WALAUN DULU AMBIK TUGAS TUHAN HUKUM SYURGA NERAKA... HARI NI AMBIK TUGAS SETAN.


 

KISAH DI KELANTAN.. INI WALAUN NAK KATA APA?


 

WALAUN NAK SALAHKAN KERAJAAN? BIASA LA KALAU WALAUN.

 Kami Viral. 


Walaun menyalahkan kerajaan kenapa denda ERA FM RM250,000 sedangkan 3 dj tersebut tak bersalah.


Memang tepatlah langkah SKMM denda ASTRO dan bukannya ketiga2 dj Era. Kalau denda dj2 tu lagi la tak patut. Mereka mangsa fitnah. Yang bersalah adalah Astro. Astro yang buat jadi huru hara bila minta maaf. Minta maaf tanda mengaku.


Walaun patut tanya Era FM kenapa minta maaf jika tak salah?


Kenapa tak keluarkan kenyataan penafian?


Kenapa tak pernah membela 3 dj tersebut?


Kenapa tak jelaskan video ikut konteks sebenar?


Kenapa berdiam diri dari awal kes kecoh sampai sekarang?


Kenapa tak keluarkan apa2 kenyataan pembetulan pasal azad troll tarian miki?


Astro juga telah menggantung tugas kesemua dj2 tu. Kat sini je dah membuktikan Astro tak menyebelahi dj dj tu. Walaun sembang apa nak kisah sangat RM250k tu?  


Walaun nak bekap Astro yang dikompaun RM250K. Tak sedar diri Astro tu kaya. Banyak projek dengan kerajaan. Walaun nak beli beras pun melalak2 cari yang tempatan. Hujung bulan seluk poket cari syiling. Itu pun tak sedar diri bela company gergasi. Bukan dj tu yang bayar tetapi syarikat. Setakat RM250k tu apa la sangat. Beratus juta projek kerajaan dalam company, parent company. 


Walaun kerja 1000 tahun pun tak boleh cover gaji semua CEO CEO dan pemegang saham USAHA TEGAS MEASAT, ASTRO dan sebagainya.


Dari walaun meroyan baik mengadap sejadah minta doa agar Allah murahkah rezeki kau macam murahnya rezeki pemilik2 company Usaha Tegas, Measat dll. Walaun kekal miskin sebab bodoh. Sebab perkauman dan jadi alat tunggangan politikus. 


PRK Ayer Kuning tak lama lagi. Tengok data pengundi ada kaum apa. Walaun2. Tak sedar2 diri kena tungang. MIC tepuk tangan. Plan berjaya. Walaun tetap bangang.



ISU PADI NI ELOK JA KALAU TAHU NAK SELESAI


 

MB MACAM NI... HA HA


 Ni di N9



Ni di Kedah... Kah.. Kah.. Kah.... Kiok. 



PUTAR BELIT LEBAI HADI AWANG


 

PEEERAH.. TU DIA BETOI APA JEBAT DERHAKA KATA


 

BELUM ADA LAGI PM JEMPUT PARA ULAMAK PONDOK MASUK PEJABAT


 

MP PEMBANGKANG MARAH BILA PMX KATA GAJI DAN ELAUN MP BOLEH CECAH RM30K HINGGA RM40K






Inilah masalahnya Ahli Parlimen sendiri tak tak tahu imbuhan yang mereka layak. Secara purata mereka mampu memperolehi pendapatan sebanyak RM26K sebulan. Tetapi jika kehadiran di Parlimen penuh pada bulan terentu sebanyak 20 hari, maka jumlah yang akan di perolehi adalah sebanyak RM34K. Apa di sebut PMX adalah anggaran bergantung pada aktiviti Ahli Parlimen itu sendiri. 


Ianya mungkin berbeza dari kos sara hidup setiap ahli Parlimen yang secara langsung terkait dengan gaya hidup masing masing seperti berapa ramai isteri isteri dan anak anak yang di tanggung, berapa biji kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi. Hakikatnya anggaran yang di beri PMX bukanlah satu pembohongan tetapi ianya boleh berlaku pada sesuatu masa tertentu.



SELEPAS RM177 JUTA DIRAMPAS, LAGI RM9.33 JUTA DISITA

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita 13 akaun dengan simpanan berjumlah RM9.33 juta dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Perdana Menteri ke-9.

Sumber berkata, akaun-akaun berkenaan disita selepas empat individu yang dikaitkan dengan Datuk Ismail Sabri Yaakub ditahan dan selepas Ahli Parlimen Bera itu diambil keterangan kali pertama pada 11 Februari lalu.

BH difahamkan, akaun-akaun yang disita itu adalah milik individu termasuk empat ini yang ditahan oleh SPRM.

Dalam perkembangan lain, SPRM tidak menolak kemungkinan akan merakam percakapan bekas Perdana Menteri itu selepas cuti sakitnya (MC) berakhir esok.

Bagaimanapun, BH dimaklumkan, usaha mengambil keterangan Ismail Sabri itu bergantung kepada tahap kesihatannya dan kebenaran daripada doktor yang merawat beliau.

“Dalam temu bual dengan doktor di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, baru-baru ini juga tidak dapat mengesahkan sama ada beliau cergas untuk diambil keterangan.

“Tetapi usaha akan dilakukan SPRM sekiranya Ismail Sabri disahkan sihat,” kata sumber itu.

Semalam, SPRM berkata, pihaknya akan merekodkan sejumlah 23 lagi saksi baharu dalam siasatan terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram yabg dikaitkan dengan Perdana Menteri ke-9.

Jumaat lalu, pegawai penyiasat menemu bual seorang doktor bergelar Datuk di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Doktor berkenaan merawat Ismail Sabri dan SPRM mahu mengetahui sejauh mana tahap kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Sabtu tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana masih tidak sihat.

BH dimaklumkan, ketika itu Ismail Sabri diberikan sijil cuti sakit (MC) sehingga Rabu ini.

Sebelum ini, Ismail Sabri dilaporkan sudah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat SPRM selama kira-kira lima jam, sehari selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.

Beberapa hari kemudian, empat individu termasuk dua bekas pegawai kanannya ditahan SPRM untuk siasatan lanjut.

Siasatan terhadap mereka membawa kepada serbuan ke atas tiga premis dengan penemuan wang tunai pelbagai negara berjumlah RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominium yang didakwa sebagai ‘safehouse’.

Azam dalam sidang media pada Isnin lalu turut mengesahkan Ismail Sabri bukan lagi saksi dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terbabit, sebaliknya adalah seorang suspek kes berkenaan.


PM Anwar Tekan Kepentingan Perkukuh Dasar Islam Dalam Pendidikan

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kunjungan hormat sebelum mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil tok guru pondok dari negeri Kelantan di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 11 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memperkukuh dasar Islam khususnya dalam pendidikan serta beberapa ikhtiar kerajaan dalam membina kekuatan dalaman umat Islam.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, berkata Perdana Menteri amat menghargai pandangan guru yang menyampaikan nasihat khususnya dalam soal pendidikan turath serta idea memperkasa peranan institusi sekolah pondok di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan
 pertemuan dengan wakil-wakil tok guru pondok dari negeri 
Kelantan di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada 11 
Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ia sudah pasti mampu memberi nilai tambah serta meningkatkan imej pengajian pondok di negara ini yang banyak terdapat di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, Perdana Menteri pagi meraikan kunjungan rombongan pondok dan madrasah dari Kelantan di Pejabat Perdana Menteri yang mana kumpulan itu diundang sendiri olehnya selepas mereka menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan
 pertemuan dengan wakil-wakil tok guru pondok dari negeri
 Kelantan di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya pada
 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim.

“Selain itu, beliau (Anwar) turut menghargai titipan nasihat tuan guru terkait usaha memperteguhkan semangat memupuk kefahaman, kasih sayang, memadamkan kebencian dan sabar dalam gesaan agar penjelasan yang bersungguh-sungguh mengenai ikhtiar Kerajaan MADANI kepada rakyat mengenai Islam.

“Dalam perbincangan itu, mereka juga setuju bahawa banyak perkara boleh disepakati, khususnya dalam isu Islam berbanding membesarkan perbezaan dan Datuk Seri Anwar juga mengetengahkan mengenai perkembangan komunikasi dan kerjasama baik dan erat dengan Menteri Besar Kelantan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan 
pertemuan dengan wakil-wakil tok guru pondok dari negeri 
Kelantan di Kompleks Perdana Putra,Putrajaya pada 
11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim


Beliau berkata demikian pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan di Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia, hari ini.

Katanya, Perdana Menteri berharap pertemuan itu dapat diteruskan pada masa akan datang dan beliau amat mengalu-alukan wacana seperti ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan
 wakil-wakil tok guru pondok dari negeri Kelantan di Kompleks Perdana Putra, 
Putrajaya pada 11 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Buah fikiran dan nasihat tuan guru yang dizahirkan dalam pertemuan ini amat dihargai beliau dan percaya ia disampaikan atas kepentingan maslahat umat dan negara.

“Perdana Menteri banyak bertukar pandangan dalam pelbagai mauduk (tajuk) perbincangan berkisar perkembangan isu Islam dan pembangunan ummah,” katanya.


Lebih 10,000 Hadir Meriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama PM Anwar

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bermesra bersama orang ramai pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 10 Mac 2025. Foto Faisol Mustafa

PUTRAJAYA, 10 Mar – Lebih 10,000 orang hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Anwar yang tiba di pekarangan masjid kira-kira 7 malam disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Perbadanan Putrajaya (Ppj) serta rakan strategik itu turut disertai isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Poster jemputan mengalu-alukan orang ramai untuk berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada 10 Mac 2025.

Majlis yang dimulakan 5.30 petang itu dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan 13 agensi hal ehwal agama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Menteri, program berkenaan menjadi wadah terbaik untuk menyantuni golongan ilmuwan dan agamawan, masyarakat dan golongan asnaf di Ramadan, secara tidak langsung memupuk perasaan muhibah antara satu sama lain.

“Penganjuran program seperti ini adalah manifestasi nyata daripada ajaran Islam, yang mendorong umatnya untuk hidup dalam suasana penuh kasih sayang, saling menghormati dan membantu antara satu sama lain,” menurut kenyataan itu.

Majlis dimulakan dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Rabbani, seterusnya tausiyah khas bertemakan ‘Ramadan Pemacu Ummah MADANI’ yang disampaikan Timbalan Mufti Negeri Pahang Datuk Badlishah Alauddin.

Pada majlis itu, Mohd Na’im turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 120 asnaf daripada Bukit Bakong, Sepang dan juga sumbangan kepada sembilan institusi pondok.



Mandat yang kukuh kepada calon BN di Ayer Kuning – ini sebabnya

 



Seorang pemimpin PKR Perak yakin para pengundi Ayer Kuning akan memberikan mandat kukuh kepada calon Perpaduan dari BN yang mewakili gabungan kerajaan perpaduan dalam pilihan raya DUN Ayer Kuning.

Ia meliputi kesemua tiga kaum di DUN tersebut.

“Saya optimis bahawa pengundi Melayu, yang mengutamakan kestabilan dan tadbir urus berkesan, akan mengiktiraf komitmen PHBN dalam menjaga hak dan kebajikan komuniti Bumiputera tanpa mengabaikan hak-hak kaum lain,” kata timbalan ketua penerangan PKR Perak Novinthen Krishnan.


“Kepimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, memainkan peranan penting dalam aspek ini—fokus kepada pembangunan luar bandar, projek perumahan untuk golongan berpendapatan rendah, dan inisiatif pertanian yang memberi manfaat langsung kepada komuniti Melayu.

“Sementara itu, komuniti Cina, yang menghargai kestabilan ekonomi dan tadbir urus yang baik, dijangka menyokong dasar pragmatik PHBN. Di bawah pimpinan Menteri Besar Perak, inisiatif untuk merancakkan perniagaan tempatan dan meningkatkan infrastruktur di kawasan bandar telah diterima baik.

“Di peringkat nasional, penekanan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap usaha memerangi rasuah, memastikan disiplin fiskal, dan menggalakkan pelaburan asing selari dengan aspirasi pengundi Cina, sekaligus memperkukuh kepercayaan mereka terhadap kepimpinan PH-BN.


“Bagi komuniti India, fokus PH-BN dalam memperkasa golongan terpinggir jelas melalui dasar-dasar yang bertujuan meningkatkan akses kepada pendidikan, latihan kemahiran, dan peluang pekerjaan.

“YB A. Sivanesan, yang mengetuai Jawatankuasa Hal Ehwal Masyarakat India Perak, memainkan peranan penting dalam hal ini.

“Usaha beliau untuk meningkatkan peruntukan kepada sekolah Tamil dan rumah ibadat , pelbagai program latihan pembangunan kemahiran, dan usaha menangani isu tanah perumahan bagi komuniti India telah memberi impak yang bermakna.”

Jasa Saravanan tidak dilupakan

Dalam pada itu Novinthen turut mengiktiraf jasa Ahli Parlimen Tapah Datuk M Saravanan. Ini kerana Ayer Kuning terletak di dalam kawasan parlimen Tapah.


“Usaha beliau dalam menangani isu-isu tempatan, memastikan penyampaian perkhidmatan asas, dan memupuk perpaduan di kalangan komuniti yang pelbagai di Tapah amat dihargai.

“Keupayaan beliau untuk bekerjasama demi manfaat rakyat selari dengan visi PHBN untuk kemajuan inklusif dan tadbir urus berkesan.

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan PRK pada 26 April untuk DUN Ayer Kuning di Perak.

Pengundian awal pula pada 22 April.

Penamaan calon pula telah ditetapkan pada 12 April.

Seramai 31,897 pemilih dijangka memilih ADUN baru mereka

PRK ini terpaksa diadakan ekoran kematian penyandangnya, Ishsham Shahruddin yang meninggal dunia bulan lalu.




Usah Normalisasi Budaya ‘Beli Dulu Bayar Kemudian’ Di Kalangan Anak Muda

 

Kebanyakan golongan muda mudah terjebak dalam perangkap ini kerana mereka berasa mereka mampu membayar dengan ansuran bulanan yang rendah.

PENDAPAT, 11 Mar – Amalan “beli dulu bayar kemudian” atau “buy now pay later” (BNPL) yang semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia kini mencatatkan angka yang mengejutkan, mencecah RM7.1 bilion.

Kebanyakan pengguna yang terlibat dalam sistem ini adalah golongan muda yang lebih cenderung untuk membeli barangan atau perkhidmatan tanpa memikirkan kesan kewangan dalam jangka masa panjang termasuk status penarafan kredit mereka

Walaupun amalan ini memberikan kemudahan serta merta untuk memperoleh barangan impian, ia membawa risiko kewangan yang besar, terutamanya apabila pembeli tidak dapat menguruskan pembayaran mereka pada waktu yang ditetapkan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, berkata setakat Disember 2024, sebanyak 5.1 juta pengguna BNPL yang aktif, majoritinya golongan berusia 21-45 tahun dengan pendapatan kurang RM5,000 sebulan manakala 12 syarikat menawarkan perkhidmatan itu pada masa ini.

Golongan muda kini terdedah kepada gejalam ‘beli dulu bayar kemudian’ ekoran pemgaruh rakan serta gaya hidup yang tidak setimpal dengan pendapatan.

Beliau berkata, kadar penggunaan BNPL di Malaysia yang kian meningkat juga menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keberhutangan isi rumah, biarpun peningkatan transaksinya masih terkawal.

“Setakat Disember 2024, pinjaman BNPL berjumlah RM2.8 bilion yang hanya merangkumi 0.2 peratus daripada keseluruhan keberhutangan isi rumah di negara ini.

“Kadar jumlah BNPL yang tertunggak juga terkawal pada RM82.6 juta iaitu 2.9 peratus daripada jumlah keseluruhan nilai kredit BNPL,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada 11 Mac 2025.

Kebanyakan golongan muda mudah terjebak dalam perangkap ini kerana mereka berasa mereka mampu membayar dengan ansuran bulanan yang rendah tanpa mengambil kira jumlah keseluruhan yang perlu dilunaskan dengan komitmen kewangan sepanjang tempoh 24 atau 36 bulan.

Kementerian Kewangan (MOF) kini dalam proses akhir memuktamadkan RUU Kredit Pengguna bagi mengawal selia trend BNPL.

Jika tidak diuruskan dengan bijak, ini boleh menyebabkan peningkatan hutang yang sukar untuk dikawal dan akhirnya mereka terdedah kepada kemungkinan muflis jika gagal melunaskan hutang dalam tempoh yang ditetapkan.

Selain itu, amalan ini juga sering disalahgunakan oleh peniaga yang menawarkan kadar faedah yang tinggi dan caj tambahan tersembunyi.

Tidak ada jalan keluar melainkan langkah pencegahan perlu diambil dengan segera. Literasi kewangan yang lebih mendalam kepada golongan muda perlu dilaksanakan, agar mereka memahami risiko yang terlibat dan mengamalkan perancangan kewangan yang lebih bijak.

Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna di Dewan Rakyat pada 4 Mac, 2024, yang menjadi antara usaha kerajaan meningkatkan perlindungan ke atas pengguna kredit di Malaysia.

RUU itu menyediakan rangka kerja pengawalseliaan yang menyeluruh dan bersepadu ke atas industri pemberi kredit bukan bank.

Di bawah Akta Kredit Pengguna kelak, penyedia BNPL mesti mematuhi piawaian etika dan standard pelakuan seperti ditetapkan, termasuk ketelusan dalam yuran dan caj, terma kredit secara adil dan memberi peringatan kerap kepada peminjam mengenai pembayaran yang perlu diselesaikan.

Sekiranya RUU ini diluluskan, ia akan ditadbir oleh satu badan berkuasa berwibawa baharu iaitu Suruhanjaya Kredit Pengguna (SKP) di bawah Kementerian Kewangan (MOF).



SPRM Sita 13 Akaun Dengan Jumlah RM9.33 Juta Terkait Kes Ismail Sabri

 

Ismail Sabri kini disiasat sebagai seorang suspek siasatan melibatkan jumlah RM177 juta dengan perkembangan terbaharu menyebut SPRM bertindak menyita 13 akaun dikaitkan dengan bekas PM ke-9 itu.

KUALA LUMPUR, 11 Mar – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menyita 13 akaun simpanan berjumlah RM9.33 juta dalam siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut sumber, kesemua 13 akaun berkenaan disita selepas empat individu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri ke-9 itu itu ditahan dan diambil keterangan kali pertama pada 11 Februari lalu.

Adalah difahamkan akaun-akaun yang disita itu adalah milik individu termasuk empat individu yang ditahan oleh SPRM terlebih dahulu.

SPRM kini mengklasifikasikan Ismail Sabri sebagai seorang suspek dan bukan sebagai seorang saksi dalam kes RM177 juta.

Dalam perkembangan lain, SPRM tidak menolak kemungkinan akan merakam percakapan bekas Perdana Menteri itu selepas cuti sakitnya (MC) berakhir esok.

Bagaimanapun, menurut Berita Harian, usaha mengambil keterangan Ismail Sabri itu bergantung kepada tahap kesihatannya dan kebenaran daripada doktor yang merawat beliau.

“Dalam temu bual dengan doktor di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, baru-baru ini juga tidak dapat mengesahkan sama ada beliau cergas untuk diambil keterangan.

“Tetapi usaha akan dilakukan SPRM sekiranya Ismail Sabri disahkan sihat,” kata sumber itu.

Semalam, SPRM berkata, pihaknya akan merekodkan sejumlah 23 lagi saksi baharu dalam siasatan terhadap kes rasuah dan pengubahan wang haram yabg dikaitkan dengan Perdana Menteri ke-9.

Jumaat lalu, pegawai penyiasat menemu bual seorang doktor bergelar Datuk di sebuah hospital di Petaling Jaya.

Doktor berkenaan merawat Ismail Sabri dan SPRM mahu mengetahui sejauh mana tahap kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.

Ismail Sabri sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM pada Sabtu tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana masih tidak sihat.




Tak sangka lagu Siti Nurhaliza dipilih sebagai lagu kegemaran Raja Charles III

 



Siapa sangka lagu Anta Permana nyanyian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dipilih untuk dimasukkan dalam senarai ‘playlist’ lagu peribadi Raja Britain, Raja Charles III.

Lagu tersebut menjadi sebahagian daripada program The King’s Music Room di Apple Music yang menghimpunkan karya daripada negara-negara Komanwel sebagai simbol meraikan kepelbagaian muzik seluruh dunia.

Penghormatan besar ini sekali gus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dan mengangkat keunikan muzik Nusantara.


Lebih membanggakan, Siti Nurhaliza, 46, tersenarai bersama bintang-bintang ternama seperti Beyonce, Bob Marley, Kylie Minogue dan Grace Jonas.


Anta Permana merupakan lagu ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini yang diluncurkan pada tahun 2018.

Senarai lagu yang dipilih menggambarkan selera muzik baginda yang luas, merangkumi pelbagai era dan genre seperti Afrobeats, reggae serta pop kontemporari.

“Sepanjang hidup, muzik memberi makna besar buat saya.


“Itu semua bukan sekadar hiburan, tetapi mampu mengembalikan kenangan, memberi ketenangan dan menyatukan kita dalam kegembiraan,” titah Raja Charles dalam siaran khas itu.


Rakaman The King’s Music Room berlangsung di Istana Buckingham dan memaparkan perjalanan muzik yang membentuk pengalaman serta memori peribadi baginda.

Penghormatan tersebut jelas membanggakan peminat muzik tanah air yang tidak menyangka lagu Melayu turut mendapat tempat dalam seleksi peribadi Raja Britain.



Terkini 13 akaun bank berisi lebih RM9 juta berkait Ismail Sabri telah disita SPRM

 


Sebanyak 13 akaun bank dengan simpanan berjumlah RM9.33 juta dilaporkan telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua akaun itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Berita Harian, akaun-akaun berkenaan disita selepas siasatan dilakukan terhadap empat bekas pegawai Ahli Parlimen Bera itu.


Pihak polis masih belum dapat merekodkan keterangan Ismail berikutan tahap kesihatan pemimpin BN itu yang merosot.

Terdahulu siasatan mendalam SPRM telah membawa kepada serbuan di tiga premis, yang akhirnya menemukan pelbagai mata wang asing bernilai RM170 juta dan 16 jongkong emas bernilai RM7 juta di sebuah kondominium.

Susulan itu SPRM berkata Ismail kini adalah suspek dalam siasatan tersebut.


Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana yang digunakan kerajaan Keluarga Malaysia bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.



WALAUN PIMPINAN KORANG NI BUKAN NAK PERINTAH PUN...NAK JAWATAN UTAMA SAJA. TU PUN ADA HATI NAK MENTERI KEWANGAN...TUNJUK LA DULU SG4 NI MAJU. BOLEH LAH NAK BERANGAN JADI MENTERI KEWANGAN.


𝗔𝗱𝗮 𝗹𝗼𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵.Tersebar cerita yang PAS kemaruk nak jawatan sampai sanggup lantik Zahid jadi PM11. Dah 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 dengan 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶 letak celah mana lak tu? 𝗗𝗡𝗔𝗔 Zahid pun jadi suci la kot.





Yang tak tahan tu, PAS nak 4 jawatan menteri. PAS nak apa? 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶, 𝗞𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻 𝗗𝗲𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 dan 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻. PAS ada hasrat lain ke nakkan jawatan-jawatan tu?


Keempat-empat kementerian ni adalah kementerian yang 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗯𝘂𝗸 𝗱𝘂𝗶𝘁. Sebagai contoh, Menteri Kewangan boleh 𝘀𝗮𝗹𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 buat negeri+negeri ditadbir PAS.


Bila duit dah sampai negeri, bolehlah nak buat belanja 𝗸𝗮𝗵𝘄𝗶𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 atau 𝗯𝗲𝗹𝗶 𝗺𝗲𝗿𝗰𝗲𝗱𝗲𝘇 𝗯𝗮𝗿𝘂. Selain itu boleh juga hapuskan hutang negeri yang menggunung. Baru lebai boleh 𝙚𝙣𝙟𝙤𝙮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴.


𝗞𝗞𝗗𝗪 juga ada peruntukan yang besar. Contoh masa bencana banjir, boleh 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮 𝘀𝗲𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 atas alasan untuk selamatkan mangsa banjir. Mangsa tu selamat atau tak, bukan persoalan utama.


Jadi nampaknya PAS pilih kementerian yang boleh jadi 𝗶𝗯𝘂 𝗱𝘂𝗶𝘁. Boleh tahan ligat otak lebai. Ingatkan dia ligat  𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴 je. Rupanya ligat menyakau juga. Awal dah buat plan. 𝗔𝘄𝗮𝗹 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗹𝘂𝘁.


Tapi masalahnya, PAS ada ke individu yang layak nak isi jawatan-jawatan tu? Contohnya Menteri Kewangan. Siapa nak isi? 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶? Mamat tu jaga kewangan negeri pun 𝘧𝘢𝘪𝘭. Nak bagi kakitangan negeri bonus pun tak mampu. Jadi Menteri Kewangan?


Dalam PAS pulak Samsuri itulah 𝘀𝗮𝘁𝘂-𝘀𝗮𝘁𝘂𝗻𝘆𝗮 yang 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗹. Yang berakal pun dah begitu punya lembab, apa lagi yang lain? 𝗥𝗼𝗵 𝗿𝗼𝗵 𝗻𝗲𝗵 𝗻𝗲𝗵? Bukan pertandingan lukis rumah ni!


Begitu juga kementerian lain. KPM? Nak bagi siapa? 𝗧𝗮𝗸𝗶? Habis semua murid jadi 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗿𝗵𝗮𝗸𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗮𝗷𝗮-𝗿𝗮𝗷𝗮 nanti. Atau nak bagi 𝗞𝗮𝗸 𝗟𝗮𝗵? Lagi la lawak. Soalannya, 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮?


Sebab dalam PAS 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸 𝗽𝘂𝗻. Kita pun boleh tengok bila tiba waktu perbahasan di parlimen, MP PAS 𝗯𝗲𝗿𝗹𝘂𝗺𝗯𝗮-𝗹𝘂𝗺𝗯𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵. Lepas tu dia bangga berjaya pamer kebodohan.


Aku harap cerita ni tak betullah. Cerita PAS nak 𝘁𝗲𝗯𝘂𝗸 𝗮𝘁𝗮𝗽 tu memang betul. 𝘐𝘵'𝘴 𝘢𝘯 𝙤𝙥𝙚𝙣 𝙨𝙚𝙘𝙧𝙚𝙩. Tapi yang PAS nak rembat 4 jawatan menteri ni, memalukan PAS kalau betul. Nampak 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗲𝗱𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗿𝗶.


Semoga PN tak mampu bentuk kerajaan selamanya. Tak sanggup nak tengok negara ini sekali lagi musnah akibat dipimpin pemimpin dungu macam di zaman 33 bulan dulu. Wa na'uzubillahi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAK PERNAH LAGI KETUA PEMUDA UMNO BERBUKA DENGAN PARTI PEMBANGKANG. GAMAKNYA KALI INI KETUA PEMUDA UMNO CARI JALAN SWLAMAT KOT.AL MAKLUM NAK JADI LAGI AHLI POLITIK.





 Ketua Pemuda kita sedang bersahur dengan Pemuda PN. Tapi tak pernah lagi kita lihat Ketua kita ni bersahur berprogram bersama pemuda PH


Hebat ketua kita bermain dua kolam. Nak jaga hati followers kena la berkawan dengan PN, kalau tak nanti followers dari kalangan Walaun lari☺️



SABAH PUSAT RASUAH? SUCIKAN DIRI DI MAHKAMAH.


Kinabalukini




 Bagaimana nak membersihkan diri daripada video tersebut? Antaranya adalah mengambil tindakan undang-undang, kemudian biarlah pihak berkuasa jalankan tugas mereka.


 Pemimpin terkemuka Dunia seperti Presiden Amerika juga tidak lari dari undang2, namun beliau ada usaha membersihkan dan membuktikan dakwaan tersebut Salah di medan undang undang. Seperti juga Presiden Korea Selatan yang diuji di Mahkamah namun Sudah dilepaskan setelah undang undang melepaskannya.


 Persoalannya, adakah dengan menafikan sahaja boleh meyakinkan Rakyat di medan PRN17 Sabah yang semakin dekat? Harus diingat, video ini Masih berkeliaran di Internet yang boleh meeuntuhkan keyakinan rakyat terhadap Kerajaan yang ada. Sekian ~ Pakar Saraf.




UNDI SYOK SENDIRI RASANYA.

 


Aku terlihat 𝘂𝗻𝗱𝗶𝗮𝗻 𝙤𝙣𝙡𝙞𝙣𝙚 yang dibuat oleh 𝘤𝘩𝘢𝘯𝘯𝘦𝘭 pemfitnah tegar 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁. Keputusan untuk undian tu menunjukkan PMX 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿-𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗰𝗶 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁.






Tapi untuk yang mengenali 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁, tiada apa pun nak dihairankan dengan dapatan undian tu. Sebab kita tahu 𝘤𝘩𝘢𝘯𝘯𝘦𝘭 tu tempat 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴.


Jadi macam bertanyakan kepada sekelompok ungka dalam sebuah gua tentang haiwan paling bijak. Sudah tentulah semua akan jawab ungka sebab itu spesis dia dan cuma kaum dia he ada di situ walaupun hakikat 𝘀𝗽𝗲𝘀𝗶𝘀𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵.


Itu contoh je. Sekadar nak menunjukkan undian Edisi Siasat tu tak ada 𝘷𝘢𝘭𝘶𝘦 pun.


Tapi dalam masa yang sama, aku ternampak pulak di 𝘱𝘢𝘨𝘦 𝗙𝗮𝗵𝗺𝗶 𝗥𝗲𝘇𝗮 undian yang hampir sama. Dapatan dari undian di situ pula jauh berbeza. Dapatannya menunjukkan MADANI selesa 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻.


Tapi tak pelik sebab profail pembaca ataupun pengikut  Fahmi 𝗷𝗮𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮 daripada Edisi Siasat. Pengikut Fahmi rata-ratanya adalah 𝗴𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗮𝗴𝗮𝗿.


Walaupun Fahmi ni adakalanya tak kelihatan neutral, tapi dia 𝗯𝗲𝗹𝗮𝘀𝗮𝗵 𝗱𝘂𝗮-𝗱𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗺. Cuma dengan lebai dia lunak sikit. Mungkin sebab takut 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗻𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮 kot.


Tapi disebabkan itu, walaun 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗲𝘁𝗮𝗵 dengan Fahmi. Begitu juga penyokong kerajaan.Sebab itulah dapatan undian Fahmi berbeza daripada Edisi Siasat.


Kalau nak 𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶, kedua-dua 𝘱𝘢𝘨𝘦/𝘤𝘩𝘢𝘯𝘯𝘦𝘭 ni tidak punyai 𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝗯𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝘂𝗿𝘃𝗲𝗶 𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶. Tapi kalau nak cerita yang mana dirasakan lebih hampiri realiti semasa, aku lebih berat kepada Fahmi.


Sebab Fahmi buat pada 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗸𝗮𝘂𝗻. Dari FB ke Twitter ke IG. Dan dapatannya pun tak jauh berbeza.


Manakala Edisi Siasat pula 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱. Sidang pembaca mereka pun 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱, maknanya tertumpu pada satu kumpulan sahaja. Jadi ianya undian penuh emosi dan  𝗺𝗮𝗶𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗻𝘁𝗶𝗺𝗲𝗻.


Apa pun, jawapan sebenarnya kita akan dapat dalam PRU16 nanti. Cuma berdasarkan situasi semasa, aku rasa PN tak sempat hidup sampai PRU16. Silap-silap Bersatu bubar, merangkak masuk UMNO balik macam 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 46 dulu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TEMBERANG EDISI SIASAT NI.

 


Hm... Apa yang nak diulas dengan 𝗱𝗼𝗻𝗴𝗲𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗿𝘂 dari 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 ni. Ada yang gelar 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗦𝗲𝘀𝗮𝘁. Aku rasa sesuai juga nama tu.





Sebenarnya tak perlu diberi perhatian pun. Sebab dah jelas 𝗶𝗮 𝗺𝘂𝘀𝘁𝗮𝗵𝗶𝗹 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂. Pertama sekali sebab ada 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗔𝗻𝘁𝗶 𝗟𝗼𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶.


Selain itu, kewujudan perjanjian yang ditandatangani 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻 juga tidak memungkinkan MP berpaling arah.


MP UMNO juga menandatangani akuan bersumpah untuk membayar 𝗥𝗠100 𝗷𝘂𝘁𝗮 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 kiranya mereka tinggalkan parti.


𝘓𝘢𝘴𝘵 𝘣𝘶𝘵 𝘯𝘰𝘵 𝘭𝘦𝘢𝘴𝘵, 14 orang ini, kalau pun berjaya untuk lompat, 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 kerana adanya sokongan Sabah dan Sarawak.


Jadi dah jelas. Ini semua tak lain sekadar satu 𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗿𝗮𝗳 untuk mengekalkan momentum sokongan pada PN yang 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗿𝗮𝗵.


Kejayaan kerajaan mendapatkan sokongan ⅔ dalam pembentangan 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗸𝗵𝗶𝗱𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻 menjadi bukti 𝗸𝗲𝘂𝘁𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜.


Ia sedikit sebanyak 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝘁 𝗸𝗲𝘆𝗮𝗸𝗶𝗻𝗮𝗻 penyokong PN. Jika dibiarkan, semakin ramai hilang kepercayaan terhadap pimpinan PN.


Tambah lagi, dapat dirasakan adanya 𝗮𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗳𝗹𝘂𝗸𝘀 di kalangan penyokong. Sebahagian walaun kini menjadi 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗮𝗴𝗮𝗿. Manakala sebahagian atas pagar pula dah 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜.


Jadi untuk 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗵𝗮𝘁𝗶 penyokong, terpaksa mereka ciptakan dongengan sebegini biarpun secara faktanya, ia hanyalah sebuah 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗵𝗶𝗸𝗮𝘆𝗮𝘁. Ia bagi mengelak penyokong mereka dari 𝗹𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.


Biarkanlah mereka terus dengan dongeng mereka ini. Semakin banyak mereka berbohong, semakin hilang kepercayaan penyokong mereka. Eloklah tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


ISU SEMASA ISLAM TERANCAM ATAU PAS YANG TERANCAM.


 

𝐀𝐍𝐂𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐔 𝟑𝐑 𝐁𝐎𝐋𝐄𝐇 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐔𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀.





Pemimpin politik perlu, 


- Elak eksploitasi isu 3R (Agama, Kaum, Institusi Diraja) 

- Elak sentimen perkauman atau keagamaan bagi meraih sokongan 

- Fokus pada dasar & penyelesaian isu rakyat. 

- Individu yang memuat naik hantaran atau mengeluarkan komen berbaur perkauman atau menyentuh sensitiviti agama di media sosial akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi


Polis akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keharmonian negara terpelihara dan mengingatkan orang ramai agar bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial. 


Orang ramai perlu melaporkan sebarang kenyataan berunsur hasutan bagi membolehkan tindakan segera diambil