PERJUMPAAN YANG TIDAK DIRANCANG???

Foto Amiruddin Ahmad.


https://www.facebook.com/laman.rakyat.65/videos/477638379426603/?l=6446893689030072605




PROTES AZMIN LANGKAH AWAL UNTUK HALANG ANWAR JADI PERDANA MENTERI?



Tindakan Azmin Ali secara terbuka mengkritik dan menolak beberapa perlantikan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim bagi pengisian jawatan dalam PKR dengan jelas menunjukkan beliau kini tidak lagi sebulu dengan Presiden PKR itu.

Ikut hukum berparti, tiada apa yang perlu Azmin pertikaikan dengan perlantikan itu kerana ia adalah hak mutlak Anwar selaku Presiden PKR.

Dalam mana-mana parti, malah dalam UMNO pun begitulah amalannya. Presiden akan melantik sesiapa juga yang disukainya dan dirasakan boleh bekerjasama dengannya.

Tun Mahathir Mohamad sendiri pun pernah mengekalkan jawatan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai menteri, meskipun Ahli Parlimen Gua Musang itu kalah sebanyak dua kali dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO kepada Musa Hitam.

Lebih daripada itu, di sebalik kalah dan ada bantahan daripada Musa Hitam terhadap kedudukan Tengku Razakeigh dalam kerajaan, tetapi Tun Mahathir terus juga mengekalkannya.

Realitinya, itulah kuasa Perdana Menteri yang tidak jauh bezanya dengan kuasa presiden parti dalam melantik sesiapa yang disukainya.

Apakah Azmin tidak faham mengenai kuasa Anwar itu?

Selain itu, bantahan dan kritikan Azmin  juga menampakkan sikap tamaknya mahu mengusai PKR.

Setelah pemimpin-pemimpin yang dikaitkan mempunyai hubungan rapat dengannya memenangi 3 daripada 4 jawatan Naib Presiden dan 14 daripada 20 jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat dalam pemilihan PKR baru-baru ini, adalah agak menghairankan mengapa beliau masih mahu mempertikaikan perlantikan bagi jawatan lain yang memang menjadi hak mutlak Anwar untuk memilih sesiapa saja yang disukainya.

Jika perlantikan Rafizi yang dipertikaikannya, Azmin harus sedar bekas Ahli Parlimen Pandan itu telah memperolehi undi hampir 49 peratus dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Ia dengan sendirinya menunjukkan beliau ada kekuatan dan tidak boleh diketepikan begitu saja.

Begitu juga Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha Agung, selagi Anwar selesa dan senang dengan kerja dan kemampuannya dalam menjalankan tugas, ia tidak harus menimbulkan apa-apa masalah bagi sesiapa.

Yang menerajui parti ialah Anwar dan sudah tentu beliau mahukan pasukan yang dipercayainya untuk bekerja secara rapat dengannya.

Sama halnya dengan lantikan-lantikan lain, memang ada yang tidak puas hati di sana sini mengenainya, tetapi selagi semua orang menyedari ia adalah hak dan kuasa presiden parti, maka ia hendaklah diterima dengan hati yang terbuka.

Lagi pun, Anwar sendiri sudah menjelaskan lantikan daripada pelbagai kelompok yang dibuatnya adalah untuk menjadikan PKR sebuah parti yang inklusif.

Masih susahkah Azmin mahu memahaminya atau semua ini dilakukan dengan sengaja?

Apakah Azmin sekarang ini, oleh kerana sudah ada Tun Mahathir sebagai pelindung dan penaungnya, maka beliau kini begitu bernafsu untuk melonjak lebih tinggi serta tidak segan silu lagi menunjukkan permusuhan dengan Anwar?

Apakah semua tindakan ini secara tidak langsung bertujuan untuk menjadikan PKR tidak padu, parti yang berpecah dan menunjukkan Anwar sebagai pemimpin yang gagal menerajui parti sendiri, lalu akhirnya memberi lorongan untuk Tun Mahathir agar tidak melakukan peralihan kuasa dan terus memegang jawatan Perdana Menteri sehingga PRU15 pada tahun 2023 nanti? (ShahbudinHusin 29/12/2018)

BEKAS AHLI UMNO TIDAK BOLEH PEGANG JAWATAN HINGGA PRU 15

HIMPUNAN BERSATU: MUNGKIN UCAPAN TUN MAHATHIR YANG TERAKHIR

KERAJAAN CAMPURAN UMNO – PH ‘MIMPI MAT JENIN’ – TUN M