SEMUA SALAH DAP


Jabatan Net Negara

Gomen Johor tiada DAP
Gomen Melaka tiada DAP
Gomen Pahang tiada DAP
Gomen Ganu tiada DAP
Gomen Kelantan tiada DAP
Gomen Kedah tiada DAP
Gomen Perak tiada DAP
Gomen Perlis tiada DAP
Gomen Wilayah tiada DAP
Gomen Pusat tiada DAP

MELAYU TETAP MISKIN GAK.
JUDI TETAP WUJUD GAK.
ARAK TETAP ADA GAK.
HUDUD TAK NAMPAK JLN GAK
RUU355 TETAP KENCING GAK

TANG MANA YANG PAS DOK BAGI ALASAN SEMUANYA SALAH DAP TU....?

🤣🤣🤣

PUTAR BELIT NAJIB


NIZAM AKA


Image may contain: 2 people, text that says "Sblm Ini Bkn Tahu Pula Kamu Kata Tak Tahu Kamu Wang Itu Wang Berjuta Yang lalah Wang SRC? Kamu Belanja Itu malaysiakini Wang SRC.. Duit SRC dibelanja untuk anak yatim dan Najib mkk PM rayuan sabitan pertuduhar dikenakan atasnya membabitkan RM42 juta bekas syarikat 1MDB. "Saya belanja berjuta- juta, tetapi tidak tahu ia wang SRC" Najib AUGUST Najib berpuluh ringgit dikreditkan dalam peribadinya antara Bgaimana Kamu Tahu Wang Itu Wang SRC, Sdangkan Sblm Kamu Kata Tak Tahu? lewat mendakwa digunakan program dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan dirinya sendiri."

✓ Najib bossmu punya putar belit mengalahkan juara gasing dunia..Sebelum ini,bermati-matian pertahankan kononnya tak tahu wang juta-juta yang dia belanjakan adalah wang SRC..
✓ Tapi hari ini,bgaimana kamu boleh katakan dan pastikan wang yang kamu belanjakan untuk anak yatim dan umno itu wang SRC,sdangkan sebelum ini kamu bermatian kata tak tahu?
✓ Rupa-rupanya belitan kamu itu 10 kali lebih kuat dari belitan ular sawa..
✓ Yang pasti,24 jam penjilat-penjilat pasmno bossku dikelentong dan ditipu oleh kamu..



OWHHHH...NAK JADI ROBIN HOOD


TOK AYAH HAJI HM

Oic. Patut la ada makcik UMNO kata SRC tu rumah anak yatim...Boleh ke curi duit utk buat amal? 🤔 Robin Hood ke?
VIDEO: Duit SRC dibelanja untuk anak yatim dan Umno, dakwaan Najib mngesahkn beliau tahu itu duit SRC..

Ancaman baru terhadap sistem demokrasi di Malaysia


Aliya Ashiqin
(AJK DAPSY Damansara)
Ancaman terhadap demokrasi di Malaysia bukanlah datang daripada bahaya luar seperti pengganas atau pemberontak tetapi lebih cenderung kepada peserta politik (political participants) dalam proses demokratik seperti pemimpin politik dan kumpulan yang memenangi pilihan raya.
Mereka mengambil-alih kuasa dan memusnahkan prinsip-prinsip demokrasi melalui kaedah-kaedah yang berbeza. Hal ini dapat dilihat melalui perspektif lensa peristiwa Langkah Sheraton di mana ketidakstabilan politik telah berlaku yang membawa kepada peralihan kuasa daripada kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Perikatan Nasional (PN) melalui taktik “undemocratic” oleh beberapa pemimpin-pemimpin politik.
Beberapa negeri yang dimenangi oleh PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu seperti Johor, Melaka dan baru-baru ini Sabah turut tumbang akibat daripada ahli-ahli politik yang melompat parti demi menubuhkan pakatan politik (political alliance) yang baru.
Pendirian Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilihat sebagai langkah berani dan demokratik apabila beliau memutuskan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan memilih untuk mengadakan pilihan raya mengejut (snap election) serta mengembalikan hak memilih kepada rakyat Sabah demi mematahkan percubaan kerajaan pintu belakang daripada pihak tertentu. 
Isu kedua yang membawa kepada ancaman serius terhadap demokrasi di Malaysia apabila individu menggunakan kuasa dan kedudukan untuk memperoleh kepentingan sendiri dan kerjaya politiknya.
Isu pemberian serta pelantikan ahli-ahli politik di dalam syarikat/cawangan agensi berkaitan kerajaan (GLC) yang samar-samar telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan semua lapisan masyarakat sivil.
Hal ini bukan sahaja membahayakan demokrasi malahan boleh disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa. Tambahan pula, penubuhan kerajaan melalui pintu belakang juga merupakan hasil yang dicapai melalui cara yang tidak demokratik di mana kerajaan ini bukanlah diangkat melalui proses pilihan raya sebenar tetapi berdasarkan ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab menukar serta melompat parti. 
Intipati yang terakhir mengenai bentuk ancaman terhadap demokrasi di Malaysia adalah penyekatan kebebasan sivil (civil liberties) dan hak berpolitik.
Hal ini dapat digambarkan secara jelas apabila ahli-ahli politik daripada pihak pembangkang, pengiat media (wartawan) dan beberapa aktivis diganggu oleh pihak tertentu dalam tempoh pemerintahan kerajaan baru.
Ruang kebebasan bersuara, berpolitik dan berhimpun telah digariskan dalam Perlembangaan Persekutuan yang merupakan tunggak asas demokrasi nasional seakan-akan terhakis apabila hak-hak dan kebebasan diberi telah dikawal dan diperhatikan. 
Kesimpulannya, ancaman-ancaman demokrasi terhadap negara kita perlu dipandang serius dan dipikul oleh semua pihak untuk menjamin kesejahteraan negara dan demokrasi yang dipelihara sejak sekian lamanya.
Akhir sekali, memetik ucapan Abraham Lincoln di Gettysburg, demokrasi adalah pemerintahan oleh, dan untuk rakyat. 

Najib kata duit SRC dibelanja untuk anak yatim dan Umno

Najib kata duit SRC dibelanja untuk anak yatim dan Umno
Kira-kira seminggu selepas didapati bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah dan salah guna kuasa dalam perbicaraan SRC International Sdn Bhd (SRC), Najib Razak tampil menegaskan bahawa RM42 juta wang itu digunakan bukanlah untuk tujuan peribadi.
Bekas perdana menteri itu – yang berikrar untuk membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini – menyifatkan ia sebagai “amat tidak adil”.
Dalam video tujuh minit yang dimuat naik lewat malam tadi, Najib mendakwa duit SRC digunakan untuk program kebajikan Umno dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk anak-anak yatim, bukan untuk dirinya sendiri.
“Saya diarahkan untuk membayar denda RM210 juta ke atas RM42 juta yang diterima di mana 99 peratus dibelanjakan untuk tujuan CSR, iaitu RM5 (denda) untuk setiap RM1 yang dibelanja. Dan hakikatnya ianya bukan perbelanjaan peribadi.
“Mahkamah sendiri telah mengesahkan 99 peratus bukan untuk perbelanjaan peribadi.
“Misalnya saksi yang terlibat dalam kes SRC (memberitahu) sumbangan saya sebanyak RM400,000 kepada Rumah Penyayang Tun Abdul Razak di Pekan untuk kegunaan harian menjaga anak-anak yatim dan kos persekolahan mereka. Dan sebab sumbangan itu saya dihukum denda RM2 juta […]
“Saya dihukum kerana membuat kebajikan, menjaga anak yatim dan persekolahan mereka,” dakwa Najib.
Perbelanjaan percutian peribadi
Najib turut meluahkan rasa kesal apabila didenda kerana memberikan wang kepada Umno.
“Saya juga dikenakan denda RM3.25 juta kerana pernah menghulurkan sumbangan RM650,000 kepada Umno Johor, Pulau Pinang dan Kedah bagi melaksanakan program kebajikan mereka.
“Banyak lagi contoh perbelanjaaan seperti ini yang bukannya untuk kepentingan peribadi ataupun untuk keselesaan hidup saya, tetapi untuk tujuan rakyat dan untuk parti,” katanya lagi.
Berdasarkan keterangan saksi, sebanyak RM300,000 disalurkan dari akaun Najib ke Umno Johor Bahru, RM1 juta ke Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang dan RM50,000 kepada ketua Umno Padang Serai Asmade Abu Talib pada 2015.
Semasa perbicaraan, Najib memberitahu mahkamah bahawa caj RM543,530 ke atas kad kreditnya adalah perbelanjaan di sebuah butik mewah di AS, yang dibayar menggunakan dana SRC di dalam akaun banknya.
Dia turut memberi keterangan bahawa caj berjumlah RM127, 017.46 pada kad kreditnya adalah untuk penginapan di sebuah hotel mewah di Bangkok yang menjadi sebahagian daripada “percutian peribadi” pada 2015.
Kata Najib dia bercuti di Thailand selepas memendekkan percutian asal di AS kerana masalah banjir besar yang melanda Malaysia ketika itu.
“Perbelanjaan RM120,000 di Hotel Shangri-La di Bangkok termasuk penginapan untuk saya serta kakitangan sokongan yang menemami saya dalam perjalanan itu, serta perbelanjaan dari poket sendiri,” katanya.
Najib kemudian mempertikai kenyataan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak percaya wujudnya derma daripada keluarga diraja Arab Saudi kepadanya, sedangkan – dakwa ahli parlimen Pekan itu – kenyataan-kenyataan saksi menyatakan sebaliknya.
Semasa perbicaraan, pasukan pembelaan Najib berulang kali berhujah bahawa Najib percaya bahawa wang RM42 juta yang diterima dalam akaun banknya antara Dis 2014 hingga Feb 2015 merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.
Pasukan pendakwaan pula berhujah bahawa wang itu berasal daripada pinjaman dana milik Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).
Tak pernah minta atau tawar rasuah
Dalam penghujahannya, Mohd Nazlan berkata tiada bukti Najib dimaklumkan secara peribadi tentang derma berkenaan, dan dia pun tidak cuba untuk mengesahkan sumber dana yang diterima pada ketika itu.
Hakim itu turut berpandangan wang berkenaan tidak mungkin suatu derma memandangkan ia “muncul tiba-tiba” dalam akaun bank peribadi Najib, betul-betul ketika keadaan memerlukan, selalunya apabila baki akaunnya menjadi sangat sedikit.
Dia berpendapat bahawa pembelaan Najib bahawa dia percaya wang itu adalah derma, tidak lebih sekadar “rekaan yang tak masuk akal” (nothing but an implausible concoction).
Dalam video berkenaan, bekas presiden Umno itu berikrar untuk mencabar keputusan yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atasnya di Mahkamah Rayuan selepas ini.
“Berdasarkan sokongan dan dukungan padu kepada saya serta berdiri teguh atas kebenaran, saya berikrar akan terus berjuang menentang keputusan yang amat tidak adil ini. Saya akan memanfaat sepenuhnya proses rayuan ini dengan penuh keazaman dan saya akan terus berlawan dan berjuang demi rakyat
“Yang pokoknya, saya tak pernah minta mahu pun ditawar RM42 juta sebagai rasuah. Pihak pendakwa raya tak mengemukakan sekelumit bukti pun untuk mengesahkan perkara ini berlaku,” katanya.
Peguam Najib mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman ke atasnya bagi pada 30 Julai lalu.
Mahkamah membenarkan permohonan pembelaan untuk menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan, dan memerintahkannya membayar ikat jamin tambahan RM1 juta dengan dua penjamin.
Untuk rekod semasa menjadi perdana menteri, Najib juga bertindak sebagai menteri kewangan dan penasihat emeritus untuk SRC sekali gus merupakan pengerusi ahli Lembaga Penasihat 1MDB.
Pada asalnya, SRC merupakan anak syarikat 1MDB tetapi kemudian dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.

SEBAGAI NEGERI MAJU.P.PINANG TUBUH PERPUSTAKAAN DIGITAL

P Pinang bina Perpustakaan Digital RM4.6 juta

P Pinang bina Perpustakaan Digital RM4.6 juta


Kerajaan Negeri P. Pinang telah berjaya membina RM4.6 juta Perpustakaan Digital Butterworth atau Butterworth Digital Library (BDL) pertama di Seberang Perai Utara bagi memberi kemudahan kepada rakyat dikawasan tersebut.
Malah perpustakaan tersebut merupakan perpustakaan digital keempat yang telah diwujudkan oleh kerajaan negeri yang telah mula beroperasi sejak 15 Julai yang lalu.
Menurut Pegawai Teknologi Maklumat, Nor Fazira Mat Salleh, tiada had yang ditetapkan bagi pengunjung untuk mengunjungi BDL.
Namun begitu jelasnya, kawalan masih dipraktikkan bagi mengelakkan kesesakan kerana masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Tegas beliau, sebanyak 5494 buah buku elektronik atau e-book dalam pelbagai genre boleh diperolehi dan diakseskan oleh para pengunjung melalui kemudahan yang disediakan.
“Mereka boleh mengakses buku-buku tersebut melalui laptop maupun telefon pintar serta mendaftar sebagai ahli ‘e-book’ dengan bayaran hanya RM60 setahun bagi dewasa serta 50 peratus diskaun bagi pelajar.
“Antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah bilik telesidang, bilik seminar, dewan acara serta ruang untuk belajar.
“Manakala untuk kanak-kanak yang berusia antara empat hingga dua belas tahun turut disediakan pelbagai kemudahan pembelajaran yang dapat diakses,” tambah beliau.
Pulau Pinang juga merupakan negeri pertama dalam negara yang telah berjaya membangunkan Perpustakaan Digital melalui fasa 1 dan 2 yang turut merangkumi sebelah Pulau dan Seberang Perai.

AMANAH tuntut Sarawak Report tarik balik atau buktikan tuduhan terhadap Agong

AMANAH tuntut Sarawak Report tarik balik atau buktikan tuduhan terhadap Agong


SIAPA KAH YANG BODOH..NAJIB ATAU PENYOKONG?


Shahbudin Husin

Kata peguam Najib, Shafee Abdullah, 1MDB pastinya diurus oleh orang-orang bodoh kerana membiarkan ditipu lebih daripada sekali.

Sebelum ini, pada Disember 2019, beliau juga memberitahu, Najib telah ditipu oleh Jho Low.

Jadi, siapa yang pandai?

O

BIAR PEMIMPIN SENANG ,KITA SUSAH


Ada satu pompuan mana entah marah-marah katakan SRC tu badan membantu anak-anak yatim. Dalam video masa hari Najib kena jatuh hukum tu lah. Siapalah laki pompuan bengap tu kan? Pakai baju biru lagi..

IN THE PICTURE: in court today

KENYATAAN Pas IBARAT TEMBAK ‘KAKI SENDIRI’



KUALA LUMPUR: Pertandingan satu lawan satu seperti disarankan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang diibaratkan pembangkang sebagai menembak ‘kaki sendiri’.

Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, kenyataan itu secara jelas mencerminkan situasi sebenar kesukaran yang sedang dihadapi Perikatan Nasional (PN) dalam soal pembahagian kerusi.

“Jadi Pakatan Harapan (PH) hanya perlu menumpukan kepada soal isu-isu rakyat dan keadaan semasa.

“Cuma saya rasa komen Presiden Pas itu adalah seperti `tembak kaki sendiri’. Maksudnya, dia nak beritahu kawan-kawan dia sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di bangunan Parlimen semalam.

Semalam, Hadi dalam wawancara dengan Utusan Malaysia berkata, Muafakat Nasional (MN) yang dianggotai Umno, Pas dan bakal disertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) boleh menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tetapi dengan syarat hanya bertanding satu lawan satu.

Menurut beliau, formula satu lawan satu berdepan PH jika dipersetujui membolehkan majoriti mudah 112 kerusi Parlimen dicapai, malah tidak mustahil juga majoriti dua pertiga 148 kerusi.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Salahuddin Ayub berkata, Pas sepatutnya terlebih dahulu perlu menyatakan pendirian sama ada mahu kekal bersama MN atau pun menjadi sebahagian komponen PN seandainya ia didaftarkan secara rasmi kelak.

“Cuma saya nak tanya Pas, hati mereka dengan siapa? Dengan PN atau dengan MN. Hari ini cakap, macam dengan PN kerana maklumlah sudah sama-sama duduk dalam Kabinet.

“Tapi dalam masa sama, ada isyarat mereka mahu bersama dengan MN. Jadi, jelaskan ke mana mereka hendak pergi sebenarnya,” ujarnya.


INI LAH PEMBELA UMNO.



1. Dia ini adalah antara watak yang membawa PAS jauh melencong dari landasan asal.

2. Kerana dia ada cita-cita besar untuk diri dan kelompoknya.

3. Kita juga tahu dia kini mempunyai kumpulan dalam PAS. Kumpulan yang menjadi penasihat kepada Presiden PAS. Kumpulan yang sanggup menongkah segala pegangan Presidennya sebelum ini.

4. Iras mukanya pun ramai tahu iras UMNO. Gaya politiknya pun gaya UMNO. Percakapannya pun mirip UMNO.

5. Dahulu dia pernah kata, PAS ini adalah parti yang berlandaskan kepada Islam, tolak rasuah dan penyelewengan, apa lagi bersekongkol dengan mereka.

6. Sekarang, dia bukan sahaja bersama dengan perasuh dan pesalah jenayah, malah mengheret Allahyarham Ustaz Fadzil Noor pula dengan menyamakannya seperti mana Ustaz Fadzil bertemu Anwar.

7. Ustaz Fadzil jumpa Anwar sebelum Anwar disabit kesalahan dan memang diakui banyak pihak Anwar didakwa secara terpilih.

8. Kamu itu sekarang Menteri yang menjaga undang-undang. Boleh  pula kamu membela penjenayah yang terbukti di mahkamah mencabul undang-undang.

9. Sebab itu kalau ditanya siapa yang merosakkan PAS dan Presiden PAS. Tidak lain dan tidak bukan, salah satu wataknya adalah dia ini.

10. Dia kini bersama Menteri Besar Terengganu merencana untuk PAS menjadi semakin bernafsu. Bernafsu untuk terus berkuasa dengan menolak pertimbangan dosa pahala.

11. Dia tidak kira, janji boleh dibawa agenda yang dia rasa bawa untung kepada dia dan kumpulannya. Yang di bawah-bawah ini pasti akan ikut. Kerana dia berjaya pegang Presiden dan seluruh Ahli Majlis Syura.

12. Dia tahu lemahnya PAS di mana. Dia tahu nak tunggang PAS ini bagaimana. Dan dia tahu ‘menasihat’ Presidennya tidaklah susah mana.

13. Sebab itulah PAS jadi seperti sekarang. Semua yang diperjuang hilang melayang.

14. PAS benar-benar hilang kredibiliti. Semoga lahir kumpulan yang sedar dan membawa PAS ke landasan asal dan tidak hanyut dengan kepimpinan yang seperti ini.

15. Penjenayah pun dia puji.

Dr Razam Ramli.



MANA HILANG ISU DIBAWA PAS-UMNO?

KES KEHILANGAN DANA 1MDB MULA DITANGGUHKAN?

Rundingan kerusi Umno – Pas bakal disabotaj ahli bawahan?