SIAPA LAGI KENA TAHAN.

 

Bekas Setiausaha politik bekas Menteri mana kena tangkap dan reman oleh SPRM, pasal rasuah pemberian tender? Siapa tahu?



‘Langkah Dubai’ dan caci-maki Mahathir hanyalah gangguan!

 

Perjuangan Aliran untuk perubahan bergantung kepada sokongan anda semua

By

 Henry Loh

 -




Photograph: zaid.my

Sudah 14 bulan lamanya, kita di Malaysia telah menjalani kehidupan di bawah “kerajaan perpaduan” yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim.

Tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Center pada Oktober lalu menunjukkan bahawa tahap kepuasan rakyat terhadap prestasi PM hanyalah 50%. Kebimbangan utama di kalangan mereka yang ditinjau adalah soal ekonomi, dengan 48% mengatakan mereka tidak berpuas hati dengan prestasi pentadbiran Anwar.

Anwar berdepan kerja yang cukup sukar. Beliau merombak kabinet baru-baru ini, namun masih terlalu awal untuk melihat sama ada barisan menteri baharu akan menunjukkan prestasi yang lebih baik.

Gangguan kerjanya cukup banyak. Langkah Chow Kit atau Dubai serta khabar angin yang berterusan tentang kebarangkalian pengampunan diraja untuk Najib Razak telah mengalihkan perhatian kita daripada isu yang lebih kritikal.

Keadaan ekonomi serta sumber pencarian rakyat adalah amat penting. Kerajaan perpaduan mesti memberi tumpuan kepada perkara ini.

Dari segi politiknya, pasukan PM telah menarik lima ahli parlimen pembangkang untuk berada bersama di pihaknya. Ahli parlimen ini mendakwa mereka mengalih taat setia kerana mahu menerima peruntukan pembiayaan yang lebih tinggi untuk membangunkan kawasan mereka.

‘Mempersenjatakan’ dana kawasan dengan cara ini adalah salah dari segi moral. Ia termasuk dalam kategori yang sama dengan ahli parlimen yang berpaling tadah kerana mereka ditawarkan sejumlah besar wang, jawatan mudah serta faedah lainnya. Ada yang mendakwa bahawa inilah juga yang mendorong ahli parlimen tertentu untuk mempertimbangkan “langkah Dubai”.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

PM mesti menunaikan janjinya dan memastikan pengagihan dana pembangunan kawasan pilihan raya dengan sama rata. Ahli parlimen pembangkang tidak seharusnya didiskriminasi melalui pembiayaan yang lebih rendah.

Sebuah lagi gangguan timbul apabila bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan kesetiaan etnik minoriti ketika diwawancara oleh saluran TV India yang berpangkalan di Chennai.

READ MORE:  How to foster multicultural understanding in Malaysia

 

Mahathir menyatakan pandangannya bahawa kaum minoriti perlu diasimilasikan sepenuhnya dan “menjadi Melayu” untuk dianggap sebagai warganegara yang sah.

Penduduk Malaysia pada tahun 2023 adalah sekitar 33 juta – daripada jumlah ini, 70.1% adalah bumiputera, 22.6% etnik Cina dan 6.6% etnik India.

Apa hak Mahathir untuk mempersoalkan kesetiaan hampir 30% penduduk negara ini? Kenyataannya yang tidak sensitif telah menyinggung perasaan ramai orang di Malaysia daripada semua etnik.

Ini adalah beberapa contoh gangguan yang menghalang pembangunan untuk rakyat.

Anwar dan pasukannya sepatutnya menerajui kerajaan “Madani” yang progresif dan berfikiran reformasi. Oleh itu, orang ramai mengharapkan tumpuan diberi kepada kesejahteraan rakyat, terutamanya golongan miskin.

Dengan peningkatan inflasi, ramai di kalangan kelas pertengahan kini jatuh ke dalam kategori berpendapatan rendah. Rancangan untuk subsidi yang disasarkan – supaya hanya mereka yang memerlukan sahaja yang layak – adalah satu langkah ke arah yang betul. Namun, adakah ia akan dilaksanakan dengan berkesan dan cekap? Hanya masa dapat menentukan.

Pentadbiran Anwar mesti menerima kepelbagaian dalam negara kita. Mereka perlu mencabar retorik perpecahan kaum dan agama. Program untuk membina jambatan antara pelbagai komuniti adalah penting untuk memupuk perpaduan. Gunakan nilai Madani – kemampanan, kemakmuran, inovasi, rasa hormat, amanah, belas kasihan – sebagai pelan tindakan untuk Malaysia yang lebih terangkum.

Jika kita menerapkan amalan tadbir urus yang baik secara menyeluruh, Malaysia akan mencapai kemajuan yang besar.

Sebagai sebuah gerakan pembaharuan sosial, Aliran secara konsisten mempromosikan keadilan, kebebasan dan perpaduan sejak 1977. Kami telah berjuang untuk Malaysia yang inklusif, saksama dan adil di mana tiada siapa pun yang patut ketinggalan.

Kami menentang rasuah dan ‘kebocoran’ yang menguntungkan segelintir pihak dengan mengorbankan golongan miskin dan tertindas. Jika pun kami menjadi berat sebelah, berat sebelah kami ini adalah untuk memihak kepada golongan miskin, terpinggir dan tertindas. Bangsa dan agama bukan sebahagian daripada persamaan.

READ MORE:  Mahathir, Hadi, stop spewing out divisive rhetoric!

 

Negara masih kekurangan pengasingan kuasa yang bermakna untuk mengawal dan mengimbangi tiga cabang kerajaan. Terlalu banyak kuasa tertumpu di tangan cabang eksekutif kerajaan. Pembaharuan yang teguh diperlukan untuk membetulkan ketidakseimbangan ini.

Selama 47 tahun, Aliran telah bersungguh-sungguh melobi untuk reformasi tersebut. Laman web kami, surat berita, media sosial dan webinar hibrid kami dijadikan platform untuk idea alternatif sebegini.

Tetapi agar usaha untuk menyatakan kebenaran kepada mereka yang berkuasa ini dapat diteruskan, Aliran memerlukan dana dengan segera.

Kami berbangga kerana tidak menerima pembiayaan asing atau tajaan korporat untuk membiayai operasi kami. Sebaliknya, sumbangan daripada rakyat biasa Malaysialah yang telah menampung gerak kerja kami.

Kami berbesar hati dengan begitu ramai ahli, penyokong dan rakan yang berkongsi wawasan bahawa Malaysia boleh dan harus menjadi tempat yang lebih adil dan lebih terangkum untuk semua orang.

Malangnya, dana Aliran kini jatuh ke tahap kritikal. Kami kini hanya mempunyai dana yang mencukupi untuk bertahan selama hanya enam bulan lagi.

Kami dengan ini merayu agar semua pembaca budiman bermurah hati menyumbang untuk memastikan kami terus bertahan. Kami memerlukan kira-kira RM10,000 sebulan untuk menyelenggara laman web kami, untuk memastikan pejabat terus beroperasi dan untuk membayar sokongan teknikal serta kerja penterjemahan. Jadi sasaran biayasama kami ialah untuk mengumpul RM120,000 pada tahun 2024.

Sila derma dengah murah hati kepada:
Persatuan Aliran Kesedaran Negara
CIMB Bank account no: 8004240948
SWIFT code: CIBBMYKL

Henry Loh
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Januari 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 




[mengejutkan] MP BERSATU SOKONG PMX! PUAD TEMPELAK MAHA FIRAUN!



Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi menjadi wakil rakyat pembangkang terbaru yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. "Pengisytiharan sokongan ini kepada kepimpinan perdana menteri kesepuluh adalah tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak dan saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjoong Karang," katanya pada satu kenyataan hari ini. "Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif kerajaan Madani yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga pilihan raya umum akan datang. ======================================================================= Ahli Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zakarshi menasihati Dr Mahathir Mohamad supaya berehat selepas imej bekas perdana menteri itu “terus merudum”. Malah katanya Mahathir boleh membiarkan anaknya Mukhriz untuk meneruskan legasinya. "Untuk kekal relevan Tun M sanggup menyertai demonstrasi di hadapan Istana negara semalam. "Selepas buat kejutan luar biasa di PRU ke 14 imej Mahathir terus merudum. Macam-macam dia buat. Dia tubuh parti Pejuang. Akhirnya dia hilang deposit di Langkawi.





KAIN YANG DISELAK, DADA YANG TERBUKA



Ketika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, satu dokumen yang bocor mendedahkan bahawa keluarga Daim Zainuddin adalah pemilik satu lagi aset pegangan amanah luar pesisir tersembunyi yang nilainya ratusan juta ringgit. Dokumen yang diperoleh Konsortium Kewartawanan Penyiasatan (ICIJ), menunjukkan badan amanah itu ditubuhkan atas nama isteri bekas menteri kewangan itu Toh Puan Naimah Khalid dan dua anak lelakinya, Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin.



[panas] PERHIMPUNAN GENG KAKI FITNAH, BRO IS ISWARDY BONGKAR!

[gempak] ISTANA NEGARA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP CHEGU-BAD! KANTOI MEN...



Pihak Istana Negara telah membuat laporan polis terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin berhubung dakwaan bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam. Laporan tersebut dibuat oleh Pegawai Perhubungan Akhbar Istana Negara, Mohd Husni Yusop, 39, di Balai Polis Travers. Tindakan itu susulan kenyataan Chegu Bard dalam sebuah video berdurasi 52 saat menerusi aplikasi TikTok bernama “Alias Official.” ========================================================================== Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan dakwaan oleh Chegu Bard bahawa tiga wakil Perikatan Nasional (PN) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini. Menurutnya lapor Bernama, kes tersebut akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman. Terdahulu, seorang individu membuat laporan polis di Balai Polis Travers semalam terhadap Chegu Bard, atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin. =================================================================================== Khabar angin kononnya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditumbangkan, hanyalah satu percubaan pembangkang untuk memberikan harapan kepada penyokong mereka. Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, pembangkang terpaksa menerima realiti bahawa mereka akan terus menjadi pembangkang sekurang-kurangnya untuk tempoh empat tahun lagi sekiranya propaganda untuk mengubah kerajaan tidak dilakukan. “Apabila ada harapan sedemikian, mungkin akan terus bekerja kuat untuk cuba menumbangkan kerajaan, memburukkan keadaan dan sebagainya.



ELAK DAKWA TUN DAIM DI HOSPITAL, INI AKAN MENGUNDANG SIMPATI.

 


Di sebalik Tun Daim Zainuddin kini sedang dirawat di hospital, meskipun kebenaran untuk mendakwanya di mahkamah telah diperolehi daripada Jabatan Peguam Negara, kemudian disusuli dengan kenyataan Na’imah Khalid bahawa suaminya sedia didakwa di mana-mana saja, tetapi adalah disarankan agar SPRM bersabar sedikit dan tidak terlalu gopoh dalam tindakannya.

Jangan tergesa-gesa mahu meneruskan pendakwaan dengan membawa hakim ke hospital bagi tujuan tersebut dalam waktu terdekat ini.

Bersabar seketika dahulu dan tunggu beberapa ketika lagi sebelum memikirkan pilihan yang seterusnya.

Bukan apa, jika tergesa-gesa meneruskan pendakwaan dalam keadaan Tun Daim baru saja dimasukkan ke hospital, apa lagi jika didorong rasa tercabar dengan kenyataan isteri Tun Daim yang seolah-olah mencabar itu, dibimbangi nanti tindakan yang diambil itu akan membenihkan simpati pula kepadanya.

Memang berdasarkan tinjauan umum, terlihat ramai rakyat yang bersikap positif dengan tindakan kerajaan terhadap bekas Menteri Kewangan itu, tetapi jangan sekali dilihat bertindak “overkill”.

Jika terlihat demikian – percayalah – rakyat akan jadi simpati kepada Tun Daim dan mula mencemuh kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Sebab itu, penting untuk SPRM bersabar sedikit masa lagi, lihat dahulu dan dapatkan maklumat penuh tentang kesihatannya dan berapa lama Tun Daim mungkin dirawat di hospital.

Hanya setelah tiada pilihan lain dan setelah berbulan-bulan ruang masa diberi misalnya, barulah ketika itu pertimbangan membawa hakim ke hospital harus menjadi pertimbangan.

Itu pun kena tengok pula bagaimana keadaan semasa Tun Daim ketika itu, jika kesihatannya makin tenat seperti tidak sedarkan diri, berada di ICU dan sebagainya, tetapi terus juga membawa hakim dan membacakan pertuduhan, tindakan itu pasti akan dilihat sebagai sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.

Pendakwaan di hospital hanya wajar dilakukan jika Tun Daim dalam keadaan sihat dan sedar sepenuhnya, cuma barangkali berdepan masalah pergerakan yang tidak membolehkannya pergi ke mahkamah saja.

Sekali lagi, SPRM kena berhati-hati, selalu bersabar serta jangan sampai kerja baik yang dilakukanntidak membawa markah, sebaliknya memberi simpati kepada pihak lain.

Na’imah, isteri Tun Daim Zainuddin sebelum ini semacam mencabar SPRM agar meneruskan pendakwaan mahkamah terhadap suaminya, walaupun ketika di hospital.

Kata beliau, suaminya sedia berdepan sebarang pertuduhan jenayah dan tidak menggunakan alasan dirawat di hospital bagi mengelak dibawa ke mahkamah.

“Biar saya sebut dengan jelas bahawa Tun Daim sedia berdepan sebarang pertuduhan, tidak kira di mana-mana dan akan bersungguh-sungguh mempertahankan diri berdasarkan undang-undang.

“Tertakluk kepada kebenaran hospital, suami saya sedia berdepan “pendakwaan politik” walaupun di hospital,” tegasnya.

Na’imah memberi respon demikian berikutan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang menyebut, disebabkan Tun Dam dimasukkan ke hospital atas masalah kesihatan, pendakwaan terhadapnya tidak dapat dilakukan buat masa ini, meskipun telah mendapat kebenaran Jabatan Peguam Negarq.

Beliau yang ternampak sedikit kecewa, terutama kerana doktor yang merawat Tun Daim tidak berterus-terang tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh bekas Menteri Kewangan itu berkata, jika tidak kerana berada di hospital, pendakwaan sudah pun dilakukan.

“Izin nak dakwa tu dah dapat seminggu lebih dah. Dan lepas dapat izin mendakwa tu kita maklum peguam dia nak bawa ke mahkamah.

“Kita (kemudiannya) dimaklumkan dia (Daim) dimasukkan ke sebuah hospital (swasta).

“Kita buat observation (pemerhatian) dan mendapat maklumat bahawa dia masuk hospital sebelum kita dapat izin mendakwa lagi.

“Itu betul la. Tetapi (apabila) kita bertanya doktor bila dia boleh keluar hospital, doktor pun tak nak bagi jawapan yang betul,” kata Azam Baki lagi.

Begitu pun, tambahnya, pilihan terakhir buat SPRM ialah membawa seorang hakim ke hospital yang menempatkan Tun Daim supaya pertuduhan dapat dibacakan terhadapnya.

Harapnya, pilihan terakhir itu hanya setelah difikir dengan semasak-masaknya. – ShahbudinHusin 24/01/2024.

 


Kabinet setuju tubuh RCI kes kedaulatan Batu Puteh




Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, kata Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri Mohd Zuki Ali.



Beliau yang juga Ketua Setiausaha Negara berkata penubuhan RCI itu selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 yang mana cadangan keanggotaan suruhanjaya akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.



"Cadangan ahli-ahli ini akan mengambil kira komposisi pakar-pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan dan pentadbiran awam serta dapat melaksanakan siasatan dengan telus, adil dan saksama bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan konflik kepentingan dengan pihak berkaitan," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.



Akta berkenaan memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong menubuhkan suatu Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat apa-apa perkara lain yang siasatannya pada pendapat Yang di-Pertuan Agong berfaedah bagi kebajikan awam.



Pada 14 November 2021, laporan menyebut Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021 telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menyemak semula tindakan dan isu perundangan berkenaan kes Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

 

TUN DAIM SAH DIDAKWA DI MAHKAMAH, TAPI DITANGGUH SEBAB BERADA DI HOSPITAL


SPRM telah mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa bekas menteri kewangan Daim Zainuddin di mahkamah di bawah Akta SPRM sejak minggu lalu, menurut Azam Baki.

Bagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM berkata mereka masih belum dapat meneruskan pendakwaan kerana Daim berada di hospital atas sebab kesihatan yang tidak dinyatakan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Azam meluahkan kekecewaannya terhadap doktor yang merawat Daim yang didakwa gagal berterus-terang dengan pegawai penyiasat SPRM mengenai mengapa bekas menteri itu dianggap tidak mampu untuk hadir di mahkamah.

“Izin nak dakwa tu dah dapat seminggu lebih dah. Dan lepas dapat izin mendakwa tu kita maklum peguam dia nak bawa ke mahkamah.

“Kita (kemudiannya) dimaklumkan dia(Daim) dimasukkan ke sebuah hospital(swasta).

“Kita buat observation (pemerhatian)dan mendapat maklumat bahawa dia masuk hospital sebelum kita dapat izin mendakwa lagi.

“Itu betul la. Tetapi (apabila) kita bertanya doktor bila dia boleh keluar hospital, doktor pun tak nak bagijawapan yang betul,” kata Azam.

Menurut Azam, Daim dijangka berdepan dengan sekurang-kurangnya satu pertuduhan kerana gagal mengisytiharkan beberapa hartanah yang dimiliki bersama isterinya.

Katanya, pilihan terakhir buat SPRM adalah membawa seorang hakim ke hospital yang menempatkan Daim supaya pertuduhan dapat dibacakan.

“Tapi itu bukan pilihan kami yang sebenarnya. Kalau tak masuk hospital minggu lalu kita dah tuduh dah.

“Kita dah berhubungan dengan peguamnya,” katanya lagi.

Semalam, isteri bekas menteri kewangan itu, Na’imah Abdul Khalid, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas tuduhan gagal mematuhi notis SPRM untuk mendedahkan asetnya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 dan boleh dipenjara sehingga lima tahun dan didenda sehingga RM100,000, jika didapati bersalah.

 Na’imah didakwa melakukan kesalahan itu dengan memberikan akuan bertulis bersumpah yang tidak mematuhi notis SPRM di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM.

Bagaimanapun, Na’imah, 66, mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dikemukakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja memberikan satu pernyataan bertulis dengan bersumpah yang tidak mematuhi terma notis bertarikh 8 Nov 2023 yang dihantar kepada beliau oleh pegawai SPRM berpangkat pesuruhjaya pada 14 Nov 2023 iaitu dengan tidak mengisytiharkan harta.

Harta-harta tersebut adalah Menara Ilham, dua syarikat iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd, dua kenderaan mewah jenama Mercedes Benz, sebuah rumah di Persiaran Bukit Tunku, empat lot tanah di Bukit Tunku dan satu lot tanah masing-masing di Pulau Pinang dan Taman Tun Dr Ismail, di Kuala Lumpur.

Na’imah berdepan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/694143

 

MEMEY LA SASARAN HANG.. HANG MB KEDAH.... SEMBANG DEPAN PENYOKONG KEMAIN... KENA 3 JAM.. MENONONG BLAH CAM TU SAJA... PEEEEGEEDAHH.. KIOK.


 

SAMA GAK LAM PARLIMEN DAN ADUN... TAK CERDIK


 

TUDUHAN APA LAGI. RETA BELAMBAK TAK MAU ISTIHAR


 

JANGAN BICARA KISAH ORANG TAK DAK OTAK.

 


DAH KATA DAH, INDOKTRINASI KHAWARIJ NI BAHAYA, SANGGUP BUGHAH, ANGKAT SENJATA RAMPAS KUASA HANYA KERANA PERBEZAAN POLITIK


Tengok sendiri gila ke tak gila puak walaun & untit Khawarij. Apa depa sanggup buat? Memberontak. BUGHAH. KELUAR dari KETAATAN kpd Ulil Amri.


Punya la bahalol walaun Khawarij PNjahat WARGANEGARA TAK BERGUNA nih. Pemerintah No. 1 Tentera adalah Ke Bawah DYMM SPB YDPA. Depa ingat guna Tentera BERSENJATA rampas kuasa Kerajaan sekadar jatuhkan PMX? Bongok. Itu bermakna melakukan PNgkhianatan yakni MELANCARKAN PERANG TERHADAP YDPA.


Hukumannya ialah hukuman BUNUH atau penjara seumur hidup mcm.kes Al Maunah dulu. Buddus punya walaun. Walaun yg menghasut buat kerja mcmni boleh ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana menghasut atau Seksyen 128c KK kerana persediaan menjejaskan atau memudharatkan Demokrasi.


PA$ PPBM PNyakau dah tinggal 68 MP jer kot? Akan ada yg menyusul. 


InsyaAllah


- Zus Din 

24012024



KEKAL TENANG

 





Pagi ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) yang turut dihadiri Menteri-menteri dan pegawai kanan jabatan serta agensi Kerajaan yang terkait.


Mesyuarat ini merupakan jawatankuasa khusus bagi menyelaras pembangunan industri pelancongan dan kebudayaan demi memajukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan dan kebudayaan pilihan utama dunia menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).


Dengan merancakkan semula industri ini, sektor pelancongan turut berupaya menjana aktiviti-aktiviti ekonomi dan mewujudkan kesan limpahan kepada sektor-sektor ekonomi lain yang berkaitan.


Ini termasuklah meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar hatta Kerajaan perlu cepat membangun produk dan infrastruktur pelancongan dengan kebersamaan pemain sektor swasta.

 

Saya turut singgung pentingnya mempermudah dan mempercepatkan proses kelulusan berkaitan serta menambah baik operasi khususnya di lapangan terbang. 


Di samping itu, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada tahun 2025 perlu dimanfaatkan sebagai pemangkin dalam mencapai sasaran VM2026.


#MalaysiaMADANI



NOHHHH... SUWEY PERHIMPUNAN SEMALAM..

 kan dah cakap 2 Jan hari tu... hihih


Iswardy Morny





Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi menjadi wakil rakyat pembangkang terbaru yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


"Pengisytiharan sokongan ini kepada kepimpinan perdana menteri kesepuluh adalah tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak dan saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjoong Karang," katanya pada satu kenyataan hari ini.



CUNGGIT LAGI SOQANG


 

FIKRAH GHULUW

 


 

Che Ibrahim


Sesama melayu berbalah kerana berlainan parti.

Sesama parti berbalah kerana berlainan puak.

Sesama Islam berbalah kerana berlainan mazhab.

Sesama mazhab berbalah kerana berlainan aliran pengajian. 

Sesama warganegara berbalah kerana berlainan agama dan kaum.


Last sekali dengan buah limau pun berbalah!!!!



7-8 ORANG 1 DAH ISTIHAR KITA TUNGGU LAGI 6-7 ORANG - TERKINI.. YB TANJUNG KARANG SOKONG PMX

 



Berita Terkini: Ahli Parlimen Tanjong Karang, YB Kapten (B) Dato' Dr Zulkafperi Hj Hanapi isytihar beri sokongan kepada PMX.


#KekalTenang

#dahcukupjumlah

DAH ADA KEBENARAN

 

Iswardy Morny


SPRM telah mendapat keizinan daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa bekas menteri kewangan Daim Zainuddin di mahkamah di bawah Akta SPRM sejak minggu lalu, menurut Azam Baki.


Bagaimanapun, ketua pesuruhjaya SPRM berkata mereka masih belum dapat meneruskan pendakwaan kerana Daim berada di hospital atas sebab kesihatan yang tidak dinyatakan.






KEH. KEH. KEH


 Sudah tiba masanya tindakan tegas harus diambil kepada mereka. Mereka sudah semakin melampau dan menggila.




KANTOI BILA BUKTI SUDAH LENGKAP


            Zunar Cartoonist Fan Club



HUWAAAA- KENA CING LAGI BERTUBI TUBI


 

Dalam post seringkas ini pun dipenuhi penipuan.



Peradaban baharu kata dia. Tapi puak dia ada adab ke? Cakap semberono, memfitnah, menipu, biadab. 


Negara baharu pulak? Baguslah. Negara baharu tu maknanya bukan Malaysia. Pergi buat negara sendiri. Malaysia tak perlukan manusia biadab macam korang.


Negara beriman ni paling kelakar. Orang beriman tak akan menipu, takkan memfitnah, takkan mencuri dan takkan merosakkan keamanan dan kestabilan negara.


Penuh teladan? Apa yang nak diteladani? Fitnah atau sakau? Atau memperdagang agama dan kaum?


Ringkas je posting dia tapi penuh dengan kepalsuan. Begitulah kalau dah biasa menipu. Setiap ayat yang dipertuturkan akan sentiasa diselang-selikan dengan penipuan juga. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BERHIMPUN DI DEPAN ISTANA UNTUK REBUT KUASA HANYA KERJA BUANG MASA


Hanya kira-kira seminggu lagi sebelum Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selaku Yang Dipertuan Agong, suatu himpunan dengan tema “Selamatkan Tanah Air Kita, Suara Rakyat Ke Istana Negara” diadakan pagi tadi di depan Istana Negara.


Himpunan yang dianjurkan sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) itu turut menyerahkan memorandum yang dipercayai mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara kepada Yang Dipertuan Agong.


Dipercayai, antara tuntutan yang dikemukakan ialah untuk menukar kerajaan dengan gambaran Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri telah gagal mentadbir negara dengan pelbagai isu kos sara hidup dikatakan masih berlarutan serta meletakkan kedudukan Islam dan Melayu kian terancam.


Memorandum tersebut juga menyatakan bahawa Raja-Raja Melayu telah dihina berikutan dakwaan pembangkang cuba merasuah Agong untuk merekayasa rampasan kuasa, sekaligus menjatuhkan kerajaan.


Selain itu, peranan Raja-Raja Melayu sebagai ketua hal ehwal Islam di negeri masing-masing juga didakwa telah diceroboh melalui cubaan menggunakan kuasa mahkamah.


Dilaporkan hampir 1,000 orang hadir dalam himpunan tersebut dengan individu dikenali ramai yang dilihat bersama hanyalah Tun Mahathir Mohamad seorang saja.


Tiada pemimpin pembangkang yang lain kelihatan hadir dalam himpunan tersebut.


Senang cerita, berikutan beberapa usaha dan langkah sebelum ini untuk menjatuhkan kerajaan telah menemui kegagalan, himpunan ini adalah cubaan terakhir dengan harapan supaya Agong dapat menilai semula kepimpinan negara sedia ada dan melakukan pertukaran Perdana Menteri.


Kononnya hanya kuasa Agong yang boleh menukar kerajaan ketika ini dan menterbalikkan kedudukan Anwar daripada Perdana Menteri menjadi rakyat biasa semula.


Gila betul mereka ini, kenapa hendak menyusah dan membebankan Agong di saat akhir tempoh pemerintahan baginda akan berakhir?


Bukankah Agong sudah bertitah sebelum ini bahawa baginda tidak masuk campur urusan politik?


Kenapa masih tak faham-faham lagi?


Kalau bersungguh benar nak jatuhkan kerajaan dan menukar Perdana Menteri, tunjukkanlah berapa sokongan Ahli Parlimen yang dimiliki sebagai bukti dan hebahkannya kepada seluruh dunia.


Kemudian, pada sidang Parlimen 26 Februari depan, kemukakanlah usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.


Setakat sembang saja nak jatuhkan kerajaan dan meratib Anwar gagal, seterusnya acah-acah berhimpunan konon rakyat bersama mereka, tetapi, ini hanya kerja buang masa.


Yang penting, tunjukkan bukti yang nyata.


Tambahan lagi, benarkah majoriti rakyat ketika ini tidak selesa, tidak bersama dan menolak kerajaan pimpinan Anwar?


Atau hanya keluarga Tun Mahathir dan Tun Daim saja yang ada rasa sedemikian rupa?


Sekali lagi ditekankan, semua ini kerja buang masa dan tiada keperluan untuk Agong melayan apa jua tuntutan melalui himpunan seperti ini yang pada hakikatnya hanya untuk memenuhi kehendak kelompok tertentu semata-mata. 


Kita sebagai rakyat pula tak usahlah benarkan diri kita terpedaya dengan drama seperti ini. – ShahbudinHusin 23/01/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/23/berhimpun-di-depan-istana-untuk-rebut-kuasa-hanya-kerja-buang-masa.html



NEGERI HANG CHINA MASUK BANYAK SEKALI.




 Patut Tun kata ada orang bunuh diri sebab tekanan...


https://www.facebook.com/share/93kHhBJ4DpD2BAHH/?mibextid=xfxF2i




JANGAN SANJUNG BAKAL BANDUAN

 


Banduan dan bekas banduan tak jadi masalah. Sebab mungkin dia dah bertaubat. Dan insaf. Pintu taubat masih terbuka.


Yang jadi masalahnya kalau sanjung bakal banduan. Sebab dia masih salah dan belum terhukum. Taubat? Entahlah.


Lebih pelik bila pemfitnah juga disanjung bahkan ada yang dianggap wali pula. Yang itu jelas menyalahi sifat Islam. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAK KESIAN KE DIA KA



Dah kata orang tua ni nyanyuk! Mahathir sebut rakyat tengah susah, hidup tertekan sampai terdapat kes orang Melayu bunuh diri (nampak tak dia sengaja je guna perkataan Melayu?)


Aku kata nyanyuk, sebab tak banyak pun cerita bunuh diri masa ni. Tak kira lah kaum mana pun. Kalau ada pun tak sebanyak masa 33 bulan PN dalam kerajaan dulu. Masa tu betul susah.


Barang makan naik mahal melambung. Lebih sekali ganda harga sekarang.  Perniagaan orang Melayu pun banyak tutup. Ramai orang Melayu kena buang kerja. Meniaga burger pun kena saman! Pergi solat jemaah di surau pun kena saman!


Mahathir nyanyuk. Benda tu berlaku 2020 - 2022. Tapi dia rasa macam baru berlaku sekarang. Itulah petanda yang dia punya nyanyuk tu dah sampai tahap hilang ingatan dah. Teruk sangat.


Hari ni, bukan saja harga  makin stabil, malahan ramai orang Melayu B40 yang telah dibantu untuk mulakan perniagaan. Bukan macam masa Mahathir dulu, hanya kroni yang dapat berniaga.


Korang pun... Kesian la kat orang tu nyanyuk ni. Tak payah la seret dia lagi dalam isu politik lagi. Cukup la buli dia. Biar dia habiskan sisa usia dengan bertaubat dan dekatkan diri dengan Allah. Jangan seret dia lagi.


Tapi... Er... Ke dia yang seret orang lain untuk agenda dia eh? Entah la... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


BERHIMPUN KERANA ANAK

 

Shazlee Zainordin



Anak Tun Mahathir di suruh SPRM istyihar harta, Tun Mahathir pula yang buat sidang media seterusnya buat himpunan kononnya selamatkan rakyat.Himpunan selamatkan rakyat kah selamatkan anak Tun Mahathir?


Yang kena siasat Mirzan.


Yang kaya berbillion itu kroni anak branak daim- mahathir.


Yang berpanas bersusah payah walaun PAS😂😂



KEH.. KEH.. KEH

 

W. Faudzin


Orang lain yang dok kat pagar Istana, konon-konon Agong nak jumpa, tapi orang lain yang masuk dalam Istana.  Korang layak masuk Istana Rajapetra je....hahaha.




Kisah Walaun yang tersakiti dan pencinta ulama palsu.


Mohd Farul Al Qasas







Jika benar dia cintakan ulama, pasti dia akan cintakan Nabi s.a.w, kerana ulama adalah pewaris Nabi.


Dan Nabi itu membawa risalah al-Quran. 

Dan al-Quran melarang Qazaf dan sangkaan jahat.


Walaun tersakiti ini tidak boleh menahan diri dari kesakitan nya, sehingga gambar wanita soleh membaca al-Quran pun dia nak maki.


Walaun tersakiti menggunakan profil palsu, adakah dia fikir Malaikat tidak mengenali nya?


Begitulah kisah walaun tersakiti. Hatinya penuh amarah... namun statusnya #kekaltenang hidupnya menunggu ringgit jatuh dan harga barang naik, namun kesian, tarif air negeri sendiri pun turut naik walaupun perkhidmatan parah.


Itulah walaun yang tersakiti...


Kesian...


Sekian...



APA PUNYA ZALIM NIHHH... RAKYAT NAK CARI MAKAN SAMPAI GINI NAK TAPAW... TERUK SANGAT MA KERAJAAN NEGERI. CINA DAP PUN TAK BUAT MACAM NI JOM UNDI

 




Apa dah jadi ni Madani? Naik sewa punya tinggi. Dari RM90 sebulan kepada RM550 hingga RM700 sebulan. Dah tu kena deposit RM2,000 pulak. Memang betul la Melayu terancam macam ni.


Eh tapi jap. Kat mana ni? Alor Setar? Medan Selera tu bawah Majlis Bandaraya Alor Setar eh? So ni bukan salah Madani la ni eh? Bawah MB sempoi eh? Kalau macam tu, elok la naik harga.


Peniaga ni pun! Nak macamana lagi? Tempat tu dah dinaik taraf. Bayar la lebih sikit. Itu pun nak berkira ke? Patut bersyukur dah ada tempat meniaga yang lebih sempurna. Adeh... Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PENGAWAL ISTANA BUAT LAPORAN PADA GAGALIS.










 
Pegawai Istana buat laporan polis terdadap Chegu Bard kerana berbohong mengatakan Istana mahu menerima mengadap PN. 
Habis satu gerombolan walaun kena tipu!