on:
TERIMA KASIH KEPADA PENYOKONG
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau ini merupakan keputusan rakyat.
Pakatan Harapan (PH) dan KEADILAN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan.
Kekalahan ini merupakan peringatan kepada pimpinan PH untuk terus memberi perhatian yang sewajarnya terhadap kebimbangan rakyat berhubung isu ekonomi dan kos sara hidup.
Saya melahirkan keyakinan PH akan kembali bangkit mendapat sokongan rakyat selepas ini.
Terima kasih juga kepada jentera KEADILAN serta parti komponen PH yang lain kerana berjaya menunjukkan kematangan dan contoh baik ketika sesi kempen.
ANWAR IBRAHIM
Selepas menang*Tok Mat bakal ditahan SPRM* ?
*Tok Mat bakal ditahan SPRM*
13 April 2019
*KUALA LUMPUR* : Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini.
“ Beliau disyaki menyalahgunaan kuasa dengan meluluskan lebih 2500 hektar tanah kepada Felcra ketika menjadi menteri besar”.
Menurut kenyataan agensi antirasuah itu, terdapat salah laku dalam urusan berkenaan kerana tiada geran tanah diberikan dan tiada bayaran premium tanah yang menyebabkan kerajaan negeri mengalami kerugian yang banyak.
“Siasatan bakal dijalankan mengikut Seksyen 23 (A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama dan SPRM akan mendapatkan perintah tahanan reman.”
*SPRM Buka Siasatan Semula Pemindahan RM10 juta ke Luar Negara*
Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal memanggil untuk mengambil keterangan seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan , Dato Seri Mohamad Hassan , pada 2008.
"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, SPRM akan meminta pihak Bank dan Bank Negara berkenaan hasil siasatanya yang di pernah dilakukan untuk tindakan mereka selanjutnya”.
Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.
Lesen Salamath Ali telah dibatalkan pada 26 Oktober 2009 kerana melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 oleh BNM.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut akan merakam keterangan Dato Seri Mohamad Hassan berkaitan isu ini kelak.
“Kami tahu mana pemimpin yang bantu dengan yang tidak”, kata Anwar
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat sindiran kepada pihak-pihak tertentu yang tidak membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Menerusi Twitternya, Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata, walau apa pun keputusan PRK itu, beliau berbangga kerana sudah melaksanakan kempen berdasarkan prinsip dan tidak menggunakan politik berasaskan kaum.
“Insya Allah PKR akan menang.
“Terima kasih kepada semua lelaki & wanita di atas tanah. Kami tahu mana pemimpin PKR yang membantu dan mana yang tidak,” ujarnya.
Dalam PRK itu, calon Pakatan Harapan, Dr S. Streram adalah dari PKR.
Meskipun tidak menyebut secara khusus tetapi Streram sebelum ini berharap Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen di sini.
Katanya, jika Perdana Menteri sudi untuk membantunya berkempen di Rantau, ia diharap akan meningkatkan lagi keyakinan pengundi kepada dirinya sebagai calon pilihan PKR.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak dapat menyertai kempen tersebut kerana jadualnya yang padat. – MG
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat sindiran kepada pihak-pihak tertentu yang tidak membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Menerusi Twitternya, Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata, walau apa pun keputusan PRK itu, beliau berbangga kerana sudah melaksanakan kempen berdasarkan prinsip dan tidak menggunakan politik berasaskan kaum.
“Insya Allah PKR akan menang.
“Terima kasih kepada semua lelaki & wanita di atas tanah. Kami tahu mana pemimpin PKR yang membantu dan mana yang tidak,” ujarnya.
Dalam PRK itu, calon Pakatan Harapan, Dr S. Streram adalah dari PKR.
Meskipun tidak menyebut secara khusus tetapi Streram sebelum ini berharap Tun Dr Mahathir Mohamad turun berkempen di sini.
Katanya, jika Perdana Menteri sudi untuk membantunya berkempen di Rantau, ia diharap akan meningkatkan lagi keyakinan pengundi kepada dirinya sebagai calon pilihan PKR.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak dapat menyertai kempen tersebut kerana jadualnya yang padat. – MG
PRK RANTAU: PH BAKAL KALAH KERANA PENYOKONG PATAH SEMANGAT
PRK Rantau: PH bakal kalah kerana penyokong patah semangat
Kenyataan Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Azlan Zainal bahawa 24.5 peratus pengundi atau penyokong Pakatan Harapan (PH) berpaling kepada BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Rantau mengesahkan PH akan kalah pada hari ini.
Namun faktor kekalahan tersebut bukan hanya wujud di Rantau malah kekecewaan melanda di seluruh negara. Isu kos hidup tinggi, pinjaman pendidikan dan kemerosotan hasil Felda yang pada logiknya memerlukan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan menyebabkan rakyat kecewa serta enggan terus menyokong PH.
Tinjauan Suara Pakatan Daily terhadap generasi muda, jelas golongan itu tidak mahu mengambil tahu timbunan hutang negara mencecah RM1 trilion. Sebaliknya mereka menganggap BN sangat ‘pemurah’ kerana sebelum ini memberi Bantuan Sara Hidup Bujang sebanyak RM450 berbanding PH hanya RM100.
“Saya amat kecewa dengan duit RM100 di bawah skim BSH (Bantuan Sara Hidup) yang diberi oleh Kerajaan PH kepada golongan bujang yang sedang bekerja dengan gaji di bawah RM2,000 atau yang sedang menganggur.
“Dulu Kerajaan BN beri RM450. Walaupun Malaysia mempunyai jumlah hutang yang banyak, sekurang-kurangnya berilah RM300 sebab orang bujang pun sedang bergelut dengan kos sara hidup yang menekan.
“Contohnya seorang anak lelaki saya yang bekerja sebagai kerani gaji hanya RM1,500. Kalau dapat RM300 dari BSH, boleh bayar insuran dan cukai jalan untuk kereta lamanya. Kenapa Kerajaan PH kedekut sangat!
“Nasib baik harga telur biasa 30 biji sudah turun kepada RM9.10. Itupun setelah kita banyak buat bising,” kata seorang penjaja makanan, Maimunah, 60an, di Segambut, Kuala Lumpur
Beliau yang mengaku menyokong PKR memberitahu, jiran-jirannya dari pelbagai kaum yang menyokong PKR kecewa kerana kos sara hidup masih tinggi dan harga minyak RON95 masih kekal pada RM2.08 seliter.
“Sepatutnya, harga RON95 diturunkan lagi. Pendapat saya walaupun orang-orang Felda telah diberi banyak bantuan oleh Kerajaan PH namun PH tetap akan kalah dalam PRK Rantau kerana kerajaan tidak membawa perubahan yang besar.
“Rakan anak lelaki saya yang membantu kempen PKR di sana memberitahu calon Umno, Mohamad Hasan akan menang dengan lebih 1,500 undi kerana dia orang lama di situ dan banyak buat kerja.
“Walhal calon PKR, Dr. S. Streram orang baru. Walaupun telah buat kerja sejak beberapa tahun lalu Umno tetap akan menang kerana orang Melayu ramai akan keluar mengundi, sementara Cina dan India patah semangat dan tidak minat mengundi,” katanya.
Maimunah menegaskan, sokongan hanya akan pulih sekiranya Kerajaan PH meneruskan usaha menurunkan harga barang dan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.
“Kini ramai orang Melayu kata di bawah pentadbiran Najib manfaat mereka dapat lebih banyak. Jika Kerajaan PH masih kedekut maka tidak mustahil BN akan kembali menjadi kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15,” tambahnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)