AZMIN KATA TUNGUUUUUUU

"Tunggu.. Ini soal strategi" Azmin


Oleh Harakahdaily

Isnin, 23 Jun 2008

KL: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali (KeADILan Gombak) hanya menyatakan bahawa semua pihak perlu 'tunggu dan lihat' berhubung bila usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Semasa ditemui di Dewan Rakyat pagi tadi Azmin bagaimanapun menyatakan soal undi tidak percaya itu telah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat.
Beliau juga menyatakan bahawa usul itu perlu mengikut prosedur yang ditetapkan Dewan Rakyat iaitu antaranya melalui proses dengan dua minggu notis atau penggunaan peraturan urusan mesyuarat perkara 18 (1).
Namun semasa ditanya mengenai bila ia akan dibawa ke Dewan Rakyat, beliau menyatakan bahawa 'ini soal strategi'.
"Kita juga boleh guna usul yang dibentang Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Shahrir Samad di Dewan Rakyat sebentar tadi boleh menjadi wadah untuk beri isyarat tidak yakin dengan kerajaan ini, kita tunggu sampai pukul 6.00 petang ini, saya tak nak 'speculate', kita nak tunggu," kata Azmin selamba

LIM BOON CHANG DITERIMA PKR


22 Jun BAYAN BARU - Penyertaan bekas ADUN Parti Gerakan, Lim Boo Chang ke dalam Parti Keadilan diterima baik semua pihak.Penerimaan beliau ke dalam Keadilan juga boleh diterima sehingga Lim dipilih sebagai Timbalan Ketua Keadilan Bahagian Bukit Gelugor yang berlangsung petang tadi.Lim telah mengemukakan permohonan menyertai keadilan pada April 2008 dan diumumkan diterima menyertai keadilan pada 15 Jun 2008 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan beliau semasa peramian pusat khidmat YB ADUN Pantai Jerejak.
Dalam pertemuan dengan pihak media, Lim menafikan bahawa kemasukan beliau mempunyai sebarang perjanjian, selain menyatakan bahawa Barisan Nasioanal dan komponen yang ditinggalkan beliau kini sudah tersasar arah dan tidak ada harapan lagi untuk rakyat Malaysia mendapat pembelaan.

2 TAHUN MENUNGGU..KINI SUDAH BERJAYA


22 Jun BAYAN BARU - Mesyuarat Agong Pertama Bahagian Bukit Gelugor telah diadakan bagi memilih jawatankuasa tetap setelah Pendaftar Pertubuhan (ROS) selepas 2 tahun menunggu kelulusan bahagian.

"Pendataran Malaysian United Indian Party (MUIP) yang diketuai Nallakarupan oleh ROS hanya mengabil masa 2 minggu sahaja untuk diluluskan berbanding PKR yang terpaksa 2 tahun untuk diluluskan" kata YB Hj Abdul Malik Kassim yang merasmikan mesyuarat agong berkenaan.

Turut hadir adalah bekas Ketua Bahagian Penaja Bahagian Bukit Gelugor, Sdr. Jamil Mohd Noor dan Sdr. Mustafa Yusuf, Pengarah Pilihanraya Keadilan Negeri Pulau Pinang yang turut merasmikan penutupan mesyuarat berkenaan.

Mustafa menjelaskan pemilihan yang dilakukan adalah kehendak perlembagaan parti dan pendaftar pertubuhan yang perlu diselesaikan bersama-sama bahagian Batu Kawan telah juga diluluskan pendaftaran bahagian berkenaan.

Jawatankasa bahagian Bukit Gelugor yang dipilih adalah terdiri ADUN Batu Uban, YB Raveenthran selaku Ketua Keadilan Bahagian, manakala bekas ADUN Batu Lanchang yang juga merupakan bekas penasihat Parti Gerakan, Sdr. Lim Boo Chang selaku Timbalan Ketua Keadilan Bahagian telah dipilih sehingga tahun 2008 bersama-sama 16 yang lain dan seorang pengerusi serta timbalan pengerusi tetap, selainnya akan dilantik dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian yang akan ditentukan kemudian.

Selepas terbentuk bahagian Bukit Gelugor secara rasmi, selepas ini bahagian akan membentuk sayap untuk Wanita dan Angkatan Muda.