NAMA JEBAT.. TAPI OTAK KEMETOT



 Zaman Mahathir ada 𝗞𝗟𝗖𝗖 dan Litar F1 Sepang. Tapi kemudian ada anak-anak dia jadi billionaire. Kawan baik dia pun billionaire. Rupanya dia sendiri pun ada berpuluh bilion.






Zaman Najib ada 𝗧𝗥𝗫. Tapi ada juga 𝗚𝗦𝗧. Dan yang paling best ada 1MDB yang lebai PAS 𝗽𝘂𝗮𝘀 𝗵𝗮𝘁𝗶 dulu tu. Masa Najib juga petrol RON95 diapung harganya. Dekat RM3/L.


Zaman PN 33 bulan lagi la. Satu 𝗵𝗮𝗽𝗮𝗵 pun takdak. Yang ada kes 𝗝𝗮𝗻𝗮 𝗪𝗶𝗯𝗮𝘄𝗮, kes anak sorok minyak masak, kes menantu. Itu lagi parah.


Ko nak pembangunan ke bangunan? Sekarang zaman PMX, memang tak ada pembinaan bangunan tinggi. Tapi pelaburan masuk tinggi, nilai ringgit juga makin tinggi, bantuan tunai pun naik tinggi. Minyak petrol RON95 je yang jadi rendah.


KLCC & TRX tu memang mercu tanda yang menarik. Tapi apa kita dapat secara langsung darinya? Lebih penting bina ekonomi daripada bina bangunan. Yang paling penting, 𝘁𝗮𝗸𝗱𝗲 𝘀𝗮𝗸𝗮𝘂. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



POLITIK MUNAFIK WALAUN



 Ini yang walaun nak.






Tahu kenapa lebai sibuk soal kuil haram ni sekarang padahal masa lebai memerintah dulu walaun peduli pun tidak? Bahkan di 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵, sebanyak 𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 (8) kuil haram telah 𝗱𝗶𝗹𝗲𝗴𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻.


Sebab dorang cuma nak 𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗣𝗠𝗫 di mata pengundi bukan Islam. Dorang nak buatkan pengundi bukan Islam, terutamanya Hindu, menarik sokongan terhadap PMX.


Bukan sebab Islam pun. Takde kena mengena dengan agama pun. Mereka kecoh 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗻𝗮𝗺𝗮 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸. Kalau atas nama agama, masa berkuasa dulu mereka dah selesaikan.


Tapi PMX being PMX, beliau tak takut kehilangan undi walaupun ada yang gelar beliau 𝗼𝗯𝘀𝗲𝘀 nak jadi PM. Maka nada tegas telah dinyatakan. Tiada lagi binaan tanpa keizinan.


Aku tak terkejut pun kalau PMX jatuh lepas ni. Sebab ada banyak sangat gerakan nak jatuhkan beliau. Tapi aku kena siapkan keluarga untuk hadap balik ekonomi yang suram macam waktu sebelum ni. Termasuklah saksikan 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 oleh orang yang mengaku perjuangan Islam. Guane boh?


 

Raja Gelap II 



MENGAKU TOK NENEK KETURUNAN CINA




 Minggu depan 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝗕𝗮𝗿𝘂 𝗖𝗶𝗻𝗮 (CNY).


Menariknya masa CNY ni la kita boleh tengok tetiba ada lebai mengaku 𝗸𝗲𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗖𝗶𝗻𝗮, yang bangga ada 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗖𝗶𝗻𝗮, yang kata atok dia selamatkan orang Cina masa perang Jepun dulu.


Masa CNY je la ada benda tu. Bila takde CNY, galak pulak dia cerita Cina nak hapus Melayu, nak ambil tanah Melayu. Macam-macam lagi lah. Itulah gayanya orang munafik main politik. Guane boh?


 

Raja Gelap II 




AZAM BAKI DAN VELOCITY CAPITAL.

 










Syam Ghaz



AZAM BAKI DAN VELOCITY CAPITAL.


Dalam laporan Bursa Saham ni detail keluar. Bukan rahsia. 


Selepas semakan struktur korporat, anak syarikat, bisnes model dan laporan Bursa:


TIADA bukti Velocity Capital atau mana-mana anak syarikatnya mendapat atau menikmati kontrak kerajaan secara material.


Cuma sebagai Ketua Pengarah SPRM, dia dah istihar ke JPA dia ada beli saham. Itu wajib. 


Pengumuman Bloomberg tu tak pelik pun. 


Ini SEMUA anak syarikat dalam carta Corporate Structure Velocity Capital Partner Berhad (30 Jun 2025)


CERAMIC / MANUFACTURING


Oriwina Sdn. Bhd.

Asian Pottery Penang Sdn. Bhd.

Asian Earthenware Sdn. Bhd.

Asian Pottery Home and Garden Sdn. Bhd.

Asian Porcelain Sdn. Bhd.

Asiarise Holdings Sdn. Bhd.

Asian Pottery Manufacturers Sdn. Bhd.

Metro Craft Sdn. Bhd.


CONSTRUCTION AND PROPERTY


Million Rich Development Sdn. Bhd.

Profit Sunland Sdn. Bhd.

Titanium Hallmark Sdn. Bhd.

KTG Marine M Sdn. Bhd.


TRANSPORTATION AND LOGISTICS


Line Haul Sdn. Bhd.

Line Haul Borneo Sdn. Bhd.


FINANCIAL SERVICES


Velocity Capital Sdn. Bhd.

Velocity Wealth SWH Sdn. Bhd.

Velocity Direct Sdn. Bhd.

Velocity PE Sdn. Bhd.

Velocity Capital Investment Bank Ltd.

CSH Priority Sdn. Bhd.


OTHERS


Alliance EV Sdn. Bhd.

Sunmark Point Sdn. Bhd.


Saya takda masalah dgn Abam Azam Baki, saya juga berpendapat dia tak salah ada beli saham dan benda itu dia istihar.


Tiada pekeliling atau peraturan yang melarang Ketua Pengarah atau penjawat awam memiliki saham.


Penjawat awam dibenarkan memiliki saham dengan syarat:


I. Isytihar harta dibuat

Ii. Tidak terlibat mengurus syarikat

Iii. Tiada konflik kepentingan atau salah guna kuasa


Larangan hanya terpakai jika:


I. Tidak isytihar

II. Guna jawatan untuk lindungi kepentingan

Iii. Campur tangan urusan rasmi


Cuma saya berpendapat selepas bulan 6 ni tamat kontrak, tidak perlu lah disambung lagi. Prestasi tangkapan bagus, prestasi pendakwaan lemah (pembuktian). 


Terima kasih di atas segala Khidmat selama ini Tan Sri. Selamat bersara.


PMX Anwar Ibrahim InsyaAllah akan lantik orang yang boleh REFORM HABIS SPRM nanti. Doakan 🤲🏻





HABIS SEMUA SEGALA GELARAN DAN KEJAYAAN,


 

BEBERAPA ISU YANG BOLEH DI KAJI


 

MB KAMI SEMPOI. KIOK. KERAJAAN DAH JELASKAN APA YANG HANG ULAS TU.


 

SURUHANJAYA UNTUK KREADINILITI SPRM


 

7SAHA DAN KEJAYAAN AZAM BAKI

 


ISU AZAM BAKI.