BEZA BILA MAIL LAWAT US DAN JOKOWI LELAWAT US. KAH..KAH....


Mail melawat US..balik bawa teloq ayam...tak ada apa pun yang diumumkan dan disambut macai.



Presiden Indonesia melawat US disambut CEO SPACE X yang membuat  berbagai hasil industri eroangkasa. 

 

AGAK AGAK MANA SATU NAK SELAMATKAN ? SAPURA DISELAMATKAN PETRONAS...FORENSIK AUDIT AGAK AGAK SIAPA SANGKUT ?

 

Zahid saran Petronas selamatkan Sapura, setuju wajib audit forensik dilaksanakan





facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Zahid Hamidi berkata, Petronas sesuai untuk mengambil alih dan
 melakukan ‘turn-around’ sesegera mungkin.

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi menggesa Petronas menyelamatkan syarikat perkhidmatan medan minyak bersepadu Malaysia, Sapura Energy Bhd (SEB) yang dibebani dengan pinjaman RM10.3 bilion dan berdepan muflis.

Beliau berkata, bantuan petronas itu juga boleh dibuat tanpa menggunakan dana langsung kerajaan.

“Sebanyak lebih RM5 billion telah dilaburkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB). Syarikat itu menggaji lebih 10,000 tenaga kerja dan lebih 3,000 vendor terlibat. Tanpa menggunakan dana langsung kerajaan, Petronas sesuai untuk mengambil alih dan melakukan ‘turn-around’ sesegera mungkin.

“Namun, kita bersetuju supaya pengauditan forensik wajib turut dilakukan agar ianya lebih telus,” katanya ketika berucap dalam Persidangan Agung Khas Umno di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Zahid merujuk kepada Sapura Energy yang mengalami peningkatan kerugian bersih untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari lalu kepada RM8.9 bilion berbanding RM160.87 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama sebelum ini

Zahid berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Agung Khas Umno di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Gesaan Zahid itu menyusul selepas penganjuran Debat Perdana Khamis lalu membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengenai isu itu.

Menurut Najib, SEB perlu diselamatkan dengan mencadangkan supaya syarikat minyak nasional Petronas mengambil alih kepentingan syarikat itu daripada diisytiharkan muflis.

Beliau berkata, SEB mempunyai kontrak bernilai RM7 bilion dan sebaik saja ia melaksanakan kontrak ini, harga sahamnya akan meningkat dan Petronas boleh menjual sahamnya dan ia menguntungkan.

Katanya rakyat akan menderita dan beribu-ribu akan kehilangan pekerjaan jika Sapura, di mana pemegang saham terbesarnya adalah PNB jatuh.

Anwar pula menggesa kerajaan melakukan audit forensik terhadap SEB dalam usaha menyelamatkan syarikat itu daripada pelbagai permasalahan yang berlaku.


MENTANG MENTANG DOLLAR TINGGI

 

shahbudin husin

Mentang-mentang dolar US makin mahal sekarang, tapi terbayangkah kita hidangan pisang goreng mencapai sehingga RM45?Dan bukan pun di hotel lima bintang…

May be an image of ‎food and ‎text that says "‎KaKp PICK YOUR FLAVOURS KAYANGAN PLATTERS Ru.45 RM DOUBLE CADBURY EM18 CHEESE OREO CHEESE RM13 SALTED CARAMEL CHEESE RM10 NUTELLA EM16 CHEESE BISCOFF SAUCE RM18 &CRUMBS CHEESE CHOCOLATE CHEESE m9 ORIGINAL kn9 CHEDDARCHEESE PISANG GORENG THAI KAKP لد We PISANG CHEESE Are Here To Please.‎"‎‎

TU JA BAWA BALIK ?

 

MOHD SHAH RIM


Belia menyambut kepulangan PM Ismail Sabri kerana memperjuangkan Bahasa Melayu di USA dgn banner Thank You DSIS

Less Talk More Action
🙄🙄🙄
May be an image of 6 people, people standing and text that says "Ismail Sabri berjaya jadikan Malaysia sebuah negara yang dikenali bukan sahaja dalam isu antarabangsa tetapi soal memartabatkan Bahasa Melayu. https://www.utusan.com. my/nasional/2022/05/belia-berk sambut-kepulangan-perdana-menteri/ OS15 Thank You PM Less Talk, DSIS More Action ALUTE YAB PM!!! EBERANIAN AK KEAMANAN PEMIMPINDUNIA DUNIA GENTARPERJUANGKAN PERJUANGKAN SU DEPAN UTUSAN COM.MY Belia berkumpul sambut kepulangan Perdana Menteri SUBANG: Lebih 200 belia menyambut kepula..."

KAU MEMANG GAGAL LAH- DARI TELUR SAMPAI TIKET PENERBANGAN PUN MASIH GAGAL. BAIK KAU LETAK JAWATAN LAH

 Didakwa berpihak pada AirAsia dalam isu sering tunda penerbangan, ini jawapan menteri

Didakwa berpihak pada AirAsia dalam isu sering tunda penerbangan, ini jawapan menteri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan bahawa beliau memihak kepada syarikat penerbangan AirAsia dalam isu kelewatan penerbangan syarikat itu baru-baru ini.

Nanta berkata pihaknya memahami isu berkaitan syarikat penerbangan tertakluk di bawah Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Bagaimanapun, Nanta berkata beliau dan kementeriannya mengambil langkah proaktif apabila menerima aduan daripada pengguna berkaitan isu kelewatan penerbangan dan tuntutan mereka terhadap syarikat terbabit.

“Disebabkan aduan dibuat kepada KPDNHEP dan di atas dasar kementerian ini yang prihatin dan menjaga hal ehwal pengguna, saya telah berhubung dengan syarikat AirAsia bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan masalah yang menimpa pengguna.

“Tuduhan yang mengatakan saya memihak kepada AirAsia adalah tidak wajar dan saya berharap ia dapat dihentikan,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Nanta berkata beberapa kenyataan telah dikeluarkan di platform sosial media bagi berkongsi hasil libat urus bersama AirAsia termasuk hasil dan inti pati pertemuan antara KPDNHEP dengan pengurusan tertinggi AirAsia petang Khamis.

Beliau berkata kenyataan yang dibuat tidak menyebelahi pihak AirAsia, malah beliau sendiri telah mendesak syarikat itu untuk memberi keutamaan kepada kebajikan pengguna yang terjejas dan terkesan.

INILAH KEK YANG NAJIB IRIS IRIS PADA RAKYAT




 

Muafakat Nasional seperti pinggan retak seribu - Mahfuz

 

Sinar Harian
Muafakat Nasional seperti pinggan retak seribu - Mahfuz
Mahfuz (duduk, kiri) bersama tetamu yang hadir sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung, pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
ALOR SETAR: Keretakan hubungan di antara UMNO dan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) kini diibaratkan seperti ‘pinggan retak seribu’ selepas hampir tiga tahun.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, hubungan yang dibentuk oleh kedua-dua parti itu dilihat tidak boleh diselamatkan lagi.
“Saya fikir ia bukan retak menanti belah tetapi telah berkecai atau kita kata seperti pinggan sudah retak seribu. Orang tidak pakai kalau pinggan sudah retak seribu.
"Seperti itulah keadaan yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pokok Sena di Medan Selera Hutan Kampung di sini, pada Sabtu.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian mengenai situasi semasa hubungan UMNO dan Pas dalam MN yang dilihat seolah-olah akan roboh.
Kata Mahfuz, bagaimanapun Pas masih dilihat seperti terhegeh-hegeh untuk bersama UMNO sedangkan parti tersebut telah menyatakan pendirian secara terbuka bahawa tiada lagi kerjasama antara kedua-duanya.
“Bagi saya, Pas adalah salah sebuah parti tidak boleh dipercayai. Keadaan yang berlaku menunjukkan parti itu tidak boleh dipercayai seperti dalam isu Pas Leaks.
“Seperti disebutkan sebelum ini, saya pernah diarahkan mengeluarkan kenyataan menafikan wujud rundingan Pas, UMNO semasa menjawat jawatan sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat,” katanya.
Menurut Mahfuz, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) mengesahkan bahawa berlaku perbincangan pada 20 Julai 2008 menyebabkan dia terpaksa memohon maaf kerana menafikan perkara itu.
“Jadi, ini menjadikan Pas sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai dalam persahabatan,” katanya.
Ketika diminta mengulas kenyataan Pas ingin bersama MN dan Perikatan Nasional (PN), Mahfuz mendakwa parti itu cuba mencari seberapa banyak pengaruh untuk kepentingan mereka.

Tersilap isi minyak diesel, jangan gelabah, ini cara yang perlu diambil untuk elak kerosakan pada kereta

 


Tersilap isi minyak diesel, jangan gelabah, ini cara yang perlu diambil untuk elak kerosakan pada kereta


Kadangkala kita terlalu asyik. Fikiran melayang memikirkan pelbagai perkara. Biasalah lelaki memang sudah lumrah mudah mengelamun. Ketika sedang mengisi minyak anda tiba-tiba terbau sejenis bau yang tidak sepatutnya ada menghidunya.

Tidak sedar rupanya minyak yang diisi ke dalam kereta adalah minyak diesel! Gelabah dan ‘cuak’ mungki perkara pertama yang terlintas di minda memikirkan kemungkinan kerosakan yang boleh berlaku pada kereta kesayangan.

Bab menyesal itu kita fikir kemudian. Perkara pertama sekali harus dilakukan adalah bagaimana nak elak berlakunya kerosakan lebih teruk?

Usah salahkan diri sendiri. Hal tersalah mengisi minyak diesel ini sebenarnya sudah biasa berlaku. Dan ia boleh menimpa sesiapa sahaja. Memetik laporan dan kajian dari Automobile Association, kejadian tersalah isi minyak diesel ini berlaku setiap tiga minit di United Kingdom.

Namun, satu perkara yang perlu anda tahu ialah kesan mengisi minyak petrol ke dalam enjin diesel lebih teruk berbanding tersilap isi diesel ke dalam enjin petrol.

BOLEH SEBABKAN KEROSAKAN KRITIKAL

Salah satu penyebab mengapa perkara ini boleh berlaku mungkin kerana saiz nozel pam petrol lebih kecil berbanding lubang tangki meinyak kenderaan diesel.

Apabila minyak petrol yang sedia ada dalam tangki bertemu dengan minyak diesel yang tersilap isi, campuran ini boleh mengakibatkan kerosakan yang agak kritikal terhadap sistem bahan api kenderaan.

Lebih parah jika tidak diberikan perhatian sewajarnya boleh menyebabkan anda perlu tukar enjin dan tangki baru!

Akan tetapi anda tidak perlu risau. Perlu ingat jangan hidupkan enjin terlebih dahulu. Selagi ia tidak dihidupkan masalah ini dapat diatasi dan dibaiki dengan kos yang jauh lebih rendah.

Perkara pertama anda perlu lakukan ialah tolak kereta ketepi. Tukar gear kepada kedudukan neutral. Kemudian dapatkan bantuan dan carilah mekanik yang profesional untuk mengeluarkan minyak yang telah bercampur dari tangki minyak.

Ketahuilah kesilapan terbesar yang boleh anda lakukan ialah menghidupkan enjin dan cuba memandunya untuk ke bengkel. Walaupun hanya beberapa saat enjin dihidupkan namun natijahnya sangat besar bukan sahaja kepada enjin kereta tetapi poket anda.

Untuk mengelak daripada melakukan kesilapan ini, sentiasalah latih diri untuk perhatikan pam dan warna yang ada pada nozel. Kebiasaannya nozel pam diesel berwarna hitam.

Semoga anda dilindungi daripada berdepan masalah yang cukup meremehkan ini di masa akan datang.


YEEEE HAAAA.....KITA ISLE BOH....PIMPINAN KAMI PUNG ISLE BOH....TAK HARAM KE BOH....

 

Kelab malam kembali dibuka, pengunjung teruja ‘serbu’


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Pengunjung kelab malam gembira dapat kembali ke lantai tarian susulan penamatan sekatan ke atas aktiviti terakhir dalam senarai negatif MKN.

PETALING JAYA: Jalan-jalan di Kuala Lumpur mula dipenuhi orang ramai yang mencari hiburan malam setelah sekatan selama dua tahun ke atas operasi kelab malam disebabkan wabak berakhir pada tengah malam.

Kelab malam adalah satu-satunya premis yang masih berada dalam senarai negatif Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan peralihan negara ke fasa endemik mulai 1 April.

Namun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan lewat bulan lepas, ia akan dibenarkan beroperasi semula mulai hari ini, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Pengunjung hanya dibenarkan masuk ke kelab malam selepas menunjukkan keputusan ujian RTK-Antigen Covid-19 negatif, yang diambil dalam tempoh 24 jam sebelum masuk ke dalam premis.

Mereka turut dibenarkan menanggalkan pelitup muka apabila makan dan minum, atau menari.

FMT bercakap dengan pengunjung dan pengusaha beberapa tempat hiburan malam mengenai pengoperasian semula perniagaan dan terutamanya dengan kegiatan menari turut dibenarkan.

Pengunjung menyuarakan betapa terujanya mereka kerana akhirnya dapat menari sepuas hati, dan ramai yang dilihat berbaris panjang untuk memasuki tempat hiburan pilihan mereka malam tadi.

Khairun Zabidi, 36, percaya vaksinasi lengkap menjadi barisan pertahanan pertama. Beliau turut bersetuju dengan syarat melakukan ujian kendiri sebelum bergaul dalam khalayak ramai.

“Saya rasa ini tentang memikirkan bagaimana rupanya normal baharu. Kehidupan tidak boleh terhenti hanya disebabkan wabak.

Orang ramai bersesak untuk masuk ke beberapa tempat hiburan di Kuala Lumpur malam tadi.

“Ia adalah mengenai memastikan mereka yang paling rentan selamat. Bagaimanapun, saya rasa, selagi kita semua bertanggungjawab, maka itulah pertahanan terbaik yang kita ada.”

Tambahnya, apabila perniagaan kembali dibuka, sudah tiba masanya kehidupan sosial kembali diteruskan sebagai sebahagian daripada “normal baharu”.

“Jika kita dibenarkan berhimpun untuk sembahyang dan acara besar, kenapa bukan untuk berhibur?”

DJ Onil Hemelton, 24, berkata setelah penantian yang lama, banyak acara telah diatur dan penggiat industri gembira dapat kembali meneruskan perniagaan.

Juruacara yang dikenali sebagai Zypherz, 33, berkongsi mengenai nasib mereka yang bekerja dalam industri tersebut, dengan ramai yang diberhentikan kerja sejak kelab malam diarah menghentikan operasi lebih dua tahun lepas.

“Saya gembira (keadaan) kembali normal, tetapi harap-harap pihak berkuasa tidak lagi mempunyai masalah dengan kegiatan hiburan malam. Ramai yang bekerja sebagai juruacara dan pelayan bar kehilangan pekerjaan semasa wabak,” katanya.

Situasi Covid-19 “rumit”, katanya dan beliau tidak yakin sama ada selamat untuk orang ramai tidak memakai pelitup muka dalam kelab malam.

Namun, beliau sanggup “mengambil risiko” kerana suka bekerja dalam industri hiburan malam, katanya.

Mengibaratkan pembukaan semula kelab malam seperti sambutan malam Tahun Baharu, seorang pengurus besar kelab malam Shayan Khajoee memberitahu FMT, reaksi daripada pengunjung adalah sangat positif, dengan tempahan penuh sebaik sahaja kerajaan memberi lampu hijau.

Walaupun mengakui mungkin sukar untuk memeriksa ujian kendiri setiap pengunjung, beliau menegaskan bahawa penggiat industri perlu “memainkan peranan”.

“Kita hanya perlu ikut SOP kerana ia adalah keistimewaan yang diberikan kepada kita, jadi kita tak boleh ambil kesempatan.”

Sementara itu, lantai tarian di beberapa kelab malam masih kosong disebabkan kekurangan tenaga kerja untuk menjalankan operasi.

Seorang pengusaha kelab malam di Kuala Lumpur, Godwin Pereira bercakap mengenai kekurangan pekerja yang menghalang banyak kelab malam meneruskan operasi walaupun dibenarkan.

“Kami tidak beroperasi hari ini kerana tak cukup tenaga kerja. Semua orang menghadapi masalah (kekurangan) pekerja. Ia tidak semudah yang semua orang fikirkan. Tak boleh petik jari sahaja dan buka (kelab malam),” katanya kepada FMT.

“Juga bukan mudah nak dapatkan semula pekerja lama kerana mereka ada pekerjaan dan komitmen lain. Jika ambil pekerja baharu, saya perlu masa untuk latih mereka agar mereka faham operasi kami.”

Setelah sebegitu lama perniagaan merosot, Pereira mengingatkan pengunjung kelab malam untuk menghargai pihak yang mengekalkan industri ini dan menggesa mereka untuk lebih bersabar dan bersikap lebih memahami terhadap kru perkhidmatan yang menjalankan tugas mereka.

“Kami harap pelanggan kini menghargai kami, daripada yang menjaga pintu dan yang melayan kepada kakitangan keselamatan,” katanya.

“Kami harap mentaliti orang ramai telah berubah menjadi lebih baik hati.”

KEH..KEH....

 KESETIAAN yang berbaloi ....

May be an image of 3 people and text that says "RAKYAT IS KING ISTANA KING MASIH BERDIRI MEGAH SELEPAS 60 TAHUN"