PADU UNTUK ELAK WARGA ASING PUNYA HAK YANG SAMA.
Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang saya luncurkan hari ini, adalah selaras dengan pendekatan dan transformasi digital malah kemudahan dan manfaat yang diberikan kerajaan ini bakal dinikmati sepenuhnya oleh golongan berhak.
Kerana itulah kerajaan melalui Kementerian Ekonomi memperkenalkan PADU yang dilihat mampu mengurangkan ketirisan dan perbelanjaan subsidi yang ditanggung kerajaan melebihi RM80 bilion.
Saya singgung, marcapada menuntut tekad baharu dan jangan tolak ansur dengan sistem lama yang terlalu banyak ketirisan, kebocoran dan penipuan sehingga masih ada kelompok miskin dalam negara.
Penyaluran subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan maha kaya dan warga asing mendapat manfaatnya tanpa taakul yang betul.
Pendaftaran PADU dibuka secara langsung bermula Selasa sehingga 31 Mac depan bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.
Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas perlu mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU yakni https://padu.gov.my/.
PADU, yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia, merupakan pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.
#MalaysiaMADANI
TAJUDDIN RAMLI JELASKAN SIKAP DAIM
Tersebar video Tajuddin Ramli berkenaan pembelian MAS. Ketika itu MAS hampir lingkup dan bagaimana Tajuddin dipaksa beli MAS pada harga lebih tinggi dari pasaran. Bila Tajuddin tolak, Daim Zainuddin katakan kepadanya "you don't say NO to the Prime Minister."
Kita tak perlu nak tengok aspek teknikal, tentang harga pasaran dan sebagainya. Yang penting ialah melihat sifat diktator Mahathir yang memerintah dengan kuku besi. Apa lebih menarik, peranan Daim dalam soal ini. Kata-kata Daim tu umpamakan satu ugutan keras.
Bayangkan apa yang Daim dan Mahathir buat ketika kuasa ada di tangan mereka. Ini yang dah dibuka. Ada lagi yang masih terpendam. Mungkin ada yang lebih dahsyat lagi. Jadi fahamlah kita kenapa Mahathir dan konconya menggelupur nak tebuk atap. Guane boh?
Raja Gelap II
.
KOMEN YANG TAK PERNAH CERDIK
Saya rasa kelakar dengan perbandingan yang dibuat oleh Fadhli Shaari ni.
Dalam masa sama saya sedih. Sedih sebab ahli parlimen Pasir Mas yang dah masuk penggal ke dua ni buat perbandingan yang tak berapa cerdik.
Pertama, MB Sanusi ni dia menghina fizikal MB Amiruddin dengan mengatakan tak cukup inci dan Intelektual dengan mengatakan MB cokia.
Tak cukup dengan itu dia secara tak sengaja sebab mulut terlalu laju telah menghina DYMM Sultan Selangor apabila mengatakan DYMM Sultan Kedah yang hebat tidak akan melantik MB cokia macam Amir. Membawa maksud Sultan Selangor tak hebat sebab lantik MB cokia.
Ya Sanusi ada minta maaf, tapi terpulang pada Tuanku Sultan Selangor. Bukan pada Azlina.
Ahli Majlis Diraja Selangor juga merasakan ia satu penghinaan dan mereka yang buat laporan polis.
Siapa Ahli Majlis Diraja Selangor ni? Bukan sebarang orang, bukan jenis karaoke dengan anak dara orang jam 2-3 pagi..
Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang adalah salah seorang Ahli Majlis Diraja dan beliau turut membuat laporan polis.
Dalam soal ini, DS Azlina selaku Menteri Undang-undang tiada kuasa untuk menerima maaf dan membuang kes.
Takkan YB Fadhli tak faham?
Negara kita mengamalkan sistem pengasingan kuasa di antara Eksekutif (kabinet) Legislatif (Parlimen) dan Judiciary (Kehakiman)
Kalau ahli parlimen pun tak faham, berat lah. Kena pi tuisyen. Saya boleh bagi tuisyen percuma untuk YB Fadhli.
Kemudian kita tengok pulak siapa yang bawa kes ini. Beliau ialah Peguam Cara Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh. Ahmad Terrirudin kini dilantik sebagai Peguam Negara.
Nak bagi tahu pentingnya isu ini sehingga Peguam Cara Negara sendiri yang mendakwa.
Baru-baru ini seperti kita tahu seorang aktivis Parti Keadilan Rakyat-PKR iaitu Ustaz Wan Ji telah dipenjarakan kerana kes menghina DYMM Sultan Selangor. Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun ahli PKR, tiada campur tangan dari kerajaan Perpaduan walaupun PM adalah dari parti PKR.
Ok baik sekarang kita tengok perbandingan yang dibuat oleh YB Fadhli ni, iaitu soal YB Ngeh yang dikatakan menghina Islam.
Pertamanya YB Ngeh dia memberikan cadangan.
Cadangan ni boleh diterima atau ditolak.
Pengerusi MKI DYMM Sultan Selangor telah tolak.
YBM Senator Dr Naim selaku Menteri Agama pun tolak.
YB Anthony Loke selaku Setiausaha Agong DAP pun tolak dan meminta maaf.
Keduanya kita lihat punca cadangan tersebut, ia kerana telah beberapa kali berlakunya pertembungan diantara bukan Muslim dengan Mahkamah Syariah.
Iaitu dalam soal perebutan mayat dan anak.
Ini menunjukkan asas cadangan itu ada. Itu bukan menghina.
Sebab itu perbandingan yang cuba dibawa oleh YB Fadhli itu ibarat kata sahabat saya saudara Faizal Rahman , perbandingan antara Epal masam dan Musang King.
Mana sama.
Oleh itu dari buat perbandingan tidak cerdik seperti itu, adalah lebih baik YB Fadhli tolong mangsa banjir di Kelantan dan cari idea untuk memajukan negeri Kelantan.
Cuba lah juga cari soalan yang membina untuk ditanyakan dalam parlimen nanti.
Jangan lah tanya soal istilah bahasa MAHAKAYA dan soal taman permainan kanak-kanak lagi. Buang masa parlimen.
Sekian,
Muhammad Fairul Al Qasas
Jengka
BEBERAPA ISU SEMASA.
Gino Marvela.
Kembali bersiaran, sebulan bercuti menguruskan pelbagai situasi. Ingat nak lajak sampai lepaih raya. π
Ok, GM hari ini nak bercakap beberapa situasi. Pertama isu FDI, kedua isu yg terkait Daim & Mahathir. Ketiga berkaitan tebuk atap langkah Dubai.
Berkaitan FDI, ya memang mencurah masuk tapi ada banyak napoleon yg gagalkan. Lebih tepat lg, deep state yg gagalkan FDI jauh lebih terus berkembang dari sepatutnya. Rupanya rasuah yg Anwar nak bersihkan, amat2 parah di belakang. Dan barah ini lebih berkembang biak sebaik saja pembentukan kerajaan tebuk atap yg kalian dh maklum.
Dan...kebanyakan pelabur sedia ada merungut birokrasi yg terlalu menebal menunggu duit rasuah dgn pelbagai taktik sebelum di luluskan. Hal ini SPRM dh masuk campur, cuma belum agresif membuat tangkapan ekoran bukti2 yg perlu di perkukuhkan.
Kedua, isu Daim & Mahathir... Dari apa yg kami lihat & dengar, mereka cuba lemahkan pasaran ekonomi dgn alihkan aset strategi penting ke dunia luar.
Lebih menakjubkan, rupanya duit yg lesap semasa zaman 22 tahun, cuba di sucikan dgn kerajaan 22 bulan pinjam dr luar. Sebenarnya ia berpusing pd pemain yg sama. Cukup jika GM cerita hal ini sampai di sini saja, nanti habis peluru. π
Isu menara Ilham yg di sita SPRM, dah tentu ada pembuktian serta siasatan. Masakan pula SPRM kembali mengaum jika tidak punyai sokongan dr Sultan Johor yg bakal jadi YDPA seterusnya pd awal tahun ini.
Ok, hat nih yg paling penting...isu langkah Dubai!
Dari siasatan dalaman kami sendiri, RM10 juta - RM50 juta adalah bayaran kepada setiap individu dalam kerajaan perpaduan jika mahu menyebelahi tebuk atap. Angka jumlah ini RM10j-RM50j, berbeza ikut portfolio penting dlm kerajaan. Ini bukan bayaran pd setiap parti, tapi kepada setiap individu yg berjaya di bawa tebuk atap.
Dan bayaran bukan di buat dlm Malaysia. Kebanyakan mereka ada akaun di luar pesisir. Kenapa hal langkah Dubai terdesak ini berlaku ?
Antaranya banyak penyangak2 ini yg kebanyakannya suatu ketika dahulu berada dalam umno telah berpindah ke parti Penyakau Nasional. Dan sekiranya SPRM berjaya di letakkan di bawah YDPA, ia lebih merumitkan lagi keadaan buat penyangak tebuk atap tersebut.
Bagi kali, jika Sultan Johor titah agar SPRM di letakkan bawah Agong...hal ini kami setuju. Tapi kalau Petronas, maaf kami tak setuju.
Hal lebai dan kroni kelarah, itu kita bincang kemudian.
Ok, berhenti setakat ini. Nanti sambung lg. π
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Oleh NOOR AZLIDA ALIMIN 02 Januari 2024
KUALA LUMPUR - Seorang
pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu
Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki
menerima AS$681 juta untuk membeli undi untuk Pilihan Raya Umum (PRU13), pada 11
tahun lalu.
Saksi pendakwaan
ke-49, Penguasa Kanan, Nur Aida Arifin berkata demikian semasa perbicaraan kes
rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), membabitkan bekas Perdana Menteri itu.
Beliau yang juga
pegawai penyiasat skandal 1MDB ini berkata, maklumat diterima pada 4 Mei 2015,
menyatakan pada tahun 2013, Najib telah menerima wang tersebut daripada
syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kerajaan Saudi iaitu Tanore
Finance Corporation, melalui Falcon Private Bank Singapore.
Sebelum ini, Tanore
Finance dikatakan syarikat yang dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, iaitu sekutu
rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai
Jho Low.
Selain itu, wanita itu berkata, pada 17 Mei 2018 pula,
aduan diterima menyatakan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan
Menteri Kewangan, menerima suapan.
“Rasuah itu
diperoleh melalui dana pelaburan 1MDB berjumlah RM3.217 billion, dipercayai
untuk kepentingan peribadi Najib, di akaun bank sama, antara tahun 2011 hingga
2013.
“Fokus siasatan ialah di bawah seksyen 23 Akta SPRM 2009
iaitu berkenaan dengan kemasukan wang dalam jumlah yang sangat besar ke dua
akaun peribadinya, berakhir nombor 694 dan 880 antara tahun 2011 dan tahun
2014,” katanya.
Beliau
berkata, Najib dikatakan telah menggunakan kedudukannya bagi mendapat suapan
yang mana ketika itu bertindak sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan
juga Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.
Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu, Tanore Finance
memindahkan AS$681 juta ke akaun peribadi AmIslamic Bank milik Najib.
Dana itu
sebahagian daripada terbitan bon 1MDB keseluruhannya berjumlah AS$3 bilion yang
sepatutnya dilaburkan bagi usaha sama 1MDB dengan Aabar Investment PJS yang
dikenali sebagai Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).
Menurut Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB, Adam Ariff
Mohd Roslan, pada hari sama Tanore Finance menerima AS$640 juta iaitu pada 21
Mac 2013, ia mengarahkan Falcon Bank memindahkan AS$681 juta ke nombor akaun
bawah nama 'AmPrivate Banking–MR' di AmIslamic Bank secepat mungkin.
Najib, 71, menghadapi empat tuduhan menggunakan
kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21
tuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence
Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) bersambung dengan Nur Aida membaca
pernyataan saksi setebal 95 muka surat.
Pada 5 Mei 2013 lalu, Barisan Nasional (BN) diumumkan
menang di 133 kerusi Parlimen sekali gus dapat membentuk kerajaan dengan
majoriti tipis.
Sementara Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP
dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat 89 kerusi parlimen.
UMNO selaku tunjang utama BN mendapat 88 kerusi.
SINAR HARIAN ONLINE
Raja dadah Malaysia dikehendaki PDRM sejak 2018
Sinar Harian melaporkan pelarian warga Malaysia yang dikehendaki di Thailand kerana menyeludup dadah ditahan selepas bersembunyi di Laos. Gambar kecil: Mohd Kamarudin.
SINAR HARIAN ONLINE
Oleh
AHMAD ISMADI ISMAIL 02 Januari 2024 05:17
KUALA LUMPUR - Warga
Malaysia yang diberkas di Laos pada Jumaat lalu kerana aktiviti penyeludupan
dadah disenaraikan sebagai individu dikehendaki oleh Polis Diraja Malaysia
(PDRM) sejak 2018.
Penahanan lelaki
berusia 39 tahun didakwa raja dadah berasal dari Parit Buntar, Perak itu
dilakukan hasil pertukaran maklumat dan risikan Jabatan Siasatan Jenayah
Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) dan
Biro Pembanterasan Narkotik (PNSB) Thailand.
Pengarah JSJN Bukit
Aman, Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din berkata, lelaki berkenaan disenarai
hitam selepas disyaki menjadi dalang utama sindiket pengedaran dadah di kawasan
Segi Tiga Emas membabitkan tiga negara iaitu Myanmar, Laos dan Thailand sejak
2006.
"Tindakan
menyenarai hitam dilakukan selepas pihak berkuasa Thailand menahan tujuh rakyat
mereka dengan rampasan 998 kilogram methamphetamine di wilayah Ratchaburi pada
Jun tahun lalu.
"Lelaki
ini juga mempunyai rangkaian pengedaran di negara ini," katanya ketika
dihubungi pada Selasa.
Pada Selasa,
Sinar Harian melaporkan pelarian warga Malaysia yang dikehendaki di Thailand kerana
menyeludup dadah ditahan selepas bersembunyi di Laos.
Suspek dipercayai menggunakan Thailand untuk pengubahan
wang haram dan sebagai transit untuk penyeludupan dadah, termasuk ke negara
ketiga seperti Malaysia, Taiwan dan Australia.
Susulan penahanan itu, pihak berkuasa Thailand merampas
aset lelaki itu termasuk sebidang tanah dengan bangunan, dua kondominium, tiga
kapal layar, dua kereta, tiga motosikal, senjata api, wang tunai dan barang
berharga lain di Bangkok, Trat, Chiang Rai dan Chon Buri.
Jumlah anggaran nilai aset yang dirampas ialah RM11 juta
(85 juta baht).
PADU: Celikkan rakyat tentang transformasi digital, elak ketirisan subdisi
Oleh: Helmi Mohd Foad
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pangkalan Data Utama (PADU) yang
dilancarkan hari ini adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital
negara bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati segala kemudahan
kerajaan termasuk subdisi dengan lebih berkesan.
Perdana Menteri berkata melalui sistem berkenaan, sebarang
ketirisan dalam proses penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan dapat dielakkan.
"Kita bangunkan sistem negara yang lebih canggih, yang mampu
bersaing. Perlu tekad baharu dan jangan tolak ansur kerana tanpa PADU terlalu
banyak ketirisan, banyak kebocoran dan penipuan
"Kalau tidak, tidak ada sebab masih ada kelompok miskin dalam
negara," katanya ketika berucap melancarkan sistem tersebut di Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.
Hadir sama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, menteri-menteri Kabinet
dan Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Sri Mohd Zuki Ali
PADU yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi
warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia merupakan pangkalan data sosio
ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi
kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi
setiap isi rumah rakyat Malaysia.
PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga
agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit
Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selain kerjasama
pelbagai agensi lain.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menegaskan penyaluran
subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan terlalu kaya dan
sebanyak 3.5 juta warga asing di negara ini mendapat manfaatnya.
Jelas beliau, dalam banyak kajian yang dilakukan menyatakan
subdisi kerajaan tidak sampai sepenuhnya kepada golongan sasar.
"Subsidi diberi kerajaan dikira dengan nilai ringgit sekarang
cecah RM80 bilion dan tidak mungkin Malaysia bertahan mengurus kewangan
belanjawan negara kalau hal ini tidak dapat diperbaiki," katanya.
Sebagai contoh katanya, amalan negara sebelum ini yang memberikan
subsidi kepada semua rakyat hingga membolehkan golongan kaya turut mendapat
manfaat meskipun mereka menggunakan elektrik jauh lebih tinggi.
"Hasilnya kalau ikut unjuran dapat jimat RM4 bilion kerana
subdisi tidak diberikan kepada golongan maha kaya dan warga asing. Yang masih
menerima subsidi 85 peratus rakyat. Tetapi insentif lain diteruskan dan tahun
lalu lonjakan pelaburan tinggi," katanya.
Anwar berkata kemampuan membangunkan sistem PADU jelas menujukkan
jentera kerajaan mampu melaksanakan perkara baharu tanpa bergantung kepada
perunding antarabangsa yang melibatkan kos tinggi.
Sementara itu, Anwar meminta Ketua Setiausaha Negara memantau
pelaksanaan sistem PADU agar ia mencapai matlamat iaitu bukan sahaja mahu
menjamin bantuan kerajaan sampai kepada golongan sasaran malah ia melibatkan
penyertaan masyarakat.
Beliau mengingatkan seluruh jentera kerajaan agar tidak
mengabaikan masyarakat miskin bandar, pedalaman dan desa dalam pelaksanaan
PADU.
"Kaedah PADU memaksa setiap warganegara faham mengenai
transformasi digital dan guna sistem PADU dan ia menunjukkan ada kecelikan
budaya dan digital," katanya
PADU dibuka kepada orang ramai mulai hari ini sehingga 31 Mac ini
bagi mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor
kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.
Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar dan membuat
semakan data di portal PADU itu bermulai hari ini hingga 31 Mac ini.
Kerajaan beri jaminan segerakan skim gaji baharu penjawat awam
Oleh: Helmi Mohd Foad
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sekali lagi memberikan jaminan
bahawa pihak kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan
Awam (SSPA) yang ditangguhkan sebelum ini.
Perdana Menteri memberitahu skim tersebut tidak dapat dilaksanakan
tahun lalu kerana Kerajaan Perpaduan mewarisi kedudukan kewangan yang
merumitkan daripada pentadbiran terdahulu.
"Kita lihat prestasi penjawat awam umumnya sangat membangakan
dan kita (perlu) menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan
munasabah kepada penjawat awam.
"Saudara harus percaya kita tidak dapat segerakan pada tahun
lalu kerana kita mewarisi hutang RM1.5 trilion dengan defisit sekitar 5.6
peratus," katanya ketika berucap merasmikan Peluncuran Sistem Pangkalan
Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya
hari ini.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya bersyukur hasil
kerjasama Jemaah Menteri dan penjawat awam serta swasta, defisit tersebut
berjaya dikurangkan kepada 5 peratus.
"Maknanya kalau kita ada fokus jelas dan komitmen, iltizam,
laksanakan dengan baik (itqan fil amal), saya percaya kita boleh lakukan
sebagaimana unjuran yang dilakukan oleh PADU," katanya.
November lalu, Anwar dilaporan berkata, skim gaji baharu untuk
penjawat awam akan diumum sebelum akhir tahun ini selepas beberapa garis
panduan akan disediakan.
Dalam Belanjawan 2024, Perdana Menteri mengumumkan pemberian
Bayaran Insentif Awal SSPA sebanyak RM2,000 kepada penjawat awam gred 56 dan ke
bawah serta bayaran insentif RM1,000 kepada semua pesara kerajaan termasuk
veteran berpencen dan tidak berpencen.
Terdahulu dalan ucapannya Perdana Menteri memberikan penghargaan
kepada jentera kerajaan yang mampu membuktikan keupayaan membangunkan PADU
tanpa menggunakan khidmat konsultasi antarabangsa.
Beliau dalam ucapannya turut memuji keupayaan jentera kerajaan
yang mampu membangunkan sistem baharu untuk kerajaan dan tidak menggunakan
konsultan luar seperti sebelum ini.
PESANAN UNTUK ZAHID HAMIDI – SEKADAR PERTEMUAN DUA TIGA PEMIMPIN, IA BUKANLAH GERAKAN MENJATUHKAN KERAJAAN NAMANYA
Di kala hampir semua pemimpin blok pembangkang dan pimpinan parti dalam kerajaan sendiri menolak kewujudan Langkah Dubai, tak semena-mena, sekembalinya daripada menunaikan umrah, Ahmad Zahid Hamidi mengakui pula kewujudan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan sempena mengambil nama sebuah bandar di Emiriyah Arab Bersatu itu.
Kata Timbalan Perdana Menteri itu, beliau menerima laporan perisikan berkaitan gerakan itu sebaik sahaja individu terbabit tiba di lokasi yang dilaporkan serta selepas mereka selesai mengadakan pertemuan.
“Laporan-laporan dari segi perisikan memang kami perolehi seawal penerbangan mereka ke tempat itu dan laporan selepas itu turut kita perolehi,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Zahid Hamidi enggan mendedahkan mereka yang terbabit dal pertemuan tersebut.
Ehh…ehh…jika benar ada maklumat, kenapa enggan didedahkan?
Apakah kepada Perdana Menteri juga Zahid Hamiri tidak mahu mendedahkan sebarang maklumat?
Apakah Zahid Hamidi suka melihat kedudukan Anwar Ibrahim kelihatan goyang dan kerajaan dilihat tidak stabil?
Atau kenyataan beliau ini ada udang di sebalik mee goreng mamak?
Ehem…ehemmmm….
Dalam hal ini, elok Zahid Hamidi faham terlebih dahulu apa itu makna gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.
Paling mudah untuk difahami, gerakan menjatuhkan kerajaan itu ialah seperti Langkah Sheraton atau seumpama ketika Anwar mengumumkan mempunyai cukup jumlah sokongan untuk mengambil alih kerajaan ketika pentadbiran Mahiaddin Md Yasin yang diikuti dengan surat turut dihantar ke Istana Negara serta adanya surat sokongan daripada Zahid Hamidi sendiri selaku Ahli Parlimen Bagan Datuk.
Atau paling tidak, gerakan menjatuhkan kerajaan juga ialah seperti Anwar melakukan Gerakan 16 September ketika pentadbiran Tun Abdullah Badawi dulu.
Isunya, adakah maklumat risikan yang diperoleh Zahid Hamidi mengenai gerakan Langkah Dubai itu mempunyai persamaan dengan semua gerakan yang disebutkan di atas?
Kalau sekadar dua tiga pemimpin bertemu ketika kebetulan mereka bercuti hujung tahun di suatu tempat yang sama, itu bukanlah suatu gerakan namanya.
Sesuatu gerakan mestilah sesuatu yang dirancang dengan keyakinan ia paling mungkin boleh menjadi kenyataan.
Jika gagal, ia barangkali disebabkan ada berlaku keadaan-keadaan luar jangka yang tidak difikirkan sebelumnya.
Macam Anwar mahu menjatuhkan kerajaan sebelum ini, meski beberapa kali diusahakan, tetapi ia tidak pernah menemui kejayaan.
Namun, ketika merancangnya, sudah pasti Anwar berkeyakinan penuh kejayaan akan memihak kepadanya.
Sama macam jika ada beberapa pemimpin bertemu di Dubai, kemudian berbual-bual tentang kejatuhan kerajaan, ia bukanlah gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.
Untuk maklumqn Zahid Hamidi, perkara seumpama itu hampir setiap hari ada berlaku di sekitar Publika di mana terletaknya pejabat PN di kawasan tersebut.
Singgahkah di dunia tiga kedai di situ, pasti akan terdengar isu menjatuhkan kerajaan yang dijadikan bahan sembang yang kadangkan disertai sejumlah Ahli-Ahli Parlimen, merupakan tajuk paling kerap diperbualkan.
Tetapi, adakah ia suatu gerakan untuk menjatuhkan kerajaan?
Begitu juga di sekitar WTC di mana terletaknya Ibu Pejabat UMNO, di situ juga tidak kurang banyak diperbualkan tentang menjatuhkan kerajaan.
Namun, ia pasti bukanlah menunjukkan wujud sebuah gerakan mahu menjatuhkan kerajaan.
Diberikan maklumat ada pertemuan dua tiga pemimpin sambil bersembang dan makan-makan bukan bermakna wujud sebuah gerakan untuk menjatuhkan kerajaan, walaupun mereka memang ingin melihatkan kerajaan perpaduan ini dijatuhkan.
Lainlah kalau Zahid Hamidi berani menukar sokongan, barulah ada kemungkinan jatuhnya kerajaan? – ShahbudinHusin 02/01/2024.
BERAPA LAMA LAGI JAWATAN KP J-KOM NAK DIBIAR KOSONG? APA PULA STATUS SIASATAN TERHADAP DR AGUS?
Hari ini 2hb Januari 2024, bermakna sudah lebih setengah bulan kerusi Ketua Pengarah J-Kom terus terbiar kosong tanpa diisi sejak berkuatkuasanya perletakan jawatan Prof Dr Mohd Agus Yusof.
Dr Agus mengemukakan surat perletakan jawatannya pada 15 November 2023 dengan memberi notis sebulan – berkuatkuasa 15 Disember 2023- selepas “seseorang” sebelum itu dikatakan menunjukkan “video Wahab” kepadanya di sebuah kedai mamak di Bangi.
Sejak itu, negara jadi gempar lantaran video tersebut kemudian tersebar luas di semua platform media sosial, diikuti dengan beberapa laporan dan siasatan polis serta sidang media.
Persoalan yang menjadi tanda tanya kini, bila lagi jawatan Ketua Pengarah J-Kom mahu diisi?
Kenapa dibiarkan kosong terlalu lama, sedangkan agensi tersebut berperanan penting terhadap kedudukan Perdana Menteri dan Kerajaan Madani?
Meskipun perletakan jawatan Dr Agus berkuatkuasa 15 Disember, tetapi berikutan surat meletak jawatannya dihantar pada 15 November dan sejak tarikh itu, Dr Agus boleh dikata sudah tidak berperanan lagi, krmudian tolak cuti tahunan lagi, ertinya telah hampir dua bulan tiada nakhoda dalam mengetuai J-Kom.
Apakah Anwar Ibrahim masih belum menemui calon yang sesuai untuk jawatan Ketua Pengarah J-Kom?
Sementara itu, sejak sebulan lalu juga tersebar perkhabaran daripada pelbagai sumber yang mengatakan Anwar lebih cenderung mahu meletakkan seorang kakitangan kerajaan sebagai Ketua Pengarah J-Kom.
Tidak dipastikan sama ada Anwar sudah ada calonnya atau tidak, namun dikhabarkan, sejak kegagalan Dr Agus memberi cahaya kepada J-Kom, beliau lebih berminat meletakkan seorang PTD – Pegawai Tadbir dan Diplomatik – untuk memimpin J-Kom.
Dalam hal ini, tidak kira siapa pun orangnya – PTD atau orang politik – melihat suasana politik yang tidak pernah aman dan nyaman sejak kebelakangan ini, membiarkan peneraju J-Kom terus terbiar kosong bukanlah langkah yang bijaksana.
Setidak-tidaknya dengan adanya kepala diletakkan menerajui agensi tersebut, ia boleh segera diarah dan digerakkan untuk berperanan dengan sewajarnya.
Diharap Anwar tidak terlalu berlama-lama menangguhkan pengisian untuk jawatan Ketua Pengarah J-Kom, meskipun agensi tersebut telah dipindahkan daripada PMO ke Kementerian Komunikasi.
Janganlah diulang seperti mengisi jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang sebelum ini yang mengambil masa lebih empat bulan setelah Salahuddin Ayub meninggal dunia pada 23 Julai 2023.
Lagi cepat diisi, lagi cepat J-Kom boleh “diketuk” untuk bekerja, manakala membiarkannya kosong tanpa nakhoda seperti sekarang lebih memungkinkan semua yang ada dalam agensi itu turut terbuai untuk bermain spekulasi, menokok tambah khabar angin, banyak goyang kaki dan menyebar berita tidak benar.
Tidakkah Perdana Menteri juga yang rugi akhirnya?
Sementara itu, terlanjur bercakap tentang J-Kom, sudah tentu ramai yang ingin tahu status siasatan polis berkaitan kandungan “video Wahab”, penularannya dan polis yang dibuat Wahab terhadap Dr Agus atas dakwaan melakukan gangguan seksual di Bintulu, Sarawak.
Sudah siapkan siasatan dilakukan?
Kenapa dah lama senyap tiada khabar berita?
Akan ada pendakwaan atau NFA? – ShahbudinHusin 02/01/2024.
https://shahbudindotcom.net/2024/01/02/berapa-lama-lagi-jawatan-kp-j-kom-hendak-diisi-apa-pula-status-siasatan-polis-terhadap-dr-agus.html
AWAN DAN WARDA TEMERLOH AKTIF BANTU MANGSA BANJIR
AWAN & WARDA Temerloh yang diketuai oleh Puan Hana Yaacob bersama pasukannya hari ini telah menyantuni mangsa-mangsa banjir sekitar Temerloh.
Mudah-mudahan dengan bantuan ini dapatlah serba sedikit membantu mereka yang terlibat dengan musibah banjir.Semoga tabah menghadapi ujian ini.
#AWANTemerloh
#WARDATemerloh
#banjirtemerloh2023
#AmanahProgresifPeduli
KAH.KAH..KAH SUWEI
Mukhlis Eddie
Sejak PAS jadi kjaan negeri ...jahanam habis Langkawi ..mana2 negeri depa sentuh mmg hancur ...apa punya suwei lah puak² khawarij ni ...
PMX MENZAHIRKAN SIMPATI
Saya dan Azizah turut bersimpati dengan tragedi gempa bumi berukuran sehingga 7.6 magnitud yang melanda wilayah Ishikawa di tengah Jepun pada Isnin.
Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun sedang memantau rapat sebarang perkembangan terkini mengenai bencana tersebut.
Moga yang terkesan diberi ketabahan dan kesabaran dalam waktu sukar dan mencabar ini, termasuk rakyat kita di sana.
#MalaysiaMADANI
Foto: Al Jazeera
5 perkara yang perlu kita STOP di tahun 2024
Ahmad Shahril.
1. STOP untuk terus mengejar ketika kamu sudah tahu kamu di buang
2. STOP untuk mencari ketika kamu sudah tahu kamu sudah di abaikan
3. STOP mengemis perhatian ketika kamu sudah tidak di perlukan
4. STOP menyakiti diri mu sendiri dengan merasa tidak cukup untuk seseorang.
5. STOP mempercayai perkara karut dan kebohongan seseorang.. . (Kecuali Tuhan)
Hargai dirimu kerana itulah yang paling penting !
#NewYearQoutes 2024