dipersetujui Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Azalina Othman Said.

“Maka dalam keadaan hampir semua Ahli Parlimen telah menerima vaksin, Majlis Presiden menggesa semua Ahli Parlimen bersama menuntut agar Parlimen dibuka semula.”

Gabungan parti pembangkang itu turut membangkitkan isu pemberian vaksin pada kadar rendah disebabkan kekurangan bekalan dan pendaftaran yang menyukarkan rakyat, selepas RM70 juta dibelanjakan.

“Kadar pemberian vaksin perlu disegerakan, terutama apabila keperluan dana RM5 bilion tercapai dengan pengeluaran wang dari Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) tanpa kelulusan Parlimen untuk kos pembelian dan pelaksanaan.”

Azalina hari ini dilaporkan berkata, kerajaan boleh mengenakan perintah kawalan terhadap rakyat, tetapi bukannya untuk demokrasi kerana menafikan hak Ahli Parlimen untuk melibat urus dengan kerajaan bermaksud menafikan hak rakyat di negara ini.

Oleh itu, beliau menggesa kerajaan melabur bagi mengadakan sidang Parlimen secara maya ketika darurat kerana tiada cara lain negara untuk maju melainkan Parlimen dibenarkan bersidang semula.


Panas! Mahasiswi UM dakwa Profesor Madya buat gangguan seksual terhadapnya

 Panas! Mahasiswi UM dakwa Profesor Madya buat gangguan seksual terhadapnya

Mahasiswi Universiti Malaya, Soleil Ching (bukan nama sebenar) sedang berusaha memfailkan saman sivil terhadap seorang profesor madya yang melakukan gangguan seksual terhadapnya dua tahun lalu.

Ini selepas unit integriti universiti itu gagal mendedahkan hukuman yang dikenakan terhadap pelaku berdasarkan aduan rasmi yang dibuat pelajar berkenaan.

Polis, sebaliknya menutup kes tersebut dengan alasan bahawa profesor madya itu telah bersara dan menghadapi tindakan tatatertib.

“Keadilan tidak hanya harus dilaksanakan tetapi mesti dilihat dilaksanakan,” kata Ching kepada Malaysiakini.

“Keadilan harus dilaksanakan bukan hanya dengan mengatakannya secara lisan. Proses dan keputusan akhir pembelaan perlu dilihat oleh orang ramai sebelum dapat disebut keadilan. Oleh itu, saya hanya berusaha melakukan peranan saya untuk mempromosikan perubahan.

“Kes gangguan seksual jarang dibawa ke mahkamah untuk diadili. Oleh itu, pesalah atau pesalah yang berpotensi terus ada kerana mereka tidak bimbang dengan hukuman,” tambahnya.

Tabung dalam talian dilancarkan

Ching juga berharap saman sivil yang difailkannya akan memberi kesan pencegahan dan mendorong orang lain yang pernah mengalami gangguan seksual melakukan hal yang sama.

“Mereka mesti tahu bahawa gangguan seksual bukan perkara kecil. Pada masa sama, saya berharap mangsa yang lain dapat melihat bahawa mereka berhak dilindungi walau apa pun,” tambahnya.

Sementara itu, Persatuan Pemuda Baru Universiti Malaya (Umany) telah memulakan inisiatif menubuhkan tabung secara dalam talian.

Presiden Umany, Yap Wen Qing memberitahu Malaysiakini bahawa mereka berharap dapat mengumpulkan RM5,000 untuk membantu yuran guamannya.

“Jika ada lebihan dana setelah membayar kos mahkamah, dana tersebut akan digunakan untuk aktivit-aktivit kebajikan masyarakat yang lain,” tambahnya.

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun:

Nama bank: Public Bank

Nama akaun: Persatuan UMANY

Nombor akaun: 3204477300

Sila nyatakan “Justice4Ching” sebagai rujukan dan kirimkan slip transaksi ke umany.official@gmail.com .

Polis tutup kes setelah UM ambil tindakan tatatertib

Sebelum ini, Ching mendakwa profesor madya itu menyentuh pinggul dan lehernya serta memeluknya dan bertanya soalan yang melanggar privasi.

Kejadian itu berlaku di pejabat bekas pensyarah itu pada 3 Jun 2019.

Dia membuat aduan rasmi kepada unit integriti pada bulan Julai 2019.

Namun, setelah profesor madya itu bersara pada Jun 2020, Ching tidak diberitahu mengenai hukuman yang dikenakan terhadapnya.

Tidak berpuas hati, Ching kemudian membuat laporan polis pada Julai 2020.

Dia juga mengadakan sidang media untuk mendedahkan kejadian itu.

Berikutan itu, UM berkata tindakan telah diambil tetapi enggan mendedahkan hukuman dengan alasan ia merupakan isu privasi dan peraturan pentadbiran. 

BUKAN PM SAJA KELAM KABUT.MAMAT KJ NI JUGA CELARU

 

AstraZeneca tidak lagi ditawar secara sukarela, akan kembali ke PICK

Astro Awani
AstraZeneca tidak lagi ditawar secara sukarela, akan kembali ke PICK
KHAIRY: Kita telah membuat keputusan bahawa bekalan vaksin AstraZeneca yang akan diterima pada bulan-bulan yang akan datang tidak lagi akan dilaksanakan secara 'opt-in'. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Vaksin AstraZeneca tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela, sebaliknya akan dimasukkan kembali ke dalam senarai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Perkara itu dimaklumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini.
“Kita telah membuat keputusan bahawa bekalan vaksin AstraZeneca yang akan diterima pada bulan-bulan yang akan datang tidak lagi akan dilaksanakan secara opt-in sebaliknya akan kembali dimasukkan ke dalam senarai vaksin arus perdana PICK,” katanya.
Selain itu, Khairy berkata kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk membolehkan orang ramai memilih vaksin yang mereka mahukan melalui aplikasi MySejahtera.
Beliau juga memohon maaf berhubung kesulitan dihadapi orang ramai ketika membuat tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca secara sukarela bagi pusingan kedua yang dibuka tengah hari Rabu.
“Pengalaman pengguna atau “user experience” yang dilalui menyebabkan ramai yang kecewa akibat kegagalan sistem untuk memproses permintaan yang amat tinggi dengan cekap. Yes, it could have been much much better executed,” katanya lagi.


KENAPA ADA YANG LEBIH TERUK DARIPADA TAJUDDIN TIDAK DIPECAT – IBRAHIM ALI


 1. Pepatah Melayu peninggalan nenek moyang ada menasihatkan kita iaitu KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA. 

2. Kata-kata gurauan yang tidak kena pada peristiwa di kala berlaku malapetaka yang mengejutkan semua pihak dan sedih. Saya turut kecewa dan terkejut dengan kenyataan gurauan YB Tajuddin Ab Rahman yang tidak sepatutnya, apatah lagi beliau sudah berumur dan sepatutnya lebih matang.


Beliau seorang yang nampak serius tetapi tersilap membuat kenyataan yang tidak sepatutnya.

Sifat istiqamah dan tenang setiap masa adalah senjata kekuatan kepada seseorang pemimpin.

Tegas dan berani tidak seharusnya menjadi pedang yang membunuh diri sendiri.

3. Walaubagaimanapun, YB Tajuddin AB RAHMAN DIPECAT SEBAGAI PENGERUSI PRASARANA ATAS KECELUPARANNYA.

Budaya Malaysia sebelum ini, cakap apapun, maki hamun Islam, Hina Raja-raja Melayu, hina bangsa Melayu tidak adapun tindakan apapun dikenakan, ASALKAN MINTA MAAF SAHAJA.

Jika YB Tajuddin Rahman sudah minta maaf kenapa pula beliau dipecat?

Adakah kerajaan mahu menunjukkan ketegasan? YB Tajuddin Rahman boleh dinasihat “secara peribadi” untuk meletakkan jawatan.

Begitu juga sebelum ini ada yang melakukan _’damage’_ atau kerosakan yang lebih teruk kepada sistem pentadbiran negara atau jenayah moral yang sepatutnya dipecat atau didakwa. Namun tidak ada apa-apa tindakan dan pendakwaan.


4. Kalau hidup seiring dan seiya sekata dengan pihak yang berkuasa, mungkin ada masa untuk istighfar dan cukup dengan permohonan maaf.

5. Malaysia negaraku yang sekarang serba pelik dan berbagai tragedi berlaku satu persatu..

Lepas ini apa pula? 

Dato Paduka Dr Ibrahim Ali

Presiden PUTRA.

NI DAH GELONG GAMAKNYA

 Image

VIDEO lives [🔥SIRI 108🔥] "PM BODOH ATAU JAHAT?"

VIDEO MANGSA COVID-19 MENINGKAT DI PAGAR DARURAT



Beliau berkata pendekatan PKPP ini dilaksanakan untuk memberi keseimbangan di antara aspek keselamatan kesihatan dan juga dari sudut aktiviti ekonomi supaya ia boleh berlangsung dan tidak terjejas. Tetapi semua yang dibuat yang kononnya exit strategy itu GAGAL. Kes positif COVID-19 dan bilangan kematian semakin meningkat.

VIDEO SIDANG MEDIA GERAK98 OLEH DATO EZAM DI KEDUTAAN ARAB SAUDI/ARAB SAUDI JA...

10,000 WARGA EMAS TAK HADIR SUNTIK VAKSIN, RINA PERLU JAWAB


Bengang dengan pemecatan Tajuddin, pemimpin UMNO senaraikan 7 menteri yang gagal dan tidak berfungsi

 

Bengang dengan pemecatan Tajuddin, pemimpin UMNO senaraikan 7 menteri yang gagal dan tidak berfungsi

Menurut ahli Majlis Tertinggi Umno, Razlan Rafii, berkata menteri-menteri terbabit dilihat gagal berfungsi secara berkesan bagi menangani wabak berkenaan.

Tujuh menteri yang disorotnya ialah Antara menteri yang dilihat gagal berfungsi ialah Menteri Luar Bandar, Dr Abdul Latiff Ahmad; Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun; Menteri Pendidikan, Radzi Jidin; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Nancy Sukri; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin; Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali.

Mengenai Nancy, Razlan berkata dia ingin tahu kenapa menteri terbabit “berlepas tangan” apabila ada kluster di kementerian berkenaan, selain mendakwa ahli parlimen Batang Sadong itu tidak turun padang.

Kata Razlan, Nancy sepatutnya melihat sendiri pelaksanaan gelembung pelancongan secara dekat dan memantau keadaan berkenaan, bukannya berpeluk tubuh ketika banyak isu timbul seperti di Genting Highlands.

“Bukankah ini dibawah tanggungjawab Kementerian Pelancongan?” katanya dalam kenyataan dibuat hari ini.

Berkenaan Azmin pula, Razlan mendakwa ahli parlimen Gombak itu berdiam diri ketika banyak kilang dikesan mencatatkan kes Covid-19.

“Kenapa tak turun sendiri melihat keadaan. Apabila pergi ke Arab Saudi, mana duit bawa masuk negara? Kenapa pentingkan gambar (mengelap lantai) daripada tanggungjawab membawa pelaburan ke dalam negara?” katanya merujuk kepada lawatan rasmi Azmin ke luar negara baru-baru ini.

Ancaman Covid-19 belum selesai

Mengenai Hamzah pula Razlan menyalahkah ahli parlimen Larut itu sebagai gagal memastikan penguatkuasaan prosedur operasi standard secara berkesan.

“Banyak sangat kluster kayangan yang langgar (SOP) tapi tindakan diambil jadi bahan lawak rakyat,” katanya.

Tambah Razlan, apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal memakai pelitup muka Hamzah yang juga setiausaha agung Bersatu gagal memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan sedangkan rakyat biasa dikenakan denda beribu ringgit jika mengingkari peraturan tersebut.

Razlan turut menyalahkan Abdul Latiff atas kegagalan ketua-ketua kampung di seluruh negara menggalakkan orangr amai mendaftar untuk mendapatkan vaksin.

Zuraida pula dikaitkan dengan kegiatan NGO Penggerak Negara yang didakwa Razlan lebih diutamakan bekas naib presiden PKR itu berbanding membantu rakyat berdepan ancaman Covid-19.

“Kenapa tidak melihat setiap sen yang dibelanjakan oleh NGO itu sepatutnya digunakan untuk membantu mendaftarkan orang ramai untuk vaksinasi?” katanya.

Tidak ketinggalan disentuh Razlan ialah salah seorang menteri kabinet Muhyiddin Yassin, iaitu Radzi, yang didakwa sehingga kini gagal menguruskan pengagihan komputer riba kepada pelajar.

“Masalah murid-murid masih tidak selesai,” katanya.

Dalam pada itu, Razlan berkata Muhyiddin sepatutnya bertindak sebagai ketua kerajaan yang berkesan dengan mengarahkan setiap kementerian berganding bahu dalam krisis Covid-19.

“Setiap kementerian mesti diarahkan memberi fokus kepada krisis Covid-19, duit negara semakin habis, bajet pembangunan habis diedarkan.

“Apa gunanya projek-projek diagihkan sekarang sedangkan ancaman Covid-19 tidak selesai?” katanya.

NAMPAK SANGAT BERJUANG KERANA KUASA BUKAN PRINSIP

 


Panas! Pemimpin UMNO gesa Tajuddin tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin


Panas! Pemimpin UMNO gesa Tajuddin tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin

Masa untuk tarik sokongan, kata ahli Majlis Tertiggi, Mohd Puad Zarkashi, selepas kerajaan menamatkan khidmat Tajuddin Abdul Rahman dari Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) semalam.

Menurut Mohd Puad, tidak ada apa yang perlu dinantikan oleh pengarah pilihan raya Umno Malaysia itu sekarang.

“Tunggu apa lagi Dato Tajuddin Abdul Rahman. Kamu sudah dipecat sebagai pengerusi Prasarana.

“Umum segera tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam catatan ringkas di media sosial pagi ini.

Semalam Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan surat menamatkan perkhidmatan Tajuddin daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu. Penamatan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Ia berlaku selepas Tajuddin dikecam teruk pelbagai pihak kerana cara dia mengendalikan sidang media bagi menjawab persoalan mengenai kemalangan LRT pada kelmarin.

Kemalangan berkenaan menyebabkan lebih 200 orang cedera, termasuk sebahagiannya dalam keadaan parah.

Untuk rekod Mohd Puad antara pemimpin kanan Umno yang giat menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) ketiga sebahagian daripada ahli parlimen parti itu menjadi sebahagian daripada kabinet Muhyiddin.

Selain Mohd Puad, Tajuddin juga pernah agak lantang mengkritik PN dan Muhyiddin. Tajuddin diberikan jawatan pengerusi Prasarana oleh kerajaan PN pada 13 Mei 2020.

Ahmad doakan Tajuddin

Ahli parlimen Pasir Salak itu dilantik menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan tidak sampai seminggu sebelum itu.

Zaharah dipilih mempengerusikan Prasarana oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebagai salah satu janji mereka untuk mengurangkan sebanyak mungkin lantikan politik dalam GLC.

Gesaan dibuat Mohd Puad kepada Tajuddin hari ini berlaku ketika pelbagai pihak mempersoalkan sokongan yang dinikmati Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Bagaimanpun untuk rekod di sebalik pelbagai spekulasi yang ada, kerajaan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk mengadakan sidang parlimen dalam waktu terdekat.

Sementara itu Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata sesuatu jawatan yang disandang dalam politik hanya bersifat sementara.

Menciap untuk mengulas ringkas penamatan khidmat Tajuddin, Ahmad berkata tidak ada manusia yang sempurna dan jawatan disandang ahli politik terbabit adalah atas lantikan kerajaan.

“Jawatan di Prasarana itu lantikan Tengku Zafrul dan beliau berhak tamatkan (khidmat Tajuddin).

“Manusia mana ada yang sempurna. Saya doakan yang terbaik untuk Tajuddin dan menteri juga,” katanya.

Sekali lagi rekod tertinggi 7,857 kes baharu Covid-19


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan satu lagi rekod tertinggi sebanyak 7,857 kes Covid-19 hari ini.

Rekod tertinggi sebelumnya adalah semalam dengan 7,478 kes.

Menerusi tweet, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa jumlah jangkitan kini adalah 541,224.

Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 2,675.

Ini diikuti oleh Sarawak (772), Kelantan (754), Kuala Lumpur (561), Johor (549), Kedah (441), Pulau Pinang (365), Negeri Sembilan (353), Terengganu (282), Pahang (238) , Melaka (234), Perak (228), Sabah (217), Labuan (170), Putrajaya (12) dan Perlis (6).

MENTERI AGAMA NI PATUT DIPECAT.DATUK K DAN SITI DI DENDA 10K. MANA ADIL

 

Langgar SOP: Siti Nurhaliza dikompaun RM10,000, menteri agama RM2,000



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Antara gambar majlis tahnik diadakan Siti Nurhaliza di kediamannya di Bukit Antarabangsa, Ampang, pada 26 April lalu yang tular di media sosial. (Gambar Instagram)

PETALING JAYA: Penyanyi Siti Nurhaliza Tarudin dan suami, Khalid Mohamad Jiwa, masing-masing dikompaun RM10,000 susulan pelanggaran SOP perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika majlis tahnik anak kedua mereka, baru-baru ini, kata Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata, turut dikenakan kompaun Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad dan penceramah bebas Azhar Idrus, Don Daniyal serta ustaz Iqbal, masing-masing RM2,000.

“Tiga anak Khalid turut dikenakan kompaun sebanyak RM2,000 setiap seorang,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, dilaporkan berkata siasatan terhadap selebriti dan suaminya itu dijalankan selepas polis menerima satu laporan mengenai majlis berkenaan.

Kes disiasat mengikut Peraturan 19 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Dalam pada itu, Arjunaidi berkata polis turut mengeluarkan kompaun RM2,000 masing-masing terhadap pelakon dan selebriti Norman Hakim serta isteri, Memey Suhaiza kerana melanggar SOP PKP dengan melakukan aktiviti ziarah raya baru-baru ini.

Turut dikompaun Abby Abadi dan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria juga masing-masing RM2,000 kerana turut serta dalam aktiviti berkenaan di sebuah rumah.

Beliau berkata, polis telah menerima arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mengeluarkan kompaun itu.

BERSIH MAHU AKTA BAHARU GLC




Definisi yang jelas mengenai GLC/GLIC yang berlaku di peringkat negeri dan persekutuan harus dinyatakan dalam Akta GLC baharu atau dalam akta yang ada seperti Akta Syarikat. Ini akan menjadi asas untuk melembagakan pembaharuan yang berkaitan dengan proses dan keperluan pelantikan pengarah GLC. Wajib mempertingkatkan ketelusan dan pendedahan melalui laporan berkala mengenai GLIC/GLC yang tersenarai atau tidak tersenarai termasuk maklumat penting seperti imbuhan pengarah, latar belakang pengarah, tawaran tender dan lain-lain. Badan tertentu seperti Jawatankuasa Putrajaya bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG) harus mengambil tugas ini.



VIDEO : APA ADA PADA PKP 3.0?




“Perlu ada "reset" dalam pentadbiran kerajaan dan penyampaian perkhidmatan untuk memastikan penghantaran awal bekalan vaksin dan bantuan kewangan yang sampai kepada rakyat,” ujarnya. Guan Eng membangkitkan mengenai dana sebanyak RM627 bilion yang telah dibelanjakan sejak tahun lalu untuk memerangi COVID-19 dan mengeluarkan ekonomi dari kemelesetan, yang sama sekali tidak berkesan dan gagal sepenuhnya.

VIDEO : Politik Perlu Idea Orang Muda, Pengalaman Generasi Lama



Pengarah filem terkenal yang kini menjadi aktivis KEADILAN, Datuk Hans Isaac mempunyai pendapat menarik mengenai penglibatan politik dalam kalangan dua generasi. Beliau berpendapat ahli politik boleh datang dari semua bidang kerjaya atau disiplin ilmu. Malah politik katanya, tidak mengira umur. Negara perlukan ahli politik dari generasi muda bagi memahami aspirasi golongan muda dan bagaimana untuk memajukan belia. Pada sisi lain, negara juga memerlukan ahli politik berpengalaman untuk menentukan bagaimana sesuatu undang-undang boleh dirangka. Katanya, sekiranya ahli politik lama terus menguasai negara maka 'program' yang ada akan sama sahaja tanpa wujudnya pendekatan baharu. #SuaraKEADILAN #KEADILAN #HansIsaac