TIADA ALASAN PARLIMEN DITANGGUH ISNIN DEPAN, KP KESIHATAN TAK HARUS JADI ALAT POLITIK
Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti trend yang berlaku di Parlimen pada Khamis, 29 Julai lalu, iaitu siri penangguhan selepas terbitnya kenyataan media Istana Negara.
Kenyataan tersebut antara lain telah menyatakan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan telah mengelirukan Ahli-Ahli Dewan Rakyat pada 26 Julai dengan berkata pembatalan Ordinan-Ordinan Darurat telah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Kenyataan tersebut juga telah berkata permohonan pembatalan semua Ordinan Darurat oleh Kerajaan Perikatan Nasional gagal menghormati kedaulatan undang-undang dan telah membelakangi fungsi dan kuasa Seri Paduka Baginda selaku Ketua Umum Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pada Khamis lalu, sidang telah ditempohkan empat kali. Salah satu alasan yang diguna ialah terdapat sejumlah kes positif COVID-19 di Parlimen, yang menyaksikan semua yang berada di Parlimen dihalang dari keluar dan diarah melakukan ujian saringan COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklumkan bahawa 1,183 orang telah disaring di mana 11 didapati positif COVID-19. Dari 11 ini, 1 membuat saringan RT-PCR manakala 10 yang lain membuat saringan RTK.
Berdasarkan laporan Ketua Pengarah Kesihatan, kadar positif di Parlimen adalah 0.9%, manakala nilai ambang (threshold) yang disaran WHO bagi menentukan jumlah ujian saringan yang mencukupi ialah 5%. Ini bermaksud tidak ada jumlah kes positif COVID-19 yang signifikan di Parlimen sepanjang minggu lalu.
Oleh itu, isu jangkitan COVID-19 tidak boleh dan tidak patut dijadikan alasan untuk menutup atau menangguh sidang Parlimen yang perlu diteruskan pada Isnin, 2 Ogos 2021.
Majlis Presiden menggesa semua pihak termasuk pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan untuk tidak bersekongkol dengan Kerajaan Perikatan Nasional untuk melakukan helah untuk sengaja menutup sidang Parlimen pada Isnin ini.
Jika Parlimen ditutup dengan hanya dengan kadar kurang daripada 1%, Parlimen berkemungkinan besar tidak akan bersidang lagi kerana hakikatnya COVID-19 akan terus berada di dalam masyarakat (endemic) bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Kami juga memberi amaran keras kepada Tan Sri Mahiaddin Md Yassin agar tidak memperalat agensi dan Kementerian-Kementerian, termasuk Ketua Pengarah Kesihatan, untuk menutup Parlimen pada Isnin ini.
Ketua Pengarah Kesihatan juga diingatkan agar tidak membenarkan diri beliau diperalat demi menutup Parlimen dan menghalang sidang khas seperti yang dititah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Walau apapun yang berlaku, Ahli-Ahli Parlimen tidak boleh dihalang dari hadir ke Parlimen pada hari Isnin ini untuk melaksana tugas dan tanggungjawab kami kepada Rakyat dan Negara, serta melaksana sumpah yang telah kami angkat iaitu untuk memelihara, melindungi serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Tan Sri Mahiaddin wajib mendengar suara Rakyat yang mahu titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung dijunjung dengan membahas dan memutuskan Ordinan-Ordinan Darurat di Parlimen pada Isnin ini.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
KENAPA PULA BEKAS PM 2 KALI YANG MENGKHIANATI RAKYAT BOLEH PULAK BAGI CADANGAN SIAPA MENGANGGOTAI MPN ???
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan beberapa nama ahli politik untuk menyertai Majlis Permulihan Negara (MPN).
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, mereka yang dipilih bukan kerana politik kepartian tetapi di atas beberapa usaha yang telah mereka lakukan.
Antara ahli politik yang dicadangkan beliau iaitu, Datuk Seri Azalina Othman Said, Hannah Yeoh, Ahmad Fahmi Fadzil dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Mahathir turut menamakan beberapa lagi ahli politik tetapi tidak boleh terikat dengan parti mereka.
“Nama-nama yang hendak saya cadang dan kenapa saya cadang mereka adalah Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Lin See Yan, Tan Sri Mohd Hassan Marican, Tan Sri Mohamed Azman Yahya, dan Prof. Dr Jomo K. Sundram,” katanya.
Beberapa nama dalam bidang perubatan yang dicadangkan beliau antaranya Tan Sri Dr. Abu Bakar Suleiman, Datuk Prof Dr Adeeba Kamarulzaman, Emeritus Prof Datuk Dr Lam Sai Kit, Datuk Dr Musa Nordin, Datuk Dr Amar Singh HSS dan Dr Kumitaa Theva Das.
Beliau juga mencadang beberapa pakar perundangan yang perlu untuk memastikan segala tindak-tanduk MPN itu tidak mencabar kedaulatan undang-undang dan perlembagaan Negara iaitu Prof Emeritus Datuk Shad Faruqi, dan Prof Dato’ Salleh Buang
Jelasnya, keahlian MPN ini seperti yang telah ditekankan mestilah tidak mempunyai ahli politik parti-parti kerana mereka akan mempertimbang kepentingan parti mereka dahulu dan tidak rakyat dan Negara.
“Untuk mengatasi masalah pendidikan, saya bercadang memberi penekanan kepada pembelajaran dari rumah dan menggunakan televisyen dan program-program yang dirakam oleh ahli-ahli akademik, guru-guru dan pendidik terbaik supaya ibu bapa mudah membantu anak mereka dan ini dapat dirangka oleh YAM Tunku Ali Redhauddin, Tuanku Muhriz, Tan Sri Mohd Shukri Ab Yajid dan Samuel Isaiah.
Bagaimanapun Mahathir berkata, cadangan untuk melantik mereka tidak bermakna pegawai-pegawai tinggi Kerajaan akan terpinggir.
“Saya cadang supaya Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, Ketua Pengarah Kesihatan dan kesemua Ketua-Ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Sabah dan Sarawak serta Negeri-Negeri lain di Semenanjung dilantik sebagai ex-officio.
“Mereka ini akan dijemput hadir bila berkaitan dengan peranan mereka.
“Setiap dari anggota-anggota MPN ini boleh, dengan kepakaran dan pengalaman mereka membentuk sub-committee mereka sendiri untuk mencadang langkah-langkah perlu dan diaju kepada MPN.
“Jika mereka dilantik dan MPN diberi kuasa untuk menangani krisis yang dihadapi Negara secara fokus dan terancang, saya yakin badan ini akan mampu membantu Negara keluar dari kemelut yang begitu menggerunkan.
“Nama-nama yang disenarai ini dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan mereka.
“Saya bagaimanapun percaya, dengan perkenan DYMM Yang diPertuan Agong, apabila mereka dijemput menjadi anggota MPN, mereka akan bersetuju kerana ini satu National Service atau khidmat Negara,” katanya.
Sekarang Kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuh MPN Kerajaan. Ianya dipengerusi oleh Tan Sri Mahiaddin dan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri penyelaras MPN.
Justeru katanya, menyuruh orang yang berkali-kali gagal memperbaiki kegagalan yang disebabkan oleh kegagalan mereka bukanlah sesuatu yang bijak.
“Selain itu, turut dilantik ialah Menteri-Menteri Kabinet yang juga sebahagian dari Kerajaan yang gagal,” katanya lagi.
Pemimpin Umno gesa Menteri Umno letak jawatan segera, jangan terpalit dengan penderhakaan kepada Agong
PM LETAK JAWATAN SEGERA: MENTERI UMNO JUGA LETAK JAWATAN
Semalam YDP Agong menulis warkah empat muka surat yang baginda sendiri tanda tangan.
Ia menjelaskan kronologi sebenar kenapa baginda tidak memperkenankan pembatalan ordinan darurat. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah negara.
Justeru, Muhyiddin mesti letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Kerosakan akan berterusan kerana ia mengheret negara kepada krisis perlembagaan yang serious.
Menteri Menteri UMNO juga mesti letak jawatan supaya UMNO tidak terpalit dengan penderhakaan ini. Letak jawatan segera.
Go for interim Prime Minister
Ini bukan pengakhiran, terima kasih anak muda!
PAS "PENGKHIANAT DEMOKRASI" DI BAWAH HADI AWANG | Ustaz Ridzwan Abu Bakar ( PERLU DI DENGAR DAN DIFAHAMI ULASAN TERHADAP DAKWAAN "SESAT" HADI AWANG )
Hadi kata orang Islam dalam PH khadam kerajaan sekular
Pas mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mengulangi perkara sama sebagai mana berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kira-kira tiga tahun lalu.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, peralihan kuasa dari kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) hanya menyaksikan perubahan kepada kerajaan sekular yang didominasi oleh kalangan bukan Islam dan seluruh kumpulannya.
Kata beliau, sehingga ada kumpulan Islam ketika itu terpengaruhu dengan kerajaan sekular berkenaan dan mereka tidak lebih daripada sekadar menjadi khadam setelah menjadi pejuang sebelum ini.
“Mereka ini (kumpulan Islam) ikut serta bersuara melindungi perancangan kerajaannya yang secara halus melumpuhkan Islam dan umatnya supaya terus berada dalam kelekaan atau menjadi syaitan bisu.
“Namun, kita bersyukur kerana berjaya menyatukan parti umat Islam dan bumiputera seperti UMNO, Pas dan Bersatu, di samping parti bukan Islam yang menolak pendekatan ekstrem.
“Kita akhirnya berjaya menubuhkan kerajaan campuran Perikatan Nasional (PN) kerana menyedari pendekatan ekstrem tidak akan mampu menyelamatkan negara dan rakyat,” katanya menerusi Minda Presiden, hari ini.
Menurut Abdul Hadi, kelemahan PH ketika memerintah dalam masa yang singkat bersama kemenangan yang rapuh ternyata penuh dengan penipuan.
Justeru, kata Ahli Parlimen Marang itu, penguasaan kerajaan PN yang menunjukkan perubahan positif akan dicabar kerana dominasi umat Islam dan kalangan yang tidak ekstrem itu dibimbangi dapat menyelesaikan banyak masalah yang akan membina semula kekuatan umat.
“Maka, sudah pasti wujudnya gerakan untuk menjatuhkan kerajaan PN dengan segala cara.
“Oleh itu, rakyat yang sedar dan insaf, terutama pemimpin negara, jangan ditipu lagi dan hendaklah menghalang anasir perosak yang berpakat untuk menyingkirkan Islam dalam negara.
“Pada masa sama, hendaklah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan supaya rancangan yang sedang berlangsung di beberapa negara Islam seperti di Turki dan Mesir, gagal dibawa masuk ke negara kita,” katanya.
Apatah lagi, kata beliau, adanya ejen yang bersedia melakukannya dan tidak seharusnya masih dibiarkan berkeliaran.
“Kalau dahulu kita ditipu oleh penjajah British, janganlah pula hari ini kita berulang ditipu sehingga berkali-kali,” katanya.
ULASAN DAN SINOPSIS DEMONTRASI. VIDEO DI DALAM
Tindakan sebahagian individu yang menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan yang keluar barisan ketika berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, di sini, menyebabkan berlaku kek3cohan.
Mereka juga dilihat bertindak agr3sif apabila dilihat melompat semasa melaungkan slogan ‘hidup rakyat’.
Tindakan itu menyebabkan perarakan berkenaan terhenti seketika selepas pihak polis membuat teguran supaya mereka menjaga penjarakan fizikal.
Sebaik memasuki barisan semula, kumpulan berkenaan meneruskan perarakan menuju ke Dataran Merdeka.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim serta Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah turut dilihat berada di lokasi perarakan.
VIDEO
Peserta dem0nstr4si berkumpul di LRT Masjid Jamek
Sekumpulan individu yang memakai baju hitam dilihat berkumpul berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek, di sini, sejak jam 10 pagi tadi dipercayai bagi menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan.
Tinjauan wartawan mendapati, kumpulan itu dilihat membawa bendera hitam dengan sebahagian besar daripada mereka memakai topi keselamatan berwarna putih dan merah.
Pihak polis turut dilihat membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka, sejak pagi tadi.
Semalam, Harian Metro melaporkan satu poster mengajak orang ramai turun ke jalanan bagi menunjukkan solid4riti rakyat terhadap rakyat tular di media sosial.Perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan itu dijadual diadakan di Dataran Merdeka jam 11 pagi.
Sumber: awatttsyeikhh.com
KENYATAAN MEDIA
31 Julai 2021
TIADA SESI MENGHADAP HARI INI
Beberapa portal berita telah memetik sumber yang tidak dinamakan mendakwa bahawa Presiden KEADILAN DS Anwar Ibrahim akan menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini.
Ini adalah berita tidak benar.
Saya pohon kerjasama rakan-rakan media untuk mendapatkan maklumat yang sahih dari sumber yang tepat sebelum menyiarkan berita untuk mengelak sebarang kekeliruan atau salah faham.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN
Bekas pegawai menteri PH buat laporan polis terhadap Hadi
PETALING JAYA: Bekas pegawai-pegawai menteri dan timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berkenaan artikel beliau yang diterbitkan dalam Harakah Daily, semalam.
Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh, Nor Miswary Ramli membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, susulan mendakwa artikel yang ditulis oleh Hadi berunsur fitnah terhadap kerajaan PH.
“Kami berpandangan artikel itu boleh menghasut, menyebabkan dan menyebarkan kebencian serta berunsur fitnah terhadap kerajaan PH,” katanya dalam sidang media selepas laporan dibuat.
Miswary, berkata artikel Hadi Awang yang bertajuk “Politiking untuk menyingkirkan Islam” mendakwa bahawa PH merupakan kerajaan yang melumpuhkan Islam dan umatnya supaya terus berada dalam kelekaan.
Ujarnya, intipati artikel tersebut mampu mencetuskan ketakutan dan mengganggu keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum, selain menimbulkan kebencian masyarakat terhadap kerajaan PH.
“Sebagai presiden sebuah parti politik di Malaysia artikel Hadi Awang tersebut mampu mempengaruhi ahli penyokong parti dan pengikutnya serta boleh mencetuskan ketidakharmonian agama di dalam negara.
“Artikel tersebut disiarkan dengan niat mahu menimbulkan kebencian melampau orang ramai terhadap PH, serta membangkitkan kemarahan orang Melayu Islam,” katanya.
Beliau yang juga merupakan bekas pegawai tugas-tugas khas timbalan menteri, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat menggesa siasatan dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).
Justeru, Miswary yang juga hadir bersama wakil daripada DAP dan Amanah berharap pihak polis melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Agong perkenan Anwar masuk menghadap - Sumber
Kurang cerdik batal Ordinan Darurat tanpa pengetahuan – Ku Li By Kasthuri Jeevendran
Tengku Razaliegh Hamzah. foto Bernama
KUALA LUMPUR – Pengumuman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa kesemua enam
Ordinan Darurat dibatalkan oleh kerajaan pada 21 Julai lalu sesuatu yang kurang
cerdik.
Ia juga menjadi tanda tanya mengapa wakil UMNO dalam Kabinet
juga tidak tahu tentang pembatalan tersebut.
Menurut
Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, sepatutnya UMNO patut
diberitahu tentang pembatalan itu memandangkan wakil pimpinannya juga duduk
dalam Kabinet pada masa ini.
“Saya
rasa ini adalah perbuatan yang kurang cerdik tidak patut dilakukan oleh
kerajaan dan wakil-wakil yang dianggap ‘wakil’ oleh mereka sendiri, parti
sayalah (UMNO) dalam kerajaan sepatutnya beritahu kepada pihak kami bahawa
keputusan ini telah dibuat oleh Kabinet secara rahsia kepada kita.
“Ini
supaya kita tahu apa yang sedang berlaku dalam kerajaan yang adanya juga wakil
UMNO duduk sebagai anggota Kabinet tetapi kita tidak tahu dan kita terkejut,”
katanya dalam satu sidang media secara maya malam tadi.
Baru-baru
ini, Yang di-Pertuan menzahirkan rasa amat dukacita dengan pengumuman kerajaan
berkenaan pembatalan semua Ordinan Darurat kerana belum diperkenan baginda.
Datuk
Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin,
berkata Seri Paduka Baginda turut menzahirkan rasa amat dukacita kerana
cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen
bagi tujuan diungkaikan yang diperkenan dan dititahkan kepada Takiyuddin dan
Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun semasa majlis menghadap secara maya 24 Julai
lalu, tidak dilaksanakan.
Justeru
itu Tengku Razaleigh lagi, bukan sahaja Menteri Undang-Undang, Datuk Seri
Takiyuddin Hassan malah sebaliknya keseluruhan Kabinet dalam pimpinan kerajaan
perlu mengambil tanggungjawab dengan apa yang telah berlaku.
“Sidang
Parlimen yang diadakan ini adalah atas pandangan Tuanku Agong bukan untuk
bersuka-suka tetapi untuk menimbang pengisyrtiharan Darurat dan Ordinan-Ordinan
di bawahnya untuk mengurus tadbir negara sekiranya Ordinan-Ordinan itu perlu.
“Jadi
sia-sialah kita hadiri Parlimen tetapi tidak dapat membincangkan, menimbang
Ordinan-Ordinan yang dikatakan patut dbincangkan dalam Parlimen. Ini satu
perbuatan tidak baik.
“Lagi
pun kalau kita lihat kandungan kenyataan daripada Istana Negara nampaknya Tuan
Agong tidak pernah dipersembahkan ordinan-ordinan ini ini untuk diperkenan
supaya ia boleh dibatalkan sebagaimana yang didakwa Takiyuddin.
“Biarlah
Ahli Parlimen Dewan Rakyat dan Dewan Negara membincangkannya, membahaskannya
dan memutuskan sama ada ada patut atau tidak dibatalkan bukan kuasa Kabinet.
“Saya
rasa ini satu pembohongan besar dan tidak cerdik kerajaan melakukan ini. Bukan
sahaja Menteri Undang-Undang tetapi seluruh Kabinet bawah pimpinan sekarang
bertanggungjawab,” ujarnya. -MalaysiaGazette
TERUS PERTAHAN KERAJAAN PN, APA LAGI PERTAHANKAN MAHIADDIN, KEDUA2NYA ADALAH TINDAKAN DERHAKA
Jika kita perhatikan sejak awal lagi, penderhakaan terhadap titah Yang Dipertuan Agong ini bukan saja dilakukan oleh Mahiaddin Md Yasin, tetapi juga melibatkan seluruh anggota kabinet kerajaan PN.
Dengan yang demikian, Mahiaddin, anggota kabinet, kerajaan PN dan parti-parti yang mendokongnya adalah sama derhaka kepada Agong.
Titah Agong sebelum ini adalah jelas mahukan Parlimen dibuka dengan segera dan secepat mungkin, malah menitahkan agar proklamasi darurat dan ordinannya dibentang serta dibahaskan di Dewan Rakyat.
Dengan tidak mematuhi titah tersebut, bahkan melengah-lengahkan pembukaan Parlimen sehingga baginda bertitah sebanyak tiga kali, bermakna Mahiaddin dan seluruh anggota kabinet kerajaan PN adalah bersalah dan dianggap telah derhaka kepada titah Agong.
Kenapa tiada anggota kabinet, termasuk daripada UMNO dan Pas yang konon parti masing-masing sentiasa berjuang untuk mempertahankan dan mendaulatkan Raja-Raja, berani tampil bersuara agar titah Agong itu dipatuhi, sesuai dengan kehendak Istana iaitu Parlimen harus dibuka dengan segera dan secepat mungkin?
Dan jika pun Mahiaddin enggan mematuhi titah Agong itu atas kepentingan melindungi jawatannya, apakah menteri-menteri daripada UMNO dan Pas hanya mampu berdiam diri saja dan langsung tidak berani bersuara, sedangkan yang ingin dijunjung serta dipatuhi adalah titah Raja?
Kepada siapa sebenarnya kesetiaan mereka dalam perjuangan dan dengan jawatan menteri yang dipegang – kepada Raja atau kepada Perdana Menteri?
Lupakah mereka di depan siapa mereka mengangkat sumpah jawatan menteri?
Kemudian apabila mesyuarat kabinet pada 21 Julai lalu membuat keputusan membatalkan darurat dan ia diumumkan oleh Takiyuddin Hassan di dalam Parlimen, walhal persetujuan Agong belum diperolehi ketika itu, ini bermakna sekali lagi Mahiaddin, menteri-menteri kabinet dan kerajaan PN telah bersikap derhaka kepada Agong.
Kenapa tiada seorang pun menteri kabinet, khususnya daripada UMNO dan Pas, tampil bersuara mengatakan kerajaan melakukan tindakan yang salah dan derhaka lagi kepada Agong untuk kali yang seterusnya?
Sekali lagi juga ingin ditanya, kepada siapa kesetiaan anggota kabinet ini dalam perjuangan dan jawatan yang mereka pegang – Agong atau Mahiaddin?
Dengan kita sekarang memahami bahawa penderhakaan kepada Agong ini tidak saja dilakukan oleh Mahiaddin selaku ketua kerajaan, tetapi juga melibatkan semua anggota kabinetnya yang bermakna kerajaan PN adalah turut sama derhaka, maka mereka yang terus mempertahankan Perdana Menteri dan kerajaan PN ini adalah dianggap derhaka.
Dengan itu, tindakan Ismail Sabri atas kapasiti selaku Ketua Whip PN dan mewakili Ahli-Ahli Parlimen BN serta Pas yang terus menyatakan sokongan terbuka kepada Mahiaddin untuk terus menerajui negara, meskipun setelah Agong menzahirkan perasaan amat dukacita yang ia adalah bermaksud baginda murka, ia adalah suatu penderhakaan yang nyata terhadap Agong.
Mahiaddin sebenarnya bukan saja tidak harus dipertahankan lagi, malah seluruh kabinet ini sepatutnya meletakkan jawatan jika benar kesetiaan mereka dalam sumpah selaku warganegara adalah kepada Agong selaku Raja yang mengetuai negara.
Malah, keputusan UMNO yang dipertegaskan oleh beberapa pemimpin utamanya yang mengatakan mereka terus mempertahankan kerajaan PN, walaupun dalam masa yang sama mendesak pengunduran Mahiaddin, turut merupakan suatu persekongkolan dengan penderhakaan kepada Agong juga.
Zahid Hamidi, Najib Razak dan beberapa pemimpin UMNO lain yang berulangkali menjustifikasi mengapa sokongan kepada kerajaan PN diteruskan, tanpa sedar atau sengaja demi mengejar kuasa, mereka adalah juga dianggap derhaka.
Mahiaddin dan seluruh anggota kabinet yang sah derhaka ini tidak boleh dipisahkan dengan kerajaan PN kerana keseluruhannya mereka adalah derhaka semuanya.
Menolak Mahiaddin seorang tidak membersihkan menteri-menteri kerajaan PN yang ada daripada dosa penderhakaan yang telah dilakukan secara berjemaah terhadap Agong itu.
UMNO dalam hal ini, jika mahu menolak Mahiaddin, mereka juga mesti menolak keseluruhan kabinet dan kerajaan PN bersekali dengannya.
Memisahkannya, malah jika menyelitkan harapan dengan pengunduran Mahiaddin, ia akan membolehkan tampuk pemerintahan kerajaan diambil alih oleh pemimpin UMNO yang sedia ada menganggotai kabinet seperti Ismail Sabri yang sekarang memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri misalnya, ini bererti parti itu ingin meneruskan sosok yang derhaka terus berada di kerusi Perdana Menteri.
Kegilaan apakah semua ini, menolak Mahiaddin yang derhaka, tetapi cuba meletakkan pemimpin yang turut bersama dengan penderhakaan Mahiaddin sebagai gantinya?
Untuk menyelamatkan negara dan bagi menjamin kedudukan Agong selaku Raja dan Ketua Negara sentiasa terpelihara, selain Mahiaddian dan seluruh anggota kabinetnya, kerajaan PN itu sendiri wajib diganti dengan sebuah kerajaan baharu yang lain.
Tidak kira siapa Perdana Menteri dan apa nama kerajaan sekali pun selepas ini, ia mesti bukan lagi PN yang sudah dicop derhaka sehingga membuatkan Agong amat berdukacita dan murka.
Negara selepas era penderhakaan ini seharusnya dipimpin oleh nakhoda dan anak-anak kapal yang tidak terpalit sama sekali dengan kejijikan penderhakaan Mahiaddin bersama mereka yang seperdosaan dan bersekongkol dengannya.
(ShahbudinHusin 31/07/2021)
Terkini! Agong perkenan Anwar masuk menghadap – sumber
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghadap Tuanku hari ini.
Sumber memberitahu Astro AWANI pertemuan itu diadakan di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Pahang.
Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai isi pertemuan itu serta jam berapa ia akan berlangsung.
Setakat ini Astro AWANI masih cuba mendapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Ketua Pembangkang.
KISAH NAK HADAP PARA KADIANQ YANG TAK BERAPA FAHAM BAB UNDANG UNDANG NI
SAIFUL IZHAM RAMLI
1. Try dulu goreng di Parlimen utk elak bahas bab2 Ordinan
DARURAT. Jangan sampai kantoi masa menggoreng. Muka masa berhujah kena konfiden
tahap dewa... Ajak geng2 lain support. Atoq depa utk maki sedaih dua. Hati2
dengan puak2 DAP dan PKR, bab2 undang2 ni, depa cerdik sikit. Yang penting kena
konfiden. Tempik sikit2 kalau perlu...
P/s
Siapkan tola good morning secukupnya utk lap peluh dan ayaiq
lioq...
2. Kalau terkantoi, try goreng pulak bab teknikal dan
bidangkuasa siapa di bawah Perlembagaan. Usung sekali Speaker Dewan dgn Peguam
Negara kalau perlu utk back-up...
3. Kalau kantoi lagi, cuba bagi kronologi dalam bentuk pdf utk
jawab kekantolan (bukannya kekontolan). Atoq geng2 J-KOM utk start spin cerita
sikit2.... Try jgn sentuh YDPA, cuma balun geng2 pembangkang pasai dok cakap
kuat sangat..
4. Kalau kantoi jugak, try kalih dan konar pulak dgn salahkan
kepada pindaan Perlembagaan 1994, divert sikit isu, salahkan jugak Anwar
Ibrahim pasai dia TPM masa tu. Arahkan cytro J-KOM utk divert isu lagi. Jgn
lupa suruh depa start bukak isu2 lain, kena bagi rakyat konpius. Konfiden kena
kekal tahap dewa.
5. Kalau konar tak lepaih, cuba kaitkan ini sebagai penerusan
agenda penjajahan Inggeris dan Yahudi di nusantara melalui DAP dan PH. Kaitkan
dengan sejarah penjajahan sejak zaman Portugis, Belanda, isu2 ancaman pada Bani
Jawi, atau apa saja cerita dongeng.
Try selit dan kaitkan dengan kisah2 kejatuhan Empayar Uthmaniah
di Turki, agenda penubuhan Israel di Palestine, isu2 perang di Libya, Iraq,
Syria dan yg sewaktu dengannya.
Kalau boleh, buat cerita sedih sampai keluaq ayaiq mata dan
ayaiq hinguih rakyat. Pada peringkat ni, dah kena mula siapkan tentera tin
milo...
6. Kalau rasa2 tak boleh lepaih jugak, kena guna buah last. Kena
korek/reka/goreng apa2 dalil dan try yakinkan orang Melayu-Islam bahawa ini
semua kerja2 politiking utk menyingkirkan Islam...
ISLAM MAKIN TERANCAM!!!
Settled!!!
Selamat Mencuba!!!