MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK JURU





JURU- Satu majlis berbuka puasa telah diadakan oleh penduduk kampung Juru Sekolah dibawah Parlimen Batu Kawan.Majlis yang dihadiri oleh Dato Zaharin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Negeri PKR itu diadakan di markas PKR cawangan.Penduduk kampung berbangga dengan kehadiran pemimpin negeri.

TEKA-TEKI ANWAR MENJELANG 16 SEPTEMBER

Teka-teki Anwar menjelang 16 September13-09-2008 12:22:05 PM
KUALA LUMPUR: Selama beberapa bulan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelihatan dengan penuh yakin, menyatakan bahawa gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat pimpinannya, akan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 Sept melalui tindakan melompat parti.
Bagaimanapun, sejak kembali ke Parlimen setelah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengubah rentaknya, terutama apabila tarikh 16 Sept semakin hampir.
Selepas majlis berbuka puasa Selasa lepas, Anwar dilaporkan memberitahu penyokongnya bahawa peralihan kuasa itu akan berlaku pada 17 Sept pula, sebelum membuat satu lagi kenyataan kepada pemberita pada hari berikutnya bahawa rancangan besarnya itu akan berjalan mengikut jadual.
Pada pertemuan dengan pengikutnya pada lewat hari yang sama, beliau sekali lagi mengubah cakapnya dengan berkata, tarikh pengambilalihan kuasa itu mungkin diubah kepada 20 Sept, sekiranya Pakatan Rakyat menghadapi masalah yang menghalang mereka daripada menggulingkan kerajaan BN.
Semalam pula, pakatan pembangkang itu sekali lagi menangguhkan rancangan mereka dengan alasan ia tidak dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan kerana 49 Anggota Parlimen BN melakukan lawatan ke Taiwan.
Kenyataan Anwar yang sering berubah-ubah itu menampakkan seolah-olah beliau sedang mencari alasan yang boleh diterima umum, sekiranya rancangan yang sering beliau jaja selama ini, tidak menjadi kenyataan.
Beberapa penganalisis politik menjangka itulah apa yang akan dilakukan oleh Anwar.
"Saya tak terperanjat jika beliau berbuat begitu. Itulah apa yang akan dilakukan oleh kebanyakan orang politik apabila mereka gagal menunaikan sesuatu janji, sambil memberi pelbagai alasan kenapa ini dan itu tidak berlaku," kata Prof Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu berkata Anwar mengharapkan rakyat faham bahawa menubuhkan kerajaan bukan urusan mudah, walaupun tarikhnya telah ditetapkan.
"Ini kali pertama (untuk mengubah kerajaan melalui perbuatan berpaling tadah) dan rakyat diharapkan faham bahawa ia tidak semudah seperti yang beliau ucapkan," kata Mohammad Agus.
Beliau juga berpendapat bahawa kewibawaan bukanlah suatu ciri yang diberi keutamaan oleh Anwar.
"Ini satu perang saraf dan dalam permainan minda seperti ini, kewibawaan tidak lagi menjadi keutamaan. Tidak menjadi hal jika apa yang dijanjikan itu tidak menjadi kenyataan. Apa yang penting ialah beliau mampu menimbulkan kebimbangan dalam BN.
"Beliau berjaya membuat pemimpin BN tidak senang duduk dan menyedari perubahan yang amat perlu dilakukan di negara ini," kata Mohammad Agus.
Ahli akademik itu berkata walaupun secara bawah sedar, orang tahu bahawa apa yang dikatakan oleh Anwar itu tidak akan menjadi kenyataan, namun mereka masih mahu mempercayainya.
"Bagi saya, apa yang perlu kita lakukan ialah menyiasat kenapa orang tetap menerima harapan palsu yang disogokkan kepada mereka itu. Mereka mahukan perubahan," katanya sambil menambah bahawa perubahan yang mereka harapkan itu sedang dilaksanakan oleh kerajaan, walaupun kadar pelaksanaannya adalah perlahan.
Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berkata Anwar memang bijak berpidato, tetapi apa yang beliau perkatakan adalah kosong belaka.
"Mereka yang pernah bekerja dengannya (semasa Anwar dalam kerajaan) akan tahu siapa sebenarnya Anwar ini. Beliau memang pemidato yang hebat, tapi sekadar cakap kosong sajalah.
"Anda tunggu dan lihat sajalah, tiada apa yang akan berlaku pada hari berkenaan," kata bekas dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya ini sambil menambah bahawa Anwar akan memberi pelbagai alasan apabila rancangan besarnya itu tidak menjadi kenyataan.
Kata-kata Zainal ini mungkin ada kebenarannya apabila Anwar sudah mula mendakwa bahawa lawatan 49 Anggota Parlimen BN ke Taiwan bagi meninjau kemajuan bdalam idang pertanian di negara itu bertujuan menggagalkan rancangannya.
Pemerhati politik Prof Dr Nik Anwar Nik Mahmud dari UKM juga berpendapat apa yang dilakukan oleh pemimpin PKR itu selama ini hanya merupakan suatu perang saraf.
"Anwar mengharapkan sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen BN akan menyertai beliau. Tapi, ia tidak semudah itu kerana kini, BN masih berada dalam keadaan baik. Ini hanyalah tempoh peralihan, yang akan menstabilkan semula politik kita kemudian nanti," katanya.
Pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi menegaskan bahawa BN tidak akan runtuh dan kenyataan beliau ini disokong oleh pemimpin parti komponen BN yang menghadiri mesyuarat berkenaan dengan berkata "tidak", dengan sekuat hati.
Ini bukan kali pertama para pemimpin BN berkumpul bagi menyuarakan kesetiaan mereka terhadap parti gabungan itu sejak Anwar mendakwa bahawa beberapa Anggota Parlimen BN akan melompat parti bagi menyertainya.
Jika benarlah ini hanya merupakan perang saraf yang dilancarkan oleh Anwar dalam memburu impiannya untuk menjadi perdana menteri Malaysia keenam seperti yang disimpulkan oleh banyak pemerhati politik, maka tindakan pemimpin PKR itu bolehlah dianggap sebagai suatu perbuatan tidak bertangungjawab, kalau pun bukan suatu tindakan yang bersifat hanya mementingkan diri sendiri.
Perang saraf yang dilancarkannya itu telah menimbulkan keadaan tidak stabil, bukan saja terhadap suasana politik yang boleh mengundang pelbagai natijah negatif, tetapi juga boleh memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara.
Menurut laporan, pada awal bulan ini, Credit Suisse, sebuah firma penasihat kewangan, telah menasihati pelabur supaya mengelak daripada membeli saham di negara ini berikutan kedudukan politiknya yang tidak menentu. Katanya perebutan kuasa antara kerajaan dan pembangkang meningkatkan risiko buruk yang akan dihadapi oleh ekonomi Malaysia.
Memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa memikul bebanan berat berikutan kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini, maka mereka sudah tentu tidak memerlukan seseorang yang menyimpan cita-cita politik terlalu tinggi, membawa ancaman terhadap keselamatan mereka.
Walaupun, Anwar, antara lain, berjanji akan menurunkan harga bahan bakar sebaik saja beliau menerajui kerajaan, lima hari berikut ini merupakan tempoh yang amat kritikal bagi rakyat Malaysia kerana ia akan menentukan sama ada janji yang beliau taburkan itu boleh dipercayai atau tidak.
Apalah sangat yang ada pada janji! Seperti yang banyak berlaku sebelum ini, janji hanya ditabur untuk dimungkiri kemudiannya. BERNAMA

ZAID UGUT LETAK JAWATAN JIKA ISA DI TERUSKAN



Kuala Lumpur-Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato Zaid Ibrahim mengugut untuk meletak jawatan sekiranya undang-undang ISA diteruskan ke atas YB Teressa Kok dan juga RPK.Menurut Dato Zaid undang-undang yang sudah ketinggalan zaman ini seharusnya di hapuskan.Menurut beliau lagi, undang-undang tersebut hanya boleh digunakan keatas mencegah kegiatan terroris.

PROGRAM JEJAK FAKIR DILANCARKAN DI DUN N12



YB FAIRUS SEDANG MENERANGKAN KEPADA AMK PERMATANG PAUH TENTANG PROGRAM.



Permatang Pauh -Program jejak fakir dilancarkan di DUN Penanti N12 sebagai satu program untuk membantu gologan miskin dan akan dijalankan pada malam ini di seluruh DUN Penanti oleh AMK Permatang Pauh.Program yang sedang berjalan pada hari ini dan dijangka berakhir pada pukul 720 malam dan berbuka d masjid jamek Kubang Semang.banyuan yang diberikan ialah beras,gula tepung dan juga kurma.

RPK-BUDAK NAKAL


PHOTO:S'LOONE



RPK-BUDAK NAKAL YANG KINI DI TAHAN ISA.NILAI BELIAU DIANGGARKAN RM300 JUTA

Opposition-led rule in Malaysia looking likely


Opposition-led rule in Malaysia looking likely


The Associated Press


Published: September 14, 20008


KUALA LUMPUR, Malaysia: Less than a year ago, Malaysians would have sniggered at any suggestion that former Deputy Prime Minister Anwar Ibrahim, crushed by a sodomy charge in 1998, could make a political comeback.


Today, nobody laughs when Anwar claims he will become prime minister. He appears to be firmly on track to attract enough defectors from the ruling coalition ranks to secure a parliamentary majority and form Malaysia's first opposition-led government since independence in 1957.


Most analysts believe Anwar can pull it off, if not by his self-imposed deadline of Tuesday, then sometime next month.


It would mark another remarkable turnaround for a man once considered a star of Asian politics, only to be toppled 10 years ago and imprisoned on a conviction of having sex with a man, a crime in Malaysia. The conviction was overturned in 2004 but he now faces another sodomy charge. Anwar has strongly denied both cases, claiming they were intended to kill his political rise.
The ruling coalition has been weakened by dissent against Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, and Anwar is capitalizing on that disarray. Abdullah lost much of his clout after presiding over the government's worst ever election results in March, plunging one of Southeast Asia's most stable countries into political turmoil.

Abdullah faced renewed public anger on Friday after his government arrested an opposition lawmaker, a journalist and an anti-government blogger under a law that allows indefinite detention without trial. Tan Hoon Cheng, a reporter for the Chinese-language newspaper Sin Chew, was released Saturday after being questioned by police.


Home Minister Syed Hamid Albar said the arrests were necessary to prevent racial conflict, but Anwar said they were meant to "engineer an atmosphere of fear and instability."
Anwar needs 30 defections for his People's Alliance to form the next government.
"His chances have increased by 100 percent," said James Chin, a political science professor at the Monash University in Malaysia's largest city, Kuala Lumpur. "Getting 30 to me is not a problem. I don't doubt they will jump if the conditions and benefits are the right amount."
Still, there are serious doubts as to whether Anwar can hold together his three-party coalition of leftists, Islamists and liberal freethinkers, or fulfill his sweeping promises including dismantling a controversial affirmative action program that favors the ethnic Malay majority in jobs, education, housing, business and a host of other areas.
Many Malays see the program as their birthright. Most ethnic Chinese and Indians see it as state-engineered discrimination.


The Malay-dominated National Front has ruled Malaysia — often hailed as a moderate Islamic nation — continuously for more than 50 years. The coalition has maintained its legitimacy by claiming it alone can share out the nation's resources in a way that satisfies all ethnic groups.
That myth was shattered in the March 8 general election when Anwar stitched together his unlikely coalition on a platform of equality for all races. Together they won 82 seats in the 222-member Parliament, up from 19, as well as control of five of Malaysia's 13 states.
If 61-year-old Anwar forms the next government, it would amount to a political earthquake.
He says he will restructure the affirmative action program to focus on the needy, regardless of race; free the judiciary and the media from government interference; and guarantee religious freedom and civil liberties.


"It is not very difficult to be a better government, to control corruption, to be more just. That is quite easy. The more challenging task is to change the course of the economy," he said in a recent interview.


A major shift promised by Anwar would be a change in the way the government awards public contracts. At present the contracts can only go to Malay-owned companies, but even there the decisions are made arbitrarily.
This has been an obstacle to a free trade agreement with the U.S., which wants the contract process to be transparent and open to foreigners.
But Anwar has set his sights very high, and some foresee not reform but instability. The political outlook has rattled investor confidence, weakening Malaysia's currency and stock markets.
Still, his promises strike a chord not just with Chinese and Indians but with Malays who feel the benefits of affirmative action have gone only to a well-connected elite.
The system was devised soon after Malaysia suffered spasms of racial violence in 1969 and was intended to keep the peace by making all ethnic groups dependent on government patronage.
But analyst Chin said Anwar would temper any resentment among his fellow Malays by giving them dominance in government.
"There may be isolated protests but it won't turn into a full-scale uprising by Malays," he said. "Anwar knows the game well."

Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia (15.9.08)

Pakatan Rakyat bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Perhimpunan Perdana Sambutan Hari Malaysia pada 15 September (Isnin) di Stadium MBPJ Kelana Jaya, Selangor, bermula dari jam 7 malam. Program bermula dengan Majlis Buka Puasa, Solat Maghrib, Isya, Tarawikh dan diikuti dengan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat. YB Lim Kit Siang dan YB Tuan Guru Dato' Seri Hadi Awang akan menyusul selepas Solat Tarawikh di lapangan stadium. Program kemuncak adalah perutusan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Malaysia 16 September.