((LIVE)) Kembali Demi Rakyat Bersama Rafizi Ramli

(LIVE) Anwar Ibrahim: Majlis Jamuan Makan Malam Sempena Meraikan Sahabat...

AMANAT SAIFUDDIN NASUTION

 




Saudara dan saudari yang dihormati,

Sebagai sebuah parti ‘reform’ dan demokratik KEADILAN mesti menghormati dan melaksanakan hak setiap anggotanya. Menyedari hal ini Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan secara konsensus untuk menjalankan pemilihan parti pada Mei 2022. Ada dua rasional. Pertama mandat demokrasi yang anggota parti berikan kepada pimpinan sekarang ialah tiga tahun maka ianya perlu dikembalikan semula kepada anggota parti untuk memilih. Kedua kekosongan jawatan-jawatan tertinggi dalam hiraki parti ekoran peristiwa khianat Sheraton wajar segera diisi untuk berlaku adil kepada Presiden, pimpinan sekarang dan anggota seluruhnya agar tugas dan tanggungjawab menggerakkan parti digalas bersama oleh kepimpinan baru.

Menjelang pemilihan parti nanti saya ingin menggariskan harapan berikut;

i) Pemilihan parti adalah suatu proses menghurmati hak dan kebebasan memilih dan tidak harus mencarikkan perhubungan dan silaturahmi sesama pimpinan dan anggota

ii) Pemilihan dalam parti bermaksud persaingan sesama rakan perjuangan yang membawa makna yang terpilih dan yang tidak, tetap mempunyai tempat dan peranan di dalam parti

iii) Parti memerlukan satu pasukan kepimpinan yang kuat dan

mantap

yang berupa gabungan semua peringkat anak muda, wanita, pimpinan lama dan pimpinan baru yang akan bersama Presiden mempersiapkan parti mendepani pilihanraya umum ke 15 yang akan berlangsung pada bila-bila masa

iv) Pemilihan ini akan menghasilkan saf kepimpinan baru yang boleh bekerja sebagai satu pasukan, saling menghurmati, saling mengiktiraf peranan dan sumbangan masing-masing, bebas dari amalan berpuak (factions), memanfat kelebihan bersama dan saling membantu kelemahan sesama kita

Saudara dan saudari yang dihurmati,

Sehubungan harapan itu dengan penuh keinsafan dan rendah diri saya Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pada hari ini bahawa saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN pada pemilihan parti kali ini. Saya memohon dan merayu seluruh anggota parti menimbangkan alasan-alasan berikut;

i) Pengalaman dan ketaatan kepada pimpinan dan perjuangan parti selama hampir 23 tahun

ii) Saya bertekad meneruskan usaha sehabis daya membantu institusi Presiden kini disandang Dato Seri Anwar Ibrahim sepertimana sebelumnya membantu Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengukuh dan mempersiap parti menghadapi pilihanraya umum bersama rakan-rakan pimpinan seluruhnya

iii) Saya mengalu-alukan pengumuman awal sahabat saya Rafizi Ramli yang ikut menawar diri. Sejujurnya Rafizi Ramli merupakan asset parti, seorang yang kreatif, intektual, tinggi daya juang dan dihurmati rakan dan lawan. Justru persaingan ini adalah tawaran dua rakan yang ingin terus menyumbang kepada keutuhan parti melalui proses demokrasi yang diizinkan di dalam perlembagaan parti

iv) Saya komited membawa pendekatan kerja berpasukan dan akan memposisikan diri saya sebagai salah seorang ‘team player’ yang menghargai sumbangan setiap orang di dalam parti

v) Bersama pimpinan lain saya ikut membantu mempersiapkan parti khususnya pada pilihanraya 2008, 2013 dan 2018 terkait semua urusan rundingan kerusi, pembikinan manifesto, perancangan strategi, pengukuhan jentera dan kempen seluruh negara

vi) Pada ketika lanskap politik negara sudah banyak berubah yang menyaksikan tiada lagi dominasi tunggal satu parti politik yang mampu menang pilihanraya, maka kemahiran diplomasi politik menjadi suatu keperluan. Saya membawa pengalaman tatkala parti bersama Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan. Saya berhasrat memanfaatkan sedikit kemahiran membantu parti dalam perkara berkait diplomasi politik dalam memelihara hubungan dengan parti-parti sahabat di dalam Pakatan Harapan dan parti-parti lain di negara kita.

vii) Saya juga berjanji akan menghurmati keputusan setiap anggota parti yang membawa maksud jika terpilih saya akan tunaikan amanah dan jika sebaliknya saya akan terus kekal berkhidmat untuk KEADILAN dalam apa jua peranan

 

Ayuh Bangkit Bersama!

 




Saya telah mendedahkan satu dua isu yang melingkari Bumi Kelantan - pemusnahan Buminya bertujuan mengaut kekayaan tanpa menghiraukan akibatnya.

Ia sebagai tambahan dari isu-isu yang sudah lama membelit Rakyat Kelantan - bekalan air bersih, kenaikan cukai tanah, kenaikan harga pasir, masalah kutipan dan pusat pelupusan sampah, masalah parking dan bayaran yg membebankan dan segala macam rungutan rakyat yang nampaknya tidak diendahkan.

Ditimpa pula masalah banjir hasil kesilapan reka bentuk dan pelaksanaan projek tebatan banjir, kehilangan cakna para pemimpin terhadap mangsa terlibat dan semakin terpisah pemimpin dari rakyat marhaen.

Pada masa sama : keperluan kepada kemudahan prasarana, peluang kerja, penjanaan ekonomi dan perumahan mampu milik masih samar-samar.

Isu pembalakan, pembahagian tanah lombong dan penggondolan hutan yang tidak memberikan pulangan maksima kepada rakyat menjadi tumpuan utama pemimpin. Rakyat bawahan dipinggirkan, bah kan dinafikan peluang memiliki kekayaan se adilnya di Bumi mereka sendiri.

Tuntutan royalti petroleum tinggal sepi. Bayaran wang petroleum dari Kerajaan Pusat berakhir dengan gaya mewah para pemimpin.

Di ulek dengan hiasan kata-kata agama yang jauh dari diamalkan, Islam hanya dijadikan buah catur kekuasaan menjelang pilihanraya.

Anak Kelantan terkenal cekal. Berkebolehan. Mampu meneroka jauh jika diberi peluang.

Marilah kita mengangkat sebuah kebersamaan merentasi garis kepartian untuk menyekat kemusnahan, menyingkap kealpaan, membuang kesombongan, menghilangkan kepura-puraan, menyelesaikan keperluan dan melakar bersama jalan pilihan untuk membangun potensi Negeri Kelantan dan Rakyatnya. Ruhani dan jasmani.

Dengan segala kekurangan dan rasa rendah diri, saya ingin mempelawa sahabat-sahabat semua mendaftar di bawah Gerakan Save Kelantan sebagaimana link di bawah ini :

https://forms.gle/bd5bhhd1xQT8eUZ96

Husam Musa

 

Netizen dedah identiti pelajar yang diherdik pensyarah viral UiTM

 

Netizen dedah identiti pelajar yang diherdik pensyarah viral UiTM

Seorang pengguna media sosial tampil menceritakan hal sebenar di sebalik video tular seorang pensyarah wanita berstatus profesor yang memarahi pelajar kerana tidak memiliki komputer riba dan menghina golongan B40.

Pemilik akaun facebook Dato Rusly Abdollah dalam hantaran berkata video tersebut adalah rakaman insiden lama yang berlaku tahun lalu namun ditularkan semula.

Malah katanya, ianya ditularkan oleh rakan kepada mangsa pelajar yang dimarahi oleh pensyarah wanita berkenaan.

“Student dah grad.. video ni last year.. kawan sekelas yg viralkan kt Twitter dan dia dh delete acc lepas viral.. prof yg hina student tu katanya dia dh usahakan laptop utk student tu sampai dia grad.

“Yg jahat sebenarnya kawan sekelas yg viralkan.. dgn niat mengaibkan.. tp netizen tak blh terima isu B40,” ceritanya.


Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat tular memaparkan pensyarah wanita memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.

Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut mencadangkan pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas bagi membantunya membeli komputer riba.

Video itu kemudiannya mengundang rasa tidak puas hati masyarakat dan mendapat perhatian menteri pengajian tinggi yang mahu penjelasan dibuat oleh pihak pengurusan kampus berkenaan.

'23 tahun pengalaman' - Saifuddin tanding timbalan presiden PKR

Saya tak terkejut jika PRU dibuat Ogos atau September - Rafizi



Bekas ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli menjangkakan pilihan raya umum akan datang akan diadakan dalam tempoh empat bulan lagi. Naib Presiden PKR itu memberitahu pemberita semalam bahawa jangkaannya itu dibuat atas beberapa faktor.

PAS juga mahu jumpa Dr Mahathir, kata Hadi

RENTASAN 1102 | PANAS!! SKANDAL 1MDB: INI MOTIFNYA KEBERADAAN JHO LOW DI...

MENARIK DALAM RENTASAN 1102
1. KENAPA GUGURKAN NAMA JHO LOW? 2. MYSEJAHTERA - PERLUKAH LAGI? 3. SYARIKAT RUGI, PENGARAH EKSEKUTIF TETAP UNTUNG





Pemilihan KEADILAN 2022 lebih tenteram - Anwar


 

Pemilihan KEADILAN 2022 diharap akan berjalan dalam susana kekeluargaan sepanjang beberapa bulan akan datang.



Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini tiada serangan sengit dalam kalangan yang mahu bertanding jika dibandingkan pemilihan 2018 lalu.



"Kali ini lebih baik, lebih tenteram. Kenyataan dari calon calon itu lebih baik. Hormat menghormati antara sahabat sababat. Itu ada kemajuan. Tidak ada yang tajam.



"(Seperti) musuh umpamanya. Kalau menang cantas orang. Itu tak ada," kata Anwar di hadapan wartawan usai majlis bersama pemimpin-pemimpin NGO di Lake Club, Kuala Lumpur, semalam.



Terdahulu, Anwar menjawab soalan wartawan mengenai kebajikan kaum India yang perlukan lebih pembelaan termasuk yang dilakukan oleh para NGO.



"Yang saya terang, mesti bawa masalah rakyat susah yang menimpa masyarakat India.



"Sekarang tidak ada penyelesaian jelas soal kerakyatan, kemiskinan, pengangguran, kemiskinan bandar. Ini saya rasa kena ada keberanian kemasyarakat untuk tuntut perubahan yang baik. Ini saya rasa penting. Jangan asyik mengeluh tak ada harapan, kedudukan susah.



"Kita mesti bawa perubahan. Terangkankan kepada rakyat," katanya.



Program bersama NGO itu dianjurkan oleh pengasas SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan dan dihadiri lebih 200 pemimpin dari kalangan NGO India dari kawasan parlimen Hulu Selangor.

 

Jika PH mampu kuasai Putrajaya PRU 15 mengapa tunggu PRU 16? - Amin Ahmad


 

Strategi menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mungkin terbahagi kepada dua, sama ada bagi KEADILAN mahu pun Pakatan Harapan (PH).

Wujud pihak yang memilih untuk bertahan memandangkan kekalahan KEADILAN dan Amanah dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri baru baru ini.

Namun ada pihak yang berpendapat, selepas pemilihan KEADILAN keadaan pasti akan lebih baik kerana masuknya pimpinan yang pernah berjasa memenangkan PH dalam PRU 14 lalu.

Bagi Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad, strategi yang terbaik tentunya perlu diputuskan oleh kepimpinan selepas Pemilihan KEADILAN 2022.

Katanya, jika PH ada peluang menang pada PRU 15 maka mereka perlu menang demi menyelamatkan negara.

"Matriks dalam politik banyak dan pelbagai. Kita katakan personaliti Rafizi agak kuat dan popular tetapi tidak semestinya pandangan beliau bahawa PH atau KEADILAN perlu bergerak sendiri (diterima). Itu cukup untuk menggarap kekuatan untuk menang (sebagai pembangkang yang kuat dahulu).

"Tetapi jika beliau menyasarkan PRU 16 maka itu sesuai dengan kemenangan 80 kerusi itu (sebagaimana dinyatakan Rafizi sebelum ini).

"Tetapi ramai pimpinan lain saya percaya, bila kita mahu pergi PRU 16 tentunya kita melalui PRU 15. Kalau kita mampu melakukan yang terbaik dalam PRU 15 kenapa kita perlu tunggu PRU 16?" katanya dalam forum maya bertanjuk "Pemilihan: Ke Mana Hala Tuju PKR" terbitan Sumberkini, malam tadi.

Menyentuh isu pemilihan parti, Amin optimis pemilihan KEADILAN kali ini akan mengukuhkan parti meskipun ada pihak berkata mungkin akan berlaku perpecahan.

Kata Amin, hakikatnya pemilihan akan meletakkan pemimpin yang dipilih ahli pada tempatnya dan bukan yang dilantik sebagaimana selepas Langkah Sheraton yang lalu.

"Saya secara prinsip yakin persaingan ini perlu dipupuk.

"Inilah juga sifat KEADILAN yang menjadi sebab kestabilan dalam parti lebih sukar berbanding parti lain kerana KEADILAN ini ditubuhkan di jalanan.

"Mereka berani berhadapan pihak berkuasa yang keras. Dengan pihak berkuasa pun mereka berani berlawan, jadi apalah sangat kerana mereka anggap dalam parti mereka perlu berkeras dengan pilihan mereka.

"Bagaimanapun sekiranya anggota parti terlibat secara mendalam, kita berharap KEADILAN akan jadi kuat apabila selepasi pemilihan," katanya.

Selain itu, Amin juga telah membuat beberapa tinjauan, terutama di Twitter berkenaan hala tuju parti selepas kekalahan PRN Johor lalu

Katanya, meskipun tinjauan itu kurang positif namun kepimpinan baharu KEADILAN perlu merangka satu strategi yang meyakinkan untuk rakyat kembali mengundi PH dalam PRU 15.

"Desakan supaya parti pembangkang bersatu, saya pernah ambil pandangan umum secara ringkas di twitter yang mana jawapan telah diberikan oleh 2,000 orang apabila saya tanya mengenai masa depan pembangkang.

"Ada berpandangan PH boleh bergerak sendiri dan ini lebih 40% pengundi. Yang lain ada jawab PH perlu kerjasama dengan PN dan satu lagi pilihan perlu meraikan khemah besar

"Daripada jawapan saya terima, saya lihat dinamik kesulitan keputusan yang perlu dibuat kepimpinan. Kalau pimpinan ambil 60% ada 40% lagi pandangan berbeza," katanya lagi.

Mengenai soalan adakah KEADILAN akan menuju jalan sukar, Amin bagaimanapun menyatakan hal itu tidak tepat kerana detik parti berada di kedudukan terbawah seperti selepas PRU 2004 telah berlalu, dan kini parti lebih besar serta berpengaruh.

Katanya, sekiranya strategi yang dirangka lebih sesuai dan memenuhi hasrat rakyat maka parti akan melakukan kejutan dalam PRU 15

 

Dilema Pemilihan: Saifuddin Atau Rafizi?

Oleh: Hassan Abdul Karim


ULASAN: Dilema yang saya hadapi. Memilih antara Rafizi Ramli atau Saifudin Nasustion dalam pilihan raya parti.Kisah ini tidak penting kepada orang awam. Tidak dibaca pun tak mengapa. Tetapi ia penting buat diri sendiri, dan ingin berkongsi dengan khalayak umum yang mengenali suatu entiti yang dipanggil Parti Keadilan Rakyat, ringkasnya KEADILAN.


Cerita benar. Pada suatu hari di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Johor Bahru berbisik kepada saya. Katanya Rafizi dan Nurul Izzah menjemput saya ke satu majlis pelancaran di Kuala Lumpur, malam Sabtu 26 Mac.



Apabila mendengar nama dua pemimpin muda KEADILAN ini, saya secara automatik menjawab, ya, InsyaAllah, saya akan hadir ke majlis pelancaran tersebut, yang saya tidak tahu pelancaran apa sebenarnya. Tetapi kalimat bersetuju telah diucapkan.



Pulang ke rumah di Johor, selepas itu, keesokannya saya melihat di laman maya, promosi tentang pelancaran “Ayuh, Malaysia”. Majlis ini nampaknya ditujukan kepada generasi muda. Lalu saya menghantar pertanyaan kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, bahawa saya ada “reservation” untuk hadir ke majlis pelancaran “Ayuh Malaysia” itu. Saya katakan kepadanya, bahawa jemputan dari Rafizi dan Nurul Izzah itu suatu penghormatan buat saya, tetapi adakah saya yang sudah tua berusia 70 tahun ini masih diperlukan?


Elak tafsiran memihak sokong Rafizi


Ahli Parlimen Johor Bahru menjawab bahawa, katanya, kehadiran saya di majlis itu nanti adalah satu penghormatan kepada mereka. Jadi pada fikir saya, tidaklah saya nanti menjadi “persona non grata” dalam perhimpunan orang-orang muda.

Tetapi secara jujur, saya cuba mencari alasan untuk tidak pergi ke Majlis “Ayuh Malaysia” di Kuala Lumpur itu untuk mengelak tafsiran Ahli Parlimen Pasir Gudang memihak dan menyokong Rafizi Ramli dan Nurul Izzah dalam persaingan pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.

Tetapi bersyukurlah, saya masih patuh pada janji yang saya buat sendiri. Dari Pasir Gudang, selepas program bertemu rakyat di kawasan, dalam keadaan keletihan, saya merentas lebih 300 kilometer ke ibu kota untuk hadir di majlis Pelancaran “Ayuh Malaysia”.

Tetamu yang hadir di sebuah hotel di kawasan mewah di Kuala Lumpur itu adalah atas jemputan. Ada senarai yang disediakan, dan nama saya ada di dalam senarai itu, lalu saya dibawa terus ke tingkat atas hotel tersebut di mana majlis pelancaran itu baru saja bermula.

Saya memilih untuk duduk di kerusi di belakang. Saya agak takut untuk dibaca dan ditafsirkan tidak menyokong calon lain yang bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.

Saya memberitahu diri sendiri bahawa saya hadir ke majlis pelancaran tersebut kerana mengenang budi dan jasa Rafizi kepada saya yang telah menolong Keadilan memenangkan kerusi Parlimen Pasir Gudang melawan calon kerajaan yang menjawat Menteri Besar Johor ketika itu dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.


Saya masih bersyukur kerana masih menjadi manusia yang tahu erti budi dan jasa, erti hubungan persahabatan. Rafizi berkempen di Pasir Gudang bukan calang-calang untuk menolong saya. Berkali-kali dia datang berceramah dengan trak jelajahnya. Invoke berhempas pulas membantu calon Keadilan yang miskin di Parlimen Pasir Gudang. Mereka melakukan kempen secara “phone bank”.

Rafizi mengeluarkan satu video khas yang ringkas, menyeru pengundi di Pasir Gudang supaya memilih saya yang dikenali dengan panggilan “peguam rakyat”yang mempunyai sebuah pejabat guaman yang daif. Tidak cukup dengan bantuan itu, Rafizi turut menghulurkan sumbangan kewangan secara ikhlas kepada saya bagi memudahkan gerak kerja kempen di dalam pilihan raya itu.

Jadi adakah saya akan menjadi seperti “kacang lupakan kulit”?

Jawapannya tentulah tidak. Bukanlah saya seorang manusia jika melupakan budi baik seorang sahabat. Kerana itu saya hadir ke Majlis Pelancaran “Ayuh Malaysia” pada malam 26 Mac yang lalu. Selepas tamat majlis tersebut, saya yang duduk di belakang, bangun bergerak ke hadapan menemui Rafizi dan bergambar dengannya.


Pemilihan parti


Tetapi di dalam pemilihan parti KEADILAN pada bulan Mei akan datang, saya menghadapi satu keadaan yang cukup serba salah. Kalau Saifuddin Nasustion, Setiausaha Agung KEADILAN sekarang bertanding jawatan Timbalan Presiden, maka saya akan berhadapan situasi sukar. Mana suatu untuk saya pilih? Rafizi atau Saifudin Nasustion?

Inilah yang saya sebut, " ditelan mati emak; diluah mati bapa."


Siapa Saifuddin Nasution?


Saya menghormati Saifuddin sebagai seorang pemimpin parti yang amat berdedikasi. Saya melihat kualiti kepimpinannya terserlah ketika parti KEADILAN menghadapi musibah segerombolan pemimpin yang dipanggil “puak kartel” mengkhianati parti dengan menyerang Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba memecahbelahkan parti. Pada tempoh bergelora tersebut, Saudara Anwar Ibrahim selaku Presiden telah dibantu oleh seorang Setiausaha Agung yang cekap, tabah dan berfokus bagi menyelamatkan bahtera parti KEADILAN daripada tenggelam.

Selain itu, sebagai seorang ahli parlimen yang sentiasa berada di dalam Dewan Rakyat, saya dapat menyaksikan prestasi Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu yang memainkan peranan penting sebagai seorang pemimpin utama KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam setiap perbahasan isu-isu penting rakyat dan negara. Saifudin bersama Anwar Ibrahim sentiasa berada di barisan hadapan.

Adalah gagal jika saya tidak menyebut, dan menyatakan dari sudut pandangan peribadi saya, bahawa antara menteri yang cemerlang dalam Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Saifuddin Nasustion.

Kalau diizinkan saya ingin mengundi Saifudin Nasustion di dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden KEADILAN nanti.

Tetapi saya juga ingin menyokong Rafizi Ramli yang tidak kurang jasanya kepada Parti Keadilan Rakyat.

Siapa Rafizi Ramli?

Biasanya, termasuk Ahli-ahli Parlimen muda yang baru menang pertama kali, akan menjadi bisu dan kelu sebaik jadi Yang Berhormat dengan gaji dan elaun lebih dua puluh ribu.

Ahli-ahli Parlimen baru ini, atau yang dah berpenggal-penggal lamanya berkampung di Dewan Rakyat akan amat berhati-hati menjaga tutur kata, gerak laku, kerana tidak mahu melanggar undang-undang demi mengelak ditangkap, dihukum, dilokap, dipenjara dan hilang kelayakan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang, atau terpenjara ketika berstatus seorang Ahli Parlimen.

Tetapi inilah bezanya Rafizi Ramli. Walaupun dia telah menjadi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi bukan senyap tetapi suaranya semakin lantang dalam isu NFC Feedlot yang dikenali dengan “Lembu kondo”, pendedahan penyelewengan kewangan negara dalam pelbagai isu seperti isu 1MDB, isu Tabung Haji, isu Mara dan banyak lagi, termasuk isu Felda.

Ini bukan temberang kosong dari saya. Saya boleh menjadi saksi. Pada suatu hari saya selaku seorang peguam telah menemani Rafizi di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur dalam isu penyelewengan Pengerusi Felda ketika itu. Di IPD itu, saya dapat menyaksikan ketika itu bagaimana telitinya Rafizi, seorang yang terlatih sebagai seorang Akauntan dan Auditor mengemukakan fakta-fakta untuk laporan polisnya itu.

Akibat ini semua, Rafizi semasa seorang Ahli Parlimen, telah ditahan polis, dilokap, dibicarakan dengan lebih sepuluh tuduhan. Dia terpaksa naik turun mahkamah saban hari dalam seminggu. Ahli Parlimen Pandan itu kemudian telah dijatuhkan hukum bersalah. Hilang kelayakannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 2018. Tetapi Rafizi tidak mengaku kalah. Dia terus berkempen menolong calon-calon KEADILAN dan juga PH melalui pertubuhan Invoke yang dipimpinnya. Dalam hal yang sama Rafizi anak Trengganu ini, terus melawan di mahkamah sehingga dia menang dalam rayuannya dan bebas dari sabitan bersalah. Dalam frasa yang ringkas, Rafizi adalah seorang pejuang.

Maka pada bulan Mac 2022 ini, selepas Parti KEADILAN khususnya tewas di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada bulan November 2021, PRN Sarawak Disember 2021 dan PRN Johor 12 Mac 2022, Rafizi muncul kembali dan menawarkan khidmatnya kepada KEADILAN ketika parti kalah, Parti KEADILAN berada dalam keadaan lemah.


Dalam keadaan seperti ini saya teringat kata-kata seorang pemimpin hak asasi manusia, Martin Luther King, Jr di mana beliau berkata,

“The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort and convenience, but where he stands at times of challenge and controversy.”


Dilema saya masih belum menemui titik berhenti. Namun undi itu rahsia. Itulah cantiknya demokrasi.

________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir Gudang

 


NAJIK ...RAKYAT JAWAB ISU TOL.....


 

MOHD AFFENDI ABAS


Pasal Najib dok berbunyi tentang kadar tol kita jawab.

Tahun 1999 (BN)- Konsesi tol dilanjutkan 12 tahun dan kadar tol meningkat 26%

Tahun 2011 (BN)- Kadar tol naik 5% setiap 3 tahun.

Tahun 2015 (BN)- Konsesi tol dilanjutkan lagi 8 tahun sehingga 2038.

Tahun 2020- (PH) Turunkan harga tol secara berperingat dengan permulaan 18% pengurangan dan bekukan kadar kenaikan.

Jadi siapa yang lebih bersungguh untuk mengurangkan beban rakyat dalam isu tol ini? PH atau BN? 🤭

#BNgsatNegara

#PakatanHarapanNegara

Pasal Najib dok berbunyi tentang kadar tol kita jawab.

Tahun 1999 (BN)- Konsesi tol dilanjutkan 12 tahun dan kadar tol meningkat 26%

Tahun 2011 (BN)- Kadar tol naik 5% setiap 3 tahun.

Tahun 2015 (BN)- Konsesi tol dilanjutkan lagi 8 tahun sehingga 2038.

Tahun 2020- (PH) Turunkan harga tol secara berperingat dengan permulaan 18% pengurangan dan bekukan kadar kenaikan.

Jadi siapa yang lebih bersungguh untuk mengurangkan beban rakyat dalam isu tol ini? PH atau BN? 🤭

#BNgsatNegara

#PakatanHarapanNegara