KEH.. KEH.. KEH

 

Harakatdaily


[TERKINI] PAS sahkan pengundi Kuala Kubu Bharu ahli neraka.




WOIII... HANGPA PI MANA...???


Gino Marvela


 Orang-orang Parti Keadilan Rakyat, ketika sdra Anwar di perkotak-katikkan oleh taki taki rumba...hampa pi mana? Tu tuduhan Qazaf...berat! Tak kiralah AMK ka...J-kom ka...menteri dari kalangan parti ka...hampa buat apa?


Usah nak berjati diri sangat dek kerana dah jadi kerajaan. Di media sosial, gah berselfi masing2. Ketua hampa di usik, di permainkan...buleh jadi tengok ja ?


Tengok PH 1.0 ketika memerintah 2018, apa jadi bila daapt ghanimah. Tak jadi kerajaan, mengaum semacam. Lani dah dapat jadi kerajaan, serupa jadi anak kucing.



APA PUNYA YB... PUNYA LEKEH OTAK...


 

NI LAGI LA HIPOKRIT....


 

TENGOK HIPOKRIT PARTI PAS..


 

TONGKANG HANYUT NI JADI BARUA SANUSI.... DIA DOK KUTUK SANUSI KOT BELAKANG.. CILAKA BETOI TAK GUNA.


 

TUUU DIAAA... MAT JARGON.. HANG PERNAH KERJA DI ISRAEL KA?

 


KEPUTUSAN PRK


 

Pesawat Hornet: TUDM hantar pasukan ke Kuwait

 

Pesawat Hornet: TUDM hantar pasukan ke Kuwait


Mohd. Asghar Khan menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM di Akademi Tentera Udara, di Ipoh hari ini.

IPOH – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menghantar pasukan ke Kuwait berhubung cadangan mendapatkan pesawat tempur F/A-18 Hornet dari negara tersebut.

Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan berkata, lawatan teknikal ke negara itu akan diadakan dalam masa terdekat dengan pasukan pelaksana dibentuk pada bulan hadapan.

“Mungkin dalam Jun (lawatan), Insya-Allah kita akan tubuhkan satu pasukan untuk laksanakan lawatan teknikal ke sana.

“Menerusi lawatan itu nanti, kerajaan dan TUDM akan memutuskan bilangan pesawat Hornet yang ingin diperoleh bagi memperkasakan pertahanan udara negara.,” katanya selepas menyempurnakan Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda TUDM di Akademi Tentera Udara di sini hari ini

Mohd. Asghar Khan berkata, TUDM ketika ini mengoperasikan lapan buah pesawat F/A-18D Hornet buatan Amerika Syarikat yang dibeli pada 1995 dan mula beroperasi dua tahun kemudian.

“Kuwait mempunyai 39 pesawat Hornet dua jenis tempat duduk dan satu tempat duduk. Daripada lawatan itu baru kita tentukan jumlah yang diperlukan. Sekiranya lawatan itu memberi hasil yang positif sehingga 2035, mungkin TUDM akan buat keputusan untuk membelinya,” katanya.

Kuwait bakal menamatkan khidmat pesawat-pesawat itu yang dibeli pada 1991 apabila digantikan dengan pesawat tempur lebih moden.- KOSMO! ONLINE


TIDAK RASMI PH DI DEPAN


 Unofficial results show that PH’s Pang Sock Tao has garnered 7,111 votes while PN’s Khairul Azhari Saut has 4,225 votes..

KESILAPAN TIAN CHUA TIADA KEMAAFAN



 Ketika di majlis rumah terbuka raya ahli parlimen Bandar Tun Razak tadi terjumpa dengan Tian Chua salah seorang pengasas parti Keadilan dan pengerak sosial. Tian Chua adalah sukarelawan yang sanggup gadai nyawa menbela Anwar Ibrahim yang dimangsakan rejim Mahathir.


Bila sebut Reformasi tiada siapa dapat menandingi kegilaan Tian sampai sanggup baring di hadapan lori water canon.


Saya bertanya beliau adakah dijemput ke majlis sambutan 25 tahun Keadilan malam ini. Katanya tidak ada. Satu kepelikan kalau orang mengasaskan parti tetapi tidak dijemput. 


Jadi sambutan malam ini untuk siapa sebenarnya, jika ramai orang awal tidak dijemput, jadi untuk apa majlis malam ini. Seronok seronok sajakah? Trims.



NILAIKAN PMX DAN SEBELUMNYA


Najib Bakar


 Hari ini cukup 533 hari Anwar Ibrahim menjadi PM. Esok dah bersamaan 534 hari Muhyiddin Yassin jadi PM.





Muhyiddin jadi PM dari 1 Mac 2020 hingga 16 Ogos 2021.


Angkat sumpah 1 Mac 2020. 13 Mac 2020 kes COVID melonjak. 14 Mac 2020 dia main golf. Selamba.


Rakyat dok risau isu kesihatan. Dia selamba pi main golf. Tu pun baru 2 minggu jadi PM.


Langsung takdak empati.


Sepanjang 534 hari jadi PM, taktau la berapa ratus kali dia hayun kayu golf.


Patutlah Ku Li pernah sebut, Muhyiddin ni pemalas.


PMX? Tak suka bazirkan waktu main golf. Dia memang tak main golf. Hanya kerja kerja kerja, tak cukup rehat. Berturut-turut.


I know who should be my PM.


Nilai sendiri ya ☺️



KELENTONG SEBAB MCA DICABAR KELUAR BN



 𝗪𝗲𝗲 𝗞𝗮 𝗦𝗶𝗼𝗻𝗴 kata tak mustahil 𝗗𝗔𝗣 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦. Aku faham maksud Wee ni. Dia sebenarnya nak 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 terhadap DAP.


Tapi bagi aku, ia memang tak mustahil dan kalau betul pun berlaku, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗗𝗔𝗣. Sebaliknya PAS yang kena malu.


Selama berseteru, banyak mana DAP serang PAS? Tak banyak mana pun. Yang banyak berlaku 𝗣𝗔𝗦 𝘀𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗗𝗔𝗣. Macam-macam tuduhan yang dilemparkan. Ada yang tak masuk akal.


Tapi pemimpin PAS bukan jenis tahu malu. Semuanya jenis gila kuasa. Tengoklah 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻. Macam-macam Gerakan buat sampai nak bawa 𝗘𝗻𝗮𝗸𝗺𝗲𝗻 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗸𝗲 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝘄𝗶. Tapi elok je jadi kawan PAS sekarang. Tanpa segan silu.


Malahan MCA sendiri pun pernah bermusuh dengan PAS. Tapi boleh je 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗹𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗯𝗶𝗻𝗲𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗸𝗲𝘁𝘂𝗮𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻.


Kalau nak dikira, MCA cerca PAS lebih teruk daripada DAP. Tapi masa zaman pengkhianatan dulu, 𝗠𝗖𝗔 𝗹𝘂𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗰𝗲𝗿𝗰𝗮𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗔𝗦. Masa tu PAS macam tuan puteri bagi MCA 


Dalam politik macam-macam boleh terjadi. Tak payah pelik la pendirian berubah untuk kuasa. 𝗗𝗶𝗮 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗮. Kalau tak boleh kerjasama dengan DAP, 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻?


Sebab takut hilang kuasa, kan? Kalau tinggalkan BN, 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴. Masa 22 bulan dulu dia dah rasa perit jadi pembangkang, jadi hari ni rela semeja dengan DAP. Asalkan tak jadi pembangkang. Walau terpaksa jadi 𝗱𝘂𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴.


Kalau tengok kaum pengkhianat ni, sama je semua. Jenis tak ada cermin di rumah. Nak mengata orang tapi 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝘁𝗮 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


WOIII-HANG PUN. BERTANDING DI TEMPAT ORANG

 


MSO


Dia ni kempen agar pengundi dalam  pilihan raya KKB pilih calon tempatan.


 Beliau sebenar tidak layak guna sentimen berkenaan kerana dia sendiri bertanding di negeri bukan kelahirannya. 


Ini jenis bercakap tak pandang cermin depan ni asyik guna cermin sisi.


Kalau kita kentut busuk usah kata berak orang lebih busuk dari kentut kitalah. Jenis tembus. Trims.


TAKAT MAT JARGON..... MMMMM... OTAK LETAK SEBELAH

 



𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹 dan 𝗞𝗝 kemain lagi bising pasal 𝘳𝘢𝘯𝘬𝘪𝘯𝘨 Malaysia dalam 𝗜𝗻𝗱𝗲𝗸𝘀 𝗞𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮. Faktanya kedudukan hari ni 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 dari tahun-tahun sebelumnya.


Malahan untuk tahun ini, aku rasa 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗴𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗶 𝗴𝗲𝗷𝗮𝗹𝗮 𝗟𝗚𝗕𝗧 serta 𝗸𝗼𝗺𝗲𝗻𝘁𝗮𝗿 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗶𝘀𝘂 𝗜𝘀𝗿𝗮𝗵𝗲𝗹𝗹 berperanan dalam kejatuhan yang sangat mendadak ini.


Tapi biasalah. 𝘏𝘢𝘵𝘦𝘳𝘴 𝘸𝘪𝘭𝘭 𝘩𝘢𝘵𝘦. Cumanya nak keji pun, 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗰𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻 𝗱𝘂𝗹𝘂. Wan Fayhsal dan KJ kan ada dalam kabinet PN malah KJ sebelum itu lagi. Masa tu tak ada rasa apa pulak, kan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


RAMASAMY DAH SUCI


 

SEBENARNYA.. KENAIKKAN 35 PERATUS MASA PAK LAH TU..


Anak Sg Derhaka


Bila Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam sebanyak lebih 13 peratus bermula 1 Disember 2024 ini dan menyifatkannya sebagai yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini, riuh rendah walaun mempertikaikannya.


Mereka mendakwa itu bukanlah yang paling tinggi dalam sejarah kerana ketika Pak Lah menjadi Perdana Menteri gaji yang dinaikkan adalah sehingga 35 peratus..


Untuk rekod, Pak Lah ialah Perdana Menteri Malaysia dari UMNO/BN pada tahun 2007 ketika beliau mengumumkan perkara tersebut.


Memang benar Pak Lah umumkan kenaikan gaji sehingga 35 peratus, tetapi ianya bukanlah bagi keseluruhan Gred Penjawat Awam..


Yang menerima kenaikkan gaji sebanyak 35 peratus ketika itu ialah kakitangan dari Kumpulan Perkhidmatan Sokongan II, iaitu kakitangan dari Gred 1 hingga Gred 16 sahaja..


Masa tu (tahun 2007).. Pendapatan bagi Gred 1 ialah RM800 sebulan..


Kumpulan Perkhidmatan Sokongan I, iaitu kakitangan dari Gred 17 hingga Gred 40 menerima kenaikan gaji 25 peratus.. 


Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan dan Profesional, iaitu kakitangan dari Gred 41 hingga Gred 54 pula menerima kenaikan gaji 15 peratus.. 


Bagi Kakitangan Kumpulan Perkhidmatan Pengurusan Tertinggi, Gred VU7 hingga VU1 serta VK7 hingga VK5 kenaikan gaji mereka ialah sebanyak 7.5 peratus sahaja..


Ada perbezaan peratus kenaikan bagi empat kategori Kumpulan Perkhidmatan itu, bukanlah keseluruhan Kumpulan Perkhidmatan mendapat kenaikan gaji sehingga 35 peratus sebagaimana yang walaun sebarkan itu..


Jadi.. banyakkan membaca.. dengan membaca kita sukar untuk diperbodohkan…



MANA SEMUA PENYOKONG ANWAR, KENAPA TIADA SEORANG PUN TAMPIL HERET TAKIYUDDIN KE MAHKAMAH SYARIAH ATAS KESALAHAN QAZAF?



Sehari dua ini kecoh kembali para penyokong PH bercakap tentang Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hasan yang menimbulkan semula isu liwat yang dikaitkan dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Difahamkan beliau bercakap mengenai isu berkenaan ketika berceramah dalam kempen PRK Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.


Paling banyak mereka mengaitkan perbuatan Takiyuddin itu ialah dengan kesalahan qazaf iaitu menuduh seseorang dengan dakwaan melakukan zina atau liwat dengan tujuan menghina tanpa mengemukan empat orang saksi.


Selain itu tidak kurang yang menyerang Takiyuddin dengan amalan politik murahan dan bermulut puaka kerana mengitar semula pertuduhan yang konsisten dinafikan Anwar sejak dulu sebagai fitnah untuk membunuh masa depan politiknya.


Sebenarnya apa yang dilakukan oleh Takiyuddin itu bukanlah sesuatu yang asing dalam blok PN.


Sebelum itu, Naib Presiden Bersatu merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Mohd Radzi Jidin telah secara terbuka dan terang-terangan menyerang Anwar sebagai peliwat di dalam Parlimen.


Selain itu, beberapa penggiat media sosial pro BN, bermula sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri lagi dan sehinggalah sekarang, masih berterusan dan tidak henti-henti memainkan isu tersebut dalam pelbagai versi untuk tujuan yang satu – menghina dan mengaibkan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Sebelum ini, memang Anwar beberapa kali membawa kes qazaf ke mahkamah terhadap mereka yang menuduh dan mengaitkannya dengan pertuduhan liwat.


Sudah tentu, oleh kerana ketika itu Anwar berada di blok pembankang, semua kes yang dibawanya itu ditolak begitu saja.


Tetapi, sekarang keadaan sudah berbeza, selain PH mengetuai kerajaan, Anwar sendiri adalah Perdana Menteri dan ketua kerajaan.


Oleh yang demikian, kenapa masih dibiarkan banyak pihak terus menuduh Anwar dengan perbuatan liwat, walhal mereka tidak pun pernah mengemukakan empat saksi?


Sebagai Perdana Menteri, pastinya munasabah bagi Anwar tidak melayan semua pertuduhan tersebut, tetapi takkan para penyokong Anwar dalam PH, PKR, pelbagai NGO, orang perseorangan yang setia menyokongnya, masih sampai hati hanya duduk diam dan membiarkan saja kesalahan qazaf itu berterusan?


Sebahagian daripada mereka dilihat sekadar ada menulis di media sosial atau mengeluarkan kenyataan dengan menyerang kembali penuduh tersebut dan paling ramai hanya berani mengonel dalam Grup Whatsapp semata-mata.


Mana cukup begitu bro…PH kan dah jadi kerajaan sekarang?


Sepatutnya dalam kedaan sekarang, para penyokong. Anwar, terutama pemimpin PKR sendiri dan mereka yang diberi jawatan dan kedudukan dengan pelbagai imbuhan, haruslah bertindak lebih agresif serta proaktif membela Perdana Menteri.


Membuat kenyataan media, menulis di media sosial atau mengomel dalam Grup Whatsapp sudah tidak relevan lagi dalam keadaan sudah jadi kerajaan.


Sudah sampai masanya mereka yang menuduh Anwar sebagai peliwat tanpa mengemukan empat saksi diheret ke mahkamah syariah atas kesalahan qazaf.


Dalam keadaan sekarang, mulakan dengan heret Takiyuddin dulu ke mahkamah syariah atas kesalahan yang dilakukannya itu.


Jangan dibiarkan beterusan Perdana Menteri kita dihina dan dimalukan secara terbuka.


Tindakan berdasarkan undang-undang mesti dikenakan ke atas mereka yang sembrono menuduh tanpa mengemukakan empat saksi daripada terus bergentayangan dengan perbuatan mereka.


Dalam hal ini, janganlah diharapkan Anwar sendiri yang berbuat demikian sebagaimana dahulu, lagi pun sebagai Perdana Menteri, beliau lebih banyak urusan lain yang lebih penting untuk diutamakan.


Setelah menjadi Perdana Menteri, kerja penyokong dan mereka yang diberi jawatan itu pulaklah yang patut berbuat demikian.


Takkan tak reti-reti lagi? – ShahbudinHusin 11Mei2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/05/11/mana-semua-penyokong-anwar-kenapa-tiada-seorang-pun-tampil-heret-takiyuddin-ke-mahkamah-atas-kesalahan-qazaf.html




RAKYAT JANGAN LUPA INI.... PENGERUSI JIHAT HARGA BARANG TAK NAMPAK MUKA SAMPAI SEKARANG.


 

BERSATU JANGAN SENTAP..... LEK LU....




BERSATU JANGAN SENTAP HAL MACAM NI. DULU PKR DAH LALUI. MASA TOK GURU ADA PUN PAS DAH BUAT KENYATAAN. MASA TU DALAM PAKATAN RAKYAT LAGI. 

BILA TIBA MESYUARAT HADI AWANG KATA, PAS TAK CADANG LANTIK ANWAR AKAN TETAPI TENGKU RAZALIGH.





 Ini yang Sanusi kata 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗴𝗿𝘂𝗽 𝗪𝗵𝗮𝘁𝘀𝗮𝗽𝗽. Tak ada perbincangan sebelum keluar kenyataan. Tu yang bila keluar kenyataan jadi 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗿𝗮𝗱𝗶𝗸 sesama mereka.


Tapi kalau fikirkan, 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻, siapa lagi yang PN ada untuk calon PM? 𝗛𝗮𝗱𝗶? Jangan baur lawaklah. 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵? Rambut sendiri pun tak reti nak urus.


PN mana ada calon PM. Jangan PM, nak jadi 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 pun tak ada yang layak. Tuan Ibrahim tak setuju pun, penghujungnya dia kena terima. Tapi tak tahulah kalau Tuan Ibrahim pun 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗱𝗮𝗺 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠. Tu yang dia tak puas hati tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗦: 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗥𝗜 𝗞𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝


✍️  Ahmad Mursi


1. Saudaraku ahli PAS, aku nasihatkan ini kerana kasihan kepada kalian.


2. Bebaskanlah diri Kalian dari perangkap ilusi Khawarij yang sangka mereka di atas perjuangan jihad, tapi sebenarnya 'mereka terkeluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya'.


3. Ini bukan penyakit yang diada-adakan, Nabi saw dah ingatkan 1,400 tahun dulu bahawa penyakit ini akan berulang hingga kiamat.


4. Segunung kebaikan yang dibuat, tiada guna sedikitpun bila mula kufurkan mukmin lain.


5. Kalian tak kata 'mung kapir' tapi dengan tuduh 'mung liberal sekular terkeluar dari Islam' itulah Takfiri.


6. Setiap kali kalian sebut perkataan Qazaf, kami tidak rasa dihina, tapi kasihan kerana kalian dibrainwash oleh 'Tok Guru' hingga sanggup lakukan dosa besar masuk ke akaun peribadi kalian yang susah untuk dipadam.


7. Tentulah seronok malukan lawan politik tapi soal maruah peribadi tak sama seperti isu kepentingan awam. Itulah had sempadan berpolitik ikut Islam.


8. Saudaraku ahli PAS, jangan tertipu dengan kelompok asatizah yang petah dan dilihat punyai ilmu, kerana begitulah Ibn Muljam guru Al-Quran zaman sahabat pembunuh Saidina Ali. Di belakangnya beribu-ribu Al-Qura' (ahli Al-Quran).


9. Penyakitnya bukan pada ilmunya, tapi Ghuluw dan Takfirinya.


10. Mungkin kalian tak rasa tersesat kerana dari muda ditamrin, diusrah, dididik dan dibiasakan dengan fikrah itu.


11. Kalian dalam 'bubble' fanatik yang sebabkan kalian buta sudut pandang ilmuan lain. Itu kelemahan kita sebagai manusia dan masih belum terlambat.


12. Dulunya saya seperti kalian. Kader dan berjuang dari muda dalam PAS. Alhamdulillah saya terselamat.


13. Saudaraku ahli PAS, cuba kosongkan dan bebaskan minda kalian sejenak dan tanya soalan ini: Adakah aku sebenarnya di atas jalan kebenaran atau kebatilan?


14. Kalian mungkin terikut-ikut cytro2 Upahan yang tidak lalui tarbiyah seperti kalian. Ratu Naga pun mengaku, hal fitnah dan dosa pun mereka sebar kerana dibayar. Tapi kelian tumpang dan gandakan dosanya itu.


15. Walaupun kita tak setuju banyak perkara hal politik, tapi sebagai mukmin, saya sayang kepada kalian. Biarlah  husnul Khatimah pengakhiran kita semua.


https://www.facebook.com/ahmursi/posts/780119497488108



𝗧𝗔𝗞𝗜𝗬𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗣𝗔𝗦 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 '𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧'

 

𝗧𝗔𝗞𝗜𝗬𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡 𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗣𝗔𝗦 𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 '𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧'


✍️  Ahmad Mursi 


1. Bila SU Agong PAS memainkan isu Liwat dalam kempen PRK Kuala Kubu Bharu, itu gambarkan betapa bankruptnya akhlak puak yang panggil diri mereka 'Parti Islam' dan dipimpin pula oleh kononnya 'ulama'.


2. Tentulah gaya ceramah Takiyuddin mempersoal "kenapa PMX tak ambil tindakan undang2?" kepada portal berita picisan yang tak diketahui asal usulnya itu.


3. Kerana dia peguam dan tau cara tuduhan jahat boleh dibuat dengan cara yang selamat dari disaman di dunia.


4. Bila PAS bangkitkan isu peribadi ketika kempen, maksudnya PN-PAS sangat terdesak mencari modal kempen selain meniup api Perkauman dan Agama yang tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan.


5. Pada waktu yang sama, PMX menunjukkan sikap yang baik kepada Menteri Besar negeri2 PAS. Diberi susu, dibalas tuba.


6. Haji Hadi dan pimpinan utama PAS dari awal tertubuhnya kerajaan Perpaduan mula bermain dengan kalimah 'luar tabi'ie' untuk mengajar ahlinya berkempen.


7. Walaupun Ustaz2 PAS gunakannya untuk konteks yang lain, sebenarnya mereka menghantar mesej kepada pengikutnya: Kempen tuduhan liwat halal untuk dimainkan. 


8. Hal ini tidak akan berlaku jika Nik Aziz masih Mursyidul Am PAS. Inilah contoh bagaimana pemimpin mampu menyesatkan pengikutnya.


9. Pada hari akhirat apabila dibalik-balikkan muka pengikut2 dalam neraka, barulah mereka menyesal dan mengeluh 'alangkah baik jika di dunia mereka taati Allah dan Rasul'. Lalu mereka memohon kepada Allah agar pemimpin mereka diazab dua kali ganda dan dilaknat dengan laknat sebesar-besarnya kerana di dunia dulu mereka taat kepada pemimpin2 ini yang menyesatkan mereka. Mafhum dari surah Al-Ahzab (66-68) yang Hj Hadi dulu selalu ulangi.


10. Qazaf yang jadi satu jenayah dalam Hudud kini menjadi modal politik PAS. Perjuangan Hudud hanya retorik PAS untuk scam pengundi. Mereka benci liwat dengan mereka sendiri melakukan Qazaf.



Takiyuddin cuba menipu Allah?

 




Takiyuddin cuba menipu Allah?


1. Sahabat saya Ahmad Mursi menulis dan mengatakan bahawa Takiyuddin mengulas isu qazaf dengan cara selamat. Sebab beliau peguam, jadi beliau tahu mengulas untuk elak disaman.


2. Sebenarnya selamat itu hanya sementara,  Allah dalam Surah al baqarah ayat ke sembilan ada berfirman, "mereka cuba memperdayakan Allah dan orang-orang beriman, tapi mereka hanya memperdaya diri mereka sendiri"



3. Jelas takiyuddin cuba menipu orang ramai, tapi sebenarnya menipu diri sendiri. Sebabnya,  dalam al-Quran, Allah juga berfirman dalam Surah an-Nur ayat ke empat yang mana seseorang yang menuduh seseorang wanita baikberzina, hendaklah membawa empat orang saksi. Para ulama turut memasukkan liwat sebagai sama dengan zina.


4. Oleh itu, apa kaedah sekalipun, standard perundangan Islam, yang menuduh kena bawa empat orang saksi untuk kes zina. Dan bawa bukti untuk lain-lain kes.


5.  Takiyuddin sanggup berkata Anwar Pengamal 'homoseksual tegar' sambil merujuk kepada media dari Itali. Katanya kenapa tak saman?


6. Tuduhan itu asalnya dipetik oleh Hamzah didalam Parlimen. Anwar Ibrahim sendiri sudah menjawab, malah Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil  pun ada menjawab.


7. Kebodohan Hamzah nampaknya diteruskan oleh Takiyuddin. Sebelum ini Takiyuddin terbukti bodoh apabila memujuk Hadi Awang untuk menyaman Claire di London. Hadi akhirnya terpaksa tarik saman dan bayar pula pada Claire sebanyak RM1.4 juta.




8. Takiyuddin bukan sahaja bodoh tapi penipu apabila menafikan bayaran kepada Claire.


9. Sudahlah penipu dan bodoh,  Takiyuddin juga derhaka kepada DYMM YDPA. 



10. Bodoh, penipu, derhaka dan buat dosa Qazaf. Itu sebenarnya tidak pelik untuk Takiyuddin yang mengaku pemimpin syiah adalah idola nya.


11. Sampaikan tulisan ini kepada Takiyuddin supaya beliau sedar yang beliau bodoh, penipu, derhaka pada raja dan buat dosa qazaf. Supaya ada masa beliau bertaubat. 


Terima kasih.


Fairul al Qasas




PMX LAKUKAN KUNJUNGAN DI SIME DARBY

 



Hari ini melakukan lawatan kerja ke Sime Darby Plantation Bhd di Pulau Carey, Selangor. SD Plantation adalah syarikat peladangan bersepadu dengan pemilikan majoriti oleh Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLICs) dan kini merupakan pengeluar minyak sawit mampan bertauliah terbesar di dunia. Operasi dan produk SD Plantation kini berada di 90 buah negara dengan kekuatan sebanyak 87,000 orang pekerja.


Dalam lawatan ini, saya telah diperlihatkan potensi transformatif mekanisasi, automasi serta digitalisasi kepada sektor perladangan sawit. Ini termasuk penggunaan teknologi dan jentera terbaru perladangan seperti robot pengutip buah sawit terlerai berautonomi serta jentera-jentara pengaplikasi baja yang dibangunkan oleh kepakaran dalaman syarikat tersebut. SD Plantation juga sedang merintis teknologi canggih yang dilengkapi dengan AI dan pembelajaran mesin untuk mengurangkan pergantungan sektor ini kepada kerja-kerja yang dilakukan secara manual dan seterusnya menarik minat lebih ramai lagi bakat-bakat muda tempatan untuk melibatkan diri dalam industri sawit Negara.  


Saya berbangga tatkala dimaklum wujudnya teknologi-teknologi di pusat operasi Sime Darby Plantation yang diusahakan anak watan.


Salah satu daripada syarikat tempatan tersebut ialah eMooVit Technology Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat teknologi tinggi Malaysia yang mengkhusus dalam teknologi kenderaan ‘autonomous’ dan robotik. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, eMoovit memfokuskan pelaksanaan penyelesaian peirisian teknologi swa-pandu yang berdasarkan komponen industri, yang mengubah kenderaan menjadi kenderaan swa-pandu yang boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi termasuk pengangkutan titik awal/akhir, logistik dan pertanian.


Dalam usahasama dengan Sime Darby Plantation, eMooVit telah memajukan pelbagai teknologi termasuk ‘Autonomous Mechanical Buffalow Grabber (AMBG)’, yakni sebuah kenderaan tanpa pemandu untuk mengutip kelapa sawit.


Satu lagi syarikat pemula tempatan yang menjadi rakan kerjasama Sime Darby Plantation ialah Braintree Technologies Sdn Bhd. Saudara Arif Makhdzir, yakni Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BrainTree, telah menimba pengalaman kerja sebagai jurutera komputer dengan AMD Inc di Kanada sebelum pulang ke tanah air untuk mencurah bakti. Braintree telah membantu Sime Darby Plantation untuk membina penyembur baja autonomi bagi memastikan proses pembajaan dilakukan dengan cekap dan tepat.


Seperti diilhamkan menerusi kerangka Ekonomi MADANI, saya amat berharap Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) akan menggembleng tenaga dan dana serta berkongsi minda dengan syarikat-syarikat pemula bagi memastikan mereka berkembang ke persada antarabangsa dan mencapai potensi yang maksimum.


Kerajaan pastinya akan menekankan koordinasi rantaian pembangunan teknologi peladangan bagi mempercepat transformasi peladangan negara. Terkait dengan dasar buruh negara, saya menyeru SD Plantation untuk menjadi pendukung dan pelopor kepada usaha Kerajaan dalam mengurangkan kebertanggungan kepada buruh asing. Disasarkan agar pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan ini menjadi contoh ikutan kepada pekebun-pekebun kecil pada masa akan datang.


#MalaysiaMADANI



DAH MINTA MAAF.. TAPI LETAK LAH JAWATAN... TURUN PANGKAT....


 

NOHHHH AIHHH... PUNYA BANYAK BELI BARANG KEMAS.

 

Zainuddin Omar




Barang kemas berharga lebih RM 1 billion yang dibeli menggunakan wang 1MDB.  


RM 1 billion ialah RM 1,000 juta wang kita. 


Harap si Akmal baca ini. 


Siapa Shabnam Naraindas Daswani yang namanya baru keluar. In 


*****************

1MDB dan 10 pihak lagi memfailkan saman sivil berjumlah AS$346 juta terhadap Rosmah Mansor dan seorang lagi individu berkaitan dakwaan menerima barang kemas dan barangan mewah lain yang dibeli menggunakan wang yang diselewengkan daripada syarikat itu.


1MDB dan 10 pihak tersebut memfailkan writ saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam, dengan menamakan Rosmah sebagai defendan pertama dan Shabnam Naraindas Daswani sebagai defendan kedua.


Menurut Salinan writ saman itu, plaintif mendakwa Rosmah menerima ribuan barang kemas, jam dan beg tangan yang dibeli oleh Shabnam dengan menggunakan wang yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB dan plaintif yang lain.


Selain 1MDB, empat lagi plaintif adalah subsidiary syarikat itu, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited, 1MDB Energy (Langat) Limited dan Global Diversified Investment Company Limited.


Plaintif yang lain adalah bekas subsidiari 1MDB, SRC International Sdn Bhd dan lima syarikat yang dalam proses pembubaran, iaitu AFfinity Equity International Partners Limited, Alsen Chance Holdings Limited, Blackrock Asia Real Estate Partners Limited dan Brightstone Jewellery Limited.


Plaintif mendakwa premis tuntutan mereka adalah "tuntutan proprietari berekuiti dan/atau penerimaan harta amanah atau hasilnya yang dapat dikesan yang tidak berpatutan atau diketahui (“penerimaan yang diketahui”) dan/atau bantuan tidak jujur dalam pecah amanah atau pelanggaran kewajipan fidusiari (“bantuan tidak jujur”) dan/atau pengayaan tak patut".


Mereka mendakwa wang dipindahkan menggunakan pelbagai entiti luar pesisir, termasuk lima plaintif yang terlibat, sebelum diberikan kepada 48 vendor yang berpangkalan di tidak kurang daripada 14 bidang kuasa untuk pembelian barangan mewah.


"Sebanyak 320 bayaran sedemikian berjumlah AS$346,010,489 telah dibuat," dakwa mereka.


Selain menuntut arahan agar Rosmah membayar lebih AS$346 juta kepada mereka, plaintif turut memohon mahkamah antaranya agar mengarahkan defendan untuk membayar ganti rugi atau pampasan berekuiti yang ditetapkan mahkamah, ganti rugi keterlaluan dan/atau ganti rugi teladan serta relif lain yang dirasakan sesuai oleh mahkamah.


Malaysiakini sedang menghubungi defendan dan peguam mereka untuk mendapatkan maklum balas berkenaan saman ini.



PMX BERTEMU PENGERUSI NIPPON FOUNDATION




 Saya juga adakan pertemuan dengan sahabat lama yang juga Pengerusi Nippon Foundation, Tan Sri Yohei Sasakawa.


Sasakawa adalah seorang dermawan yang aktif melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan dalam pelbagai bidang.


Dalam pertemuan ini, Sasakawa memaklumkan mengenai aktiviti-aktiviti terkini yang dilaksanakan Nippon Foundation di rantau ini. Kami juga sempat bertukar pandangan mengenai isu semasa.


Saya kagum melihat semangat dan kecekalan Sasakawa yang mengabadikan sebahagian besar hayatnya untuk berbakti kepada masyarakat. 


#MalaysiaMADANI


𝗠𝗔𝗨 𝗣𝗟𝗔𝗞 𝗠𝗕 𝗟𝗘𝗕𝗔𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗣𝗔 𝗣𝗠𝗫?





Tapi lebai Taki Rumba-rumba kata YDPA lantik Perdana Menteri pengamal homoseksual tegar (kununnya sbb portal haprak tidak dikenali di Itali kata begitu). Camna Sam New Zealand ni boleh terima PMX pi jumpa plak?


Kita buleh dengaq je lah 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙. Nak buat camna?? 𝗗𝗮𝗵 𝘂𝗻𝗱𝗴𝟮 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗴 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗛𝗢𝗣𝗟𝗘𝗦𝗦 𝗯𝗮𝗯 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙. Apa boleh buat??.


Dapat plak 𝗠𝗗𝗡 𝘆𝗴 𝘁𝗶𝗱𝗼𝗾 𝗹𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝗱𝗲𝘄𝗮...𝗠𝗲𝗻𝗞𝗼𝗺 𝗽𝘂𝗻 𝘀𝘂𝗮𝗺-𝘀𝘂𝗮𝗺 𝗸𝘂𝗸𝘂. Nak kata apa? Redha je lah 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 boleh dok kempen PMX pengamal homoseksual tegar. 


Menteri boleh tadah telinga dengaq boss depa kena cerca, siapa lah kita?? Mudah kerja Menteri tak payah pertahankan boss depa kena maki hamun, kena cerca dan dituduh pengamal homoseksual TEGAR. Depa dengaq je la.....atau pekakkan telinga. Gitu?


Wallahualam.


- Zus Din 

09052024



PH KENA ALIH BAJU... PN TAK PERLU. MASJID PUN ADA KASTA GAK.

 


Najib Bakar


Masjid Bandar Utama Batang Kali dah keluarkan kenyataan atas isu penyokong PH disuruh terbalikkan baju.



Kenyataan ni dibuat selepas pertemuan dengan EXCO Agama Selangor, Dr. Fahmi Ngah.


Depa mintak maaf atas kekhilafan yang berlaku.


Kata depa, AJK tu dah tegur penyokong PN sebelum tu tapi "masih ada yang tidak mengambil endah". Katanya-lah.


Kalau "masih ada", maksudnya ada la yang terbalikkan baju PN, betul?


Tapi maafkan saya wahai pihak masjid, masa saya sampai tu, tak nampak ada baju penyokong PN diterbalikkan langsung.


Ayat AJK tu kepada penyokong PH berbaju merah, "masuk tandas terbalikkan baju." Dengan tegas bunyinya.


Adakah cakap dengan geng PN setegas itu?


Geng-geng PH tu walaupun panas, tapi depa ikut ja sebab dah nak solat. Imam pun dah nak iqamat.


Persoalan seterusnya, yang pakai baju Malaysia Madani tu camna pulak? Bukan lambang parti pun.


Aku pun taknak panjangkan isu. Pandai-pandailah pihak berautoriti buat kerja. Aku dah jalankan tugas aku.


Baca status masjid di https://www.facebook.com/share/p/5D7bBioyPrtZbeYk/?mibextid=oFDknk



JANGAN PILIH CALON BERSATU. LIHAT INI SEBAGAI CONTOH.. MAHKAMAH KELUARKAN NOTIS.






Zuwairi Mohd Yusof


 Sudah jelas,terang lagi nyata XIAO TAO mengalahkan KHAIRUL PN BERSATU dengan majoriti 4000 undi SABTU 11 MEI 2024 melihatkan gerak geri dan reaksi calon PN dengan jentera kempen mereka dari awal sampai hari akhir kempen.Presiden takut reporter,Calon pon takut reporter,Menantu pon lari,Calon pon lari


Macam mana nak jadi wakil rakyat ni? https://twitter.com/BadBoy2662/status/1788884187619201425


🤣🤣🤣🤣🤣


Hari hari terakhir kempen.PN tidak segan silu ulang Fitnah dan Pembohongan.Nak cerita kejayaan pentadbiran negeri PERLIS,KEDAH,KELANTAN dan TERENGGANU pun takdak.PERLIS yg kecik pun dia sakau anak beranak.Jasa 33 bulan takdak tebuk atap hanya memori pedih dan pilu angkat bendera hitam dan bendera putih.Nak bandingkan pentadbiran negeri pun tak mampu.Terpaksa cari modal lain.Fitnah.


Hilang deposit la esok ni.Calon PN melarikan diri dari wartawan yang nak bantu dia kempen untuk hari terakhir.Kenapa lari? 🤣🤣🤣Seorang Noorazley Yahya telah di beri NOTIS BANKRAP oleh SME Bank.Warga DUN Bukit Melawati mempersoal sama ada ini wakil rakyat mereka.Pengundi2 KKB jangan ambil risiko beri undi pada KHAIRUL lepas ape jadi pada ADUN PN di BUKIT MELAWATI itu,hahaha


p/s Jangan pilih calon PN, sijil Master tak di iktiraf oleh MQA, berhutang pula dengan Along, result SPM pun tak power!!



SENGAJA DIA PERLI BERSATU. ADA BUNGA BUNGA NAK PECAH PULAK.


MSO


 TERKHILAF ATAU SENGAJA



Mungkin saya terkhilaf tetapi ia sangat jelas, dalam ucapan di kempen finale calon PN malam tadi Tok Dor ada memberi nasihat kepada pengundi agar tidak memilih parti yang laksana sarang laba-laba, ertinya parti yang tidak kuat, atau parti yang menumpang parti lain. 


Katanya pengundi patut mengundi parti yang kuat dan ada asas penubuuhannya. Kepada siapa dan pihak manakah Tok Dor tujukan nasihat itu. Parti manakah dalam konteks hari ini seperti sarang laba-laba, yang rapuh dan tidak kuat?


Jika ditilik dan dianalisa, jelas parti yang dimaksudkan Tok Dor itu ialah parti Bersatu. Bersatu adalah serpihan daripada Umno dan ia tidak ada asas fundamental, dalam pilihan raya lalu ia menumpang pengaruh Pas.


Dan Pas pula mengizinkan dirinya diperalatkan kerana terpesona dengan sedikit bayaran.


Manakala kebersihasilan presidennya Mahiaddin jadi PM dahulu adalah hasil dari pengkhianatan terhadap PH. Jika tanpa pengkhianatan itu Bersatu tidak mampu berbuat apa-apa, ia hanya parti melukut di hujung gantang sahaja. Kemenangan bergaya calonnya dalam pilihan raya lalu disebabkan bantuan Pas. Tanpa bantuan Pas ia sudah mendarat ke pantak laut.


Ketika itu parti sarang laba-laba itu telah mengait (memerangkap) Pas, mempengaruhi Pas kononnya mereka akan dapat tubuh kerajaan. Kerana janji itulah Tok Dor percaya mati-mati PN boleh tubuh kerajaan sebaliknya tertipu hidu-hidup, berkelip “mata pah pah” dengan Mahiaddin. Tok Dor terjongkit sampai melaung ,"dah cukup jomelah.. dah cukup." 


Apabila semalam Tok Dor menasihati agar pengundi tidak memilih parti sarang laba-laba, seperti Tok Dor mahu hantar mesej jelas. Apakah ura-ura Pas akan meninggalkan Bersatu sebagai persiapan balas sebelum Bersatu meninggal mereka menyebabkan Tok Dor jadi tersasau begitu?


Sebelum ini telinga saya sudah dihembus angin sepoi sepoi bahasa bahawa antara Pas dan Bersatu menunggu masa sahaja untuk khianati di antara satu sama. Mereka menunjuk “cerlek molek” untuk bermaufakat dengan kerajaan Madani. 


Bersatu dan Pas kini sedang bermain Russian Roulette. Trims.



HORMAT BUAT APA KALAU DAH TAK RETI HORMAT ORANG.


Sham Ghaz


 Ini susunan Protokol Gambar YDP Agong, Sultan, Perdana Menteri, Menteri Besar.



PM perangai elok dah, pergi jumpa dan nak bantu Terengganu.


Banyak benar peruntukkan turun ke Terengganu, macam durian runtuh mereka dpt.


Tapi lihat kepada susunan gambar di belakang gambar MB Terengganu dan PMX nampak jelas takda gambar Perdana Menteri.


Sedih la perangai mcmni, seoalah olah beza politik maka kita tak perlu dah saling hormat menghormati.


Agaknya perangai lama sebab Amanat Hadi masih tertanam di sanubari pemimpin Pas Terengganu.


Elok MB Terengganu letak gambar PMX Dan YDP Agong Baharu segera lah (lepas siap gambar terkini).