NORMAN RADZUAN
Hari ini pelbagai komen dari kedutaan di negara ini yg
mengatakan tindakan darurat akn membuat ekonomi negara merudum dan byk syarikat
besar dan kecil akn ditutup. Ia sgt2 membimbangkan kata mereka. Mereka meragui
atas dasar keperluan apa darurat diperlukan?
Cuba kita flashback secara ringkas bagaimana Covid19 menjadi
benteng ampuh utk kerajaan PN bertahan sehingga kini. Jelas apabila kerajaan PN
ini stabil maka angka Covid19 pun dilihat menurun.
'Perdana Menteri Sidang Akhbar' sesekali muncul di kaca TV
membaca teks pengumuman tanpa soal jawab walaupun dah hampir setahun menjadi
PM. Betapa takutnya dia ingin bersoal jawab dgn wartawan apatah lagi wartawan
luar negara.
Demi kuasa wang rakyat digunakan utk memberi segala jawatan dgn
gaji puluhan ribu hingga ratusan ribu. Maka jadilah kabinet Muhyiddin kabinet
obesiti dgn pelbagai pembaziran.
Utk mengelakkan pandangan negatif kpdnya, dia gunakan psikologi
popular org Melayu iaitu berdoa. Org Melayu suka kalau bakal menantu boleh baca
doa panjang. Maka berdoalah Muhyiddin kononnya inilah PM yg berjiwa Islamik.
Ketika Covid19 sdgkan merebak ke seluruh dunia... PN sibuk
berpolitik merampas Perak, Melaka, Johor, Kedah dan kemuncaknya Sabah. Tapi
bila pembangkang ingin melakukan perkara yg sama utk mengembalikan mandat
rakyat, maka media lidah kerajaan setiap hari dari pagi hingga ke malam mencari
Profesor2 Kangkung utk melahirkan persepsi kononnya pembangkang gila kuasa dan
tidak fikir soal keselamatan rakyat.
Bermula dgn Anwar Ibrahim apabila mengumumkan pada penghujung
Sep lalu beliau telah cukup majoriti. Dua hari selepas itu kes Covid naik
mendadak. Setiap malam Anwar difitnah kononnya rakus, gila kuasa, tidak fikir
nasib rakyat dan sebagainya.
Menghairankan pada Disember, org Selangor dan KL iaitu dua
negeri Zone Merah di mana kes mencecah 1000 sehari masih dibenarkan rentas
negeri. Seolah ada udang sebalik batu mengapa rentas negeri dibenarkan...nyata
andaian saya itu benar dan terbukti skg... kes melonjak naik kerana pergerakan
rentas negeri yg dibenarkan dari negeri Zon Merah.
Malaysia mencecah 4 angka setiap hari angkara tindakan agresif
KKM membuat saringan. Bagi saya ia angka yg agak positif (angka yg relevan)
berbanding Mac hingga Sep yg lalu. Sebabnya ketika Malaysia hanya mempunyai 10
ribu kes, Singapore telah mencecah 55 ribu kes ketika itu.
Sdgkan pintu sempadan negara sgt terbuka dari laut dan darat.
Mustahil kita hanya mempunyai kes yg sedikit apatah lagi sempadan Malaysia dgn
Filipina dan Indonesia di Borneo mudah ditembusi melalui jalan tikus atau
'jalan gajah' sekalipun.
Penghujung Dis angka seperti menurun.... tiba2 UMNO mengugut
kerajaan PN. Klimaksnya lebih 130 Bahagian UMNO menolak utk bersama kerajaan PN
dan mahu MP mereka meletakkan jawatan sebagai Menteri...angka kembali meningkat
melebih 2 ribu sehingga mencapai 3ribu.
Sebenarnya bagi saya perancangan ini telah dilakukan dgn sgt
sistematik. Covid19 dijadikan senjata ampuh dlm apa jua tindakan yg akn
dilakukan.
Cuba anda perhatikan, desas desus Muhyiddin ingin membuat sidang
akhbar sudah kita dgr pada hari Jumaat lagi. Yg lucunya dari hari Jumaat, hari
Isnin baru pengumuman dibuat. Jika kritikal kenapa tidak dilakukan kadar segera
pada Jumaat atau Sabtu.
Sebabnya mudah dlm masa 2/3 hari itu angka mesti menunjukkan ia
tinggi utk mempengaruhi rakyat kenapa PKP dan darurat perlu dilakukan.
PKP diumumkan dgn pelbagai alasan. Rakyat terkejut... saya pula
terkejut kerana sektor perkilangan, pembinaan dan beberapa lagi dibuka.
Kemudian boleh pula satu family beriadah, boleh bersukan, berbasikal dan
bermacam mcm lagi. Nampak mcm kerajaan ambil tindakan serius dgn melakukan PKP
tetapi SOPnya sgt longgar... nampak tak game ni.
Rupanya PKP itu utk keesokan harinya diumumkan pula darurat...
baru nampak real sikit tindakan kerajaan ini betul dan kononnya negara kita dlm
saat kritikal. Maaf cakap, saat ini kekaguman saya kpd TS Noor Hisham sudah
hampir tiada.
Kata2 Noor Hisham kes boleh melonjak 10ribu sehari pada Mac
seperti mengiyakan kenapa perlu dilakukan darurat. Persoalannya bukankah pada
Februari vaksin sudah berada di negara kita. Negara lain sibuk bicara soal
vaksin kita kebelakang mahu PKP.
Sdgkan di mana suara TS Noor Hisham ketika PN ingin merampas
Sabah? Di mana suara beliau ketika Selangor dan KL dlm kawasan Zone Merah ,
penduduknya bebas merentas negeri sesuka hati. Kenapa skg???
Sebagai individu diberikan kepercayaan sepatutnya Noor Hisham
mengambil pendekatan mencegah dari awal bukannya bila parah mahu mengambil
tindakan yg menyusahkan rakyat.
Berbalik kpd soal darurat...benar ada beberapa negara juga
istihar darurat tetapi Parlimen mereka masih berfungsi. Jelas darurat politik
negara kita utk Muhyiddin kekal sebagai kerajaan tanpa majoriti.
Ia sgt memalukan dan tidak bermaruah.Tak mengapalah... yg
penting rakyat kena sedar dan ambil ikhtibar. Pengistiharan PKP dan darurat ini
hanya menjahanamkan peniaga2 kecil/PKS.
Lihatlah bagaimana kilang, Mall, sektor pembinaan dan bebrapa
lagi melibatkan tauke besar masih boleh beroperasi sepenuhnya. Mereka hanya
menjaga tauke2 besar. Sedarlah rakyat... jgn tertipu kononnya atas nama agama
dan bangsa yg menjadi modal utk mereka terus menipu.
Utk UMNO atau PH jika selepas ini mahu berpakat tidak boleh lagi
main ugut atau istihar awal. Buat serangan hendap... dlm peperangan serangan
hendap lebih berkesan ketika musuh sdg lalai.
Buat Muhyiddin sampai bila mahu lari... akhirnya kepenatan juga.
Terima sahaja anda sudah tiada majoriti... tiada pemimpin mana2 negara di dunia
ni mahu menerajui negara di kala dia tidak mempunyai majoriti.
Kita juga memohon utk lantikkan PM Interim kerana Muhyiddin
telah kehilangan majoriti. Ia adalah baik utk negara. Kita bimbang sepanjang
tahun ini bukan sahaja tiada pelabur malah pelabur yg ada lari ke negara jiran
kerana tidak percaya kerajaan sudah tiada majoriti.
Kalian boleh bersetuju atau tidak dgn pandangan saya. Apa yg
saya tulis lahir tulus dari isi hati saya. Barangkali benar barangkali
sebaliknya.