C&P
Kenapa Mukhriz mahu
PH hentikan desak PRU, Muhyiddin akan kalah… Mahathir akan panik?
Semalam kita
dikejutkan dengan kenyataan dari penyokong ‘Pejuang’ dan Mukhriz sendiri. Saya
tak pasti mahu ketawa, menangis atau maki hamun cadangan tersebut. Ia boleh
diandaikan sebagai 'joke of the day'.
Mengapa tiba-tiba
seolah ‘mereka’ yang berkuasa ke atas PH sedangkan mereka bukan di dalam PH.
Sesuka hati sahaja arahkan ingin bertanding 124 kerusi dan 94 kerusi dari PH.
Saya tak boleh kata gila cuma saya nak beritahu mana-mana pemimpin PH yang
menyokong, suruh berhenti jadi ahli politik bagus pergi 'apply' kerja sebagai
jururawat dekat Hospital Tg Rambutan.
Mukhriz tiba-tiba
beritahu jangan paksa PN untuk adakan PRU15. Nak bagitahu Mukhriz, PH tak desak
PRU yang kita desak Muhyiddin serahkan kembali kerajaan ini kepada kerajaan PH.
Tahu kenapa Muhkriz mahu kita berdiam dan tidak memberi tekanan kepada kerajaan
PN? Faham-faham sahajalah siapa di belakang PN.
Saya tertarik dengan
analisis data yang dibuat oleh Isham Jalil, Ketua Penerangan BN Selangor ini.
Dari analisisnya ada dua persamaan yang pernah saya tulis pada Mei (jika tidak
silap) 2020 dan sebulan lalu.
Saya ada menulis jika
Muhyiddin kembali bertanding di Pagoh beliau akan tewas kerana kemenangan pada
PRU14 menumpang pengundi PH dan bukan sokongan peribadi orang Pagoh buatnya.
Bezanya saya tiada
data yang lengkap untuk menyakinkan pembaca ketika itu. Nyata kenyataan saya
itu sependapat dengan analisis Isham Jalil yang dibuktikan dengan data, yang
saya rasa kemungkinan sumber data yang agak detail itu adalah dari sumber
dalaman SPR sendiri. Wallahuallam.
Tahukah kalian pada
PRU lalu, 10,265 (Melayu), 11,753 (Cina), 1,427 (India) mengundi Muhyiddin.
Umno atau BN hanya mendapat sekitar 800 undi Cina dan 14 undi India.
Dari analisis
tersebut Isham Jalil memberitahu andaikata Muhyiddin berjaya menarik pengundi
Melayu barangkali hanya separuh daripada 10,265 kerana sejak PRU13 dan PRU12,
PKR memang mempunyai 5-6 ribu pengundi Melayu di Pagoh.
Bermakna jika
Muhyiddin bertanding di Pagoh walaupun dengan sokongan Pas tanpa Umno dia tetap
akan tewas. Sebab itu saya menolak dakwaan Lokman Adam bahawa PRU15 akan
diadakan dalam tempoh terdekat.
Dalil saya selagi
Umno tidak berjaya ‘dihijack’ (sepertimana hujah Isham Jalil bersetuju PN mahu
hijack Umno), Muhyiddin tidak akan berani menasihatkan Agong untuk membubarkan
Parlimen.
Semalam juga Zahid
Hamidi tiba-tiba mengatakan mereka akan tetap bersama Pas. Kononnya ada pihak
ketiga yang tidak senang hubungan antara Pas dan Umno.
Kenapa Zahid Hamidi
seperti menyembah Pas? Sebabnya mudah, saya yakin data yang sampai ke tangannya
mengesahkan tanpa Pas, Umno tidak akan kembali menjadi kerajaan.
Isham Jalil juga
berpendapat dan mengambil satu contoh, jika di Pagoh berlaku pertandingan
antara PN, BN dan PH ia akan memberi kemenangan kepada PH. Hanya kerjasama Umno
dan Pas sahaja BN mampu menang di Pagoh dengan majoriti tipis. Ini disebabkan
kerana sentimen perkauman yang dimainkan tidak mungkin pengundi cina akan
mengundi Umno, Pas atau Bersatu.
Daripada analisis
Pagoh itu secara umumnya jika berlaku pertandingan antara PN, BN dan PH. PH
mempunyai kelebihan untuk menjadi kerajaan. Nakalnya Isham masih ingin
berpolitik kononnya jika PH menang bermakna Dap akan menjadi kerajaan semula.
Orang Umno tetap Umno (rasis).
Jadi jelas kenapa
Mahathir, Mukhriz dan kononnya penyokong ‘Pejuang’ mahu bertanding lebih 100
kerusi, tidak mahu PRU dalam masa terdekat, menganggu PH hingga beberapa
pemimpin AMANAH dilihat sangat mesra dengan Mahathir.
Mahathir tahu, Umno
Pahang, Umno Terengganu, Umno Selangor dan terbaru Umno Perak menzahirkan
menolak untuk memberi ruang kepada Bersatu. Maknanya PRU15, Bersatu menemui
jalan mati. Bermakna orang harapan Mahathir iaitu Muhyiddin, Azmin, Hishamuddin
akan tewas begitu sahaja tanpa Umno.
Sebab itulah Mahathir
mesti hancurkan PH dengan pelbagai cara. Siapa sangka beberapa pemimpin PH
masih bergantung harapan pada seorang lelaki berusia 96 tahun yang baru sahaja
merancang mengkhianati PH sendiri. Pelik bin ajaib.
‘Darurat Politik’
seperti dikatakan ramai penganalisis politik itu benar. Ia sekadar 'buy time'
untuk Bersatu merancang sesuatu sama ada memujuk Presiden Umno bersama mereka
atau ‘hijack’ Umno seperti dikatakan Isham sendiri.
Akhirnya jerat Umno
makan diri. Muafakat Nasional dilihat berhasil mempengaruhi orang Melayu
akhirnya muafakat ini berkecai apabila Umno bersetuju untuk bekerjasama dengan
pengkhianat yang akhirnya mereka sendiri dikhianati. Bukan sahaja Umno
dianaktirikan malah kekasih gelap mereka Pas dirampas dengan kuasa.
Ketika ini Bersatu
pun masih was-was dengan Pas, Umno pun masih was-was dengan Pas. Pendapat saya
pertandingan 3 penjuru hampir pasti. Tidak mungkin Umno mahu menjadi hamba
Azmin dan Zuraida lagi serta membiarkan Muhyiddin menjadi PM.
Saya pun amat
berharap akan berlaku pertandingan 3 penjuru atau sebaiknya 4 penjuru.
Kelebihannya tak susah la nak berkempen. Takkan BN dan PN nak mainkan sentimen
perkauman sebab dua-dua mahu jadi hero Melayu.