ANWAR DIIKAT JAMIN RM10K....AYUH TERUS LAWAN

LAPORAN LANGSUNG

6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.

Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.

"Okay,okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.

Berita itu disambut gembira penyokong mereka bertepuk tangan dan bersalaman dengan penyampai berita.

Sekali lagi "reformasi dan bebas Anwar dilaungkan penyokong sebagai tanda kesyukuran.

6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".

Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.

Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.

6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.