AS TEGUR ISU BURUH PAKSA SEJAK 2006, MENGAPA PH SALAH?


PH PERNAH CUBA KETATKAN SABITAN HUKUMAN MATI TAPI TAK BERJAYA


GABUNGAN PARTI PEMBANGKANG DIPERLUKAN MENUJU PRU


KHEMAH BESAR – UNTUK MEMAYUNGI NASIB RAKYAT ATAU BAGI MENEDUHKAN DIRI SENDIRI?

 

Ada pihak tertentu dalam PH nampaknya masih tak habis-habis bercakap soal khemah besar dan mahukannya jadi kenyataan, walaupun sambutan daripada pihak yang ingin dijemput itu kelihatan agak dingin.

Kecuali Bersatu yang tampak ada sedikit respon dengan Presidennya, Mahiaddin Md Yasin menyatakan terbuka untuk berunding, tetapi Pas yang merupakan rakan sekutu dalam PN, terang-terang menolak untuk bekerjasama dengan PH.

Sepatutnya dengan penolakan Pas itu, malah DAP melalui kenyataan Anthony Loke dan Amanah menerusi kenyataan Mohamad Sabu, kedua-duanya juga enggan bekerjasama dengan Pas, soal khemah besar itu tidak lagi diperbincangkan kerana sudah layak dikuburkan dalam hutan di hujung kampung.

Lebih daripada itu, Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR juga menegaskan, pihaknya tidak terlibat dalam sebarang perbincangan mengenai khemah besar.

Tak reti-reti bahasa lagi ke?

Kalau khemah besar itu hanya untuk membawa Pejuang, Warisan dan Muda ke tempat perteduhan PH, ia sebenarnya tidaklah cukup besar dan mampu menggugat sesiapa, bahkan tiada siapa pun yang tergugat dengannya.

Tetapi, mengapakah pemimpin tertentu dalam PH masih lagi tergila-gilakan dengan khemah besar?

Tak yakinkah mereka mampu menang di kerusi yang dipegang sekarang jika berlaku pertandingan tiga penjuru?

Atau air sudah naik ke kepala dan tak sabar lagi nak jadi menteri semula?

Jika dilihat dalam dua PRN sebelum ini – Melaka dan Johor – meskipun PH memiliki bilangan Ahli Parlimen paling ramai berbanding BN dan PN iaitu 90 orang, namun kedudukan dari segi sokongan pengundi meletakkannya hanya di tempat ketiga saja.

Sebaliknya, BN dengan jumlah Ahli Parlimen seramai 43 orang (UMNO, MCA, MIC dan PBRS) telah menjadi pilihan pengundi dan memenangi kedua-dua PRN itu dengan majoriti dua pertiga.

Yang lebih malang, PN yang mempunyai 50 Ahli Parlimen (Bersatu, Pas, Star) telah menduduki tempat kedua dari segi sokongan pengundi dan berjaya menewaskan PH.

Jadi, di mana silapnya?

Apakah 90 Ahli Parlimen PH itu tidak berfungsi untuk mendekati dan menarik sokongan rakyat?

Apakah juga Ahli-Ahli Parlimen PH yang pernah menjadi menteri dan timbalan menteri selama 22 bulan sebelum ini tiada upaya menunjukkan kebaikan dan sumbangan mereka ketika memegang jawatan dahulu yang boleh dikenang oleh rakyat?

Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin PH yang sekarang siang malam bercakap soal khemah besar, sebelum bercakap mengenainya, eloklah fikir panjang-panjang dulu.

Yang paling utama ialah bekerjasama dengan mereka yang pernah khianat dan menjadi pengkhianat hanya akan akan menyebabkan rakyat lebih membenci dan menolak PH.

Tidak kira pengkhianat yang ada dalam PN atau yang bersepah-sepah dalam parti kecil lain, mereka itu tidak layak diberi nyawa lagi, sebaliknya harus “dimatikan” dalam PRU15 akan datang supaya politik negara lebih aman dan tenteram.

Lagi pun, bekerjasama dengan mereka itu hanya akan mengundang perbalahan awal dari segi pembahagian kerusi dan siapa calon Perdana Menteri sebelum masuk ke medan pertempuran PRU15.

Kalau UMNO yang bekerjsama dengan Bersatu dan Pas dalam kerajaan sekarang pun tidak mahu bekerjasama dan tidak mempercayai kedua-dua parti itu dalam menghadapi PRU15, apakah PH tidak insaf dan tiada rasa malu untuk berbaik dengan mereka?

Benarlah memaaf dan melupakan kejadian lama itu sesuatu yang baik, tambahan atas semangat Ramadan atau Syawal, tetapi adakah orang yang kita ketahui jahat boleh dibawa masuk ke dalam rumah atau sebaiknya kita hanya bertegur sapa dengannya di kedai kopi saja?

Untuk itu, kepada pihak tertentu dalam PH, lebih baiklah lupakan khemah besar dan tumpukan segala tenaga yang ada mulai sekarang, khusus dengan 90 Ahli Parlimen dan dua kerajaan negeri yang dipegang, bagi benar-benar memperjuang dan mendekati rakyat.

Tidak guna siang malam bercakap soal khemah besar, tetapi malas memperjuangkan nasib rakyat sehingga Husam Musa yang kebelakangan ini aktif membongkar isu pembalakan di Kelantan turut mengekuh dengan berkata, partinya sendiri tidak berbuat apa-apa untuk melakukan semak dan imbang yang sewajarnya.

Itu baru di Kelantan, di negeri-negeri lain juga, jika kita perhatikan, perjuangan mengangkat isu rakyat hampir tidak kelihatan dan tenggelam dengan kesibukan mahukan khemah besar yang lebih dilaung-laungkan.

Jika untuk berjuang dan memayungi nasib rakyat, khemah kecil pun tiada masalah sebenarnya kerana BN daripada 14 parti komponen di dalamnya dan sekarang hanya tinggal 4 pun masih boleh bangkit, kenapa PH dengan mempunyai 90 Ahli Parlimen masih menjadikan segelintir daripadanya tergedik-gedik dengan khemah besar?

Khemah besar – untuk memayungi nasib rakyat atau bagi meneduhkan diri sendiri? – ShahbudinHusin 28/04/2022.


Agensi penguatkuasaan perlu hormat kebebasan badan kehakiman, PH beritahu Putrajaya


FMT Reporters
 -

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Pakatan Harapan berkata, ia mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan badan kehakiman.

PETALING JAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menegaskan bahawa badan kehakiman perlu bebas pada setiap masa selain menggesa kerajaan supaya memastikan agensi penguatkuasaan menghormatinya.

Ia susulan kenyataan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat semalam yang berkata, tuduhan tidak berasas yang dilemparkan terhadap hakim serta badan kehakiman kebelakangan ini agak keterlaluan.

Kepimpinan tertinggi PH itu berkata, badan kehakiman yang bebas merupakan tunjang kepada negara berundang-undang dan sistem demokrasi yang diterima, dipercayai serta diyakini rakyat.

“Oleh itu kami menggesa agar kerajaan persekutuan memastikan MoU (dengan pembangkang) terus terlaksana dengan menjamin bahawa agensi-agensi penguatkuasaan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan serta sentiasa menghormati prinsip kebebasan badan kehakiman,” katanya dalam kenyataan.

PH berkata, Perkara 4.1 di dalam MoU antara kerajaan persekutuan dan PH menyatakan dengan jelas bahawa Putrajaya perlu “memastikan kebebasan badan kehakiman terlaksana sepanjang masa”.

“Maka Pakatan Harapan mendukung dan mempertahan sepenuhnya kebebasan badan kehakiman,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook; dan Presiden UPKO, Wilfred Madius Tangau.

Baru-baru ini, hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang mendengar kes Najib Razak dan mensabitkan bekas perdana menteri itu dengan pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, membuat laporan polis berhubung satu artikel berita yang mendakwa beliau disiasat mengenai isu wang yang tidak dapat dijelaskan dalam akaun banknya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan pada 21 Apr lalu memaklumkan bahawa Nazlan menolak dakwaan itu sebagai palsu, tidak berasas dan berniat jahat yang bertujuan menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang hakim serta mengganggu pentadbiran keadilan jenayah dan badan kehakiman.

Badan kehakiman turut membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa wujudnya konspirasi antara Tengku Maimun dengan pemimpin politik untuk mempercepat perbicaraan serta hukuman terhadap Najib dan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi.


KAH..KAH..KAH..KENA TIPU DENGAN WAKIL RAKYAT

 


‘Kecewa’ tunggu janji bot wakil rakyat, pelajar di Nabawan sabung nyawa guna ‘zipline’ ke sekolah


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Video pelajar di SK Nangkawangan terpaksa berakit dan menaiki “zipline” menyeberangi sungai untuk ke sekolah tular di media sosial sejak semalam.

KOTA KINABALU: Menyedihkan, itu ungkapan tepat untuk keadaan penduduk di Kampung Nangkawangan, Nabawan, apabila saban hari bergadai nyawa untuk menyeberangi sungai selepas jambatan gantung di situ dihanyutkan banjir, bulan lalu.

Penduduk di kampung berkenaan, khususnya pelajar sekolah, mempunyai dua cara menyeberangi sungai terbabit iaitu sama ada berakit ataupun menaiki “zipline” yang dibina masyarakat setempat.

Jurucakap penduduk, Zazila Roslan, 30, berkata, jambatan gantung berkenaan hanyut dalam banjir besar di beberapa kawasan di Nabawan beberapa minggu lalu.

Katanya, beberapa lagi laluan, sama ada jambatan gantung atau jambatan konkrit untuk menyeberangi sungai, turut musnah akibat bencana alam itu.

“Banjir luar biasa itu berlaku ketika cuti sekolah dan apabila habis cuti, guru-guru yang mengajar di beberapa buah sekolah di kawasan berkenaan terpaksa berjalan kaki kira-kira 18 jam demi memastikan mereka dapat sampai ke sekolah untuk mendidik anak-anak di situ.

“Saya tahu perkara ini kerana ibu saya merupakan cikgu di salah sebuah kampung di situ dan saya bersama pasukan Sukarelawan Anak Negeri Sabah juga telah pergi ke beberapa kampung berhampiran bagi misi menghantar bantuan,” katanya kepada FMT.

Zazila berkata, dia dimaklumkan wakil rakyat kawasan itu yang juga Ahli Parlimen Pensiangan Arthur Joseph Kurup, turun padang untuk meninjau masalah berkenaan seterusnya berjanji menyediakan bot bagi kegunaan penduduk sementara menunggu pembinaan jambatan baharu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini janji itu belum ditunaikan, menyebabkan penduduk kampung terpaksa berakit untuk ke seberang sungai dan sekiranya keadaan sungai deras, maka mereka akan menggunakan “zipline”.

“Menaiki ‘zipline’ untuk menyeberangi sungai mungkin nampak menyeronokkan, tapi sebenarnya ia amat bahaya jika tiada ciri-ciri keselamatan, lebih-lebih lagi yang menaiki adalah pelajar sekolah.

“Mereka (pelajar) begitu gigih untuk menimba ilmu, tapi terpaksa melalui semua ini, berakit, naik ‘zipline’, bot mana?…Saya tidak suka bercakap mengenainya tapi jangan sampai berlaku sesuatu yang tidak diingini baru terbuka mata pihak-pihak berkaitan.

“Tidak lama lagi cuti Hari Raya, tak kan para guru termasuk ibu saya terpaksa sekali lagi berjalan kaki 18 jam?,” katanya.

Terdahulu, beberapa video yang menyaksikan pelajar sekolah menaiki rakit serta “zipline” turut tular di media sosial.

FMT telah menghubungi Kurup yang juga timbalan menteri kerja raya untuk mendapatkan respon beliau.


BUKAN SAHAJA KOMPONEN SETUJU- TETAPI SETUJU JUGA ANWAR SEBAGAI PM....PEMUJA ATOK KALAU NDAK SILA ATUR KOMPONEN LAIN...

 

Tiada kerjasama PH, Bersatu kecuali semua parti komponen setuju, kata Loke


Robin Augustin
 -

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Loke Siew Fook berkata, fokus PH sekarang ialah mengukuhkan gabungan itu daripada bergantung kepada parti lain.

PETALING JAYA: Sebarang kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu hanya boleh berlaku, jika semua parti komponennya bersetuju, kata Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook.

Katanya, pendirian DAP berhubung perkara itu adalah jelas.

“Bagi kami, sukar untuk bekerjasama dengan Bersatu berdasarkan apa yang berlaku sebelum ini, dengan Langkah Sheraton,” katanya merujuk penjajaran semula politik membabitkan Bersatu, PAS dan Barisan Nasional yang akhirnya menyaksikan kejatuhan kerajaan persekutuan pimpinan PH.

Loke ditanya mengenai kemungkinan DAP “ditolak” PKR dan Amanah seperti yang berlaku dalam pilihan raya negeri Melaka tahun lalu, apabila dua parti itu membenarkan bekas ADUN Umno menyertai mereka walaupun dibantah DAP.

“Itu (bekerjasama dengan Bersatu) adalah keputusan besar, ia berbeza dengan apa yang berlaku di Melaka,” katanya dalam sebuah majlis hari ini.

Beliau berkata, keputusan besar seperti itu perlu berdasarkan konsensus, dan ini bermakna persetujuan semua empat parti komponen PH.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dilaporkan berkata, PH patut terbuka kepada perbincangan dengan mana-mana parti, termasuk Bersatu, dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ditanya apa yang akan berlaku, jika sekutu DAP bertegas mahu bekerjasama dengan Bersatu, Loke berkata, parti itu akan tunggu dan lihat.

Katanya, fokus PH sekarang ialah mengukuhkan gabungan itu daripada bergantung kepada parti lain.

Mengenai kerjasama dengan parti pembangkang lain, Loke berkata, “pintu tidak ditutup” untuk parti lain.

“Bagi saya, paling baik kita tidak bertanding melawan sesama sendiri.”


KEMUSNAHAN OLEH HATI YANG TAMAK 2-HUSAM MUSA

 Kemusnahan Oleh Hati Yg Tamak (Siri II)

بِÙ…َا Ùƒَسَبَتْ Ø£َÙŠْدِÙ‰ ٱلنَّاسِ
'disebabkan oleh perbuatan tangan manusia'
Ar Rum : 41
Masih menyambung perbincangan Ayat semalam, dengan memetik sebahagian dari Ayat itu seperti di atas.
Ada kupasan yg menarik oleh Imam Sya'rawi mengenai penggunaan kata kasabat / Ùƒَسَبَتْ di dalam Ayat ini.
Kata kasaba atau kasabat, mengikut Imam Sya'rawi, lazimnya digunakan untuk perbuatan baik yg dilakukan oleh manusia.
Sama ada baik kerana naluri yg terdapat dalam diri manusia sendiri memandang ia baik. Atau dinilai oleh agama, budaya masyarakat atau amalan tradisi sebagai baik.
Ketika manusia melakukan sesuatu perbuatan yang dinilai baik, hatinya merasa tenang dan tidak terdapat gundah. Mahu pun ia lakukan secara terbuka atau tersembunyi.
Sebaliknya, ketika manusia melakukan satu perbuatan buruk, hatinya merasa tidak tenteram, melakukannya secara tersembunyi atau mencari-cari alasan baik.
Kata yg digunakan untuk perbuatan buruk ialah iktasaba / ٱكْتَسَبَ. Sedikit berbeza dari kasaba.
Seperti pada Ayat berikut : Ù„َÙ‡َا Ù…َا Ùƒَسَبَتْ ÙˆَعَÙ„َÙŠْÙ‡َا Ù…َا ٱكْتَسَبَتْ / ' Ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya'. Al Baqarah : 286.
Dalam Ayat yg sama ini, dua perkataan yg berbeza ini digunakan. Walau pun keduanya merujuk kepada perbuatan manusia, di sana terdapat perbuatan baik yg dipanggil kasabat/ Ùƒَسَبَتْ dan ada perbuatan buruk yg dipanggil iktasabat/ ٱكْتَسَبَتْ.
Persoalannya, kenapakah dalam Ayat 41 Surah Ar Rum yg kita bincangkan ini, Al Qur'an menggunakan kata kasabat/perbuatan baik - pada hal yg mereka lakukan adalah kerosakan?
Mengikut Sya'rawi, ini disengajakan oleh Allah untuk menunjukkan pelaku-pelaku kejahatan itu sama ada telah terbiasa melakukan kejahatan dan kerosakan sehingga hatinya menjadi lali dan tidak lagi tersentuh dengan kejahatan yg dilakukan.
Ketamakan mungkin menjadi punca. Atau beranggapan tidak ada orang yg mengetahui perbuatan buruk mereka.
Dengan makna kerosakan itu dilakukan berulang-ulang dan ia sudah dipandang baik oleh mereka.
Sebab kedua ialah, ada kemungkinan pelaku kerosakan itu jahil tentang akibat kerosakan yg mereka lakukan. Kerana itu, mereka tidak merasakan apa yg mereka lakukan sebagai buruk.
Bagi pembalak atau pihak yg meluluskan lesen pembalakan tebang gondol misalnya, mereka mungkin tidak mengetahui akibat buruk kepada Pemanasan Global, pemusnahan ekologi, penghapusan habitat hidupan, pencemaran dan hilangnya punca air, kehilangan kekayaan kepelbagaian hidupan atau biodiversity yg tak ternilai dan sejumlah senarai kerosakan yg timbul dari perbuatan itu.
Kejahilan itu menyebabkan hati mereka tidak tersentuh ketika melakukan kerosakan-kerosakan itu dan dengan itu - kata kasabat dan bukan iktasabat - digunakan di sini.
Lalu Ayat ini menggunakan kata kasabat, dan bukannya iktasabat.
Dengan makna perbuatan buruk itu dilakukan sama ada kerana sebab kejahilan pelaku atau kerana pelaku telah terbiasa mengulangi perbuatan buruk itu.
Itu adalah sisi pelaku.
Bagai mana pula sisi manusia lain yg akan turut sama menerima kesan dari kerosakan yg dilakukan? Sedangkan mereka bukan pelaku.
Adakah mereka hanya akan berputih mata membiarkan kerosakan-kerosakan itu terus dilakukan? Kemudian sama-sama menanggung bala dan beban kerosakan secara percuma?
Ramadhan yg berkesan dengan acuan taqwa memberikan jawapan - sesuatu perlu dilakukan supaya kerosakan dapat dihentikan.
Mengapa? Sambungan Ayat ini sememangnya sudah menjelaskan.
InsyaAllah kita bersambung esok.
Husam Musa
25 Ramadhan 1443/27 April 2022
*Gambar : Ini bukan kemusnahan alang kepalang kepada biodiversity, ekologi, iklim dan habitat flora dan fauna dengan berselindung atas nama Hutan Simpan Kekal pada label-label yg terpacak?
May be an image of tree, mountain and nature

MENYUSAHKAN CIKGU-CIKGU DENGAN TUGASAN TIDAK BERKAIT DENGAN MENGAJAR..

POSTED BY

AMIRUDDIN AHMAD


Menyusahkan cikgu-cikgu dengan tugasan tidak berkait dengan mengajar adalah amalan yang tidak masuk akal di Finland. Guru dilatih untuk menjadi pakar dalam mengajar, maka mengajarlah yang diberi keutamaan tertinggi pada menghargai kepakarannya.

Antara perkara yang memudahkan kerja cikgu-cikgu di Finland ialah:
WILMA
1. Melalui sistem dalam talian WILMA, ibu bapa mengemas kini sendiri maklumat anak, pertukaran alamat rumah, nombor telefon, emel, menyatakan persetujuan anak boleh guna peranti sendiri atau tidak, dan sebagainya. Ibu bapa yang buat kerja-kerja ini, bukan guru. Sebahagian persatuan ibu bapa mengambil inisiatif bertanya khabar sesama ibu bapa jika ada yang bermasalah mengisi maklumat seperti ini.
2. Melalui sistem dalam talian WILMA, ibu bapa memaklumkan ketidakhadiran anak ke sekolah. Maklumat mesti sebelum jam 12 tengah hari pada hari murid tidak hadir.
3. Melalui sistem dalam talian WILMA, ibu bapa membuat permohonan cuti anak jika anak akan bercuti lebih daripada tiga hari.
4. Melalui sistem dalam talian WILMA, guru memasukkan secara rutin harian, pentaksiran bilik darjah (PBD) dan ibu bapa secara otomatik mendapat notifikasi.
5. Melalui sistem dalam talian WILMA, guru dan ibu bapa berkomunikasi mengenai hal anak.
6. Sebanyak mungkin, semua urusan yang boleh diselesaikan di WILMA, ia dimaksimumkan, agar guru tidak terganggu.
TELEFON KERJA
Guru-guru di Finland mempunyai telefon pintar khas untuk kerja, yang digunakan untuk berkomunikasi dengan ibu bapa pelajar. Telefon berkenaan ditutup selepas habis waktu pejabat. Ibu bapa tidak boleh menghubungi guru menggunakan nombor peribadi guru, atau nombor kerja, di luar waktu kerja rasmi.
SEKOLAH TIDAK MENJALANKAN AKTIVITI KO KURIKULUM
Aktiviti 'ko kurikulum' berlaku dalam masyarakat Finland di luar sekolah. Pelajar memilih sendiri aktiviti sukan, seni mempertahankan diri atau apa sahaja aktiviti, melalui kelab-kelab di lokasi masing-masing, atau melalui aktiviti yang disediakan oleh City Council. Ia tidak sama sekali membabitkan guru dan sekolah. Tetapi guru akan merekodkan di WILMA apakah aktiviti pelajar selepas habis persekolahan, untuk memantau gaya hidup supaya sihat dan seimbang. Oleh itu, guru tidak ada memegang potfolio-potfolio yang tiada kena mengena dengan tugas mengajar. Aktiviti kecil-kecilan yang ada di sekolah adalah atas inisiatif guru dan sekolah itu sendiri.
RPH (LESSON PLAN) HANYA UNTUK KEGUNAAN PERIBADI
Guru-guru di Finland menyediakan rancangan pengajaran harian hanya untuk kegunaan peribadi dan tidak sama sekali untuk direkod, diperiksa, atau dinazir.
SIFAR PENAZIRAN
Penaziran telah dihapuskan semenjak akhir 1970-an di Finland. Bukan kerana guru ketika itu telah boleh dipercayai. Tetapi kerana Finland mahu guru-gurunya boleh dipercayai. Caranya adalah dengan mempercayai guru, dan menghapuskan penaziran yang ternyata tidak menyumbang kepada peningkatan kualiti guru mengajar atau murid belajar.
TIADA PUNCH CARD
Sekolah-sekolah di Finland tidak merekodkan pukul berapa guru tiba di sekolah dan pukul berapa meninggalkan sekolah. Guru bebas untuk datang pada pukul berapa dan balik pada pukul berapa, bergantung pada jam berapa guru berkenaan mempunyai kelas yang perlu dikendalikannya.
KERJASAMA PIBG
Jika ada aktiviti rombongan sekolah, atau apa-apa aktiviti tambahan yang ingin dilakukan, ibu bapa menjalankan fundraising dan lain-lain untuk menjayakannya dan hanya memaklumkan kepada guru apabila perlu.
ADAKAH CIKGU DI FINLAND RELAKS?
Tidak juga.
Murid masih ramai di dalam kelas.
Guru sibuk kerana guru mengambil kira setiap individu murid semasa merancang pengajarannya. Keperluan setiap individu murid, kelebihannya, masalah pembelajarannya, kesihatan fizikal dan mental, isu di rumah, ada di dalam pengetahuan kebanyakan guru. Maklumat itu mempengaruhi differentiation dan personalisation yang guru lakukan semasa merekabentuk pembelajaran murid.
TAKE HOME NOTE
Hal ini sistemik. Saling berkait antara satu sama lain. Kementerian perlu menukar cara fikir, cara pandang, cara kerja, cara nilai, dan serba serbinya, untuk mengubah perkara ini.
Kepenatan dan beban kerja guru yang bukan berkaitan tugas hakikinya tidak kelakar.
Ia jenayah dan khianat terhadap profesyen perguruan.
Ia mensesiakan tenaga, masa dan kepakaran guru, membazir wang dan masa yang dibelanjakan untuk menyediakan seorang guru, dan membazir itu amalan syaitan.