KALAU SAMPAI KENA PAKSA, KOT MALU KOT, DULU PUN ORANG TAK PAKSA, TAPI UMNO RASA LIABILITI BUAT PARTI.



Berikutan ketidaktentuan yang masih berterusan berhubung peralihan kuasa, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli baru-baru ini menyarankan agar perkara itu boleh dipaksakan kepada Tun Mahathir Mohamad.
Menurut beliau, PH mungkin terpaksa mengambil pendekatan tersebut kerana rakyat mula kehilangan sabar berhubung janji penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim.
“Jika Tun Mahathir sedia melepaskan jawatannya dengan rela, proses peralihan akan berjalan dengan sangat lancar,” kata Rafizi seperti dipetik akhbar South China Morning Post.
Bagaimanapun, tambahnya, masalah utama sekarang ialah kerana Tun Mahathir masih tidak menunjukkan komitmen yang jelas ke arah peralihan kuasa itu.
Dari satu sudut, saranan Rafizi ini ternampak suatu tindakan yang agak kasar terhadap seorang Perdana Menteri dan ketua kerajaan, malah dikatakan sesuatu yang tidak patut dilakukan.
Tetapi jika tiada pilihan, sebenarnya itulah pilihan yang terbaik bagi PH demi kelangsungan masa depannya.
Menghampiri tempoh dua tahun PH menjadi kerajaan, demi kestabilannya, menetapkan tarikh khusus peralihan kuasa adalah sangat perlu pada ketika ini.
Selama ini pun ketidaktentuan berhubung tarikh peralihan kuasa itulah yang telah meretakkan PH dan memberi ruang kepada pihak pembangkang untuk mengambil kesempatan.
Kiranya Tun Mahathir menunjukkan keikhlasan yang tulen dan tidak terus berdolak-dalik berhubung janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, PH tidak akan berdepan dengan banyak masalah seperti sekarang ini.
Ini tidak, walaupun mulut Tun Mahathir selalu berkata “akan menunaikan janji serta saya akan mengotakan janji”, persoalannya kenapakah beliau masih liat menetapkan tarikhnya untuk berundur?
Bukankah sebelum ini Tun Mahathir selalu berkata hasratnya bersama PH hanya untuk menumbangkan BN dan kemudian menyebut, tempoh dua tahun menjadi Perdana Menteri adalah mencukupi baginya untuk memulihkan keadaan negara yang telah dirosakkan oleh Najib Razal?
Bukankah juga, sebelum ini Tun Mahathir beberapa kali melafazkan ucapan terima kasih kepada Anwar kerana sanggup menerimanya dalam PH, meskipun pernah memecat, menganiaya, mengaib dan memenjarakan bekas timbalannya itu?
Apa sudah jadi sekarang, apakah setelah kuasa berada dalam tangan, Tun Mahathir jadi lupa kepada semua pengorbanan dan kemaafan yang pernah Anwar berikan kepadanya?
Dalam hal ini, jika Tun Mahathir benar-benar ikhlas kepada PH dan juga kepada Anwar serta kepada pengundi yang telah memberi kemenangan kepada gabungan itu menjadi kerajaan, beliau tiada pilihan lain selain bersetuju menetapkan tarikhnya berundur demi memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.
Kelancaran proses peralihan kuasa dengan sendirinya akan menyumbang kepada kestabilan dan keyakinan rakyat kepada PH untuk menjadi kerajaan dengan lebih lama lagi.
Kiranya Tun Mahathir enggan berbuat demikian, bukan saja PH akan terjebak ke dalam kancah perpecahan, bahkan akan memalukan dirinya sebagai seorang negarawan jika pendekatan paksa akhirnya terpaksa diambil untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa.
Sama ada paksaan itu berjaya akan tidak, itu bukanlah soalnya, namun jika sampai ke tahap itu yang berlaku, yang utama menerima kesan buruknya ialah Tun Mahathir.
Paksaan itu akan menjadikan beliau dilihat oleh rakyat sebagai seorang tua yang tamak, sentiasa lapar dengan kuasa, mudah mungkir janji, menikam orang yang pernah menolongnya serta tidak boleh dipercayai sehingga ke akhir hayatnya.
Apakah, dalam perjalanan menuju alam baqa yang bila-bila masa jemputan Malaikat Maut boleh diarahkan Tuhan datang kepadanya, itu yang menjadi pilihan Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 11/01/2020)

BILA PARTI DIA BUAT HALAL BELAKA....ORANG BUAT SEMUA SALAH..MARILAH KITA ISTIQAMAH MELIHAT GAMBAR GAMBAR INI.



W.FAUDIN NS

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang senyum, orang duduk dan kanak-kanak
Imej mungkin mengandungi: 9 orang, orang senyum, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, termasuk Fadzli Bakar, orang senyum, orang berdiri, teks yang berkata 'ULARMAK BUAT OK JE TAK HARAM? WALAUN ADA KOMEN?'
Macam la kelantan tak pernah raikan tanglung. Sibuk pulak tanglung tu besar sgt. Besar ke? Mana besar tanglung tu dengan patung budha baring kat kelantan? Nape la anta ni bodoh sgt??

Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri dan teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks yang berkata 'Nasrudin Hassan 9 Jan jam 6:28 PTG … Tanglung Jawi Isu Tanglung Timbalan PM turun, 7 Menteri turun termasuk Menteri Agama. Isu Tulisan Jawi, Menteri Agama pun tidak angkat muka. Kalau saya kata DAP menguasai politik negara, anda kata tidak. Kerah cybertrooper serang saya. PH semakin menyerlahkan penguasaan DAP dan semakin merugikan kedudukan umat Islam dalam negara tercinta ini. Sekian.'

DEMI MEMBODEK TUN M, KHAIRUDDIN HINA KUASA MAJLIS PRESIDEN PH?



Pengampu tegar Tun M yang bertanding PRU14 atas tiket Amanah dan kalah, Khairudin meroyan teruk apabila Rafizi menyentuh soal peralihan kuasa PM. Bimbang sungguh dia kalau Tun M tidak lagi menjadi PM selepas Mei 2020 ini.

Maklumlah, bukan mudah mahu dapat jawatan Pengerusi BOCE malaysia/Asean (berkaitan minyak sawit) walaupun satu sen pun beliau tiada nilai dalam politik negara kecuali berkemahiran di dalam memaki hamun orang. Hanya dengan kemahiran mengampu Tun M dan serang Anwar, beliau dapat jawatan tersebut. Rakyat menolaknya di dalam PRU14 ketika beliau bertanding di Melaka. Itu pun atas simpati Amanah yang berinya peluang bertanding menggunakan tiket parti tersebut. Ertinya, beliau bukan ada nilai apa2 pun dalam dunia politik. Bimbang, kalau Anwar jadi PM, dia mahu makan apa?

Khairuddin kata Rafizi tidak faham perlembagaan kerana Rafizi mengatakan Majlis Presiden PH boleh menenetapkan tarikh peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar. Khairuddin yang sering menunjukkan ketololannya itu berkata, jawatan PM hanya boleh ditentukan oleh sokongan majoriti di dalam Parlimen.

Hakikatnya, beliau yang tidak faham konteks apa yang Rafizi sebut. Rafizi tidak mengulas tentang perlembagaan. Kalau ikutkan perlembagaan, semua tahu bahawa jawatan PM akan ditentukan oleh sokongan majoriti di dalam Parlimen dan perkenan YDP Agong. Itu perkara asas, tak perlulah Khairuddin jadi orang tolol untuk bercerita benda asas. Tun M naik jadi PM itu atas sokongan siapa? Majoriti di dalam Parlimen dan diangkat namanya oleh Majlis Presiden PH. 

Ertinya, melalui PH maka Tun M jadi PM. Melalui PH jugalah Khairuddin yang tolol ini dilantik jawatan Pengerusi BOCE malaysia/Asean. Kalau Bn masih jadi kerajaan selepas PRU14 yang lalu, Khairuddin mungkin sekarang menjadi pencacai angkat najis di dalam penjara Sg Buloh. Beliau ada kes waktu itu.

Apa yang Rafizi sentuh adalah berkaitan peralihan kuasa dan kaitannya dengan fungsi Majlis Presiden PH. Sukar sangatkah untuk memahaminya sehingga lari tajuk sampai kepada isu perlembagaan?

Justeru itu, Khairuddin tidak perlu persenda dan perlekehkan Majlis Presiden PH demi untuk bergantung hayat dengan Tun M.

WFAUZDIN NS



Rakyat jimat hampir RM50 juta menerusi pengenalan pas My100



Pas perjalanan tanpa had My100, My50 dan Pas Mutiara yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan menerusi Prasarana Malaysia Bhd membawa kesan yang positif kepada rakyat. 
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pemegang pas My100 telah membuat penjimatan sebanyak RM47.38 juta pada tahun lalu. 
Katanya, jumlah tambang yang dibayar pengguna pas berkenaan adalah lebih rendah iaitu sebanyak RM75.76 juta berbanding harga tambang sebenar RM123.14 juta.
Tambah Anthony, pas My100 mendapat sambutan menggalakkan apabila terdapat 110,00 pengguna bulanan aktif dicatatkan pada tahun lalu. 
Kerajaan, katanya, menyasarkan pengguna pas My100 dapat menikmati penjimatan sekitar RM100 juta tahun ini.
Selain itu, kerajaan PH turut memperkenalkan pas perjalanan tanpa had My50 bagi perkhidmatan bas. Inisiatif ini mencatatkan sebanyak 1.7 transaksi pada tahun lalu dengan penjimatan sebanyak RM786,000. 
Sementara Pas Mutiara yang dilaksanakan di Pulau Pinang pula mencatatkan 455,000 transaksi pada 2019 dengan pengguna menikmati penjimatan sebanyak RM343,000. 
Anthony yang juga Setiausaha Organisasi DAP berkata, kementeriannya bersama Prasarana akan mempergiatkan lagi usaha untuk menggalakkan lebih ramai menggunakan pas perjalanan tanpa had. – Roketkini.com

Tangani kegelisahan ekonomi untuk elak manipulasi politik agama, kaum



Oleh Liew Chin Tong; Foto oleh Hasful Zainuddin
(Pengarah Pendidikan Politik DAP, Timbalan Menteri Pertahanan)
Hampir 30 peratus warga Malaysia yang diselidik oleh badan kaji selidik Gallup pada 2018 berpendapat bahawa mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli makanan, manakala 23 peratus menyatakan tidak ada cukup dana untuk mendapatkan tempat berteduh. Angka-angka ini amat memeranjatkan dan membimbangkan.

Sementara ramai rakyat Malaysia menyifatkan kelesuan ekonomi hari ini sebagai masalah kos sara hidup, ternyata wujud krisis apabila sehingga 80 peratus rakyat Malaysia mengalami kegelisahan ekonomi akibat beberapa faktor, terutama masalah gaji rendah, kos perumahan dan kos pengangkutan.

Laporan ‘Making Ends Meet’ oleh Bank Dunia mengajukan bahawa terdapat perbezaan antara kumpulan B20 dengan kumpulan B21 hingga B40. Melangkaui B20 itu, kumpulan 60 peratus seterusnya (B21-B40 dan M40) semuanya hampir dalam kategori yang sama. Agar lebih memudahkan, kita namakan mereka M60.

Pekerjaan dan gaji

Daripada segi pekerjaan dan gaji, kerajaan harus bersemuka dengan andaian-andaian lama dan masuk campur demi mewujudkan kitaran ‘virtuous cycle’ di mana gaji, penggunaan teknologi dan produktiviti berada pada tahap yang tinggi.

Ekonomi hari ini terlalu bergantung kepada tenaga kerja asing murah yang mengurangkan insentif untuk melabur dalam teknologi yang menghematkan tenaga kerja. Secara keseluruhan, ini bermakna keberhasilan negara kekal lesu. Kerajaan perlu memberi insentif kepada pelaburan dalam automasi di semua sektor, secara berperingkat.

Peningkatan produktiviti bagi perniagaan juga akan membolehkan gaji yang lebih tinggi mengalir kepada pekerja yang berkemahiran tinggi dalam kumpulan yang lebih kecil. Ini akan membawa kepada wujudnya kitaran di mana ketersediaan pekerja berkemahiran tinggi akan menarik bidang pembuatan dan perkhidmatan yang lebih kompleks (justeru memberi keuntungan yang lebih tinggi), serta mewujudkan lebih banyak permintaan serta penyediaan pekerja mahir, dan kebaikan-kebaikan lain.

Bagi setiap isi rumah pula, pendapatan yang lebih tinggi akan mengurangkan kegelisahan ekonomi.

Kerajaan seharusnya menetapkan tempoh lima hingga sepuluh tahun untuk berunding dengan industri bagi mengatur pengurangan pengambilan buruh asing melalui kombinasi insentif dan penguatkuasaan (carrot and stick).

Di samping itu, harus diingat bahawa perbahasan mengenai gaji minimum juga ada kala tidak begitu membantu. Organisasi yang mewakili peniaga menentang keras setiap kali tahap gaji minimum dinaikkan, sedangkan gaji minimum hanyalah suatu penetapan asas.

Saya berharap akan wujud generasi peniaga yang memahami keperluan jaminan ekonomi bagi rakyat Malaysia dan menyatakan komitmen bahawa mereka membayar gaji yang munasabah bagi menyara hidup, demi mengubah perbahasan mengenai gaji secara keseluruhan.

Dasar industri yang dirangka secara cermat dan dapat membina sektor pembangunan yang dipacu pekerjaan, akan membantu negara bergerak maju dan tidak ikut serta dalam persaingan ke bawah sesama jiran serantau.

Memikirkan semula soal bandar dan perumahan

Kos perumahan merupakan sebahagian besar daripada perbelanjaan isi rumah.

Bandar-bandar kita begitu luas. Keluasan ini menyebabkan perancangan infrastruktur dan perkhidmatan seperti bekalan air, elektrik, pembetungan, rangkaian internet, serta jalan raya dan pengangkutan awam, menjadi begitu mahal.

Mendiami bandar-bandar luas yang tidak disokong oleh rangkaian pengangkutan awam yang baik bermakna rakyat Malaysia terpaksa bergantung kepada kenderaan peribadi untuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja.

Sudah tiba masanya pembuat dasar di Malaysia berfikir tentang bandar dan perumahan secara berikut:

Pertama, berbanding membina perumahan persendirian di kawasan sub-bandar yang jauh dan hampir pasti tidak terjual, pemaju yang dimiliki syarikat berkaitan kerajaan seperti Sime Darby harus terkedepan dalam membina perumahan untuk disewakan di tengah bandar.

Kedua, membina perumahan untuk disewa dengan kemudahan-kemudahan yang lebih baik di lokasi pusat bagi membolehkan golongan M60 ini berjalan kaki, mengayuh basikal atau menaiki pengangkutan awam pada jarak dekat ke tempat kerja, berbanding memandu jauh sehingga memberi tekanan, akan menjadikan bandar-bandar kita lebih seronok untuk didiami.

Ketiga, perumahan sewa untuk pekerja bandar M60 boleh dibiayai dengan pelbagai cara. Contohnya, kita kini sudah agak biasa dengan REIT (Dana Amanah Pelaburan Hartanah) untuk kompleks beli belah dan bangunan pejabat. Sebuah perumahan untuk di sewa di tengah bandar yang diuruskan dengan baik untuk kumpulan M60 juga boleh dibiayai melalui REIT sewaan, selagi hasilnya mencukupi untuk pelabur.

Dalam suasana kewangan dengan hasil faedah rendah di seluruh dunia, sebuah projek yang diperjelaskan dengan baik bukanlah susah untuk dijual.

Pengangkutan

Satu lagi perbelanjaan yang penting ialah pengangkutan. Kebanyakan rakyat Malaysia bergantung kepada kenderaan persendirian untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Selain kos langsung yang tinggi kepada isi rumah (dengan pinjaman dua atau lebih kenderaan) dan kerajaan (subsidi petrol), kadar penggunaan kereta dan motosikal yang tinggi juga turut mengundang akibat-akibat buruk, termasuk kematian akibat kemalangan lalu lintas, pencemaran dan kehilangan produktiviti disebabkan kesesakan lalu lintas yang mengorbankan masa.

Pelaburan dalam pengangkutan awam secara segera adalah diperlukan (dengan kata lain, keutamaan terhadap bas berbanding keretapi, bagi mempertingkat tawaran dan menyediakan alternatif lebih baik kepada penggunaan kereta.

Dalam soal pengangkutan, kita harus menghapuskan beberapa mitos yang sudah menjadi kepercayaan zaman-berzaman.

Pertama, bukan semua orang perlu memandu kereta dan bukan semua orang mahu memandu jika mereka mempunyai alternatif yang lebih baik.

Kedua, bukan sahaja keretapi, tetapi bas juga adalah pengangkutan awam yang baik. Bas lebih murah untuk disediakan berbanding keretapi. Bagi bandar-bandar tanpa laluan rel, bas adalah alternatif yang baik. Bagi Kuala Lumpur, sistem rel akan kekal tidak efisyen dan menyusahkan jika ia tidak dibantu rangkaian bas yang meluas.

Ketiga, kerajaan seharusnya mempertimbangkan idea yang boleh dianggap radikal, iaitu untuk membayar orang ramai supaya menaiki bas. Penyediaan perkhidmataan bas adalah lebih berpatutan jika dibandingkan dengan penyediaan rel.

Berbanding subsidi petrol, membayar orang ramai supaya menaiki bas sebenarnya merupakan pilihan yang lebih murah dan masuk akal. Tetapi untuk menarik subsidi petrol di saat kereta masih merupakan satu keperluan akan mengakibatkan kemarahan. Sekali lagi, mengatur semua ini sangatlah penting.

Di kebanyakan negara, terutama di Eropah, apabila rakyat biasa merasakan keadaan ekonomi mereka tergugat, mereka beralih kepada populisme sayap kanan. Cara paling baik untuk mengekang populisme tersebut ialah dengan menangani punca kegelisahan ekonomi, dan membina kemakmuran bersama. 



Kekosongan jawatan menteri pendidikan.Sebiji macam Mat Sabu kata dulu...Mat hang P mana Mat???



Mohd Afendi Abas


Pengerusi PH Tun M beri cadangan kepada Pengerusi Kabinet Kerajaan PH iaitu Tun M. Tun M kata "Tunggu dulu!! Kita kena rujuk kepada Perdana Menteri jugak"- kata Tun M. Perdana Menteri pun Tun M jugak maka.
Setelah Tun M berbincang dengan Tun M, maka dilantiklah Tun M jadi pemangku Menteri pendidikan sementara...


🤣🤣🤣

JANGAN PUTAR BELIT MAKSUD YANG JELAS...


Yong Intan Nor

Walaupun awak peguam, awak tidak boleh putar belit maksud perkataan, hanya kerana nak MENGHALALKAN tindakan Perdana Menteri memangku jawatan Menteri Pendidikan.

Jauh bezanya antara maksud TERUTAMANYA dengan KECUALI dan ESPECIALLY dengan EXCEPT!
Siapa setuju dengan Kak Yong sila nyatakan pendirian.

JANGAN MELALUT LAH LEBAI

Ray Hunter


Rakyat bukan pak hangguk gaji hakim pun rakyat yang bayar..

RENTASAN BERITA 619 | PANAS!!! HANIFF KHATRI GESA TOMMY THOMAS TARIK DIRI DARI KES ANWAR?



BUANG YANG CERDIK, LANTIK DIRI SENDIRI...



Taufiq Halim

Larat lg ke Atok ini..!???
org tamak selalu rugi..
buang yg cerdik,lantik diri sendiri...wakakaka

MAHATHIR LUPA ATAU BUAT2 LUPA?KAH..KAH..KAH...MAJLIS PRESIDEN TELOQ KENA PICIT KOT...


Shahbudin Hussein.


Kandungan manifesto PH berkaitan kedudukan Perdana Menteri adalah seperti berikut - “Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutama Menteri Kewangan”.

Meskipun ayat tersebut adalah jelas dan mudah difahami, namun masih ada yang sanggup mengatakan kandungan itu bermaksud PM hanya diharamkan memegang jawatan Menteri Kewangan saja, bukan portfolio yang lain.

Kononnya, memegang jawatan menteri lain, termasuk memangku Menteri Pendidikan tidak termasuk dalam maksud yang disebut dalam Buku Harapan itu.

Agaknya kena diterjemahkan ke dalam bahasa lain seperti Urdu misalnya, barulah mereka boleh faham maksud ayat manifesto itu.

Yang lebih dahsyat, barangkali kerana taksub berlebihan kepada Mahathir, ada pula yang tergamak mengatakan larangan memegang jawatan menteri lain sebenarnya tiada dalam manifesto PH.

Adoiiiii......

Adakah mereka lupa bahawa Mahathir sendiri pernah mengakui bahawa PM memang tidak boleh memegang jawatan menteri lain berdasarkan manifesto yang telah dipersetujui?

Itu sebabnya, setelah melantik dirinya sebagai Menteri Pendidikan ketika awal pembetukan kerajaan dahulu, Mahathir kemudian menarik balik perlantikan terhadap dirinya setelah menyedari adanya janji tersebut.

Jika tidak, untuk apa Mahathir menarik balik perlantikan dirinya?

Cuma sekarang, adakah Mahathir sudah lupa atau sengaja buat-buat tentang janji manifesto itu?

SIAPA LAH PENASIHAT DIA NI

Ibrahim Mat Isa


Siapalah yang jadi penasihat pak haji ni. Buka mulut bercakap je tetap bunyi tak cerdik tu.
Setakat PM Online kau nak, orang kasi.. Ini kau nak rebut pulak Loyar Online 😏😏
Ada ke court Malaysia ni guna audio jadi bahan saksi?

NIK AZIZ LAWAT GEREJA, PAS MOMOK TANGLUNG

WARISAN MAHU MAJUKAN SEKTOR PELANCONGAN KIMANIS