28 peratus sahaja berat buku teks dan latihan???





28 peratus sahaja berat buku teks dan latihan???

Ini merupakan kenyataan dari KPM melalui jawapan Timbalan Menteri pada tahun 2022.

Jawapan yang sama pegawai KPM berikan kepada saya pada tahun 2018 yang telah saya arahkan mereka untuk perbetulkan selepas menerima kritikan dari guru dan ibu bapa.

Apakah mereka gunakan kajian yg sama bagi tahun 2018?

Kajian yang dilakukan oleh pegawai KPM pada tahun 2018 itu telah saya sangkal, maka lahirlah pekeliling untuk sekolah melakukan jadual anjal demi menanggani masalah beg berat pada tahun 2018.

Walau bagaimanapun ianya tidak akan dapat menyelesaikan isu tersebut secara mapan selagimana kita masih mengikuti kaedah lama di dalam sistem pendidikan kita. Kita perlukan sistem pendidikan yang lebih baharu, lebih berdaya saing dan selari dengan perkembangan zaman.

Maka, seperti yang telah saya berkali-kali utarakan di parlimen dan wawancara media, kita perlu merujuk semula kepada Laporan JK Kajian Dasar Pendidikan Negara pada tahun 2019, dan melaksanakan ‘Model Pendidikan Baharu’ (New Education Model) yang dicadangkn oleh lporan tersebut.

Model Pendidikan Baharu itu menekankan konsep tematik di dalam pembelajaran, terutamanya di peringkat sekolah rendah, manakala sistem modular untuk sekolah menengah. Pendekatan ini akan merubah paksi pembelajaran secara holistik daripada tumpuan kepada guru dan buku teks kepada pembelajaran berpaksikan murid dan kemenjadian murid.

Kita perlukan rombakan struktural ke atas kurikulum sekolah kita. Keadaan pasca wabak Covid merupakan peluang untuk melakukannya. KPM tidak perlu memulakan sekali lagi usaha tersebut (no need to reinvent the wheel). Rujuk sahaja kepada Model Pendidikan Baharu tersebut dan juga Laporan JK Kajian Dasar Pendidikan Negara.

Lihat:

https://premium.sinarharian.com.my/ampArticle/188418

https://www.utusan.com.my/.../rombakan-kurikulum.../

 

No comments: