KAUM PENDIDIK HARUS PEKA.


 Bahasa itu sifatnya berkembang. Guru bahasa juga hendaklah sentiasa terkehadapan (proaktif). Bukan sahaja Bahasa Melayu, bahasa-bahasa lain begitu sifatnya. Seperti Bahasa Arab, sebelum era 90-an belum ada perkataan عَوْلَمَة yang berasal dari perkataan عالم tujuan merujuk kepada 'globalisasi'. Perkataan ini diterbitkan untuk merujuk kepada globalisasi seiring perkembangan aktiviti-aktiviti manusia pada masa itu yang bersifat global.