oleh: shahbudin husin
Kedudukan
Perdana Menteri, Najib Razak kini sedang diancam oleh dua isu besar
iaitu Anwar Ibrahim dan juga Altantuya. Kedua-dua isu ini yang sudah
pun berakhir sehingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan, tiba-tiba
melibas dengan pukulan yang tidak disangka-sangka oleh Perdana Menteri.
Gambar
Najib dengan Sirul ini mula tersebar di media sosial sejak beliau
melarikan diri ke Australia untuk mengelak hukuman mati yang dijatuhkan
keatasnya...
Pemenjaraan
Anwar yang diharapkan membawa sinar lebih cerah kepada UMNO dan BN
dalam menghadapi pilihanraya akan datang, di samping pergolakan dalam
PR, akhirnya lebih membawa khabar buruk buat Najib.
Ini
kerana melalui program jelajah ke seluruh negara yang dirancang oleh
Pemuda UMNO bersama peguam Shafee Abdullah yang mengetuai pendakwaan kes
liwat melibatkan Anwar dengan Saiful, bukan saja memungkinkan simpati
rakyat lebih memuncak, bahkan menyerlah lagi muslihat politik di
sebaliknya.
Secara tidak langsung juga dengan program jelajah ke seluruh negara itu menyebabkan nama Anwar terus disebut dan diingati.
Dengan
terus memburukkan dan menjaja cerita seks berkaitan Anwar ke seluruh
negara sedangkan beliau sudah berada dalam penjara, sesiapa pun akan
memahami bahawa akhirnya laba politiklah yang paling ingin dikaut
sebanyak-banyaknya.
Dalam
hal ini Pemuda UMNO, KJ dan Shafee, tanpa disedari, telah melakukan
sesuatu yang lebih merugikan UMNO dan BN. Memenjarakan Anwar yang
diharap menyebabkan Najib lebih selesa, sebaliknya mengundang lebih
jalan sengsara.
Dalam
isu Altantuya, sama seperti kes Anwar, ia juga sudah berakhir di
Mahkamah Persekutuan dengan Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah
dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan melakukan pembunuhan keatas model
kelahiran Mongolia itu.
Tetapi
dengan menghilangnya Sirul ke Australia dan kini merancang untuk
mendedahkan siapa yang merancangnya melakukan pembunuhan itu, sekali
lagi nama Najib terkait sama.
Najib
pula gagal menyembunyikan rasa gabra dan gelabahnya dengan pendedahan
yang bakal dibuat oleh Sirul itu dengan mengatakannya semuanya mengarut
saja. Soalnya kenapa cepat sangat Najib rasa gabra dan gundah gulana
dengan pendedahan yang bakal dibuat Sirul itu?
Tunggulah dulu apa biji butir yang didedahkan Sirul sebelum mahu mengatakan ia mengarut atau tidak.
Hari
ini Isnin ini pula, Pas dijangka membuat telesidang dengan Sirul
daripada Pusat Tahanan Imigresen, Australia selama 15 minit dengan
wartawan dari Malaysia. Jika ini menjadi kenyataan dan ada pendedahan
baru yang menggemparkan dibuat oleh Sirul, maka bergegar lagilah politik
negara.
Tahniah kepada Pas dan Mahfuz Omar yang bertindak proaktif menghidangkan maklumat baru dan segar kepada rakyat.
Menjelang
kira-kira tiga tahun sebelum pilihanraya akan datang, isu Anwar dah
Altantuya ini pasti terus menghantui Najib. Ada yang berkata, Najib
tidak mungkin dapat bertahan lebih lama dengan kedua-dua isu ini terus
berlarutan sehingga pilihanraya akan datang.
Sokongan
rakyat yang tidak meningkat di sebalik pemenjaraan Anwar dan tekanan
yang dihadapinya, jika satu demi satu maklumat baru didedahkan oleh
Sirul, pasti menjadikan Najib semakin tidak sesuai lagi duduk di kerusi
Perdana Menteri untuk tempoh lebih lama lagi.
Semakin
lama beliau kekal, semakin besar harapan BN akan kecundang. Ramai yang
percaya Najib akan berundur atau akan dipaksa meletakkan jawatan dalam
tempoh terdekat ini.
Ada yang memberi tempohnya sehingga akhir Mac ini dan ada pula yang mengatakan sebelum akhir tahun ini.
Selain
isu Anwar dan Altantuya yang juga dikenali sebagai 2A, Najib juga
berhadapan dengan tekanan daripada bekas Perdana Menteri, Mahathir
Mohamad yang antara lain menjadikan isu 1MDB sebagai sasaran utamanya.
1MDB
kini dianggap sebagai skandal terbesar dalam era Najib yang bukan saja
kerana hutangnya yang banyak menjadi persoalan, tetapi juga berkaitan
keraguan pelaburan dan simpanan wangnya di Pulau Cayman.
Apabila
GST dilaksanakan pada April nanti, Najib juga dijangka menerima kesan
penolakan yang lebih besar lagi apabila wang dari poket rakyat semakin
banyak disedut untuk menyelamatkan kantung kewangan negara yang kian
menipis.
Bersama
isu-isu yang sedang berlegar membelenggu Najib ketika ini dan poket
rakyat pula kian dirobek atas nama GST dan kepentingan negara, agak
menakjubkan jika beliau mampu bertahan lebih lama lagi. (SH 21/02/2015)
25 COMMENTS:
Cakap kpd orang berotak kemetot ok laaa!
Nak cari keredhaan Allah, tak payah tubuh PAS. Tak payah masuk PRU. Masuk jemaah tabligh la...
Biar umporno memerintah.
Ana rasa SB2 dah menyelinap masuk dlm PAS jd pemimpn mcm SB masuk dlm Arqam dulu. Sampai jd org kanan Uztaz Asya'ari dan kahwin 3, 4.
Hanya cakap2 bodoh dari orang bodoh untuk orang orang bodoh.
PAS itu sendiri jenama bodoh.
Bodoh saja lah....