CARA DATUK NENEK KITA DULU LEBIH BAGUS DALAM MENDIDIK SAHSIAH ANAK-ANAK.


Rafizi Ramli


Teman lelaki tu siap rekod, lepas tu sebarkan. Dapat video tu kat kau, tengok anak sendiri berbogel dalam video call dengan gaya mengghairahkan, tidakkah kau malu?


Lagi satu tak payah la benarkan anak keluar malam. Tambah-tambah anak perempuan. Tak payah benarkan walau alasan dia nak beli topup ke, beli pensel ke, beli buku ke.


Kat taman dekat rumah aku berlambak budak perempuan keluar malam lepak dengan budak lelaki di taman permainan. Budak baru umur 13-15 tahun je pun.


Pakaian kemain seksi. Sendat. Nak menggoda teman lelaki katakan.


Yang aku heran tu, mak ayah dia tak marah pula anak dia setiap malam keluar macam tu. Agaknya bila anak dia ditangkap basah, anak dah bunting baru nak menyesal.


Ada benda kita boleh tiru gaya barat. Namun banyak benda kita kena tolak. Jangan diikut terutamanya bab jaga anak.


Aku pesan ini untuk diri sendiri dan keluarga aku dahulu. Itu yang utama dan pertamanya.


Selebihnya aku berpesan pada anak-anak didik aku dan sahabat handai. Usahlah ditiru budaya barat. Kita ikut cara kita.


Cara datuk nenek kita dulu lebih bagus dalam mendidik sahsiah anak-anak. Sungguh!


– Kadangkala ‘oldschool’ itu lebih baik.



ISU DAP TETAP DIMAINKAN. BILA PILIHANRAYA



 Kelakar aku tengok benda ni.


Pertama sekali, tiada siapa dalam PH yang percaya dan berharap DAP akan jaga kesucian agama Islam ini. Bahkan bukan sahaja DAP tetapi kesemua parti dalam Malaysia termasuklah parti yang pakai label agama pada namanya.


Sebab parti tetap parti. Maksud parti adalah politik. Jika parti itu letak nama Islam pun, namun masih lagi kuasa menjadi matlamat utama mereka. Guna nama agama hanya sebagai alat untuk dapatkan sokongan kelompok sasaran.


Kami penyokong PH pun tak letakkan kepercayaan kepada individu. Sebab individu boleh berubah. Sebab itu boleh tengok ada saja pemimpin PH yang tersungkur diterajang penyokong sendiri. Kami lihat perlakuan mereka.


Sebab itu tiada sikap wala buta dalam PH seperti parti lain. Dah jelas ketuanya melalut pun tetap juga bermatian nak nak bela hingga sanggup menipu dan putar belitkan fakta. Rela kelihatan bodoh. Itu tak berlaku dalam PH.


Kami juga tak pernah dakwa atau percaya mana mana parti akan mempertahankan hak bumiputera. Kami dah puas lihat sendiri pemimpin yang malam menjerit Hidup Melayu, siangnya dia jual tanah milik Melayu. Ramai begitu.


Yang kami nak pemimpin yang tak curi duit rakyat, yang tekadnya mahu bela orang miskin, yang mahu berusaha mudahkan hidup rakyat, yang tidak hanya beretorik membela Melayu tapi Melayu yang jadi jutawan tu hanya dia dan kroninya.


Kami juga tak pernah membenci sikap orang yang Melayu Islam yang mempertahankan agama dan bangsa. Malah kami juga pertahankan Melayu dan Islam. Cuma kami tak suka sikap hipokrit mereka yang gemar menipu.


Mereka laung perjuangan Islam hingga kafirkan sesetengah kumpulan. Tapi ketika mereka mahukan kuasa, pihak yang mereka kata kafir, harbi dan anti Islam itu boleh pula jadi kawan. Nanti bila dah tak kawan, dikafirkan semula.


Kami juga mahu Islam dan Melayu diletakkan pada tempatnya tapi bukan sampai menindas dan hingga menidakkan hak kaum dan agama lain. Nabi kami, Nabi Muhammad saw ajarkan bahawa Islam itu adil dan saksama. Itulah amalan kami.


Kami penyokong PH juga tak sangsi terhadap Raja Raja Melayu. Yang berkata jelek terhadap Sultan itu bukan pemimpin kami. Dan yang dijatuhi hukuman penjara kerana hantaran biadab terhadap Sultan juga bukan dari kalangan kami.


Akhir sekali, kami tak pernah kata DAP layak jadi PM. Sebab, sekali lagi, kami tak melihat parti tapi melihat perlakuan individu. Kalau individu itu cukup sifat dan syarat, bukan dari jenis sakau dan mampu bawa negara ke mercu kejayaan tanpa menghasut kebencian kaum dan agama, nescaya kami sokong biar dari parti mana pun dia.


Mudahnya begini. Kalau anda percaya segala yang tertulis dalam gambar ini, maka ketahuilah bahawa kamu seorang walaun. Mudah, kan? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


AKAI KURANG CERDAS PUNCA MAIN ISU BERAS.


 

KENAIKAN 20% SUPAYA IANYA DAPAT DI NIKMATI


 

YIDIN KETIKA JADI PM...USAHA KERAS CALL JOKOWI KOT DAPAT PENGIKTIRAFAN....KEMUDIAN LOCKDOWN SATU MALALYSIA...TU PUN NAK PILIH LAGI DIA NI.


 

PETANI PULA JUAL BAJA DAN UREA....SEBAB TU PADI TAK BERMUTU.


 

KEH..KEH....

 


Shahbudin Husin


Iyalah tu…mentang-mentang dah jadi senator…

MANA-MANA AHLI PARLIMEN BN - KALAU BERANILAH - BOLEH CUBA TIRU MACAM ADUN REMBIA INI


Adun Rembia, Melaka, Jailani Khamis yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin UMNO kerana hadir ke majlis pengumuman calon PN bagi PRK Dun Simpang Jeram di Bakri, Johor pada 23 Ogos lalu, dilaporkan telah meminta dirinya dipecat daripada UMNO.


Perkara itu dinyatakannya dalam jawapan bertulis terhadap surat tunjuk sebab Lembaga Disiplin UMNO kepadanya.


Sambil mempertahanlan dirinya tidak bersalah kerana kehadirannya ke program tersebut adalah atas tiket NGO Muafakat Nasional yang diterajui Annuar Musa, Jailani bagaimanapun tidak mahu tindakannya itu memberi malu kepada UMNO.


“Dengan rasa rendah diri, saya meminta Lembaga Disiplin UMNO mengambil keputusan di bawah peruntukan 20.10 (D) iaitu dipecat daripada parti setelah disahkan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan bukan mana-mana hukuman lain.


“Saya tidak mahu malukan UMNO, saya minta permohonan saya diterima,” katanya dalam surat jawapan tersebut.


Sebagai ahli UMNO, lebih-lebih lagi berkedudukan wakil rakyat, mustahil Jailani tidak tahu kehadirannya ke program parti lawan adalah suatu kesalahan dari segi disiplin.


Menggunakan alasan hadir atas tiket NGO Muafakat Nasional sama sekali tidak logik untuk menghalalkan kehadirannya kerana ia majlis pengumuman calon parti lawan untuk PRK.


Lainlah kalau beliau hadir majlis tahlil atau kenduri doa selamat mana-mana wakil rakyat PN, barulah ia bukan suatu kesalahan.


Lebih-lebih lagi jika beliau hadir itu sebagai jemputan khas untuk membaca doa misalnya.


Apa pun, agaknya memang Jailani sudah tiada hati lagi dengan UMNO sejak kebelakangan ini dan memang mahu meninggalkan parti itu.


Cuma, kalau beliau saja-saja keluar UMNO, kedudukannya sebagai Adun Rembia akan tergugur dan perlu diadakan pilihan raya semula.


Tetapi, apabila dipecat, kedudukan sebagai wakil rakyat tetap akan selamat.


Maka, mungkin itulah sebabnya Jailani sendiri memohon agar UMNO memecatnya.


Hmmmmm….


Dengan langkah yang diambil Jailani itu, ia segera mengingatkan kepada ura-ura yang sejak sekian lama kedengaran kononnya ada tujuh Ahli Parlimen BN mahu meletakkan jawatan masing-masing bagi memaksa pilihan raya kecil diadakan, seterusnya selepas dipilih semula, mereka akan memberi sokongan kepada blok pembangkang PN untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.


Komplot itu bagaimanapun perlu sama mendapat sokongan daripada GPS, GRS dan parti-parti kecil yang lain.


Sebelum ini, sebaik keputusan PRU15 lalu diumumkan, tujuh Ahli Parlimen BN berkenaan adalah antara yang menandatangani akuan bersumpah menyokong Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.


Bagaimanapun, di bawah undang-undang anti lompat parti, akuan bersumpah atau SD sudah tidak laku lagi kerana sebarang keputusan hendaklah diputuskan oleh parti, bukan secara individu.


Malah, mereka juga tidak dibenarkan melompat parti kerana ia akan menyebabkan kedudukan sebagai Ahli Parlimen atau Adun tergugur secara automatik.


Hanya jika seseorang itu dipecat daripada parti, barulah kedudukannya sebagai wakil rakyat tidak terjejas.


Mengambil kira apa yang dilakukan Jailani dan kiranya tujuh Ahli Parlimen yang disebut-sebut itu masih mahu menjatuhkan kerajaan perpaduan, barangkali mereka boleh mendapat inspirasi daripada apa jawapan beliau kepada Lembaga Disiplin UMNO itu.


Kalau berani…cuba-cubalah berbuat sesuatu yang melanggar disiplin agar diberi surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin UMNO dan kemudian mintalah juga dipecat daripada UMNO.


Apabila sudah dipecat, bebaslah untuk membawa haluan dan memberi sokongan kepada sesiapa saja yang dikehendaki.


Hehehe…itu pun kalau mereka beranilah!!


Cuma masalahnya satu saja, akan tergantung tak bertalilah keadaan mereka jika UMNO tetap enggan memecat seperti yang diharap-harapkan itu. – ShahbudinHusin 06/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/



KALAU KERJA SENDIRI TAK APA LAH..KALAU MAKAN GAJI BYE BYE....BERJIHAD LAH KAMU. REZEKI DITANGAN TUHAN....

 


Penjara dua bulan dengan denda RM10k je mamat Imam Mustaqim ni kena? Tak padan. Apa yang dia post tu terlalu ganas dan jahat. Sepatutnya dia kena charge berniat lakukan jenayah kejam.


Bukan setakat hina sultan, hantaran dia tu berunsur keganasan. Setakat penjara 2 bulan je, tak terasa sangat. Sepatutnya seumur hidup. Atau paling sikit pun nak bagi, 12 tahun. Baru sesuai.


Sekarang ni aku nak tanya. Ada tak lebai yang nak masuk penjara gantikan dia? Atau paling tidak pun tolong bayarkan denda tu? Itulah walaun. Percaya sangat ke lebai. Kena begini, kalau ada anak bini, siapa nak tanggung? Lebai ke? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


KES PENCEN TAK SELESAI. MULA PEGANG KERANI SEKOLAH,PPD FAN JPN...DAPAT LA KAT MANA YANG BUAT TAIK.

 

TAK SELESAI LAGI, SAYA BETUL-BETUL MARAH!!!!!! 



Pergi Jabatan Pendidikan Selangor hari Jumaat (1 bulan 8) minggu lepas, selepas saya buat panggilan tapi tak berjawab 😡😡  jawapan mereka belum dapat dokumen dari PPD


Pergi PPD semalam hari Selasa, 5 bulan 9, jawapan mereka sekolah lambat hantar dokumen


Telefon kerani sekolah dia bagitahu dia dah hantar awal bulan 8 (seperti dalam gambar) 


Allahuakbar.. Korang arwah kakak saya meninggal bulan 4 tau, kalau borang permohonan pencen dia tak bergerak agak-agak bila urusan ni nak selesai?


ARWAH ADA ANAK KECIL... FAHAM KE TAK?? RAYA, SEKOLAH, SUSU, PAMPERS semua ni macam mana??? KEPERLUAN ANAK-ANAK NI MACAM MANA???


Dalam bulan 5 saya dan suami dah selesaikan urusan dokumen, menurut kata kerani sekolah bulan 6 dia dah hantar dokumen ke PPD. Bulan 7 (14 bulan 7 tau!!!!) dapat wassap kata ada 1 dokumen inquiry dari PPD minta kami hantar segera


Hari yang sama kami angkut mak mertua ke bank dan dapatkan dokumen yang di perlukan dan  semua tu kami hantar semula kepada kerani sekolah pada hari yang sama 14 bulan 7 (hari Jumaat)


Dari 14 bulan 7 hampir 2 minggu dokumen duduk kat sekolah, semak 1 dokumen sampai 2 minggu?? 3 bulan 8 baru di hantar ke PPD, masa telefon PPD pegawai yang mengurus kata PPD terima dokumen hujung bulan 8


Semalam 5 September?? Dokumen masih di PPD, checkers semua tak ada di pejabat, ada bengkel katanya. Semua pergi yang tinggal hanya kerani dekat kaunter 😡😡


Di PPD, kerani tanya saya khairat kematian dah dapat? Saya maklumkan pada mereka dari hari arwah meninggal tak ada satu sen pun duit yang dia layak terima, diterima lagi


Hanya ada duit sedekah rakan-rakan guru dan saudara mara je. Kami ni mana la tahu apa, kami bukan kakitangan kerajaan tak tahu urusan pencen ni


Tak layak ke saya marah?? Nak husnuzon macam mana lagi?? Saya duduk Sg Besar bukan duduk Shah Alam, anak-anak arwah tinggal dengan mak mertua saya, ayah mereka tak sihat dan mmg tak ambil tahu urusan mereka langsung


Arwah adik Food Panda yang meninggal di Elmina pun dah dapat pencen Perkeso... Nak tunggu viral, baru boleh jalan ke kerja korang??


Kak Fadh Fadhlina Sidek tolong la keluarga arwah ni, kak. Saya dah habis fikir dah. Kenapa la buat macam ni pada anak-anak arwah apa kesalahan arwah pada cikgu-cikgu ni semua??


Arwah tu hampir buta, kira-kira 2 tahun menuju penghujung nyawa dia. Kalau dia menyusahkan sesiapa sampai macam ni kalian layan dia, beritahu la. Arwah ni jenis tak sibuk tak ambil tahu pun hal orang lain


Bukan minta korang tanggung anak-anak dia tapi kami nak hak dia dan hak anak-anak dia. Banyak juga urusan dan permintaa arwah yang tertangguh di sebabkan perkara ni


Kalau ada urusan yang pihak waris kena uruskan maklumkan la pada kami, dalam borang tu dah ada nombor telefon 


Kalau kata pegawai kerajaan buat kerja sambil lewa ramai yang melenting, kalau kata pegawai kerajaan harap duit bonus je, ramai yang marah tapi hakikatnya?? 


Mohon semua sebarkan, biar sampai ke pihak yang berwajib, btw semalam semasa ke PPD memang saya nak jumpa Pengarah PPD malangnya pengarah dan timbalan pengarah semua tak ada di pejabat ada urusan luar. Kalau ada semalam memang saya nak jumpa dan selesaikan perkara ni


KASIHAN LA PADA ANAK-ANAK ARWAH, PADA AYAH DAN MAK MERTUA SAYA YANG DAH UZUR, MEREKA PUN DAH DI PENGHUJUNG USIA MEREKA, MUDAHKAN LA URUSAN MEREKA


Tak setuju skip je, tak payah nak bela sesiapa dalam hal ni, saya nak perkara ni sampai kepada yang berwajib!!!!!


Maklumat tambahan :

Jarak sekolah dengan PPD tak sampai pun 1 jam perjalanan

Jarak PPd ke Jabatan Pendidikan Negeri tak sampai pun 30 min perjalanan

Jarak Jabatan Pendidikan Negeri ke KWAP di Putrajaya dalam masa 1 jam


Jarak saya dan suami nak ke Shah Alam ambil masa 2 jam lebih 

Jatak saya dan suami nak ke Putrajaya kira-kira 3 jam lebih


Kalau susah sangat nak hantar dari satu lokasi ke satu lokasi dokumen arwah yang seberat 500kg tu, saya sanggup hantarkan bgtau je bila dan bagaimana. Ye la kalian kan ada banyak kerja di pejabat dan ada keluarga di rumah yang perlu di uruskan saya tak ada apa2 kan??? 

😡😡😡


#love #peace #respect #stayhumble #ilovewhatido #idowhatiwant #lillahitaala #keranaAllah #cikni #sayamarah



LEBAI KAKI FITNAH. TOLONG HORMAT MAHKAMAH. KAMU KALAH FITNAH KAMU TANGGUNG FINAH DI AKHIRAT


 

CABARAN BUAT SYED SADDIQ





Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, alang-alang nak tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan tu, aku nak cadangkan kerusi DUN Puteri Wangsa yang menang atas ihsan PH dulu tu tolong lepaskan sekali la ek. Biar kita tanding balik dan tengok mampu tak parti mentah ko tu menang balik kerusi tu. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


Khalid Samad: Zaman Pemerintahan Muhyiddin Yassin Adalah Pemerintahan Pa...

(Terkini) Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Ceramah Mega Perpaduan PRK Pulai J...

RENTASAN 1441 | GEMPAR!! PEGUAM NEGARA HENTIKAN SEMUA PROSIDING TERHADAP...


MENARIK DALAM RENTASAN 1441
1. JANGAN JADI BODOH YANG TIDAK BOLEH DIAJAR 2. BENARKAH ZAHID MANGSA PENDAKWAAN TERPILIH TUN M? 3. ANTARA BIJAK PANDAI DAN BUTA TULI 4. HADI AWANG SEBENARNYA ULAMAK ATAU AHLI POLITK?


HABIS DNAA SEBELUM INI SIAPA PULA YANG CAMPUR TANGAN ? PEGUAM NEGARA LANTIKAN YIDDIN, PMX PULA YANG DIPERSALAHKAN.JOM LIHAT DNAA SEBELUM INI

 

THIBAN SUBRAMANIAM




Ramai yang kembali aktif bila kes Zahid jadi DNAA semalam, siapa ada yang ugut nak mee tarik pula. Saya cuma tertanya dan sedang mencari senarai mereka yang kritik semasa Mahkamah DNAA kes Yidin. Jika ada tolong senaraikan. Peguam Negara yang lepas adalah lantikan Muhyiddin sendiri namun PMX pula dituduh campur tangan. 

Habis DNAA sebelum ini siapa yang campur tangan? Salah PMX juga? AG kena perjelaskan kenapa keputusannya begini. Biar fakta berbicara. Walaun biasalah la, pandai menipu dan fitnah.


ANWAR NAFI TERLIBAT GUGUR KES ZAHID HAMIDI, MACAMLAH PM TAK ADA KERJA LAIN, KATA SAIFUDDIN


 Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia tidak terlibat dalam keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk memohon agar Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi.

Anwar berkata keputusan itu dibuat oleh peguam negara.

“Peguam negara ada wewenang (kuasa) sepenuhnya, dan dia berikan alasan itu. Jadi saya serah kepada wewenang peguam negara kerana dia bicara tentang 200 halaman permohonan baru oleh Datuk Seri Zahid.

“…Ini keputusan peguam negara dan saya tak boleh campur,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/678180

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail sekali lagi mempertahankan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berikutan kritikan terhadap keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi.

Bercakap dengan pemberita di Pulai, Saifuddin sekali lagi menyatakan pendiriannya yang Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada peguam negara untuk mendakwa atau menarik balik sebarang pertuduhan.

“Itu kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Sebab itu saya menolak dan menangkis sebarang tuduhan dan andaian bahawa apa pun tindakan yang dibuat oleh peguam negara, semua (kesalahan) diletakkan di atas bahu perdana menteri.

Macam perdana menteri tak ada kerja lain,” kata Saifuddin lagi




[panas] PENCERAHAN DARI BRO ISWARDY ISU PEMBEBASAN PRESIDEN UMNO ZAHID H...

(LIVE) Mat Sabu, Saifuddin Nasution & Pimpinan Perpaduan: Ceramah Perpad...

[LANGSUNG] Temu Anwar Jakarta | 5 Sept 2023


Ikuti Temu Anwar, sebuah program dialog anak muda bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, buat julung kali akan diadakan di luar negara di Jakarta, Indonesia




KERAJAAN TUMBANG BULAN OGOS ? KEMUDIAN SEPTEMBER DAN LAGI.....KENYATAAN INI TAK MEMBANTU EKONOMI NEGARA

 

NAK JADI PEMBANGKANG YANG CERDIK PUN TAK BOLEH. DAH DIBERI PELUANG JADI KERAJAAN 33 BULAN. SEMUA HARGA BARANG NAIK.MINYAK TELOR SAYUR...SEMUA MENINGKAT. 



Kerajaan tumbang pada bulan Ogos? Mungkin selepas ini, mereka akan cakap tumbang September. 

Mainan sentimen seperti ini tidak membantu kepada kestabilan ekonomi kerana ketidakstabilan politik akan menggoyangkan keyakinan pelabur-pelabur kepada negara. Lebih sesuai kalau pembangkang cuba jadi pembangkang yang baik dengan bawa idea dan perancangan mereka untuk rakyat.

HANG SAKAW ANAK BERANAK UNTUNG


 

KAU TAK TELITINKES KA SADDIQ.....PATUT KO TAK DILANTIK JADI MENTERI. SEBAB KONTAK CERDIK.


 

KENAPA WAKTU PANDEMIK LEBIH MUDAH...MUDAH SEBAB TAK BAYAR HUTANG DAN LANGKAH SEMENTARA INI ADALAH BAGI MEMBENDUNG INFLASI.


 

TERPALING BERPRINSIP

 

Mat Mat


Errr..wahaiii cucuu atokkk Syed Saddiq Syed Abdul Rahman 'terpaling berprinsip'..napeee zaman 33 bln #pas #PN bebaskan zahid, sedara yakin dgn badan kehakiman..tapi bila ariniii AG yg sama zaman #abah sembab bebaskan zahid, sedara rasa berdosaaa.? Sedaraaa punnn nak jadik walaon kaaa.?? 🤣..











MUSICAL CHAIR



Zaman PM Najib: 

- LGE, Tony Pua dan RR kena dakwa;

- Tiada pemimpin Umno di bawa ke Mahkamah. 


Zaman PM Tun M: 

- LGE, Tony Pua dan RR kes mereka dibebas dan dilepaskan. LGE punya kes dah masuk peringkat Prima Facie tapi boleh pulak Lepas dan bebas. TPR yang minta, bukan Mahkamah yang buat. 

- Masa ni, pemimpin UMNO pula kena. DSNR, DSZH, Shahrir Samad, Ku Nan dan Musa Aman. Kena pelbagai dakwaan. 


Zaman PM Muhiyiddin 

- Musa Aman yang kes dah masuk Prima Facie, dapat dilepas dan dibebaskan. TPR juga yang minta. Dia lepas begitu saja. Siap manage belakang tabir PRN Sabah. 

- Masa ni, LGE kena dakwa kembali. Syed Saddiq pun sangkut sekali. Mereka kata pendakwaan terpilih. 


Zaman PM Anwar Ibrahim 

- TSMY kena dakwa dan Wan Saiful pun sangkut sama. Mereka claim pendakwaan politik juga. Karma dakwa Sayed Saddiq berbalik pula. 

- Kes DSZH pula yang dah prima facie kena lepas tanpa bebas. Aiyoo… sama saja! 


*****************************


Tuan/ Puan nampak tak pattern nya? Macam

Musical Chair pula. 


Masa setiap PM yang berkuasa. Mereka dakwa lawan mereka, selamatkan kawan mereka. Guna kuasa Jabatan Peguam Negara. Untuk jalankan kerja mereka. 


Prinsip Rukun Negara ke-4, ialah Kedaulatan Undang2. Tapi berdaulat ke undang2 kita? Takpun parti politik dan politikus lebih berdaulat? 


Kalau betullah Kerajaan ini Kerajaan Reformis seperti yang diperjuang sekian lama. Sila bebaskan badan perundangan kita dari dipolitikkan untuk kuasa. 


1. Pecahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwaraya. Boss Pendakwa Raya sepatutnya bukan lagi PM! Tetapi kepada Majlis Raja2 atau Dewan Negara/ Rakyat. 


2. Letak SPRM bawah Parlimen, bebaskan mereka sepenuhnya dari jadi alat politik. 


3. Buatlah Akta Dana Politik segera. Kalau tak negara kita takkan ke mana. Politikus main2kan undang2 untuk kaya raya. 


 *****************************


Distrust in politicians akan terus melanda. Rakyat lelah dan penat dengan game mereka. Semua lebih kurang sama. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



PENDAKWAAN TERPILIH



Setiap kali politikus kena dakwa, jarang sekali mereka ngaku mereka salah. Walaupun 4 jenis Mahkamah dalam negara dan 13 Hakim semuanya buat keputusan sama. Tetap mereka dakwa mereka innocent. 


Selalunya mereka claim ada pendakwaan terpilih. Atau dalam omputih “Selective Prosecution”. Dakwa dakwi mereka, musuh mereka yang kenakan mereka, mereka tak bersalah sebenarnya. 


Hari ni kita kena paham betul2. Apa dia konsep “Pendakwaan Terpilih” ini? 


Nak bagi paham, konsep Pendakwaan Terpilih ni macam tanya “Kenapa saya sorang je yang kena?”


Analoginya masa kita di sekolah, Abu kantoi ponteng. Bila kena tangkap, dia cakap, “Sebelum saya ni Ahmad pun ponteng, kenapa saya kena, dia tak kena?”  


Thing is, adakah dengan Ahmad tak terkantoi, maknanya Abu langsung tak buat salah? Dia tetap kantoi memonteng kan? Dia sendiri yang ponteng, bukan orang lain. Makanya dia kena hadap la. 


Dalam kes TPM semalam, TPR cakap salah satu alasan untuk DNAA atau “Lepas Tanpa Bebas” ialah, kerana pendakwaan terpilih. Mereka kena semak balik penyiasatan kerana masa awal lagi ada campur tangan. 


This doesn’t make sense at all. Kalau pun katanya penyiasatan Flip Flop, Mahkamah dah putuskan, menang peringkat Pendakwaan. Sudah dapat PRIMA FACIE dah pun. Maknanya first stage dah settle. 


Sang Penyiasat dan Pendakwa dah jalankan kerja dengan jaya. Mahkamah dah percaya, ada kesalahan dilakukan, hanya menanti hujah pembelaan. 


Ini yang pentaksub susah nak paham. Kita bukan persoalkan pembebasan kalau bukti tak cukup atau ada campur tangan terawal. Kita persoal cara ia dilakukan. 


Kalau betul ada bukti lain yang boleh dibawa. Fight dalam la Mahkamah sampai habis. Buktikan anda tak bersalah. Bukan minta DNAA side bar. Guna kuasa TPR pula! Tambah TPR dah habis tanggungjawab butkikan kes mereka. 


Lagi satu, kalau betul la ada pendakwaan terpilih dan campur tangan. Itu kesalahan lain dari kesalahan kes TPM ini. Kalau ada PM terdahulu campur tangan dan mengugut, dah ada salah guna kuasa. Boleh siasat dan dakwa dia. Bukannya minta kes anda disucikan pula! 


Pegangan saya simple. 


Mana baik, kita sokong. Mana salah, kita bantah. 


DNAA during Prima Facie case is a mockery to our justice system. Plain and simple. 


Ia bukan saja mockery kepada sistem keadilan negara, tetapi mockery kepada rakyat jelata, yang percaya Kerajaan ini boleh bawa reform yang perlu dalam negara. Bukan seperti Kerajaan sebelum ini, yang terkenal dengan diktatorship dan putar belit. We expect more from you. 


The very least, allow the case to finish by a separate entity. Iaitu Mahkamah. Bukan guna kuasa cabang Eksekutif lantikan anda, iaitu Peguam Negara. Yang anda ada kuasa ke atasnya. 


Kalau pun mereka claim PM tak tahu dan tak campur, optiknya dah tak elok. AG sebelum buat keputusan mesti lapor kepadanya. Ini kes orang nombor dua dalam Kerajaan. Takkan la depa pakat diam saja? 


Sorry, I believe in Unity, but not at the risk of humiliating the country. 


Setia saya kepada negara. Bukan parti dan politikus, bila mereka tak layak menerima. 


PMX please fix this dan umum reform segera. Pecahkan kuasa Pendakwa dan Peguam Negara. 


Kalau ini tidak dibuat, ramai akan hampa. Anda ni sama saja dengan mereka. Reform nya di mana? 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



KISAH BEKAS MB YANG SUKA JUAI TANAH,..TANAH KUBUR SAJA DIA TAK JUAI




 Bila Mahathir cakap Tanah Melayu akan hilang, aku teringat dulu Johor pernah ada MB yang rakyat kata, "tanah kubur dan angin je tak kena jual". MB yang sangat popular bab jual tanah.


Masa UMNO Johor goyang sebab Sultan pun murka dengan MB tu, Mahathir tarik dia dan jadikan dia menteri di federal. Kalau tak tukar MB masa tu, mau hilang semua tanah di Johor.


Pernah aku baca dulu, Mahathir kata rasuah pun tak apa asalkan negeri maju. Begitu sekali Mahathir berkompromi dengan rasuah. Tanyalah Kenaf lama, tentu ramai yang masih ingat.


Tapi budak baru naik kenal perangai MB tu. Dorang puja MB tu macam betul-betul nak selamatkan Melayu sangat. Lagi sekarang dah pandai nak pakai kopiah. Terus bersih semua dosa dia.


Siapa MB tu biarlah rahsia. Nak tahu, cuba tanya otai Johor. Hm... Apa pun, bersyukurlah sekarang kita dah tak kena kurung dalam rumah dan tak perlu keluarkan simpanan hari tua lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


AMBIL TINDAKAN TERUS.

 



W.Faudzin


Banyak kedengaran tentang aduan adanya perbuatan sabotaj dan mengambil untung dengan menipu tentang penjualan beras.  Rungutan rakyat kononnya harga beras melambung tinggi sedangkan berulangkali kerajaan tegaskan harga beras tempatan masih dikawal oleh kerajaan tanpa kenaikan harga, ada segelintir pengkhianat melakukan perbuatan menukar label kampit beras.  


Kerajaan harus mengambil tindakan paling tegas kerana mereka bukan sahaja mencari keuntungan dengan menipu, tetapi mereka telah mensabotaj kerajaan yang sedang berusaha gigih membantu rakyat.


SYED SADIQ SILA BERAMBUS.




 Alamak! Muda nak tarik balik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan. Macamana ni? Habis runtuh la kerajaan macam ni.


Hahahaha... Budak mentah yang tak sedar diri. Dia ingat dia besar sangat? Dah la tak ada akar umbi, hidup menumpang.


Sekarang nak ugut orang pulak? Silakan tarik diri. Lagi cepat lagi bagus. Kami penyokong PH dah lama harap Muda belah. Guane boh?


 

Raja Gelap 




Edit: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh baca komen di sini. Ramai gembira dengan berita ni.


.