1. LANTIKAN POLITIK TEBUK ATAP
2. CAKAP TAK SERUPA BIKIN JUGA
3. GAMBAR TAK IKUT SOP
4. PULANG PAKU BUAH KERAS.
5. POLITIK...BIASA LA...WALAUN TIBAI ANWAR HARI HARI ADA DIA MERUNGUT MACAM KAU KE ?
‘Kenapa benci sangat pada saya’, Nasrudin tanya netizen
Hantaran dibuat Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Nasrudin Hassan, semalam membuatkan pemimpin PAS itu serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad menjadi sasaran kritikan sesetengah pihak.
Kedua-dua tokoh berkenaan dipaparkan menghadiri sambutan hari ulang tahun ke-47 Yadim.
Ia menjadi kecaman kerana dilangsungkan ketika negara ini dikenakan perintah kawalan pergerakan dan pelbagai prosedur operasi standard (SOP) ketat ke atas semua pihak bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Nasrudin yang juga ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS memuat naik tiga keping gambar mereka meraikan sambutan berkenaan yang berlangsung secara dalam talian di laman sosial Facebooknya.
Dalam gambar yang dikongsikan itu kedua-dua mereka dilihat gagal menjaga jarak fizikal satu meter seperti yang dikehendaki SOP.
Zulkifli dan Nasrudin juga dilihat saling berdekatan untuk bersama-sama memotong salah satu pulut kuning sebagai simbolik.
Ekoran daripada perkongsian itu, akaun Facebook Nasrudin menerima pelbagai kritikan dan kecaman pengguna media sosial itu.
“Orang agama, menteri agama jangan tunjukkan kebodohan dan kejahilan. PKP ini mesyuarat pun dilarang, apalagi majlis begini walaupun kecil.
“PKP dulu buat mesyuarat projek terjemah hadis. Ini pula sambutan ulang tahun Yadim. Memburukkan agama… Dakwa segera dua orang jahil ini,” kata Yus Iman.
Selang satu blok saja
“Kalau program potong kek dah boleh, mohon kemas kini dalam SOP Majlis Keselamatan Negara sebab kami dah lama nak makan pulut kuning nak meraikan kebodohan sang penguasa yang melanggar ketetapan SOP yang mereka buat sendiri,” kata Danial Al Rashid.
“Memang begitulah kebodohan yang ditunjukkan agensi agama…silap!!! Orang-orang atasannya yang bodoh sombong sebenarnya,” kata Abu Wafiy.
Bagaimanapun, Nasrudin dalam komen balasnya mempertahankan tindakan Yadim menganjurkan program tersebut.
Katanya, majlis tersebut diadakan dalam skala kecil saja.
“Kami bekerja meskipun PKP. Sebahagian kecil pegawai Yadim hadir ke pejabat. Lebih 80 peratus kerja dari rumah. Kami hanya lapan orang sahaja bekerja di pejabat hari ini (semalam).
“Hari ini kami ada ijtimak seluruh warga Yadim yang melibatkan semua staff Yadim di seluruh negara secara dalam talian.
“Penyampai ucapannya saya secara langsung (live) dari pejabat. Sementara penutupnya YB Menteri. Pejabat menteri selang satu block dengan pejabat saya. Beliau sudi hadir untuk menutup Ijtimak Online Warga Yadim.
“Penutup tamat jam 12.00 tengahari. Kebetulan hari ini juga hari ulang tahun Yadim ke-47, ada pegawai belanja pulut meraikan ulangtahun Yadim. Lalu kami meminta YB Menteri membacakan doa selamat untuk kami warga Yadim.
“Pulut itulah menjadi juadah makan tengahari kami para pegawai yang bekerja hari ini bersama menteri,” katanya.
Oleh itu, Nasrudin mempersoalkan tindakan warganet yang disifatkannya cuba melahirkan kebencian terhadap Yadim.
“Kenapa saudara kepanasan begitu sekali, melahirkan kebencian yang sangat tinggi kepada saya dan Yadim?” soalnya.
Tegas Nasrudin lagi mereka telah sebaik mungkin mematuhi SOP yang ditetapkan.
“Insya-Allah kami ikut SOP. Dari awal kami jaga pelitup muka, cecair nyah kuman dan jarak antara kami sekitar 8 hingga 9 orang yang bertugas di pejabat hari ini.
“Hanya semasa nak bergambar potong ambik pulut tu, kami agak mendekat sedikit. Kemudian alhamdulillah kami kembali menjarak seperti biasa. Tiada sentuhan.
“Majlis keseluruhan pun hanya satu jam 15 minit sahaja. Majlis baca doa sempena ulang tahun Yadim itu pula tak sampai 5 minit, lalu kami beredar. Sebahagiannya ke dewan makan kerana itu waktunya mereka rehat dan makan tengahari,” tambahnya.