SI TUA KUTUK SEDANG DENGKI PADA ANWAR. SALAH SATUNYA BILA SULTAN BRUNEI MEMANDU ANWAR DAN TIDAK PERNAH BERLAKU DI ZAMAN BELIAU, SELAIN SULTAN BRUNEI BERJANJI AKAN MELABIT MELALUI BRUNEI INVEST.


 



IBRAHIM MAT ISA

Ini bukan soal mampu atau tidak. Ini berkaitan hati. Dalam hati penuh jeragat hitam dengki khianat semua ada. Dari hati keluar perkataan yang tidak jelas dan bongkak kononnya dia sahaja yang layak memimpin padahal parti sendiri tersungkur hilang deposit.

Bagi la peluang kawan tu buat kerja dulu. Lima tahun sepenggal atuk Wooi.. bukan sebulan! Saka betul tua kutuk ni.. 


SUDAH LAH KALAH DAN HILANG DEPOSIT . TUN MAHATHIR MAHU APA DAN MAHU SIAPA JADI PERDANA MENTERI?

 

Tun Mahathir Mohamad yang kalah dengan hilang deposit di Langkawi, malah semua calon Pejuang juga ditimpa nasib buruk yang sama, nampaknya tidak pernah hilang idea dalam melontarkan serangan terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Di sebalik sudah meletakkan jawatan daripada Pejuang dan mengumumkan bersara, hati dan mulut beliau terbukti tidak pernah berhenti daripada berdendam.

Setelah gagal menahan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri, kali ini serangannya tertumpu kepada kemampuan Pengerusi PH itu pula dalam mengurus negara.

Katanya, beliau tidak yakin dengan keupayaan Anwar memimpin negara untuk berdepan krisis kemelesetan ekonomi, termasuk pemulihan pasca pandemik.

Bekas Perdana Menteri dua kali itu khuatir dengan kemampuan Anwar menghasilkan strategi dan kaedah terbaik untuk keluar daripada krisis, memandangkan fokus pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dilihat tertumpu kepada usaha mengekalkan jumlah sokongan di Dewan Rakyat.

Beliau menyandarkan dakwaannya berdasarkan prestasi Anwar ketika berada dalam kerajaan lebih 20 tahun lalu dan mendakwa bekas timbalannya itu tidak dapat menangani masalah ketika menjadi pemangku Perdana Menteri pada 1997 dahulu.

Beliau mendakwa, Anwar selaku Menteri Kewangan ketika itu gagal mencari jalan penyelesaian apabila krisis kewangan melanda dan lebih rela mengikut pendapat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang dikatakan berisiko menyebabkan Malaysia muflis.

“Pada masa saya jadi Perdana Menteri kali pertama, saya pergi cuti selama dua bulan. Semasa saya cuti, Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri diberi tanggungjawab sebagai pemangku Perdana Menteri tetapi nampak dia tak dapat menangani masalah.

“Selepas itu pula, berlaku krisis kewangan yang mana ringgit Malaysia turun nilainya. Pada masa itu, Anwar juga menjadi Menteri Kewangan.

“Cara dia menangani masalah kejatuhan nilai ringgit ialah dengan mengikuti pendapat IMF dan Bank Dunia.

“Saya berpendapat, kalau kita ikut IMF dan Bank Dunia, kita akan jadi muflis dan kita tak dapat laksanakan dasar ekonomi negara kita.

“Tetapi, Anwar tak ada cadangan yang lain selain daripada mengikuti IMF dan Bank Dunia, sebab itu saya terpaksa ambil alih tugas Kementerian Kewangan, saya cari jalan untuk selamatkan negara,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Berita Harian.

Tun Mahathir seterusnya mendakwa, jika ketika itu Anwar dibenarkan berkuasa dan melaksanakan dasarnya, beliau yakin negara tidak akan dapat mengatasi masalah krisis kewangan yang melanda negara.

Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu mengakui khuatir dengan kebolehan Anwar mengurus negara kerana berdasarkan pengalaman lampau di mana Presiden PKR itu gagal merangka penyelesaian ketika berdepan krisis kewangan 1997/1998, apatah lagi kini berdepan lebih banyak masalah rumit.

“Ketika itu, nampak dia tidak dapat cipta satu cara untuk mengatasi krisis. Sama ada di masa hadapan, dia boleh cipta cara menangani masalah negara, belum kita dapat tentukan.

“Tetapi berdasarkan pengalaman semasa dia jadi TPM (dan) menunjuk kebolehannya, saya khuatir. Sekarang ini negara menghadapi banyak masalah seperti kesan pandemik, ekonomi merosot teruk, keadaan politik tidak stabil,” katanya lagi.

Soalnya dalam hal ini, Anwar hanya baru kira-kira sebulan memegang jawatan Perdana Menteri setelah mengangkat sumpah pada 24 November lalu dan tidak adil untuk berprasangka buruk terhadapnya.

Tidak bolehkah Tun Mahathir memberi sedikit masa kepada Anwar untuk menjalankan tanggungjawab dan membuktikan kebolehannnya?

Kenapa begitu begitu cepat berprasangka jahat hanya berdasarkan situasi yang lebih 24 tahun telah berlalu?

Lagi pula, dalam keadaan sekarang, siapa lagi yang lebih baik daripada Anwar untuk jadi Perdana Menteri?

Adakah Tun Mahathir mahukan Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob dilantik semula dan berasakan mereka lebih berkemampuan daripada Anwar?

Setelah Tun Mahathir sendiri kalah, malah hilang deposit, begitu juga dengan Mukhriz dan semua kita sudah melalui pengalaman dipimpin Mahiaddin serta Ismail Sabri, bukankah hanya tinggal Anwar pilihan terbaik yang ada pada ketika ini?

Ditambah dengan keabsahan Anwar sudah terbukti di Parlimen baru-baru ini, apa lagi yang Tun Mahathir mahu sebenarnya sebelum ketibaan PRU16 pada tahun 2027 akan datang di mana ketika itulah peluang terdekat untuk menukar Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 25/12/2022.




FASILITI DI STESEN LRT, MRT DIPERBAIKI KURANG SEBULAN


GUNA HADIS GUNA SEGALA MACAM AGAMA AYAT UNTUK KEENTINGAN PARTI- DARI MAKAN GAJI BUTA KERAP PONTENG , BAIK ANWAR JADI PM


 

SEKOLAHKAN WALAUN : INI PESANAN DARI MAMAT NI -BEKALAN TAK CUKUP KERANA KARTEL .KAUM CINA MEREKA ADA PERSATUAN.


 

DALAM CERAMAH KEMAIN DIA NAFIKAN- TETAPI TIDAK SEMUA BOLEH DILULUSKAN-DIAM DALAM DEWAN-KENAPA TAK BANGUN JAWAB


 

MELENCONG PEMIKIRAN RAKYAT- HANYA MEREKA SAJA YANG BOLEH ,ORANG LAIN TAK BOLEH.


 

BOCOR MAKLUMAT SULIT INI : rupanya ini sebabnya PN dan Muhyiddin takut A...

GEMPAR TERKINI🔥 ANWAR BONGKAR RAHSIA BESAR ABAH PN ?

KAH ..KAH....INI BEZANYA BAHASA EKONOMI DENGA BAHASA ARAB






Kenyataan Rafizi yang ini jadikan dia bahan kutukan termasuklah oleh penyokong PH sendiri. Ada yang kata kenyataan ini sama macam menteri sebelum ini. Tapi pada pandangan aku kenyataan Rafizi kali ini sebenarnya berbeza.

Jika sebelum ini yang dikatakan kalau ayam mahal, jangan makan ayam. Tapi kenyataan Rafizi adalah kalau satu kedai mahal, cari kedai lain yang murah. Rafizi juga berulang kali ulang tentang minuman tak beralkohol sebagai contoh.

Basis kepada kenyataan Rafizi ni mudah. Sebagai contoh air diabetes seperti Starbucks, Zus serta banyak jenama lain. Sudah pasti air begini sangat sangat overpriced. Tapi mahal pun, masih ramai yang tergila nak beli.

Rafizi bukan kata jangan minum kopi. Tapi yang dia kata, cari alternatif lain. Yang lebih murah. Yang lebih berpatutan harganya. Selagi rakyat masih nak beli air mahal ini, selagi itu mereka akan naikkan harga minuman mereka.

Apa yang peliknya? Macam makanan di Salt Bae. Harga pancung kepala. Ramai yang pertikai kepada harga mahal begitu. Tapi dalam masa yang sama, masih beli kopi yang mahal. Sikap double standard la tu. Dia pertikai harga Salt Bae ok, Rafizi nasihat cari alternatif murah, kena kecam.

Satu lagi yang bezakan kenyataan Rafizi dengan menteri-menteri sebelum ini adalah Rafizi akui ada tanggungjawab kerajaan dalam soal ini. Rafizi juga berkata akan ada usaha untuk membolehkan dibuat perbandingan harga.

Maksudnya, rakyat akan dapat melihat kedai mana yang jual barangan yang mereka kehendaki pada harga yang lebih murah. Jadi pengguna hanya akan beli dari kedai paling murah. Dengan itu, penjual akan fikir banyak kali untuk naikkan harga.

Pernah ke menteri sebelum ini beri penyelesaian yang sebegini? Malah ulama PAS pernah berkata kenaikan harga barang tak membebankan. Ada yang kata itu semua ketentuan Allah. Tak pernah ada jalan penyelesaian pun.

Masalahnya mungkin cara Rafizi buat kenyataan tu tak difahami. Selain ada wartawan nak nak jual berita. Atau memang ada niat nak burukkan nama Rafizi dan kerajaan yang diketuai oleh DS Anwar ini. Maka sengaja dicipta kekeliruan.

Boleh baca beritanya di https://bit.ly/3BVf76E.

Pada aku kenyataan Rafizi ini ekonomi paling asas. Kalau kedai jual mahal, pergi kedai yang murah. Biar harga barangan ditentukan oleh permintaan. Bukan biarkan peniaga naikkan harga sesuka hati mereka. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

PM 10- CUBA LAKSANAKAN LANGKAH INI

 


DS Anwar Ibrahim, maaf cakap, cadangan ni kerja gila. Ini cadangan separuh masak yang jelas takkan mampu berlaku adil kepada rakyat.

Bukan semua yang guna kereta berkuasa besar itu orang kaya dan ramai orang kaya yang guna kereta berkuasa rendah. Data tu tak menunjukkan situasi sebenar.

Subsidi petrol ini sesuatu yang perlu. Tak kira apa kedudukan orang itu dalam masyarakat, subsidi petrol tak boleh tidak, terpaksa diberikan.

Sebenarnya lebih baik kalau kerajaan ubah dasar automotif negara. Sepatutnya kerajaan galakkan rakyat beralih kepada kereta elektrik.

Berikan insentif kepada mereka yang beralih kepada kereta elektrik. Potongan cukai, diskaun cukai jalan, subsidi alat ganti dan sebagainya.

Menggalakkan rakyat gunakan kereta elektrik, terutamanya di bandar, akan lebih berkesan untuk menangani isu subsidi petrol ini.

Galakkan syarikat berstatus nasional untuk hasilkan kereta elektrik pada harga mampu milik berserta alat ganti yang berpatutan. Selain itu tambahkan charging station.

InsyaAllah ramai yang akan mula beralih kepada kereta jenis itu. Bila ramai dah pakai kereta elektrik, sekali gus subsidi petrol akan berkurangan.

Nasihat daripada marhaen ini, subsidi petrol jangan diusik kalau mahu kekal sebagai kerajaan. Sebab ia ada kesan berantai yang panjang.

Kenaikan harga petrol akan timbulkan kemarahan rakyat dan pastinya sukar untuk dimaafkan. Jangan silap langkah wahai Dato'Seri. Guane boh?

Raja Gelap

 

SELAMAT HARI KISMIS-OOOUPPPPPSSS...KRISMAS









 

KEH..KEH...NI SATU LAGI BALE.....


 

AWAS RAFIZI. JANGAN GUNA PERKATAAN BOMBASTIK.WALAUN MASA SEKOLAH TAKAT TAHUN 6 SAJA.PAH TU MAK AYAH HANTAQ P SEKOLAH PONDOK. DEPA TAK BERAPA PAHAM. SILA GUNA BAHASA BAWAH SIKIT. EAT TU MAKAN . SWIM TU BERENANG..DIFISIT.,MARGIN..TU DEPA KATA NI SEBUT JIN PULAK PASAI PA.

 

Bob Kelanang.


Aku harap saudara Rafizi dapat gunakan bahasa yang mudah difahami apabila membuat kenyataan SEBAB para walaun ni kebanyakkannya bebal dan xcerdik... malah malas membaca bagai...

WE HAVE A PLAN- HAI KAIT APA PULAK NGAN KAPAI TERBANG NIH- AAAUUUUMMMMM-JILAKE


WALAUN - NI BANTUAN DARI CINA KAPIAQ NAK HANTOR KE HANGPA WOIII- TUNGGU TUNGGU..BUKAN KECIK ANAK NI TAU...


 

ISLAM TIDAK PERNAH BERGANTUNG KEPADA PAS


 

WALAUN- SBELUM NI TELOQ MINYAK BERLAMBAK DI BAWAH KERAJAAN PN


 

HADI AWANG MENYURUH RAKYAT MALAYSIA JANGAN MENGIKUT PENIPU DANA PEMBOHONG


 

CADANGAN DARI SHAHIR NI DALAM 33 BULAN SEMUA MURAH DAN BERSEPAH SEPAH DI SEMUA SUPERMARKET- IKUT LAH CADANGAN YB TAK CUKUP AKAL NI


 

PERISTIWA SEBELUM TERBENTUK KERAJAAN HARI NI


 

MAMAT NI JAWAB FAWWAZ- BETOI KA ? NAK TANYA KERAJAAN 60 TAHUN HINGGA 15- ADA KA KERAJAAN YANG MENTAATI DAN MELAKSANAKAN HUKUM HADIS DAN AL QURAN.


 

KEH..KEH....MENGANJING JA KERJA KAU YA


 

KISAH MENTERI KASA - RENTETAN PERISTIWA TENDER TERBUKA -POOOODAHHHH


 

OGHANG PERAK KATA ABAH JANGAN TIDOR PAKAI COAT


 

Satu penulisan yang menarik dari dr Zulqarnain Lukman...


POLITIK LUAR TABII

 

Entah mengapa apabila membaca tulisan YB Ahli Parlimen Marang bertajuk “TOLAK PEMIMPIN BERBOHONG DAN MENIPU” ini terasa banyak perkara yang tidak tepat. Malah, tulisan beliau ini banyak menzahirkan kekecewaan tersirat akibat parti PN tidak dapat membentuk kerajaan. Walaupun banyak perkara yang tidak tepat itu boleh diperbetulkan tetapi biarlah pihak yang lain membuat komentar terhadap perkara-perkara lain yang tidak tepat itu.

 

Tulisan ini hanya ini memfokuskan kepada petikan perenggan yang mana beliau menyatakan:

 

“Walaupun PN telah melaksanakan pendekatan kerjasama mengikut adab demokrasi dan undang-undang, dengan mencapai kerusi yang boleh bertahan untuk mendapat kuasa politik yang sebenar secara demokrasi. Malangnya, ia dipintas dengan dilakukan pembentukan kerajaan secara luar tabii daripada amalan demokrasi yang sebenar dengan tipu daya dan putar belit yang sudah diketahui umum.

 

DAP dan rakan-rakannya terus melatah tidak mampu mengawal perasaan kebenciannya terhadap Islam, Melayu dan bumiputera, apabila membawa isu mengenai bahaya gelombang hijau. Perkara ini sekali gus mendedahkan warna kemerahan anti-Islam yang ada dalam diri mereka bersama parti-parti lain, laksana gerobak kereta api di belakangnya yang sebenarnya membawa bahaya kepada negara dan rakyat, termasuk rakyat bukan Islam dalam masyarakat majmuk ini.   

Apabila hendak dilakukan protes terhadap amalan yang salah mengikut adab dan akhlak demokrasi sebenar yang adil dan telus, tiba-tiba mereka berhujah dengan mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh penjajah pada zaman dahulu dengan menonjolkan isu melawan raja bukannya melawan penjajah.”

 

Tulisan penuh boleh dilihat di link berikut:

 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=715216953295715&id=100044222510324&mibextid=Nif5oz

 

Perkara pertama adalah bahawa semua parti yang bertanding dalam pilihan raya telah memilih jalan demokrasi. Jalan demokrasi yang dipilih ini adalah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Proses dan prosedur pengundian pula tercatat dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Piilihan Raya) 1981. Jalan demokrasi adalah jalan damai dan bukannya jalan perang. Jalan demokrasi adalah antidot kepada perang. Kiasan bahawa pilihan raya sebagai perang adalah kiasan yang bertentangan dengan logik sama sekali. Bahkan dahulu beliau sendiri sering menyebut pilihan raya adalah muwajahah silmiyyah (pertembungan secara damai). Perang boleh membawa kepada kematian. Dalam pilihan raya tiada sesiapa yang akan mati syahid. 

 

Keduanya, boleh dikatakan proses pilihan raya di Malaysia ini adalah bebas. Semua orang bebas membuat pilihan undi masing-masing. Seperkara lagi, sistem pengundian di Malaysia mengamalkan sistem ‘first past the post’. Ini bermakna parti bertanding mengikut mengikut kawasan dan pihak yang mendapat majoriti undi akan mendapat kemenangan. Dalam pilihan raya ada satu pihak yang menang dan ada satu pihak yang kalah. Yang kalah harus pasrah menerima takdir kekalahan. Yang kalah tidak perlu sedih dan koyak. Pilihan raya pasti akan berlaku lagi 5 tahun akan datang dan yang kalah boleh berusaha untuk menang. 

 

Kesemua pihak yang bertanding ini telah memenangi kerusi masing-masing mengikut peraturan yang ditetapkan. Bukan sahaja PN memenangi kerusi bahkan parti PH, BN, GPS dan GRS juga telah memenangi kerusi ini mengikut jalan yang sama. Jadi masing-masing telah mendapat kerusi mengikut ‘adab demokrasi dan undang-undang’. Tiada istilah menang luar tabii. 

 

Namun, apabila YB Ahli Parlimen Marang menulis, “ia dipintas dengan dilakukan pembentukan kerajaan secara luar tabii daripada amalan demokrasi yang sebenar dengan tipu daya dan putar belit yang sudah diketahui umum.” ini adalah satu persepsi negatif yang ingin dicetuskan olehnya. 

 

Apakah yang dikatakan di luar tabii itu? Adakah pembentukan kerajaan secara muafakat antara parti-parti itu dikatakan di luar tabii? Dalam mana wujudnya kerajaan tergantung iaitu dalam keadaan tiada mana-mana parti yang memperolehi kerusi majoriti maka adalah perkara lazim dan normal untuk parti-parti itu berpakat dan mencalonkan seorang calon Perdana Menteri untuk membentuk kerajaan. Ini adalah jalan mengikut tabii.

 

Cara politik di luar tabii itu adalah politik membeli calon-calon yang menang dengan jawatan dan kuasa seperti mana langkah tebuk atap yang dibanggakan oleh beliau beberapa purnama dahulu. Inilah yang dikatakan politik luar tabii apatah lagi jika ianya dikaitkan dengan politik Islam. Amat memalukan jika politik tebuk atap itu dianggap politik Islam mengikut tabii.

 

Tindakan beliau mempertikaikan kuasa YDPA untuk melantik Anwar Ibrahim sebagai PM 10 itu yang sebenarnya di luar tabii. Kuasa untuk melantik PM ini sememangnya kuasa YDPA dan selagi tiada mendapat perkenan YDPA maka orang itu tidak boleh mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. YDPA atas hematnya percaya bahawa Anwar akan mendapat sokongan majoriti dan Anwar telah buktikan keabsahannya itu di dalam Dewan. YDPA tidak menerima bukti surat akuan. Tiada dalam mana mana peruntukan Perlembagaan yang mewajibkan penerimaan surat akuan untuk buktikan sokongan majoriti. Bagaimana cara penentuan sokongan majoriti itu adalah pada hemat YDPA. Janganlah dikatakan hemat YDPA itu sebagai di luar tabii. 

 

Amatlah tidak beradab dan tidak sopan untuk sesiapa mengandaikan bahawa YDPA itu berkenan melantik Anwar Ibrahim secara luar tabii. Perkataan luar tabii itu sendiri adalah satu konotasi negatif yang dikaitkan dengan satu perlakuan seksual. Perkataan seperti ini adalah menghina dan mempunyai kecenderungan untuk menghasut di bawah Akta Hasutan 1948. Aneh sekali, bagaimanakah seseorang yang begitu berpengaruh boleh menulis perkara yang sebegitu negatif!

 

Akhirnya, apabila beliau menyatakan ‘Apabila hendak dilakukan protes terhadap amalan yang salah mengikut adab dan akhlak demokrasi sebenar yang adil dan telus,” apakah yang hendak disampaikan olehnya. Apakah protes yang dimaksudkan olehnya?

 

Adakah protes itu protes jalanan dengan berhimpun beramai-ramai di Padang Merbok atau Dataran Merdeka atau protes itu melalui proses undang-undang. Jika melalui proses undang-undang maka ianya boleh dilakukan pada bila-bila masa. Pemfailan kes seperti ini pernah dibuat oleh Dato’ Seri Nizar Jamaludin dahulu yang membuat permohonan semakan kehakiman melalui ‘writ of quo warranto’.

 

Namun, jika yang dirancang itu hanyalah protes jalanan maka itu tidaklah memberikan apa-apa makna. Hanya Mahkamah sahaja yang boleh membuat keputusan sama ada perlantikan Anwar Ibrahim itu mengikut proses undang-undang atau pun tidak.

 

Ramai pihak akan berbesar hati untuk melihat kes seumpama ini difailkan supaya nanti kita akan mendapat fakta yang jelas dan mengetahui sama ada perlantikan yang dibuat oleh YDPA itu benar-benar mengikut peraturan dan prosedur.

 

Sementara itu, jika tindakan undang-undang ini tidak dibuat maka tulisan mempersendakan hemat YDPA seperti ini tidak perlulah dibuat. Tulisan seperti ini hanya melambangkan ketidakmatangan berpolitik secara luar tabii dan enggan mengakui perjalanan proses demokrasi yang berjalan di negara ini.

 

Selamat Hari Natal dan selamat bercuti

 

Dr Zulqarnain Lukman 

24 Disember 2022

 

 


" Amboiii best nya dia karaoke tak ajak kite 🤭" - anwaribrahim

ANDA ADALAH WIRA MALAYSIA-












 

Jutaan penghargaan atas kesungguhan wira-wira penyelamat terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi-agensi lain.

Tidak lupa juga kepada anjing penyelamat yang hebat - makhluk ciptaan tuhan yang tulus memberi khidmat! Terima kasih semua Description: 🫰

—————————————————————————————-

Greatly appreciate the heroic and successful efforts of our Malaysian rescue teams, especially from the Pasukan Penyelamat Bomba, Civil Defece Department and other agencies.

Not forgetting the wonderful rescue dogs - really creatures of God! Thank you all, and doggies Description: ♥️

 LIM GUAN  ENG

UMNO PUN TAK MAHU. ANNUAR MUSA MASUK PAS?


 Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh yang juga Presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa tidak menolak kemungkinan akan menyertai salah satu parti politik yang telah membuat tawaran kepadanya sebelum ini.

Annuar bagaimanapun berkata, beliau akan membuat penilaian untuk menyertai parti yang dilihat bertepatan dengan idealisme dan jiwa perjuangannya.

Menurutnya, buat masa ini beliau mahu memberi tumpuan kepada pembentukan MN yang lebih stabil.

“Saya telah dijemput oleh tiga parti politik yang berbeza untuk menyertai mereka. Buat masa ini, saya tidak berparti tetapi secara jujurnya sebagai seorang yang berjiwa politik, tidak dinafikan kemungkinan saya akan menyertai salah satu parti politik yang sedia ada.

“Saya lebih berminat kepada parti yang menyatupadukan umat Islam dan sama sekali tidak menafikan hak-hak bukan Islam di negara ini. Selain itu, parti itu juga perlu mempertahankan kejujuran, tidak melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Sri Kulim, Melor di sini hari ini.

Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh menegaskan MN bukan sebuah parti politik dan beliau tidak bercadang untuk menambahkan lagi bilangan parti politik yang sedia ada.

“Ada yang kata ini (MN) akan menjadi satu lagi parti politik. Jadi, saya menegaskan kita tidak bercadang untuk menambah bilangan parti politik yang sedia ada. Ia akan menyebabkan perpecahan terutamanya dalam kalangan orang Melayu.

“Misi MN menggalakkan permuafakatan dalam kalangan parti-parti politik dan bukan kita jadi satu lagi parti politik. Itu tidak jadi muafakat, itu bukan tujuan kita,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, setakat ini, MN sudah menerima permohonan keahlian lebih 30,000 orang dan jumlah itu merupakan satu sambutan yang luar jangkaan.

Tambahnya, MN akan meneruskan agenda program kebajikan dan membuka keahlian bersekutu kepada semua NGO untuk bekerjasama dalam program kebajikan termasuk misi kemanusian.



INI SATU LAGI PROGRAM AGAMA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG- NEGERI KO..BAGI DUIT BELI KETA- PROGRAM AGAMA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG 2022 24/12/2022- JOM TONTON- NEGERI WALAUN JANGAN TERKEDU-PROGRAM UNTUK HUFFAZ,SEKOLAH PENDOK,TAHFIZ




 

MASA ORANG SOH SEKOLAH DAN BELAJAR MATEMATIK SAMPAI DAPAT GRED A- KAU PONTENG DAN GAGAL DLAM MATERMATIK- ADA WALAUN TANYA MAI KOT MANA JIMAT 11 BILLION DARI KOS ASAL ...NAK TAU TERPERINCI SILA TONTON


 

PENGURANGAN KOS SARA HIDUP-IANYA SEDANG DIPANTAU DARI MASA KE SEMASA


 

TEORI INI TAK MUDAH- TETAPI JIKA KITA TAHU KITA PUNYA KUASA MEMBELI MAKA PENIAGA AKAN SEDAR DAN AKAN HILANG PELANGGAN


 

SEMOGA PDRM TELAH MENANGKAP PELAKU INI. DAN DIA DIHUKUM


 

FITNAH MASA KEMPEN BERKAITAN TUDUNG DAN MINI SKIRT - INI MAKCIK NI TERANGKAN


 

ADA YANG MEMBUAT FITNAH BILA UMNO JOIN KERAJAAN PERPADUAN


 

#395 Respon Rozaimi Terhadap Kenyataan Ustaz Engku bersama Anuar Ibrahim...

BIAR BETUL? KERAJAAN JATUH KALAU ZAHID KALAH PEMILIHAN UMNO? Lokman Adam...

ANWAR BUKA SEMULA KES LAMA AHLI BERSATU?? BENARKAH..?

PANASSSS...ZURAIDA DAN AZMIN KEMBALI BERGABUNG UNTUK....???

MOVE ON! KERAJAAN PERPADUAN SEMAKIN BERJAYA.


KERAJAAN PERPADUAN YANG SEMAKI. MENDAPAT TEMPAT DI HATI RAKYAT DEMGAN PERDANA MENTERINYA DS ANWAR MENUNJUKKAN SIGNAL POSITIF DAN SANGAT DIHORMATI PERINGKAT ANTARABANGSA.



WOW‼️ANWAR TERIMA PANGGILAN DARI PM AUSTRALIA‼️TERBAIK..

APABILA PEMBOHONG MENUDUH PIHAK LAIN MENIPU



Pengerusi Perikatan Nasional yang berdiri Abdul Hadi di sebelahnya memberitahu satu dunia, tak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan. "Tuanku mencadangkan supaya kita (PN) bekerjasama dengan PH untuk membentuk Kerajaan Perpaduan, tetapi kami telah bincang perkara itu sejak awal lagi kami tidak akan bekerjasama dengan PH.


DSAI MENGIMAMKAN SOLAT LAMA DAH..BUKAN BARU NI SAJA


 

'UCAPAN ANWAR BUAT PARA LEBAI DAN MUHYIDDIN PANAS'.