ISU DAP TETAP DIMAINKAN. BILA PILIHANRAYA



 Kelakar aku tengok benda ni.


Pertama sekali, tiada siapa dalam PH yang percaya dan berharap DAP akan jaga kesucian agama Islam ini. Bahkan bukan sahaja DAP tetapi kesemua parti dalam Malaysia termasuklah parti yang pakai label agama pada namanya.


Sebab parti tetap parti. Maksud parti adalah politik. Jika parti itu letak nama Islam pun, namun masih lagi kuasa menjadi matlamat utama mereka. Guna nama agama hanya sebagai alat untuk dapatkan sokongan kelompok sasaran.


Kami penyokong PH pun tak letakkan kepercayaan kepada individu. Sebab individu boleh berubah. Sebab itu boleh tengok ada saja pemimpin PH yang tersungkur diterajang penyokong sendiri. Kami lihat perlakuan mereka.


Sebab itu tiada sikap wala buta dalam PH seperti parti lain. Dah jelas ketuanya melalut pun tetap juga bermatian nak nak bela hingga sanggup menipu dan putar belitkan fakta. Rela kelihatan bodoh. Itu tak berlaku dalam PH.


Kami juga tak pernah dakwa atau percaya mana mana parti akan mempertahankan hak bumiputera. Kami dah puas lihat sendiri pemimpin yang malam menjerit Hidup Melayu, siangnya dia jual tanah milik Melayu. Ramai begitu.


Yang kami nak pemimpin yang tak curi duit rakyat, yang tekadnya mahu bela orang miskin, yang mahu berusaha mudahkan hidup rakyat, yang tidak hanya beretorik membela Melayu tapi Melayu yang jadi jutawan tu hanya dia dan kroninya.


Kami juga tak pernah membenci sikap orang yang Melayu Islam yang mempertahankan agama dan bangsa. Malah kami juga pertahankan Melayu dan Islam. Cuma kami tak suka sikap hipokrit mereka yang gemar menipu.


Mereka laung perjuangan Islam hingga kafirkan sesetengah kumpulan. Tapi ketika mereka mahukan kuasa, pihak yang mereka kata kafir, harbi dan anti Islam itu boleh pula jadi kawan. Nanti bila dah tak kawan, dikafirkan semula.


Kami juga mahu Islam dan Melayu diletakkan pada tempatnya tapi bukan sampai menindas dan hingga menidakkan hak kaum dan agama lain. Nabi kami, Nabi Muhammad saw ajarkan bahawa Islam itu adil dan saksama. Itulah amalan kami.


Kami penyokong PH juga tak sangsi terhadap Raja Raja Melayu. Yang berkata jelek terhadap Sultan itu bukan pemimpin kami. Dan yang dijatuhi hukuman penjara kerana hantaran biadab terhadap Sultan juga bukan dari kalangan kami.


Akhir sekali, kami tak pernah kata DAP layak jadi PM. Sebab, sekali lagi, kami tak melihat parti tapi melihat perlakuan individu. Kalau individu itu cukup sifat dan syarat, bukan dari jenis sakau dan mampu bawa negara ke mercu kejayaan tanpa menghasut kebencian kaum dan agama, nescaya kami sokong biar dari parti mana pun dia.


Mudahnya begini. Kalau anda percaya segala yang tertulis dalam gambar ini, maka ketahuilah bahawa kamu seorang walaun. Mudah, kan? Guane boh?


 

Raja Gelap 


.