Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN

Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN

KUALA LUMPUR 31 Mac : Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mememang jawatan Presiden KEADILAN walaupun dijatuhkan hukuman dalam kes fitnah II baru-baru ini.
Anwar_IbrahimDalam satu kenyataan seorang peguam, Radzlan Jalaludin memaklumkan spekulasi bahawa Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat.
“Biarpun disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification),” kenyataan itu dipetik.

Malah tegas Radzlan, tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.

Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014.

Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.
Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia

Memali yang belum pernah dicerita kpd umum - Tun Musa Hitam


Himpunan Reformasi 2.0 KELANTAN -IKUTI PENERANGAN SAIFUDDIN KES ANWAR


Himpunan Reformasi 2.0 -IKUTI PENERANGAN SAIFUDDIN KES ANWAR


Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin

Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin


KUALA LUMPUR 30 MAC: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370.

SaifuddinPertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.
“Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.

“Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas,” ujarnya kepada Keadilandaily.

Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.
Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.

“Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara,” ujarnya.

Kritikan media antarabangsa

Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan.

“Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa

“Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu,” ujarnya.
“Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah,” kata Saifuddin.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60421

Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014

Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014

Presiden (2 calon)
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden (6 calon)
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5) Datuk K Rama
6) Ganusegaran

Naib Presiden (16 calon)
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamil Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Shamsul Iskandar Mohd Akin
12) Mohd Yahya Sahri
13) Lee Chin Cheh
14) Dr Sritaram
15) Dr Xavier Jayakumar
16) Tian Chua

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (78 calon)
Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Ketua AMK (3 calon)
1) Amiruddin Shaari
2) Nik Nazmi Nik Ahmad
3) Mohd Nazree Yunus

Timbalan AMK (4 calon)
1. Chang Lih Kang
2. Dr Afif  Bahardin
3. Ramesh
4. Sarman

Naib Ketua AMK (9 calon)

Exco AMK (62 calon)
Wanita Pusat

Ketua Wanita Pusat (2 calon)
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita Pusat (3 calon)
1. Haniza Talha
2. Tengku Intan Tengku Abdul Hamid
3. Prof Madya Dr Rosnah Azraai

Naib Ketua Wanita Pusat (6 calon)

AJK Wanita Pusat (14 calon)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60408

Mampukah Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden?


Jika Khalid kalah, barangkali kedudukannya sebagai menteri besar akan tergugat.



azmin ali 1PETALING JAYA: Penyertaan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menentang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertandingan Presiden PKR tidak mengejutkan. Ini adalah kerana beliau standby jika Anwar tidak boleh bertanding kerana hukuman penjara yang dijalaninya.

Justru itu apabila Pendaftar Pertubuhan mengesahkan Anwar tidak boleh bertanding, maka Wan Azizah secara automatik menjadi Presiden PKR menang tanpa bertanding.

Oleh itu kemungkinan Wan Azizah menang tanpa bertanding adalah lebih besar daripada beliau melawan suaminya sendiri.

Dalam pertandingan ini, nampaknya jawatan Timbalan Presiden PKR yang menjadi perhatian kerana lima calon telah mengesahkan untuk menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ahli parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan dua calon yang tidak dikenali, Datuk K Rama dan Ganusegaran.

Mampukah Azmin mengekalkan kerusinya? Dapatkah Khalid menundukkan musuh politiknya itu? Azmin dan Khalid tidak ngam memang sudah diketahui umum. Maka pertandingan di antara Azmin dan Khalid Ini adalah pertandingan kalah mati.

Mungkin cabaran Khalid yang lebih kuat daripada Tian Chua dan Saifudin kerana sebagai Menteri Besar, beliau boleh menjanjikan sesuatu kepada para penyokongnya. Jika pertandingan berlaku di antara dua penjuru, Khalid mungkin dapat mengatasi undi Azmin tetapi apabila berlaku pertandingan enam penjuru ini maka undi akan berpecah dan ia menguntungkan Azmin.

Wan Azizah dikatakan lebih memihak kepada Khalid Ibrahim manakala Anwar pula dikatakan lebih memihak kepada Azmin. Jika Azmin menang, ini bermakna percubaan Khalid yang berjawatan gagal menundukkan Azmin yang tiada jawatan. Barangkali undi simpati yang dapat dipungut oleh Azmin apabila beliau dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS daripada Khalid.

Jika Khalid kalah, apakah Khalid akan kekal sebagai menteri besar? Barangkali dengan kekalahan Khalid nanti, Anwar ada alasan untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatan menteri besar kerana perwakilan tidak mahu beliau kekal di situ.

Sebaliknya jika Khalid menang, kedudukannya sebagai menteri besar tidak akan tergugat.
13 calon pula merebut kerusi naib presiden iaitu Fuziah Salleh,N Surendran,Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Mustafa Kamal Ayub, Baru Bian, Mansor Osman, Suresh Kumar,Elizabeth Wong, Dr Shamugan,
Sresram, Mohd Yahya Shaari dan Lee Chin Cheh.

Pertandingan Naib Presiden juga menarik kerana ramai yang bertanding. Yang disebut-sebut akan menang ialah Fuziah salleh, N Surendran, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Keempat-empat calon ini lebih menonjol daripada 13 calon.

Pendek kata pertandingan PKR kali Ini agak menarik walaupun ada yang menganggap perlawanan Anwar dengan Wan Azizah sebagai gimik politik semata-mata. Selagi ada Anwar, selahi itu peranan PKR dalam Pakatan Rakyat masih kuat. Andainya PKR tanpa Anwar, PKR tidak akan menonjol seperti DAP dan PAS lagi.


Lori Bawa "Bahan Kimia Lynas" Terbabas, Tiga Tong Cecair Tumpah Di Bahu Jalan Dekat Batu Lapan, Lanchang Hari Ini

KES BERLAKU 28 MAC...BERITA TERTUNDA..RAMAI YANG MENYANGKA BAHAWA PAHANG YANG MEMPUNYAI HUTAN YANG TEBAL BAIK UNTUK KEHIDUPAN, NAMUN IANYA MEMBAWA MASAALAH APABILA DI KUANTAN ADANYA LOJI LYNAS, SEMENTARA DI RAUB PULA ADANYA CYNIDE.....DI GENTING ADANYA PUSAT JUDI TERBESAR DI ASIA....DAN INILAH PAHANG....





TEMERLOH - Satu kemalangan yang membabitkan sebuah lori yang membawa produk nadir bumi Lynas, mengakibatkan ia bertabur atas jalan persekutuan Kuala Lumpur-Kuantan di Lanchang, Pahang, pagi ini dan ditutup kepada lalulintas. Ketua Polis Daerah Temerloh, Abdul Aziz Salleh berkata pihak
berkuasa menerima laporan mengenainya pada jam 9 pagi ini dan ia berlaku di kilometer 149 jalan tersebut berhampiran Lanchang.

Bercakap hari ini, beliau berkata lori itu membawa 15 bekas berisi cecair kimia, iaitu PrND Chloride, dan 13 daripadanya bertaburan di atas jalan raya.

Beliau berkata, empat daripadanya pecah dan menyebabkan cecair kimia tumpah ke atas tanah.
Apabila ditanya sama ada cecair kimia itu dianggap berbahaya,  Abdul Aziz berkata ia adalah "tidak begitu berbahaya" tetapi akan berasa gatal jika menyentuhnya.

Katanya lagi, cecair itu tidak boleh masuk ke dalam air dan jika ia masuk ke dalam sungai, ikan di dalamnya mungkin mati, tetapi menurutnya tidak ada sungai di situ.

Beliau berkata tempat itu dineutralkan oleh sepasukan pakar dari Lynas dan juga Pasukan Khas Penyelamat dan Bantuan Bencana Malaysia (SMART).

Abdul Aziz berkata, kemalangan itu mungkin disebabkan oleh kecuaian pemandu yang tidak mengikat dengan baik barang-barang tersebut.

Katanya, pihak polis akan menyiasat kes itu mengikut peraturan 19 Peraturan Lalulintas 1959 (barang muatan jatuh dari kenderaan).
Bagaimanapun, pengurus besar perhubungan awam komunikasi Lynas
Malaysia, Amin Abdullah menegaskan bahawa produk nadir bumi itu selamat dan tiada radioaktif.

"Kami tidak tahu sama ada pemandu itu memandu laju atau sebab-sebab lain," katanya sambil menambah kemalangan yang berlaku pagi ini tidak mengakibat kecederaan atau maut.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Amin berkata, produk tersebut tidak berbahaya dan ianya disahkan selamat untuk diangkut ke luar negara dan semua sijil ada.

Ketika diminta mengulas kenyataan polis bahawa cecair itu boleh membunuh ikan, Amin enggan mengulas kerana beliau mendakwa tidak mempunyai maklumat tersebut.

"Jika anda berkata produk ini akan menyebabkan kegatalan pada kulit manusia, maka seseorang yang sensitif juga akan berasa gatal selepas mereka makan udang," katanya.

Menurut Amin, lori itu membawa produk tersebut dari loji Lynas di zon perindustrian Gebeng, dekat Kuantan, ke Pelabuhan Klang untuk dieksport kepada pelanggan luar negeri.

Beliau juga menerangkan bahawa ia bukan merupakan hasil akhir kerana pelanggan mereka perlu memprosesnya semula.

Tambahnya, lori itu bukan milik Lynas tetapi dari sebuah syarikat pengangkutan dan pasukan keselamatan, kesihatan dan alam sekitar telah dihantar ke tempat kejadian untuk membersihkan cecair tersebut. #sumber



Ceramah Tertunda: Mati seorang pembeli daun palas [050113] - Ust Hanif Haron


MUHYIDDIN; NI APA CRITA? Pendidikan negara: Apa yang tidak kena? – Nazil Ismail


Rencana

Pendidikan negara: Apa yang tidak kena? – Nazil Ismail

March 30, 2014
Tersentap seketika membaca komen daripada pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander di dalam satu majlis anjuran Pemandu di Damansara yang memberitahu mutu pendidikan di Malaysia jatuh merudum berdasarkan Program Penilaian Antarabangsa Pelajar (PISA) lebih membimbangkan daripada kejatuhan kewangan. Tambah beliau, mutu pendidikan di Malaysia lebih teruk daripada Vietnam dengan menduduki tangga ke-52 daripada 65 negara yang terlibat.


Apa yang berlaku kepada pendidikan kita sehingga dikritik tajam dan pedas oleh masyarakat luar? Adakah ini satu persepsi buruk yang direka atau fakta yang nyata? Pelbagai persoalan menerjah kotak fikiran yang menunggu jawapan segera.

Memetik kata-kata Nelson Mandela:“Education is the most powerful weapon which you can use to change the world”.

Dasar pendidikan di Malaysia bermula selepas tarikh kemerdekaan. Bermula dengan laporan Barnes yang mensasarkan pendidikan Malaysia menjadi alat perpaduan kaum dengan mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selepas itu dasar pendidikan terus mengalami evolusi dan transformasi sejajar dengan kehendak semasa.

Pada 1983, antara perubahan penting pendidikan negara dengan pelaksanaan KBSR bermatlamat perpaduan dan peningkatan penguasaan 3M (menulis, membaca dan mengira) di kalangan pelajar. Diikuti dengan dasar KBSM yang menggabungkan antara ilmu dan sahsiah diri pelajar di samping pendidikan kemahiran terus diperkasakan. Ini untuk memenuhi keperluan semasa perancangan kemajuan negara.
Namun, beberapa permasalahan timbul melanda pendidikan negara. Pengenalan Dasar Penswastaan yang tidak terkawal mengakibatkan tumbuhnya kolej dan sekolah pendidikan yang lebih bermatlamatkan keuntungan daripada pembinaan insan. Sekolah dan universiti tumbuh begitu subur bagaikan cendawan selepas hujan. Sehinggakan graduan lepasan institusi melebihi keperluan dan membuka masalah pengangguran di kalangan siswazah. Seolah-olah pembinaan sekolah ini dibuat tanpa kajian kehendak pasaran, dibina untuk mengaut kekayaan hasil dari pada yuran pengajian pelajar.

Bertambah derita pelajar apabila terpaksa "mengongkong biawak" hutang selepas graduasi. Sudahlah tiada pekerjaan yang diharapkan, dikejar pula oleh pengutip hutang tanpa kasihan. Betapa ramai graduan pelbagai bidang khususnya guru menjadi siswazah penganggur. Inilah akibat daripada ketamakan pihak pembuat dasar yang meletakkan keuntungan mengatasi kebajikan rakyat.

Pengenalan pembelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris merupakan satu lagi malapetaka kepada sistem pendidikan negara. Bahasa Malaysia yang diangkat menjadi instrumen penyatu rakyat negara Malaysia ini seolah diketepikan. Tanpa sebab yang konkrit, dasar ini ingin diteruskan walaupun mendapat tentangan daripada cendekiawan bahasa, guru dan NGO yang melihat nasib bangsa Malaysia menjadi taruhan disebabkan oleh keras kepala pemerintah dan kedegilan mereka. Ini mengundang demostrasi jalanan yang bersaiz mega menempelak pelaksanaan dasar ini. Jutaan wang pembayar cukai dibazirkan untuk persediaan dasar pengajaran bahasa Inggeris ini. Apa hasilnya sekarang? Generasi hari ini terpaksa mencuci kotoran yang ditinggalkan oleh orang terdahulu.

Kini heboh pula program baru Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS). Sepintas lalu nampak matlamatnya murni, meningkatkan sistem pendidikan Malaysia setaraf dunia. Penilaian pencapaian murid berdasarkan pemerhatian guru kepada murid tanpa lagi merujuk kepada markah peperiksaan. Lebih melihat bakat dan penguasaan pelajaran pelajar.

Di peringkat pelaksanaan PBS mendapat tentangan hebat daripada warga pendidik. Guru dikatakan dibebani oleh kerja-kerja "pejabat" sehingga mengabai kerja hakiki guru iaitu mendidik generasi muda. Sehingga kini, perdebatan pelaksanaan PBS ini panas diforumkan. Sang menteri mengatakan guru tidak terbeban, dibuat penambahbaikan sehingga 80% kerja dikurangkan. Di kalangan guru, menyuarakan hanya guru sahaja yang memahami beban PBS ini.

Melihat konflik yang melanda pendidikan negara, kita amat khuatir dan bimbang tentang generasi masa depan negara. Masa terus berlalu tanpa menunggu kita. Pencapaian pendidikan yang terus merosot amat merisaukan. Generasi bagaimanakah yang akan menggantikan kepimpinan negara di masa depan?

Kita amat mengharapkan golongan pemerintah dan cendeakawan pendidik dapat berbincang dan duduk bersama untuk merangka pelan pendidikan terbaik negara. Bukannya hendak menunjuk kuasa dan ego keras kepala. Demi kebaikan negara dan anak cucu kita. Sudah-sudahlah bercakaran, ini bukan masa untuk berkata nista. Ini masa untuk bermuhasabah dan mengatur kerja demi negara tercinta. – 30 Mac, 2014.

* Dr Nazil Nuhairi Ismail ialah Pengerusi Persatuan Profesional Islam (Promis).
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider. 

[Live Tertunda] Kuliah Dhuha - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif


Pengajaran & Iktibar Disebalik Tragedi MH370 : Gantikan Pakaian Menjolok Mata & Hidangan Arak. MAS Tonjol Malaysia Sebagai Negara…

Pengajaran & Iktibar Disebalik Tragedi MH370 : Gantikan Pakaian Menjolok Mata & Hidangan Arak. MAS Tonjol Malaysia Sebagai Negara…


Arak MAS
Pengajaran & Iktibar Disebalik Tragedi MH370 : Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap musibah yang Tuhan berikan, Tuhan akan bukakan 2 pintu hikmah kepada kita. Insyaallah.
Realitinya, acapkali ramai yang tersedar & mengakui kesilapan seterusnya mahu berubah selepas ditimpa kecelakaan atau musibah. Contohnya…..
  • Apabila ada runtuhan bangunan buat post mortem
  • Apa ada runtuhan di lereng-lereng bukit, baru tersedar kemusnahan yang dilakukan selama ini tanpa pemantauan
  • Dan lain-lain lagi
Sebenarnya disebalik tragedi MH370 ini, kita semua ambil iktibar selepas kehialangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac 2014. Mungkin bermula daripada sekarang, perlu ada perubahan dan anjakan pradigma untuk melakukan lebih baik daripada sebelum ini seperti :

Langkah Penambaikan Disebalik Tragedi MH370?

  1. Tidak menghidangkan makanan dan minuman haram untuk dihidangkan kepada penumpang di dalam pesawat. Mungkin boleh tukarkan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti _______. Anda ada contoh yang boleh dikongsikan?
  2. Pramugari Malaysia Airlines boleh mulakan daripada sekarang diberikan kelonggaran & kebenaran untuk menutup aurat (bagi Islam) & berpakaian sopan (bagi bukan Islam) serta membiasakan anak kapal mengingati Allah di dalam pesawat. Usahlah kita terikut-ikut tradisi syarikat penerbangan negara lain. Kenapa jikalau menutup aurat atau tidak menonjolkan bentuk badan dan betis pramugari (pramugari Air Asia), penumpang semakin berkurangan? Adakah sekarang keuntungan Malaysia Airlines semakin melonjak (HAKIKATNYA DI SINI)? Hakikatnya, amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang
  3. Sudahlah negara ditimpa dengan tragedi MH370, ditambah kekusutan sehingga memalukan nama Malaysia yang dicop sebagai sebuah negara Islam selama ini, tetapi tercalar dengan munculnya Bomoh 1Malaysia (SEPERTI DI SINI)
  4. Suka atau tidak, disebalik tragedi MH370 telah sedikit sebanyak “menelanjangkan” tahap keselamatan & pertahanan Malaysia selama ini yang menunggu masa diintai oleh musuh negara. Jadi, bersiap siagalah, jangan biarkan pertahanan negara dirogol oleh kalangan orang-orang yang berkepentingan yang “tidak cintakan” Malaysia sepenuhnya. Perbaikilah…..
  5. Ada nak tambah yang lain?
Bala Allah kalau nak kena, bukannya boleh dipilih-pilih yang jahat atau baik, tetapi semua kena…contohnya macam tsunami 2005 dahulu….Masih teringat lagi? Bukankah ada baiknya kita berpesan-pesan dan sentiasa beringat walau di mana juga?
“Benda baik mengapa tidak kita amalkan”
Akhirnya sekali kepada pembuat dasar dan pemimpin politik serta pemimpin negara termasuk Malaysia Airlines amnya, sementara berkuasa ini gunakan semata-mata atas keredhaan Allah sepertimana yang termaktub & dijamin perlembagaan negara. Kita bimbang, apabila sudah tidak ada kuasa nanti atau ditimpa malapetaka, baru nak menyesal.
Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen
P/S : Berita Semasa simpati terhadap apa yang menimpa negara dan MAS berkaitan MH370. Apabila menaiki MAS ada sekelumit rasa bangga dengan penerbangan negara kita sendiri. Cuma Berita Semasa sedih apabila MAS menghidangkan arak dan penumpang sebelah meminumnya sambil bersendawa. Disgusting!
PP/S : Kadang kala kita tonjolkan promosi kita ‘cinta Allah dan Rasul’ tetapi polisi kita kadang-kala kurang seiras. Harap ada pembaikian. This is our country, we love it so much and we want good for our people. May Allah bless us.

Anwar tidak tolak kemungkinan Wan Azizah jadi MB Selangor

Anwar tidak tolak kemungkinan Wan Azizah jadi MB Selangor

OLEH DIYANA IBRAHIM
March 24, 2014
 Calon Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba apabila melawat stesen mengundi di Kajang di luar Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014. 

Calon Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba apabila melawat stesen mengundi di Kajang di luar Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 24 Mac, 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak menolak kemungkinan berlakunya perbincangan di peringkat pimpinan parti untuk melantik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Walaupun tidak menyatakan secara langsung tetapi beliau mengakui perbincangan untuk peralihan tampuk kerajaan negeri itu akan diadakan kelak.

"Hal itu mereka akan bincangkan melalui pimpinan negeri.

Semalam dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang calon PKR, Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 undi mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun.

Kemenangan itu sekaligus menguatkan spekulasi akan berlakunya perubahan tampuk pentadbiran kerajaan negeri sepertimana dicanangkan selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Januari.

Pada masa sama beliau mengulas mengenai kemenangan PKR dalam PRK Kajang dan menolak kekurangan sokongan undi kaum Cina sebagai amaran kepada parti itu.

Beliau menyifatkan sekalipun dalam PRK Kajang MCA masih dilihat sebagai malapetaka dan memerlukan abad akan datang untuk membuat kemunculan semula.

"Peningkatan itu bukan satu amaran. Kami mempertaruhkan calon Melayu, yang memakai tudung dan masih menang dengan undi popular bagi semua kaum.

"Sekiranya mereka (MCA) mahu membandingkan dengan 7% kenaikan undi kaum Cina sebagai tanda positif maka mereka perlu menunggu abad akan datang untuk membuat kemunculan semula," katanya.
Anwar bagaimanapun mengakui bahawa jumlah pengundi yang keluar untuk mengundi semalam adalah lebih jauh rendah daripada apa yang dijangkakan.

Akan tetapi menurut Anwar, PKR tetap menang meraih undi popular.


"Dalam negara demokrasi, undi melebihi 60 % adalah menakjubkan," katanya. – 24 Mac, 2014.

CERAMAH YANG HARUS ANDA DENGAR.


[Live Tertunda ][130314][JAM]Raja Bomoh Sesat - Ustaz Tarmizi Shamsul Arif


PKR bidas The Mail, tidak relevan kait dengan Anwar

KAJANG: PKR hari ini membidas laporan media antarabangsa The Mail yang mengaitkan kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MAS MH370 dengan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden PKR, Tian Chua pada sidang media memberitahu adalah tidak relevan untuk mengaitkan insiden itu dengan Anwar.

Malah, beliau mendakwa maklumat yang disiarkan itu tidak benar dan hanya bersifat tanggapan yang tiada bukti kukuh.

"Ini isu keselamatan MAS, tidak releven langsung untuk dikaitkan dengan Anwar atau PKR," katanya di Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengakui bahawa Kapten Zaharie adalah ahli PKR, namun tidak wajar untuk dikaitkan insiden tersebut dengan PKR.

Beliau bagaimana pun berkata bersedia untuk memberi kerjasama jika dipanggil oleh pihak polis.

"Zaharie sama seperti ahli yang lain, beliau menyertai PKR pada Januari tahun lalu di Cabang Subang. Isu ini tidak boleh kaitkan dengan PKR," tegasnya.

Did pilot hijack missing plane HIMSELF in anti-government protest? Fears over Captain Shah's links to Malaysian opposition

Did pilot hijack missing plane HIMSELF in anti-government protest? Fears over Captain Shah's links to Malaysian opposition


Fears emerged tonight that the pilot of the missing Malaysia Airlines jet may have hijacked the plane himself as an anti-government protest.
Captain Zaharie Ahmad Shah was a fervent supporter of his country's opposition leader who was jailed for homosexuality - illegal in Malaysia - only hours before flight MH370 vanished with 239 passengers and crew on board, the Sunday Mirror can reveal.
And in a new twist, it emerged that the pilot's wife and three children moved out of the family's home the day before the plane's disappearance.
For all the latest on the disappearance of flight MH370 follow our live blog.
The revelations came after Malaysian Prime Minister Najib Razak yesterday confirmed the Boeing 777 jet was deliberately diverted from its planned route between his country's capital Kuala Lumpur and Beijing.
Investigators said trackers aboard the plane, which transmit its location to air traffic controllers, were disabled moments after take-off last Friday.
And the airliner could have flown on for seven hours after vanishing from radar over the South China Sea.
Police raided the pilot's home in the suburbs of Kuala Lumpur on Saturday.
They spent two hours at the gated property and left carrying small bags believed to contain evidence.
They also found that the experienced pilot, who has worked for Malaysia Airlines since 1981, had built a Boeing 777 flight simulator inside.
But his friend Peter Chong insisted Capt Zaharie, 53, would be "the last person" to hijack the aircraft.
He told the Sunday Mirror: "I would trust that man with my life. He loves people and being involved in something like that would hurt people. I would not believe he was involved in any way at all. If I went on a plane and was allowed the choice of a pilot, I would choose Captain Zaharie."    
Mr Chong last saw his friend a week before the jet vanished. He said the two had agreed to meet up this week and that the pilot had been "his normal, cheerful self".
But now he has become a focus of the police investigation.
Investigation: There are 634 potential runways the plane could have landed at
 On Twitter and YouTube he has backed human rights groups and campaigners for internet freedom in Malaysia, which has strict Government controls.
Opposition leader Anwar Ibrahim called activists on to the streets and Capt Zaharie has "liked" videos by Ibrahim posted on YouTube.
Ibrahim was sentenced to five years in jail on gay sex charges on March 7, provoking widescale condemnation across the country.
The jet vanished in the early hours of the 8th.
Experts say it could have crossed up to 14 countries and landed safely in Kazakhstan or crashed into the Indian Ocean.
Mr Chong, a political secretary to a Malaysian MP, described his friend as "a very caring person who puts people ahead of himself".
He said the pilot installed a mock-up of a 777 cockpit at his home only "to share his joy of flying with friends".
Capt Zaharie posted snaps of himself with the Boeing simulator on his Facebook page, along with another showing him brandishing a meat cleaver and holding a bowl of mince.
Mr Chong said Capt Zaharie would have done everything to ensure his 227 passengers were safe in the event of a hijack.
He was angry at suggestions the pilot could have "gone rogue" and hijacked his own plane.
Mr Chong said: "I just do not believe it until there is concrete evidence to prove otherwise. What I hope has happened is that it has been hijacked (by a passenger), landed somewhere and negotiations are going on."
Investigators believe someone with flying experience took the cockpit controls and steered Flight MH370 off its planned route.
A Malaysian government official said the hijacking theory was now "conclusive".
Radar tracks show the plane climbing and descending in unusual patterns, which should have alerted air traffic controllers that something was wrong.
MH370 flew to 45,000ft - almost 2,000ft above what Boeing says is its maximum recommended height - before descending to 23,000ft.
It changed course at least twice from its scheduled route - first to fly west back towards Malaysia and then north west into one of two air lanes used by commercial planes.
A total of 57 ships, 48 aircraft and 13 nations are taking part in the air and sea search .
Loaded with maximum fuel, a Boeing 777 plane can fly for 7,725 miles.
But aviation experts said it was unlikely it would have that much in the tanks for its scheduled flight path.
If MH370 flew through other countries' airspaces it should have triggered national air defences.
Flight Global's operations and safety editor David Learmount said: "If it has flown north, why have none of the countries it has flown over
said anything?
"That's the thing that baffles me more than any other. They would have sent up aircraft to investigate. If it's gone south there's nothing there until you hit Antarctica."
Boeing 777s need a runway up to a mile long to land, making it unlikely it touched down safely on a remote Asian strip.
"I can't think which airfield it would be - and what would they do with the passengers?" said Mr Learmount.
Malaysian authorities have been criticised for keeping the possibility of a hijack secret for eight days.
Mr Learmount said their "total incompetence is unforgivable", and created more agony for families desperate for news.
Malaysian PM Razak said yesterday: "We can say with a high degree of certainty that the aircraft communications addressing and reporting system was disabled just before it reached the east coast of peninsular Malaysia.
"Shortly afterwards the aircraft's transponder was switched off.
"From this point onwards, the Royal Malaysian Air Force primary radar showed an aircraft believed to be MH370 did indeed turn back. It then flew in a westerly direction back over peninsular Malaysia before turning north west.
"These movements are consistent with deliberate action by someone on the plane."

Anwar Ibrahim: Isu MH370, Satu Dunia Kutuk Kita

https://www.youtube.com/user/mediarakyat?annotation_id=annotation_1818544473&feature=iv&src_vid=KpIW29igEbE&sub_confirmation=1


BEBERAPA PERKARA BENGGONG YANG MEMALUKAN NEGARA










1.   Sidang media pertama dari seorang Perdana Menteri memalukan negara.Inilah petama kali aku mendengar dan menerima arahan dari perdama Menteri yang engan menjawab soalan wartawan. Bukan sahaja beliau tidak mengesahkan apa-apa, tetapi hanya menjelaskan bahawa usaha Malaysia dengan dibantu oleh negara luar. Namun tidak mengesahkan apa-apa maklumat yang bukan sahaja rakyat perlu tahu, malahan waris mangsa.

2.   Isu bomoh yang dianggap syirik, bukan sahaja memalukan agama bangsa dan negara, tetapi memalukan Malaysia di mata dunia.Di ketika negara lain menggunakan peralatan canggih, malaysia menampakkan kebodohan dengan membawa bomoh mencari kapalterbang.

3.  Maklumat yang dibekalkan bukan sahaja bercelaru, malah dibaling botol oleh waris penumpang. Benarlah dakwa Azmin Ali bahawa Hishamuddin hanya pandai menjawab dengan wartawan tempatan yang memangnya terpaksa menyakan soalan yang memudahkan menteri menjawabnya.

JANGAN GANTUNG MEREKA????

Gambar tiga jururawat HKL membuat aksi 'karpet terbang' yang hangat di laman sosial.

Ketua Pembangkang Parlimen Bahas Titah Diraja 2014

)

MH 370..MEMALUKAN ....

)

Jangan kendalikan isu pesawat MH370 seperti mengendalikan politik – Aspan Alias

Jangan kendalikan isu pesawat MH370 seperti mengendalikan politik – Aspan Alias

Kita semua dalam dilemma berkaitan dengan kehilangan pesawat penerbangan MAS MH370 kerana sehingga hari ini yang sudah masuk hari ke-6, masih tidak menampakkan apa-apa kejayaan dalam pencarian kita.
Kini sudah menjangkau keluasan kawasan kepada 27,000 batu persegi untuk pencarian tersebut.
Tidak siapa yang menafikan yang kerajaan sedang melakukan apa yang terbaik untuk menyelesaikan isu yang sangat besar yang boleh mempengaruhi kredibiliti kerajaan kita dan pimpinannya, tetapi kita juga mahukan kejujuran itu dipandu oleh kemahiran dan kebijaksanaan pimpinan hari ini.
Keadaan begitu meruncing sehinggakan Vietnam telah mengurangkan skala penglibatannya sehingga Putrajaya memberikan panduan dan kehendak perancangan pencarian secara tegas dan meyakinkan.Kita memahami yang kejadian kehilangan pesawat ini merupakan kejadian tidak diminta dan yang tidak ditunggu-tunggu.
Yang menghadapi musibah ini ialah negara kita, dan kita tidak mungkin wajar untuk menyerahkan segala tugas mengkoordinasi itu kepada agensi antarabangsa.

Kerajaan dan penguasa negara kita perlu melakukan koordinasi ini maka ia memerlukan fokus dan tumpuan yang betul dalam menghadapi krisis yang sangat besar ini.
Krisis kali ini bukannya krisis yang pertama yang dihadapi oleh negara. Krisis Japanese Red Army pada tahun 70an juga merupakan krisis yang besar tetapi semasa itu kita mempunyai pemimpin yang diakui kredibilitinya seperti Tun Ghazali Shafie.

Kita masih ingat yang kerajaan tidak membenarkan terlalu ramai yang memberikan kenyataan untuk tidak mengelirukan orang ramai.
Dalam krisis itu hanya King Ghaz sahaja yang mengeluarkan apa-apa kenyataan dan krisis yang sangat besar itu selesai hasil dari kelicinan perjalanan pengurusan krisis itu.
Kita boleh memberikan alasan yang krisis yang kita hadapi sekarang adalah satu krisis yang berlainan bentuk dan keadaannya, tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah kaedah mengendalikan krisis ini.
Kita tidak pernah menafikan keikhlasan pihak yang berwajib dalam menangani krisis ini tetapi yang kita persoalkan, kita tidak mempunyai koordinasi yang tepat dalam menghadapi media dan orang ramai.
Memilih seseorang sebagai koordinator dalam menghadapi masyarakat dan media antarabangsa ini perlu dilakukan dengan teliti dan jika lebih baik keputusan itu perlu dibuat oleh Kabinet kerajaan.
Dengan mengambil keputusan kabinet, ia akan menentukan akauntabiliti keputusan ini diambil oleh kabinet sendiri. Buat masa ini kita tidak tahu siapa yang bertanggungjawab terhadap isu ini.
Ramai yang bertanya siapa yang kita hendak dengar? Adakah dari DCA atau APMM? Adakah dari tentera laut atau tentera udara? Atau kita yakini kenyataan Hishammuddin atau Ahmad Zahid Hamidi?
Kalau kita amati dan mengikuti perkembangan sejak enam hari yang lepas kita telah mendengar kenyataan Shahidan Kassim yang terlalu rendah kredibilitinya untuk menghadapi situasi yang sangat serius ini.
Kita terpaksa menyebut ini semua kerana ia membabitkan imej dan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa dan sekaligus ia menjahanamkan kredibiliti “government of the day”.
Jika ini berterusan maka persepsi semua pihak terhadap kerajaan akan tidak dapat diperbaiki lagi sedangkan pimpinan hari ini sudah tersedia menghadapi krisis keyakinan yang amat serius jika pun insiden kehilangan pesawat ini tidak pernah berlaku.
Sekarang kita sudah “conclusive” yang pemimpin-pemimpin hari ini sebenarnya belum diuji tentang kepimpinan masing-masing.
Pemimpin-pemimpin hari ini adalah dari kumpulan yang menaiki tangga kepimpinan melalui jalan yang tidak diuji kepimpinan mereka.
Mungkin mereka boleh mengumpulkan orang dan membawa rakyat untuk berfikir dengan budaya ampu mengampu yang hanya diperkuatkan dengan otot yang ada kepada kerajaan itu.
Kita belum lagi mengalami penukaran kerajaan seperti negara lain yang sudah tersedia dengan pengalaman sebagai demokrasi sistem dua parti.
Oleh kerana pembangkang belum lagi mempunyai pengalaman menjadi kerajaan di peringkat persekutuan ini, maka mereka juga belum pasti boleh menyelesaikan krisis seperti ini jika sekarang mereka yang memimpin kerajaan hari ini.
Krisis yang sebesar ini perlu ditangani oleh pemimpin yang benar-benar berpengalaman dan tidak menggunakan kesempatan untuk mempamirkan diri di muka media sahaja.
Krisis yang melanda MAS kali ini adalah krisis yang boleh mempengaruhi kepimpinan negara dan ia patut di selenggara dengan penuh teliti dan ketulinan kemahiran kepimpinan mereka.
Kita tidak boleh mengendalikan isu ini seperti kita mengendalikan politik kepartian yang sedang berperang. Kita sekarang bukan sedang membuat pilihan di antara calon-calon PRK Kajang yang terhasil dari krisis dalaman PKR.
Ini krisis nasional yang amat serius yang melibatkan negara dan masa depan negara di kaca mata masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi yang melibatkan nyawa manusia yang tidak berdosa.
Yang perlu di fahami ialah tidak ada seorang yang mahu melihat perkara seperti ini berlaku dan seperti yang disebut dalam posting yang lepas tiada siapa yang tidak berdoa untuk keselamatan semua penumpang dan anak kapal itu.
Semua mahu melihat kebaikan walaupun sekarang sudah sampai hari ke-6 kehilangan pesawat itu. Kita dapat menumpang merasakan kesedihan dan tekanan yang dihadapi oleh keluarga yang terlibat.
Kita tidak pernah menjangkakan yang kemalangan “of this magnitude” berlaku kepada

[LIVE NOW ] Perbezaan Hukum Civil Dan Syariah (Ulasan Kes Liwat DSAI dan Hukum kifarah) - Us tAhmad Jailani


MAI KITA KAJI KES NI SAMA-SAMA...






Rafizi sudah jangka Anwar akan kena penjara -Jangan percaya dengan Umno


KENALI 3 HAKIM MAHKAMAH RAYUAN. INGAT NASIB MOKHTAR DUGONG , INGAT NASIB DR RISTINA MAJID , INGAT NASIB HAKIM HACK???????

NIE LAH DIA WAJAH2 HAKIM YANG TERUK DIMAKI dan disumpah oleh semua rakyat malaysia hahaha..PANEL 3 HAKIM MAHKAMAH RAYUAN YANG DAPATI DSAI BERSALAH MELIWAT SAIFUL BUKHARI 6 TAHUN LALU










Ramai pulak yang minta doa supaya Tuhan turunkan bala kepada mereka.....kesian juga aku..tapi yalah..mana la tahu dalam ramai-ramai yang mohon mungkin ada lah.....Ingat kisah Mokhtar Abdullah dulu???  Bagaimana otak beliau tidal boleh di tutup selepas pembedahan...begitu juga DR Ristina Majid?  Meninggal di Indomesia selepas jatuh dari katil...Bagaimana Hakim Agustine Paul??? mereka juga menderita dan menemui ajal.......mereka juga antara perancang utama ,,,,,,, Kita tunggu Mahazalim......siapa ???? yang zalim.....

Bagaiaman kes PKFZ tidak merayu,kes Altantunya juga tidak merayu.......kes saiful juga yang dirayu...


Penyokong Anwar anjur himpunan solidariti malam ini di Stadium Kajang


Penyokong Anwar anjur himpunan solidariti malam ini di Stadium Kajang

Mungkinkah masa depan Anwar berkubur?



  • Shahbudin Husin Shahbudin Husin
1 / 1
KINI baru difahami mengapa tarikh penamaan calon dan hari pengundian pilihan raya kecil Dun Kajang dilewatkan sehingga menghampiri tempoh 60 hari yang dibenarkan oleh undang-undang.

Walaupun SPR dimaklumkan mengenai tarikh kekosongan Dun Kajang pada 27 Januari 2014 tetapi tarikh penamaan calon hanya ditetapkan pada 11 Mac manakala hari pengundian pula pada 23 Mac.

Ini bermakna jarak masa antara tarikh kekosongan Dun Kajang dengan hari penamaan calon ialah selama 44 hari manakala dengan hari pengundian pula ialah 56 hari.

Walaupun kelewatan ini menimbulkan sedikit keanehan, namun Pengerusi SPR, Abdul Aziz Yusof memaklumkan ianya berlaku kerana SPR tidak menjangka langsung akan ada pilihan raya kecil ini manakala SPR pula sedang sibuk menumpukan kepada tugas-tugas lain.

Jika tanggapan dulu tarikh itu sengaja dilewatkan untuk meletih dan membuat Anwar kepenatan, rupa-rupanya terdapat agenda lain yang lebih besar di sebaliknya.

Hari ini (semalam) dan esok (hari ini)  iaitu 6 dan 7 Mac akan berlangsung perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Rayuan berhubung pembebasan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Oleh kerana perbicaraan hanya ditetapkan selama dua hari dan keputusan sama ada bersalah atau tidak akan diputuskan pada petang 7 Mac bersamaan hari Jumaat atau pada hari Isnin.

Tetapi Ahli Parlimen Bayan Baru, Sin Tze Tzin meramalkan hakim hanya akan memberikan keputusannya pada petang Isnin kerana pada pagi Isnin, 10 Mac adalah hari pembukaan sesi Parlimen yang akan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong di mana Anwar, peguam Karpal Singh dan beberapa yang lain terpaksa menghadiri berada di Parlimen pada sebelah paginya.

Bagi Sin Tze Tzin, dengan keputusan dijangka pada petang Isnin dan jika Anwar didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, maka proses rayuan tidak dapat dilakukan pada petang tersebut kerana sudah melewati waktu pejabat.

Ia seterusnya akan menyebabkan Anwar ditahan di penjara sehingga rayuan menangguhkan hukuman ke Mahkamah Persekutuan yang hanya akan dapat dilakukan pada keesokan harinya, 11 Mac.

Oleh kerana 11 Mac juga ditetapkan sebagai hari penamaan calon pilihan raya kecil Kajang dan Anwar harus menyelesaikan proses rayuannya terlebih dahulu, Sin Tze Tzin menjangkakan kebarangkalian adalah tinggi bahawa Anwar tidak sempat mengemukakan borang pencalonannya ssbagai calon pilihanraya tersebut.

Pada 11 Mac sebelah petang juga Anwar dijadualkan berucap di Parlimen membahaskan titah ucapan Yang Dipertuan Agong.

Kiranya Anwar didapati bersalah, bermakna Anwar bukan saja tidak dapat menjadi calon di Kajang, bahkan juga terlepas daripada berucap di Parlimen sebagai Ketua Pembangkang.

Tanpa ragu-ragu juga Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, bahawa prosiding kes rayuan Anwar di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan di saat-saat akhir dan tarikh penamaan calon Kajang juga ditetapkan begitu lewat oleh SPR, ia seolah-olah langkah politik BN untuk menamatkan hayat politik Anwar.

Sekali imbas, pertembungan tarikh ini dilihat seperti disengajakan untuk menghalang Anwar bertanding di Kajang dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor.

Tergambar bahawa ada ketakutan di pihak BN dan Najib Razak terhadap langkah KajangMove yang dilakukan oleh Anwar ini.

Perbicaraan hari pertama di Mahkamah Rayuan pula seperti mahu mengaibkan Anwar sekali lagi kerana yang sering dibangkitkan hanyalah berkenaan air mani dan air mani saja. Mesej ini seolah-olah sengaja ditujukan kepada pengundi Kajang.

Dan sekiranya benar seperti yang dijangkakan bahawa akhirnya Anwar didapati bersalah, maka sahihlah segala yang diramalkan itu.

Cuma, apakah benar jika Anwar didapati bersalah, dipenjarakan sekali lagi dan dihalang daripada bertanding di Kajang, kebangkitan rakyat akan mati dan PR juga akan berkubur?

Atau mungkinkah dengan segala halangan ini akan menyebabkan kebangkitan rakyat lebih membara lagi?

Jika ini yang berlaku, sama ada Anwar dihalang atau tidak, riwayat Najib dan BN tetap tidak selamat juga?

Tetapi bagaimana pula jika keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Anwar tidak bersalah?

Sudah tentu semangat Anwar dan penyokong PR akan melonjak lebih tinggi, bukan saja untuk menghadapi pilihan raya kecil Kajang tetapi juga menuju Putrajaya menjelang pilihan raya 2018 nanti.

Dalam masa yang sama, sudah tentu juga sekali lagi Najib dan BN didakwa mempunyai niat jahat membawa Anwar ke mahkamah dalam kes liwat ini kerana terbukti sudah dua mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepadanya.

Meskipun mungkin ada yang beranggapan bahawa jika Anwar dipenjarakan sekali lagi, bukan saja masa depan politiknya akan berkubur, malah tempoh hayat politik BN diramalkan akan terus berkekalan tetapi jangkaan ini tidak semestinya betul.

Dengan pelbagai masalah dihadapi rakyat, kebencian terhadap perangai pemimpin politik yang sudah membara sekian lama serta kesedaran rakyat makin meninggi sekarang ini, memenjara dan menghalangnya daripada bertanding mungkin juga akan menghasilkan natijah yang songsang.

Maknanya, lagi Anwar dihalang dan lagi beliau dipenjarakan, lagi membara kebangkitan rakyat. Ini kerana kebangkitan ini bukan lagi berkaitan dengan Anwar semata-mata tetapi sudah menyeluruh mengenai kesedaran rakyat mengenai hak yang sepatutnya lebih baik boleh diperolehi daripada sesebuah kerajaan berbanding sebelum ini. Anwar dan PR sebenarnya hanyalah alat kepada rakyat.

Sama ada keputusan Mahkamah Rayuan mendapati Anwar bersalah atau sebaliknya, ia sebenarnya tetap tidak berupaya memulihkan imej dan keyakinan rakyat terhadap Najib serta kerajaan. (SH 06/03/2014)
* Ini adalah pendapat peribadi penulis yang dipetik dari blog beliau sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.

ANWAR BOLEH BERTANDING ATAU TIDAK, WARTAWAN TULIS PUN PENING DENGAR PENGERUSI NI CAKAP.

Anwar boleh bertanding atau tidak?
  • Abdul Aziz Mohd Yusof Abdul Aziz Mohd Yusof
1 / 1
SHAH ALAM – Persoalan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang untuk bertanding di Dun Kajang hanya boleh dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengkaji undang-undang pilihan raya dengan teliti.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, langkah tersebut diambil agar dapat memberikan keadilan kepada semua pihak.

“Keputusan mahkamah baharu sahaja membuat keputusan petang ini. Keputusan tidak boleh dibuat secara terburu-buru.

Kita kena kaji semua undang-undang di peringkat negeri dan Pusat. SPR akan membuat kajian lebih mendalam, beri kami masa,” ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang itu sebentar tadi atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan sebulat suara itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.

Sementara itu, keputusan terbaru Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhan hukuman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijatuhi lima tahun penjara selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah turut membenarkan Anwar untuk menangguhkan bayaran jaminan sebanyak RM10,000 sebelum jam 11 pagi, Isnin ini.

Mengulas perkara sama, Abdul Aziz sebelum ini berkata, Anwar masih berpeluang bertanding di kerusi Dun Kajang sekiranya pihak pembelaan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan sebelum 11 Mac ini.

Menurutnya lagi, bagaimanapun, perkara tersebut tertakluk kepada hukuman yang dikenakan terhadap Anwar.

"Kes ini boleh dibawa ke Mahkamah Persekutuan sebelum 11 Mac ini, tetapi sekiranya Anwar didenda lebih daripada RM2000 serta lebih setahun penjara mungkin hasrat tersebut akan terhenti.

“Apa-apa pun kami di pihak SPR akan merujuk kepada penasihat undang-undang SPR terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan," katanya.

APA NAK NILAI HAKIM NI???








ANWAR DIIKAT JAMIN RM10K....AYUH TERUS LAWAN

LAPORAN LANGSUNG

6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.

Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.

"Okay,okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.

Berita itu disambut gembira penyokong mereka bertepuk tangan dan bersalaman dengan penyampai berita.

Sekali lagi "reformasi dan bebas Anwar dilaungkan penyokong sebagai tanda kesyukuran.

6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".

Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.

Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.

6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

Anwar Ibrahim: Takut Apa Kalau Safee Jadi Pendakwa?


SIAPA BAKAL GANTI ANWAR??

Kes penghakiman ke atas DSAI  yang dijangka berlangsung 6 dan 7 Mac kan menyaaksikan beberapa perkara yang boleh dibuat kesimulan.

1. Jika didpati bersalah, DSAI akan ditahan beberapa hari di penjara sebelum ikat jamin dibenarkan . Keputusan yang dijangkakan pada petang Isnin memungkinkan DSAI  tidak akan dapat menghantar borang penamaan calon.

2. PKR harus bersedia untuk melakukan perubahan nama calon. Antara nama calon yang disebut ialah Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Nurul Izzah.

3. Bagaimana pula dengan Khalid Ibrahim?  Untuk sementara beliau selamat , namun belum dijangka beliau akan menjadi mntei besar kerana kepercayaan perjnjian air Langat 2 masih diragui dan kes hutang beliau yang diselesaikan diluar mahkamah menjadi liabiliti diatas sikap kerjasama dengan kerajaan pusat.

[LIVE tertunda ][BM16][040314] Janji Dicapati - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad


Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee kerana menipu

Mat Zain buat laporan polis terhadap Shafee kerana menipu

MAT_ZAINKUALA LUMPUR 5 MAC: Bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis terhadap peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menipu.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Shafee melakukan kesalahan apabila menyembunyikan bahan bukti dari perbicaraan yang kemudiannya menyebabkan satu kenyataan bersumpah (SD) Mat Zain tidak dapat diterima.

Menurut Mat Zain, Shafee telah membuat penegasan bahawa terdapat percanggahan nombor kad pengenalan Mat Zain dalam writ saman dengan SD Mat Zain.

“Shafee seterusnya mendakwa saya telah memanipulasi SD saya untuk menyembunyikan atau mengelirukan mahkamah berkaitan iddentiti saya.

“Shafee selanjutnya menghujahkan bahawa akibat daripada percanggahan nombor kad pengenalan yang disengajakan menjadikan SD saya sebagai satu dokumen yang tidak bernilai.
“Malahan menjadikannya sebagai dikumen keterangan dengar-cakap (hearsay-evidenge) sahaja,” kata Mat Zain dalam laporan yang dibaca Keadilandaily.

Menurut Mat Zain, penghujahan itu dibuat Shafee di hadapan Mahkamah Rayuan pada 18 Disember 2013 yang menyentuh perkara mustahak untuk memperdayakan Mahkamah Rayuan supaya membuat keputusan memihak kepada Shafee.

Kenyataan lain dalam kandungan laporan itu turut menyatakan, Shafee disyaki melakukan kesalahan menggunakan keterangan yang tidak benar dan/atau palsu dan mengelirukan dalam penghujahan bertulis bertarikh 18 Disember 2013.

Laporan polis dibuat pagi ini di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Kajang

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=59861