HARUN MOHD SHAH NI AKU SUKA JA DIA PUNYA POSTING..ADA ALASAN..DAN JAWAB YANG BAGUIH. SAMPAI HATI HANGPA TAK AJAK AKU SAMA DENGAN JKOM. 25 TAHUN JUGA DALAM MAN BEHIND THE SCREEN..,NOH SUMPAH TAK LEH BEQAK PULAK AIH...


 

KENAPA RINGGIT MENINGKAT

 


KIOK PN


 

ANAK SAPA MENYUSU SAMPAI 6 TAHUN NIH ?


 

TERIMA KASIH...DAPAT JUGA KEBAIKAN GAJI. TAHUN LEOAS NGAN TAHUN NI NAIK GAJI ..RAMAI OAKAI KETA BARU. TU PUN KEMAIN.....


 

PROBONO BAGI OENERANGAN LEBIH JELAA BERBANDING JABATAN LAIN.



Arif Kadir


 Sebelum walaunkurap main isu babi sampai KP PAS terpaksa turun ke sungai, lebih baik kita bagi pencerahan dulu. 


. Nak harapkan jabatan dinosaur bersekutu bagi pencerahan macam ni toksah harap laa. Tutoh dok cakap jabatan lain tu manpowernya beribu, manpower dia 2-3 ratus aje. HOLY MOTHER!!!





𝗕𝗮𝘇𝗮𝗮𝗿 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗕𝗞𝗟: 𝗗𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂 𝘃𝘀 𝗦𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴




Kerajaan Perpaduan lebih memahami denyut hati rakyat.





Ramai yang mungkin terlupa atau tidak sedar betapa besarnya perbezaan kos yang perlu ditanggung oleh peniaga kecil kita dahulu berbanding sekarang.


Lihatlah perbezaan antara pengurusan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam menjaga kepentingan penjaja.


Kesimpulannya, apabila pengurusan dilakukan secara terus dan telus tanpa mementingkan keuntungan pihak ketiga, rakyat dan peniaga yang mendapat manfaatnya. Kerajaan Perpaduan membuktikan komitment mereka dalam meringankan kos sara hidup melalui tindakan nyata, bukan sekadar janji.




TIDAK ADA KESEPAKATAN DALAM PN .

 



KENAPA TIDAK HAMZAH SAJA DIJADIKAN PENGERUSI PN?


24 January 2026


Sudah hampir sebulan isu pengganti Pengerusi PN  telah berlarutan dan masih tidak ditemui jalan penyelesaian.


Sebagai gabungan yang mendapat sokongan lebih 70 peratus pengundi Melayu dan memiliki jumlah Ahli Parlimen Melayu paling ramai serta dipercayai sebagai “kerajaan menanti”, kebuntuan PN melantik pengganti Muhyiddin Yassin itu tentu saja meresahkan banyak pihak.


Makin lama berlarutan, ia tentu saja akan menyebabkan ramai hilang keyakinan kepada PN.


Muhyiddin telah meletak jawatan sebagai Pengerusi PN berkuatkuasa 1 Januari 2026 dan keputusan itu kemudiannya diterima dan dihormati oleh mesyuarat Bersatu yang diadakan pada 12 Januari.


Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS dalam suratnya sebelum itu pada 10 Januari pula mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin atas sumbangannya selaku Pengerusi PN sebelum ini.


Ini bermakna, meskipun kebelakangan ini Muhyiddin dilihat semacam ingin dirinya dilantik semula mengetuai PN, kebarangkalian itu adalah sesuatu yang tidak cantik.


Hakikatnya, perletakan jawatan beliu telah dihormati dan sumbangannya selama ini juga diucapkan terima kasih.


Apabila Muhyiddin menyebut Pengerusi PN sepatutnya adalah ketua parti, dalam keadaan beliau mengetahui Haji Hadi enggan memikul tanggungjawab itu atas faktor kesihatan dan Presiden Gerakan dan MIPP pula tidak mungkin dilantik mengetuai PN, ramai yang melihat ia sebagai gambaran beliaulah yang layak untuk jawatan itu.


Namun demikian, seorang pemimpin Bersatu menyatakan tiada ketetapan Pengerusi PN mesti ketua parti.


Semalam juga, Haji Hadi mengatakan PAS tetap ingin mengetuai PN kerana itulah ketetapan Muktamar Agung parti itu pada tahun lepas.


Soalnya siapa?


Berikutan Haji Hadi sendiri menolak, adakah bakal Pengerusi PN daripada parti itu adalah Tuan Ibrahim Tuan Man atau Ahmad Samsuri Mokhtar sebagaimana dinamakan oleh pihak-pihak tertentu dalam PAS sendiri?


Persoalannya, kenapa tiada kata sepakat untuk menamakan satu calon saja?


Tidak mungkinkah nanti, jika salah seorang daripadanya dinamakan untuk mengetuai PN, sosek-sosek tidak setuju itu terus berlarutan?


Lebih parah ialah belum pun Ahmad Samsuri dilantik, tetapi menantu Haji Hadi sendiri yang menolaknya.


Nantinya kalau Tuan Ibrahim dilantik, tak mustahil muncul pula kelompok lain dalam PAS sendiri yang mempertikaikannya.


Akhirnya ia tidak selesai-selesai juga.


Sebagai jalan tengah, dalam keadaan PAS sendiri masih buntu mencari pemimpinnya sendiri untuk mengetuai PN, apa kata jika parti itu menamakan Hamzah Zainuddin sebagai calonnya.


Sebagaimana PAS sebelum ini telah mencadangkan nama Hamzah sebagai Ketua Pembangkang, pencalonan parti itu menamakan Hamzah sebagai Pengerusi PN lebih mungkin untuk dipersetujui majoriti daripada dibantah.


Selain jika PAS yang mencadangkan nama Hamzah yang bererti parti itu bersetuju, Gerakan dan MIPP pasti tiada masalah dengan pencalonan Ahli Parlimen Larut itu.


Yang mungkin tidak setuju hanyalah kem Muhyiddin dan Azmin Ali dalam Bersatu, tetapi khabarnya, sokongan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu lebih ramai yang memihak kepada Hamzah.


Akhirnya, sebagaimana amalan demokrasi, majoriti akan mengatasi minoriti.


Dengan Hamzah yang sekarang merupakan Ketua Pembangkang dinamakan sebagai Pengerusi PN, beliau juga dengan itu boleh terus dinamakan sebagai calon Perdana Menteri kerana dalam sistem Westminster, Ketua Pembangkang adalah gambaran Perdana Menteri akan datang.


Ertinya, segala isu yang membelenggu PN dalam menghadapi PRU16 selesai dengan “sekali harung” dan PN tak perlu kalut-kalut lagi.


Amacam? – ShahbudinHusin 24Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/kenapa-tidak-hamzah-saja-dijadikan-pengerusi-pn/




KEJAYAAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN. MELIPUTI BEEBAGAI AAPEK.

 



















KEH ..KEH..KEH...SENTAP TAR SENIK

 


Mokhtar Bin Senik ni upload senarai nama penderma kt mane?

X nampak pun...






Kang aku x screenshot dia mengata aku lak sawan smpai menjerit2 menggelupur mulut berbuih tangan menggigil mata terbeliak...


Haishhh...


Xkan nk suh aku tayang lg gambo keta BYD, Merc, Vellfire, Honda, Peugeot, umah bini no 1 & 2 serta sajak & puisi cinta?


Nak tayang gambo bulu dada & punai x tergamak lak


Takut ramai yang tengok nanti sawan sebab terlebih gelak


Tetibe wat post camni nape?

Dah dijangkiti virus babi gila ke?


Norshidah Mohd Daud

Presiden Lajnah Screenshot





JOM TENGOK YB KOYAK. KOYAK. TERUK PEJUANG BABI.

 


SPRM. SILA SIASAT TANDAS BEBERAPA SEKOLAH DI PEDALAMAN ULU TEMBELING



 Syam Ghaz


Terbaik Abam Azam Baki. Under KPM, JPN, PPD Jgn lupa.






SPRM skrg ni musim buka sekolah, tandas tandas sekolah sangat teruk.


Duit yang PMX umum utk baiki  TANDAS RM70,000 tu Cuba tengok sikit. 


Benda sekecil itu, untuk anak anak kita buang air je pun pun.


Banyak PPD, JPN, Majlis Daerah dan Pejabat Tanah sakau. Inikan pula Projek Projek Mega.


Kehancuran RASUAH bermula di Sekolah, budak2 kecil pun tahu sampai cakap “ini je Projek baiki tandas RM70,000?” Malu lah!


Takkan kita nak biar anak anak kita yang masih bersekolah terdedah dengan kerosakan RASUAH dari sekolah rendah lagi? 


Lepas selesai tandas, lihat kontrak kantin, kebersihan dan Keselamatan. Berpuluh tahun orang sama sampai 3-4 sekolah kroni sama ja. Jika ada guru2 tegur, guru kena warning dan ditukar


Hapuskan RASUAH bermula di Sekolah!




SEKOLAH DAN GURU SUDAH SEDIAKAH?


 

TUUU DIAA AIH



Norshidah Md Daud


 Aku & Puan Timbalan, Awie Noraliza Binti Ali tgk podcast Rafizi tu sekali je utk setiap episod


Alhamdulillah jenis otak cerdas, terus faham


Jenis2 bengap ni mmg payah sket

Tgk byk kali pun x paham2 kahkahkahkahkahkahkah 


Tu pun kitorang layan podcast Rafizi bukan beria hadap depan tv

Kadang smbil iron baju, lipat baju

Kadang tu aku main game 


Kalau dah baka cerdik mmg camtu 😎


Errrr rupanya dia tgk gak podcast Rafizi 

Ingatkan tgk podcast Sam Ketot 🤭





SELAMAT BERTUGAS

 

Zainuddin Omar


Kita doakan semua mempunyai ciri-ciri Fathonah, Amanah, Shidiq, dan Tabligh (kecerdasan, kepercayaan, kejujuran, dan kebolehan menyampaikan kebenaran). Ameen.




MAJU SEBERANG PERAI...


 

WOIII... HANG INGAT DI ULU TERENGGANU KA.. TAHUN 90AN PAKAI PELITA LAGI. TEMPAT KONQIMAU PUN ADA LAGI


 

LAAA WALAUN.... PEJABAT TAUKE KUDI BUAT... APA LEKEH SANGAT

 


BN PUN DAH TERIMA SEMULA PPP, ELOKLAH MIC SEGERA SERTAI PN




23 January 2026


Pengerusi PN yang telah mengumumkan meletak jawatan, Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa gabungan itu bersetuju menerima MIC sebagai salah satu parti komponennya.


Katanya, keputusan berkaitan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat PN yang diadakan tahun lepas.


Bagaimanapun Muhyiddin berkata,  PN masih menunggu maklum balas positif daripada MIC berkaitan keputusan pelawaan  tersebut yang dibuat demi mengukuhkan gabungan pembangkang itu.


“Kemasukan MIC ke dalam kem PN bukanlah satu rahsia memandangkan parti yang mewakili masyarakat India itu sememangnya telah menyatakan hasrat mereka sebelum ini.


“Keputusan untuk menerima MIC ke dalam gabungan tersebut sebenarnya telah dimuktamadkan oleh pucuk pimpinan PN sejak tahun lalu lagi,” katanya.


Sehingga ini, MIC masih lagi belum memberi sebarang respon terhadap keputusan PN itu.


Dalam Perhimpunan Agung MIC pada November tahun lalu, perwakilannya sebulat suara bersetuju sebulat suara agar parti itu keluar BN.


Begitu pun, keputusan akhir diserahkan kepada Presiden MIC dan Jawatankuasa Pusatnya untuk membuat keputusan muktamad.


Dalam perkembangan berkaitan, mesyuarat Dewan Tertinggi BN baru-baru ini bersetuju menerima PPP sebagai komponen terbarunya.


Untuk rekod, PPP sebelum ini memang merupakan anggota komponen BN, tetapi telah meninggalkan gabungan itu selepas keputusan PRU 2018 lalu.


Bermakna sekarang ini, berikutan telah lama tersebar ura-ura MIC mahu keluar daripada BN,  gabungan itu telah pun bersedia dengan kehilangan tersebut dan menerima PPP sebagai ahli komponennya semula.


Bererti sekarang tiada guna lagi jika MIC mahu kekal bersama BN.


MIC kini tidak perlu menunggu lebih lama lagi untuk mengumumkan keputusan muktamadnya untuk keluar BN dan menyertai PN.


Lagi pula PN sekarang telah mengesahkan sedia menerima kemasukan MIC itu.


Inilah masanya untuk MIC meneroka peluang baru bersama PN yang merupakan gabungan yang disokong oleh lebih 70 peratus pengundi Melayu berdasarkan keputusan PRU15 lalu.


MIC banyak tewas sebelum ini ketika bersama BN antaranya ialah kerana UMNO sebagai parti yang menunjangi BN semakin lemah dan tidak lagi disokong oleh pengundi-pengundi Melayu.


Bersama PN yang kini disokong oleh majoriti pengundi Melayu lebih berpotensi menjadikan peluang MIC menang juga jadi cerah.


Ia sama seperti ketika UMNO kuat kerana disokong oleh pengundi Melayu sebelum itu, ketika itu jugalah MIC turut menang banyak kerusi.


Dunia politik adalah dunia yang tidak statik, ia sentiasa berubah dan MIC tidak perlu takut untuk berubah meninggalkan BN untuk menyertai PN. – ShahbudinHusin 23Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/bn-pun-dah-terima-semula-ppp-eloklah-mic-segera-sertai-pn/





NANTI EXCO AKAN TURUN. NAK TENGOK RUMAH MANA YANG TAK CUKUP MAKAN. HANG JANGAN LARI. YANG SOKONG PADAN MUKA HANGPA