SEMBANG KO BUAT APA UNTUK NEGERI KO?

 

Sham Ghaz


Ayah dia talian hayat untuk Pas, takda ayah dia gak habis la Pas takda pelapis. Tuan Ibrahim dan Hashim Jasin jauh panggang dari api.





Negeri Terengganu pula terpaksa terima talian hayat duit 1.2 Billion plus setahun  dari Kerajaan Pusat. Sbb Kerajaan Negeri tak reti cari duit, hanya dpt bawah 300 juta setahun hasil negeri, tak cukup duit minta kerajaan pusat.


Salah seorang EXCO Terengganu, Anak Hadi Awang ni lah. 


Khalid Hadi takda merit, talian hayat dia adalah ayah dia. Jual nama ayah dpt jadi EXCO Terengganu


Time cakap bab Nepotisme, tunding jari tak ingat diri Pas ni, kena kat dia habis dalil dan hadis keluar berbuih




‘Malaysia Helped Stop the War’, Trump Praises Malaysian PM Anwar at APEC...

Malaysia di sebut dalam series talk show terhebat di US, tahniah PMX und...

Benarkah PMX Gadai Kedaulatan Kepada US? Tengku Zafrul Jawab Hassan Karim

Afnan Afnan bila masa kita sambut penjenayah dunia, rakyat Malaysia ada ...

THIS IS THE KIND OF LEADER THAT INDONESIA NEEDS❗WHY ARE THE PEOPLE OF MA...

NAK BALUN PMX KONON! - TAPI YANG NAMPAK HANGPA TAK CERDIK

Infrastruktur Malaysia dapat pujian global selepas video konvoi Trump ja...

(Pendedahan) Bukti putarbelit pembangkang berhubung kejayaan besar Malay...

YB PN TERUS KOYAK ! "SEBELAH SANA SELALU HASAD DENGKI" - YB LOKE

[Video Penuh] Tengku Zafrul perjelas perjanjian timbal balas Malaysia-AS...

KOW-KOW KENA! - HANG TU MP KERAJAAN | PMX BALUN HASSAN KARIM

"JANGAN CABAR SAYA BONGKARKAN VIDEO ANDA" - SPEAKER SEKOLAH YB MACHANG !

TERBAIK


 

DOSA QAZAF


 

TIADA LAGI DERMA UNTUK TAR SENIK

 

Norshidah Md Daud


Hakak wat kuliah matematik malam ni


Sape boleh kira berapa total bil letrik pondok yg menempatkan umah bini no 1 & umah anak beranak Mokhtar Bin Senik ni?


Sape bg jawapan betul, hakak doakan kubur dia bercahaya.





WALANON MEMANG LA AKAN SOKONG PKR....HANG TU KOT JADI KERA BELACAN..


 

RANTAU PANJANG DAN SG GOLOK BUKAN LAGI SYURGA PENYELUDUPAN


 



KENA KAW KAW


 

JANGAN JADI WALAUN DAN HASSAN KARIM. KITA BELI GAS KERANA MICROCHIP DAN 19%


 Shahabat Anwar


Sekarang kita beli gas dari Kanada dan beberapa negara lain. Tapi belian yang sama dengan harga yang hampir sama kita beli dari USA. 


Belian ini adalah kerana gas keluaran Malaysia tidak mencukupi. Belian tu pulak dibuat oleh Petronas bukan kerajaan Malaysia. Petronas dah tentu tak rugi sebab gas terssbut dijual ke negara lain. Kerajaan dan Petronas tak rugi walau satu sen.


Sebagai balasannya, Amerika Syarikat akan merendahkan tarif untuk belian microchips dari Malaysia. Maka berbondong²lah pengeluar microchips buka kilang kat Malaysia.  Sapa saja yang menguasai pasaran microchips akan menguasai ekonomi dunia. PMX bukan sekadar bijak tapi Super bijak. 


Kalau kau tak faham kau memang bodo macam walaun dan Hassssan Karimmmmmn.


GAMBAR HIASAN:







MUKA GETAH SCRAP NI NAK HENTAM ORANG.. MASA ADA KUASA KEPALTERBANG ISRAEL LALU PUN HANGPA BAGI..

 Che Ibrahim. 


Dia gini jah... Kalau buat sambutan ala kadar, sembrono, nampak nah muka Trump tak puashati, mereka akan kata sambutan dingin ke atas Trump memalukan negara, PMX tak layak untuk duduk setaraf/semeja dengan pemimpin negara lain.





BELI BOIENG ADALAH KEPERLUAN. YANG NI PUNAHSIHAT NAJIB TAK LIHAT..PATUT NAJIB KENA...PUNAHSIHAT CAM ISHAM TAK BOLEH PAKAI


 

LAMA NGAT JADI BARUA ATOK.....KIRA NAK CANTAS ORANG JA DULU.

 Program TV Pun Kena Ikut Amerika 




1. Saya sedang menelaah kandungan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia-Amerika yang dimeterai pada 26 Oktober. 


2. Ia bukan main-main punya perjanjian. Ia ditandatangani sendiri oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Donald John Trump. 


3. Saya akan cuba ulas pada masa dan di tempat yang sesuai setelah membaca dan mendengar pandangan berbagai-bagai pihak. 


4. Setakat ini, memadailah kalau saya kata, ada syarat-syarat dalam perjanjian itu yang bunyi seolah-olah kita sudah jadi tanah jajahan balik. 


5. Contohnya, syarat wajib berkenaan siaran televisyen. Ya, siaran dan program televisyen. Dalam Perkara 2.20 perjanjian Anwar-Trump itu, Malaysia wajib (shall) batalkan syarat lesen penyiaran yang memperuntukkan 80 peratus waktu kepada rancangan tempatan. Malaysia juga wajib benarkan penyiaran program asing pada waktu kemuncak (prime time).


6. Article 2.20: Broadcasting.

Malaysia shall remove the requirement in broadcast licensing agreements that broadcast stations devote 80 percent of terrestrial airtime to local Malaysian programming, and Malaysia

shall allow broadcasting of foreign programming during prime time.


6. Itu baru siaran televisyen. Belum lagi syarat ke atas GLIC dan GLC supaya beli lebih banyak barang-barang buatan Amerika dan melabur di negara itu.


7. Pakar dalam hal perdagangan antarabangsa dan tarif boleh tolong buat kira-kira mana lebih baik bagi Malaysia, tarif 25 peratus tanpa perjudikan kedaulatan atau tarif 19 peratus tapi kena ikut telunjuk Amerika?


Terima kasih.



RAGAM PAK MAUN


 

JENIS JILAT MUNTAH


 

HASSAN KARIM YANG MENGARUT...TIADA LANGSUNG KEBAIKAN ?


 

PILIH UNTUK MELINGKUPKAN NEGARA


 

MELAWAN HUJAH WALAUN


 

NOHHH ..SAMBUTAN PESTA PN


 

BACAAN PANJANG. KENAPA JEPUN SAMBUT TANPA KARPET MERAH


Alif Jamil




 Ramai juga tanya kenapa layanan Jepun terhadap Trump boleh pula jauh berbeza dengan Malaysia.


Tak ada karpet merah, tak ada joget bagai, sumo pun tak ada.


Siap ada yang komen, "Mereka bangsa jiwa merdeka, bukan bangsa jiwa hamba."


Reaksi pertama aku: korang biar betul nak bandingkan Malaysia dengan Jepun?


Bukan soal Jepun tu negara maju kita belum maju, tapi soal hubungan Jepun dan Amerika tu.


Jepun ni sekutu Amerika paling tegar kat dunia, bersama-sama Britain dan Isrel. Orang panggil JIB (bukan Jib lain ye), tiga negara yang jadi tiang seri empayar Amerika.


Sampai hari ni Jepun tak iktiraf Falastin sebab Amerika tak bagi. Kalau Amerika tak bagi, Jepun tak boleh buat apa-apa. Itu level hubungan Amerika–Jepun.


Jadi kalau tak ada protokol atau sambutan mesra pun, tak jejaskan hubungan dua negara. Diorang dah lama "ikat kontrak" nak jaga sesama sendiri.


Lagi pun, bukan Jepun tak nak bagi sambutan. Masa Trump pergi Jepun tahun 2017 dan 2019, ada je bentang karpet merah. Maharaja Jepun sendiri mencemar duli turun ke airport sambut dia.


Tapi kebelakangan ni Jepun hadap gejala penyerang "lone wolf" yang serius.


Lone wolf ni penyerang yang bertindak bersendirian (tak disokong kumpulan atau gerakan mana-mana), tapi serang orang ternama atau pemimpin atas motif sendiri.


Serangan lone wolf ni yang bunoh mantan PM Shinzo Abe pada 2022. PM Fumio Kishida pun pernah cedera diserang pada 2023.


Jadi Jepun tak nak ambil risiko dedahkan Trump. Keselamatan lebih penting.


Turun je dari airport, terus naik helikopter ke istana menghadap Maharaja Jepun. Padahal tak jauh pun dari airport ke istana, lagi dekat berbanding KLIA ke Ritz-Carlton.


Dan kalau nak cerita bab ambil hati Trump, Jepun dah lama buat. Malah Jepun ni boleh kata "tok guru" dalam bab nak mengampu Trump.


Lepas seminggu Trump menang pemilihan presiden pada November 2016, PM Shinzo Abe terus terbang ke New York untuk jumpa Trump, jadi pemimpin asing pertama yang jumpa President-Elect Trump.


Apa Abe buat? Dia tahu Trump suka main golf. Dia pun hadiahkan batang golf emas kepada Trump.


Masa tu Trump belum angkat sumpah pun, masih duduk kat Menara Trump. Abe dah gelabah nak tackle Trump.


Kenapa Abe tak sabar?


Sebab Trump masa muda dulu terkenal sebagai penghetam Jepun (Japan-basher), orang yang kerja dia hari-hari hentam Jepun.


Tahun 1980-an, masa Trump baru acah-acah nak berpolitik, dia jadikan Jepun sebagai modal dia.


Sebab waktu tu Jepun ekonomi kedua terbesar selepas Amerika, macam China hari ini. Orang Amerika rasa terancam, jadi tuduh Jepun macam-macam.


Termasuk Trump. Apa yang dia cakap pasal China hari ni, sama je dengan apa yang dia cakap pasal Jepun dulu. Kononnya Jepun ambil kesempatan terhadap Amerika dengan amalan perdagangan yang "tak adil".


Malah Trump siap ungkit soal bantuan ketenteraan Amerika terhadap Jepun sejak berakhirnya Perang Dunia Kedua (WW2).


Sejak berakhirnya WW2, Jepun jadi markas tentera Amerika terbesar di dunia, dengan lebih 50,000 askar Amerika ditempatkan di sana.


Askar Amerika ni bukan saja mempertahankan kepentingan Amerika (sebagai langkah berjaga-jaga terhadap Rusia dan China), tapi juga mempertahankan Jepun.


Jepun tak nak wujudkan tentera lagi selepas WW2. Jadi dia cuma ada Angkatan Pertahanan Diri (Self-Defense Forces) yang skopnya kecil. Yang lain semua dia harapkan Amerika.


Benda ni nampak macam menggadaikan kedaulatan Jepun, tapi sebenarnya menguntungkan juga.


Sebab Jepun tak perlu keluar bajet besar untuk pertahanan, boleh fokus 100% pada ekonomi dan pembangunan negara.


Tapi Trump ugut nak tarik balik tentera Amerika, atau minta Jepun bayar Amerika untuk kekalkan tentera tu.


Abe pun risau. Tapi dengan skill dia, dia berjaya tackle Trump.


Sepanjang Trump jadi presiden (2017–2021), bukan saja dia jarang ungkit isu tentera tu, malah siap panggil Abe "great friend".


Dengan Trump ni, memang kena personal. Setakat hubungan formal G2G, tak jalan.


Adakah kita nak kata Abe ni pembodek, lapar pujian manusia, membelakangi maruah Nihonjin, tak ingat tragedi Hiroshima dan Nagasaki?


Tak. Apa dia buat tu untuk kepentingan negara. Walaupun ramai rakyat Jepun sendiri persoalkan kewajaran pakatan Jepun–Amerika.


Tapi kalau tak nak bergantung pada tentera Amerika, Jepun kena buat tentera sendiri. Puak tu pulak tak suka.


Sebenarnya Abe antara pejuang utama nak hidupkan balik kuasa tentera Jepun (remilitarisasi Jepun), sambil kukuhkan hubungan dengan Amerika.


Dasar Jepun untuk mansuhkan tentera lepas WW2 tu sebahagian daripada rasa bersalah (war guilt) orang Jepun. Golongan kiri (left-wing) macam sosialis dan liberal anggap Jepun perlu tebus dosa perang dengan tak ada tentera.


Tapi bagi golongan konservatif (right-wing) macam Abe, orang Jepun tak perlu apologetik atas apa yang berlaku masa perang.


Abe dulu hampir setiap tahun melawat Tokong Yasukuni, tempat peringatan tentera Jepun yang terkorban masa WW2.


Tindakan tu buat dia dibenci oleh China dan Korea (Utara dan Selatan), sebab bagi mereka, Abe tak insaf dengan kejahatan Jepun dulu.


Diorang juga tergugat dengan cita-cita Abe nak hidupkan balik kuasa tentera Jepun, yang boleh kacau keseimbangan kuasa serantau.


Begitu juga dengan PM baharu Jepun, Sanae Takaichi, PM wanita pertama Jepun.


Takaichi ni anak didik politik Abe. Abe yang bimbing dia dari ahli parti biasa sampai jadi menteri dalam kabinet.


Dari segi pemikiran pun dia ikut mentor dia. Malah boleh kata dia pewaris pemikiran Abe yang paling menonjol.


Sebab tu negara jiran (China dan Korea) tengah bersangsi dengan Takaichi.


Apabila Takaichi melawat Tugu Negara KL dan beri penghormatan di Makam Jepun (yang memperingati askar Jepun yang mat1 di Tanah Melayu), ramai netizen China dan Korea kecam tindakan dia. Nampak dia sebagai "Abe 2.0".


Dan ini menjadikan pertemuan antara Trump dan Takaichi cukup menarik.


Ia petunjuk awal sejauh mana Takaichi boleh teruskan persahabatan Abe–Trump, dan macam mana dia nak manfaatkan hubungan dengan Amerika untuk capai cita-cita mentor dia.


Adakah kita nak terus hukum Jepun sebagai negara jahat sebab pro-Amerika?


Tak. Jepun pun ada kepentingan negara dia. Kalau Jepun kena serang dengan China, bukan kita yang akan tolong. Jadi dia kena fikir untuk diri sendiri.


Kepentingan negara inilah yang jadi pertimbangan pemimpin dalam zaman negara-bangsa ni.


Kita bukan hidup zaman khalifah, di mana seluruh umat bersatu di bawah satu pemimpin. Kalau apa-apa jadi, tak ada siapa akan datang pertahankan kita atas seruan khalifah.


Dalam dunia hari ini, "each for themselves". Masing-masing jaga masing-masing. Realiti pahit, tapi itulah hakikat.


Di samping kita bersolidariti dengan saudara seagama, kita juga ada kepentingan negara yang perlu dijaga.


Bukan mudah nak capai keseimbangan antara dua ni, tapi kita cuba. Bukan maknanya kita tak peduli solidariti umat.


Malah kalau negara kita sendiri hancur, siapa nak bersolidariti dengan siapa nanti?


Hanya dengan memahami konsep negara-bangsa dan kepentingan negara, barulah kita boleh faham diplomasi dan geopolitik secara menyeluruh, bukan semata-mata ikut emosi atau tafsiran prinsip yang kaku.




MEZAH VS YIDDIN




 HAMZAH VS MUHYIDDIN


1. Perpecahan di antara Muhyiddin dan Hamzah semakin ketara. Semasa Majlis Makan Malam Ulangtahun Bersatu berlangsung, Muhyiddin dan Hamzah kelihatan tidak duduk semeja. Muhyiddin duduk bersama pimpinan utama Bersatu manakala Hamzah duduk seorang-seorang di meja berasingan.


2. Walaupun dipulaukan oleh pimpinan tertinggi Bersatu, Hamzah tidak gentar kerana disokong oleh majoriti Ketua Bahagian Bersatu. 120 Ketua Bahagian Bersatu ini telah tandatangan Akuan Bersumpah mendesak Muhyiddin berundur.


3. Antara sebab 120 orang Ketua Bahagian Bersatu berani melanggar Muhyiddin dan menyokong Hamzah adalah kerana Hamzah dikatakan mempunyai sokongan Presiden PAS Hadi.


4. Salah satu isyarat jelas kecenderungan Presiden PAS terhadap Hamzah adalah semasa pencalonan Ketua Pembangkang dibuat. Meskipun Muhyiddin merupakan Pengerusi PN, Muhyiddin tidak dicalonkan sebagai Ketua Pembangkang. Sebaliknya Hamzah pula yang dicalonkan. 


5. Kenapa Presiden PAS dikatakan cenderung terhadap Hamzah? Antara sebabnya, Muhyiddin telah membelakangkan PAS dalam beberapa hal mustahak seperti lantikan Majlis Presiden PN. Muhyiddin telah membelakangkan PAS dan melantik Azmin (sebagai Setiausaha Agung PN) dan Faizal Azumu (sebagai Ketua Penerangan PN). Sebagai tindakan balas, Naib Presiden PAS Samsuri Mokhtar telah meletak jawatan sebagai Bendahari Agung dan jawatan tersebut telah kosong selama 9 bulan sampailah sekarang.


6. Meskipun Bersatu telah mencalonkan Muhyiddin sebagai PM dalam Perhimpunan Agung baru-baru ini, PAS telah menyatakan kritikan terhadap pencalonan tersebut. Antara pemimpin utama PAS yang menyuarakan bantahan itu merupakan MB Kedah, Sanusi.


Dalam pertembungan di antara Hamzah dan Muhyiddin, siapakah yang korang rasa akan menang?




INI PENJELASAN TENGKU ZAFRUL


 Menggadai kedaulatan atau kerjasama demi keselamatan bersama?

#TZA #MITIMalaysia #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja.





PENJELASAN ANGGOTA APMM


 

TU DIA..


 

KANTOI PEMIMPIN PAS


 

SIAPA MAHATHIR SEBENARNYA


 

ITU LAH PAS.




 1. Berpuloh tahun Pas lawan Dr Mahathir sehingga berlaku Peristiwa Memali, akhirnya Pas angkat Mahathir sebagai Penasihat dan puji kepimpinan Mahathir. 


2. Berpuloh tahun Pas melawan Shahidan Kassim di Perlis, akhirnya Pas lantik Shahidan sebagai ketua Pas (PN) di Perlis. 


3. Berpuloh tahun Pas menjadikan Anwar sebagai rakan seperjuangan, akhirnya Pas anggap Anwar sebagai musuh utama.



THE ART OF HEDGING

 



THE ART OF HEDGING



Dah selamat dah Trump balik.

Tak ada komplen. Tak ada drama. Tak ada kemalangan.

Semua lancar, Alhamdulillah.


Tapi semalam baru aku tahu, dalam ucapan terakhir dia, Trump masih ungkit pasal kejadian eskalator PBB.

Sebulan dah berlalu pun dia tak move on lagi.

Dia ni memang luar biasa — ego besar, kecil hati, sensitif tahap kronik.

Jenis kalau kecil dulu tak cukup peluk mak, kot.

Tapi apa pun, kita berjaya puaskan hati dia.

Bukan sebab takut.

Bukan sebab tak ada iman sampai tunduk pada musuh Islam.

Tapi sebab kita tahu menilai keadaan dan akibat — “the circumstances and the consequences.”


Kalau nak sebut istilah Arabnya:

al-wāqiʿ (الواقع) — keadaan semasa,

al-maʾālāt (المآلات) — akibat yang bakal berlaku.

Tapi kalau guna istilah tu nanti, ada yang kata “tunggang agama”.

Padahal yang suka tuduh tu pun jenis petik ayat separuh jalan tanpa konteks.


🌍 POLITIK ANTARABANGSA BUKAN MACAM POLITIK DALAM NEGARA

Dalam dunia antarabangsa, pemimpin kena faham dua benda utama:

keadaan semasa (circumstances) dan akibat (consequences).

Kita tengah hidup dalam dunia yang masih dikuasai Amerika Syarikat,

negara paling kuat dalam sistem antarabangsa —

dan malangnya sekarang dipimpin oleh seorang pembuli yang tak hormat undang-undang antarabangsa.

Presiden-presiden Amerika sebelum ni — Reagan, Clinton, Bush, Obama —

masih terikat dengan prinsip moral.

Nak serang pun, mesti cari alasan.

Nak bom pun, kena cipta “legitimasi”.

Sebab nak jaga imej Amerika sebagai juara demokrasi dan hak asasi.


Trump?

Langsung tak peduli.

Dia bukan presiden, dia raja.

Bagi dia, “Aku kuat, jadi aku boleh buat apa aku nak.”


⚖️ DUNIA TANPA UNDANG-UNDANG

Ramai orang tak sedar — politik antarabangsa ni bersifat anarki.

Tak ada kerajaan dunia.

PBB bukan kerajaan, ICC bukan mahkamah yang boleh tangkap sesiapa sesuka hati.

Sebab tu Amerika boleh serang mana-mana negara,

Rusia boleh serang Ukraine,

negara jiran pun dulu boleh serang Timor-Leste —

dan tak ada siapa boleh buat apa.


Dunia ni tunduk pada hukum rimba: siapa kuat, dia berkuasa.

Dan umat Islam dulu pernah kuat.

Zaman Khulafa’ al-Rasyidin kalahkan Rom & Parsi.

Salahuddin tawan semula Baitulmaqdis.

Uthmaniyyah kuasai dunia hampir 600 tahun.

Bukan sebab iman semata,

tapi sebab kekuatan dan strategi.

Iman itu arah, tapi kuasa itu pelaksana.

Tanpa kekuatan, iman tinggal cita-cita.


🇲🇾 DASAR LUAR MALAYSIA: BIJAK DAN BERHIKMAH

Bila berdepan dengan Trump —

pemimpin luar tabii yang tiada had,

Malaysia tak boleh guna pendekatan biasa.

Sebab tu PM hari ini tak boleh disamakan dengan PM zaman dulu.

PM dulu tak hadap Trump.

PM sekarang berdepan presiden yang boleh naikkan tarif 100% tanpa amaran.


Jadi, apa pilihan kita?

Kita berhati-hati.

Bukan tunduk.

Tapi berstrategi.

Kalau kita ikut kepala sendiri, “aku berani, aku tak peduli Amerika,”

yang rugi akhirnya ekonomi sendiri.

Bila ekonomi lembap, siapa susah? Rakyat juga.


💬 MALAYSIA: HEDGING, BUKAN BERKECUALI

Inilah yang dipanggil seni “hedging” dalam geopolitik.

Kita berbaik dengan semua kuasa besar,

dan guna hubungan tu untuk imbangi satu sama lain.

Kita rapat dengan China sebab pasaran dia bantu ekonomi kita.

Tapi bila China mula tunjuk kuku di Laut China Selatan,

kita rapat pula dengan Amerika, kuasa yang boleh seimbangkan China.

Dan sebaliknya pun sama.

Kalau Amerika mula tunjuk taring, kita masih ada China sebagai sandaran.

Ini bukan dasar berkecuali.

Ini dasar bijak menimbang.


🧭 TRADISI YANG KITA WARISI

Dari PM1 sampai PMX, logik dasar luar Malaysia tetap sama:

“Kita negara kecil, bergantung pada perdagangan,

jadi kita mesti berbaik dengan semua, bukan berpihak.”

Hubungan Malaysia dengan Amerika dan China ni bukan benda baru.

Dah bermula sejak 1980-an.

Masa tu kita mula nak jadi negara industri —

Amerika yang bantu buka kilang semikonduktor di sini.

China pula jadi rakan dagang utama.

Itulah rahsia kestabilan kita sampai hari ni.


🧩 AKHIR KATA

Hedging bukan tanda takut.

Bukan tanda lemah.

Ia tanda hikmah dan kematangan.

Kita beralah bukan sebab kalah.

Kita bertahan supaya negara terus hidup.

Kita tunggu sampai muncul semula pemimpin dunia yang lebih rasional.

Sebab dalam dunia politik antarabangsa yang dikuasai ego dan kuasa,

kebijaksanaan lebih mahal daripada keberanian kosong.

Dan kalau ada pemimpin kita di masa depan yang lupa benda ni —

yang nak jadi populis, ideologikal, tak berpijak di bumi nyata —


ingatlah satu perkara:

Bila Amerika buat silap, dunia yang susah.

Tapi bila Malaysia buat silap, kita sendiri yang binasa.


Credit: Ayman Rashdan Wong