GENG AZMIN MAKIN MELAMPAU, ANWAR MESTI SEGERA BERTINDAK TEGAS



Pemulauan dan sabotaj Geng Azmin terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR nampaknya semakin parah serta melampau.

Bermula dengan memulaukan mesyuarat MPP dan Biro Politik sejak setahun yang lalu dan ia masih berterusan sampai sekarang, perkembangan akhir-akhir ini memperlihatkan tindakan mereka semakin tidak boleh diterima.

Selain memulaukan mesyuarat, Azmin bersama penyokongnya turut mengeluarkan kenyataan berterusan mahu Tun Mahathir kekal meneruskan sehingga habis penggal, walaupun Perdana Menteri berkali-kali menyatakan menyerahkan jawatan kepada Anwar sebelum PRU15 akan datang.

Perbuatan mereka itu secara terang-terangan menentang konsensus PH berkaitan peralihan kuasa dan janji Tun Mahathir yang hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama dua tahun saja.

Dalam konvensyen negeri-negeri yang dihadiri oleh Anwar pula, Azmin dan penyokong langsung tidak menghadirinya, bahkan boleh dianggap memulaukannya.

Malah, kepimpinan PKR di dua negeri yang diterajui oleh Geng Azmin iaitu Sarawak dan Selangor, cuba untuk tidak menganjurkan konvensyen pada tahun ini.

Bagaimanapun, konvensyen di Sarawak telah berjaya diadakan pada 23 November lalu di Miri oleh kumpulan yang pro kepada perjuangan hakiki PKR dan kepimpinan Anwar.

Mereka bertegas untuk meneruskan penganjuran konvensyen, dengan restu ibu pejabat PKR, walaupun tidak mendapat kerjasama daripada kepimpinan PKR negeri yang diterajui Baru Bian.

Di Selangor, Amiruddin Shari yang pro Geng Azmin juga mengelak untuk menganjurkan konvensyen negeri dengan alasan beliau ada di luar negara, sehingga kumpulan yang pro perjuangan hakiki PKR dan Anwar terpaksa mengambil alih penganjurannya.

Difahamkan Konvensyen Selangor bakal diadakan pada 29 November ini, tetapi tempatnya belum lagi diketahui.

Selepas cuba menggagalkan konvensyen negeri, Geng Azmin juga diperkhabarkan akan turut melakukan pemboikotan dalam Kongres Keadilan Nasional yang akan diadakan di Melaka pada 6 hingga 8 Disember depan.

Setelah AMK membuat keputusan menjemput Dr Wan Azizah Wan Ismail merasmikan mesyuarat sayap itu, kumpulan pro Azmin dalam AMK yang diketuai oleh Hilman Idham diberitakan akan memboikot mesyuarat tersebut yang dijadual diadakan pada Jumaat, 6 Disember.

Sebaliknya, mereka dikatakan mengadakan mesyuarat AMK sendiri pada Khamis, 5 Disember dengan menjemput Azmin sebagai perasminya.

Bagi mesyuarat sayap Wanita PKR yang memang menjemput Azmin sebagai perasminya, kumpulan pro Azmin dikhabarkan akan memakai pakaian yang berbeza untuk menunjukkan perbezaan dengan mereka yang pro Anwar.

Hanya mereka yang pro Azmin dibisik-bisikkan tentang perbezaan pakaian yang perlu dipakai itu, manakala yang memakai uniform yang biasa dipakai selama ini akan dianggap sebagai pro Anwar.

Untuk Kongres Keadilan Nasional pada 7 dan 8 Disember, belum dapat dipastikan sama Geng Azmin akan hadir atau tidak, tetapi banyak pihak percaya Timbalan Presiden PKR itu bersama penyokongnya akan bertindak memboikotnya.

Jika itu yang berlaku, bermakna pemulauan dan penentangan Azmin terhadap Anwar sudah sampai ke kemuncaknya.

Bersama beberapa perkembangan sebelum ini serta apa yang berlaku semalam di mana di dua Adun PKR yang pro Azmin bertindak memboikot Sidang Dun Melaka sehingga usul kerajaan negeri untuk melantik Pengerusi PKR negeri itu, Abdul Halim Bachik sebagai Senator ditolak dengan undi 13-12, Anwar kini sebenarnya tidak boleh berlembut atau berdiam diri lagi terhadap mereka yang menentangnya dan cuba menghancurkan PKR.

Tidak kira sama ada Abdul Halim itu pro Anwar atau tidak, tindakan dua Adun PKR berkenaan adalah salah serta tidak boleh diterima kerana mereka telah menyeret masalah politik dalaman PKR sehingga kerajaan PH negeri Melaka menanggung malu akhirnya.

Dengan itu, bukan saja kedua-dua Adun berkenaan mesti diambil tindakan disiplin, bahkan perangai dah kelakuan Geng Azmin dalam PKR yang kini telah banyak menghuru-harakan parti, termasuk Azmin sendiri, haruslah ditangani dengan wajar serta tegas oleh Anwar.

Jika dibiarkan dan Anwar tidak segera bertindak, percayalah, selepas ini lebih banyak lagi perbuatan sabotaj, boikot atau seumpamanya akan mereka lakukan untuk tujuan melemah serta menghancurkan parti itu.

Selepas kongres di Melaka ini, Anwar mesti berbuat sesuatu untuk membersihkan PKR, sekaligus memastikan laluannya menjadi PM8 menjadi lebih terang dan terjamin. (ShahbudinHusin 26/11/2019)

RUPANYA PRESIDEN MABA ORANG MCA?

Oleh: Nizam Aka



Dah hancur dan lunyai DAP dan PH dikutuk,dimaki dan difitnah oleh lembu2 natizen belaan Pasmno,barulah MABA buat kenyataan mohon maaf tentang isu bendera M'sia yg diaibkan?

Kenapa? Rupanya presiden MABA itu adalah pimpinan MCA dan merupakan orang kuat MP Tanjong Piai,sahibul Samahah ustaz Wee Jeck Seng,yang menjadi pujaan dan kegilaan geng-gang pasmno masa PRK Tanjong Piai tempohari..Harap-harap geng pasmno rasa bangga hingga tahap kembang lubang hidung dgn perbuatan Abg Long MCA kesayangan kamu ini..
-Hilup Malayu
-Hilup Wee Jeck Seng
-Hilup Hali Awang
-Hilup MCA..

KEKALAHAN DI TANJUNG PIAI LUAR BIASA,PH JUGA PERLU BERTINDAK CARA LUAR BIASA



1. Dalam politik angka penting. Saya tidak perlu mengajar PM dan PH yang jauh lebih lama dan hebat politik mereka.
2. Tapi Post Mortem PH Sabtu lalu seolah2 PH kalah 500 undi bukan 15000 undi.(PH menang di PRU 500 undi)
3. Beza besar kalah/menang 500 undi dengan kalah/menang 15000 undi.
4. Post Mortem PH Sabtu lalu post mortem biasa seolah2 PH kalah 500 undi bukan kalah 15000 undi. Walhal kekalahan PH tempohari bukan kalah biasa. Kalah yang luarbiasa.
5. Rombak kabinet bukan satu yg luarbiasa. Rombak Kabinet perkara biasa. Malah dalam kes kerajaan PH ini rombakan sudah seharusnya berlaku lama dahulu. Tidak perlu tunggu mssej Tg Piai.
6. Kekalahan luarbiasa Tg Piai menuntut tindakbalas luarbiasa. Mengapa hanya tindakbalas biasa yang kita lihat Sabtu lalu?
7. Apakah PH juga sudah jadi tidak peka dan pekak sepertimana BN dahulu? BN menjadi pekak selepas 60 tahun manakala PH menjadi pekak dalam masa 16 bulan shj.
8. Mengapa double standard dan hipokrit? Dahulu semasa BN berkuasa, setiap mesej kekalahan BN di letakkan tanggungjawab kepada Najib. Mengapa sekarang Mahathir tidak dikatakan bertanggungjawab? Jatuh BN dalam PRU 14 kerana Najib, Kalah besar PH di PRK bukan kerana Mahathir?Itu double standard dan hipokrit namanya.
9. Ya, orang marah menteri kabinet. Bukankah yang melantik dan menggugur menteri kabinet Perdana Menteri? Mengapa beliau degil tidak mahu gugurkan menteri tak tahu buat kerja? Mengapa terus bela menteri yang tiada maruah dan ada dakwaan serius terhadapnya?Mengapa PM tidak mahu bertanggungjawab bila sekarang rakyat marah?
10. Ya, orang marah juga kerana politik kaum. Bukankah Kongres Maruah Melayu PM sendiri pengucap utama? Mengapa tidak ambil tanggungjawab?
11. Ya, pengundi keliru kerana sikap tidak menentu. Bukankah PM yang semasa PRU14 sekutunya PKR dan DAP dan Amanah tetapi selepas PRU di Kongres Maruah Melayu, PM yang sama menjulang tangan musuhnya semasa PRU14, UMNO dan PAS? Siapa yang kelirukan orang? Bukan PM?
12. Bila kalah teruk, menteri salah, parti salah tapi bukan PM? Ini kalau tidak munafik dan hipokrit kelas tertinggi, Ianya adalah kebebalan kelas tertinggi. Sampai bila Mahathir mahu main politik jijik ini?
13. Terimalah hakikat PRK Tg Piai adalah mesej luarbiasa dan menuntut tindakbalas luarbiasa. Rombakan kabinet tindakan biasa dan tidak akan beri kesan apa2. Yang akan memberi kesan ialah tindakan luarbiasa dan perlu. PM sendiri mesti bertanggungjawab dan beliau sendiri harus berundur dan bikan sekadar berundur tetapi BERUNDUR SEGERA!
14. Sekiranya berundur setahun lagi itu langkah biasa dan memang sepatutnya tetapi setelah Tg Piai dia harus berundur lebih awal dan itu barulah dikatakan langkah luarbiasa.
15. Dari segi praktis, kekalahan luarbiasa ini menuntut perubahan besar bukan sekadar perubahan kecil dr PH. PH perlu menukar naratifnya dan menukar naratif politik tidak mudah. Ia perlu masa. Amat sukar dan amat bahaya PM baru yang mengetuai PH didalam PRU 15 nanti boleh menukar naratif sekiranya waktunya memimpin pendek dan terhad.
16. Tg Piai memberi amaran jelas bahawa PM baru perlu membawa naratif baru PH dan perlu waktu lebih panjang kerana penolakan rakyat sekarang maksimal.
17. Makanya, PM janganlah berdolak dalik lagi. Lakukanlah perkara yang betul dan perlu. Sila undur diri dan undur dengan segera!
18. Kalah 500 undi ya kalah biasa dan respons biasa, rombak kabinet. Kalah 15000 kalah luarbiasa dan perlu respons luarbiasa. Rombak ketua kabinet!
Mohamad Ezam Mohd Nor
25 Nov 2019, 28 Rabiul Awwal 1441H.


PULUHAN KES NAFAS DALAM FAIL SPRM

TOLAK KERAJAAN PINTU BELAKANG, PELABUR YAKIN

NAMAKAN PAKAR YANG JAMIN LYNAS SELAMAT – WONG TACK

AKTIVITI DSAI SEMINGGU siri 2

23 NOV 2019

Terima kasih kepada para ibu bapa dan adik-adik yang mengambil bahagian. Tahniah.Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang duduk

Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, orang berdiri

Menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad petang ini.
Mesyuarat pada kali ini memberi fokus mengenai pasca PRK Tanjung Piai dan kesemua parti komponen bertekad untuk mengambil langkah-langkah tegas dalam melakukan penambahbaikan demi rakyat di negara ini.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, meme dan teks
Imej mungkin mengandungi: 15 orang, orang senyum, orang duduk, meja dan dalaman

Menghadiri Majlis Makan Malam meraikan ulang tahun ke-20 Malaysiakini yang ditubuhkan pada 20 November 1999.
Semoga Malaysiakini terus membekalkan berita yang berkualiti kepada semua pembaca dalam era Malaysia Baru.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang berdiri, perkahwinan dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang duduk, meja dan dalaman


24 nov 2019


Saya dan Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir ke Konvensyen Reformis 2.0 di IDCC Shah Alam pagi ini. Konvensyen ini ingatkan semua pimpinan bahawa kita di sini kerana sokongan dan dukungan ribuan rakyat.
Jangan kerana kuasa kita lupa daratan dan lupa sejarah. Agenda perjuangan asal KEADILAN bukan hendak jadi kerajaan atau menteri. Kita berjuang hendak bela nasib rakyat dan tegakkan keadilan.
Pimpinan yang dipilih seharusnya menggunakan kuasa menbantu rakyat dan bukannya kroni. Dalam berjuang usah kta tersasar dan tergelincir dari agenda reformasi dan perubahan.

Harus ingat derita saat kita berjuang, dan jangan sesekali kita lupa sejarah parti ini.
Saya dan Azizah tidak akan pernah lupa bahawa kami di sini kerana sokongan dan dukungan rakyat terbanyak keseluruhannya.
Perjuangan ini harus ada akhlak - tiada akhlak maka semuanya akan musnah - sombong, lupa diri, takabbur, tidak hormat rakyat. Reformasi tidak akan selesai walaupun menang (sudah menang) pilihan raya.Ia hanya akan selesai jika kita laksana agenda atau dasar yang betul, antaranya membela nasib rakyat bawahan serta memastikan taraf ekonomi mereka meningkat dan dibela.

Saya juga ingatkan bahawa jangan kita berjuang hanya untuk satu kaum sebaliknya untuk semua kaum yang ada di negara ini berasaskan semangat bangsa Malaysia.
Para reformis harus terus mendesak ke arah perubahan positif di negara ini. Saya mahu semua susun jentera dan tunjuk kekuatan serta bantu Kongres Tahunan KEADILAN 2019 di Melaka nanti.


Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri
Imej mungkin mengandungi: 11 orang, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang ramai dan dalaman

25 nov 2019

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk mengadakan majlis ilmu dan zikir mingguan di rumah semalam. Teman-teman dari Otai Reformis turut hadir, juga majlis kami diserikan dengan kehadiran Kiyai Lora Taufiqqurahman. Terima kasih.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk
Imej mungkin mengandungi: 18 orang, orang senyum, orang berdiri dan orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 27 orang, orang senyum, orang duduk dan orang ramai

AKTIVITI DSAI SEMINGGU siri 1

21 nov 2019


Hari ini saya mengadakan pertemuan selama 30 minit bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Dalam pertemuan tersebut saya telah memohon persetujuan Perdana Menteri untuk mengeluarkan kenyataan berhubung beberapa isu.
Pertamanya, pendirian Tun Dr Mahathir dan saya berhubung isu peralihan kuasa sama sekali tidak pernah berubah seperti yang dipersetujui oleh Pakatan Harapan (PH) dan dijanjikan berulang kali oleh Perdana Menteri.

Saya memaklumkan isu peralihan kuasa ini perlu dilakukan secara aman dan teratur dalam tempoh yang munasabah serta mendapat persefahaman bersama.
Kami bersetuju untuk menumpukan perhatian pada pertumbuhan ekonomi dan penyediaan ke arah penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Kami juga tidak bersetuju sekiranya ada usaha lain yang menyimpang dari persetujuan tersebut atau menggunakan nama saya dan Perdana Menteri dalam mana-mana muslihat lain.
Perdana Menteri turut mengambil perhatian mengenai dakwaan terhadap kalangan anggota jemaah menteri yang menyalahgunakan kuasa atau meraih dukungan politik menerusi pemberian projek.
ANWAR IBRAHIM
21 November 2019
Kredit foto: Pejabat Perdana Menteri/Nurhilmy Basiron
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang duduk, meja dan dalaman

22 nov 2019

Saya melawat Muhammad Adib Asyraf Amiruddin, kanak-kanak berumur 6 tahun yang cedera diserang anjing liar di Port Dickson baru-baru ini. Saya turut diberi taklimat oleh doktor tentang perkembangannya. Semoga Muhammad Adib lekas sembuh dan kembali cergas.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang duduk, kanak-kanak dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri dan dalaman


Selesai ziarah adik Muhammad Adib Asyraf saya terus ke DUN Chuah bagi program Ziarah Kebajikan.
Alhamdulillah saya sempat luang masa di beberapa buah rumah dan menghulurkan bantuan keperluan harian kepada mereka.
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang makan, orang berdiri, kanak-kanak dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 13 orang, orang senyum, orang berdiri dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang berdiri

Saya turut ziarah Exco Perpaduan Kerajaan Negeri Sembilan YB Choo Ken Hwa yang baru-baru ini kehilangan bapa yang tersayang. Semoga kekuatan buat beliau dan keluarga.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk dan dalaman

Selesai ziarah kebajikan saya turut berkesempatan menziarahi keluarga Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang berdiri dan luaran
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk, jambang dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri dan dalaman

Terima kasih kepada semua yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Port Dickson malam ini.
Sambutan sangat meriah ditambah dengan penampilan khas beberapa artis jemputan seperti Mugen Rao dan Kilafairy.

Terima kasih sekali lagi kepada semua warga PD dan juga kakitangan-kakitangan yang menjayakannya.
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, orang duduk dan kanak-kanak













Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang duduk dan makananImej mungkin mengandungi: 14 orang, orang senyum, orang berdiriImej mungkin mengandungi: 14 orang, orang senyum, orang berdiri