BUKAN SEKADAR TUKANG KEBUN TUKAR GURU,KERANI SEKOLAH,KERANI PEJABAT ,PPD,LEBIH HEBAT DARI MENTERI.MACAMANA UMNO NAK MENANG?????


Tukang kebun sekolah pun boleh tukar guru


Mohd Nor Yahya Fri Apr 03, 09 6:47:02 pm MYT


KOTA BHARU, 3 April (Hrkh) - Pernah anda mendengar seorang tukang kebun sekolah boleh merasmikan mesyuarat PIBG. Pelik dan tidak masuk akal.

Namun semuanya tidak mustahil apabila tukang kebun itu ada jawatan dalam Umno.
Ia bukan kisah omongan, tetapi itulah realiti yang pernah berlaku di Tanah Merah beberapa tahun lalu.


Lebih menarik lagi apabila ketua cawangan Umno boleh mempengaruhi Pejabat Pelajaran Daerah untuk menukarkan guru.
Mungkin mengambil kira situasilah agaknya Menteri Pelajaran, Dato' Seri Hishamuddin Hussien mahu guru kumpulan A dibolehkan berpolitik.
Bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Muhamad Fadzli Hassan berkata, hasrat untuk memberi ruang kepada guru kumpulan A berpolitik perlu dilakukan secara adil.


"Seharusnya dilihat secara adil dan tidak menyekat mereka berpolitik dalam mana-mana parti politik.
"Namun apa yang berlaku sekarang guru hanya dihalal berpolitik dengan Umno sahaja. Kriteria kenaikan pangkat pun diambil kira sentimen politik di Kelantan," katanya di sini.
Menurutnya juga sejak 1990 sehingga sekarang wakil-wakil rakyat bukan Barisan Nasional langsung tidak dibenarkan masuk ke sekolah di bawah kementerian.


Sedangkan katanya, wakil-wakil rakyat BN bebas menggunakan sekolah untuk kepentingan politik.
"Malah ada tukang kebun yang menjadi ketua cawangan lebih berpengaruh daripada seorang pengetua sekolah.
"Inilah yang berlakunya sekarang, ketua cawangan atau ketua bahagian menggunakan sekolah untuk berkempen sedangkan wakil-wakil rakyat di pihak lain tidak dibenarkan langsung.
"Bagi saya bukannya setakat penglibatan guru kumpulan A sahaja, malah ia seharusnya untuk semua penjawat awam," katanya yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan.


Beliau berkata, berilah kebebasan memilih parti yang dekat dengan naluri mereka.
Menurutnya orang yang berpendidikan tinggi seharusnya diberi kebebasan untuk berpolitik kerana mereka merupakan golongan intelek.
Kata beliau sebagai golongan terpelajar tentunya dapat membahagikan masa di antara kerjaya dan politik. - mj _


UMNO PATUT BERI PELUANG INI 20 TAHUN DULU LAGI.BUKAN SEKARANG??????

WOW!!!!! DATO NAJIB BUAT KEJUTAN.......








PM baru DSNRazak hari ini mengumunkan pembebasan 13 tahanan ISA dan kembalikan akhbar Harakah dan juga Suara Keadilan.Pengumuman ini sudah tentu tidak boleh dijadikan isu lagi oleh pembangkang.




Malahan DSNR juga hari ini bercadang untuk mengkaji semula ISA dan semua tahanan mungkin di bebaskan atau di adil seadilnya.


Terkejut beruk juga pembangkang barangkali dengan penggumuman baru ini dihari pertama beliau menjadi Perdana Menteri.Mungkin ramai yang menjangkakan DSNR akan melakukan perubahan kepada pekerja yang bergaji kecil dan semua pekerja atau mengurangkan pengganguran dan menjana semula ekonomi.




Mungkin DSNR juga boleh membuat kejutan dimana kem tahanan kemungting tadi dijadikan tempat perumahan kos rendah rakyat????




Apa pun rakyat melihat ini sebagai sesuatu yang positif, namun jangan sampai jadi macam yang lepas-lepas kerana membuat kejutan awal tetapi kemudiannya kembali seperti dahulunya......di tahap lama ,sama tak berubah,tak macam nampak perubahan....akhirnya orang kembali benci....







BOLEH PERCAYAKAH?????





Malaysian blogger loses libel suit by politician




Published: April 3,2009



Kuala Lumpur, Apr 3 (AP) A Malaysian court has ordered a prominent online commentator to pay more than USD 277,000 to a senior ruling party politician, a court official said today, the latest in a series of troubles for bloggers.Raja Petra Raja Kamaruddin, editor of the popular Malaysia Today news Web site, was told yesterday to pay USD 277,840 in libel damages to Abdul Azim Mohamad Zabidi, treasurer of the ruling United Malays National Organisation, said a court official who declined to be named because she was not authorised to speak to the media.



Details of Raja Petra&aposs commentary about Abdul Azim were not immediately known. However, Raja Petra, one of the country&aposs best-known online writers, frequently accuses senior government officials and corporate figures of corruption and other crimes.



He has also claimed that Prime Minister Najib Razak, who took office today, and his wife were linked to the 2006 slaying of a Mongolian woman. The couple has denied the accusations, dismissing them as"lies."



Critical online commentary has mushroomed in the country as an alternative to the country&aposs government-linked mainstream. But recently bloggers have increasingly faced detention and court action by government officials. They accuse the bloggers of spreading false information and rumours.



Source: PTI