Nasarudin Mat Isa : Agenda perpaduan PAS - Umno adalah restu Majlis Syura Ulama
AL HUSSEYN
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hZUA1sN2WoM
https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hZUA1sN2WoM
Berikut adalah
pendedahan dari mantan Timbalan Presiden PAS mengenai kewujudan UG
adalah benar, bukan perkara yang hanya diada-adakan.Keputusan MSU
tersebut adalah diluar pengetahuan Mursyidul 'Am ketika itu almarhum
TGNA. Sebab itulah almarhum marah sangat....Kita dengar dulu apa kata
Nasarudin nih!
Bermula daripada pilihanraya 2008, saya usahakan atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat pada 28b April 2008, yang memutuskan selepas satu kajian dibuat tentang lanskap politik , selepas daripada 2008 satu bulan satu kajian dibuat, keperluan kepada PAS ketika itu, untuk mengadakan perbincangan dan sesi dialog dengan mana-mana parti politik , usaha dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita.
Bermula daripada pilihanraya 2008, saya usahakan atas keputusan Majlis Syura Ulama PAS Pusat yang bermesyuarat pada 28b April 2008, yang memutuskan selepas satu kajian dibuat tentang lanskap politik , selepas daripada 2008 satu bulan satu kajian dibuat, keperluan kepada PAS ketika itu, untuk mengadakan perbincangan dan sesi dialog dengan mana-mana parti politik , usaha dalam usaha untuk memperkukuh kedudukan Islam dan Melayu dalam Negara kita.
Itu adalah keputusan pada tahun 2008! Nama saya disebut sebagai peneraju utama dalam konsep perbincangan.
Bila dah ada keputusan, saya pun pergilah.
Bincang dengan orang tu, bincang dengan orang ni, masuk pejabat orang tu, masuk pejabat orang ni…Tapi sampai disuku jalan, (sultan? pun suruh berentikan - kurang pasti pada pendenganran.Harap ada yg boleh tolong jelaskan)
Tuan sekalian, bagi saya
dalam konteks agenda perpaduan yang melibatkan dua tonggak utama parti
politik orang Melayu di Malaysia ini, Melayu Islam di Malaysia ini,
iaitu PAS dan Umno, mesti menjadi agenda yang berterusan tanpa boleh
diberhentikan!
Siapa yang nak buat,
itu kita terserah! Cuma yang saya tak boleh terima, yang tak saya boleh
saya nak garap, bila ada pulak kenyataan menyatakan ‘Kalau masih lagi
ada usaha, untuk menyatukan PAS-Umno, muka orang itu akan diludah!’
La-haula wala-quwata illa-billah…..Ajaran Islam mana nih? Ajaran agama mana nih?
Era Hadi, PAS tiada peraturan, langgar kerjasama politik
Era Hadi, PAS tiada peraturan, langgar kerjasama politik
Era Hadi, PAS tiada peraturan, langgar kerjasama politik
on:
Terdapat perbezaan besar antara memerintah bersendirian dan secara bersekutu bersama lain-lain parti komponen. PAS di bawah kepimpinan Fadzil menghormati perasaan sekutu-sekutunya dan berpegang teguh kepada ikatan perjanjian.
Bagaimanapun, hal sebaliknya berlaku pada era Hadi Awang. PAS seolah-olah parti yang tidak memerlukan sekutu lagi. Parti yang mampu memerintah sendirian, negeri mahu pun negara.
Berkongsi kuasa
PAS seolah-olah tidak sedar realiti mereka berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang. Insiden terbaharu, pemulauan Dewan Pemuda PAS Negeri dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) di Permatang Pauh, Pulau Pinang walaupun sudah berakhir namun adalah bukti nyata sifat PAS yang ingin menyendiri.
PAS ingin mencontohi sepenuhnya kerajaan negara Islam Mekah dan Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Iaitu, pemerintah Islam menguasai semua. Sedangkan pemerintahan ketika itu tidak dicampuri bukan Islam. Nabi Muhammad tidak bersekutu dengan mana-mana ketua kabilah untuk membentuk kerajaan pusat.
Di Malaysia PAS berkongsi kuasa bersama PKR dan DAP. Malah di Kelantan dan Terengganu, negeri kubu kuat PAS pun masih wujud ADUN PKR. Hakikat perkongsian kuasa mewajibkan PAS berunding dan bersetuju atas dasar-dasar bersama. Bukannya berunding dan bersetuju tetapi kemudian mencabar rakan sekutu; parti mana yang lebih banyak ahli atau ADUN maka parti itu akan menguasai segala-galanya.
Perkongsian kuasa tidak salah dalam Islam namun PAS perlu akur bukan semua perkara mampu ditunaikan atau dipersetujui oleh rakan sekutu. Peristiwa di Pulau Pinang mencalar imej PAS dengan teruk sekali.
Arahan atasan
Peristiwa itu juga mengundang persoalan umum adakah keberanian Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Yusni Mat Piah itu datang dari dalam dirinya sendiri atau pun atas arahan pemimpin atasan. Teori tersebut dianggap masuk akal kerana secara emosinya ahli PAS amat walak kepada pemimpin, apatah lagi peringkat kepimpinan pemuda yang taat setia atau berada dalam lingkungan pengaruh tokoh tertentu parti.
‘Memecah walak’ hanya berlaku dalam parti sekular seperti Umno. Bukan perkara luar biasa jika di dalam PRK yang mana BN tidak bertanding, ahli Umno bertanding sebagai calon Bebas dan dipecat serta merta daripada parti.
Pesuruh jaya PAS Pulau Pinang Mohammad Sabu mengumumkan akan bertindak terhadap Yusni. Namun jawatankuasa penyiasat yang dibentuk nanti haruslah mendedahkan siapakah di belakang Ketua Dewan Pemuda itu sehingga beliau bertindak nekad dan disokong pula oleh exco-exco Pemuda. Adakah terdapat ulama-ulama dalam PAS yang mendorong tindakan mereka?
Semua ini perlu dijernihkan kerana kes boikot bukanlah baharu di Pulau Pinang. Kes sama pernah berlaku di DUN Sungai Acheh dalam pilihan raya umum ke 13 lalu. PAS meletakkan calon di kawasan yang dipersetujui PKR bertanding. Walaupun presiden memberi arahan menyokong calon PKR tetapi PAS Kawasan terus berkempen sehingga kedua-dua calon kalah pilihan raya.
Pecat pengkhianat
Sekiranya wujud pemimpin atasan PAS yang menaja atau memberi arahan kepada kelompok bawahan maka pemimpin atasan itu wajib dipecat seperti Datuk Hassan Ali atau sekurang-kurangnya digantung keahlian seperti Saari Sungip.
Kegagalan PAS bertindak ke atas pemimpin atasan akan menyebabkan peristiwa sama berulang kembali. Janganlah pemimpin puak profesional sahaja digantung tetapi pemimpin ulama dimaafkan. Dari sudut pandang rakyat, kesalahan Hassan Ali dan Nasharudin Mat Isa misalnya hampir sama. Namun Hassan dipecat tetapi Nasharudin seolah-olah dilindungi.
Ini yang menyebabkan PAS berpenyakit dan kian kronik dengan perpecahan dalaman. Presiden dikepung oleh kumpulan elit pemikir yang mempunyai kepentingan diri. Dalam kes sebesar boikot di Permatang Pauh, Hadi hampir tidak berani bersuara meredakan keadaan. Sebaliknya timbalan beliau Mat Sabu dan AJK PAS Pusat Mujahid Yusuf tampil menyelesaikan kerumitan. Adakah Hadi layak diundi semula untuk jawatan presiden kerana kelemahan asas sedemikian?
Pada masa depan, akan muncul lebih banyak ‘warlord’ dalam kalangan ulama dan pemuda sekiranya Hadi gagal bersikap tegas. Hadi hanya bersikap tegas terhadap golongan kafir dan sekutu Pakatan tetapi amat lemah menghadapi kawan-kawannya dalam parti. Akhlak dan kepimpinan sebegitu tidak pernah disunnahkan oleh rasullullah s.a.w.
PKR munafik?
Kini, semakin meluas hujah ahli bawahan bahawa ulama PAS tidak menerima kepimpinan PKR dan DAP. Pemimpin Islam PKR dianggap munafik lewat isu Hudud manakala DAP adalah kafir yang tidak boleh dibawa bekerjasama. Sebaliknya, ahli PAS semakin senang menerima Umno yang menyokong Hudud.
Sekiranya hal ini berkembang maka pada masa depan PAS tidak perlu lagi melawan Umno. Strategi Umno untuk menguasai Kelantan berhasil dengan persepsi seumpama itu. Untuk apa rakyat mengundi PAS jika Umno adalah sekutu? Umno parti yang lebih kaya dan banyak memegang peruntukan Kerajaan Pusat. Mengikut Figh Aulawiyat Umno lebih utama untuk diundi berbanding PAS.
Mungkin ungkapan MB Kelantan Ahmad Yaakob, PAS sanggup kalah asalkan berjaya memartabatkan Hudud ada benarnya.
Namun bagi ahli PAS yang lebih waras, sama ada ulama atau profesional, hujah seperti itu tidak masuk akal. Bagaimanakah untuk melaksanakan Hudud sekiranya PAS kalah?
Hudud akan menjadi ‘undang-undang dalam kenangan’ sebagaimana di Terengganu, diluluskan pada 2002 tetapi sehingga 10 tahun kemudian rakyat masih enggan mengangkat PAS sebagai kerajaan negeri bagi melaksanakannya.
Perkara ini pernah dibincang secara meluas dan jawapannya telah pun diketahui pada era Fadzil dan Nik Aziz dahulu. Pemipin PAS ketika itu bersetuju menakluk Putrajaya perlu diutamakan sekiranya sebarang undang-undang Islam mahu ditegakkan dan PAS juga selamat sebagai pemerintah.
Selain itu, sekiranya undang-undang Islam ditegakkan, dikhuatiri PAS hanya akan dijadikan bahan mainan Umno dan sekutunya.
Namun PAS pada era Hadi berpusing 180 darjah dan berundur 20 tahun ke belakang. Hal ini memeningkan ahli, penyokong dan simpatisan parti itu yang mengharapkan PAS lebih rasional menilai situasi politik.
Pagoh dan Pekan lebih mundur, cabar Muhyiddin tegur Najib
Pagoh dan Pekan lebih mundur, cabar Muhyiddin tegur Najib
(Oleh Ermizi Muhamad)PERMATANG PAUH 2 MEI : Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mencabar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegur Datuk Seri Najib Razak yang kini lebih sibuk menghabiskan masa di luar negara.
Gesaan itu dibuat berikutan kenyataan Muhyiddin sebelum ini bahawa DUN Kajang yang disandang calon KEADILAN untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terabai.
“Saya cabar Muhyiddin supaya berani menegur Perdana Menteri yang lebih banyak menghabiskan masa di luar negara berbanding dalam negara.
“Tambah pula Najib memegang dua portfolio, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Dua-dua jawatan ini membebankan, kemudian nak jaga Pekan lagi, nak menepis serangan Dr Mahathir lagi, kemudian jadi Penasihat 1MDB (1Malaysian Development) yang jauh lebih sibuk daripada tugas Wan Azizah nak jaga Permatang Pauh.
“Jadi saya nasihatkan Muhyiddin, bimbangkan kedudukan Najib daripada susah hati fikirkan kedudukan Permatang Pauh dan Kajang di bawah Wan Azizah,” tegas Saifuddin.
Malah katanya lagi, Ahli Parlimen Pagoh itu kini kerap ke luar negara membawa rombongan-rombongannya ke Australia dan Dubai.
“Muhyiddin pun sekarang ini sibuk bawa rombongannya ke Melborne, Dubai. Jadi tak perlulah sibuk tentang Wan Azizah,” sindir Saifuddin.
Sebelum ini, Muhyiddin membangkitkan kebimbangan kononnya jika Wan Azizah memenangi kerusi Permatang Pauh, pembangunan infrastruktur dan kebajikan di Parlimen itu akan terabai.
Saifuddin turut membidas Muhyiddin dan Najib kerana gagal memantau kawasan Pagoh dan Pekan dan membiarkan Parlimen itu yang kini lebih jauh ketinggalan berbanding Permatang Pauh.
“Permatang Pauh lebih maju dan baik dari sudut kemudahan dan peluang pekerjaan berbanding Pagoh dan Pekan.
“Kita akan buktikan sebab ketika ini kita telah menghantar beberapa jurufoto untuk lihat sendiri kawasan mereka dan kita akan dedahkan kepada media,” katanya.
Sekolah agama di Pagoh terbengkalai
PAGOH 1 MEI : Sebuah projek sekolah agama Pagoh yang dimiliki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia didapati terbengkalai sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 lepas.
Menurut Saadon Abdullah yang merupakan Ketua Cabang KEADILAN Pagoh memberitahu tidak ada sebarang lanjutan yang positif tentang pembinaan sekolah itu walaupun sudah dua kali bertukar kontraktor.
“Mereka juga mahu buat sekolah menengah agama dan vokasional namun projek itu juga terbengkalai.Tidak siap sehingga sekarang.
“Ini adalah kontraktor yang kedua dan kami dapat tahu kontraktor yang kedua ini mempunyai kaitan dengan kontraktor pertama,” jelasnya ketika ditemui.
Melalui papan bina projek ini, kontraktor baru yang diberi projek ini ialah Pakatan Bidara (M) Sdn Bhd dan projek ini merupakan satu projek dibawah Rancangan Malaysia yang ke-10.
Suara keadilan juga turut bertemu dengan seorang lelaki India berusia 55 tahun yang mahu dikenali sebagai Raja memberitahu, kebanyakkan pembangunan yang dijanjikan seperti universiti, sekolah agama di Pagoh masih terbengkalai.
“Kalau masuk saja ke Pagoh boleh nampak ada satu projek sedang dibangunkan. Tapi kita ingin tanya berapa lama tempoh yang dia mahu ambil untuk siapkan?
“Kebanyakkan projek yang ingin dibangunkan dikawasan ini masih terbengkalai. Sudah berapa kali tukar kontraktor masih belum lagi siap,” katanya yang menetap di situ sejak berpuluh tahun.
Mereka semua juga berpesan supaya Muhyiddin tidak perlu ghairah mengkritik dan memantau kawasan pimpinan lain, tetapi jagalah tempat yang dipimpinnya supaya setaraf dengan kawaaan- kawasan lain yang lebih membangun dan boleh dibanggakan.
28 April lalu, Muhyiddin telah menyentuh tentang parlimen Permatang Pauh yang akan mengadakan Pilihanraya Kecil 7 Mei depan dimana katanya sekiranya Wan Azizah memenangi kerusi Permatang Pauh, pembangunan infrastkuktur dan kebajikan di kawasan ini akan terabai disebabkan beliau juga perlu menjaga DUN Kajang.
Penduduk Pagoh juga mempersoalkan kenapa ketika ini dibangkitkan hal ini sedangkan ketika Saudara Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh,dan memegang jawatan lain ketika beliau masih didalam Umno tidak dipertikaikan.
Namun kata mereka, selepas Anwar keluar dari Umno dan menubuhkan parti KEADILAN baru semuanya nampak tidak kena dimata mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)