AMANAT SAIFUDDIN NASUTION
Saudara dan saudari yang dihormati,
Sebagai sebuah parti ‘reform’ dan demokratik
KEADILAN mesti menghormati dan melaksanakan hak setiap anggotanya. Menyedari
hal ini Majlis Pimpinan Pusat telah membuat keputusan secara konsensus untuk
menjalankan pemilihan parti pada Mei 2022. Ada dua rasional. Pertama mandat
demokrasi yang anggota parti berikan kepada pimpinan sekarang ialah tiga tahun
maka ianya perlu dikembalikan semula kepada anggota parti untuk memilih. Kedua
kekosongan jawatan-jawatan tertinggi dalam hiraki parti ekoran peristiwa
khianat Sheraton wajar segera diisi untuk berlaku adil kepada Presiden,
pimpinan sekarang dan anggota seluruhnya agar tugas dan tanggungjawab
menggerakkan parti digalas bersama oleh kepimpinan baru.
Menjelang pemilihan parti nanti saya ingin
menggariskan harapan berikut;
i) Pemilihan parti adalah suatu proses menghurmati
hak dan kebebasan memilih dan tidak harus mencarikkan perhubungan dan
silaturahmi sesama pimpinan dan anggota
ii) Pemilihan dalam parti bermaksud persaingan
sesama rakan perjuangan yang membawa makna yang terpilih dan yang tidak, tetap
mempunyai tempat dan peranan di dalam parti
iii) Parti memerlukan satu pasukan kepimpinan yang
kuat dan
mantap
yang berupa gabungan semua peringkat anak muda,
wanita, pimpinan lama dan pimpinan baru yang akan bersama Presiden
mempersiapkan parti mendepani pilihanraya umum ke 15 yang akan berlangsung pada
bila-bila masa
iv) Pemilihan ini akan menghasilkan saf kepimpinan
baru yang boleh bekerja sebagai satu pasukan, saling menghurmati, saling
mengiktiraf peranan dan sumbangan masing-masing, bebas dari amalan berpuak
(factions), memanfat kelebihan bersama dan saling membantu kelemahan sesama
kita
Saudara dan saudari yang dihurmati,
Sehubungan harapan itu dengan penuh keinsafan dan
rendah diri saya Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pada hari ini bahawa
saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN pada
pemilihan parti kali ini. Saya memohon dan merayu seluruh anggota parti
menimbangkan alasan-alasan berikut;
i) Pengalaman dan ketaatan kepada pimpinan dan
perjuangan parti selama hampir 23 tahun
ii) Saya bertekad meneruskan usaha sehabis daya
membantu institusi Presiden kini disandang Dato Seri Anwar Ibrahim sepertimana
sebelumnya membantu Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengukuh dan mempersiap
parti menghadapi pilihanraya umum bersama rakan-rakan pimpinan seluruhnya
iii) Saya mengalu-alukan pengumuman awal sahabat
saya Rafizi Ramli yang ikut menawar diri. Sejujurnya Rafizi Ramli merupakan
asset parti, seorang yang kreatif, intektual, tinggi daya juang dan dihurmati
rakan dan lawan. Justru persaingan ini adalah tawaran dua rakan yang ingin
terus menyumbang kepada keutuhan parti melalui proses demokrasi yang diizinkan
di dalam perlembagaan parti
iv) Saya komited membawa pendekatan kerja
berpasukan dan akan memposisikan diri saya sebagai salah seorang ‘team player’
yang menghargai sumbangan setiap orang di dalam parti
v) Bersama pimpinan lain saya ikut membantu
mempersiapkan parti khususnya pada pilihanraya 2008, 2013 dan 2018 terkait
semua urusan rundingan kerusi, pembikinan manifesto, perancangan strategi,
pengukuhan jentera dan kempen seluruh negara
vi) Pada ketika lanskap politik negara sudah banyak
berubah yang menyaksikan tiada lagi dominasi tunggal satu parti politik yang
mampu menang pilihanraya, maka kemahiran diplomasi politik menjadi suatu
keperluan. Saya membawa pengalaman tatkala parti bersama Barisan Alternatif,
Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan. Saya berhasrat memanfaatkan sedikit
kemahiran membantu parti dalam perkara berkait diplomasi politik dalam
memelihara hubungan dengan parti-parti sahabat di dalam Pakatan Harapan dan
parti-parti lain di negara kita.
vii) Saya juga berjanji akan menghurmati keputusan
setiap anggota parti yang membawa maksud jika terpilih saya akan tunaikan
amanah dan jika sebaliknya saya akan terus kekal berkhidmat untuk KEADILAN
dalam apa jua peranan
Ayuh Bangkit Bersama!
Saya telah mendedahkan satu dua isu yang melingkari
Bumi Kelantan - pemusnahan Buminya bertujuan mengaut kekayaan tanpa
menghiraukan akibatnya.
Ia sebagai tambahan dari isu-isu yang sudah lama
membelit Rakyat Kelantan - bekalan air bersih, kenaikan cukai tanah, kenaikan
harga pasir, masalah kutipan dan pusat pelupusan sampah, masalah parking dan
bayaran yg membebankan dan segala macam rungutan rakyat yang nampaknya tidak
diendahkan.
Ditimpa pula masalah banjir hasil kesilapan reka
bentuk dan pelaksanaan projek tebatan banjir, kehilangan cakna para pemimpin
terhadap mangsa terlibat dan semakin terpisah pemimpin dari rakyat marhaen.
Pada masa sama : keperluan kepada kemudahan
prasarana, peluang kerja, penjanaan ekonomi dan perumahan mampu milik masih
samar-samar.
Isu pembalakan, pembahagian tanah lombong dan
penggondolan hutan yang tidak memberikan pulangan maksima kepada rakyat menjadi
tumpuan utama pemimpin. Rakyat bawahan dipinggirkan, bah kan dinafikan peluang
memiliki kekayaan se adilnya di Bumi mereka sendiri.
Tuntutan royalti petroleum tinggal sepi. Bayaran
wang petroleum dari Kerajaan Pusat berakhir dengan gaya mewah para pemimpin.
Di ulek dengan hiasan kata-kata agama yang jauh
dari diamalkan, Islam hanya dijadikan buah catur kekuasaan menjelang
pilihanraya.
Anak Kelantan terkenal cekal. Berkebolehan. Mampu
meneroka jauh jika diberi peluang.
Marilah kita mengangkat sebuah kebersamaan
merentasi garis kepartian untuk menyekat kemusnahan, menyingkap kealpaan,
membuang kesombongan, menghilangkan kepura-puraan, menyelesaikan keperluan dan
melakar bersama jalan pilihan untuk membangun potensi Negeri Kelantan dan
Rakyatnya. Ruhani dan jasmani.
Dengan segala kekurangan dan rasa rendah diri, saya
ingin mempelawa sahabat-sahabat semua mendaftar di bawah Gerakan Save Kelantan
sebagaimana link di bawah ini :
https://forms.gle/bd5bhhd1xQT8eUZ96
Husam Musa
Netizen dedah identiti pelajar yang diherdik pensyarah viral UiTM
Seorang pengguna media sosial tampil menceritakan hal sebenar di sebalik video tular seorang pensyarah wanita berstatus profesor yang memarahi pelajar kerana tidak memiliki komputer riba dan menghina golongan B40.
Pemilik akaun facebook Dato Rusly Abdollah dalam hantaran berkata video tersebut adalah rakaman insiden lama yang berlaku tahun lalu namun ditularkan semula.
Malah katanya, ianya ditularkan oleh rakan kepada mangsa pelajar yang dimarahi oleh pensyarah wanita berkenaan.
“Student dah grad.. video ni last year.. kawan sekelas yg viralkan kt Twitter dan dia dh delete acc lepas viral.. prof yg hina student tu katanya dia dh usahakan laptop utk student tu sampai dia grad.
“Yg jahat sebenarnya kawan sekelas yg viralkan.. dgn niat mengaibkan.. tp netizen tak blh terima isu B40,” ceritanya.
Terdahulu, satu rakaman video klip berdurasi 1 minit 45 saat tular memaparkan pensyarah wanita memarahi seorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba dan dilihat seolah-olah memperlekehkan golongan B40.
Menerusi rakaman itu, pensyarah wanita berkenaan turut mencadangkan pelajar terbabit meminta kakaknya menjual gelang emas bagi membantunya membeli komputer riba.
Video itu kemudiannya mengundang rasa tidak puas hati masyarakat dan mendapat perhatian menteri pengajian tinggi yang mahu penjelasan dibuat oleh pihak pengurusan kampus berkenaan.
Saya tak terkejut jika PRU dibuat Ogos atau September - Rafizi
RENTASAN 1102 | PANAS!! SKANDAL 1MDB: INI MOTIFNYA KEBERADAAN JHO LOW DI...
Pemilihan KEADILAN 2022 lebih tenteram - Anwar
Pemilihan
KEADILAN 2022 diharap akan berjalan dalam susana kekeluargaan sepanjang
beberapa bulan akan datang.
Menurut
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini tiada serangan sengit
dalam kalangan yang mahu bertanding jika dibandingkan pemilihan 2018 lalu.
"Kali
ini lebih baik, lebih tenteram. Kenyataan dari calon calon itu lebih baik.
Hormat menghormati antara sahabat sababat. Itu ada kemajuan. Tidak ada yang
tajam.
"(Seperti)
musuh umpamanya. Kalau menang cantas orang. Itu tak ada," kata Anwar di
hadapan wartawan usai majlis bersama pemimpin-pemimpin NGO di Lake Club, Kuala
Lumpur, semalam.
Terdahulu,
Anwar menjawab soalan wartawan mengenai kebajikan kaum India yang perlukan
lebih pembelaan termasuk yang dilakukan oleh para NGO.
"Yang
saya terang, mesti bawa masalah rakyat susah yang menimpa masyarakat India.
"Sekarang
tidak ada penyelesaian jelas soal kerakyatan, kemiskinan, pengangguran,
kemiskinan bandar. Ini saya rasa kena ada keberanian kemasyarakat untuk tuntut
perubahan yang baik. Ini saya rasa penting. Jangan asyik mengeluh tak ada
harapan, kedudukan susah.
"Kita
mesti bawa perubahan. Terangkankan kepada rakyat," katanya.
Program
bersama NGO itu dianjurkan oleh pengasas SP Care, Dr Sathia Prakash Nadarajan
dan dihadiri lebih 200 pemimpin dari kalangan NGO India dari kawasan parlimen
Hulu Selangor.
Jika PH mampu kuasai Putrajaya PRU 15 mengapa tunggu PRU 16? - Amin Ahmad
Strategi
menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mungkin terbahagi kepada dua, sama ada
bagi KEADILAN mahu pun Pakatan Harapan (PH).
Wujud pihak yang memilih untuk bertahan memandangkan kekalahan KEADILAN dan Amanah dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri baru baru ini.
Namun ada pihak yang berpendapat, selepas pemilihan KEADILAN keadaan pasti akan lebih baik kerana masuknya pimpinan yang pernah berjasa memenangkan PH dalam PRU 14 lalu.
Bagi Ahli Parlimen Kangar, Amin Ahmad, strategi yang terbaik tentunya perlu diputuskan oleh kepimpinan selepas Pemilihan KEADILAN 2022.
Katanya, jika PH ada peluang menang pada PRU 15 maka mereka perlu menang demi menyelamatkan negara.
"Matriks dalam politik banyak dan pelbagai. Kita katakan personaliti Rafizi agak kuat dan popular tetapi tidak semestinya pandangan beliau bahawa PH atau KEADILAN perlu bergerak sendiri (diterima). Itu cukup untuk menggarap kekuatan untuk menang (sebagai pembangkang yang kuat dahulu).
"Tetapi jika beliau menyasarkan PRU 16 maka itu sesuai dengan kemenangan 80 kerusi itu (sebagaimana dinyatakan Rafizi sebelum ini).
"Tetapi ramai pimpinan lain saya percaya, bila kita mahu pergi PRU 16 tentunya kita melalui PRU 15. Kalau kita mampu melakukan yang terbaik dalam PRU 15 kenapa kita perlu tunggu PRU 16?" katanya dalam forum maya bertanjuk "Pemilihan: Ke Mana Hala Tuju PKR" terbitan Sumberkini, malam tadi.
Menyentuh isu pemilihan parti, Amin optimis pemilihan KEADILAN kali ini akan mengukuhkan parti meskipun ada pihak berkata mungkin akan berlaku perpecahan.
Kata Amin, hakikatnya pemilihan akan meletakkan pemimpin yang dipilih ahli pada tempatnya dan bukan yang dilantik sebagaimana selepas Langkah Sheraton yang lalu.
"Saya secara prinsip yakin persaingan ini perlu dipupuk.
"Inilah juga sifat KEADILAN yang menjadi sebab kestabilan dalam parti lebih sukar berbanding parti lain kerana KEADILAN ini ditubuhkan di jalanan.
"Mereka berani berhadapan pihak berkuasa yang keras. Dengan pihak berkuasa pun mereka berani berlawan, jadi apalah sangat kerana mereka anggap dalam parti mereka perlu berkeras dengan pilihan mereka.
"Bagaimanapun sekiranya anggota parti terlibat secara mendalam, kita berharap KEADILAN akan jadi kuat apabila selepasi pemilihan," katanya.
Selain itu, Amin juga telah membuat beberapa tinjauan, terutama di Twitter berkenaan hala tuju parti selepas kekalahan PRN Johor lalu
Katanya, meskipun tinjauan itu kurang positif namun kepimpinan baharu KEADILAN perlu merangka satu strategi yang meyakinkan untuk rakyat kembali mengundi PH dalam PRU 15.
"Desakan supaya parti pembangkang bersatu, saya pernah ambil pandangan umum secara ringkas di twitter yang mana jawapan telah diberikan oleh 2,000 orang apabila saya tanya mengenai masa depan pembangkang.
"Ada berpandangan PH boleh bergerak sendiri dan ini lebih 40% pengundi. Yang lain ada jawab PH perlu kerjasama dengan PN dan satu lagi pilihan perlu meraikan khemah besar
"Daripada jawapan saya terima, saya lihat dinamik kesulitan keputusan yang perlu dibuat kepimpinan. Kalau pimpinan ambil 60% ada 40% lagi pandangan berbeza," katanya lagi.
Mengenai soalan adakah KEADILAN akan menuju jalan sukar, Amin bagaimanapun menyatakan hal itu tidak tepat kerana detik parti berada di kedudukan terbawah seperti selepas PRU 2004 telah berlalu, dan kini parti lebih besar serta berpengaruh.
Katanya, sekiranya strategi yang dirangka lebih sesuai dan memenuhi hasrat rakyat maka parti akan melakukan kejutan dalam PRU 15
Dilema Pemilihan: Saifuddin Atau Rafizi?
Oleh: Hassan Abdul Karim
ULASAN: Dilema yang saya hadapi. Memilih antara Rafizi Ramli atau Saifudin Nasustion dalam pilihan raya parti.Kisah ini tidak penting kepada orang awam. Tidak dibaca pun tak mengapa. Tetapi ia penting buat diri sendiri, dan ingin berkongsi dengan khalayak umum yang mengenali suatu entiti yang dipanggil Parti Keadilan Rakyat, ringkasnya KEADILAN.
Elak tafsiran memihak sokong Rafizi
Ahli Parlimen Johor Bahru menjawab bahawa, katanya, kehadiran saya di majlis itu nanti adalah satu penghormatan kepada mereka. Jadi pada fikir saya, tidaklah saya nanti menjadi “persona non grata” dalam perhimpunan orang-orang muda.
Tetapi secara jujur, saya cuba mencari alasan untuk tidak pergi ke Majlis “Ayuh Malaysia” di Kuala Lumpur itu untuk mengelak tafsiran Ahli Parlimen Pasir Gudang memihak dan menyokong Rafizi Ramli dan Nurul Izzah dalam persaingan pemilihan Parti Keadilan Rakyat yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti.
Tetapi bersyukurlah, saya masih patuh pada janji yang saya buat sendiri. Dari Pasir Gudang, selepas program bertemu rakyat di kawasan, dalam keadaan keletihan, saya merentas lebih 300 kilometer ke ibu kota untuk hadir di majlis Pelancaran “Ayuh Malaysia”.
Tetamu yang hadir di sebuah hotel di kawasan mewah di Kuala Lumpur itu adalah atas jemputan. Ada senarai yang disediakan, dan nama saya ada di dalam senarai itu, lalu saya dibawa terus ke tingkat atas hotel tersebut di mana majlis pelancaran itu baru saja bermula.
Saya memilih untuk duduk di kerusi di belakang. Saya agak takut untuk dibaca dan ditafsirkan tidak menyokong calon lain yang bertanding jawatan Timbalan Presiden KEADILAN.
Saya memberitahu diri sendiri bahawa
saya hadir ke majlis pelancaran tersebut kerana mengenang budi dan jasa Rafizi
kepada saya yang telah menolong Keadilan memenangkan kerusi Parlimen Pasir
Gudang melawan calon kerajaan yang menjawat Menteri Besar Johor ketika itu
dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018.
Saya masih bersyukur kerana masih menjadi manusia yang tahu erti budi dan jasa, erti hubungan persahabatan. Rafizi berkempen di Pasir Gudang bukan calang-calang untuk menolong saya. Berkali-kali dia datang berceramah dengan trak jelajahnya. Invoke berhempas pulas membantu calon Keadilan yang miskin di Parlimen Pasir Gudang. Mereka melakukan kempen secara “phone bank”.
Rafizi mengeluarkan satu video khas yang ringkas, menyeru pengundi di Pasir Gudang supaya memilih saya yang dikenali dengan panggilan “peguam rakyat”yang mempunyai sebuah pejabat guaman yang daif. Tidak cukup dengan bantuan itu, Rafizi turut menghulurkan sumbangan kewangan secara ikhlas kepada saya bagi memudahkan gerak kerja kempen di dalam pilihan raya itu.
Jadi adakah saya akan menjadi seperti “kacang lupakan kulit”?
Jawapannya tentulah tidak. Bukanlah
saya seorang manusia jika melupakan budi baik seorang sahabat. Kerana itu saya
hadir ke Majlis Pelancaran “Ayuh Malaysia” pada malam 26 Mac yang lalu. Selepas
tamat majlis tersebut, saya yang duduk di belakang, bangun bergerak ke hadapan
menemui Rafizi dan bergambar dengannya.
Pemilihan parti
Tetapi di dalam pemilihan parti KEADILAN pada bulan Mei akan datang, saya menghadapi satu keadaan yang cukup serba salah. Kalau Saifuddin Nasustion, Setiausaha Agung KEADILAN sekarang bertanding jawatan Timbalan Presiden, maka saya akan berhadapan situasi sukar. Mana suatu untuk saya pilih? Rafizi atau Saifudin Nasustion?
Inilah yang saya sebut, " ditelan
mati emak; diluah mati bapa."
Siapa Saifuddin Nasution?
Saya menghormati Saifuddin sebagai seorang pemimpin parti yang amat berdedikasi. Saya melihat kualiti kepimpinannya terserlah ketika parti KEADILAN menghadapi musibah segerombolan pemimpin yang dipanggil “puak kartel” mengkhianati parti dengan menyerang Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba memecahbelahkan parti. Pada tempoh bergelora tersebut, Saudara Anwar Ibrahim selaku Presiden telah dibantu oleh seorang Setiausaha Agung yang cekap, tabah dan berfokus bagi menyelamatkan bahtera parti KEADILAN daripada tenggelam.
Selain itu, sebagai seorang ahli parlimen yang sentiasa berada di dalam Dewan Rakyat, saya dapat menyaksikan prestasi Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru itu yang memainkan peranan penting sebagai seorang pemimpin utama KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam setiap perbahasan isu-isu penting rakyat dan negara. Saifudin bersama Anwar Ibrahim sentiasa berada di barisan hadapan.
Adalah gagal jika saya tidak menyebut, dan menyatakan dari sudut pandangan peribadi saya, bahawa antara menteri yang cemerlang dalam Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna iaitu Saifuddin Nasustion.
Kalau diizinkan saya ingin mengundi Saifudin Nasustion di dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden KEADILAN nanti.
Tetapi saya juga ingin menyokong Rafizi Ramli yang tidak kurang jasanya kepada Parti Keadilan Rakyat.
Siapa Rafizi Ramli?
Biasanya, termasuk Ahli-ahli Parlimen muda yang baru menang pertama kali, akan menjadi bisu dan kelu sebaik jadi Yang Berhormat dengan gaji dan elaun lebih dua puluh ribu.
Ahli-ahli Parlimen baru ini, atau yang dah berpenggal-penggal lamanya berkampung di Dewan Rakyat akan amat berhati-hati menjaga tutur kata, gerak laku, kerana tidak mahu melanggar undang-undang demi mengelak ditangkap, dihukum, dilokap, dipenjara dan hilang kelayakan sebagai calon dalam pilihan raya akan datang, atau terpenjara ketika berstatus seorang Ahli Parlimen.
Tetapi inilah bezanya Rafizi Ramli. Walaupun dia telah menjadi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi bukan senyap tetapi suaranya semakin lantang dalam isu NFC Feedlot yang dikenali dengan “Lembu kondo”, pendedahan penyelewengan kewangan negara dalam pelbagai isu seperti isu 1MDB, isu Tabung Haji, isu Mara dan banyak lagi, termasuk isu Felda.
Ini bukan temberang kosong dari saya. Saya boleh menjadi saksi. Pada suatu hari saya selaku seorang peguam telah menemani Rafizi di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur dalam isu penyelewengan Pengerusi Felda ketika itu. Di IPD itu, saya dapat menyaksikan ketika itu bagaimana telitinya Rafizi, seorang yang terlatih sebagai seorang Akauntan dan Auditor mengemukakan fakta-fakta untuk laporan polisnya itu.
Akibat ini semua, Rafizi semasa seorang Ahli Parlimen, telah ditahan polis, dilokap, dibicarakan dengan lebih sepuluh tuduhan. Dia terpaksa naik turun mahkamah saban hari dalam seminggu. Ahli Parlimen Pandan itu kemudian telah dijatuhkan hukum bersalah. Hilang kelayakannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14, 2018. Tetapi Rafizi tidak mengaku kalah. Dia terus berkempen menolong calon-calon KEADILAN dan juga PH melalui pertubuhan Invoke yang dipimpinnya. Dalam hal yang sama Rafizi anak Trengganu ini, terus melawan di mahkamah sehingga dia menang dalam rayuannya dan bebas dari sabitan bersalah. Dalam frasa yang ringkas, Rafizi adalah seorang pejuang.
Maka pada bulan Mac 2022 ini, selepas
Parti KEADILAN khususnya tewas di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada bulan
November 2021, PRN Sarawak Disember 2021 dan PRN Johor 12 Mac 2022, Rafizi
muncul kembali dan menawarkan khidmatnya kepada KEADILAN ketika parti kalah,
Parti KEADILAN berada dalam keadaan lemah.
Dalam keadaan seperti ini saya teringat kata-kata seorang pemimpin hak asasi manusia, Martin Luther King, Jr di mana beliau berkata,
“The ultimate measure of a man is not
where he stands in moments of comfort and convenience, but where he stands at
times of challenge and controversy.”
Dilema saya masih belum menemui titik berhenti. Namun undi itu rahsia. Itulah cantiknya demokrasi.
________________________________________________________________________________
Penulis merupakan Ahli Parlimen Pasir
Gudang
NAJIK ...RAKYAT JAWAB ISU TOL.....
MOHD AFFENDI ABAS
Pasal Najib dok berbunyi tentang kadar tol kita
jawab.
Tahun 1999 (BN)- Konsesi tol dilanjutkan 12 tahun
dan kadar tol meningkat 26%
Tahun 2011 (BN)- Kadar tol naik 5% setiap 3 tahun.
Tahun 2015 (BN)- Konsesi tol dilanjutkan lagi 8
tahun sehingga 2038.
Tahun 2020- (PH) Turunkan harga tol secara
berperingat dengan permulaan 18% pengurangan dan bekukan kadar kenaikan.
Jadi siapa yang lebih bersungguh untuk mengurangkan
beban rakyat dalam isu tol ini? PH atau BN?
Pasal Najib dok berbunyi tentang kadar tol kita
jawab.
Tahun 1999 (BN)- Konsesi tol dilanjutkan 12 tahun
dan kadar tol meningkat 26%
Tahun 2011 (BN)- Kadar tol naik 5% setiap 3 tahun.
Tahun 2015 (BN)- Konsesi tol dilanjutkan lagi 8
tahun sehingga 2038.
Tahun 2020- (PH) Turunkan harga tol secara
berperingat dengan permulaan 18% pengurangan dan bekukan kadar kenaikan.
Jadi siapa yang lebih bersungguh untuk mengurangkan
beban rakyat dalam isu tol ini? PH atau BN?