NAIK GAJI VS TAK BAYAR GAJI. TAKKKDIRRRR.





           Zunar cartoonist fan club

TEDIAAAA....DENGAQ NI..


 

*_UCAPAN TERAKHIR DS ANWAR IBRAHIM DI HADAPAN LIMA HAKIM_*



1- Arifin Zakaria.

2- Abdul Hamid Embong

3- Md Raus Sharif

4- Suriyadi Halim Omar 

5 -Ramly Ali.


"Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.


Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik saya.


Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.


Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!


Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.


Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.


Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.


Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.


Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.


Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.


Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.


Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.


Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.


Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.


Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.


Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!"


*ANWAR IBRAHIM*

10 FEBRUARI 2015



TANAM DOKTRIN HAPUS JUDI HARAM- TAPI MENYAKAW ANAK BERANAK TAK APA PULAK


 

KEH..KEH..KEH..NI TAK KAN MELAYU HILANG DIDUNIA KA APA PULAK NI


 

OK LA PAKAI TUDUNG... MOGA DIA DAPAT HIDAYAH. INI ISLAM KETURUNAN PUN TAK PAKAI TUDUNG, KERJA FITNAH SIANG MALAM... MALU LA SIKIT..



Man Toba


Ok la cina pakai tudung. Dari tak pakai dok joget² kat negeri Nusi.






ANWAR HADIR BAGI MAJLIS AIDILFITRI DAN PROJEK MEMANJANGKAN LANDASAN...

 


Sham Ghaz


Ada sesetengah pembangkang sindir Anwar datang ke Kelantan sebab nak rasmikan projek Najib lulus untuk besarkan airport KB dulu. Anwar tidak buat macam tu, ada majlis Aidilfitri Madani Kelantan RTC Tunjong.


Anwar juga luluskan lagi bajet untuk panjangkan lagi airport Kota Bharu 400 meter tambahan supaya Airport KB boleh dijadikan Airport Antarabangsa boleh direct flight dari KB ke Jeddah! 


Terima kasih DS Najib Razak dan DS Anwar Ibrahim.


Yang sembang dan tak bagi apa2 cuma Muhyiddin Yassin Perikatan Nasional.



WAN FAESAL YANG BANGANG


 

MANA MANA KAKITANGAN AWAM YANG TAK MAHU AMBIL KENAIKAN GAJI BOLEH SUKARELA MENUKIS KEPADA JPA.


 Kemain lagi semangat 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 tempelak PMX sampaikan 𝗮𝘇𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝗮 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 je. Bagus lagi 𝗟𝗶𝗺 𝗚𝘂𝗮𝗻 𝗘𝗻𝗴 yang sanggup 𝘱𝘢𝘶𝘴𝘦 sidang media untuk hormati azan.


Tapi takpe. Kita 𝗵𝘂𝘀𝗻𝘂𝗱𝘇𝗼𝗻. Mungkin dia tak dengar azan tu. Tapi mak aku kata, kalau aku kata tak dengar azan dia cakap 𝘁𝗲𝗹𝗶𝗻𝗴𝗮 𝗱𝗶𝘀𝘂𝗺𝗯𝗮𝘁 𝗱𝗲𝗸 𝘀𝗲𝘁𝗮𝗻. Ye kot?


Apapun, yang diisukan sangat tentang kenyataan yang kenaikan 13% tu 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗷 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵. Walaun pun ramai kata 𝗣𝗠𝗫 𝘁𝗶𝗽𝘂 sebab zaman 𝗣𝗮𝗸 𝗟𝗮𝗵 pernah naik sebanyak 35%.


Ramai kawan-kawan aku dah berhujah apa beza 35% zaman Pak Lah dengan 13 zaman PMX. Jadi aku tak nak ulas bab tu. Cuma aku nak bagi satu fakta yang tak terbantah.


Kalau betul pun 13% tu bukan paling tinggi, hakikatnya zaman PN 33 bulan, 1% pun tak naik. 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗲𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮. Kenapa nak ungkit yang 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁?


Zaman PN boleh ada 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮, boleh beli 𝘃𝗮𝗸𝘀𝗶𝗻 yang harganya 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗹𝗶𝗼𝗻 𝗿𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶𝘁 kemudian tak diguna sampai 𝘦𝘹𝘱𝘪𝘳𝘦𝘥. Boleh beli ratusan 𝗺𝗲𝘀𝗶𝗻 𝘃𝗲𝗻𝘁𝗶𝗹𝗮𝘁𝗼𝗿 yang lebih separuh tak boleh dipakai.


Tapi penjawat awam terabai. 𝗧𝗮𝘂𝗸𝗲 𝗸𝗲𝗱𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗯𝗼𝘁 di Pagoh boleh buat duit zaman PN tapi penjawat awam dia buat tak nampak. Apa yang faedah penjawat awam dapat di zaman PN dulu?


Bila PMX buat pengumuman ni, memanglah PN rasa macam 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗿 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗮𝗹𝗶. Pedih muka Yeop! Untuk tutup kelemahan PN yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝘀𝗮𝗺𝗽𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 penjawat awam, dia buat isu ni.


13% tu tertinggi atau tidak, bukan hal. Yang penting gaji naik. Sedangkan masa PN, dahlah gaji tak naik, ayam mahal, telur hilang, minyak masa disorok oleh anak menteri, tak boleh beraya dan banyak lagi yang penderitaan yang rakyat lalui.


33 bulan PN memerintah, penjawat awam 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮 𝗽𝘂𝗻. Tak sampai 18 bulan Kerajaan Perpaduan, nasib penjawat awam 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮.


Malulah Wan Fayhsal oi. Dah diri sendiri jahat, dia nak pertikai kebaikan orang lain buat. Di mana letaknya maruah orang macam ni? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PMX DI MAJLIS SUNNAH PERLIS


 

11 JAM LALU DI PERLIS ATAS JEMPUTAN MUFTI PERLIS BERKAITAN PERBEZAAN PANDANGAN DALAM AGAMA.

 


Tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, petang tadi dan langsung ke Masjid Alwi di Kangar, Perlis untuk menghadiri  Program Perkampungan Sunnah - Jihad Memartabatkan Dakwah, Mempertahankan Ummah.


Turut bersama Menteri Komunikasi, Menteri Besar Perlis dan Mufti Perlis.


Ucaptama saya mengupas konsep jihad membawa perubahan. Saya mulakan dengan menyingkap jihad warga Palestin yang dizalimi rejim Zionis Israel secara berterusan dengan dukungan negara-negara Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS).


Lebih mengecewakan adalah kelesuan suara pimpinan negara Islam yang hilang upaya dan kekuatan untuk menyatakan sikap keras dan tegas bagi menuntut kezaliman ini dihentikan.


Saya kemudian tegaskan betapa umat keseluruhannya sama ada pimpinan politik, ulamak, sarjana, petani, nelayan mahupun pekerja perlu bangkit daripada kealpaan, kecuaian dan kelemahan jika mahu melihat perubahan yang sebenar.

 

Menelusuri sejarah khalifah dan pejuang lampau, saya percaya perubahan dan reformasi yang kukuh dan berkekalan hanya boleh dicapai sekiranya kita bermula dengan membina kekuatan dalaman dengan memperbaiki tatakelola dan menangani rasuah yang sistemik dalam negara.


Ramai yang hanya bicara soal warak dan zuhudnya Khalifah Umar bin Abdul Aziz apabila menelaah kepemimpinannya. Namun Umar Abdul Aziz juga adalah teladan yang baik dalam aspek kenegaraan, di mana beliau menekankan soal tatakelola dengan membenci dan menolak rasuah.


Begitu juga kisah keagungan Salahuddin Al-Ayyubi yang banyak tertumpu pada kejayaannya dalam perang menawan Baitulmuqaddis, namun ditinggalkan kehebatannya mengatur tatakelola, mengimarahkan masjid sebagai tempat menyuburkan wacana serta amanah dan tidak merompak harta rakyat.


Saya sambut baik pendekatan Jabatan Mufti Negeri Perlis yang menjemput saya hari ini bagi meraikan perbezaan pandangan menerusi wacana yang bebas dan segar. 










Dunia Islam suatu ketika dulu menjadi agung kerana wacana yang meluas di mana Khalifah mendengar pandangan yang berbeza, di samping membenarkan perbahasan sihat oleh ulamak.


Kita perlu mencontohi semangat yang sama dengan menggalakkan pencerahan, bukan membiarkan rakyat celaru dan bergaduh. Rakyat perlu dibiasakan dengan kefahaman supaya tidak pantas menghukum akibat didorong kedangkalan ilmu.


Hanya budaya ilmu yang subur mampu memastikan kita dapat menguasai pengetahuan baharu seperti kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital, sekali gus memastikan negara ini berjaya dalam jihad berdepan tantangan mendatang.


#MalaysiaMADANI



LEBAI NI TAK BACA.. KES DALAM SIASATAN, DIA LENA LAGI... TU LA KO NI TAK LULUS SPM...

 

Sham Ghaz


Ustaz Fadhli Shaari, Ahli Parlimen Pasir Mas ni duk share berita 24/4/2024 dah lama ni. 






Sebelum Ustaz share, ustaz baca ke tidak? Dh jadi member dan langgan bulanan ke? 


Perdana Menteri dah jawab dah sebelum ini, ia berita fitnah. Ketua Polis Negara juga dah panggil pengarang portal Bloomberg tu.


Malam tadi jumpa Ustaz di Majlid Aidilfitri IPD Pasir Mas. 


Turut hadir sama Ketua Polis Pekan Golok khabarnya, masa tu Ustaz dan YB Rantau Panjang ada skali.


Ustaz ada jumpa dan bincang dgn dia tak mcmana nak atasi masalah ramainya rakyat Kelantan yang pergi ke Kelab Malam Hotel Genting, Golok, Thailand? 


Kelmarin dulu PMX suruh sumbat kaki fitnah di penjara Sg Buluh. Duk percaya sumber US yang mmg anti Anwar. Portal US mmg anti Anwar selepas Anwar ambil pendekatan lantang dalam isu Palestin dan menyusun gerakan Islam seluruh dunia. M


Berita tu di keluarkan pun sekitar tempoh waktu sidang ekonomi dunia Islam di Timur Tengah, Anwar berucap di majlis Bank Pembangunan Islam yang di asaskan oleh pengasasnya bersama Tunku Abdul Rahman dulu2. 


Sumber berita Bloomberg pun tak sahih dan US yang pro Israhell. Kata boikot?



MUNAFIK- KENA KE PARTI DIA.. APEK TAKBIR PUN IKUT...

 



Sebab pakai 𝗯𝗮𝗷𝘂 𝗸𝘂𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴, lalu dilabel sebagai berlakon dan dipanggil 𝗵𝗮𝗿𝗯𝗶. Ironinya ketika hari penamaan calon tempohari, ada Cina bukan Islam yang 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗸𝗯𝗶𝗿. Peliknya tak pula dikatakan sebagai berlakon bahkan disambut oleh walaun.


Paling hebat, ada lelaki yang tak beriman (bererti dia menolak kerasulan Nabi ﷺ), 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷺ. Itu tak pula dikata berlakon. Sedangkan dakwaan itu itu berkisar dengan akidah bahkan boleh dikatakan 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺ.


Bila dia buat, hina Islam pun tak apa. Tapi kalau orang lain buat, tak kena mengena dengan Islam pun dia akan cuba kaitkan juga. 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗺𝘂𝗻𝗮𝗳𝗶𝗸!


Pertama sekali, baju kurung adalah pakaian tradisional tradisional Melayu. Ia tak berkait dengan Islam pun. Bahkan sesetengah baju kurang 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗰𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽 𝗮𝘂𝗿𝗮𝗵 seperti mana yang ditetapkan dalam Islam.


Kalau orang di bandar biasa lihat orang bukan Melayu mengenakan baju kurung ke tempat kerja terutamanya 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗸𝗮 𝗺𝘂𝘀𝗶𝗺 𝗿𝗮𝘆𝗮 atau hari Jumaat. Mungkin walaun ni spesis hutan yang tak pernah ke bandar jadi otaknya terkurung dan 𝗺𝘂𝗻𝗱𝘂𝗿.


Begitu juga dengan selendang. Itu juga bukan busana muslimah. Selendang begitu boleh dikatakan pakaian tradisonal juga. Rasanya sudah dipakai sejak 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗸𝗲𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗹𝗮𝗴𝗶. Pakar sejarah boleh sahkan.


Dan kalau mereka nak pakai busana muslim pun, apa salahnya? Apa corak dakwah nak dibawa kalau orang bukan Islam 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀 mendekati Islam? Bukan nak dakwah tapi nak memencilkan Islam. Ini bukannya sikap muslim tapi 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺!


Tapi takkanlah walaun sebodoh itu?


Mungkin. Tapi sebenarnya, yang pasti, hatinya hitam dan busuk. Niatnya hanya untuk tanamkan 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗮𝘂𝗺 kerana jika berlaku perpecahan kaum, partinya akan beroleh laba. Begitulah jika hati sudah dirasuk syaitan. 𝗠𝗮𝘁𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗺𝗿𝗻𝗴𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗮.


Inilah pemikiran hasil daripada didikan lebai gila kuasa penunggang agama. Telah melahirkan pengikut yang berfahaman terroris yang membelakangkan dakwah dan hati dipenuhi kebencian. Pemimpin jenis yang 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝗷𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯. Mahukah negara ini ditadbir oleh makhluk jahat spesis ini? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


FAHAMI KONTEKS PERJUANGAN







MSO


Malam tadi Perdana Menteri hadir ke perkampungan Sunnah di Perlis. Beliau dijemput memberi pidato mengenai jihad. 


Ribuan yang hadir termasuk bekas MB Perlis Shahidan Kassim yang kini "mengadah" kaki ke  lurah pembangkang. Majlis itu dipancar secara langsung oleh RTM disaksikan jutaan orang.


Dalam ucapan ringkas itu, Anwar mengutrakan tentang kehebatan Sallahuddin al Ayubi. 


Katanya ramai pendakwah mengutra dan bercerita kehebatan Sallahuddin al Ayubi, menakluki Constantinople tetapi kurang menghayati dan memahami konteks dan konten kehebatan perwira itu.


Yang penting katanya, kita menyelami dan menghayati nilai nilai perjuangan Salahhuddin itu serta pengisiannya dan beliau yakin jika kita bersatu dalam jihad kita mampu membawa kejayaan dan kecemerlangan kita negara kita.


Syarahan mengenai nilai perjuangan atau jihad itulah yang dihidang disetiap kali ada pertemuan atau majlis di rumahnya di Segambut dulu dan ia sudah jadi azimat keramat kepada para refomis. Trims.



Bila orang kuat Pentadbiran Amerika datang menjenguk


Nik Hasyudeen


Pada bulan Disember 2023 dahulu, Pengarah FBI datang menziarahi negara ini. Di antara orang yang dia jumpai ialah Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah SPRM.


Mengikut laporan akhbar, kali terakhir seorang Pengarah FBI menjejakkan kaki ke Malaysia ialah pada tahun 2002. Walaupun nama jawatannya Pengarah sahaja, jangan ingat ianya kecil anak dan di bawah kedudukan ketua pengarah di Malaysia 🤗.


Akhbar the Edge semalam telah melaporkan bahawa Brian Nelson, Setiausaha Rendah Perbendaharaan Amerika berkenaan terorisma dan risikan kewangan nak berkunjung ke Malaysia dan Singapura (pautan di ruangan komen). Dilaporkan dia nak bawa isu pembiayaan keganasan berkenaan Iran dan sekutu-sekutu Iran seperti Hamas.


Bagi orang yang suka memerhati apa yang tak tertulis, lawatan-lawatan ini menarik perhatian saya. Di dalam tempoh yang pendek, 2 orang pegawai pentadbiran Amerika berkenaan risikan dan terorisma melawat negara kita yang aman damai ini.


Oleh kerana banyak transaksi kewangan kita dengan negara-negara luar menggunakan Dollar Amerika, Perbendaharaan Amerika mempunyai bidang kuasa untuk memberikan syarat-syarat mereka ke atas kita. Ingat kes 1MDB? Oleh kerana transaksi haram dan jenayah 1MDB menggunakan Dollar, Jabatan Keadilan Amerika telah menyiasat dan mengambil tindakan berdasarkan bidang kuasa mereka itu.


Tahun hadapan Financial Action Task Force (FATF) akan melakukan penilaian ke atas sistem anti pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas ke atas Malaysia. Ini merupakan satu perkara penting kerana hasil penilaiannya akan mempengaruhi akses kita kepada sistem kewangan dunia.


Beginilah realiti sebuah negara. Mentadbir, mengurus dan memimpinnya jauh lebih rumit dan kompleks berbanding dengan membuat pelbagai konten di FB, Tiktok dan pelbagai platfom media sosial yang lain. Ianya menjangkau naratif “Laksana Islam, semuanya selesai”. Nak laksana apa, bila, bagaimana, apa tujuannya, apa impaknya, semua itu kena diperincikan dan mengambil kira pelbagai realiti yang ada.


Walaupun di zaman Rasulullah SAW ada golongan ‘Arab yang berminda mudah, kita tentunya nak masuk ke dalam golongan Sahabat yang hebat-hebat. Ini memerlukan kepada ilmu dan kefahaman yang lebih mendalam serta kemampuan melaksana, bukannya bersyarah sahaja:


Beragaman kena ada ilmu dan kefahaman, bukannya secara romatik dan retorik sahaja.



KES TIPU TANAH...

 




KOMEN TERBAIK... Ini dalah komen terbaik mengenai berita Malaysiakini  bertajuk "Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu". Kejadian berlau pada tahun 2012

Berita penuh https://www.malaysiakini.com/news/703987