Azalina bingung kenapa Malaysia tidak mahu meneruskan sidang parlimen


Cabang legislatif telah dilumpuhkan akibat keputusan eksekutif untuk menggantung Parlimen, kata Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said dalam sepucuk surat kepada Peguam Negara Idrus Harun.

Menurut Azalina, ia menyebabkan cabang eksekutif seolah-olah mentadbir secara bebas dalam hal ehwal negara dan tidak dipertanggungjawabkan kepada Parlimen.

Idrus adalah abang kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun.


Dalam surat itu, Azalina berkata dia bingung mengapa Malaysia sama ada tidak dapat atau tidak mahu berusaha melaksanakan sidang Parlimen seperti negara lain, seperti dengan mengurangkan penyertaan ahli Parlimen, menggunakan waktu sidang yang anjal, mahupun menyiarkan persidangan kamar khas.

Azalina memetik Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “jemaah menteri hendaklah bertanggungjawab secara bersama kepada Parlimen”.

“Saya perltu tekankan bahawa pertanggungjawaban kementerian (ministerial responsibility) dalah penting dalam sistem Parlimen kerana ia menjamin kebertanggungjawaban kerajaan kepada legislatif, dan maka, kepada pengundi secara keseluruhan,” katanya.

“Seolah-olah itu belum memadai, Pejabat Peguam Negara juga telah menasihati kerajaan, dan saya perlu tambah secara membatas, yang semua kegiatan jawatankuasa di Parlimen termasuk jawatankuasa pilihan khas tidak boleh lagi diteruskan walaupun jika dibuat secara maya,” katanya lagi.

Azalina yang juga ahli Parlimen Pengarang berkata lagi, nasihat yang dibuat oleh Peguam Cara Negara II Siti Zainab Omar itu menghalang ahli Parlimen yang menganggotai jawatankuasa tersebut daripada menyiasat atau meneliti isu-isu berkaitan.

Azalina berkata lagi, penggantungan Parlimen membangkitkan beberapa soalan, antaranya bagaimana eksekutif akan dipertanggungjawabkan dalam keputusan yang dibuat, dan apakah sebab untuk turut melarang jawatankuasa khas daripada meneruskan tugas mereka.


“Bagaimana untuk ada Kabinet yang berfungsi sepenuhnya jika tiada cara menjalankan pertanggungjawaban kementerian? Mengapa tiada Kabinet Khas Darurat?”

Azalina berharap Idrus dapat menimbang untuk menasihatkan agar Kabinet sekarang digantung dan digantikan dengan Kabinet Khas Darurat yang hanya merangkumi kementerian yang relevan pada masa ini.

“Kabinet Khas Darurat ini boleh dibenarkan untuk berfungsi dengan kuasa terhad sehinggalah Darurat tidak lagi dikuatkuasakan.

“Pada masa sama, jawatankuasa parlimen khas yang dianggotai ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang boleh dipengerusikan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang antara lain untuk melaksanakan pertanggungjawaban kementerian dan melaksanakan semak dan imbang yang perlu,” katanya lagi.

Surat itu turut dihantar kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Takiyuddin Hassan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azhar Harun, Ketua Whip Perikatan Nasional Azmin Ali, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Penasihat Lembaga Penasihat BN Najib Razak dan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) Shahidan Kassim.

Surat bertarikh hari ini itu dikongsi Azalina di Twitternya.



Tiada alasan tutup Parlimen jika semua MP dapat suntikan vaksin

 

Oleh Zamzani Husin

Tiada lagi alasan untuk menghalang persidangan Parlimen jika semua wakil rakyat diberikan suntikan vaksin Covid-19, kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin. 

Ini selepas Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin mengumumkan 200,000 vaksin akan diperuntukkan untuk barisan hadapan bukan perubatan termasuk ahli politik bermula Februari hingga April. 

“Rakyat marah kerana 222 ahli Parlimen masih mendapat gaji penuh meskipun tidak perlu menghadiri sesi Parlimen.

“Menangguhkan sidang Parlimen tidak akan memberi kebaikan kepada negara.

“Oleh kerana semua ahli Parlimen diberikan suntikan vaksin dan menjadi imun terhadap Covid-19, maka tidak ada lagi alasan untuk menutup Parlimen.

“Untuk mengatasi sebarang kebimbangan, semua pegawai Parlimen dan pembantu wakil rakyat yang menghadiri Parlimen juga harus diberi vaksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malah, kata Foong Hin yang juga Setiausaha DAP Sabah, pengistiharan darurat tidak menghalang Parlimen untuk bersidang. 

Perkara150(5) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa semasa perisytiharaan darurat berkuasa, Parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang mengenai apa-apa perkara, jika Parlimen berpendapat bahawa undang-undang itu amat dikehendaki untuk memulihkan keselamatan dan keamanan.

“Pengisytiharan darurat tidak seharusnya meletakkan demokrasi dan kedaulatan undang-undang dalam kedudukan bahaya, oleh itu persidangan Parlimen mesti diteruskan walaupun semasa darurat. 

“Terdapat banyak agenda yang tertangguh, seperti pembentangan Rancangan Malaysia Kedua Belas (2021-2025) dan mungkin juga pembentangan belanjawan tambahan untuk tahun 2021 bagi menangani kenaikan kes Covid-19,” ujarnya. 



RENTASAN 827 | HAK BERSUARA RAKYAT KINI DINAFI KERAJAAN MUHYIDDIN?









MENARIK DALAM RENTASAN 827
1. SIAPA SEBENARNYA YANG BERPENYAKIT MENTAL? 2. GALAH PENDEK CAKAP APA KEPADA GALAH PANJANG? 3. RAKYAT BAYAR GAJI MENTERI 3 KALI GANDA, EBIT LEW YANG BANTU RAKYAT 4. APLIKASI ‘SUGAR BABY’ DIHAPUSKAN ATAU DIJENAMAKAN SEMULA?




RAKYAT BAYAR GAJI MENTERI 3 KALI GANDA, EBIT LEW YANG BANTU RAKYAT


Pendapatan bulanan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong dikatakan mencecah RM58,070.48. Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dari Pas pula memperoleh gaji bulanan RM57,227.20.






Hannah Yeoh, Syed Azmi cadang 10 langkah untuk kerajaan tangani gejala sosial


Berikut merupakan kenyataan media bersama Hannah Yeoh dan Syed Azmi bertarikh 16 Februari 2021

Kami merujuk kepada pelbagai laporan berita mengenai gejala ‘sugar baby’ yang sedang hangat dibincangkan oleh Kerajaan Persekutuan. Kami menyarankan supaya Kerajaan menangani gejala sosial seperti ini dengan lebih berkesan secara mencegah kerana ini lebih baik daripada merawat simptom. Kami menggesa supaya 10 langkah ini diambil bersekali dengan sebarang tindakan menyekat aplikasi sosial yang melanggar undang-undang negara:

(1) mewujudkan Kementerian Kanak-Kanak yang mempunyai peruntukan khas dan sumber tetap untuk melindungi kanak-kanak. Ini termasuk penyediaan talian bantuan khas yang merangkumi pelbagai bahasa untuk kanak-kanak dan pemerkasaan infrastruktur untuk kanak-kanak OKU seperti ahli terapi yang mencukupi;

(2) segera menambah Pelindung Kanak-Kanak serta Pembantu Pelindung Kanak-Kanak yang terlatih supaya Akta Kanak-Kanak 2001 boleh dikuatkuasakan dengan lebih efektif terutamanya dalam aspek perlindungan;

(3) menambah baik sistem perundangan sedia ada dalam jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak seperti mewajibkan tahanan reman selama 3 hari kepada OKT bagi mententeramkan mangsa;

(4) memantau pelaksanaan Pelan Strategi Kebangsaan Bagi Menangani Punca Perkahwinan Bawah Umur supaya 58 program yang melibatkan 61 agensi Kerajaan boleh berjalan dengan lancar dan menepati jangka masa sehingga tahun 2025;

(5) jangan memberikan pelbagai alasan untuk pesalah jenayah seksual seperti tabiat menyalahkan mangsa (victim blaming) dan pemakaian mereka;

(6) mengkaji semula pendidikan seks di sekolah dan membuat penambahbaikan seperti melibatkan ibu bapa kerana statistik Kerajaan telah menunjukkan penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan ini berlaku seawal 12 tahun;

(7) memperkasakan kursus perkahwinan dan membantu ibubapa menjadi lebih efektif dalam komunikasi dengan anak-anak;

(8) membantu keluarga yang terkesan seperti penceraian, mempunyai anak luar nikah dan perkahwinan tidak berdaftar terutamanya bagi keluarga yang tidak mempunyai sokongan kewangan;

(9) menghapuskan sindiket yang berkaitan dan amalan rasuah yang melibatkan pihak berkuasa seperti penjualan methamphetamine dan pemerdagangan kanak-kanak atau wanita; dan

(10) menyediakan program pemulihan dan kaunseling yang menyeluruh serta mudah dicapai bagi membantu kanak-kanak yang didera atau trauma.

Terdapat kanak-kanak dan remaja hari ini yang bergelut dengan krisis identiti dan mengalami kesukaran mencari tujuan kehidupan. Inilah realiti serta cabaran yang sedang mereka hadapi dan selagi kita menafikan hakikat ini, selagi itulah kita seolah-olah meraba-raba dalam kegelapan. Amalan agama tanpa penghayatan tidak mungkin memberikan hasil yang kita inginkan. Mari kita fokus membina semula nilai murni dan budaya moral yang sihat bagi generasi muda dengan membantu mereka dan bukan menghakimi mereka.

Hannah Yeoh
Ahli Parlimen Segambut
Mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Syed Azmi Alhabshi
Penasihat Mahkamah bagi Kanak-kanak, Mahkamah Kuala Lumpur
Aktivis Kanak-Kanak/Sosial



APLIKASI ‘SUGAR BABY’ DIHAPUSKAN ATAU DIJENAMAKAN SEMULA?


Menurutnya, pihaknya juga menggesa sindiket berkaitan dan amalan rasuah melibatkan pihak berkuasa seperti penjualan methamphetamine dan pemerdagangan kanak-kanak atau wanita dihapuskan. "Kerajaan juga digesa menyediakan program pemulihan dan kaunseling yang menyeluruh serta mudah dicapai bagi membantu kanak-kanak yang didera atau trauma," katanya lagi.





VIDEO : GALAH PENDEK CAKAP APA KEPADA GALAH PANJANG?MAHFUZ NI PRESIDEN PARTI MANA ? GALAH PENDEK BUKAN DIPANGKAL SEBAGAI TUNJANG.JANGAN JADI SOKONG MEMBAWA REBAH.TUN DAH TAK RELEVAN



Terdahulu, Naib Presiden AMANAH Dato' Mahfuz Omar, tidak menolak untuk mengadakan perbincangan sekiranya Pejuang bersedia membentuk satu kerjasama bersama PAKATAN HARAPAN berdepan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 termasuk menggunakan logo gabungan berkenaan. Difahamkan keputusan untuk membenarkan lambang mana-mana parti di dalam PAKATAN HARAPAN digunakan oleh Pejuang hendaklah diputuskan oleh Majlis Presiden PAKATAN HARAPAN, bukan oleh parti berkenaan.



TAK KAN LAH SEKDAR NOTA BANTAHAN SAHAJA....KURANG KURANG BERDEMONTRASI, LAWAN SUNGGUH SUNGGUH...JIHAD ..JUDI HARAM KAN ?SETAHUN BARU NI BUKAN KATA SANGGUP MATI KERANA JIHAD KAH?..WALAUN MANA CAKAP NTAH...NAK BERJUANG HABIS HABISAN...KAH...KAH....

 

Walau dalam kerajaan PN, Pas Wilayah akan hantar nota bantahan buka sektor judi

Walau dalam kerajaan PN, Pas Wilayah akan hantar nota bantahan buka sektor judi

DAH KENA CUCUK VAKSIN PUN TAKUT MATI KAH?- JIHAD TU SIDANG PARLIMEN NI DEMI RAKYAT DAN NEGARA.

 

Pas anggap desakan sidang Parlimen sekadar pendapat pembangkang

Pas anggap desakan sidang Parlimen sekadar pendapat pembangkang

Angka kematian Covid-19 melepasi 1,000 orang selepas 22 kematian baharu dilaporkan

 FMT Reporters

 -

PETALING JAYA: Kementerian kesihatan melaporkan 2,998 kes Covid-19 dan 22 kematian hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 5,709 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh sama, iaitu masih kekal mengatasi jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 229,762

Katanya, daripada jumlah kes baharu itu, 2,991 adalah penularan tempatan manakala tujuh jangkitan di luar negara.

Dengan 22 kematian direkodkan menjadikan angka korban Covid-19 setakat ini melepasi angka 1,000 iaitu 1,005

Sehingga kini jumlah jangkitan Covid-19 direkodkan dalam negara kini 27,2163 kes.

Ketika ini, 41,396 sedang dirawat, dengan 231 di unit rawatan rapi (ICU) dan 115 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Batal perjalanan 10km tidak bantu kurangkan Covid-19, patut perbanyak saringan berskala besar, kata Boon Chye

 

Langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan kerajaan ialah meningkatkan keupayaan saringan kontak rapat kes positif dalam tempoh 48 jam dan melakukan saringan berskala besar, kata Boon Chye.

PETALING JAYA: Tindakan kerajaan menukar pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) kepada PKP bersyarat (PKPB), dan PKP pemulihan (PKPP) membabitkan beberapa negeri termasuk membatalkan arahan larangan pergerakan dalam radius 10km bagi semua kawasan itu bukanlah langkah terbaik mengekang penularan wabak Covid-19.

Bekas timbalan menteri kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kelonggaran itu akan mendedahkan lagi orang ramai kepada jangkitan Covid-19.

“Saya faham dalam keadaan ini isu ekonomi juga patut dijaga dan dipertimbang,” katanya kepada FMT.

Boon Chye berkata, pelaksanaan PKP dan PKPB ketika ini nampaknya tidak mampu memberi kesan pantas dalam usaha mengekang penularan Covid-19.

Malah langkah terbaik yang sepatutnya dilakukan kerajaan ialah meningkatkan keupayaan saringan kontak rapat kes positif dalam tempoh 48 jam dan melakukan saringan berskala besar.

“Kalau kita tidak ada kedua-dua keupayaan ini apabila ada jangkitan tinggi kita tak boleh kawal.”

Jelasnya, apa yang dimaksudkan dengan saringan kontak rapat adalah apabila ada kes baharu biasanya ia akan menjangkiti 5 hingga 10 orang. Jika tidak diasingkan mereka ini akan menjangkiti 100 malah 1,000 lagi orang dan seterusnya lebih ramai lagi.

Disebabkan itu, katanya untuk mengekang penularan berterusan perlu ada keupayaan mengasingkan kontak rapat dalam tempoh 48 jam.

“Seterusnya kita perlu ada keupayaan melakukan saringan berskala besar. Kalau ada sahaja kes misalnya dalam komuniti, PKPB atau PKPD boleh dilaksanakan di kawasan tersebut sebagai contoh melakukan saringan besar-besaran di taman perumahan,” katanya.

Beliau turut memberikan beberapa contoh negara luar yang berjaya mengekang penularan semula Covid-19 dengan mengutamakan dua langkah itu antaranya New Zealand dan China.

“Mereka tidak perlu tutup macam kita sampai sekarang tidak habis-habis sejak 13 Jan PKP 2.0 dilaksana hampir lima minggu kes tak selesai,” katanya.

Beliau yakin, Malaysia mampu melakukan pengesanan kontak rapat dengan pantas malah boleh melakukan saringan antara 100,000 sehingga sejuta sehari jika menggunakan kaedah betul.

Beliau turut mencadangkan supaya kerajaan menambah jumlah kakitangan KKM secepat mungkin bagi menampung keupayaan tenaga kerja dalam mengekang penularan Covid-19 khususnya bahagian kesihatan awam tanpa perlu melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memakan masa terlalu lama.

“Pengambilan harus serta-merta, ambil mereka yang menganggur, lepasan universiti, bakal-bakal doktor atau jururawat yang belum dapat penempatan, atau ambil mereka yang hilang kerja secara kontrak untuk membuat pengesanan saringan, buat analisis data dan sebagainya,” katanya.

Kerajaan memutuskan untuk membatalkan arahan larangan pergerakan dalam radius 10km bagi semua kawasan di bawah PKP, PKPB dan PKPP. Bagaimanapun larangan rentas negeri dan daerah bagi semua negeri masih dikekalkan.



KWSP JUAL TANAH/BANGUNAN? || MASJID DITUTUP JUDI DIBUKA || 90 AHLI PARLI...



KWSP TAK ADA DUIT? || MASJID DITUTUP JUDI DIBUKA || 90 AHLI PARLIMEN DARI 7 NEGARA


ASEAN TEGUR MUHYIDDIN

SURAT TUTUP DEWAN KAH INI?


My letter to YBhg Tan Sri Idrus Harun , Attorney-General regarding the emasculation of the legislature in view of the constitutional doctrine of separation of power.

 

May be an image of text

No photo description available.May be an image of text that says "7. YB DATO' SRI MOHD NAJIB TUN ABD RAZAK Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional No. Jalan Langgak Duta Taman Duta 50480 KUALA LUMPUR"










TIMBALAN SPEAKER PUNG BINGGUNG...KERAJAAN BENGGONG LA GAMAKNYA...

 May be an image of 1 person and text that says "F M T HOME NEWS BERITA OPINION WORLD Timbalan speaker 'bingung kerajaan tak dapat, enggan mudah sidang Parlimen semasa darurat FMT Reporters February 17. 2021 2:49 PM 109 Shares"

Banteras kluster Covid-19 di tempat kerja - Syed Ibrahim Syed Noh

 



Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh menggesa kerajaan untuk menumpukan tugas membanteras kluster Covid-19 di tempat kerja.

Ini kerana, beliau mendapati sebanyak 61.85% daripada 852 kluster ialah kluster tempat kerja sejak 20 Sept 2020 hingga 12 Februari lepas.

"Saya menyambut baik perkembangan baru-baru ini apabila Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, sebanyak 15 tapak binaan telah diarah tutup oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) setakat 15 Februari 2021.

"Tindakan mengeluarkan notis berhenti kerja terhadap 15 tapak kerana didapati tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ini adalah wajar mengambil kira kadar penularan wabak Covid-19 dalam kluster tapak binaan yang sangat membimbangkan.

"Tambahan lagi, kemungkinan penularan dalam masyarakat awam daripada kluster ini adalah tinggi memandangkan lokasi tapak binaan dan penempatan pekerja yang berdekatan dengan tempat awam," katanya.

Bagaimanapun, Syed Ibrahim menyeru agar kerajaan terus serius dalam menangani kewujudan kluster baharu melibatkan tapak binaan dan tempat kerja.

"Kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri wajib memainkan peranan lebih tangkas.

"Dengan tindakan terbaharu ini, timbul persoalan kepada apa perlunya kuasa di bawah perintah darurat untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446 seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri pada 4 Februari lalu, sedangkan CIDB boleh arahkan penutupan tapak binaan?

"Jika pun pindaan akta akan dilakukan (tanpa parlimen bersidang) di bawah kuasa perintah darurat, mengapa akta belum dipinda hingga sekarang setelah lebih sebulan perintah darurat berkuatkuasa? Di mana tindakan kesegeraannya?" soalnya.

Syed Ibrahim yang juga Pengerusi KEADILAN Negeri Johor menganggap tindakan tegas, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang harus dipraktikkan kerana faktor majikan yang memikirkan keuntungan tanpa mempedulikan kesihatan dan keselamatan pekerja menjadi antara punca penularan ini tidak dapat dikekang.

"Sebagai contoh krisis penularan wabak Covid-19 di Kilang Top Glove yang pernah menjadi penyumbang terbesar pada kes positif Covid-19 wajar diberi perhatian.

"Masih wujud banyak majikan sektor perkilangan dan tempat kerja yang tidak menitikberatkan prosedur pematuhan SOP di tempat kerja. Umum memahami keperluan pembukaan sektor perkhidmatan dan penghasilan, namun langkah pencegahan dan SOP wajib digariskan dengan kemas dan jelas.

"Saya percaya, sekiranya anggota kabinet, Menteri dan Timbalan Menteri benar-benar memikirkan soal kebajikan rakyat dan halatuju negara berbanding bermain politik dan kuasa, masih banyak ruang dan jalan yang wajar dirintis. Kaedah dan panduan dari negara yang berjaya mengekang penularan wabak Covid-19 harus dilazimi," katanya.

 


'Seharusnya KJ orang nombor 2 disuntik vaksin Covid 19' - Wanita KEADILAN

 


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama yang disuntik vaksin Covid 19 menurut laporan media mengenai Pelancaran Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, semalam.

Namun bagi Wanita KEADILAN, kempen membentuk keyakinan umum tersebut harus dibantu oleh menteri-menteri kabinet dan ahli-ahli politik kerajaan memerintah untuk menghentikan sebarang keraguan bahawa vaksin mempunyai kesan sampingan atau memudaratkan tubuh badan.

Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean berkata, sebaik-baiknya selepas Muhyiddin disuntik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin menjadi orang kedua penerima vaksin dan seterusnya menteri-menteri kabinet yang lain.

"Saya berpandangan rakyat akan lebih yakin dengan keselamatan suntikan vaksin Covid-19 sekiranya Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin turut mecalonkan diri sebagai menerima vaksin tersebut selepas PM, kerana Khairy merupakan antara menteri yang mengetuai seluruh proses pembelian vaksin dan pelaksanaan program berkaitan vaksin Covid-19 di negara ini.

"Saya juga menyeru kesemua anggota kabinet dan timbalan menteri tampil secara sukarela menerima suntikan vaksin Covid -19 selepas PM dan Khairy Jamaluddin disuntik untuk mengukuhkan lagi kepercayaan rakyat ke atas keputusan kerajaan berhubung pembelian vaksin dan perkhidmatan suntikan vaksin tersebut," katanya.

Selain memberi keyakinan kepada rakyat, Ker Chean juga mencadangkan agar kempen keyakinan vaksin dijalankan dalam kalangan masyarakat Orang Asal di negara ini.

Beliau juga mencadangkan kempen yang sama dijalankan kepada penduduk di luar bandar yang kurang terdedah kepada informasi pendaftaran sukarela untuk program vaksinasi tersebut.

"Selain itu, saya mencadangkan kerajaan mewujudkan jalinan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan ketua-ketua kampung supaya perhatian dan tumpuan dapat diberikan kepada Orang Asal dan penduduk luar bandar semasa pelaksanaan kempen kesedaran "Lindungi Diri, Lindungi Semua" kerana golongan tersebut mempunyai akses yang sangat terhad kepada maklumat digital," katanya lagi.

 

HABIS LA KAU NAJIB...LOKMAN ADAM PUN TAK BOLEH BUAT APA....

May be an image of 1 person and text that says "Metro Najib gagal gugurkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan February 15, 2021 12:42 PM SR rakyat INI KALI KE-3 NAJIB GAGAL SINGKIR SRI RAM Kenapa Najib takut sangat dengan Sri Ram mengetual pasukan pendakwaan?"



Selepas PEMBOHONGAN Najib terbongkar satu persatu terlondeh dlm perbicaraan kes SRC-Najib, peguamnya Shafee berusaha bermati-matian nak gagalkan Sri Ram supaya beliau tak boleh mengetuai sekali lagi pada pendakwaan kes 1MDB yg bakal membongkarkan skandal sebenar 'derma' RM2.6 bilion tu..

MANA LAGI NAK SOROK & LARI !!

SR

 

SEBAB MAHATHIR SERANG MUHYIDDIN

 


Oleh: ISHAM JALIL

Dr. Mahathir, Tun Daim dan Kadir Jasin telah mula serang Muhyiddin semalam.

Saya tidak sokong tiga serangkai ini atau empat sekawan termasuk Muhyiddin tersebut.

Keempat-empat mereka sudah sepatutnya memberi laluan kepada generasi baru untuk mentadbir Malaysia dan bukannya masih memalu gendang yang lama.

Dua puluh tahun dahulu pada tahun 90an semasa umur saya dua puluhan, mereka inilah yang telah menghuru-harakan negara dengan krisis ekonomi dan politik dan sebagainya.

Zaman telah berubah. Namun kini setelah dua dekad berlalu, mereka masih mahu rakyat Malaysia dan generasi baru kini untuk mengikut telunjuk mereka lagi.

Saya tidak kisah Mahathir mahu menjatuhkan Muhyiddin, itu adalah tabiat lamanya iaitu menjatuhkan orang lain terutama Perdana-perdana Menteri.

Prestasi Muhyiddin pun amat teruk sebagai Perdana Menteri. Muhyiddin memang patut diturunkan.

Tetapi ini bukanlah sebab utama Mahathir serang Muhyiddin sekarang.

Dulu Mahathir yang sokong Muhyiddin.

Sebab utama dia serang Muhyiddin sekarang ialah dia tahu kedudukan Muhyiddin kini sedang goyah teruk dan tidak lagi boleh dipertahankan.

Jika Muhyiddin buka Parlimen, dia akan dijatuhkan.

Jika Muhyiddin bubar Parlimen, dia akan kalah pilihanraya.

Mahathir tahu jika Muhyiddin tidak diganti sebelum Parlimen dibuka atau sebelum pilihanraya diadakan, puak-puak mereka akan kalah dalam pilihanraya dan BN atau Anwar yang akan jadi Perdana Menteri.

Ini adalah mimpi ngeri buat Mahathir.

Dan jika ini berlaku, habislah tiga serangkai (Mahathir, Daim dan Kadir) atau empat sekawan ini dan kroni-kroni mereka.

Oleh itu dia (Mahathir) fikir dia kena jadi Perdana Menteri semula sebelum Muhyiddin mengaramkan kapal mereka dan mereka semua tenggelam bersama.

Dan kini mereka berebut sekali lagi siapa nak jadi Perdana Menteri.

Dalam sidang media baru-baru ini pun Mahathir telah kata niatnya untuk jadi Perdana Menteri semula.

Mahathir bukan minat untuk mentadbir negara atau menyelesaikan krisis rakyat.

22 bulan dulu kita sudah nampak hasil kerjanya.

Dia hanya mahu selamatkan dirinya, keluarganya dan kroninya sekali lagi.

Kita sudah muak dengan politicking PPBM dan "penaung" PPBM ini.

Kita perlu selesaikan krisis politik, krisis COVID, dan krisis ekonomi ini segera.

Dan buka Parlimen untuk bersidang supaya pengurusan krisis dapat dibincang dengan lebih telus dan berkesan dan supaya ada semak imbang kerajaan.

Tetapi Mahathir tidak boleh dibenarkan untuk hijack kerajaan lagi.

Allah selamatkanlah Malaysia dari puak-puak (PPBM dan bekas-bekas PPBM) ini.

ISHAM JALIL

 

MALANG BETUL NASIB PENYOKONG DAN LEBAI PAS...KENA SAMAN DAN BAYAR LAGI.

 


Mahkamah batalkan saman Kamarul terhadap Mujahid

Mahkamah batalkan saman Kamarul terhadap Mujahid

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini; 17/2/2021, telah membatalkan saman Kamarul Zaman bin Haji Yusoff terhadap Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Terdahulu, Kamarul Zaman telah memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Seri Dr Mujahid pada 28/7/2020 berhubung dengan tulisan bertajuk “Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan” yang ditulis oleh Dr Mujahid.

Dr Mujahid diwakili oleh En. Noorazmir Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir dan Kamarul diwakili oleh En. Mohd Harris Mohan bin Abdullah dari The Law Office of Mohd Harris.

Encik Noorazmir ketika dihubungi berkata, anakguamnya telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Kamarul tersebut.

Ini kerana pada 19/6/2017, Dr Mujahid telah pun memfailkan saman fitnah terhadap Kamarul berhubung dengan satu artikel Kamarul bertajuk “Dr Mujahid Antara Kuda Tunggangan DAP Terbaik”. Di dalam prosiding saman 19/6/2017 tersebut, Kamarul turut memfailkan tuntutan balas terhadap Dr Mujahid berhubung dengan tulisan Dr Mujahid bertajuk “Disiplin Ilmu Bukan Sentimen Murahan”; iaitu tulisan yang sama yang dirujuk Kamarul di dalam saman fitnah pada 28/7/2020 ini.

Di dalam prosiding saman 19/6/2017 tersebut, Kamarul telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Dr Mujahid pada 21/11/2018 dan Kamarul juga pada masa yang sama telah menarik balik tuntutan balasnya itu sebagai penyelesaian akhir dan muktamad.

Oleh itu, menurut En Noorazmir, anakguamnya telah memohon untuk membatalkan saman Kamarul ini dengan alasan bahawa saman Kamarul ini adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana Kamarul bukan sahaja telah menarik balik tuntutan balasnya sebelum ini, malah Kamarul sendiri telah pun membuat permohonan maaf kepada Dr Mujahid.

Mahkamah hari ini turut memberikan perintah supaya Kamarul membayar Dr Mujahid kos berjumlah RM5,000.00.

Kes hari ini diputuskan oleh Yang Arif Dato’ Rozana binti Ali Yusof, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 



Amin Ahmad kumpul dana beli peranti untuk 500 pelajar di Kangar



POSTED BY AMIR WRLR



Kempen mengumpul dana untuk membeli peranti yang akan digunakan oleh 500 pelajar di Kangar berjalan dengan lancar setakat ini.

Sejak Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad melancarkan kempen itu pada 1 Februari lalu, beliau berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM50,000 dan hasilnya dapat membeli 50 unit laptop berjenama Avita.

"Terima kasih kepada penyumbang kempen untuk sumbangan peranti kepada pelajar Kangar.

"Sejak dilancarkan pada dua minggu lalu, kami menerima sehingga RM50,000. Kini, kami sudah mendapat pesanan terawal 50 unit laptop untuk diserahkan kepada pelajar," katanya.

Justeru, Amin mengalu-alukan lagi sumbangan orang ramai untuk membantu pelajar supaya tidak keciciran pelajaran.

"Kempen ini masih berlangsung hingga 31 Mac, kita masih menerima sumbangan, setakat ini dapat pledge mencecah RM130,000.

"Insya-Allah kalau ada yang sudi menyumbang tak kira berapa banyak, sudi menyumbang kepada pelajar, kita anggap ini sebagai amal dan berharap dapat membantu pelajar yang kurang mampu," katanya.

 

BEKAS PEMIMPIN MUSLIMAT DAN BEKAS CALON PAS PAHANG PERBAHARUI SYAHADAH KEISLAMAN

 



Pengasas ajaran ‘Asmaul Husna Wan Maseri’ yang dikatakan menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah tampil mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas ajaran mengelirukan yang dibawa sebelum ini.

Calon PAS dalam pilihan raya umum (PRU) lalu dilaporkan memperbaharui lafaz syahadahnya selepas didapati menyeleweng daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dr Wan Maseri Wan Mohd melafazkan kalimah syahadah itu selepas membuat pengakuan dalam mesyuarat panel pakar akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang diadakan di Putrajaya semalam.

Menurut laporan Sinar Harian pengasas ajaran 'Asmaul Husna Wan Maseri' itu mengakui kesalahannya dan memohon maaf kerana mengelirukan orang ramai.

Dia yang juga bekas anggota Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Kuantan, secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keislamannya.

Melalui pengakuan itu, beliau menjelaskan kenyataannya tentang Nabi Muhammad SAW tidak wujud adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Begitu juga dengan kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hijab kita dengan ALLAH, tidak boleh berselawat kepada baginda dan tidak boleh memohon bermimpi baginda juga salah serta bertentangan dengan ajaran Islam.

“Saya juga mengaku bahawa kenyataan tentang semua orang Islam belum Islam selepas kewafatan Rasulullah juga terpesong,” katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.

Wan Maseri menjelaskan, kajian 99 Asmaul husna yang dijalankan tidak tepat dengan disiplin perolehan ilmu yang diperlukan syariat.

“Justeru saya menarik balik semua penulisan yang telah tersebar di kalangan masyarakat.

“Insya-ALLAH saya akan mengemukakan penulisan baharu yang akan terlebih dahulu melalui proses perolehan ilmu yang benar di sisi syariat,” katanya.


W.FAUDZIN