MUSICAL CHAIR



Zaman PM Najib: 

- LGE, Tony Pua dan RR kena dakwa;

- Tiada pemimpin Umno di bawa ke Mahkamah. 


Zaman PM Tun M: 

- LGE, Tony Pua dan RR kes mereka dibebas dan dilepaskan. LGE punya kes dah masuk peringkat Prima Facie tapi boleh pulak Lepas dan bebas. TPR yang minta, bukan Mahkamah yang buat. 

- Masa ni, pemimpin UMNO pula kena. DSNR, DSZH, Shahrir Samad, Ku Nan dan Musa Aman. Kena pelbagai dakwaan. 


Zaman PM Muhiyiddin 

- Musa Aman yang kes dah masuk Prima Facie, dapat dilepas dan dibebaskan. TPR juga yang minta. Dia lepas begitu saja. Siap manage belakang tabir PRN Sabah. 

- Masa ni, LGE kena dakwa kembali. Syed Saddiq pun sangkut sekali. Mereka kata pendakwaan terpilih. 


Zaman PM Anwar Ibrahim 

- TSMY kena dakwa dan Wan Saiful pun sangkut sama. Mereka claim pendakwaan politik juga. Karma dakwa Sayed Saddiq berbalik pula. 

- Kes DSZH pula yang dah prima facie kena lepas tanpa bebas. Aiyoo… sama saja! 


*****************************


Tuan/ Puan nampak tak pattern nya? Macam

Musical Chair pula. 


Masa setiap PM yang berkuasa. Mereka dakwa lawan mereka, selamatkan kawan mereka. Guna kuasa Jabatan Peguam Negara. Untuk jalankan kerja mereka. 


Prinsip Rukun Negara ke-4, ialah Kedaulatan Undang2. Tapi berdaulat ke undang2 kita? Takpun parti politik dan politikus lebih berdaulat? 


Kalau betullah Kerajaan ini Kerajaan Reformis seperti yang diperjuang sekian lama. Sila bebaskan badan perundangan kita dari dipolitikkan untuk kuasa. 


1. Pecahkan peranan Peguam Negara dan Pendakwaraya. Boss Pendakwa Raya sepatutnya bukan lagi PM! Tetapi kepada Majlis Raja2 atau Dewan Negara/ Rakyat. 


2. Letak SPRM bawah Parlimen, bebaskan mereka sepenuhnya dari jadi alat politik. 


3. Buatlah Akta Dana Politik segera. Kalau tak negara kita takkan ke mana. Politikus main2kan undang2 untuk kaya raya. 


 *****************************


Distrust in politicians akan terus melanda. Rakyat lelah dan penat dengan game mereka. Semua lebih kurang sama. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki