SAMBUT HARI JADI TAK JADI

Hisham Steng


 Macam lah kat Malaysia ni tak boleh sambut ulang tahun perkahwinan, saja cari alasan nak lari lah tu, ikut menantu kot...🤣🤣🤣🤣




KAH.. KAH.. KAH... PULAK DAH...

Arina Riana. 


 sekali keturunan Abu jahal..la..😂😂😂😂

kah..kah..kahhh🤣🤣🤣🤣




TERKINI! UMNO digesa hukum Nur Jazlan | Jaga isu sensetif raja - Sultan ...


Antara yang menarik extra hari ini; 1. UMNO Selangor bidas Altimet, tidak pernah minta kuota lebih jawatan 2. Media Singapura lapor Ringgit berpotensi cecah RM2.90 untuk 1 SGD 3. BN dakwa DAP 'belum mampu' tarik pengundi Cina 4. KKM yakin Akta 852 bantu sasar kadar merokok kurang 15% 5. Kerabat diraja diingatkan tidak siar isu sensitif sesama raja di medsos 6. "Adakah kita memiliki TYDP Dewan Negara yang bertaraf tahi judi" - aktivis PKR









MB Terengganu samsuri mokhtar al auckland kata bukan ukuran sebenar sen...

RUPANYA IDRIS AHMAD DAH TAHU- #919 Tun Faisal, Nak Backup GISB?! Dengar Ni!!






Ex-GISBH YG JADI MANGSA SISTEM GISBH, TEGUR PA$ DAN TUN FAISAL 


1) Seorg Ex-GISBH yg jadi mangsa sehingga ibu bapa bercerai atas perintah pemimpin GISBH gesa puak2 PA$ berhenti menunggang isu ni kununnya sbb mempertahankan ekonomi Islam. Menurutnya GISBH tak hingin pun dgn PA$ mahupun UMNO kerana menganggap jemaah mereka shj yg "BENAR".

2) Menurutnya GISBH mencipta Ekonomi Palsu sebagai strategi menggambarkan kununnya bisnes mereka besar. Sdgkan ianya hasil dari penghambaan dan manipulasi wang2 penderma kpd rumah amal. Ia bukan "Ekonomi Melayu Islam".

3) Menghapuskan GISBH adalah wajar bagi melindungi ekonomi Melayu Islam. Beliau mencabar Tun Faisal join GISBH dan menceraikan isteri bila diarahkan cerai. Kemudian keluarga akan dipisah-pisahkan.

4) Beliau pernah menulis kpd Derih Sagon sewaktu lebai tu jd Menteri Agama tapi tidak diendahkan dan TIADA TINDAKAN terhadap GISBH. Hanya era PMX tindakan diambil terhadap GISBH. Ubat ketaksuban adalah tragedi menurut bekas pemimpin Al Arqam.

5) Sebagai anak keluarga yg teraniaya kerana GISBH beliau berterimakasih pd Dr. MAZA yg jd "whistleblower" sehingga polis bertindak. Ditegaskannya bhwa isu GISBH ini BUKAN  isu "wahabbi" mahu menghancurkan GISBH. Itu semua naratif palsu puak PNunggang Agama.

6) Bagi beliau yg bukan pun penyokong PMX, sungguh TAK MASUK akal tuduhan kununnya Kerajaan mahu menghapuskan Ekonomi Melayu Islam. Apatah lagi bila dituduh pd DAP. Parti politik hanya mahu menunggang isu ini.

7) Isu sebenarnya ialah kesesatan pemimpin2 GISBH yg memperhambakan manusia, menjahanamkan institusi keluarga dan menganiaya ramai org, termasuk keluarga ahli-ahli GISBH yg taksub dan tertipu. Tindakan Kerajaan ke atas GISBH sgt perlu bagi menyelamatkan org2 yg teraniaya.

8.) Sesuatu yg tidak dipedulikan oleh puak walaun KHAWARIJ PNunggang Agama adalah isu akidah dan org2 yg teraniaya dlm sistem penghambaan GISBH.

Wallahualam.

-Zus Din
05102024


KESIAN AZMIN.


 

IS KENA SERANG


 

PEMIKIR ZAABA.

 


Alhamdulillah pagi semalam tadi diberi kesempatan mengenang tokoh silam dan pemikir bangsa, Almarhum Tan Sri Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba di institusi penuh bersejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).






Saya sentuh karya Za’ba dalam akhbar Al-Ikhwan ”Miskin pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada hemat dan cita-cita, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat-alat kelengkapan otak dan pada beberapa sifat-sifat keperangaian yang tinggi dan mulia – jadilah mereka tidak dapat tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa-bangsa. 


Karya tersebut menyentuh kemiskinan tidaklah semata-mata soal harta namun ianya boleh juga diukur dari segi sikap dan nilai. Seringkali saya tegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa menumpukan perhatian kepada isu tatakelola bertujuan memastikan bantuan kepada golongan miskin di negara ini sampai kepada sasaran.


Usaha membasmi kemiskinan perlu melalui ikhtiar yang melibatkan pelbagai dimensi dan ia tidak boleh hanya tertumpu kepada pelaksanaan projek atau program semata-mata, sebaliknya pelbagai aspek berkaitan termasuk punca kemiskinan, pemilikan modal dan kecelaruan dalam sistem pemasaran termasuk penindasan oleh orang tengah, perlu diberi perhatian.


Saya juga menggunakan ruangan ini untuk menyeru kepada generasi muda untuk membina tekad menyelamatkan bangsa dan negara, dengan menolak amalan tadbir urus yang menggunakan kedudukan bagi memperkayakan diri dan keluarga. 


#MalaysiaMADANI



TAHAN PETIR

 Desa HM


Kopi tahan kena panah petir...



Kalau kena panah pun tak der apa2.... sekadar melambung jer. 


Syarat, sambil minum, kena zikir.. "Dah cukop jumloh...Dah cukop jumloh...Dah cukop jumloh..."


Kalau kat kedai makan.. sebut zikir kuat2...


Nak test betul ker tak... lepas minum dan zikir... time2 hujan ada kilat guruh berdentum2... try berdiri tunggu kat tengah2 padang.. 


🤣🤣🤣🤣



M. M.. Mmmm


 

PATUT NEGERI MU MAJU DSRI PENANG


 

Dr Naim menyapa pemandu teksi

 Mso


Klik video Mentega Dr Mohd Na'im Mokhtar menyatuni para pemandu e-hailing dan teksi di jalanan sebelum solat Jumaat menarik perhatian ramai.

 



Secara spontan Dr Na'im berintrkasi dengan pemandu sambil bertanya khabar dan menitik nasihat dan pesan agar memandu dengan selamat.


Salah seorang pemandu yang disapanya seorang wanita yang telah bawa teksi 24 tahun. 


Kegigihan wanita itu mencari rezeki untuk hidup dan memelihara keluarga meruja dan mengharukan Dr Na'im. Yang hebantnya wanita itu sedikit pun tidak mengeluh semasa bercerita dengan Mentega itu. 

 

Jika beliau tidak turun untuk buat "sport check" pasti kita tidak tahu akan kisah wanita berkenaan. 


Makanya seharusnya menteri dan pemimpin lain sesekali boleh mencontohi apa dilakukan Dr Mohd Na'im yang tentunya diwarisi dari peri laku para sahabat dan tabiin. 


Saya kira apa dilakukan Dr Na'im adalah rutin amalannya setiap Jumaat. Bertanya khabar sambil bersedekah dalam perjalanan ke masjid. Trims.



BANJIR DI RENGGAM

 Maslee Malek


Hujan tidak berhenti sejak tengah malam hingga ke pagi ini telah menyebabkan Kampung Senda Renggam dilanda banjir. Banyak rumah di kawasan tersebut telah tenggelam dalam air, memaksa penduduk berdepan situasi sukar.







Mangsa banjir dinasihatkan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri serta keluarga mereka. Pihak berwajib diharapkan dapat memberikan bantuan kepada mangsa dalam kadar segera untuk meringankan beban yang ditanggung.


Selain Kampung Senda Renggam, sebahagian kawasan kediaman di Kampung Tengah dan Sri Tanjung Renggam juga terkesan akibat hujan berterusan ini. Penduduk di kawasan tersebut berharap agar tindakan segera diambil bagi menangani situasi banjir yang membimbangkan ini.



DITUJUKAN KHAS BUAT BUDAK YANG TAK CERDIK

 Mat Jenin


Bila yang lebih berpengelaman bersuara....🫵

#kpumno




Dr MAZA- Siapa Ulama? Dari PAS? UMNO? PKR? AMANAH? Balik Dari Mesir? Jor...

Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian Tilawah & Hafazan Al-Quran P...

[Malay Sub] Temubual Eksklusif PM Anwar Ibrahim (PTV News) di Islamabad,...

KENYATAAN BERBAUR HASUTAN PRESIDEN LEBAI PAS? SASARKAN DAP? FITNAH KERAJ...



Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang selamba memfitnah kerajaan Madani kononnya sedang “menuju ke arah” penghapusan Islam. Fitnah itu dilemparkannya semasa berucap dalam Ceramah Perdana Karnival Sambutan Satu Tahun Pemerintahan Pas Terengganu di Kemaman semalam. “… kita lawan DAP kerana perjuangan dia Malaysian Malaysia, nak menghapuskan kebangsaan dalam kerakyatan… “… nak menghapuskan Islam adalah agama negara, nak samakan semua agama sama belaka. “Ini kerajaan PH yang ada pada hari ini, menuju ke arah itu,” kata Abdul Hadi. Sehubungan itu, dia yang juga Ahli Parlimen Marang menyeru masyarakat Islam untuk melawan kerajaan. Malah, Abdul Hadi mendakwa kerajaan berurusniaga dengan BlackRock untuk menyerahkan lapangan terbang di negara ini. “Sebab itu, kita orang Islam kena lawan… apa lagi yang lebih membahayakan? “Ketika orang Yahudi mengganas di Palestin dan Lubnan, tiba-tiba kerajaan nak berniaga dengan BlackRock. “BlackRock adalah satu perniagaan orang Yahudi, kerajaan kita nak serah lapangan terbang kita. “Lapangan terbang ini untung besar. Nak untung besar pakat dengan Yahudi untuk berniaga. “Ini sangat membahayakan. Ini rakyat biasa tak tahu ni,” dakwa Abdul Hadi lagi.





MENGEJUTKAN MUHYIDDIN-HADI, PN TINGGAL 30 KERUSI⁉️


Barisan Nasional (BN) menzahirkan kesyukuran atas kemenangan penuh bermakna Syed Hussein Syed Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota, Johor semalam. Setiausah Agung BN, Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir bekata, kemenangan tersebut adalah merupakan satu amanah rakyat yang memberikan keyakinan kepada Barisan Nasional untuk terus istiqamah dalam mengangkat agenda membangunkan negara dan mesejahterakan kehidupan rakyatnya. “Bagi pihak Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta Dewan Tertinggi, BN merakamkan jutaan terima kasih kepada para pengundi DUN Mahkota atas sokongan yang diberikan.



5 PENYESALAN DI AKHIR HAYAT

 

Zainuddin Omar


5 PENYESALAN DI AKHIR HAYAT


Bronnie Ware adalah seorang palliative nurse (jururawat yang merawat mereka yang terminally ill) di Australia. 


Beliau merekodkan perbualan bersama mereka yang hampir di penghujung nyawa (kebiasaan 12 minggu) dan bertanya tentang penyesalan mereka semasa hidup. 


Bronnie Ware kemudian merumuskan lima perkara yang selalu dikesalkan di deathbed mereka dan menulisnya dalam sebuah buku bertajuk 'The Top Five Regrets of the Dying'. 


Anda boleh pesan buku ini di shopee harga RM45. 


"When questioned about any regrets they had or anything they would do differently," she says, "common themes surfaced again and again."


"Apabila ditanya apa penyesalan semasa hidup mereka, perkara yang sama timbul" kata Bronnie Ware. 


Apakah 5 penyesalan yang kerap diutarakan oleh mereka di akhir hayat? 


1. I wish I'd had the courage to live a life true to myself, not the life others expected of me.


Kalaulah saya boleh hidup ikut acuan saya bukan acuan orang lain. 


Kadangkala kita perlu membuat perubahan drastik untuk kebaikan diri sendiri walaupun orang sekeliling memandang ianya pelik, janggal, canggung dan luar biasa. 


Orang boleh panggil anda liberal, konservatif, radikal, reformis, leftist atau apa-apa gelaran pun. 


Ianya tidak akan terkesan atau efek pada diri kerana anda yang menentukan siapa diri anda dan bukan orang lain asalkan anda di atas landasan yang lurus. 


Apa yang penting ‘you live your life according to your mould’ dan bukan mould orang lain. 


We were raised to think that the more of these moulds we fit into, the better things will be.


The problem is if we stray and does not fit into a mould, society will make us feel bad and you become a useless unhappy human being. 


The ugly truth is nobody fits into any mould. 


We are all individuals with different needs, doings, behaviour, experience, upbringing, demeanour and traits. 


So live your life according to your own mould and not to others.


Semua manusia mempunyai kemampuan berangan-angan atau berimpian tetapi tidak ramai yang sanggup mengejar impian mereka. 


Kita selalu memberi alasan (excuses) untuk matikan impian atau angan-angan kita. 


Rakan-rakan dan saudara mara pula membantu mengkafankan impian kita dengan kata-kata negatif.


Sebenarnya dengan sedikit usaha dan will power kita berupaya untuk merubah hidup agar pada satu hari nanti angan-angan kita menjadi satu realiti. 


InsyaAllah you will lead a contented and happy life. 


2. I wish I hadn't worked so hard.


Kalaulah saya tidak kerja terlalu kuat. 


Ada orang yang bekerja terlalu kuat sehingga lupa untuk hidup bersosial. 


Semasa zaman bekerja saya arahkan staf untuk balik awal selepas waktu bekerja untuk lapangkan masa bersama anak isteri. 


Hidup ini bukan untuk bekerja sahaja. 


Ada rakan saya yang balik lewat ke rumah setiap hari di mana anak pun telah tidur. 


Beliau tidak nampak dan tidak menghayati ketika anak membesar. 


They missed their children's youth and their partner's companionship. 


Luangkanlah masa bersama keluarga dengan 'quality time' dan insyaAllah anda tidak akan kesal di akhir hayat nanti. 


Ada rakan saya asyik beri alasan 'sibuk' bila diajak berjumpa. Dari muda sehingga sudah bersara masih sibuk dengan berbagai alasan. 


Agaknya kesibukan beliau hanya akan hilang apabila sudah mati nanti. 


'Make time' if you are too busy where 24 hours is not enough. 


3. I wish I'd had the courage to express my feelings.


Kalaulah saya mempunyai keberanian untuk meluahkan perasaan saya. 


Budaya kita adalah terlalu menjaga hati orang lain sehingga kita menyimpan apa yang perlu diperkatakan. 


Akhirnya kita 'makan hati',  sentiasa berada dalam keadaan stress sepanjang masa dan hidup merana. 


Beri kata dua pada orang toksik dan kemudian 'avoid' mereka.  


4. I wish I had stayed in touch with my friends.


Kalaulah saya boleh terus berhubung dengan rakan-rakan lama. 


Ramai orang terlalu sibuk dengan kehidupan sehingga lupa berinteraksi dengan kawan lama. 


Everyone misses their friends when they are dying. 


5. I wish that I had let myself be happier. 


Kalaulah saya boleh hidup dengan lebih gembira. 


Rahsia kebahagiaan (happiness) bukan mempunyai banyak harta atau wang atau ramai isteri dan anak tetapi berpuas hati dengan kehidupan anda (contented with your life). 


Selalulah bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan fikir dengan apa yang kita tidak ada.


Bersyukurlah kita masih sihat, bersyukur mempunyai pekerjaan, bersyukur mempunyai ibu bapa, bersyukur mempunyai suami/isteri yang menyayangi, bersyukur mempunyai keluarga, bersyukur kita masih boleh bangun pagi, masih bernafas dan masih hidup.  


'Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu....' 


 Surah Ibrahim 14:7. 


Jika anda dalam keadaan hidup tidak bahagia, get off your car and walk away...  


Wallahua'llam. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: zainuddin omar


* get out there and live a little. 


Sapa Vietnam.




APAKAH HADI CUBA ALATKAN RAJA UNTUK KEPENTINGAN POLITIKNYA?

MSO

Presiden Pas Hadi Awang beri tahu dia ada jumpa sultan memaklumkan konon Islam dalam bahaya. Apakah presiden Pas itu cuba nak libatkan raja pula dalam politik?


Rasanya raja raja tidak perlu diberi tahu oleh Hadi sebab baginda ada cara dan makenisme tersendiri untuk mengetahui kedudukan agama dan apa apa perkembangan tentang negara.


Bukankah kerajaan adalah pihak bertanggungjawab dan berautoriti untuk memaklumkan apa apa perkembangan negara termasuk kedudukan agama Islam kepada raja raja dan sultan.


Kalau sudah terdesak sangat jangan sampai gunakan raja untuk dijadikan modal politik. Trims.


SENI BUDAYA

Sham Ghaz

 Terima kasih buat semua pelukis dari Persatuan Seniman dan Warisan Kelantan (PESTA) sudi mai melukis suasana baruh padi alami di Desa Gemalai, Kg Lubok Jambu, Kota Bharu, Kelantan.


Hari ini geng PESTA beraksi di Desa Gemalai, Baruh Alami, Kg Lubok Jambu






.

NOHHH...

Mukhlis Eddie


 GISB ja ka buat gini ? atau ramai lagi rumah anak yatim persendirian buat gini ? ...


Amik beras dari rumah anak yatim juai ke peniaga dengan harga murah 😋




INDUSTRI MELIBATKAN RAKYAT PERLIS.

 Mlm ini...




Selesai pertemuan bersama Datuk Dr Hassan Saad, Board Dewan Perniagaan Perdagangan dan Perindustrian Malaysia - Wuxi China... bersama kwn2... Ust Munir dan Chef Shamsul (Ex- Chef YDP Agung)....


Membincangkan hal berkisar pelaburan bernilai RM 4.5 bilion dari China yg diusahakan oleh DPPMWC utk di bawa ke Perlis yg akan dimeterai MOU pada 10 Okt nanti di Pej SUK Perlis.


Yg paling menarik dlm perbincangan lebih 2 jam, adalah berkaitan industri 'Gula drp pisang' yg turut bakal dibangunkan di Perlis.


Detail projek kolobrasi antara DPPPMWK dgn USM... akan saya perincikan kemudian... 


Itulah antara sebab, kenapa kebelakangan ini, kebanyakan posting saya berkisar di atas tajuk 'pisang'...


Apa2 pun... ada kelainan sedikit tentang apa yg ingin sya ketengahkan... ini bukan projek dari mana2 entiti korporat, tetapi apa yg saya usahakan adalah Projek Rakyat Padang Besar.


Seberapa bnyk yg boleh warga Pdg Besar akan dilibatkan dan menjadi 'part of the player' dlm industri inovasi ini...


Doakan yg terbaik... segalanya akan terjawab slps 10 Okt nanti...


Siiru Ala Barakatillah...


❤️❤️❤️❤️


#KamiAmanah 

#TerusBekerja



MUNGKIN DIA MERAJUK KOT


 Apa kena Hanipa Maidin ni?



Takde kena apa pun. Tapi kita pun tahu dia penyokong Mahathir. Jadi tentulah dia harap DS Anwar perangai macam Mahathir juga. 𝗠𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀.


Zaman Mahathir benda tu biasa terjadi. Siasatan polis pun Mahathir tentukan. Maklumlah, diktator. Sebab tu banyak berlaku 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 zaman tu.


Tapi sekarang ni PMX amalkan 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝘀𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Penyokong diktator tua tu mana faham pengasingan kuasa tu apa. Sebab tu Hanipa ni jadi meroyan.


Dia marah siasatan tak selesai lagi tu tak ada masalah tapi 𝘁𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗣𝗡. Tanya KPN kenapa kes libatkan polis makan masa terlalu lama untuk selesai.


Ni tekan DS Anwar dah kenapa? Kan nampak sangat ada motif politik. Kalau marah tak dapat jadi menteri macam masa PM7 dulu pun, tak payah tunjuk jahil begini sekali.


Hanipa ni tak salah aku yang kata 𝘁𝗮𝗸 𝗵𝗮𝗱𝗶𝗿 𝘀𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘀𝗲𝗷𝘂𝗸. Ni dah tak jadi MP, mungkin dah tak sejuk. Tu rajin bersuara sekarang kot? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TANDA TANDA EKONOMI ELOK


Jamzuri Ardani


 Tanda-tanda ekonomi negara bertambah baik.

1. Jalan jem tak kira masa.

2. Restoran penuh tak cukup meja

3. Pasaraya sesak 

4. Bursa saham mencanak

5. Syarikat payah nak cari pekerja

6. Ringgit mengukuh


dan


... pembangkang kemurungan 😄😄



KEMESRAAN PEMIMPIN.

 Pejuang Reformasi


Ramai yang mungkin ingin melihat Hadi , Mahathir & Mahiadin boleh berjalan berpimpin tangan dan berkongsi pentas , 1 hari nanti dengan PMX 


Tapi ....

Semuanya hampir MUSTAHIL ...







MASA NAK SOH UNDI KEMAIN HANGPA PUNYA JANJI.. LEPAS TU HANGPA KAPIAQ KAN ORANG. PUNYA TAK GUNA...


Cinta Jannah Ahmad


 Jangan bermimpilah nak ambil Selangor...PRK pun kalah apa lagi PRU 🙄


Masa nak suruh orang sokong bukan main elok ayat "orang bukan islam" tapi bila nak mengata keluar semua ayat kafir mengkafir atau ayat type C apa semua 😒




NASIHAT PANAS LOKMAN ADAM KEPADA KEBIADAPAN CEO MADACORP DI KEDAH!


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Perniagaan Peladang MADA (MADACorp) mengemukakan permohonan maaf atas kekhilafannya tidak bersalam dengan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Abdullah Ismail berkata, beliau sudah bersalam dengan Mohamad sebaik menteri tiba di Program Sentuhan Madani yang diadakan di perkarangan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tajar dekat sini, Isnin lalu. "Saya ingin merujuk kepada video yang tular mengenai isu saya tidak bersalaman dengan Datuk Seri Mohamad Sabu, ketika beliau membuat lawatan kerja di Kedah pada Isnin, 30 September. "Untuk makluman semua, saya telah bersalaman dengan menteri sebaik saja beliau keluar dari kereta. Kemudian saya mengiringi beliau bersalaman dengan pegawai yang lain," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. Abdullah berkata, ketika mengiringi Mohamad bersalaman dengan pegawai lain, menteri itu menghulurkan tangan sekali lagi untuk bersalaman dengannya. Katanya, oleh kerana sudah bersalaman dengan Mohamad sebelum itu, beliau menjadi terkedu dan terkhilaf apabila tidak bersalaman sekali lagi dengan menteri terbabit. "Justeru saya dengan rasa rendah diri mengakui kesilapan saya kerana tidak menyambut salam sekali lagi menteri dan ingin memohon maaf di atas salah faham yang berlaku. "Akhir sekali, saya harap penjelasan dan permohonan maaf saya diterima oleh semua pihak yang terasa dengan perbuatan saya," katanya. Terdahulu tular video memaparkan Abdullah dilihat enggan bersalaman bersama Mohamad yang melakukan lawatan kerja ke Kedah pada Isnin lalu. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Kedah, Firdaus Shater dalam kenyataan, melahirkan kekesalannya terhadap tindakan yang dianggap sebagai tidak cermat dan tidak profesional dilakukan Abdullah. Katanya, insiden itu tidak selari dengan etika profesionalisme yang mengutamakan sikap hormat-menghormati, kerjasama dan komunikasi beradab malah ia bertentangan nilai Islam yang menuntut adab terhadap pemimpin serta sesama insan. "Sebarang tindakan yang memperlekehkan atau tidak menghormati pemimpin, apatah lagi secara terbuka, adalah satu perbuatan yang tidak sesuai dengan ajaran Islam yang menganjurkan sikap hormat dan adab. "Amanah Kedah berpandangan bahawa sekiranya terdapat sebarang perbezaan ideologi politik, seharusnya tidak menjadi penghalang kepada kita untuk saling menghormati antara satu sama lain, terutamanya dalam kalangan Melayu Islam," katanya. Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya akan menyiasat insiden itu bagi mendapatkan cerita sebenar daripada pegawai yang berada di lokasi serta dari Abdullah sendiri.



PERINGATAN KEPADA SEMUA KAKITANGAN AWAM







YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengingatkan semua Pegawai Awam menerusi Mesyuarat Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Tahun 2024 agar tidak membuat sebarang pernyataan awam melainkan yang diberi kuasa atau mandat bagi pihak Kementerian/ Jabatan. Jika disabitkan kesalahan dan mengingkari mana-mana peraturan yang sedang berkuat kuasa, tindakan tatatertib boleh dikenakan kepada Pegawai Awam terlibat.


Rakan² penjawat awam, sila ambil perhatian.


Dr. HK

5.10.2024



SIAPAKAH ULAMAK?JOM DENGAR


 

KELAKU APA LA DIA NI.


 

KEH.. KEH.. KEH.. APA PUNYA LOYAQ BUROK PMX.


 

KERAJAAN NEGERI MANA LA NAK KENA TOLONG. MASA BAH MB PUN HILANG TAK BALIK.


 

DULU ORANG CERDIK TIPU ORANG BODO. LA ORANG BODO TIPU ORANG CERDIK.


 

ANUGERAH 3B UNTUK NOR JAZLAN


 

MAT JARGON KENA BALUN KAW KAW DAN DIKECAM! NEGERI PAHANG ISTIHAR GISBH S...


Pengguna X, @tjerealjoker antaranya, secara sinis menasihatkan agar Wan Fayhsal yang juga Ahli Parlimen Machang untuk “sebutlah betul-betul”. “Menang tanpa bertanding. Sebab dah susun, dah turun arahan dan sebagainya… Din kekal Presiden. Hamzah naik ganti Peja. Peja turun jawatan. Azmin masuk longkang,” tulisnya. Paling tajam komentar daripada @BoyChan1238, “Satu ayahanda menantu lari, lagi satu ayahanda kepada anak yang sorok minyak masak subsidi.Eloklah tu, dua pengkhianat negara.” Untuk rekod, Mahiaddin dan Hamzah menang tanpa bertanding susulan masing-masing hanya satu pencalonan diterima bagi jawatan ditandingi mereka. Mahiaddin mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden parti komponen PN itu, manakala Hamzah yang juga penyandang jawatan Setiausaha Agung pula menang sebagai Timbalan Presiden. ============================================================================= Pahang mengisytiharkan pengikut Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) adalah menyeleweng dan sesat kerana meneruskan kepercayaan al-Arqam dan mempercayai bahawa Ashaari Muhammad tidak mati. Keputusan itu dibuat Jabatan Mufti Negeri Pahang melalui mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang dan diperkenankan oleh Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ahmad Shah. Mufti Pahang Asmadi Mohamed Naim, berkata jawatankuasa itu yang bersidang pada Rabu lalu memutuskan pengikut GISBH sama ada pekerja yang beragama Islam, atau mana mana orang Islam didapati menyeleweng dan sesat. “Mereka didapati meneruskan kepercayaan dan amalan dalam Aurad Muhammadiah dibawa oleh al-Arqam yang diwartakan sesat dan menyeleweng pada 1994. Kumpulan ini juga mempercayai bahawa (pengasas al-Arqam) Ashaari Muhammad yang meninggal dunia pada 2010 tidak mati sebaliknya ghaib, katanya dalam satu kenyataan. Asmadi berkata, sistem ekonomi yang dibangunkan oleh pengikut GISBH juga tidak diiktiraf sebagai ekonomi Islam dan tidak menepati syarak. Katanya, keputusan itu juga meliputi apa-apa versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran itu dan termasuklah apa-apa pegangan, ideologi, falsafah, atau mana-mana kumpulan yang telah wujud atau akan diwujudkan.






[gempak] PENGAKUAN MENGEJUTKAN DARI PAS! AHLI PAS dan AHLI GISBH APA YAN...



Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan bahawa tiada ahli mahu pun pemimpin parti itu yang terlibat dalam Global Ikhwan Sdn Bhd Holdings (GISBH). Bagaimanapun, Ahmad Fadhli berkata ada beberapa individu yang dikesan terlibat dengan GISBH selepas mereka keluar daripada PAS. “Tidak ada ahli PAS yang terlibat dengan GISBH, yang terlibat dengan GISBH ini yang sudah keluar daripada PAS,” katanya ringkas kepada pemberita dalam sidang media Munaqasyah ucapan dasar Presiden PAS ke 70 peringkat negeri Selangor di Pusat Konvensyen Bangi, hari ini. Ahmad Fadhli berkata demikian mengulas sama ada terdapat ahli atau pemimpin parti itu yang didapati terlibat dalam GISBH iaitu pergerakan yang didapati menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Sebelum ini media melaporkan pihak polis telah melancarkan Op Global awal bulan lepas dan telah menyerbu rumah amal di seluruh Semenanjung yang dikaitkan dengan GISBH kerana disyaki terlibat dalam kegiatan eksploitasi kanak-kanak serta agama. Hasil serbuan seramai 572 mangsa berjaya diselamatkan, dan 359 pengikut GISBH termasuk pengurusan tertinggi syarikat tersebut ditahan.




Lawatan rasmi ke Pakistan.




Siap di anugerahkan dengan Pingat Tertinggi Pakistan dan anugerah Phd kehormat.


kemudian ke Bangladesh, lawatan singkat.


Selesai, balik Malaysia terus pula program di UPSI.


Nampak tak bagaimana berkatnya masa seseorang itu apabila banyak aktiviti dipenuhi dan di isi dalam tempoh yang singkat.


Sebab itu Saidina Umar Abdul Aziz hanya memerintah sekitar dua tahun, tapi keberkatan nya sehingga banyak aktiviti dan pencapaian yang diperolehi dan menjadi bahan cerita zaman berzaman.


Semoga Allah merahmati pemerintahan PMX dan kurniakan kesihatan yang baik kepada beliau.


Ameen.


Fairul al Qasas



PKR JANGAN KECIL HATI DENGAN NUR JAZLAN

 


PKR JANGAN KECIL HATI DENGAN NUR JAZLAN


5 October 2024


Walaupun sudah dua hari berlalu, masih ramai yang bercakap mengenai teguran Ahli MT UMNO, Nur Jazlan Mohamed yang menyatakan PKR dan Amanah bukanlah pemain sebenar dalam politik negara ini.


Sebaliknya, kata Timbalan Speaker Dewan Negara itu, UMNO, DAP dan GPS di Sarawak adalah watak utama dalam kerajaan perpaduan yang ada sekarang.


“Dalam konteks permainan poker politik, hanya mereka yang benar-benar ada skill, kekuatan dan pengalaman saja yang layak dan mampu bertahan di meja utama.


“Bagi saya hanya UMNO, DAP dan GPS saja yang boleh diibaratkan sebagai pemain poker profesional yang tahu bila nak “bluff,” bila nak “raise” dan bila nak ambil risiko.


“Parti ini saja pemain sebenar dalam politik Malaysia sejak awal merdeka dulu,” kata beliau.


Sehubungan itu, beliau juga mengingatkan kepada PKR dan Amanah bahawa politik ini bukan sekadar berharap kepada nasib semata-mata.


“Dalam Kerajaan Perpaduan, UMNO dan DAP adalah pemain utama yang menguasai meja poker sebab kita ada kekuatan ahli, penyokong dan jentera,” katanya.


PKR dan Amanah kena sedar mereka tidak ada kelebihan tersebut.


“Jadi mereka patut tak boleh duduk di meja poker. Biarlah saya cakap terus terang; bukan setakat dalam politik di nasional,  di peringkat politik di Johor pun, PKR dan Amanah kurang layak duduk semeja main poker politik.


“Realitinya, mereka ini hanya passengers (penumpang) yang nak rebut seat (kerusi) dalam kapal terbang yang dikemudi dua pilot iaitu UMNO dan DAP,” tambahnya.


Khususnya kepada orang-orang PKR, tentu saja mereka tersinggung, melenting dan marah dengan apa yang dinyatakan Nur Jazlan itu kerana Perdana Menteri, Anwar Ibrahim adalah daripada PKR.


Tentulah sukar mereka menerima bahawa PKR bukan dianggap sebagai pemain utama sedangkan kerusi Perdana Menteri milik parti tersebut.


Tetapi, sebelum mahu membuka mulut dan mendongakkan mula meluahkan rasa marah, lihatlah realiti dulu.


Tanpa UMNO, dapatkah Anwar jadi Perdana Menteri?


Tanpa sokongan UMNO juga, mungkinkah datang sokongan daripada GPS?


Setelah terbentuk kerajaan perpaduan, lihatlah pula realiti sekali lagi – bukankah yang palng mewah menuai buah kejayaan daripada ladang kerajaan ialah UMNO, DAP dan GPS?


Tidakkah semua ini menandakan ketiga-ketiga parti itu merupakan pemain utama yang memang disedari oleh Anwar sendiri?


Pemimpin dan penyokong PKR dapat apa, malah ada pemimpin PKR mengeluh, mereka nak berjumpa Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya pun masih sukar?


Dengan itu, kepada pemimpin dan penyokong PKR, jangan kecil hati atau tersinggung dengan apa yang dinyatakan oleh Nur Jazlan.


Beliau hanya memperkatakan kebenaran dan realiti yang sebenar.


Selain itu, dalam PRU16 akan datang, mahu tidak tahu, Anwar perlu bergantung sekali lagi kepada UMNO dan GPS untuk terus kekal berkuasa lagi bagi penggal kedua.


Itu pun, jika UMNO dan GPS masih sudi lagi untuk terus bersama Anwar?


Bagaimana jika jumlah kerusi Parlimen UMNO nanti jauh lebih besar daripada PKR?


Dalam PH, hanya DAP yang diyakini mampu bertahan dengan jumlah kerusi kemenangan seperti sekarang (40 kerusi) pada PRU16 akan datang, manakala PKR (31 kerusi) dan Amanah (8 kerusi) dipercayai akan kehilangan beberapa kerusi sedia ada berdasarkan penerimaan rakyat kini yang makin merosot kepada kedua-dua parti itu.


Hakikatnya, baik sekarang atau selepas PRU16 akan datang, UMNO dan GPS, selain DAP, sekali lagi akan menjadi pemain utama yang akan menentukan pembentukan kerajaan.


Bahkan, UMNO dan GPS juga tidak mustahil akan bekerjasama semula dengan PN sebagaimana mereka pernah bekerjasama sebelum ini jika bersama PH tidak lagi menguntungkan mereka.


Kata bijak pandai, tiada musuh yang kekal dan tiada kawan yang sejati dalam politik – yang kekal selama-lamanya hanyalah kepentingan peribadi.


PKR dalam hal ini kenalah sentiasa sedar dan ingat diri. – ShahbudinHusin 5Oktober2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/10/05/pkr-jangan-kecil-hati-dengan-nur-jazlan.html



LEBAI SESAT.


Mat Jenin

Propaganda politik PAS, berdakwah atau mrnyesatkan umat???



 

Ustaz suruh zikir Hu Hu ke?


Miqdad Zakaria

Ustaz suruh zikir Hu Hu ke? 


Kawan FB: Salam ustaz, boleh ke zikir Hu Hu Hu tu? 


Saya: Boleh jika maksudnya hanya Allah


Kawan FB: Kan kita tak boleh amal ibadat yang takde nas? 


Saya: Itu ibadat usul yang sudah ada dalil terperinci spt solat. Ibadat selain solat boleh qiyas dan pelbagaikan cara, spt ibadat zakat. Apatah lagi ibadat furu' / ranting spt zikir. 


Kawan FB: Ustaz duk defend zikir Hu Hu tu ustaz amal ke? Ustaz nak suruh orang amal ke? 


Saya: Saya tak amal dan tak suruh orang amal pun. Dia nak amal zikir ma'thur saja tu pun ok. Saya risau org ramai sibuk pertikai amalan orang lain, tapi mereka sendiri tak berzikir banyak pun. 

Saya suruh orang berlapang dada dlm perkara khilaf ranting agama. 

Saya suruh orang belajar lagi dari pelbagai sumber dan jangan taksub dengan sumber media sosial yang banyak pertikai itu tak sunnah ini tak sunnah tu jer. 

Saya juga nak nasihatkan orang awam yg tak tahu baca teks kitab dan fatwa dlm bahasa Arab supaya bersopan terhadap ulama yg berpandangan berbeza dgn ulama panutan mereka. 


Itulah Madaninya saya, hehe.. 


Sekian.



TAK MAU BAYAQ.


RMS

 

Bayar lah gaji, takk tahu malu betul.. ingat semua pemain bola ni produk GISB atau PASTI ke..??




JANGAN TUNJUK PELANGI KEPADA SI BUTA


MSO


PKR dan Amanah nampak begitu marah sakan kepada Nur Jazlan Mohamed bila Jazlan perkecilkan PKR dan Amanah mengumpamakan tak pandai main poker. 


Maksudnya Amanah dan PKR bukan kuasa besar dalam politik negara seperti DAP, GPS dan Umno. Untuk apa Jazlan menghina demikian seolah perbuatan itu dia tak sedar penyakit dialami partinya sendiri.


PKR dan Amanah tak payah kalut, ignore sahaja Jazlan ni. Orang buta tidak perlu ditunjuk pelangi, sia sia saja. 


Kena faham yang Jazlan dalam truama kekalahan. Dia masih tak boleh lupakan dia dikalahkan dua kali oleh kawan kita Allahyarham Sallahuddin Ayub. 


Dia masih cari penawar untuk sembuhkan kesakitan musibah itu. Trims.



ISTIDRAJ

 Ceramah Uztaz Badlishah. 


 Ketika Allah membiarkan kita..


1. Sengaja meninggalkan solat.

2. Sengaja meninggalkan puasa.

3. Tidak ada perasaan berdosa ketika bermaksiat dan membuka aurat.

4. Berat untuk bersedakah.

5. Merasa bangga dengan apa yang dimiliki.

6. Mengabaikan semua atau mungkin sebahagian perintah Allah.

7. Menganggap enteng perintah-perintah Allah.

8. Merasa umurnya panjang dan menunda nunda taubat.

9. Tidak mahu menuntut ilmu syar'e.

10. Lupa akan kematian.

11. Gemar mencemuh dari bersyukur.

12. Menghabiskan masa mencari aib cela orang lain dari memperbetulkan salah silap sendiri.


Namun Allah tetap memberikan..


1. Rezeki yang melimpah ruah.

2. Kesenangan terus menerus.

3. Dikagumi dan disanjung banyak orang.

4. Tak pernah diberi sakit dan penyakit.

5. Tak pernah terkena musibah.

6. Hidupnya merasa aman sentosa.


Hati-hati kerana semuanya itu adalah ISTIDRAJ.


Ini merupakan bentuk kesengajaan dan pembiaran yang dilakukan Allah pada hambaNya yang sengaja berpaling dari perintah perintah Allah. Allah menunda segala bentuk azabNya.


Dari Uqbah bin Amir radhiallahu ‘anhu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda


“Jika kamu melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelimang dengan maksiat. Maka itu sebenarnya adalah istidraj dari Allah.”



ISLE...

 Jamzuri Ardani


Pepatah Jepun kata kalau terjumpa seekor lipas di rumah, ada seribu ekor lagi yang tersembunyi.




USAHA UNTUK TAWAN KELANTAN DIMULAKAN DI GUA MUSANG





Keadilan Kelantan malam ini digerak bangkit untuk menawan negeri itu. Ketua Setiausaha Politik Perdana Menteri Shamsul Iskandar Md Akin ketika merasmi mesyuarat agung Keadilan Cabang Gua Musang, mengistyharkan Gua Musang menjadi pengkalan untuk tawan Kelantan dalam piraum alan datang.


Dengan menyakini bahwa benih Keadilan masih ada di bumi Kelantan berdasarkan pencapaian lampau,  Shamsul yakin Keadilan bisa bangkit yang akan bermula di Gua Musang kemudian menjalar ke seluruh Kelantan.


Tanpa menyebut kekalahan Pas di Nenggiri baru baru diambil sebagai momentum untuk kebangkitan Keadilan di Kelantan. 


Shamsul yang pernah memimpin AMK optimis Keadilan mampu menawan Kelantan sekiranya semua anggota dan pemimpin parti itu disemua peringkat bermuafakat dan menanam azam untuk menguasai Kelantan. 


Untuk itu Shamsul menyeru semua anggota parti melupai soal titik bengik dan menjadikan kritikan dan teguran sebagai semangat untuk perbaiki diri dan parti.


"Jangan mudah tersinggung dengan kritikan kerana perkara itu biasa untuk seorang pemimpin," ujarnya.


Amanat dan simbahan semangat oleh Shamsul itu akan jadi suntikan dan azimat baru buat Keadilan negeri Cik Siti Wan Kembang bangkit.


Katanya kejayaan dan prestasi baik kerajaan Madani hari ini boleh djadikan modal menyakinkan rakyat bahawa perjuangan Keadilan adalah perjuangan benar menempati ajaran Islam. Trims.


KETUA PEMUDA PAS DIKATAKAN TAK GENTLEMAN. TAK FAHAM BAHASA. DAN DIAJAK BERDWBAT ISU QAZAF


 

PELAKON BERSATU TARIK DIRI.

 


Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Saiful Adli Arshad berkata, bekas Ahli Parlimen Titiwangsa itu ada menghantar borang pencalonan namun kemudian memutuskan untuk menarik diri.



"Bagi jawatan Ketua Srikandi, hanya ada satu percalonan iaitu daripada Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Bahagian Masjid Tanah. Saya mengesahkan Datuk Seri Rina Harun ada menghantar borang pencalonan namun telah menghantar borang penarikan diri," katanya.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



PENIPUAN BERAS 100 JUTA DI KEDAH


 

CAKAP RAKYAT SUSAH. DIA NAK SAMBUT HARIJADI DI UZBEKISTAN


 

GAYA ORANG KECEWA CAKAP. PELUANG BERTANDING KURANG.

 



Apa yang korang nampak dari kenyataan 𝗝𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗸𝗲𝗿 ni? Untuk aku, aku nampak 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗺𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁.


Dia takut dengan kebangkitan PH terutamanya 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻 di Johor. Sebagai rakyat Johor, aku nampak Keadilan dah banyak 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢 terutama di 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗷𝗼𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂.


Sebab itu dia serang Keadilan dan Amanah. DAP dia tak serang. Sebab dia tahu 𝗠𝗖𝗔 𝗱𝗮𝗵 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 lagi di mata pengundi bukan Melayu. UMNO lebih perlukan DAP dan 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗠𝗖𝗔.


Jazlan tahu, untuk kawasan bandar dan separa bandar dah jadi 𝗸𝘂𝗯𝘂 𝗸𝘂𝗮𝘁 𝗣𝗛. Tengoklah dia sendiri. Tewas dengan majoriti lebih 30,000. Jazlan ni kiranya macam 𝗸𝘂𝗺𝗮𝗻 je dalam politik.


UMNO cuma dapat bernyawa di sekitar orang tua dan yang kurang pendidikan dan pendedahan. Orang yang 𝘁𝗮𝗸 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸 la senang cerita. PH sebagai pembangkang pun UMNO tak terlawan. Apa lagi kalau jadi kerajaan.


Sebab itulah dia takut sangat kalau dibentuk kerajaan perpaduan di Johor. PH akan dapat 𝗮𝗸𝘀𝗲𝘀 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗹𝘂𝗮𝘀 dan boleh tembusi kubu UMNO. Dah tentu UMNO akan 𝘁𝗲𝗿𝗸𝘂𝗯𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗻𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶.


Bayangkan kalau UMNO mati, apa jadi pada si joker ni? Sedangkan sekarang pun dia 𝗱𝗮𝗵 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗽𝗮𝘀𝘂. Kalau UMNO lemah tak mustahil dia boleh jadi 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 pulak. Mana dia tak risau.


Aku harap abang Mohamad Sabu tolong la nasihatkan pemimpin 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 tu. Tak payah gadai maruah merengek nak jadi sebahagian dari kerajaan negeri.


PRN nanti kita lawan UMNO. 𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗽𝘂𝗻𝘆𝗮. Kita lenyek UMNO sampai leper macam cekodok dilanggar treler. Lepas tu kita tengok 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗲𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻.


Silap silap 𝗝𝗮𝘇𝗹𝗮𝗻 𝗝𝗼𝗸𝗲𝗿 ni yang depan sekali merayu menangis teresak-esak nak jadi 𝘦𝘹𝘤𝘰. Muka macam dia tu, buat apa pun sanggup demi jawatant. So takyah la beriya nak join kerajaan sekarang. Kita tunggu PRN. 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔!!! Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.