HARAP-HARAP AZMIN TIDAK PONTENG MESYUARAT LAGI SELEPAS INI!!



Walaupun kesediaan Anwar Ibrahim berdamai dengan Azmin Ali adalah sesuatu yang baik untuk PKR, tapi masih ramai penyokong beliau tidak dapat menerima sepenuhnya perkara itu.

Lebih-lebih lagi perdamaian itu berlaku setelah Anwar di Konvensyen Perak Selasa lalu memberi amaran “jangan uji kesabaran saya?” kepada kelompok yang dilihat cuba melemah dan menggambarkan PKR seolah-olah berpecah.

Berdasarkan perkembangan sejak setahun yang lalu, amaran Anwar itu jelas ditujukan kepada Azmin dan para penyokongnya.

Dengan itu, penyokong setia Anwar dalam PKR lebih mahu, sekurang-kurangnya wajar Azmin diberikan amaran keras atau tindakan lain yang bersesuaian sebelum huluran tangan perdamaiannya disambut.

Mereka melihat tindakan Azmin sejak lebih setahun lalu dengan tidak hadir mesyuarat dan kerap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti serta secara terbuka menyanggah Anwar atas kedudukannya selaku Presiden PKR, bukanlah perkara yang seharusnya boleh dimaafkan begitu saja.

Lantaran itu, ramai penyokong Anwar ternampak kecewa dan tidak puas hati dengan perdamaian tersebut.

Tetapi, selaku peneraju parti, Anwar tentunya mempunyai perkiraan yang lebih besar tentang masa depan PKR berbanding menghukum Azmin dan beberapa pengikut setianya yang turut celupar menyanggah parti sebelum ini.

Memikirkan bahawa kedudukan parti adalah penting, tambahan lagi Anwar bakal mengambil alih teraju kepimpinan negara pada tahun depan, penyokongnya dalam hal ini harusnya faham serta meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan.

Lupakanlah sementara pergeseran dalam parti, sebaliknya yang mesti dipamerkan ialah PKR mesti dilihat dalam keadaan kuat, berpadu dan Anwar adalah ketua yang satu serta tiada lagi elemen parti dalam parti boleh terus menjalar.

Lupakanlah juga sebarang syak wasangka sama ada Azmin ikhlas atau kerana beliau sudah tidak boleh pergi dengan lebih jauh lagi dengan segala perencanaannya, maka itu beliau sedia berdamai dengan Anwar di saat-saat akhir sebelum kongres diadakan.

Apa yang harus difahami, dengan sedia berdamai dengan Anwar, bermakna Azmin menerima kepimpinan beliau dalam menerajui parti serta bakal Perdana Menteri seterusnya.

Begitu pun, perdamaian ini tidak membebaskan Azmin daripada tanggungjawabnya sebagai pemimpin nombor dua dalam PKR dan boleh bebas melakukan apa saja tanpa terikat dengan hukum organisasi.

Beliau selepas ini, mesti menunjukkan komitmen yang benar-benar tinggi disertai dengan kesediaan sepanjang masa untuk bersama-sama Anwar dalam memperkukuh parti, meskipun ada beberapa permintaannya dalam pertemuan dengan Anwar semalam belum lagi sedia ditunaikan.

Janganlah selepas ini ponteng mesyuarat lagi atau mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan pendirian parti dan juga PH.

Janganlah juga mempertikaikan lagi peralihan kuasa yang telah dipersetujui PH dengan pelbagai kenyataan yang mengelirukan atau kabur.

Juga janganlah berjumpa pihak musuh di malam-malam hari atau secara sembunyi-sembunyi.

Jika amalam buruk sejak setahun lalu terus diulangi lagi selepas ini, Azmin bukan saja menempah bala berkaitan masa depannya bersama PKR, malah tidak ada sesiapa akan mempercayainya lagi.

Tambahan lagi, berdasarkan kunjungan Anwar ke negeri-negeri menghadiri konvensyen PKR sejak beberapa bulan lalu, beliau kini jelas mendapat sokongan padu daripada akar umbi parti itu dan sesetengahnya tidak sabar lagi untuk melihatnya menjadi Perdana Menteri.

Dengan sokongan sedemikian, jika Azmin tidak sedia berubah selepas berdamai dengan Anwar semalam, bermakna beliau memang sengaja menempah laluan gelap untuk dirinya sendiri. (ShahbudinHusin 05/12/2019)


Yusoff diberi 24 jam jelaskan tuduhan terhadap Anwar, kata Ramkarpal


Noel Achariam

Presiden PKR Anwar Ibrahim sekali lagi terheret kontroversi seks, yang ketiga dalam kerjaya politiknya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Disember, 2019.

BEKAS pekerja PKR Muhammad Yusoff Rawther diberikan tempoh 24 jam untuk menjelaskan dakwaan gangguan seksual dibuatnya terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim, kata Ramkarpal Singh.
Ramkarpal, peguam yang mewakili Anwar berkata, perkara itu dinyatakan dalam notis tuntutan dihantar kepada Yusoff hari ini.

Azmin "Terpaksa" berdamai kerana..



Azmin "Terpaksa" berdamai kerana..

1. Sambutan Kongres peribadinya di KL tak dapat sambutan 

2. Amaran Anwar.. 
jika Kongres lain di jalankan juga.. maka proses pemecatan bermula.

3. Kecaman seluruh akar umbi yang menolak Kartel n the geng telah mula meresap ke seluruh NEGARA

4. Kedudukannya dalam parti sudah terancam.

5. Kedudukannya dalam kabinet turut terancam bila Anwar jadi PM8

6. Kemungkinan platform politiknya akan di frezz Kan terus
7. Atau segalanya kemungkinan..

Yg pasti Azmin Terpaksa TUNDUK Akhirnya kepada landasan "Perlembagaan Parti"

Apa pun.. Azmin Tetap "Azmin Pintu Belakang"
So.. kepimpinan kena sentiasa berhati2

Sejarahnya berkata begitu.


MEMFITNAH ANWAR DIBENARKAN OLEH UNDANG2??



Zunar adalah Mantan Ketua editor Suara Keadilan sejak selepas Raja Petra.

Oleh: Zunar

Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.

Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (timbalan perdana menteri ketika itu). Jamal mendedahkan dalam mahkamah bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya di jambatan Delaware, berdekatan New Jersey. Dalam perbualan itu, seperti yang beritahu dalam mahkamah, pegawai tersebut menawarkan wang USD200,000 sekiranya beliau sanggup mengaku melakukan seks dengan Anwar. Jamal menolak. Nama pegawai itu disebut dalam pengakuan bersumpah dan disebut dalam mahkamah oleh Jamal.

Ketika itu mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau.

Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando
bukan saja mengaku beliau tidak diliwat, tetapi menambah bahawa beliau diarahkan oleh seorang pegawai polis (namanya disebut dalam mahkamah) untuk berbuat membuat pengakuan.

Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada ‘satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila menyedari Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.

Saya sertakan perbualan dari rekod mahkamah:
Fernando: Tarikh 1992 adalah palsu?
Azizan: Ya
Fernando: Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?
Azizan: Saya tak tahu.
Fernando: Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?
Azizan: Ya.
Fernando: Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?
Azizan: (nama pegawai polis itu disebut).

Kedua-dua keterangan ini disebut secara bersumpah dalam mahkamah. Ia harus diterima sebagai kebenaran kerana pihak peguam kerajaan juga tidak membantah.

Apakah tindakan diambil oleh polis atau pihak berkuasa terhadap pegawai kedutaan dan pegawai polis tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar terpaksa merengkok hampir 11 tahun lamanya dalam penjara. Apakah jika fitnah sebegini dilemparkan kepada tokoh-tokoh politik yang berkuasa, pihak polis juga akan berdiam diri?

Atau apakah di Malaysia ada dua jenis undang-undang? Satu untuk ahli-ahli politik yang berkuasa dan satu lagi untuk Anwar?

Kita tahu bahawa pemfitnah-pemfitnah ini menjadi berani kerana mereka dilindungi oleh tokoh-tokoh politik tertentu. Mereka juga tidak mustahil menerima habuan lumayan, seperti yang diakui oleh Jamal Amro.

Tetapi kerja polis bukan bermain politik. Kerja polis ialah membanteras jenayah, tanpa memilih bulu, without fear or favour. Tegas dan bertindaklah terhadap pemfitnah-pemfitnah ini untuk menjadi pengajaran kepada yang lain.

Kegagalan polis untuk bertindak ke atas pemfitnah-pemfitnah ini, memberi signal yang salah kepada masyarakat. Seolah-olah ada peraturan tidak bertulis bahawa "kamu dibenarkan memfitnah, asalkan ia dilakukan terhadap Anwar."
Akibatnya, watak seperti Azizan, Saiful, Datuk T dan lain-lain akan terus muncul dalam masyarakat.

Seperti yang dihairani oleh Mohideen Abdul Kadir, salah seorang keluarga kepada Muhammad Yussof Rawther dalam kenyataan akhbarnya semalam bahawa: "ingatkan ini budaya politik Malaysia Lama, rupanya masih diteruskan di era Malaysia Baharu."

Tepat sekali, ia tidak akan pernah berhenti sekiranya tiada tindakan tegas dari polis.

5 Disember 2019
Zunar



BAHASA BADAN PERTEMUAN ANWAR - AZMIN






Pertemuan di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan Datuk Seri Azmin Ali (DSAA) mempamerkan bahasa badan yang menarik untuk diperhatikan.

Pertama, kedudukan tempat duduk yang bersebelahan, memaparkan pendekatan pertemuan menjurus kepada aspek Kerjasama.

Oleh kerana itu jika dapat diperhatikan bahasa badan mereka memaparkan penerangan dan perbincangan.

Kedua, Proxemics. Proxemics ialah berkaitan jarak. Jika diperhatikan tangan kedua-dua figura ini diletakkan pada sofa.

Kedudukan jarak yang rapat, menunjukkan perbincangan adalah harmoni. Jika semakin menjauh, jarak mereka juga akan mula dijarakkan.

Masih berkaitan proxemics, DSAI dilihat bersandar dan DSAA mencondongkan badannya sedikit ke hadapan memberi isyarat DSAI lebih superior dan postur badan DSAA lebih kepada memberi laporan kepada ketuanya.

Ketiga,silang kaki. Dapat kita lihat, kaki beliau berada di atas, memberi isyarat belly button jelas menghala ke arah DSAA menunjukkan beliau positif dalam perbincangan tersebut.

Seandainya kaki kanan berada di atas, pasti belly button beliau terhalang dek kerana blocker yang wujud.

Silang kaki juga menandakan elemen resesif iaitu DSAI lebih berpengaruh dan tercermin beliau berada kedudukan yang lebih superior berbanding DSAA.

DSAA yang kedua-dua kakinya di lantai, menandakan beliau masih melihat DSAI sebagai ketuanya.

Pada pandangan saya secara keseluruhan, hubungan mereka berdua masih boleh diselamatkan dengan syarat, kedua-dua mereka berpegang semula pada asas perjuangan asal mereka, iaitu berkhidmat untuk rakyat.

Shahrom Hassan - 
Body Language Guru.


ANWAR LAPOR POLIS



PENDEDAHAN Muhammad Yusoff Rawther semalam kononnya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan gangguan seksual ke atasnya adalah cubaan menggagalkan proses peralihan kuasa.




Setiausaha Sulit Anwar, Shukri Saad berkata, ia adalah fitnah yang direka dan diulang-ulang sekali lagi.

Menurutnya, sehubungan itu, pihaknya tampil membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi hari ini susulan akuan bersumpah Muhammad Yusoff.

“Saya menafikan kenyataan itu dan menyerahkannya kepada polis untuk menjalankan siasatan.

“Kita akan kaji dan tengok tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Muhammad Yusoff,” katanya ditemui selepas membuat laporan polis hari ini.

Katanya, isu itu remeh dan nampak ada perancangan untuk menggagalkan proses peralihan kuasa yang sedang berlaku ketika ini.

Semalam Muhammad Yusoff dalam pengakuan bersumpah mendakwa kononnya ahli politik kanan melakukan jenayah yang digambarkan sebagai perbuatan keji, teruk, tersembunyi, tidak Islamik, berbahaya dan tidak bermoral terhadapnya.

KALAU PANDAI JADI SEPERTI PARTI KAMU LAH YA...RASUAH SANA SINI.



Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks


Kalau tak tahu mentadbir, takde la sepantas kilat dapat kita dedahkan segala skandal dan penyelewengan dan mengheret para perompak dari parti kamu ke muka pengadilan.  Ingat senang ke nak tangkap perompak kolar putih?  Waktu kamu jadi kerajaan dulu, kamu pun tak boleh buat, kan?




APA TENGOK-TENGOK



Setakat nak kata tak pandai tapi  ramai yang dah kena cekup..tak kan la tak pandai lagi?
Bukan kah bekas ketua kamu dan juga ketua kamu sekarang sedang dalam perbicaraan? PH tak pandai atau Umno yang kurang cerdik untuk tadbir....almaklumlah dah berbaik baik dengan parti agama dan juga parti komeneh...?
Sebut saja dimana sahaja bidang yang ada kaitan dengan Umno,  adalah rasuah...
Felda
Felcra
Tabung Haji
Kwsp
Kwap
Kewangan
Mara
Kementerian
1.kewangan
2.pertanian
3.pertahanan
4.wilaya
5.segala jenis kementerian lingkup dengan hutang piutang kerana rasuah...

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, meme dan teks


bidang ini pula terkait berantai sampai ke akar umbi. Mudah sahaja kalau PH nak jadi macam parti kamu...bagi dedak lebih sikit...almaklum otak kelas dunia ke 3...nak free semuanya....kah.kah.kah...






‘DAP tak mahu kaki putar belit macam Najib Razak’




Tenaga kerja diperlukan bagi melawan berita palsu yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap DAP, tegas Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof.
Edry yang merupakan antara puluhan pemimpin DAP yang menjadi mangsa berita palsu, tampil mempertahankan keputusan parti untuk mengambil pekerja rasmi bagi melawan penyebaran fitnah. 
“Parti DAP memerlukan tenaga (kerja) untuk menjawab balik (fitnah) kerana kepalsuan dan kebatilan ini hanya boleh dilawan dengan kebenaran dan kita memerlukan orang untuk menyebarkan kebenaran. 
“Jadi sebenarnya jawatan penulis sosial media yang ditawarkan DAP adalah jawatan profesional,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini. 
Bekas perdana menteri, Najib Razak menerusi hantaran baru-baru ini mendakwa DAP mahu ‘rekrut 100 cybertrooper’ menerusi penyiaran iklan kerja kosong di sebuah laman sesawang pencarian kerja. 
Bagaimanapun, dalam sidang media yang sama, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menafikan dakwaan Najib itu, sambil menegaskan bahawa DAP hanya mahu mencari pekerja rasmi. 
Mengulas lanjut, Edry dalam pada itu turut sempat berseloroh apabila mengajak Najib untuk turut memohon kerja kosong yang ditawarkan DAP memandangkan beliau kini kehilangan kerja selepas kalah pilihan raya umum lalu. 
“Sebenarnya Najib Razak yang telahpun kehilangan kerja sebagai perdana menteri pun boleh memohon (kerja ditawarkan DAP). Memandangkan beliau banyak masa terluang, beliau boleh memohon. 
“Cuma kalau beliau memohon sekarang, saya percaya parti akan tolaklah kerana kita mahu penulis sosial media yang profesional, buka kaki putar belit macam Najib Razak,” ujarnya. –

REAL POLITIK



Oleh : Abdul Rauf

1. Sebanyak mana pun fitnah dan tuduhan yang direka memburukan nama Anwar Ibrahim,Anwar pemimpin politik yang berfahaman DEMOKRATIK yang mempraktikkan POLITIK NILAI dan mengamalkan POLITIK BERSIH tetap menjadi watak yang BAIK menurut dan mengikut Sains Politik.Sebab itu masyarakat Islam dan barat diseluruh dunia tidak percaya Anwar melakukan perbuatan terkutuk.

Akhirnya Anwar dipilih dan menjadi pemimpin politik Malaysia pertama yang dimasukkan kekelompok 50 orang yang sangat berpengaruh di dunia bagi kategori politik oleh Majalah The Muslims 500 selama dua tahun berturut-turut 2016 dan 2017 ketika Anwar dalam penjara.

Masyarakat barat memilih Anwar Ibrahim sebagai penerima anugerah ' Global Peace Prize ' pada tahun 2017.

2. Bagai mana pun baiknya seorang pemimpin politik yang berfahaman DIKTATOR yang mempraktikkan REAL POLITIK dan mengamalkan POLITIK KOTOR tetap dianggap watak JAHAT dan ZALIM mengikut dan menurut Sains Politik.Sebab itu sepanjang sejarah politik seorang DIKTATOR mendapat tentangan dari rakyat,ada yang ditolak dan diturunkan secara hina,ada yang dipenjara,ada yang kehilangan legasi dan ada yang hina sebelum mati.sebagai contoh Presiden Marcos  seorang diktator dari Philippines mati dalam buangan dan Presiden Zainal Abidin seorang diktator dari Tunisia mati dalam buangan dan banyak lagi.

ANWARPM8 MEI10 2020

Pandangan Sains Politik.

KENYATAAN MEDIA

KENYATAAN MEDIA

Saya telah menerima laporan yang dibuat oleh individu bernama Muhammed Yusoff Rawther melalui media massa dan media sosial.

Saya menafikan sekeras-kerasnya fitnah tanpa asas tersebut.

Pada tarikh yang didakwa, saya sedang giat menjalankan kempen sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson serta menghadiri Majlis Memperingati Ulang Tahun Kelahiran Mahatma Gandhi ke-150 di Kuala Lumpur dan kembali semula ke Port Dickson untuk memenuhi jadual kempen.

Setiausaha Sulit saya, Shukri Saad akan membuat laporan polis pagi ini berhubung isu yang dibangkitkan dan peguam saya, Ramkarpal Singh juga akan mengutuskan surat tuntutan daripada Muhammed Yusoff Rawther.

Keluarga Muhammed Yusoff Rawther melalui Mohideen Abdul Kader turut mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan yang dilakukan olehnya selepas lebih setahun kejadian yang didakwa.

Tindakan yang dilakukan ini adalah muslihat menjatuhkan imej saya menjelang Kongres Nasional Keadilan ke-14 dan proses peralihan kuasa pimpinan negara.

ANWAR IBRAHIM

5 Disember 2019

Sering sebar berita palsu, Najib dinobat ‘juara cybertrooper’ BN




Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi secara berseloroh menobatkan bekas perdana menteri, Najib Razak sebagai “juara cybertrooper” Barisan Nasional (BN).
“Kerana dia secara terang-terangan mengeluarkan berita palsu tanpa asas. Ini adalah bukti bahawa dia adalah cybertrooper nombor satu,” kata Shu Qi pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, hari ini. 
Beliau mengulas dakwaan Najib bahawa DAP kononnya mahu “rekrut 100 cybertrooper” menerusi iklan kerja kosong yang disiarkan di sebuah laman sesawang pencarian kerja. 
Cybertrooper lazimnya dikaitkan dengan individu yang melakukan kerja-kerja penyebaran berita palsu dan fitnah di platform media sosial. 
Mengulas lanjut, Shu Qi berkata, pembacaan, selain merujuk kepada sumber yang benar, membolehkan seseorang menilai kesahihan sesuatu berita atau maklumat yang diterima. 
“Rakyat Malaysia, perlu giat membaca, bukan sahaja media yang selalu kita baca di media sosial, tetapi sumber-sumber lain supaya dapat membentuk satu perspektif yang lebih seimbang.
“Kita juga perlu semak sebarang maklumat yang diterima melalui media sosial, khususnya Whatsapp, daripada mana sumber berita itu bagi memastikan kesahihannya,” ujarnya. 


PENGAKUAN PEMUDA DICABUL AHLI POLITIK DIRAGUI KESAHIHAN

CHIN TONG TERLIBAT ABU CHIN PENG: KEMENTERIAN LAPOR POLIS

DSAI dan WAWI ke majlis 60 tahun parlimen

Bersama Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Majlis Makan Malam Sempena 60 Tahun Parlimen Malaysia tadi.
Institusi Parlimen akan terus dipelihara dan didukung sebagai badan penting dalam menjana demokrasi dan prinsip negara hukum.

Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang senyum, orang berdiri, sut, perkahwinan dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 10 orang, orang senyum, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 35 orang, orang senyum, orang berdiri, sut, perkahwinan dan dalaman

Pejabat Timbalan MENHAN buat laporan polis terhadap Raja Petra




Pejabat Timbalan Menteri Pertahanan (MENHAN) membuat satu laporan polis terhadap pengendali laman sesawang Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin berhubung penyiaran penulisan berunsur fitnah.
Penulisan bertajuk “The Fake Ashes of Chin Peng” yang disiarkan laman berkenaan mendakwa kononnya tindakan membawa masuk abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng dirancang oleh Timbalan MENHAN, Liew Chin Tong.
Laporan polis berkenaan dibuat mengikut Seksyen 499 Kanun Keseksaan dan Akta Fitnah. 
“Kemungkinan tindakan saman sivil akan dipertimbangkan selepas perbincangan bersama peguam. 
“Untuk rekod YB Liew tidak pernah membuat sebarang komen tentang isu abu mayat Chin Peng,” kata Pejabat Timbalan MENHAN dalam kenyataan, hari ini. 
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa fitnah berkenaan direka bertujuan untuk mengalihkan tumpuan masyarakat daripada isu utama minggu ini.
“Ini termasuklah pembentangan Kertas Putih Pertahanan serta perbicaraan kes-kes salah guna kuasa melibatkan dua bekas menteri pertahanan di mahkamah,” katanya. 
Pejabat MENHAN turut menggesa masyarakat umum, khususnya anggota tentera untuk mengutamakan saluran media yang mempunyai kredibiliti serta menjauhi sumber yang diragu


UCAPAN PENUH KONVENSYEN PKR PERAK



DAP jawab fitnah ‘rekrut 100 cybertrooper’ Najib




Penyebaran berita palsu di laman sosial seperti Facebook dan Twitter seperti tak berkesudahan, saban hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan khabar berbaur fitnah yang bersifat separuh masak. 
Penyebaran berita palsu itu pula sering disasarkan kepada kerajaan Pakatan Harapan dengan tujuan untuk membantutkan kerja-kerja memakmurkan rakyat dan negara setelah dirosakkan rejim lama Barisan Nasional. 
Malah, berita palsu dijadikan senjata oleh pemimpin-pemimpin parti yang kalah pada pilihan raya umum (PRU) lalu untuk menaburkan kebencian terhadap kerajaan yang mentadbir hari ini, malah berniat untuk mencetuskan perpecahan dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. 
Justeru, perlu ada satu mekanisme bagi mengekang penyebaran serta menjawab berita-berita palsu tersebut. 
DAP, yang merupakan sebuah parti kerajaan yang sering dilemparkan fitnah oleh pihak lawan sejak PRU lalu mengambil pendekatan untuk menawarkan pekerjaan kepada individu yang mahu bersama-sama parti ini untuk melawan penyebaran berita palsu dan fitnah. 
Itu yang cuba ditegaskan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam sidang media hari ini sebagai menjawab dakwaan Najib Razak yang mempolitikkan iklan kerja kosong yang disiarkan DAP di sebuah laman sesawang pencarian kerja.
Najib, yang sememangnya dikenali sebagai “kaki penipu” menerusi hantaran-hantaran di Facebook, mengulang taktik fitnah yang sama apabila mendakwa kononnya DAP mahu merekrut 100 cybertroper menerusi penyiaran iklan berkenaan. 
Tony sebaliknya menegaskan bahawa DAP hanya mahu mencari pekerja rasmi dan bukannya cybertroper, untuk berkongsi aspirasi dan sama-sama berjuang melawan penyebaran berita palsu yang semakin membarah. 
Malah, cybertroper yang secara lazimnya dikaitkan dengan individu yang menyorok di balik tabir dan melakukan penyebaran berita palsu serta fitnah, tidak selari dengan apa yang diperjuangkan DAP, iaitu untuk menyebarkan maklumat yang benar dan tepat kepada rakyat. 
“Cybertroper berhujah tanpa fakta. Yang kita mahukan bukan cybertroper tetapi pekerja yang melakukan kerja-kerja rasmi parti DAP.
“Seperti yang disebutkan dalam iklan (kerja) tersebut, kami mencari pekerja yang ingin membina Malaysia yang baru, melawan berita palsu dan membina pengalaman mereka,” tegas Tony.
Beliau turut menegaskan bahawa DAP tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk mengajikan “100 cybertroper” seperti yang didakwa Najib. 
“Hanya dalam mimpi kita mampu rekrut 100 orang cybertroper,” katanya secara berseloroh. 
Tony yang juga Ahli Parlimen Damansara turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Najib kerana membantu DAP menguar-uarkan iklan kerja kosong tersebut.
“Terima kasih Najib, jumlah pemohonan (kerja) telah meningkat sekurang-kurangnya empat kali ganda dalam satu hari selepas beliau membantu kita mempromosikan iklan tersebut,” ujarnya secara berseloroh. 

AMARAN ANWAR BERKESAN, SEMUA BERJALAN BAIK JIKA HADIR MESYUARAT

AMARAN ANWAR BERKESAN, SEMUA BERJALAN BAIK JIKA HADIR MESYUARAT

Awalnya saya merasakan amaran Anwar agar jangan sesiapa menguji kesabarannya sewaktu beliau berucap di Konvensyen Keadilan di Ipoh malam kelmarin akan dipandang sepi oleh puak yang sebelum ini kelihatan amat berani melanggar disiplin parti.

Ternyata sangkaan saya meleset.  Tidak sampai 24 jam Anwar melaungkan amaran tersebut, Azmin tidak semena2 boleh hadir mesyuarat Biro Politik dan kemudiannya bertemu Anwar.  Kalau Azmin akhirnya hadir di dalam mesyuarat dan bertemu Anwar, maka tidak perlulah kelian berkata Anwar yang mengalah.  Hakikatnya, Anwar bersedia berbincang asalkan kamu tidak ego dan sombong.  Bukan Anwar yang datang melutut kepada kamu.

Betullah kata2 Samsul Iskandar, Anwar ini seperti "dewa yang amat pemaaf".  Kita tahu, bukan sedikit yang tidak berkenan dengan cara Anwar yang selalu bersangka baik dengan sesiapa pun hatta orang itu telah menikamnya berkali2.  Itu memang kelemahan Anwar kalau kita mahu cari kelemahannya.

Saya bukan tidak suka melihat perdamaian tetapi saya bimbang kalau perdamaian itu akan dikhianati lagi.  Sewaktu kita mengadakan Konvensyen selepas pemilihan parti yang lalu, saya yakin adanya perdamaian apabila melihat kesemua pimpinan parti berada di atas pentas saling berpegang tangan.  Tapi, apa telah terjadi selepas itu?  Siapa yang khianat dan tidak lagi menghormati Presiden?  Siapa yang tidak mahu hadir mesyuarat parti?   Siapa yang mendesak Presiden untuk bertemu dengan puak-puak mereka sahaja?  Akhirnya saya kecewa dengan 'lakonan" yang dipersembahkan di konvensyen tersebut.

Kali ini dikatakan berlaku lagi 'gencatan senjata" dan dianggap bermulanya perdamaian  di Kongres Nasional di Melaka hujung minggu ini.  Itu harapan yang diberikan lagi.  Apakah akan dilakonkan sekali lagi drama lama yang akan membuatkan kita rasa mual untuk menontonnya?

Kalaulah tidak kerana ingin melihat Anwar akan menjadi PM ke 8, saya pun tidak berselera untuk hadir kongres yang saban tahun melagukan irama perdamaian yang sama.  Kali ini saya tidak menaruh harapan apa2 kerana saya tidak mahu dikecewakan lagi oleh pemimpin aparat yang tamak dan rakus.

WFAUZDIN NS