Pemuda Umno edar ayam percuma dikecam, bimbang wujud ‘Kluster Ayam Beku’
Tindakan Pemuda Umno Putrajaya mengadakan program mengedar ayam beku percuma kepada penduduk Putrajaya dibimbangi wujudnya kluster baru selepas ini.
Satu poster yang tersebar memaklumkan Pemuda Umno mengadakan program tersebut pada hari ini bermula jam 4.00 petang hingga 6.00 petang tadi dan terhad kepada 1000 penerima sahaja.
Program tersebut diadakan di hadapan Rumah Perlindungan Kucing Presint 9 Putrajaya dan diedarkan secara pandu lalu.
Namun, beberapa keping gambar menunjukkan orang ramai berpusu-pusu dan beratur panjang telah tular di media sosial bagi mendapatkan ayam beku secara percuma.
Kelihatan penunggang motosikal sedang bersesak-sesak malah ada yang tidak mematuhi SOP seperti tidak memakai pelitup muka dan tidak ada penjarakan sosial.
Gambar-gambar tersebut dikongsi di Facebook Purajaya.TV-Putrajaya Online TV telah mengundang kecaman para warganet.
“Kes kt Presint 9 tgh mencanak naik…siap zon merah lagi..boleh buat mcm ni..pikir la sket…nk membantu rakyat pun kne pikir keselamatan jugak.. aishhhh,” kata Mohd Hafizul Nizam Ardi.
“Kene tangkap x yg anjurkan ni ? Ohh lupa. Kayangan,” kata Cik Chot.
“Bodoh punya menteri yg beri kelepasan mcm nih,nak edar ayam pegi rumah ke rumah lah bukan beratur panjang mcm nih. Masjid ko tak boleh pulak buat mcm nih utk 15min, apa kerajaan skrang nih,” tulis Azfisha Aznan.
“Kluster ayam beku ermm,” kata Azrin Amat.
“Kalo nk BG ayam percuma…jgn MCM ni…buat la penghantaran Dr rmh ke rmh….kalo MCM ni…bertambah la kluster..” ujar Normala Abd Majid.