KALAU SAYA CURI DUIT, RASUAH, KAYA DIRI DAN ANAK BERANAK BOLEH TOLAK SAYA.


 

UNDI CALON PERPADUAN MADANI



 

PATUT ABAH KATA SESAT


 

DAP GUGUR RAMASAMY DAN CHONG ENG.


 

Calon influencer : PH-BN tetap utuh - AMANAH Kedah


Oleh: Abdulah Zaid


Oleh: Abdulah Zaid


Amanah Kedah berpandangan pertaruhan dua bekas pemain bola sepak yang bertanding atas tiket PN tidak mengutungkan rakyat dalam negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.


Setiausahanya, Mohd Asmirul Anuar Aris berkata langkah populis yang diambil Pengarah Pilihan Raya PN Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor adalah bukti terdesak gabungan itu untuk mendapatkan sokongan pengundi.


Malah jelasnya, Sanusi dilihat perlu memperincikan semula strategi meletakkan calon yang lebih berpengalaman untuk memenangi PRN negeri itu.


"Sebab dia nak cari sokongan influencer (pempengaruh) untuk mendapatkan undi memandangkan dia (Sanusi) gagal memerintah negeri Kedah.


"Dalam masa yang sama, tindakan dia untuk mencari sokongan influencer (pempengaruh) boleh mendatangkan kesan kerana mereka tidak faham dengan pentadbiran," katanya ketika dihubungi.


Selain itu, Asmirul Anuar yang juga calon bagi DUN Kubang Rotan menyarankan gabungan PH-BN Kedah membuat penerangan kegagalan Sanusi menerajui negeri tersebut terutama di kawasan luar bandar.


"InshaAllah gabungan PH-BN boleh dapat simple majority (majoriti mudah) untuk PRN Kedah walaupun PN meletak calon influencer (pempengaruh).


"Cuma buat masa sekarang, strategi penerangan di sosial media mengenai kegagalan Sanusi memerintah negeri Kedah perlu dipergiatkan lagi.


"Ini kerana, pengundi di luar bandar kurang memahami isu semasa melibatkan Sanusi berbanding pengundi bandar," jelasnya lagi.


Sementara itu, selain Asmirul Anuar, AMANAH mempertaruhkan 8 calon terdiri daripada penyandang dan calon baharu bagi menghadapi PRN Kedah pada 12 Ogos ini.


Dalam pada itu, Naib Pengerusi Amanah Datuk Mahfuz Omar yang juga Pengerusi PH negeri turut diumumkan sebagai calon kerusi DUN Alor Mengkudu.


UNDI PH/BN - KALAU UNDI PASPN PUN BUKAN TUKAR KERAJAAN PUSAT.

 


Majoriti pengundi atas pagar mula berfikir susahnya kerajaan negeri yang tak seiring dengan Kerajaan Pusat. Bahkan penyokong PN sendiri pun mula ada yang kendur sokongan terhadap mereka.


Ada kemungkinan undi mereka akan pergi Kerajaan Perpaduan dalam PRN nanti kerana mereka mahu kerajaan negeri sekata dengan Pusat. Dan ini amat membimbangkan pemimpin PN sekarang.


Maka kerana itu mereka wujudkan persepsi yang kononnya Kerajaan Pusat akan bertukar lepas PRN atau dalam bulan 9 nanti. Ia hanyalah strategi untuk pujuk pengundi mereka agar kekal. Guane boh?


 

Raja Gelap



SANUSI BOLEH UCAP SELAMAT TINGGAL


 

FAKTA RINGKAS KECURIAN NADIR BUMI KEDAH


 

HARAKAHDAILY MEMOHON MAAF TERHADAP LIM GUAN ENG


 

PEMIMPIN TAK AJAR AKHLAK ANAK SELUANG

 


Kenapa pemimpin PAS tidak menegur anak seluang mereka yang berperangai keji dan jijik ini.


ZAMAN TUN. MELAYU JANGAN RASA IRI HATI PADA MELAYU YANG BERJAYA.....RUPANYA ANAK DIA YANG KAYA


 

MAHATHIR AKHIR KEMBALI PADA PERJUANGAN ASAL…?

 


NORMAN RADZUAN









Ketika usia hampir 100 tahun baru Mahathir kembali ke pangkal perjuangan… begitulah di pengakhiran hidup. Maka tertutup cerita pengorbanan berbelas ‘syahid’ di Memali. Tertutuplah isu penderaan Mahathir terhadap Kelantan…Jika mahu mencuci dosa pergilah kpd mereka yg selama hari dihina akan menjadi suci.

Bila kamu taksub maka tertutup pintu hati mu melihat kebenaran.

 

HUSAM DEDAH SEBAB PAS BODEK DR MAHATHIR

PULANGKAN HAK RAKYAT




Sementara itu Anwar berkata dalam pentadbirannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) diarahkan melakukan pemeriksaan di kalangan menteri sama ada mereka terbabit dalam pengambilan kontrak atau saham. Jelasnya, pendekatan itu dilakukan bagi menyelamatkan negara dan tidak mahu wang yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat, disalah guna.




TANGKAP PENGANJUR ...KEH..KEH

 

The 1975 ‘cabut lari’ beberapa jam sebelum laporan polis diterima, kata Ayob



Timbalan ketua polis negara berkata kumpulan itu berlepas pulang pada jam 5.30 dan laporan polis diterima jam 2 petang.


Kumpulan The 1975 mencetuskan kontroversi selepas penyanyi utamanya menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT dan mencium ahli lelakinya ketika membuat persembahan. (Gambar Wikipedia)

KUALA LUMPUR: Kumpulan Britain The 1975 meninggalkan negara beberapa jam sebelum laporan polis dibuat terhadap mereka pada Ahad lalu, kata Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ayob berkata anggota kumpulan itu berlepas pulang pada jam 5.30 pagi, kira-kira enam jam selepas kejadian kontroversi di konsert Good Vibes Festival tetapi polis hanya menerima laporan pada jam 2 petang.

“Jadi kita tak sempat nak ambil tindakan, kumpulan ini berlepas balik pada pagi tersebut,” katanya dalam satu sidang media.

Beliau mengulas kenyataan bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin mempersoalkan mengapa pihak berkuasa tidak menahan anggota kumpulan The 1975 sedangkan mereka boleh menahan pemimpin PAS Sanusi Nor pada jam 3 pagi atas “kesalahan kecil”.

Persembahan The 1975 pada malam Sabtu lalu dihentikan serta-merta selepas vokalisnya Matty Healy memegang botol arak atas pentas, selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Kerajaan juga mengarahkan pembatalan serta-merta baki dua hari festival itu dan menyenarai hitamkan kumpulan itu daripada membuat persembahan di Malaysia.

Ayob turut menggesa Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) supaya lebih berhati-hati apabila membenarkan mana-mana artis membuat persembahan di negara ini.

“Kalau kumpulan artis luar memang pernah terlibat dalam aksi-aksi kontroversi dan kita rasa tak sesuai dengan budaya kita, tak perlulah nak jemput lagi,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Ayob menafikan dakwaan Sanusi bahawa plot untuk menangkapnya sudah dirancang sejak enam bulan lalu bagi menjejaskan reputasinya.

Kata Ayob, polis mula membuat siasatan terhadap kenyataan Sanusi dalam satu ceramah itu selepas beberapa laporan dibuat pada 12 Julai lalu.

“Oleh itu, tidak timbul isu atau dakwaan konspirasi dan sebagainya kerana polis melakukan tangkapan berdasarkan laporan diterima,” katanya/

Mmmm..PEGUAM TUA SUKA SEBAR FITNAH.




 

Peguam tua sebar fitnah sardin naik harga...


Penulisan dia ni aku perasan...suka bawa kepada kebencian pada Kerajaan Perpaduan...


Nasib peguam muda Liyana Marzuki buktikan fitnah jahat ni...



NEGARA ABADI





Dia seorang Menteri, saya hanya penulis pojok di FB. 


Persahabatan kami bermula Februari tahun ini. Perjumpaan pertama diatur oleh pegawai beliau, selepas saya menobatkan beliau Menteri paling perform selepas 60 hari Kerajaan Madani. 


Perjumpaan pertama, dia ajak makan malam dengan suami. 2 jam juga kami bersembang. Sampai tutup kedai la. Dari cerita dia masuk penjara sampai la jadi Menteri. 


Saya juga bagitau, saya pernah bekerja di Kementerian dia 8 tahun, sempat la tolong draf dan pinda beberapa undang2. 


Sejak dari tu, ada je dia call atau text bertanya. Sama ada undang2 atau isu semasa. Kadang dia call juga, tanya gossip terkini dari little birds. 


Dia kata pada saya, kalau dia salah atau gagal lakukan sesuatu, hentam saja. Dia taknak hidup dalam bubble. 


Tak pernah sekali dia mendabik dada. Bila bersembang dengan dia, tak rasa kita bercakap dengan Menteri. Dia siap panggil saya sister. 


Bila saya provoke, DS taknak bertanding Presiden Amanah ke? Jawapan dia “Liyana, kalau masuk politik, asyik nak pikir pasal jawatan dan kuasa. Boleh jadi gila. Fokus je buat kerja. Tolong seramai mungkin. In sya Allah, kalau ada rezeki Allah bagi. Kalau takde pun takpe. The very least kita guna apa kita ada untuk manfaatkan orang lain”. Nasihat yang ni terus melekat dalam jiwa. 


Banyak juga dia bagi nasihat, sebagai seorang abang yang lagi tua. Ajak saya ceburi dunia politik. Nasihatkan saya cari landasan yang baik. Dalam pada itu, tak pernah sekali saya dengar dia memaki atau menghina musuhnya. 


Saya selalu cakap dengan suami. This one is special. Lain benar dia dari pemimpin lain. 


Minggu lepas, saya nampak call dari Datuk Seri. Sebab saya dalam meeting, saya reject call dan janji nak call kembali. Tapi saya lupa terus. Hanya sempat text, tanya khabar. Mungkin juga dia busy, tak berbalas. 


3 hari lepas, melintas posting harga sardin sampai RM13.30. Tak masuk akal. Saya pun terjah la 99 Speedmart untuk tunjukkan harga masih bawah RM10. Sempat buat posting the infamous muka sardin. Saya bukan apa, nak hentam pun jangan lah buat fitnah. Tambah ke atas Menteri yang buat kerja. 


Sempat dia baca posting tu dan tinggalkan komen di wall sambil ucap terima kasih. 


Tup tup malam tu saya dengar dia masuk hospital. 


Saya hantar text, dan ucap Syafakallah DS! Saya harap sangat dia reply. Sampai sudah tak kunjung tiba. 


Bila saya dengar berita kematian beliau malam semalam. Saya sebak dan kesal tak sempat bercakap dengan arwah. 


Hari ini, saya hadir memberi penghormatan terakhir kepada seorang Menteri, yang sanggup merendah diri terima saya, seorang rakyat biasa, sebagai sahabat dan adik. 


Bias apart, he was the most performing Minister in Kerajaan Madani. No doubt about it. 


Didoakan roh beliau disinari rahmah Allah di negara abadi… Setelah banyak jasa beliau kepada pertiwi… 


Rest in Power,

Salahuddin Ayub (1961-2023)

Bapa Rahmah Malaysia 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



MEREDA





Ketika Kerajaan kekal pendirian, taknak naikkan OPR, saya risau. Kalau OPR kita jauh berbeza dengan OPR negara luar, pelabur mata wang akan cabut lari. Mereka cari pasaran dengan bunga lebih tinggi. 


Bila pelabur lari, ringgit akan merudum berbanding dollar Amerika. Lagi mahal lah makanan yang kita import dari luar negara. Dahlah food security kita makin hancur. 55% makanan kita diimport. Makanya ia akan beri kesan teruk kepada harga barang. 


Tetapi, kalau dinaikkan OPR pula, akan bebankan rakyat. Kadar bunga hutang mereka akan meningkat. 


Saya baca posting SUSK TSMY pun highlight benda sama. Cuma dia kata Kerajaan kurang cerdik tidak naikkan OPR tu. Sebab nanti ringgit dan inflasi akan tinggi. 


Yelah masa Kerajaan 18 bulan OPR naik sampai 3 kali. Inflasi pun naik sekali. Tapi itu mereka tak bunyi. 


Namun sekarang kita nampak hasilnya. Dalam bulan ini ringgit makin mengukuh. Dan membuatkan inflasi makin mereda. 


2 bulan berturut2 Jabatan Statistik umumkan inflasi turun. Bila inflasi turun, harga barang pun turut turun. 


Tu sebab ada orang cakap dulu sardin Cap Ayam RM10.80. Hari tu kita check jadi RM9.40. Ayam punya mahal dulu, sekarang ada yang jual hanya RM7 sekilo. 


Makanya, kita patut pujilah tindakan Kerajaan dan BNM. Ketegaq taknak naikkan OPR. Taknak bebankan rakyat. Hari ni terbukti tindakan itu tepat. 


Satu lagi, saya nak dedikasi kan kejayaan ini kepada Bapa Rahmah Malaysia, Allahyarham DS Salahuddin Ayub. Beliau hingga akhir nyawa, bertarung memastikan harga barang kekal rendah. 


Legasinya “Payung Rahmah” walau ramai perlekehkan, tetapi sangat memberi kesan. Tidak pernah ada lagi kempen sedemikian yang disambut oleh rakyat terbanyak. Kalah Menu 1Malaysia. 


Mereka yang memperlekehkan pula dari Parti Islam. Ada yang kaitkan dengan autisme, ada yang perlekah sebab tiada kuah. Sampai sanggup tuang air oren dalam nasi. Sampai sudah DSSA diam, tiada dibalas cacian mereka. 


Hari ini, terbukti Menu Rahmah berjaya. Kekalkan harga makanan rendah, untuk golongan tersusah. Inflasi pun merendah. 


Sebagai menghargai jasa arwah, saya bertekad memerangi fitnah harga barang. Kalau betul naik, kita terima. Tapi jangan sampai propagandakan benda tiada. So kalau nak propa berjaga2. Akan ada skuad pantau harga. 


Al-Fatihah sekali lagi kepada arwah. Terima kasih atas inflasi yang makin merendah.


Salam hormat,

Liyana Marzuki