"TAK MALU ! TARIK UMNO JADI PEMBANGKANG" ! LOKMAN BALUN AKMAL ?


 

@CNBC-TV18 Subscribe "Warm Welcome To PM of Malaysia": Keralam


 

SAMBUTAN KETIBAAN ANWAR DI KERALA @thekapitanMY SIVAJI THE BOSS 🇲🇾









Bil Elektrik ‘Melambung’ Tinggi, Kerajaan Teliti Langkah Mitigasi Segera Esok – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 16 Sep – Satu mesyuarat khas akan diadakan esok bersama Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Kementerian Kewangan (MOF) bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sekembalinya beliau dari India dan Maldives, perhatiannya terus tertumpu kepada keresahan rakyat terkait kenaikan bil elektrik sejak kebelakangan ini.

“Saya mendengar keluhan yang disuarakan dan perkara ini perlu diberi perhatian serta ditangani segera.

“Saya ingin menegaskan bahawa ikhtiar penyasaran subsidi terus dipertahankan bagi melindungi majoriti rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sekitar 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.

“Namun, keadaan jerebu serta cuaca lebih panas sejak kebelakangan ini telah mendorong peningkatan penggunaan elektrik dalam kalangan sebahagian isi rumah, menyebabkan penggunaan bulanan mereka melepasi paras 600kWj dan sekali gus tertakluk kepada Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA).



‘Malam Itu Paling Murung Buat Saya’ – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi tetamu podcast (audio siar) Sembang OhhYeahh! yang disiarkan pada 16 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa malam pemergian ibunya, Datin Che Yan Abdul Hamid Hussein ketika beliau berada dalam penjara adalah detik paling murung dan luluh dalam sejarah hidupnya.

Perdana Menteri berkata, pengalaman berada di sebalik tirai besi tanpa dapat berbuat apa-apa ketika insan paling dikasihi menghembuskan nafas terakhir adalah ujian yang amat berat untuk ditanggung.

“Malam itu memang malam paling murung buat saya, bayangkan ibu yang tercinta kembali ke rahmatullah dan kita sedang meringkuk dalam bilik kurungan penjara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi tetamu podcast (audio siar) Sembang OhhYeahh! yang disiarkan pada 16 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya tak mampu berbuat apa-apa selain dari solat, membaca al-Quran dan berdoa. Sehinggalah pada keesokan harinya saya diizinkan keluar untuk ke rumah dan solat jenazah,” katanya ketika menjadi tetamu podcast (audio siar) Sembang OhhYeahh!

Mengimbas kembali detik berkenaan, Anwar berkata, beliau menerima perkhabaran mengenai keadaan ibunya daripada isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Isteri saya maklumkan ibu sedang tenat. Jadi, pada ketika itu saya merayulah, supaya saya dapat jumpa sekejap pun tidak mengapa.

“Akhirnya selepas berusaha, saya diberitahu bahawa dibenarkan untuk berjumpa sekitar setengah jam di hospital. Ibu saya sedang tenat, tapi dia sedar dan sangat gembira. Saya kemudiannya pulang (ke penjara), sejurus selepas itu dia meninggal dunia,” katanya.

Menyifatkan kehilangan ibu bapa sebagai detik sukar buat sesiapa saja, beliau secara jujur mengakui bahawa ujian kehilangan seorang ibu membawa impak emosi yang jauh lebih mendalam berbanding bapa.

“Lebih jauh lebih sukar kehilangan ibu daripada ayah. Sukar kehilangan ayah, tapi tak sama dengan kehilangan ibu,” katanya.

Selain episod duka pemergian ibunda, Perdana Menteri turut mendedahkan pelbagai liku penderitaan yang terpaksa dilaluinya sepanjang berada dalam tahanan, termasuk dipukul hingga pengsan pada hari pertama dipenjarakan.

Namun, beliau menegaskan tidak pernah menyerah kalah kerana memikirkan nasib generasi muda dan perjuangan membawa perubahan demi menyelamatkan negara daripada kerosakan rasuah serta penindasan.

“Perjuangan ni tidak mudah dan harus dibayar dengan harga yang tinggi. Kalau saya mengalah, maka seluruh generasi tu akan terbelakang,” katanya.




Pelarian Rohingya Masuk Malaysia Ketika Najib, Abdul Hadi – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi tetamu podcast (audio siar) Sembang OhhYeahh! yang disiarkan pada 16 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Sep – Isu kemasukan pelarian Myanmar termasuk etnik Rohingya ke Malaysia merupakan tindakan kerajaan terdahulu termasuk ketika era pentadbiran Najib Razak dengan penglibatan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika itu terdapat perhimpunan besar-besaran bagi mengalu-alukan serta menyokong kehadiran masyarakat Rohingya di Malaysia.

Kenyataan Anwar itu dipercayai merujuk kepada himpunan membantah penindasan etnik Rohingya ketika pentadbiran Najib pada Disember 2016 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, yang turut dihadiri Abdul Hadi dan Ahmad Zahid Hamidi.

Najib, Abdul Hadi dan Ahmad Zahid berkongsi pentas ketika himpunan penindasan etnik Rohingya di Stadium Titiwangsa pada 4 Disember 2016. Foto mstar

Sejak itu, pelarian etnik berkenaan dilihat semakin bertambah dari tahun ke tahun hingga mengakibatkan kebajiran mereka hampir di segenap pelusuk Semenanjung sehingga kini.

Beliau berkata, keadaan itu kini menimbulkan kesan yang perlu ditangani kerajaan, termasuk isu keselamatan, ekonomi dan keresahan dalam kalangan rakyat tempatan.

“Dulu waktu mereka masuk ke Malaysia, pintu dibuka. Disambut, ada perhimpunan besar,” katanya dalam podcast (audio siar) Sembang Ohh Yeahh! sempena Hari Malaysia di Facebook rasminya, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi tetamu podcast (audio siar) Sembang OhhYeahh! yang disiarkan pada 16 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Perhimpunan besar yang dengar ucapan daripada tokoh-tokoh kerajaan masa itu dengan Pas,” katanya.

Beliau berkata, keadaan menjadi lebih rumit apabila jumlah pelarian Myanmar termasuk etnik Rohingya di Malaysia meningkat sehingga isu berkenaan kini dikaitkan dengan pelbagai masalah yang dirasai masyarakat tempatan.

Anwar berkata, antara perkara yang menimbulkan keresahan ialah dakwaan pelanggaran peraturan, perhimpunan tanpa kebenaran serta penglibatan dalam perniagaan yang sah diusahakan masyarakat tempatan.

“Sekarang ternyata ia jadi beban. Langgar kampung, langgar peraturan, buat perhimpunan haram, mempertikaikan kedudukan rakyat Malaysia, kemudian kadang-kadang mengambil alih perniagaan yang sah oleh masyarakat tempatan.

“Ini menimbulkan kemarahan, keresahan,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, isu berkenaan tidak boleh diselesaikan hanya dengan menangkap atau mengusir mereka kerana kerajaan Myanmar sebelum ini tidak bersedia menerima semula masyarakat Rohingya yang dihantar keluar dari Malaysia.

“Kalau kita nak hantar balik, pemerintah (Myanmar) tak mahu terima. Dia tak mahu terima ini sebagai rakyat Myanmar,” katanya.

Ratusan pelarian Rohingya yang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Jalan Bukit Petaling sejak awal pagi dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan dokumentasi dan tindakan lanjut. Foto RTM

Dalam masa sama, Anwar menegaskan Malaysia mempunyai hak untuk menentukan siapa yang boleh berada di negara ini dan masyarakat Rohingya yang berada di Malaysia perlu mematuhi undang-undang.

“Ini bukan negeri kamu. Ini negeri Malaysia. Biar orang Malaysia tentukan,” katanya.

Perdana Menteri turut menolak kritikan bahawa kerajaan hari ini menjadi punca kepada kehadiran masyarakat Rohingya yang semakin besar di Malaysia.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan semasa dipersalahkan terhadap masalah yang mempunyai kaitan dengan keputusan serta tindakan kerajaan terdahulu.

“Orang lain yang bawa masuk, orang lain yang kena,” katanya.

Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan tidak boleh sekadar menyalahkan pihak terdahulu tanpa mencari penyelesaian.

Penempatan haram Rohingya di Selangor didalangi warga tempatan yang menyembunyikan mereka di tanah persendirian sejak berbelas tahun lalu.

“Penyelesaian cara ialah pertama, runding dengan pemerintah Myanmar untuk dapatkan kebenaran mereka dibawa pulang,” katanya.




@thekapitanMY SIVAJI THE BOSS 🇲🇾


 

PRN Terengganu: Seruan Tok Mat dedah hipokrisi PAS


 

RCI Tabung Haji: Pengurusan Minta Saya Tangguh Dedah Laporan – PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi tetamu podcast (audio siar) Sembang OhhYeahh! yang disiarkan pada 16 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 16 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, Lembaga Tabung Haji (TH) meminta kerajaan menangguhkan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) membabitkan institusi itu walaupun ia siap pada pada Ogos 2022.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permintaan itu dibuat pengurusan TH kerana bimbang pendedahan laporan berkenaan akan menyebabkan para pendeposit institusi orang Islam itu mengeluarkan wang mereka secara besar-besaran sehingga dikhuatiri menjejaskan operasi.

Beliau berkata, perkara itu kemudiannya dibawa ke Jemaah Menteri sebelum keputusan dibuat untuk menangguhkan pendedahan laporan RCI tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi tetamu podcast (audio siar) Sembang OhhYeahh! yang disiarkan pada 16 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Tabung Haji minta tolong jangan hebahkan sekarang. Kalau kita heboh sekarang, masalah tak ada penyelesaian, orang akan lari, Tabung Haji akan lumpuh. Itu dicadangkan oleh board (Lembaga Pengarah).

“Saya minta Tan Sri (Abdul) Rashid Hussain (Pengerusi TH) datang ke Kabinet dan minta beritahu sendiri kepada ahli Jemaah Menteri. Jadi keputusan nak hebahkan laporan RCI bukan keputusan saya, tetapi Jemaah Menteri,” katanya dalam siaran rakaman sesi podcast (audio siar), di sini, hari ini.

Katanya, selepas mendapat persetujuan ahli Jemaah Menteri, beliau bertanyakan bila laporan berkenaan perlu didedahkan sebelum mereka bersetuju supaya ia dibuat segera dengan syarat ia boleh dibahaskan di Parlimen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjadi tetamu podcast (audio siar) Sembang OhhYeahh! yang disiarkan pada 16 September 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya cadangkan, tapi dalam Jemaah Menteri saya tanya satu-satu. Saya tanya Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri, macam mana?

“Setuju…setuju dan saya tanyakan bila, (mereka jawab) segera. Tapi dengan syarat ia boleh dibahas di Parlimen,” katanya.

Bagaimanapun katanya, apabila laporan RCI itu dibentangkan di Parlimen pada 11 Ogos lalu, Ahli Parlimen Pas bertindak keluar dari Dewan Rakyat dan enggan mendengar perbahasan kononnya Anwar tidak hadir pada sesi perbahasan akibat menjalani pembedahan kecil di hospital pada 10 dan 11 Ogos lalu.



PM Anwar Tiba Di Kuching Hadiri Sambutan Hari Malaysia 2026

 

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) petang tadi bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 16 September 2026. Foto PMO

KUCHING, 16 Sep – Kurang 24 jam selepas tiba dari lawatan rasmi tujuh hari ke India dan Maldives, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2026 yang diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) petang tadi.

Pesawat membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching jam 4.30 petang dan disambut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta pemimpin Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) petang tadi bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 16 September 2026. Foto PMO

Sejurus tiba, Anwar menyaksikan Majlis Penyerahan Rasmi Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak yang berkuat kuasa pada 1 September lalu.

Anthony Loke mewakili Kerajaan Persekutuan manakala Kerajaan Sarawak diwakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Unggah Embas.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) petang tadi bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 16 September 2026. Foto PMO

Pada 21 Jun lalu, Kerajaan Sarawak menyelesaikan bayaran berjumlah RM1.8 bilion kepada Kerajaan Persekutuan bagi proses pemindahan hak milik, aset dan tanggungjawab berkaitan pelabuhan berkenaan.

Dalam majlis berkenaan, dokumen-dokumen perundangan utama telah diserahkan secara rasmi termasuk Perintah Pelabuhan-Pelabuhan (Penswastaan) (Pindaan Jadual) 2026, Perintah Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) (Tarikh Peletakhakan) 2026.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) petang tadi bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 16 September 2026. Foto PMO

Ia termasuk penetapan tarikh permulaan kuat kuasa Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Port Persekutuan (Pemansuhan) 2024 [Akta 858] dan Penetapan tarikh permulaan kuat kuasa Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 [Akta 859].

Dalam pada itu, pada sidang media, Anwar berkata, Malaysia dan Indonesia sepakat menjalinkan kerjasama bagi menangani isu jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara beberapa negara serantau.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) petang tadi bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 16 September 2026. Foto PMO

Menurut Perdana Menteri, beliau membincangkan isu terbabit dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, ketika menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-18 di New Delhi, India, baru-baru ini.

“Ya, memang ada dibangkitkan… kita akan bekerjasama untuk mengurangkan kesan jerebu rentas sempadan,” katanya.

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) petang tadi bagi menghadiri sambutan Hari Malaysia 2026 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 16 September 2026. Foto PMO



GEMPAK! ANWAR 'TAPAU' BRICS: Video Nyanyi Lagu Klasik Hindi Tular, Kenyataan Negara Bergema!


 

ISU ROHINGYA-----@thekapitanMY NAJIB & HADI BUAT TAHI TAPI PMX YANG


 

Dron dipintas dekat Makkah, PMX pertegas ancaman terhadap kota suci tidak boleh diterima sama sekali

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang percubaan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian Makkah al-Mukarramah tidak boleh diterima sama sekali susulan laporan sebuah dron berjaya dipintas berhampiran kota suci itu.

Perdana Menteri berkata, beliau mengikuti laporan mengenai insiden berkenaan dan menegaskan keselamatan Makkah, sebagai kota paling suci umat Islam, perlu terus dipelihara.

“Sebarang percubaan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian kota paling suci umat Islam ini tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Malaysia turut menzahirkan dukungan kepada Kerajaan Arab Saudi serta menghargai tindakan pantas yang diambil bagi memastikan keselamatan penduduk dan para jemaah di Makkah terus terpelihara.

Beliau berkata, insiden itu sekali lagi memperlihatkan keperluan untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan lebih meruncing di rantau tersebut.

Sehubungan itu, Malaysia menyeru supaya segala serangan terhadap kawasan awam dihentikan serta-merta, termasuk sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian tempat-tempat suci.

Dalam masa sama, Anwar turut menggesa semua pihak yang terlibat memilih jalan damai menerusi dialog bagi meredakan ketegangan.

Katanya, usaha mencari penyelesaian secara aman perlu dilakukan tanpa berlengah bagi mengelakkan keadaan menjadi semakin buruk.

Sementara itu, Arab Saudi mendakwa dron Houthi menuju ke Makkah dan berjaya memintasnya sebelum memasuki ruang udara larangan kota suci itu.

Houthi bagaimanapun menafikan Makkah menjadi sasaran.

Insiden itu berlaku ketika pertempuran Saudi-Houthi kembali memuncak.

Al Jazeera melaporkan serangan dron dan peluru berpandu Houthi terhadap beberapa lokasi di Arab Saudi meningkat sejak awal bulan ini.






PM mesyuarat nak turunkan beban bil elektrik, MMK Negeri Sembilan putus proklamasi turunkan raja

 


Dua mesyuarat kerajaan dalam tempoh dua hari membawa dua maksud perkataan “turun” yang sangat berbeza — satu berkaitan usaha mengurangkan beban bil elektrik rakyat, satu lagi menyentuh kedudukan tertinggi institusi diraja Negeri Sembilan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu mesyuarat khas akan diadakan esok, 17 September, bersama PETRA, Suruhanjaya Tenaga, TNB dan Kementerian Kewangan bagi meneliti langkah mitigasi segera untuk mengurangkan kesan kenaikan bil elektrik terhadap isi rumah terlibat.

Anwar berkata kerajaan mendengar keluhan rakyat mengenai peningkatan bil elektrik dan mahu perkara itu diberikan perhatian serta ditangani segera. Kira-kira 80 peratus pengguna domestik dengan penggunaan tidak melebihi 600 kWj sebulan, menurut beliau, kekal dilindungi.

Di Negeri Sembilan pula, MMK yang bermesyuarat pada 15 September membuat keputusan kolektif bahawa proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir adalah sah menurut pendirian MMK.

MMK turut menyatakan proklamasi pemilihan Tuanku Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Ja’afar adalah teratur dan sempurna menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Namun isu itu masih dipertikaikan. Dewan Keadilan dan Undang (DKU) sebelum ini mengambil pendirian bahawa Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan bahawa tiada proses sah yang menyebabkan baginda terhenti memegang jawatan tersebut.

Malah Menteri Besar Datuk Ismail Lasim sebelum ini mendakwa tandatangannya pada surat cara proklamasi diperoleh secara paksaan dan beliau membuat laporan polis mengenainya.

Justeru dua mesyuarat itu membawa dua isu yang sama sekali berlainan: di Putrajaya, kerajaan mahu mencari jalan mengurangkan tekanan kos elektrik isi rumah; di Seremban, kerajaan negeri berdepan pertikaian perlembagaan mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar.

Satu mahu “turunkan” beban bil rakyat. Satu lagi mengiktiraf proklamasi “turun takhta” Raja. Dua mesyuarat, tetapi implikasinya sangat berbeza.





Penangguhan permohonan ampun Najib: PAS tiada hak tuntut penjelasan, jangan lintas garis merah


 

Buy Super Thanks @jasonyew_ Join "..ada satu negeri di pantai timur sebulan tak


 

@thekapitanMY PUAK KAMU HINA SAHABAT NABI KAMU


 

Najib berpotensi bebas dalam masa terdekat?


 

@jasonyew_ Join PM Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan


 

3HARI, 3 KENYATAAN MEDIA


CnP







Rakyat Negeri Sembilan kena tahu, dalam tempoh tiga hari berturut-turut ada tiga kenyataan rasmi dikeluarkan berkaitan isu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Proklamasi 19 April 2026.


Aku susun ringkas sebab bila letak tiga-tiga sebelah-sebelah, baru nampak persoalannya.


14 September 2026 — Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU)






DKU mengambil pendirian bahawa Proklamasi 19 April tidak sah.


Antara alasannya, tiga daripada empat individu yang menandatangani Proklamasi dikatakan tidak memegang jawatan Undang yang sah ketika itu. DKU juga kata tiada siasatan penuh seperti dikehendaki Perkara 10(1) UUTKNS 1959.


DKU turut berhujah bahawa Menteri Besar ketika itu sudah enggan menandatangani Proklamasi pada 20 April. Maka fungsi MB di bawah Perkara 10(2) dianggap telah selesai dan tidak boleh dibuat semula oleh MB yang lain.




Kesimpulan DKU: Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar.


15 September 2026 — Menteri Besar Negeri Sembilan


Sehari kemudian, MB Dato' Haji Ismail bin Haji Lasim keluarkan kenyataan selepas MMK bersidang.


Kali ini nadanya berbeza.


MB tidak mengatakan Proklamasi itu sah atau tidak sah. Sebaliknya beliau kata kesahan Proklamasi perlu dinilai berdasarkan sumber kuasa, syarat dan prosedur UUTKNS 1959 serta sama ada semuanya telah dipatuhi.


Malah disebut juga bahawa kalau timbul pertikaian undang-undang, ia boleh diselesaikan melalui penentuan kehakiman.


Maksudnya, daripada kenyataan 15 September itu, isu kesahan Proklamasi masih nampak belum diputuskan secara muktamad.


16 September 2026 — Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK)


Hari ini keluar pula kenyataan atas nama Barisan Ahli MMK.


Dan kena ingat, Menteri Besar sendiri mempengerusikan MMK. Kecuali kita nak explore kemungkinan ada cerita MB lawan Exco.


Kenyataan kali ini menyatakan Proklamasi 19 April telah ditandatangani oleh Undang Luak yang sah dan berkuat kuasa, dan tandatangan MB pada 3 Ogos telah menjadikan Proklamasi itu sempurna.


MMK kemudian mengumumkan bahawa Tuanku Muhriz telah diturunkan takhta dan Tuanku Nadzaruddin diiktiraf sebagai Yang di-Pertuan Besar yang baharu.


Jadi bila kita susun:


14 Sept: DKU kata tak sah.

15 Sept: MB kata kesahan masih perlu ditentukan.

16 Sept: MMK kata sah dan sempurna.


Di sinilah persoalan timbul.


DKU kata tiga daripada empat penandatangan bukan Undang yang sah.


MB pada 15 September tidak menentukan siapa yang sah, malah kata kesahan Proklamasi dan pematuhan prosedur masih perlu dinilai.


Tetapi MMK pada 16 September pula kata Proklamasi itu memang ditandatangani oleh Undang Luak yang sah.


Lebih menarik, kenyataan 16 September kata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat MMK pada 15 September, dipengerusikan oleh MB yang sama.


Jadi apa sebenarnya yang berlaku dalam mesyuarat 15 September?


Adakah kenyataan MB keluar sebelum keputusan akhir dibuat?


Kalau ya, apa yang berubah selepas itu sehingga esoknya Proklamasi terus dianggap sah dan sempurna?


Dan satu lagi: DKU kata tiada siasatan penuh di bawah Perkara 10(1). MMK pula kata proses sudah sempurna.


Jadi siasatan itu pernah dibuat atau tidak?


Tiga hari. Tiga kenyataan. Tiga pendirian yang sangat berbeza.


Rakyat Negeri Sembilan memang berhak tanya:


Wadehek is happening ni jangg???