HYUNDAI KATA ‘ANNYEONG’ KERAJAAN KATA KEYAKINAN PELABUR ASING MENINGKAT
DEMOKRASI ALA MALAYSIA SIKIT BERBEZA
IBRAHIM MAT ISA
Demokrasi cara orang barat bila gagal letak jawatan.
Di Malaysia, bila gagal kasi darurat lapan bulan.
Lepas tu duk kerek, Kamilah pandai.. Kamilah memerintah dengan bagus..
JADI KERAJAAN NAK BUAT KEPUTUSAN PUN TAK TAHU LAGI KAH?
PKPB atau total lockdown?
Tolong beritahu rakyat awal supaya rakyat dapat bersedia.
Sekurang-kurangnya 1 minggu awal.
Tolong jangan susahkan rakyat dengan keputusan last minute dan
flip flop berulang-ulang kali.
Tolong. Kasihanilah rakyat.
NETIZEN BENCI HANG SEBAB HANG WALAUN KATEGORI KURANG CERDIK...
1. LANTIKAN POLITIK TEBUK ATAP
2. CAKAP TAK SERUPA BIKIN JUGA
3. GAMBAR TAK IKUT SOP
4. PULANG PAKU BUAH KERAS.
5. POLITIK...BIASA LA...WALAUN TIBAI ANWAR HARI HARI ADA DIA MERUNGUT MACAM KAU KE ?
‘Kenapa benci sangat pada saya’, Nasrudin tanya netizen
Hantaran dibuat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan, semalam membuatkan pemimpin PAS itu serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad menjadi sasaran kritikan sesetengah pihak.
Kedua-dua tokoh berkenaan dipaparkan menghadiri sambutan hari ulang tahun ke-47 Yadim.
Ia menjadi kecaman kerana dilangsungkan ketika negara ini dikenakan perintah kawalan pergerakan dan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) ketat ke atas semua pihak bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Nasrudin yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS memuat naik tiga keping gambar mereka meraikan sambutan berkenaan yang berlangsung secara dalam talian di laman sosial Facebooknya.
Dalam gambar yang dikongsikan itu kedua-dua mereka dilihat gagal menjaga jarak fizikal satu meter seperti yang dikehendaki SOP.
Zulkifli dan Nasrudin juga dilihat saling berdekatan untuk bersama-sama memotong salah satu pulut kuning sebagai simbolik.
Ekoran daripada perkongsian itu, akaun Facebook Nasrudin menerima pelbagai kritikan dan kecaman pengguna media sosial itu.
“Orang agama, menteri agama jangan tunjukkan kebodohan dan kejahilan. PKP ini mesyuarat pun dilarang, apalagi majlis begini walaupun kecil.
“PKP dulu buat mesyuarat projek terjemah hadis. Ini pula sambutan ulang tahun Yadim. Memburukkan agama… Dakwa segera dua orang jahil ini,” kata Yus Iman.
Selang satu blok saja
“Kalau program potong kek dah boleh, mohon kemas kini dalam SOP Majlis Keselamatan Negara sebab kami dah lama nak makan pulut kuning nak meraikan kebodohan sang penguasa yang melanggar ketetapan SOP yang mereka buat sendiri,” kata Danial Al Rashid.
“Memang begitulah kebodohan yang ditunjukkan agensi agama…silap!!! Orang-orang atasannya yang bodoh sombong sebenarnya,” kata Abu Wafiy.
Bagaimanapun, Nasrudin dalam komen balasnya mempertahankan tindakan Yadim menganjurkan program tersebut.
Katanya, majlis tersebut diadakan dalam skala kecil saja.
“Kami bekerja meskipun PKP. Sebahagian kecil pegawai Yadim hadir ke pejabat. Lebih 80 peratus kerja dari rumah. Kami hanya lapan orang sahaja bekerja di pejabat hari ini (semalam).
“Hari ini kami ada ijtimak seluruh warga Yadim yang melibatkan semua staff Yadim di seluruh negara secara dalam talian.
“Penyampai ucapannya saya secara langsung (live) dari pejabat. Sementara penutupnya YB Menteri. Pejabat menteri selang satu block dengan pejabat saya. Beliau sudi hadir untuk menutup Ijtimak Online Warga Yadim.
“Penutup tamat jam 12.00 tengahari. Kebetulan hari ini juga hari ulang tahun Yadim ke-47, ada pegawai belanja pulut meraikan ulangtahun Yadim. Lalu kami meminta YB Menteri membacakan doa selamat untuk kami warga Yadim.
“Pulut itulah menjadi juadah makan tengahari kami para pegawai yang bekerja hari ini bersama menteri,” katanya.
Oleh itu, Nasrudin mempersoalkan tindakan warganet yang disifatkannya cuba melahirkan kebencian terhadap Yadim.
“Kenapa saudara kepanasan begitu sekali, melahirkan kebencian yang sangat tinggi kepada saya dan Yadim?” soalnya.
Tegas Nasrudin lagi mereka telah sebaik mungkin mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Insya-Allah kami ikut SOP. Dari awal kami jaga pelitup muka, cecair nyah kuman dan jarak antara kami sekitar 8 hingga 9 orang yang bertugas di pejabat hari ini.
“Hanya semasa nak bergambar potong ambik pulut tu, kami agak mendekat sedikit. Kemudian alhamdulillah kami kembali menjarak seperti biasa. Tiada sentuhan.
“Majlis keseluruhan pun hanya satu jam 15 minit sahaja. Majlis baca doa sempena ulang tahun Yadim itu pula tak sampai 5 minit, lalu kami beredar. Sebahagiannya ke dewan makan kerana itu waktunya mereka rehat dan makan tengahari,” tambahnya.
COVID-19: 3,585 jangkitan baharu hari ini, 700 kematian dalam tempoh setahun
Warganet ‘sekolahkan’ Ketua Pemuda UMNO: ‘Tengku Zafrul sahkan Tabung Harapan diguna bayar hutang 1MDB’
Oleh Zamzani Husin
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini telah berkali-kali menegaskan bahawa RM205.49 juta wang Tabung Harapan telah digunakan untuk membayar hutang 1MDB pada 2019.
Malah perkara ini turut disahkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen pada Ogos tahun lalu.
Pun begitu, status Tabung Harapan masih terus dipolitikkan pemimpin kerajaan dan penyokongnya.
Terbaru, Ketua Pemuda UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan “Apa khabar Tabung Harapan ya?” menerusi satu ciapan di laman sosial Twitter.
Ia mengundang kecaman warganet yang berkongsi semula rakaman penjelasan Zafrul di Parlimen berhubung Tabung Harapan.
Nie Dr saya tlg up video jwpn @tzafrul_aziz di Parlimen pasal Tabung Harapan. Aku harap PRU dpn org Pasir Puteh bgi la chance pulak kt Dr Asyraf Wajdi jdi YB, kesian kt dia byk isu kt Parlimen dia “terlepas” sbb lama tak masuk Parlimen… pic.twitter.com/fVXABhb17a
— PKP – Pipit Kena Picit (@ibnu_sukri95) January 26, 2021
Terdapat juga pengguna Twitter yang mempersoalkan kredibiliti Ketua Pemuda UMNO itu susulan ciapan tersebut.
Aku kalau orang umno macai ni aku blh terima lg.. ni pemuda umno.. ko ni memalukan betul lah wei.. berapa kali nk suh Menteri kewangan ulang.. malu la sikit dgn macai umno lain pic.twitter.com/MTWVmlkG8v
— ♠ Bara Mahesa ♠ (@AzizulAjis5) January 26, 2021
Untuk rekod, kerajaan PH mewujudkan Tabung Harapan bagi membolehkan orang ramai menujukkan semangat patriotik dengan menyumbang kepada negara.
Kerajaan PH ketika itu terpaksa menanggung hutang yang besar hasil peninggalan kerajaan Barisan Nasional.
Terdapat juga pengguna Twitter yang mempersoalkan kredibiliti Ketua Pemuda UMNO itu susulan ciapan tersebut.
Untuk rekod, kerajaan PH mewujudkan Tabung Harapan bagi membolehkan orang ramai menujukkan semangat patriotik dengan menyumbang kepada negara.
Kerajaan PH ketika itu terpaksa menanggung hutang yang besar hasil peninggalan kerajaan Barisan Nasional.
31 POSTING HINGGA KINI. LAGI ISU AKAN MENYUSUL
AS SALAM SEMUA PELAWAT WRLR. SOKONGAN ANDA AMAT DIHARGAI.
SILA TEKAN > ATAU KE OLDER POST UNTUK MEMBACA BERITA AWAL.
IKLAN TERPAKSA SAYA MASUKKAN DAN MUNGKIN MENGGANGGU
PEMBACAAN ANDA. NAMUN INILAH CARANYA UNTUK
MENDAPATKANSEDIKIT KEWANGAN MELALUI IKLAN.
SAYA SEBAGAI ADMIN BERGERAKSOLO SEJAK
DULU LAGI. TIADA MANA MANA BADAN
ATAU MANA MANA NGOS ATAU POLITIK YANG
MEMBANTU.
PUNYA LA TAK MALU...MAKAN GAJI BUTA...DAH LA MAKAN GAJI BUTA...KOT LA NAK BAWA PAK ARAB YANG KAYA RAYA DATANG ELABUR...SEMBANG JA PANDAI...
Doakan yer. Misi bantuan ke Sabah. Saya bawa 1000 set makanan,
100 kerusi roda, 75 ribu pcs mask, 200 Samsung Tab bagi kegunaan pelajar disana
yang benar-benar memerlukan.
Terima kasih terharu sangat dengan My Jet dan Zen Aviation
sponsor kapal untuk kami. Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet. Terima kasih
Klia Kargo Airport yang beri free caj. Baik sangat semua
Saya hantar barang dulu. Flight saya dijadualkan lusa dengan MAS
Airlines. Terima kasih tak terhingga juga Mas Airlines beri special rate buat
team kami. Semoga menjadi asbab kebaikan.
SETAN MANA PULAK LEBAI OIIIIII
Panas! Orang Melayu paling lemah mendaftar jadi pengundi kerana ‘dirasuk setan’ – Hadi
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, ramai orang muda Melayu beragama Islam di negara ini “dirasuk syaitan-syaitan” tertentu kerana lemah mendaftar untuk menjadi pengundi.
Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu juga berkata, sikap itu berlaku kerana mereka terpengaruh dengan syaitan berwajah manusia.
“Kita menyaksikan kebencian terhadap politik berlaku kerana terpengaruh dengan syaitan berwajahkan manusia, termasuk umat Islam sendiri yang digerakkan oleh dalang-dalang mereka.
“Pemikiran Islam dalam diri mereka tidak bermaya, khususnya dalam kalangan bangsa yang beragama Islam.
“Hari ini di negara kita, dapat menyaksikan bahawa kaum Melayu yang beragama Islam paling lemah mendaftar untuk menjadi pengundi kerana berjaya dirasuk oleh syaitan-syaitan warisan penjajah dahulu,” katanya.
Menurut Abdul Hadi pada masa sama bangsa lain yang bukan Islam pula saling berlumba dengan mengambil peluang untuk merampas kuasa politik.
PUNYA BANYAK BENDA LAIN NAK DIPERTIKAI....DSAI NAIK BASIKAL PUN HANGPA KALUT...MANTELITI PUNYA LA RENDAH
WALAUN TIDAK MAHU REPORT POLIS KE ANWAR ADA BASIKAL?
Hebat tak hebat
Anwar ni. Dia bagitahu dah cukup numbers, terus umum PKP dan
darurat, Parlimen tutup kedai. Dia hanya hantar surat rayuan dan budi bicara
Agong, dah ada walaun beramai2 tunjuk bangang buat report Polis.
Sampaikan mereka nampak Anwar kayuh basikal pun jadi isu kononnya
basikal tu mahal gila. Korang tahu berapa harga basikal KJ ? Belum Anwar naik
motor besar macam yang pernah dinaiki oleh menantu Hadi Awang lagi. Anwar tidak
pernah beri hadiah harijadi kat Kak Wan sebuah kereta Audi Q7 macam.sekor lebao
Tganu beri hadiah kat bini muda dia tu...lebai2 pakai kereta dan plet mewah ok
je...syarie kan? Porsche pun atas nama mursyidul am...perghhh...tapi..anak dia
punya dia kata..hahaha..
Walaun tak nak report Polis ke tentang Anwar ada basikal? Report
lah..alang2 tunjuk bangang tu teruskan je....hahaha...
WFAUZDIN NS
Tindakan PM nasihat Agong bertentangan undang-undang, Anwar fail semakan kehakiman
Panas! Pejuang mahu ambil alih Kimma?
Setiausaha Politik kepada Dr Mahathir Mohamad, Abu Bakar Yahya menafikan dakwaan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mengambil alih parti Kongres India Muslim Malaysia (Kimma).
Abu Bakar berkata tiada sebab untuk Pejuang mengambil alih Kimma kerana Pejuang sudahpun mematuhi segala kehendak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi proses kelulusan.
“Itu orang boleh cakap, hanya spekulasi. Orang boleh cakap Pejuang nak ambil alih Umno mahupun Bersatu juga.
“Pejuang tunggu pendaftaran parti diluluskan, rasanya tiada sebab untuk pihak kerajaan tidak meluluskan Pejuang.
“Jika ada syarat yang tidak dipenuhi beritahu, Kita akan penuhi,” katanya kepada Malaysiakini.
Abu Bakar berkata demikian ketika diminta mengulasi mengenai khabar angin yang Pejuang akan mengambil alih Kimma.
Ogos tahun lalu, presiden penaja parti itu, Mukhriz Mahathir mendaftarkan parti itu di pejabat ROS di Putrajaya.
Mukhriz ketika itu berkata pihaknya sudah bersedia dan turut menyediakan logo Pejuang berwarna biru ‘pantone’.
Katanya, logo berkenaan terdapat tiga titik yang membawa maksud Rukun Islam, Rukun Iman dan Rukun Negara.
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menolak permohonan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang dipimpin bekas perdana menteri Mahathir, untuk mendaftar parti itu sebagai sebuah parti politik.
Pada 7 Jan lalu, peguam Mior Nor Haidir Suhaimi yang mewakili Pejuang memaklumkan pihak ROS telah menghantar surat kepada Setiausaha Agung Penaja Pejuang Amiruddin Hamzah mengenai penolakan permohonan itu pada 6 Jan atas alasan pendaftarannya dibuat secara tidak teratur.
Dalam pada itu, sumber yang rapat dengan Mahathir memaklumkan Pejuang sedang berunding untuk mengambil alih Kimma.
“Kiranya begitulah, masih dalam proses rundingan. Kimma yang menawarkan kepada Pejuang untuk mengambil alih parti mereka.
“Bagaimanapun masih diperingkat perbincangan dan kita berharap permohonan Pejuang diluluskan,” katanya kepada Malaysiakini.
Selain Kimma, beberapa parti kecil turut menawarkan Pejuang untuk mengambil alih parti mereka.
BANTUAN KERAJAAN SELANGOR UNTUK PD
KERAJAANSELANGOR SENTIASA MEMBANTU NEGERI NEGERI LAIN JUGA
Menerima bantuan dari Dato’ Menteri Besar Selangor
Amirudin Shari berupa barangan keperluan asas untuk diedarkan ke beberapa keluarga yang terkesan dengan dampak wabak. Saya ucap terima kasih dan inshaAllah ia akan segera diurus dan diedarkan.
KENYATAAN MEDIA RAM KARPAL SINGH
KENYATAAN MEDIA
Semalam, satu permohonan untuk kebenaran bagi memulakan semakan
kehakiman telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh Dato Seri Anwar
Ibrahim. Antara relif yang dipohon di dalam permohonan tersebut adalah satu
deklarasi dari Mahkamah bahawa nasihat Perdana Menteri kepada KDYMM SPB Yang
di-Pertuan Agong untuk menggantung Parlimen dalam tempoh darurat yang
diisytiharkan baru-baru ini adalah bertentangan undang-undang dan tidak
mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Permohonan tersebut difailkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim
sebagai pemohon (selaku Ketua Pembangkang Dewan Rakyat) melalui Tetuan Karpal
Singh & Co. Responden-responden yang dinamakan adalah Perdana Menteri dan
Kerajaan Malaysia.
Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam
permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan Perdana
Menteri (melalui Jemaah Menteri) untuk menasihati KDYMM SPB Yang di Pertuan
Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang
menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut. Nasihat Perdana
Menteri tersebut adalah dikatakan bertentangan undang-undang.
Diharapkan satu tarikh pendengaran permohonan tersebut dapat
ditetapkan secepat mungkin.
Bertarikh 26 haribulan Januari, 2021.
RAMKARPAL SINGH
AHLI PARLIMEN BUKIT GELUGOR
PENGERUSI BIRO GUAMAN
PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK
KALAU UMNO PKR DAP KERJASAMA....
SIFIRnya mudah.....Kalau UMNO-PKR-DAP bekerjasama, org mcm
Annuar Musa tak akan jadi Menteri, malah dia akan diketepi. Jenis kaki penting
diri ni nasib UMNO sbgai sebuah parti Melayu pun dia tak peduli. Sama mcm
AtukSAKATua juga.
AtukSAKATua sanggup gunakan PANkhianat utk war2kan Grand
COLLUSION bagi menghalang Grand COALITION UMNO-PKR-DAP bagi menyelamatkan
Rakyat dan Negara ini. Ia mudah dibaca sebenarnya dari tindakan2 mereka yg
Hipokrit mcm Annuar Musa itu.
Kalau dah dia lapaq sgt nak tentukan hala tuju UMNO ikut kepala
lutut dia, memg eloklah ahli2 UMNO kasi dia jadi Presiden.
- Zus Din
26 Januari 2021