KALAU ORANG MELAYU TAK HORMAT RAJA MELAYU... BANGZA LAIN PANDANG MACAMANA?

 




Hahahahahahaha... 𝗞𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗮𝗵 𝗸𝗮𝘁𝗮! Dia akan 𝘴𝘱𝘪𝘯 nak bagi nampak 𝗱𝗶𝗮 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗶𝗮𝘆𝗮. Bukan tak boleh baca cara manusia hipokrit berpolitik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

YAAA AMPUSALAM... WOI... UPSEREYNAPETEY..... TOYAMATMIN.

 

MMMS




Isim ini macam-macam, ada yang tak cukup jhemllahhhh masih lagi mahu di lantik PM, ada pula yang mentadbir negeri pakai duit royalti pun di calon jadi bakal PM.

 Terbaharu yang kalah PRK boleh pula di canang menang. Padan ringgit mengukuh depa sakit hati, bskl meroket mereka tak senang duduk, rupa-rupanya masih terbayang-bayang elaun duta dan menteri masa 22 bulan.



MUHYIDDIN DDRHAKA?


ISLAH


 "Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut."



Itu kenyataan yang dikeluarkan Muhyiddin di FB beliau, sedangkan terang-terangan kenyataan itu mempersoal wibawa YDPA-16. Tindakan beliau yang mempertikaikan tugas Sultan Pahang turut mencetuskan kemarahan, membuktikan betapa tegangnya hubungan antara beliau dan pihak istana. Adakah ini gambaran seorang pemimpin yang menghormati kedaulatan Raja-Raja Melayu?




BILA ANAK MURID KENCING BERLARI

 Che Ibrahim


Orang tua tua kata apabila guru kencing berdiri, anak muridnya kencing berlari.... Apabila pemimpinnya tidak beradab, pengikutnya lebih lagi.




DIN BAKAL KENA LAGI




 Istana Pahang membuat laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berhubung kenyataannya yang menyentuh isu agama, raja, dan kaum (3R) semasa kempen semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Gua Musang, Kelantan baru-baru ini.


Menurut Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, Amir Syaffiq Hamzah, laporan itu dibuat selepas menonton rakaman video di platform YouTube yang dimuat naik oleh seorang pengguna akaun.


Beliau berkata, kenyataan Muhyiddin dianggap berbahaya kerana boleh menghasut rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi Raja-raja Melayu dan memecahbelahkan rakyat.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews




KRONOLOGI DIN CIRIT


      Zunar Cartoonist Fan Club

PN BIADAP TERHADAP RAJA RAJA MELAYU


 Istana Pahang murka terhadap Muhyiddin. Istana Selangor murka terhadap Sanusi. Sebab tak chukop jumeloh, PN biadab dengan Raja-Raja Melayu. 🙄










NASIHAT.



 Menangislah jika itu membuatkan kita merasa rendah diri dihadapanNya. Menangislah kerana dengan menangis itu kita menyesali segala dosa. Agar kita sentiasa berusaha menjadi hamba Allah yang baik walaupun kita tidak baik. 



Jangan takut untuk menangis kerana takut dipandang lemah, dipandang diri ni lembik. Tidak, dihadapan manusia kita berpura-pura gagah, tapi menangislah dikala sunyi sepi, disaat hanya kita dengan Allah SWT sahaja. 


Menangislah menyesali segala dosa-dosa yang telah dilakukan. Menangislah mengharapkan keampunan, rahmat dan kasih sayang Allah SWT. 


Jangan pernah berputus asa dengan Rahmat Allah walau berkali-kali kita mengulangi dosa. Kuatkan hati, berusaha meninggalkan segala laranganNya. Mohon sungguh-sungguh agar Allah beri kekuatan kepada kita untuk melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. 


Sesungguhnya tiadalah daya dan upaya serta kekuatan melainkan dari Allah SWT. Sungguh kita insan lemah, insan hina dan jahil tanpa pimpinan dariNya. 


Terus kuat ye.. kuatkan hati, cekalkan diri. Allah sentiasa bersama-sama orang yang sabar. Allah itu dekat. Hanya kita yang selalu menjauh dan hanyut. Jika terasa jauh, bangun.. bangkit bermujahadah untuk kembali kepada Allah SWT. Sesungguhnya hanya kepadaNya tempat kita bergantung harap. Tiada yang lebih memahami dan mengetahui diri kita selain Allah SWT. 


-Syahida Farah Ishak-

#IngatanBuatDiriSendiri 

#SemogaBermanfaat




DIA TIDAK SESUAI MENJADI GURU. PENDIDIK TIDAK BOLEH MEMPERSWNDAKAN HARI KEMERDEKAAN NEGARA.

Che Ibrahim


 Mengapa budak budak parti pembangkang suka sangat guna uslub "fitnah" untuk serang Kerajaan, adakah mereka sudah tidak beriman kepada Allah??




HIPOKRASI 'MEMENTINGKAN RIWAYAT SAHIH' SEMAKIN TERTERA

 


Masa asatizah kita semisal Ust Don, Ust Zainal Asri, Ust Muhaizad, Ust Wadi dll menceritakan kisah yang dikatakan tidak sahih, semua penganut Salafi-Wahhabi bertempik dengan pelbagai labelan. Para asatizah kita dalam kalangan Asya'irah pun tegur yang mana dikongsi meluas oleh puak Salafi-Wahhabi. Tidak kurang juga, kita (termasuk saya) ditegur oleh rakan Asya'irah kenapa menegur terbuka dan memberi peluru kepada puak Salafi-Wahhabi. Atas dasar ilmu, kita tetap menegur walaupun perit.


Kini, setelah Dr Umar Muhammad Noor membentangkan riwayat mengenai akidah Imam al-Syafie bahawa ianya palsu dan tidak sahih, adakah ada asatizah Salafi-Wahhabi yang berani tegur penerbitan buku Akidah Imam al-Syafie oleh aliran mereka?. Setahu saya, tiada pun puak Salafi-Wahhabi berani membuat teguran sesama mereka walaupun seteruk mana pun fikrahnya. 


Jika kita bawakan kenyataan ekstrim Soleh Fawzan yang menyesatkan Asya'irah (contoh), mereka akan kata, kami tidak ikut pandangan Fawzan itu. Walhal, mereka tidak pernah pun membuat kenyataan berlepas diri diri dari fikrah Salafiyyah Fawzan.Sekurang²nya tegurlah sikap ektremism itu kalaupun dalam hati merestuinya. Tunjuk sama sikap toleransi kalian dalam berhadapan aliran Asya'irah yang menjadi pegangan majoriti DYMM Sultan dan Yang Dipertuan Besar 8 negeri lain.


Begitulah hipokrasi 'mementingkan riwayat sahih' mereka. Kena pada orang, semuanya palsu. Kena pada mereka, yang dibuktikan palsu pun sahih!


Rakanetizen semua, bolehlah mula menjarakkan diri daripada puak Salafi-Wahhabi Malaysia ini sedikit demi sedikit. 


Dr HK

18.8.2024



MUHYIDDIN DIPANGGIL POLIS ISU 3R KEBIADAPANNYA! POLIS TERIMA 29 LAPORAN ...


Polis akan memanggil Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan pada Selasa ini berhubung ucapannya yang didakwa menyentuh isu 3R (kaum, agama, raja) ketika berkempen bagi PRK DUN Nenggiri baru-baru ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya sudah menerima 29 laporan daripada pelbagai pihak berhubung perkara itu. "Kita memanggil beliau untuk tampil beri keterangan pada 20 Ogos bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama. Sebelum ini, tular di media sosial ucapan bekas perdana menteri itu yang dikatakan menyentuh kewibawaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16. Naib Presiden Umno Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menerusi hantaran di laman Facebook semalam telah menzahirkan perasaan kecewa serta terkilan dengan kenyataan Muhyiddin dan memohon pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen Pagoh itu.







ABAHCOW BONGKAR KEBODOHAN DIRI! KEBIADAPANNYA TERHADAP KUASA ISTANA DAN ...



Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri Muyiddin Yassin berhubung dakwaannya bahawa dia tidak dilantik menjadi perdana menteri meski sokongan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum (PRU) ke-15. Ini berlaku selepas video TikTok tular yang menunjukkan Muhyiddin seolah-olah mempersoalkan keputusan Agong sebelum ini untuk melantik Presiden PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri selepas PRU ke-15. Dalam salinan laporan yang dilihat Malaysiakini, Rayer menyatakan kepercayaan bahawa ucapan Muhyiddin mungkin mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja. “Pada 16 Ogos, semasa saya berada di pejabat saya di Jalan Zainal Abidi, Pulau Pinang, saya telah menonton satu (klip) TikTok di mana dalam TikTok tersebut Muhyiddin iaitu bekas perdana menteri dan juga presiden Bersatu telahpun membuat satu ucapan yang saya percaya telah dibuat dalam satu sesi ceramah kempen pilihan raya kecil (PRK) di Nenggiri, Kelantan. "..Saya ingin menegaskan di sini bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat Muhyiddin ini di sisi undang-undang jenayah negara Malaysia berunsur satu penghasutan dan penghinaan kepada institusi diraja yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat terhadap institusi diraja," kata Rayer dalam laporan itu. Dia juga mendakwa dalam laporan yang difailkan di Balai Polis Timur Laut, Georgetown bahawa kata-kata Muhyiddin adalah satu penghinaan terhadap peribadi Sultan Pahang Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang sedang berkhidmat sebagai Agong ketika PRU15. Dalam video tular, antara minit 49 dan 52, Muhyiddin, ketika berkempen untuk PRK Nenggiri, dilihat mendakwa dia mendapat sokongan 115 ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan selepas PRU pada 2022. Dia mendakwa meski mendapat sokongan yang cukup untuk menjadi perdana menteri, dia tidak dijemput Sultan Abdullah ke istana untuk mengangkat sumpah. Untuk rekod, Sultan Abdullah telah menawarkan peluang kepada Muhyiddin untuk membentuk kerajaan perpaduan dengan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar, namun Ahli Parlimen Pagoh itu menolak.





[panas] WALAUN TIT MASUK GUA MUSANG! PAS KALAH PEMIMPIN PAS TETAP SOMBON...



PENULIS: Dalam perjalanan ke Nenggiri (sehari sebelum mengundi) saya hubungi pakar penganalisis dan strategi UMNO, kata saya nak belajar dengan UMNO bagaimana nak tackle pengundi Melayu. Dia ketawa sahaja dan memaklumkan kepada saya BN lead 4 mata iaitu sehari sebelum tarikh mengundi. Kemenangan ini dianggap luar biasa kerana sebelum ini dalam siri PRK kesemua penyandang memenangi semula atau dalam maksud lain mempertahankan kerusi. Kali ini Pas tewas dan kesemua dakwaan penganalisis politik tidak boleh diguna pakai di Nenggiri termasuk saya sendiri. Ia benar-benar membuatkan kita hairan bagaimana undi Melayu berpihak kepada BN. Saya tidak menyebut PH kerana undi PH biasanya akan solid kepada Kerajaan Perpaduan. Ini kerana undi UMNO khasnya yang berlaku undi sabotaj dari ahli mereka sendiri. Jadi semua andaian sebelum ini oleh penganalisis politik tersasar. Pertama kawasan majoriti Melayu akn dikuasai Pas, kedua kawasan luar bandar akan dikuasai Pas, negeri Kelantan totok Pas, penyandang pasti menang, orang Melayu menolak Anwar dan Zahid, diesel Melayu topak Kerajaan Perpaduan. Semua itu tidak berlaku di Nenggiri. UMNO sudah bangkit? Kemenangan di Nenggiri mempunyai indikator yang sangatt besar kepada UMNO sendiri. Parti ini sudah bangkit dan mahu tidak mahu saya kena ucapkan tahniah lah kepada Dr Akmal kerana kejayaannya menarik anak-anak muda Nenggiri menyokong Kerajaan Perpaduan. Hanya dalam tempoh setahun undi BN meningkat 3384 undi, manakala Pas kehilangan hampir 700 undi. Maksudnya pengundi UMNO yang dulu mengundi Pas kerana termakan hasutan persepsi telah kembali ke pangkal jalan. Ada dua PDM, satu hanya seorang sahaja yang pilih ‘syurga’ dan satu lagi PDM hanya 5 org pilih ‘syurga’ yang lain semua ‘neraka’ jika mengikut tafsiran orang Pas. Saya bukan mahu mengambil kredit tetapi dalam hati kecil berkata formula yang pernah saya sebut (2023) mesyuarat media dan rakan-rakan parti saya sewaktu PRN dahulu… “Jangan fokus kepada ceramah-ceramah tetapi lebih kepada personal touch”. Tapi ada suara sumbang menafikan. Malas nak gaduh dalam mesyuarat. Siapa lah saya untuk parti mendengar pandangan saya. Tapi UMNO menggunakan formula ini, menurut pakar strategi parti itu 2 minggu sebelum pilihan raya ketika saya hadir mesyuarat di pejabat UMNO. Alasan saya ketika itu ialah siri ceramah-ceramah mega atau kelompok era sekarang ini 80% dihadiri oleh orang luar atau ahli parti dan bukan pengundi kawasan. Pengundi atau orang kampung dah tak minat datang ceramah. Jika ada 30 orang hadir ceramah kelompok hanya 6-7 orang pengundi kawasan yang lain semua orang luar yang turun berkempen dan jika 500 hanya 100 pengundi sahaja. Pas tertipu di Nenggiri Pas juga tertipu di Nenggiri kononnya yang hadir itu ramai tanda sokongan tetapi rupanya penyokong atau ahli mereka dari luar. Ia tidak berkesan dan ceramah kelompok era sekarang adalah lebih style group study macam di IPT. Dalam skala yang kecil 10 orang hadir, jauh lebih penting jika kesepuluh orang itu pengundi bukan pengampu politik. Ia lebih berkesan selain ziarah rumah ke rumah bercakap dari hati ke hati dengan pengundi. Yang lain banyak gunakan media sosial cuma cara kita sekarang ini salah. Saya tidak boleh memperincikan strategi di sini tetapi apa yang saya katakan pendekatan itu salah. Proposal mengenainya hampir 90% siap hanya tunggu masa pimpinan sudi mendengarnya. Personal touch rumah ke rumah, berborak di warung cara yang santai, ziarah orang-orang sakit dan hadir ke majlis kenduri dan sebagainya itu ramuan paling mujarab untuk kempen di luar bandar terutamanya. Bila pengundi dapat luahkan pemasalahan setempat, mereka akan rasa lebih dihargai.









DIA YANG MAKI AKU, DIA PULA YANG MENGADU!



Dakwaan ini dilontarkan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Ahmad Yahaya dalam satu hantaran di media sosial. "Dewan Ulamak PAS Pusat [DUPP] berpandangan isu kafir harbi yang cuba dimainkan oleh sesetengah pemimpin DAP ketika kempen PRK Nenggiri hanyalah sekadar mainan politik pihak musuh," katanya..




DIA YANG MAKI AKU, DIA PULA YANG MENGADU!

MAKIN PEMBANGKANG BENCI & FITNAH! MAKIN RAKYAT SOKONG PMX DS ANWAR!

JANGAN LA DOWN... ELEH..

 

Che Ibrahim


Haq tipu yeq dulu, yeq pun tipu haq, baru adil..... Ko guana?




SULTAN PAHANG MURKA DENGAN SIKAP MUHYIDDIN.