ULASAN | Niat DAP Keluar Kerajaan, Kerana Politik Adalah Tentang Hari Esok




Oleh : Mohd Najib Hashim



Dalam politik, apa yang berlaku hari ini jarang benar-benar tentang hari ini. Secara umum boleh dibaca sebagai hampir selalu tentang hari esok.



Sebab itu apabila muncul spekulasi bahawa DAP mungkin meninggalkan kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim, persoalannya bukan sekadar cukup atau tidak cukup angka di Parlimen.



Tulisan ini akan cuba merungkai siapa sedang menyusun papan catur untuk pilihan raya akan datang?



Dan perlu diingatkan tidak semua langkah politik bertujuan menjatuhkan kerajaan. Ada langkah yang bertujuan menyelamatkan parti.



Jika DAP memilih untuk keluar, tindakan ini boleh dilihat sebagai tindakan drastik. 



Tetapi dalam politik, tindakan drastik kadang-kadang adalah cara paling selamat untuk jangka panjang. 



Terutamanya jika parti merasakan imejnya semakin kabur dalam kerajaan yang serba kompromi.



Puluhan tahun dalam massa politik Malaysia, DAP tentu amat tahu satu perkara bahawa kekuatan mereka bukan di luar bandar. 



Kekuatan mereka di bandar. Dan di bandar, pengundi tidak semestinya mengundi kerana kestabilan. Mereka mengundi kerana prinsip, naratif dan sikap yang konsisten terhadap apa yang diperjuangkan.



Jika sentimen bandar mula melihat DAP terlalu senyap, terlalu kompromi percayalah bahawa itu bahaya jangka panjang. 



Maka keluar kerajaan boleh dibingkai sebagai kembali kepada asas perjuangan. Tetapi politik tidak pernah sesederhana itu.



Jika keluar, DAP mungkin hampir pasti “tapau” kawasan bandar. Itu bukan isu besar. Isu besarnya ialah selepas menang, mahu ke mana? 



Menjadi pembangkang sekali lagi? Pengundi Cina bukan lagi pengundi tahun 1990-an. Mereka lebih strategik. Mereka mahu pengaruh dalam kerajaan, bukan sekadar suara di luar.



Masuk politik untuk memerintah, atau sekadar bersuara? Soalan itu tidak boleh dijawab dengan slogan.



Sekarang bayangkan senario kedua. DAP keluar. Kerajaan kekal dengan majoriti tipis. PKR dan UMNO menjadi paksi utama.



Di sinilah permainan sebenar bermula.



PN hilang senjata(sub



Tanpa DAP dalam kerajaan, senjata utama PAS dan Bersatu untuk memainkan sentimen “kerajaan dikuasai Cina” akan tumpul. 



Selama ini naratif mereka jelas: UMNO tunduk kepada DAP, Melayu tergadai.



Jika DAP bertanding solo, naratif itu menjadi kurang meyakinkan.



Apakah Perikatan Nasional(PN) yang ditunjangi PAS dan Bersatu bersedia menghadapi pilihan raya tanpa isu keramat tersebut?



Kerana politik Malaysia banyak digerakkan oleh persepsi ancaman. Jika ancaman kabur, emosi sukar digerakkan. Dan jika emosi tidak memuncak, undi protes mungkin tidak semudah dahulu.



Tetapi jangan terlalu cepat menyangka laluan PKR–UMNO akan menjadi mudah.



Pembahagian kerusi akan menjadi medan paling senyap tetapi paling tegang. UMNO pasti mahu memonopoli kawasan luar bandar dan tradisi. Itu wilayah maruah. 



PKR pula mahu mempertahankan kawasan campuran. Dan tanpa DAP, kawasan bandar menjadi rebutan terbuka.



Di sinilah MCA akan mula melihat peluang. Tanpa DAP dalam kerajaan, MCA boleh menawarkan diri sebagai suara Cina dalam kerajaan. Soalnya, adakah pengundi bandar bersedia memberi peluang kedua?



Politik memberi ruang, tetapi pengundi memberi mandat. Dua perkara itu tidak semestinya bergerak seiring.



Belum lagi kita sentuh faktor dalaman PKR. Nama Rafizi Ramli bukan nama kecil dalam politik bandar. Jika kelompok yang cenderung kepadanya merasakan hala tuju kerajaan terlalu pragmatik dan kurang reformis, medan boleh berubah.



Bayangkan jika berlaku pertembungan naratif: kerajaan mempertahankan kestabilan, sementara blok Rafizi–DAP mempertahankan idealisme. Di bandar, idealisme tidak pernah mati sepenuhnya.



Dan apabila muncul hujah bahawa reformasi sudah menjadi “reforbmati”, ia bukan sekadar sindiran. Ia serangan terhadap legitimasi moral.



Serangan seperti ini sukar dipatahkan dengan angka ekonomi semata-mata.



Dalam semua senario ini, satu perkara jelas, siapa mengawal naratif, dia mengawal mood. Dan mood menentukan undi.



Jika DAP keluar, mereka akan berkata: kami tidak mahu menjadi hiasan dalam kerajaan. Jika kekal, mereka akan berkata: kami bertanggungjawab menjaga kestabilan. 



Kedua-duanya boleh dijual. Tetapi pengundi semakin cermat membaca niat.



Politik hari ini bukan lagi tentang siapa bercakap paling kuat. Ia tentang siapa paling konsisten dengan cerita sendiri.



Dan di hujungnya, persoalan paling besar bukan sama ada DAP keluar atau tidak.



Persoalannya, siapa paling bersedia menanggung risiko hari esok?



Kerana dalam politik, langkah yang kelihatan berani hari ini mungkin hanya usaha mengelak hukuman esok hari.



Dan dalam percaturan ini, tiada siapa benar-benar bermain untuk hari ini. Semua sedang menyusun alasan untuk esok.



Cuma bezanya, ada yang menyusun strategi. Ada yang sekadar menyusun helah.



Dan pengundi lambat atau cepat  akan tahu membezakannya.





***MOHD NAJIB HASHIM bekas ketua pengarang Suara Keadilan.





CABARAN BUAT TEAM BOLA MALAYSIA

 



Jika kemenangan 4-0 🇲🇾 Malaysia atas Vietnam 🇻🇳 dibatalkan, implikasinya yang sangat besar terhadap kedudukan ranking FIFA bagi kedua-dua pasukan.


Berikut adalah ringkasan impak sekiranya Vietnam diberikan kemenangan Walkover (WO) 3-0:


1. Vietnam akan mendapat semula 14 mata yang hilang akibat kekalahan sebelum ini.


2. Vietnam bakal menerima tambahan 12 mata FIFA atas kemenangan WO tersebut.


3. Dengan jumlah tambahan 26 mata, Vietnam diramal akan melonjak naik ke peringkat 103 FIFA.


Jika Vietnam berjaya menewaskan Bangladesh dalam aksi persahabatan serta mengalahkan Malaysia sekali lagi pada Kelayakan Piala Asia Mac nanti, Vietnam berpotensi besar untuk kembali ke kelompok 100 pasukan terbaik dunia.


Senario ini pastinya akan memanaskan lagi persaingan antara Malaysia dan Vietnam menjelang pertemuan pada penghujung Mac 2026.




UNDANG UNDANG DAN PEMBINAAN BANGGUNAN AGAMA.


Paklong Hery


 ulasan dan perincian dibawah ni untuk bacaan dan pemahaman puak2 ekstrimis agama dalam malaysia.. mohon kongsi artikel ni supaya ketua IPD mana2 tempat pun baca.. kalau X dok benak buih tu juga laa..... menjaga keharmonian la sgtttttttt....






Saya nak bawa sikit kefahaman kepada pegawai kerajaan dan penyokong buta tuli kuil. Sedar diri tu penting.

Saya nak jawab apakah kuil ada hak perlembagaan? Jawapan ringkas. TIDAK ADA. Rakyat Malaysia beragama Hindu (atau mana-mana agama) TIDAK bebas membangunkan tokong dan kuil di mana-mana yang mereka suka.

Hak kebebasan beragama di bawah Perlembagaan Persekutuan bukanlah lesen mutlak untuk mengatasi undang-undang tanah. Malah pemberian pampasan kepada penceroboh tanah (termasuk kuil haram) adalah satu tindakan pentadbiran (administrative discretion) atau "belas kasihan politik", dan bukannya satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan. Bahkan boleh dicabar.

Berikut adalah penjelasan asas dari sudut Perlembagaan dan Undang-Undang Tanah yang saya faham:

1. Hak Membina Kuil Mengikut Perkara 11 (3)

Perlembagaan Persekutuan Perkara 11 (3) menyatakan bahawa tiap-tiap kumpulan agama berhak:

(a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) Menubuhkan dan menyelenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan

(c) Memperolehi dan mempunyai harta benda serta memegang dan menikmatinya mengikut undang-undang.

Kunci Frasa: "Mengikut Undang-Undang"

Frasa terakhir dalam klausa (c) iaitu "mengikut undang-undang" adalah sangat penting.

* Ini bermaksud, walaupun penganut Hindu berhak memiliki tanah untuk buat kuil, cara mereka mendapatkan tanah itu mesti sah di sisi Kanun Tanah Negara.

* Jika mereka membina kuil di atas tanah kerajaan tanpa geran, apatah lagi menceroboh tanah persendirian, mereka telah melanggar syarat "mengikut undang-undang".

* Oleh itu, Perkara 11 tidak boleh digunakan sebagai perisai untuk menghalalkan pembinaan haram. Hak agama tidak mengatasi hak undang-undang tanah.

Jadi tangkapan polis kepada perobohan kuil dalam tanah persendirian adalah bentuk salah guna kuasa dalam konteks perlembagaan dan kanun tanah. Tapi biasalah polis guna akta jenayah kekerasan dan akta hasutan. Inilah senjata penjajah.

2. Isu Penyebaran Agama (Perkara 11(4))

Isu sekatan penyebaran agama.

* Perkara 11(4) membenarkan Undang-Undang Negeri mengawal atau menyekat penyebaran apa-apa doktrin atau kepercayaan agama lain kepada orang yang menganuti agama Islam.

* Namun, membina kuil untuk kegunaan penganut Hindu sendiri secara teknikalnya bukan dianggap "penyebaran agama kepada orang Islam" oleh mahkamah, melainkan kuil itu aktif mengajak orang Islam masuk atau mengedarkan risalah kepada orang Islam.

* Namun dari sudut perancangan bandar: Jika kuil dibina secara mencolok mata di kawasan majoriti Melayu Islam tanpa kebenaran, ia boleh ditafsirkan sebagai satu bentuk provokasi atau "penyebaran visual" yang menyentuh sensitiviti, walaupun dari sudut undang-undang ketat ia dikategorikan sebagai "amalan" (practice), bukan "penyebaran" (propagation). Entah apa sebab patung2 makin besar dibiarkan oleh PBT. Bagi saya ia amat mencolok mata.

3. Pemberian Tanah & Pampasan: Adakah Ia Berperlembagaan?

Ini adalah inti pati hujah yang perlu dibaca kuat.

Status Undang-Undang Penceroboh (Squatters)

Mengikut prinsip undang-undang (kes Sidek bin Haji Muhamad), penceroboh tanah kerajaan:

* Tidak mempunyai hak ekuiti.

* Tidak berhak mendapat pampasan.

* Tidak berhak menuntut tanah ganti.

Isunya: Wang Awam & Perkara 12(2)

Perkara 12(2) Perlembagaan menyatakan bahawa adalah sah bagi Kerajaan menubuhkan atau menyelenggarakan institusi Islam.

* Tiada peruntukan yang mewajibkan kerajaan membiayai atau memberi tanah kepada agama bukan Islam.

* Malah, penggunaan wang cukai rakyat (termasuk orang Islam) untuk membayar pampasan kepada kuil haram boleh dicabar di mahkamah sebagai penyalahgunaan wang awam (misappropriation of public funds). Kenapa wang rakyat digunakan untuk membayar pesalah (penceroboh)?

Realiti: "Ex-Gratia" (Saguhati), Bukan Pampasan (Compensation)

Untuk mengelak daripada melanggar undang-undang, kerajaan tidak memanggil bayaran itu sebagai "Pampasan Hak Milik" (sebab mereka tiada hak).

* Kerajaan melabelkannya sebagai Bayaran Ex-Gratia (bayaran atas dasar belas ihsan/kurnia).

* Di sisi undang-undang pentadbiran, kerajaan ada kuasa budi bicara untuk memberi saguhati demi menyelesaikan pertikaian atau memindahkan setinggan.

* Jadi, pampasan ini semua Ia adalah "Belas Kasihan Politik" semata-mata. Jika kerajaan bertegas mengikut buku undang-undang 100%, kuil haram patut dirobohkan tanpa satu sen pun bayaran.

4. Percanggahan Dasar Tanah Negara

Pemberian tanah ganti kepada kuil haram sebenarnya mewujudkan satu duluan (precedent) yang berbahaya dan mungkin bercanggah dengan Dasar Tanah Negara.

* Ia memberi mesej: "Cerobohlah tanah kerajaan. Nanti bila nak dihalau, kerajaan akan bagi tanah percuma yang sah."

* Ini tidak adil kepada penganut agama lain (atau penganut Hindu yang jujur) yang membeli tanah dengan duit sendiri, memohon kebenaran merancang, dan membayar cukai tanah.

* Mereka yang ikut undang-undang keluar modal sendiri, tetapi mereka yang langgar undang-undang dapat tanah percuma dan wang tunai. Ini adalah satu bentuk ketidakadilan (inequity) yang nyata.

Kesimpulan Undang-Undang

Secara teknikal dan berpandukan Perlembagaan:

* Tiada kebebasan mutlak untuk membina kuil di mana-mana tanah tanpa hak milik sah.

* Tindakan membina kuil di tanah kerajaan adalah jenayah pencerobohan (Seksyen 425 KTN).

* Pemberian pampasan dan tanah ganti adalah penyelesaian politik (Political Solution) untuk mengelak rusuhan kaum, bukan tuntutan undang-undang (Legal Right). Agak pelik setelah 60 tahun Merdeka masih takut hantu rusuhan.

Jika kes ini dibawa ke Mahkamah Persekutuan semata-mata atas prinsip undang-undang tanah dan perlembagaan (tanpa campur tangan politik), kuil haram tidak berhak mendapat apa-apa perlindungan, tanah ganti, atau wang pampasan. Ia "hidup" hanya atas dasar toleransi dan pengurusan risiko sosial oleh kerajaan politik.


Mengapa kerajaan dan PBT tak buat? Kebebalan politik??




RAFIZI SUDAH DAPAT SURAT TUNJUK SEBAB.

 

Iswardy.


Rafizi Ramli dah dapat surat tunjuk sebab. Tapi dia guna alasan rafizi akan bertanding pandan tanpa PKR.


Jadi ia bermaksud deklerasi keluar parti. Macam mana Setiausaha Agong boleh conclude macam tu? Macam desperate je nak kan rafizi seolah olah keluar parti dan bukan nya dipecat dari parti. 🤭




SARANAN RAFIZI SEJAK 2003

 

Amin Ahmad


Saya bukanlah arkib perjuangan Reformasi. Saya hanya penulis biasa. Orang yang boleh dikatakan banyak mempunyai maklumat perjalanan parti dari dalam dan luar ialah Saifuddin Nasution. Pernah beliau mengajak saya mencari masa untuk merakam sejarah ini. Saya harap nanti adalah masa tu. 




Kebetulan, Parlimen bercakap tentang had 2 penggal PM. Ini tulisan Rafizi Ramli sekitar 2003. Sebelum beliau ikut menyepi bersama Adlan Benan Omar, mentornya rentetan selisih faham dengan Ezam.





PN TETAP SERABAI BEB



 Syam Ghaz


Ketua Pembangkang: Muhyiddin kena walak dekat Hamzah Minyak Masak di Parlimen.




Muhyiddin kena checkmate dgn Pas. 


Pas nak Hamzah, Muhyiddin nak tukar. 


Tapi bilangan MP Muhyiddin tak cukup jumloh. 6 ja.


Nampaknya Presiden Bersatu kena walak kepada MP yang dia buang dari parti dia sendiri.


PN berterabur ada hati nak memerintah Negara?



RAFIZI BAKAL TUBUH PARTI BAHARU?



26 Februari 2026


Selepas Hamzah Zainuddin yang dipecat daripada Bersatu kini dikatakan sedang dalam proses mengambil alih Berjasa sebagai wadah baharu perjuangan politiknya, Rafizi Ramli juga ternampak sedang menuju laluan yang sama.


Secara kebetulan, kedua-duanya adalah orang nombor dua sebelum ini - Hamzah, bekas Timbalan Presiden Bersatu manakala Rafizi, bekas Timbalan Presiden PKR.


Rafizi  memberi isyarat bahawa penyokong PH mungkin mempunyai sesuatu yang boleh dinantikan daripadanya menjelang Jun akan datang.


Dalam temu bual dengan BFM yang disiarkan semalam, bekas Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau dan sekutunya terbuka untuk "membawa haluan sendiri".


Ditanya sama ada haluan ini akan melibatkan penubuhan parti, Ahli Parlimen Pandan itu menjawab,  mereka mahu memberi "pilihan" kepada pengundi, terutamanya golongan muda, namun bentuknya hanya akan diputuskan dalam beberapa bulan lagi.


"Kami sedang melihat angka, kami melihat segala kemungkinan, pelbagai kemungkinan konfigurasi politik. Tetapi saya rasa anda akan mendengar lebih banyak daripada kami selepas Jun.


“Bagi mereka yang merasakan 'ini sudah berakhir, saya tidak ada pilihan untuk mengundi siapa'... kerana saya rasa begitulah cara saya terjun ke politik pada 1998. Saya mahukan pilihan.


"Jadi saya mahu memastikan generasi muda terutamanya tidak dinafikan pilihan tersebut," katanya.


Berkaitan Hamzah pula, ura-ura beliau akan mencari ‘rumah baharu’ mula kedengaran sejak dipecat daripada Bersatu.


Ahli Parlimen Larut itu dijangka mengambil alih sebuah parti politik lama iaitu Parti Berjasa Malaysia (Berjasa) sebagai ‘rumah baharu’ dalam masa terdekat.


Beliau bersama 16 Ahli Parlimen dan beberapa bekas pemim­pin Parti Pribumi Bersatu Ma­la­ysia (Bersatu) yang dipecat di­jangka menyertai parti berkenaan menerusi pengumuman rasmi yang bakal dibuat pada masa sesuai.


Bekas Ahli PimpinanTer­tinggi Bersatu Yunus Nurdin berkata, ‘rumah baharu’ itu merupakan parti politik lama yang bakal diambil alih Hamzah bagi membolehkannya menjadi pemimpin utama parti.


Namun beliau tidak memperincikan butiran lebih lanjut parti tersebut.


“‘Rumah baharu’ itu memang ada, ia merupakan parti lama tetapi akan diambil alih oleh Hamzah. Pengumuman akan dibuat nanti dan kami semua akan menyertainya.


“Bagi yang sudah dipecat tidak mempunyai masalah untuk masuk ke ‘rumah baharu’. Bagi yang belum dipecat mungkin belum boleh menyertai lagi, namun saya yakin proses pemecatan itu akan berlaku,” katanya sebagaimana dilaporkan Utusan.


Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hassan pula dipetik erkata, selain wakil rakyat terlibat, platform politik baharu Hamzah itu bakal disertai sama oleh ketua-ketua bahagian Bersatu yang sebelum ini sudah pun menyatakan sokongan terhadap Hamzah.


Dengan perkembangan ini, sekurang-kurangnya ada dua parti baharu menjelang PRU16 akan datang.


Sementara Hamzah dijangka akan membawa partinya untuk menyertai PN, langkah Rafizi belum jelas setakat ini.


Adakah beliau dan partinya akan bergerak solo tanpa menyertai mana-mana gabungan dan kemudian bersedia untuk menjadi ‘king maker’ bagi pembentukan kerajaan baharu? 


Sama-sama kita tunggu, sementara itu jangan lupa tonton dulu podcast Rafizi yang ke udara pada setiap Jumaat malam. - ShahbudinHusin 26Februari2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1224507333005717&id=100063393840098





PERMATANG PAUH DAN PILIHANRAYA


Shamsyul Ghazali




Parlimen Permatang Pauh (P044) mula diwujudkan pada tahun 1974. Sejak itu, kawasan ini telah melalui 12 kali Pilihan Raya Umum (PRU) dan 3 kali Pilihan Raya Kecil (PRK).


Berikut adalah rekod keseluruhan pilihan raya yang telah berlaku di Parlimen Permatang Pauh:


1. ERA BARISAN NASIONAL (1974 - 1982)

Pada awal penubuhannya, kawasan ini merupakan kubu kuat UMNO/Barisan Nasional sebelum era Reformasi.


• PRU4 (1974): Ariffin Md Daud (BN-UMNO)


• PRU5 (1978): Zabidi Ali (PAS) – majority 2,119 dan ini adalah satu-satunya kemenangan PAS sebelum 2022.


• PRU6 (1982): Anwar Ibrahim (BN-UMNO) – Ini adalah kemenangan pertama Anwar selepas menyertai UMNO dengan majority 14,479 undi mengalahkan penyandang Kerusi Zabidi Ali yang hanya mendapat 3,870 undi.


2. ERA DOMINASI ANWAR IBRAHIM (BN) (1986 - 1995)

Anwar Ibrahim memegang kerusi ini dengan majoriti besar di bawah tiket Barisan Nasional.


• PRU7 (1986): Anwar Ibrahim (BN-UMNO), majoriti 10,479 undi

• PRU8 (1990): Anwar Ibrahim (BN-UMNO), majoriti 16,150 undi

• PRU9 (1995): Anwar Ibrahim (BN-UMNO), 23,230 undi

• 1998 : Anwar Ibrahim dipecat tiada PRK dijalankan kerana sudah dekat dengan PRU.


3. ERA REFORMASI DAN KEADILAN (1999 - 2018)

Selepas pemecatan Anwar Ibrahim, Permatang Pauh menjadi simbol gerakan Reformasi dan dikuasai oleh keluarga beliau melalui Parti Keadilan Nasional (kini PKR).


• PRU10 (1999): Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (Keadilan), majoriti 9,077 undi.


• PRU11 (2004): Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR), majoriti 590 undi (Dalam PRU ini telah berlaku insiden Ustaz sepak tong ketika pengiraan undi dijalankan)


• PRK 2008 (Ogos): Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), majoriti 15,671 undi (Sebab PRK ialah Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.)


• PRU12 (2008): Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR), majoriti 13,388 undi


• PRU13 (2013): Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), majoriti 11,721 Undi


• PRK 2015 (Mei): Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR), majoriti 8,841 undi (Sebab PRK ialah Datuk Seri Anwar hilang kelayakan selepas sabitan kes)


• PRU14 (2018):  Nurul Izzah Anwar (PH-PKR) ,majoriti 15,668 undi 


4. ERA KUBU MENJADI KUBUR

Pada PRU15 tahun 2022, berlaku kejutan besar apabila penguasaan keluarga Anwar Ibrahim di Permatang Pauh selama berdekad-dekad berakhir…


• PRU15 (2022): Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-PAS), Majoriti 5,272 undi dan PKR hilang 20,940 undi dengan bergaya sekali.


Kesimpulannya ialah di Permatang Pauh inilah berlakunya lebih banyak Pilihanraya berbanding lain-lain Kawasan Parlimen dalam Malaysia dan yang pernah terlibat dengan gerak kerja pilihanraya di situ sudah tentu lebih berpengalaman dari mana-mana Jentera Pilihanraya di lain-lain Parlimen..




TAK MAU SOKONG

 



Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (BBC) meluahkan kekecewaan terhadap tindakan 10 Ahli Parlimen PKR yang memberi kata dua berhubung pengundian Rang Undang-Undang (RUU) pemisahan kuasa Peguam Negara.


Kumpulan diketuai Datuk Seri Rafizi Ramli itu menyatakan mereka mungkin menolak atau berkecuali sekiranya empat syor penambahbaikan tidak diterima kerajaan satu pendirian yang kini mencetuskan gelombang perdebatan dalam blok kerajaan sendiri.


Pengerusi BBC, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, menegaskan bahawa sebarang kebimbangan sepatutnya dibahaskan secara teratur di Dewan Rakyat, bukannya melalui tekanan awal berbentuk kata dua. 


Menurutnya, ruang perbincangan sudah tersedia termasuk sesi taklimat oleh Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) yang turut dihadiri Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.


Sehari sebelum itu, 10 Ahli Parlimen PKR mengadakan sidang media menyatakan pendirian mereka, namun keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas mesyuarat Jemaah Menteri. 


Selain Rafizi (Pandan), turut bersama ialah Wong Chen (Subang), Rodziah Ismail (Ampang), Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiawangsa), Lee Chean Chung (Petaling Jaya), S Kesavan (Sungai Siput), Zahir Hassan (Wangsa Maju), Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Onn Abu Bakar (Batu Pahat) dan Hassan Karim (Pasir Gudang).


Isu ini kini dilihat sebagai ujian solidariti dalam kerajaan perpaduan, dengan Dr Zaliha menegaskan bahawa semua pandangan termasuk daripada pembangkang wajar diambil serius sebelum keputusan tuntas dibuat. 


Tumpuan kini terarah kepada perbahasan 3 Mac di Dewan Rakyat, yang dijangka menjadi pentas penentu sama ada RUU ini melangkah lancar atau mencetuskan retakan politik lebih besar.





JALANRAYA PERANGKAP MAUT



 Beberapa hari lepas anak jiran saya terlibat kemalangan jalanraya. Kecederaan agak parah. Perlu rawatan hospital. Masih muda. Budak baik. Keluarga pun orang baik-baik. 


Ini mungkin kali ke-4 atau 5 saya menulis isu yang sama. 


Kebanyakan kemalangan maut atau kecederaan parah adalah melibatkan motosikal. Mungkin lebih 80% kemalangan jalanraya yang serius adalah melibatkan penunggang motosikal. Bayangkan jika kita dapat elakkan kecelakaan ini. Betapa besarnya manfaat buat rakyat. 


Setiap kali saya memandu di jalanraya, saya sering terfikir bahawa jalanraya adalah perangkap maut buat para penunggang motorsikal. Hampir setiap hari ada sahaja kemalangan melibatkan motosikal. 


Sepanjang hayat saya memandu, sudah berpuluh kali saya melihat tubuh terkujur di atas jalanraya dari kalangan penunggang motosikal. Setiap kali itu jugalah saya berdoa tidak ada ahli keluarga saya yang terpaksa naik motosikal untuk meneruskan kehidupan. 


Apa solusinya? 


Dari dulu lagi saya berpandangan membenarkan penunggang motosikal berkongsi jalan dengan kenderaan lain yang lebih berat adalah satu bentuk pembunuhan bersiri. 


Motosikal perlu ada laluan sendiri. Kerajaan perlu usaha untuk bina laluan khas yang selesa dan selamat buat penunggang motosikal. Ia perlu dibuat secara mandatori melalui perundangan dan penguatkuasaan yang tegas. 


Faktanya jelas di hadapan mata. Jika penunggang motosikal berkongsi jalan dengan kenderaan lain yang lebih berat, ramai isteri jadi janda, suami jadi duda, anak jadi yatim piatu, ibubapa meratapi kematian anak.  Anak-anak muda cacat kekal ke akhir hayat. 


Angkanya meningkat setiap hari sehinggalah sesuatu yang drastik dilakukan.





SEBAB KENAPA PN BUKAN PILIHAN RAKYAT MALAYSIA


Norman Raduan



Inilah sebab (lihat video) apa saya lawan PN, sebab tidak mahu negara kita ini mundur, jatuh miskin kerana pelabur baru tiada, yang ada pula berundur sebab tidak yakin dengan level pemikiran pemimpin negara seperti ini.


Bila lihat video ini buat pertama kalinya saya ketawa dan bersetuju dgn Hulu Langat…” Dia ini hanya baca text je ini tapi tak faham apa dia baca” heeee. 


Kasihan pun ada sb mcm speaker kata perbahasan hari ini tentang laporan Ketua Audit Negara dan tiada kaitan dengan perbahasan MP Pasir Salak ini…aduhai.


Ini bukan kali pertama, sebelum ini pemimpin PN kata isi minyak dengan diesel, calon wakil rakyat mereka ada ISO, nak suruh bina landasan keretapi sampai ke Langkawi, ditanya lain dijawab lain… kalau begini level pemikiran mereka bagaimana negara kita ingin maju.


Kita hairan bagaimana pemimpin begini diletakkan harapan untuk memajukan negara. 33 bulan lebih RM 500 billion hutang baru dibuat mereka.


Kelantan dari dulu sampai sekarang tetap mundur. Terengganu GDP paling rendah antara negeri di Malaysia. Jaga negeri pun gagal bagaimana anda mengharapkan Dr Sam jaga negara?


Akhirnya dgn menjual ayat agama dan bermain sentimen perkauman, pemimpin yang tiada kualiti dipilih tanpa peduli apa yang pemimpin ini boleh lakukan untuk kawasan Parlimen apatah lagi untuk negara.



KEH KEH KEH


 

SYUKUR ALHAMDULILLAH


 

KEH..KEH..KEH...AKU KENA.


 

PMX ZIARAH MANGSA KEBAKARAN


 

PETRONAS VS PETROS

 

Iswardy



Peguam Datuk Dr Cyrus Das, yang mewakili Petronas, berkata hakim memutuskan bahawa Petros gagal membuktikan bahawa tuntutan jaminan bank oleh Petronas adalah tidak wajar atau menyalahi undang-undang.



“Ini bermakna tuntutan jaminan bank oleh Petronas telah diiktiraf sebagai sah,” katanya kepada pemberita selepas prosiding.