TAHNIAH ..AKHIRNYA PAS MUNCUL JADI KETUA.
Che Ibrahim
Tahniah Dr Sam naik pangkat dari Bendahari PN (letak jawatan) ke jawatan Pengerusi PN. Abaikan slogan hanya ulama' yang memimpin.
Sapa pula bakal dilantik sebagai Tim Pengerusi dan SUA, kita tunggu.
DR AHMAD SAMSURI PENGERUSI PN
Shahbudin Husin
Saya up kembali tulisan saya bertarikh 7 Januari lalu yang telah menamakan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi PN yang baru.
Semoga dengan wajah baru ini PN lebih cemerlang pada PRU16 akan datang.
Di bawah ini tulisan saya pada 7 Januari 2026 itu.
MB TERENGGANU PENGERUSI BARU PN?
7 January 2026
Semalam, Naib Presiden PAS merangkap Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar mengunjungi bekas Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
Menurut Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, kunjungan itu adalah atas mandat yang diberikan oleh Presiden PAS, Haji Hadi Awang.
“Dr Sam bertemu Tan Sri Muhyiddin atas mandat tok guru Presiden (Abdul Hadi Awang),” katanya yang juga Setiausaha Politik kepada Haji Hadi.
Maksud kata-kata Syahir itu tidak lain ialah bahawa Ahmad Samsuri mengunjungi Muhyiddin kerana diarahkan oleh Haji Hadi.
Apabila Haji Hadi mengarahkan demikian, ia adalah isyarat bahawa Ahmad Samsuri merupakan calon pilihan PAS untuk diangkat menerajui PN bagi menggantikan Muhyiddin.
Haji Hadi sebelum ini beberapa kali membangkitkan soal keuzurannya yang membuatkan beliau kurang sesuai untuk menerajui PN.
Maka, sebelum kedudukan Ahmad Samsuri dimuktamadkan dalam mesyuarat PN tidak lama lagi, beliau diminta mengunjungi Muhyiddin terlebih sebagai pemakluman awal dan langkah berbudi bahasa terhadap bekas Pengerusi PN itu.
Selain itu, kunjungan tersebut juga tentunya untuk mendapatkan sedikit sebanyak nasihat daripada Muhyiddin.
Dalam hal ini, adalah sesuatu yang janggal untuk mengandaikan bahawa kunjungan Ahmad Samsuri itu bermaksud untuk merayu agar Muhyiddin kekal menerajui PN dan menarik balik perletakan jawatannya.
Perkara itu tidak mungkin berlaku kerana ia bertentangn dengan hasrat PAS melalui beberapa pemimpinnya sebelum ini untuk pemimpin parti itu menerajui PN.
Kalau nak merayu, kenapa dihantar Ahmad Samsuri seorang diri saja?
Bukankah jika ingin merayu, PAS akan menghantar rombongan lima atau enam pemimpin PAS ke Bukit Damansara?
Realitinya, PAS adalah paling sesuai dan tepat untuk menerajui PN kerana ia parti yang stabil dan tidak berkecamuk seperti Bersatu yang kebelakangan ini suka memecat pemimpinnya sendiri.
Bagaimana parti yang berwajah sebegitu mahu diberi mandat menerajui semula PN setelah Muhyiddin sendiri secara sukarela meletak jawatan?
Mustahil, mustahil, mustahil….
Lagi pun pemimpin muda seperti Ahmad Samsuri yang berwajah manis, sedang menerajui kerajaan negeri dan berpendidikan tinggi, adalah calon paling sesuai untuk menerajui PN bagi menjangkau kemenangan dalam PRU akan datang.
Cuma, ada beberapa aspek berkaitan dirinya yang Ahmad Samsuri perlu pertingkatkan lagi seperti dalam soal komunikasi, penampilan dan keaktifan bersuara dalam isu-isu nasipnal.
Bagaimanapun, dipercayai perkara itu mampu diubah dan disesuaikannya dengan baik selepas ini.
Dengan meletakkan Ahmad Samsuri sebagai calon untuk menerajui PN juga memberi petunjuk bahawa Haji Hadi bakal melepaskan jawatannya sebagai Presiden Pas dalam muktamar yang akan datang.
Jika ada yang ragu-ragu bagaimana Ahmad Samsuri boleh berperanan dengan baik menerajui PN sedangkan dalam partinya beliau hanya menjadi Naib Presiden dan bukan berjawatan Presiden, semua keadaan itu hanya sementara saja.
Selepas beliau menjadi Presiden PAS nanti, semuanya akan jadi normal semula.
Yang penting, dengan Ahmad Samsuri ditampilkan menerajui PN, ia dapat menyerlahkan wajah segar dan memberi keyakinan yang lebih baik lagi kepada pengundi dan tiada lagi isu-isu sampingan menjadi gangguan. – ShahbudinHusin 07Januari2026.
MUDAH JIKA SAMSURI JADI PENGERUSI PN.
Syam Ghaz
Sebab saya:
1. Populariti Samsuri di peringkat nasional belum terbukti
Tiada kajian nasional 2025 yang meletakkan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calon Perdana Menteri pilihan utama rentas kaum.
Sebaliknya Anwar Ibrahim dalam tinjauan Merdeka Center 2024 mencatat sekitar 43 hingga 45 peratus kepuasan nasional.
Muhyiddin Yassin pernah mencecah sekitar 60 hingga 70 peratus ketika awal pandemik 2020 dan sekitar 51 peratus dalam kajian 2021.
Samsuri hanya ada angka kepuasan negeri Terengganu sekitar 67 peratus dalam konteks PRN 2023, bukan populariti nasional.
2. Sokongan bukan Melayu kepada PN sangat rendah
Analisis pasca PRU15 menunjukkan kira kira 95 peratus pengundi Cina dan 80 peratus lebih pengundi India menyokong PH.
PN sangat minimum pengaruh di Sabah dan Sarawak dalam PRU15 kecuali beberapa kerusi tertentu.
Tanpa lonjakan besar undi bukan Melayu dan Borneo, sukar capai majoriti mudah 112 kerusi Parlimen.
Meletakkan Pas jadi Pengerusi PN undi kaum lain selain Melayu akan merosot
3. Prestasi ekonomi Terengganu lebih perlahan berbanding nasional
KDNK Terengganu 2023 berkembang 2.3 peratus dengan nilai sekitar RM38 bilion.
Ekonomi Malaysia 2024 berkembang sekitar 5.1 peratus.
Kadar pengangguran Terengganu suku pertama 2024 sekitar 4.2 peratus berbanding nasional sekitar 3.3 peratus.
Ini menunjukkan prestasi negeri tidak mengatasi kadar nasional.
4. Struktur kerusi PN bergantung kuat kepada PAS
Dalam PRU15, PAS memenangi 43 kerusi Parlimen dan menjadi blok terbesar dalam Perikatan Nasional.
Kerusi kuat PAS tertumpu di Pantai Timur dan majoriti Melayu.
Kerusi campuran dan bandar yang menentukan kerajaan Persekutuan memerlukan sokongan silang kaum yang lebih luas.
5. Faktor Sabah dan Sarawak penentu kerajaan
Blok Sabah dan Sarawak memegang lebih 50 kerusi Parlimen secara keseluruhan.
PN tidak mendominasi wilayah ini dalam PRU15 dan PRN Sabah
Tanpa kerjasama kukuh atau penambahan besar kerusi di Borneo, matematik membentuk kerajaan menjadi sukar.
Ringkasnya, kekuatan Samsuri tertumpu di negeri sendiri, itu pun tidak berjaya.
Tetapi dari sudut data nasional 2024 hingga 2025, PN masih berdepan cabaran besar dalam undi rentas kaum, prestasi ekonomi perbandingan, dan matematik kerusi Parlimen.
SG
OTAI REFORMASI DIRAIKAN
Syam Ghaz
Alhamdulillah malam ini saya dan kepimpinan KEADILAN Kedah meraikan Otai Reformasi & sahabat-sahabat parti dalam majlis berbuka puasa.
Sebelum berbuka saya sempat menyampaikan 3 pesanan utama kepada keluarga KEADILAN KEDAH:
Yang pertama - Selama 3 tahun YAB Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana Menteri jelas ada kestabilan politik dengan gabungan Pakatan Harapan yang kukuh & harmoni.
Seterusnya kestabilan politik ini membawa impak tang positif kepada negara Malaysia - angka-angka pencapaian suku ke-4 2025 adalah bukti yang jelas.
Yang paling penting adalah membina kekuatan dalaman parti tanpa mengambil kira apa yang berlaku kepada parti lawan.
Bina kekuatan parti.
Bina kekuatan parti gabungan.
Kuatkan Pakatan Harapan menuju PRU ke-16.
#MalaysiaMadani
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
#KEADILANKedah
#SaifNasution
MANTAN KETUA CABANG BUATBREPORT TERHADAP RAFIZI RAMLI
KENYATAAN MEDIA TERHADAP TINDAKAN SAUDARA RAFIZI RAMLI
Saya, Kamarudin bin Mohd Hussain, mantan Ketua Cabang Selayang bagi Pemilihan 2025, menyahut seruan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat bahawa parti akan mengambil tindakan sekiranya aduan rasmi dibuat terhadap mana-mana ahli.
Sehubungan itu, saya mengambil tanggungjawab dan saya telah membuat laporan rasmi terhadap saudara Rafizi Ramli berhubung kenyataan dan tindakan beliau yang dengan jelas mencemar imej parti serta melempar tuduhan tidak berasas terhadap YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Presiden parti.
Selain itu, tidak mustahil kemenangan saya secara sah di Selayang dalam Pemilihan 2025 yang telah dinafikan juga berpunca daripada kekecohan yang dilakukan oleh beliau berikutan banyak cabang yang menyebelahi beliau dibenam ahli akar umbi.
Kemenangan saya secara sah telah dinafikan sekali pun saya tidak pernah melanggar mana-mana peraturan Pemilihan Parti.
Namun demi menjaga imej Parti, saya hanya mendiamkan diri dan tidak menyerang parti seperti yang dilakukan oleh beliau, kerana saya amat yakin kepada kepimpinan YAB Dato'Seri Presiden.
Beliau bukan sahaja tidak boleh menerima bahawa ahli-ahli akar umbi mahukan perubahan, malah beliau amat kecewa bila kalah dalam pemilihan Timbalan Presiden, sedangkan selama ini banyak cabang termasuk di Selayang tidak menyantuni ahli, dan situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini.
Saya tetap berpegang kepada prinsip reformasi dan keadilan, serta yakin kepada kepimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Parti ini bukan milik individu, tetapi milik ahli dan rakyat Malaysia yang menaruh harapan kepada perjuangan parti.
Parti akan menjadi kuat jika semua ahli bersatu hati, tetapi Parti ini akan menjadi lemah apabila kita menyimpan musuh dalam selimut atau duri dalam daging. Kita mesti tegas menegakkan prinsip keadilan, integriti, dan maruah parti.
Oleh itu, adalah wajar tindakan tegas, adil, dan berprinsip diambil demi maruah dan kestabilan parti, termasuk mempertimbangkan tindakan disiplin terhadap saudara Rafizi, termasuk kemungkinan pemecatan.
Sekian, terima kasih.
KAMARUDIN HUSSAIN
Mantan Ketua Cabang Selayang
Pemilihan 2025
21/02/2025 9:46pm
Keadilan Cabang Selayang
Parti Keadilan Rakyat
Fuziah Salleh Anwar Ibrahim
Malaysia Gazette Utusan Online
Berita FMT BERNAMA
Harian Metro Sinar Harian
DAP TAK MUNGKIN BERANI LEPASKAN JAWATAN KERAJAAN
22 Februari 2026
DAP dijadual akan mengadakan kongres khas pada 12 Julai depan untuk memutuskan sama ada parti itu perlu terus memegang jawatan dalam kerajaan atau meletakkan jawatan.
Penganjuran kongres khas itu susulan kenyataan Setiausana Agung DAP, Anthony Loke pada 9 Disember lalu yang memberi tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri untuk melaksanakan reformasi yang lebih bermakna.
Tuntutan itu berikutan DAP mengalami kekalahan teruk pada PRN Sabah di mana parti itu tewas semua lapan kerusi yang ditandinginya.
Kekalahan buruk itu difahami sebagai isyarat penolakan pengundi Cina kepada DAP setelah tiga tahun parti itu berada dalam kerajaan dan DAP memikirkan mereka perlu berbuat sesuatu.
Anthony Loke ketika itu dipetik sebagai berkata, jika Anwar Ibrahim gagal melaksanakan reformasi bermakna dalam tempoh enam bulan akan datang, DAP akan menilai semula peranannya dalam kerajaan.
Berkaitan kongres khas 12 Julai depan, Menteri Pengangkutan itu berkata, jika perwakilan memutuskan untuk menarik diri daripada jawatan eksekutif, 40 Ahli Parlimen DAP tetap akan menyokong kerajaan pimpinan Anwar sehingga PRU akan datang.
“40 Ahli Parlimen DAP akan memastikan kestabilan kerajaan, tetapi peranan kami dalam kerajaan, sama ada untuk terus menjadi menteri dan timbalan menteri atau meletak jawatan daripada semua jawatan rasmi, terpulang untuk diputuskan oleh perwakilan,” katanya.
Sementara itu difahamkan juga, sebelum kongres khas itu diadakan, DAP akan menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu ahli-ahlinya.
Persoalan paling penting ialah beranikah DAP keluar kerajaan dan melepaskan semua jawatan yang memberi nikmat lumayan kepada kehidupan?
Setelah berjuang puluhan tahun untuk menjadi kerajaan, adalah sukar membayangkan DAP sanggup semudah itu melepaskannya.
Lagi pula, dengan melepaskan jawatan menteri dan timbalan menteri, ia tidak memberi jaminan DAP mampu menang dengan cemerlang pada PRU16 akan datang.
Silap-silap daripada 40 kerusi Parlimen dimenanginya sekarang, banyak kerusi akan hilang?
Selain itu, DAP sekarang memegang lima jawatan menteri dan tujuh timbalan menteri dalam kerajaan madani dan jika semua mereka mengundur diri, kerajaan akan tempang dan lebih menyukarkan DAP berperanan dengan berkesan membantu ahli-ahlinya.
Malah, beberapa perancangan di bawah kementerian yang diterajui DAP seperti pilihan raya bagi memilih Datuk Bandar KL dan pilihanraya PBT lain di seluruh negara akan tergendala begitu saja.
Adakah DAP sanggup membiarkan ia berlaku?
Dengan itu, DAP dijangka akan berjuang habis-habisan bagi memastikan reformasi itu dapat dijayakan kerana jika ia berjaya dilaksanakan, nikmat berpanjangan lebih dinikmati parti tersebut.
Sebelum kongres khas diadakan, tidak mungkin pilihan raya Datuk Bandar KL dan pilihan raya PBT di seluruh negara dapat dilaksanakan.
Anwar sendiri pun sebagai Perdana Menteri pasti tidak membenarkan kekosongan begitu besar dalam kabinet yang akan menyukarkannya lagi menguruskan kerajaan.
Dalam hal ini, Anwar dijangka akan mengadakan perbincangan dengan Anthony Loke bagi memastikan keputusan kongres khas nanti tidak sampai kepada ketetapan melepaskan jawatan kabinet.
Sebagai timbal balik, beberapa perkara akan cuba dilaksanakan untuk menunjukkan seolah-olah reformasi digerakkan atau dijanjikan dengan bersungguh-sungguh dalam beberapa bulan akan datang.
Yang boleh dijangka akhirnya ialah DAP tidak akan semudahnya untuk melepaskan jawatan menteri dan timbalan menteri yang sedang dinilmatinya. -ShahbudinHusin 22Februari2026.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1221159706673813&id=100063393840098
KEH KEH KEH.
Che Ibrahim.
Adakah seruan berjuang dalam konteks pilihanraya hari ini boleh sampai ke tahap "syahid"?
Kematian dalam Peristiwa Memali pun kita tidak sepakat dlm kesyahidannya, alik kerajaan masa tu memfatwakan sebagai "syibhil bughah".
Begitu juga kematian dalam Peristiwa Al Maunah di Sauk, ada yang dakwa sebagai mati syahid, tapi kerajaan kata satu "Pengderhakaan Kepada YDPA".
Jauhilah politik melampau yang boleh menjadi racun kepada keharmonian dan perpaduan, yang akan membawa kepada kemusnahan.
SIDANG MESIA RETIS VS RAFIZI
JOB
Khairil Azri
Baru sempat tengok video sidang media Caprice, rentetan perihal isu “pendedahan” yang dia buat sebelum ini berkaitan Rafizi.
Aku ringkaskan supaya korang takpayah bazir masa macam aku.
.
1. Caprice maklumkan dia telah melantik peguam untuk menguruskan isu undang-undang yang melibatkan Rafizi.
2. Satu notis tuntutan telah dihantar kepada Rafizi melalui e-mel sekitar jam 1.00 hingga 2.30 petang.
3. Dalam notis tersebut, Rafizi diminta supaya menurunkan atau memadam semua kandungan berkaitan Caprice sebelum jam 5.00 petang hari yang sama.
4. Notis itu juga meminta satu permohonan maaf dibuat secara terbuka.
5. Caprice menyatakan notis tersebut dibuat kerana beliau mendakwa kandungan yang dimuat naik oleh Rafizi bersifat fitnah terhadap dirinya.
6. Caprice turut menyebut bahawa jika kandungan tersebut tidak diturunkan atau dipadam dalam tempoh yang ditetapkan, beliau akan meneruskan tindakan saman terhadap Rafizi.
7. Caprice menegaskan beliau tidak pernah menyebut, menuduh atau mengaitkan Rafizi dengan angka RM2.5 bilion.
8. Caprice menyatakan beliau tidak pernah membuat sebarang tuduhan secara langsung terhadap Rafizi.
9. Menurut Caprice, kandungan yang dibuat olehnya sebelum ini hanyalah berbentuk soalan dan pertanyaan.
10. Caprice menyatakan soalan-soalan tersebut bertujuan untuk mendapatkan penjelasan dan bukan untuk membuat tuduhan.
11. Caprice menerangkan kepada media bahawa beliau memang secara konsisten membangkitkan dan membuat liputan isu-isu negara melalui media sosial, termasuk isu seperti GISB serta isu awam melibatkan individu seperti PU Azman, sebagai sebahagian daripada pendekatan beliau menyentuh perkara yang melibatkan kepentingan awam.
12. Caprice juga ambil peluang terang sekali lagi kenapa dia timbulkan persoalan² yang dia sebut dalam video dia sebelum ini, dengan menunjukkan tangkap layar SSM, pautan berita dan gambar gambar yang mengaitkan Rafizi dengan seorang individu bernama Lee Chu Boo.
13. Caprice menyatakan beliau tidak mahu ditarik ke dalam konflik atau perang politik sedang berlaku.
14. Caprice menjelaskan bahawa beliau bukan ahli politik dan tidak mempunyai kepentingan politik.
15. Caprice menyatakan kesediaan untuk berjumpa Rafizi dan menyelesaikan perkara ini secara baik di luar mahkamah.
16. Caprice turut menyebut perkara ini berlaku dalam bulan Ramadan, jadi dia secara terbuka minta maaf dan mengajak supaya isu ini diselesaikan secara damai(tidak proceed saman).
17. Di bahagian akhir sidang media, Caprice menunjukkan sejambak bunga ros merah yang disediakan untuk Rafizi sebagai tanda perdamaian.
.
.
Bonus:
1. Caprice puji SPRM sebab dapat tangkap banyak jerung, buat kerja yang bagus.
2. Caprice gambarkan ada elit(dia guna perkataan jerung besar, game) luar sana cuba naratif tertentu dan panggil Bloomberg sebagai media zionism
3. Caprice sebut pemilik bloomberg dengan Netanyahu adalah bestfriend, persoal kenapa tak pernah cover berkenaan Netanyahu.
4. Caprice ajak rakyat Malaysia kenapa kita nak percaya media yang dimiliki oleh orang yang baik dengan orang orang jahat seperti ini,.apakah Bloomberg peduli perihal kemanusiaan dan rasuah?
5. Caprice sebut setiap media ni ada bias, di Malaysia, ada media berat sebelah Cina, ada media ada media sebelah PAS, ada media berat sebelah BN. (Dia taknak sebut sebab takut kena saman katanya). Takkan Bloomberg ni jadi alim?
Seolah dia bertanya Bloomberg ni berat sebelah(buat Job) mana? Takkan tak ada agenda?
TAMAT.
ORANG LAMA YANG MEMBINA PKR LAGI HAMPA.
Norman Daud.
Sejujurnya saya agak kecewa dengan keadaan hari ini.
Di sebalik kemelut besar yang sedang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga tekanan dalam Perikatan Nasional, fokus sebahagian ahli Keadilan pula masih lagi untuk bergocoh sesama sendiri.
Disaat musuh kelihatan lemah, kita tidak mengambil peluang ini untuk memperkukuhkan sokongan akar umbi. Sepatutnya inilah masa untuk merapatkan saf, memperkemas jentera dan menawan keyakinan pengundi atas pagar.
Sebaliknya, kemelut Team Hiruk dan Team Damai masih belum menunjukkan tanda reda.
Masing-masing terus melancarkan serangan, seolah-olah kemenangan peribadi lebih penting daripada kestabilan parti. Sedangkan yang sebenarnya terluka ialah Presiden kita dan parti sendiri.
Apa sebenarnya keutamaan kita?
Jika parti bukan lagi keutamaan, maka berundur itu lebih terhormat. Jangan menabur garam ke luka yang sedang cuba kita sembuhkan.
Sebelah pihak lain pula tidak perlulah melayan setiap provokasi. Setiap respons yang emosional hanya membesarkan isu dan memberi kesan kepada pandangan umum terhadap parti kita.
Politik ini bukan pertandingan ego. Ia amanah.
Kita bukan parti kecil yang boleh bergaduh tanpa implikasi. Kita adalah tunjang kerajaan hari ini. Presiden kita ialah Perdana Menteri Malaysia. Serangan terhadap DS Anwar Ibrahim tidak pernah berhenti. Isu ekonomi diputar. Isu institusi diprovokasi. Isu kaum dan agama dimainkan tanpa henti. Lawan faham satu perkara..jika Presiden kukuh, kerajaan stabil.
Sebab itu mereka menyerang bertali arus.
Namun ketika mereka menyusun peluru politik, kita pula sibuk membuka ruang dari dalam. Lihat apa yang berlaku kepada Bersatu sebelum ini. Pergolakan dalaman melemahkan struktur. Keyakinan akar umbi merosot. Kita mahu ulang kesilapan yang sama?
PRU semakin hampir. Ini bukan masa mengira siapa lebih dominan dalam mesyuarat cabang atau siapa lebih kuat di media sosial. Ini masa untuk kita perkukuhkan parti.
Parti ini perlukan fokus. Perlukan kekuatan. Perlukan kesepaduan.
Apabila kita bercakaran, yang bertepuk tangan bukan ahli sendiri. Yang tersenyum ialah lawan.
Akar umbi memerhati. Pengundi atas pagar menilai. Mereka tidak peduli siapa menang dalam konflik dalaman. Mereka mahu lihat kestabilan, disiplin dan hala tuju yang jelas.
Jika benar parti ini rumah perjuangan kita, letakkan parti di atas kepentingan peribadi. Jika benar kita mempertahankan Presiden, hentikan tindakan yang hanya melemahkan kedudukannya.
Musuh tidak akan menunggu kita selesai bergaduh.
Soalnya sekarang, kita mahu jadi benteng atau beban?




