KESATUAN EROPAH PERCAYA KERAJAAN AKAN BERUBAH PRU 14 – MAT SABU

14 DUTA BERTEMU PIMPINAN PH, HARAP PRU 14 BEBAS

Laluan Lebuh Raya Rakyat jadi kawasan pembalakan tanpa lesen, dedah Husam


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan Datuk Husam Musa mempersoalkan bayaran yang diterima anak syarikat kerajaan negeri, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) daripada sebuah syarikat kontraktor dan aktiviti pembalakan tanpa lesen di laluan projek lebuh raya tersebut.
Dalam posting terbarunya di media sosial, Husam hairan mengapakah anak syarikat kerajaan negeri itu bertukar menjadi ‘penerima bayaran’ daripada syarikat kontraktor sedangkan tujuan penubuhannya adalah untuk melaksanakan projek pembinaan lebuh raya pertama di Kelantan itu.
Beliau turut mendedahkan laporan syarikat perunding yang menunjukkan aktiviti pembalakan di laluan Lebuhraya Rakyat menjejaskan pembinaan projek tersebut.
“Pembalakan bukan tugas Baldah. Panjang cerita yang saya dengar dari taklimat pelbagai pihak tentang pembalakan, termasuk di kawasan yang dulunya dicadangkan sebagai RnR (kawasan rehat dan rawat) di dalam naungan kanopi hutan semulajadi.
“Semuanya musnah. Balak dalam jagaan Baldah sekangkang kera pun tidak selamat. Apa moral Membangun Bersama Islam?” soal beliau.
Husam yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor turut mendedahkan bahawa aktiviti pembalakan tanpa lesen di laluan lebuh raya itu tidak menjana ‘apa yang diharapkan’ apabila sebahagian balak disita pihak berkuasa.
Apa yang mengejutkan, tambah beliau salah satu kontraktor pembinaan lebuh raya itu diminta membayar RM270,000 kepada Baldah.
“Baldah sebagai syarikat tujuan khas pembinaan lebuhraya bertukar menjadi ‘penerima bayaran’, bukan pembayar,” katanya.

PENGGUNA MEDIA SOSIAL KECAM SIASATAN POLIS KEPADA SITI HASMAH

KEMPEN #UNDIROSAK DIKRITIK HEBAT