HIPOKRASI 'MEMENTINGKAN RIWAYAT SAHIH' SEMAKIN TERTERA

 


Masa asatizah kita semisal Ust Don, Ust Zainal Asri, Ust Muhaizad, Ust Wadi dll menceritakan kisah yang dikatakan tidak sahih, semua penganut Salafi-Wahhabi bertempik dengan pelbagai labelan. Para asatizah kita dalam kalangan Asya'irah pun tegur yang mana dikongsi meluas oleh puak Salafi-Wahhabi. Tidak kurang juga, kita (termasuk saya) ditegur oleh rakan Asya'irah kenapa menegur terbuka dan memberi peluru kepada puak Salafi-Wahhabi. Atas dasar ilmu, kita tetap menegur walaupun perit.


Kini, setelah Dr Umar Muhammad Noor membentangkan riwayat mengenai akidah Imam al-Syafie bahawa ianya palsu dan tidak sahih, adakah ada asatizah Salafi-Wahhabi yang berani tegur penerbitan buku Akidah Imam al-Syafie oleh aliran mereka?. Setahu saya, tiada pun puak Salafi-Wahhabi berani membuat teguran sesama mereka walaupun seteruk mana pun fikrahnya. 


Jika kita bawakan kenyataan ekstrim Soleh Fawzan yang menyesatkan Asya'irah (contoh), mereka akan kata, kami tidak ikut pandangan Fawzan itu. Walhal, mereka tidak pernah pun membuat kenyataan berlepas diri diri dari fikrah Salafiyyah Fawzan.Sekurang²nya tegurlah sikap ektremism itu kalaupun dalam hati merestuinya. Tunjuk sama sikap toleransi kalian dalam berhadapan aliran Asya'irah yang menjadi pegangan majoriti DYMM Sultan dan Yang Dipertuan Besar 8 negeri lain.


Begitulah hipokrasi 'mementingkan riwayat sahih' mereka. Kena pada orang, semuanya palsu. Kena pada mereka, yang dibuktikan palsu pun sahih!


Rakanetizen semua, bolehlah mula menjarakkan diri daripada puak Salafi-Wahhabi Malaysia ini sedikit demi sedikit. 


Dr HK

18.8.2024